BAB 69

Romance Completed 438988

Tengku Haqiem membuat keputusan untuk mengambil angin berhampiran air terjun.Dia perlu menenangkan dirinya terlebih dahulu.Sebelum dia membuat keputusan,dia harus terlebih dahulu berfikir dengan cara yang matang.

Dia tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.Sejujurnya,dia tidak mahu melepaskan gadis yang paling dia cinta dan sayang sepenuhnya itu.Namun,desakan gadis itu membuatkan dia tidak senang duduk.

Cara apa lagi yang perlu dia buat untuk menambat hati sang isteri.Mikayla seolah-olah tidak menghargai langsung keikhlasan si suami.Benar,dia pernah meragut kesemuanya daripada gadis itu.Tetapi,dia sudah insaf.

Dia meraup rambutnya ke belakang.Di situ,mungkin dia dapat berfikir sejenak.Dia tidak akan sesekali melepaskan gadis itu walaupun nyawa dijadikan galang ganti.

Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunannya itu.Terpampang di skrin 'unknown number' . Siapa pula yang membuat panggilan petang sebegini.

Dia tidak berfikir panjang lalu segera menekan butang hijau dan menekapkan di telinga.

" Hello,boss." panggil seorang gadis dari sana.

" Siapa ni ? " tanya Tengku Haqiem pelik.Dia melihat semula skrinnya itu.

" Saya lah Nurul.Kawan baik , Puan Mikayla."

" Yes.Ada apa ? " tanya Tengku Haqiem tegas.

" Saya tak tahulah macam mana nak bagitau Tengku.Boss dekat mana ? "

" Dekat air terjun.You ni dah kenapa ? Kalau tak ada benda penting,I letak dulu."

" Eh jangan.Boss kena balik sekarang."

" Why ? Just straight to the point. "

" Amin.Amin tu boss.Syaitan mana dah rasuk dia.Dia dalam perjalanan ke rumah Mikayla.Dia nak jumpa kau orang berdua." kata Nurul tercungap.

" Alright. " jawab Tengku Haqiem sekilas lalu dia dia terus berlari ke arah rumahnya.

" Kayla ! Kau dekat mana ? Keluar Mikayla ! " jerit Amin dari luar rumah.Matanya tercangak mencari gadis itu.

Mikayla yang menyedari akan suara yang dikenalinya bergegas mengintai di balik jendela.Kenapa Amin ni terjerit macam tu ?
Segera dia menapak ke arah luar rumah.

" Kenapa ni Amin ? " tanya Mikayla hairan.

" Kayla.Jom kita lari."

" Kau ni dah kenapa,Min ? "

" Ikut je aku.Aku boleh bahagiakan kau."

" Kau cakap apa ni,Min ? Aku tak fahamlah."

" Aku cintakan kau,Mikayla.Aku nak kahwin dengan kau."

" Kau gila ke Amin ? Kau ni dah kenapa tiba-tiba je ni ? "

Nurul yang menyedari akan kekecohan itu lekas membuka langkah.Kuat betul suara Amin ini.Tak payah pakai mikrofon pun tak apa.Segera dia menerpa ke arah lelaki itu yang terjerit macam orang gila.

" Apa masalah kau ni Amin ? Orang tu dah kahwin la.Sudahlah.Jangan malukan diri kau dekat sini.Malu orang kampung tengok." nasihat Nurul.

" Baik kau diam Nurul.Ini antara urusan aku dengan dia.Kau jangan masuk campur." tengking Amin kasar.

" Kepala hotak kau.Kau ingat kau siapa,sial ?! Baik kau balik sekarang ! " jerkah Nurul semula.Tidak peduli lagi ada mata-mata yang memandang.Geram dengan perangai Amin ini.

" Sumpah aku tak faham sekarang ini.Kau nak apa daripada aku,Amin?" tanya Mikayla.

" Aku nak kau la Mikayla.Aku nak kau." jerit Amin lantang.

" Ya Allah ! Aku dah kahwin lah Amin.Dah kahwin.Haqiem tu dah jadi suami aku."

" Tak.Kau tipu.Mana jantan tu ? Aku nak jumpa dia.Aku tahu kau orang kahwin bukan sebab cintakan?Tetapi,sebab terpaksa."

" Baik kau balik.Aku tak nak kau buat kecoh." kata Tengku Haqiem dari arah belakang mereka.Mary Jonson yang baru sahaja selesai menunaikan solat,tergesa-gesa ke arah mereka.

" Ni jantannya.Woi.Kau datang sini tiba-tiba.Lepastu,kau cakap yang kau dah kahwin dengan dia.Apa ni,bro ? " tanya Amin.Matanya mencerlung tajam menikam anak matanya.Sedikit pun Tengku Haqiem tidak gentar.

" Sekarang ini,aku nak tanya kau balik.Apa masalah kau ? Dia dah jadi isteri aku dah lama la.Please.Isteri aku sakit.Aku tak nak dia lagi tak selesa dengan kau."

" Haa bagus.Kau tahu,sejak kau datang.Mikayla tu lagi benci tahu tak.Tengok,dia sekarang ada sakit disebabkan kau."

" Amin.Aku tak nak gaduh dan bising dekat sini.Tolong berfikir dengan cara yang matang."

" Kau nak aku berfikir dengan cara yang matang kan ? Okay.Aku nak kahwin dengan dia.Kau lepaskan dia."

" Sudah." kata Mikayla perlahan.Amin masih bertikam lidah dengan suaminya.Namun,masih tidak reda.

" Baliklah aku cakap.Tenangkan dulu hati kau." pujuk Tengku Haqiem.

" Kalau kau nak aku balik.Boleh.Tapi,dengan satu syarat.Aku nak kau ceraikan dia lepastu aku nak bawa dia pergi dari sini."

" No ! " bentak Tengku Haqiem keras.

" Sudah la.Cukup ! " masing-masing terdiam dan memandang ke wajah insan yang paling disayangi.

" Aku dah penat dah.Penat sangat.Pernah tak dalam satu masa tu kau orang rasa apa yang aku rasa selama ini ? Pernah tak ? Kau orang cuba bagitahu aku, cara macam mana lagi aku kena buat untuk puaskan hati kau orang semua? Jawab ! "

" Kau orang hanya fikir apa yang kau orang nak je.Ada tak fikir apa yang aku nak dalam hidup aku?! Tak ada seorang pun yang tanya aku,apa yang aku nak.Apa yang impian aku.Kenapa ?!"

" Menyesal aku kenal dua orang lelaki di depan aku sekarang ini.Menyesal sangat.Fine.Masing-masing tak nak mengalah kan.Okay.Biar aku je yang mengalah." ucap Mikayla lalu memusingkan badannya dan mula mengorak langkah.Belum sempat dia berbuat demikian,Tengku Haqiem dan Amin sudah mencapai tangannya lalu segera dia merentap kasar.

" Kalau kau semua nak tengok aku hidup lagi,baik jangan ikut aku.Stay away from me ! " jerit Mikayla.Masing-masing terkejut dengan reaksi gadis itu.

Mereka semua menunduk lemah.Lemah lutut Tengku Haqiem.Kemana gadis itu mahu pergi.Petang hampir ke senja.Risau dengan keadaan gadis itu.

" Biarkan dia Qiem.Mummy tahu perangai dia macam mana.Dia tak kan buat kerja bodoh.Bagi dia masa." nasihat Mary Jonson.Dia juga sebak dengan nasib anak angkatnya itu.

" Nurul.Baik kau bawa jantan ni sebelum berterabur gigi dia aku kerjakan." arah Tengku Haqiem.Dengan riak yang tidak puas hati,Amin terus mencapai kunci motor yang tergantung lalu segera meninggalkan perkarangan rumah itu.

" Habis aku ? " rungut Nurul sendirian.Sudahlah tadi penat berlari.Dia menggeleng lalu meminta izin untuk pamit.

" Qiem nak pergi cari Kayla." pinta Tengku Haqiem dengan risau.Tidak senang duduk dibuatnya.

" No.I tak izinkan.Jangan kacau dia.Biarkan dia tenangkan hati dia."

" Kalau jadi apa-apa nanti macam mana,mummy.Qiem tak nak hilang dia."

" Listen to me.I know her.She's my daughter.Qiem naik sekarang,mummy ada benda nak bagitahu." arah wanita tua itu lalu masuk semula ke dalam.Lelaki itu hanya diam dan mengangguk lemah.Sesekali dia memusing ke belakang mencari kelibat sang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience