BAB 60

Romance Completed 439027

Mikayla cuba bangun perlahan daripada katil.Sejak dari tadi lagi,dia sudah sedar.Tangannya memegang perut yang terasa ada ketulan.Jujur dari hatinya bahawa bila doktor mengesahkan yang dia menghidap kanser,dunianya terasa gelap dengan sekelip mata.

Namun,dia tahu.Dengan keadaannya seperti itu dia tidak boleh sesekali lemah.Apalah sangat ujian ini berbanding saat dia bersama Tengku Haqiem.Lebih perit dan sakit yang ditanggung.Dia melemparkan selimut ke tepi.Cuba mengumpul kudrat yang ada.

Pintu dibuka oleh seseorang dari arah luar.Mereka memandang sesama sendiri namun gadis itu memilih untuk melarikan pandangan.Risau dirinya akan mudah jatuh cinta semula dengan pandangan itu.Tengku Haqiem yang nampak akan isterinya yang mahu beredar segera menerpa ke arahnya.

" Eh sayang nak pergi mana ni ? " tanya Tengku Haqiem risau.Mukanya mula cuak.Segera dia memegang lengan isterinya takut jatuh pula.

" Berambus.Buat apa kau kat sini.I don't need you in my life." jawab Mikayla kasar.Hatinya tiba-tiba menjadi panas.

" Please,sayang.Awak tak sihat lagi ni.Nak pergi mana ? " tanya lelaki itu semula.Ada nada sayu di dalam suaranya.

" Sayang tak sihat lagi ni.Jangan banyak gerak.Abang panggilkan doktor kejap." kata lelaki itu berura-ura untuk memanggil kakitangan di situ.

" Dahlah.Saya dah cukup muak dengan tipu helah awak.Baik awak pergi lah.Saya dah tak nak tengok muka awak lagi.Cukuplah awak dah pernah seksa saya.Jangan ambil kesempatan dekat saya untuk awak tipu semuanya." jawab Mikayla ringkas.Dadanya terasa sesak sekali saat menuturkan ayat itu.Air mata mula bertakung di tubir mata.Langkah Tengku Haqiem terhenti.

"You are my wife.Abang takkan tinggalkan sayang.Abang nak jaga sayang.Please.Forgive me.Abang tahu abang banyak salah." tutur Tengku Haqiem lembut seraya menggenggam jari-jemari isterinya erat.Cuba menyalurkan segala tenaga.Gadis itu merungkaikan pegangan itu.

" Buat apa ? Kenapa nak stay and why ? Kenapa kau kena jaga orang yang nak mati ni ? Orang yang sakit ni.Sia-sia jelah perbuatan kau,Haqiem.Aku tak nak siakan kehidupan kau dengan jaga orang macam aku." tanya Mikayla keras.

" No.Abang tak kisah semua itu.Abang nak kita jalani kehidupan kita yang baru.Abang nak sayang dapatkan rawatan yang terbaik.Tak kisah dekat mana.Abang nak sayang sembuh.Abang nak tebus balik kesalahan abang." bicara Tengku Haqiem tulus.

" Sudahlah.Jujur saya cakap dengan awak.Saya dah penat.Terlalu penat.Sejak saya masuk dalam hidup awak,sikit pun saya tak pernah rasa bahagia.Saya tak pernah dapat kebahagiaan tu.Saya malas nak bertengkar dengan awak.Just go and jangan datang balik.Saya tak perlukan lelaki dayus dan pembunuh macam awak ada dalam bilik ni." kata Mikayla sambil menikam mata Tengku Haqiem.Pandangannya dilemparkan semula ke tingkap bilik.Muak dia mahu melihat wajah lelaki itu.

" Sayang,I just..."

" I said get out ! Kau ni pekak ke tak faham bahasa." jerkah Mikayla.Matanya mencerlung tajam.Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata,dia sudah dihalau.Lelaki itu mengangguk lemah lalu menapak ke arah luar bilik dan menutupnya semula.

Mikayla menghamburkan tangisnya di kedua lututnya.Dia menangis tersedu-sedan.Risau mula bertandang di dalam hatinya.Kenapa pada waktu begini kau perlu muncul dalam hidup aku,bisik hatinya lemah.Pedih sangat.

Tengku Haqiem mengambil angin di luar hospital itu.Dia termenung sendirian.Dia menghela nafas yang agak panjang.Dia buntu sekarang ini bagaimana mahu mengambil hati sang isteri semula.

Sememangnya gadis itu sudah berputus asa dengan dirinya.Langsung wajahnya tidak dipandang walau sekilas.Bukan lagi kata-kata cinta yang diucapkan sebaliknya hanya kata-kata yang sangat pedih.Dia memegang dadanya yang terasa sakit sekali.Hatinya bagaikan dihiris.

*sorry guys chapter ni rasa mcm sikit je sbb now sy x sihat n busy minggu ni.esok dh kena masuk office balik.so inshallah i try my best utk sambung cite ni lgi..hope you guys enjoy*

Share this novel

Rohani Hussin
2021-11-03 12:45:09 

Kesian plak dekat tengku haqiem..x sabar tggu next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience