Bab 13

Romance Series 36633

HAMPIR dua minggu Aleeya tidak membalas WhatsApp yang diterima dari si dia. Rasa bersalah mula menerpa. Si dia juga tidak ada menghubunginya lagi.

Tangan menaip dan memadam berulang kali. Tidak tahu mahu mulakan di mana. Akhirnya dia menaip sahaja dan menghantarnya.

++
Nama?! Bunga syurga tinggi yang paling mulia. Ringkas, jadi Eshal Aleeya Binti Ehsan. 2 tahun lebih muda dari awak.

++
Mata?! Semula jadi begini. Dan, saya tak la misteri mana. -Aleeya-

Hanya itu yang terlintas dapat menjawab persoalan yang telah lama dibiarkan. Dia tutup kembali handphonenya, berkira-kira mahu melelapkan mata seketika. Kerana malam ini mereka perlu menghadiri ceramah khas di padang terbuka kolejnya sempena minggu karnival convocation kolej.

Notifikasi WhatsApp berbunyi. Baru hendak di jemput lena, dia terganggu dengan bunyi notifikasi handphonenya. Lupa mahu ditukarkan kepada mode silent.

++
Assalamualaikum. Ya Allah. Setelah dua minggu berlalu baru Bunga abang nak reply mesej ya.

++
Cantik nama tu, secantik dan secomel orangnya. Abang gunakan ganti diri Eshal Aleeya sebagai Bunga ya. Bunga syurga untuk abang. Kenapa Abang?! Sebab abang tua dua tahun dari Bunga. Lebih sesuai abang dari saya awak.

++
Biasakan okay. Abang busy sikit harini. Malam nanti jangan lupa datang ceramah. Take care. Assalamualaikum. -Akhtar-

"Eh! Dia tunggu rupanya. Jantung ni pun berdebar lain macam, tak bagi kerja sama lansung. Derhaka dengan tuan punya badan. Balas cepat. Lepas ni boleh tidur. Hihihi" Aleeya berkata sendirian.

++
Maaf, tak tahu nak reply apa.

++
Bunga? Tapi nama tu istimewa untuk orang yang istimewa dalam hidup saya saja. Kenalan semua panggil Aleeya. Dan awak pun kena panggil saya Aleeya.

++
Baik. Saya datang. Wa'alaikumsalam. -Aleeya-

Selesai menghantar. Terus handphonenya ditukar kepada mode silent. Kepala di letakkan di atas bantal mahu menjemput lena semula.

SEDANG Akhtar sibuk dengan pengurusan untuk majlis malam ni. Handphonenya di dalam poket bergetar tanda ada notifikasi yang baru muncul. Di biarkan seketika sehingga selesai tugasannya. Dia juga turut terlibat sebagai exco majlis yang akan berlangsung selama tiga malam berturut sempena majlis convocation di kolejnya.

Selesai tugasnya, handphone di ambil. Paparan screen dilihat muncul nama Aleeya. Terus laju jarinya menekan notifikasi itu dan membacanya.

++
Nama?! bunga syurga tinggi yang paling mulia. Ringkas jadi Eshal Aleeya Binti Ehsan. 2 tahun lebih muda dari awak.

++
Mata?! Semula jadi begini. Dan, saya tak la misteri mana.

Berbunga hatinya dan gembira saat ini dirasakannya. Setelah sabar menanti balasan dari gadis itu. Hari ini menjadi hari bertuah buatnya. Laju jari bergerak membalas pesanan yang di terimanya.

Tekaannya betul. Bunga syurga yang di sebut Sue adalah nama Aleeya. Maksud nama gadis itu, Eshal yang membawa maksud bunga syurga.

++
Assalamualaikum. Ya Allah. Setelah dua minggu berlalu baru Bunga abang nak reply mesej ya.

++
Cantik nama tu, secantik dan secomel orangnya. Abang gunakan ganti diri Eshal Aleeya sebagai Bunga ya. Bunga syurga untuk abang. Kenapa Abang?! Sebab abang tua dua tahun dari Bunga. Lebih sesuai abang dari saya awak.

++
Biasakan okay. Abang busy sikit harini. Malam nanti jangan lupa datang ceramah. Take care. Assalamualaikum.

Sengaja dia menggunakan ganti diri abang. Entah kenapa, tidak pernah lagi dia membahasakan dirinya abang kepada sesiapa. Hatinya yakin, gadis ini istimewa bagi dirinya.

Dia duduk seketika, menanti pesanan balas dari gadis itu yang kelihatan online dan typing. Jantungnya juga di palu hebat. Rasa aneh yang tidak pernah dia lalui selama ini. Seketika menanti, balasan diterima.

++
Maaf, tak tahu nak reply apa.

++
Bunga? Tapi nama tu istimewa untuk orang yang istimewa dalam hidup saya saja. Kenalan semua panggil Aleeya. Dan awak pun kena panggil saya Aleeya.

++
Baik. Saya datang. Wa'alaikumsalam.

"Tak apa, semoga suatu hari nanti, kau tahu yang engkau sudah menjadi seseorang yang istimewa bagi aku sejak kali pertama kita bertemu." hatinya berkata penuh yakin.

Buat saat ini, dia sudah cukup bersyukur dapat diterima oleh gadis itu menjadi kenalannya. Handphone disimpan di dalam poket. Kerja yang tertanggguh segera disambung semula. Dia berharap semoga ada rezeki bertemu gadis itu malam ini. Melihatnya dari kejauhan juga sudah memadai baginya.

MALAM itu selepas Maghrib, kelihatan seperti akan turun hujan. Aleeya berkira-kira mahu menaiki kereta atau sekadar membawa payung sahaja, tapi kalau naik kereta tak muat nak bawa semua, macam tak adil pula. Akhirnya dia berkeputusan untuk berjalan beramai-ramai membawa payung sahaja.

BSM GROUP

Sayang : Bunga! Kau dah gerak ke? Macam nak hujan la.

Bunga : Belum, tunggu budak rumah ada yang tengah siap-siap pakai tudung. Ha'ah. Tu lah, tapi kitaorang jalan kaki je bawa payung.

Manja : Kitaorang pun sama. Harap tak hujan lebat lah. Kena gerak cepat ni. Kalau tak kuyup la tak dapat duduk bawah khemah.

Bunga : Tu lah. Budak-budak rumah aku semua da kumpul ni. Nak gerak. Kalau aku dapat tempat nanti aku try arrange.

Sayang : Thanks. Apa-apa roger. Balik nanti sekali tau.

Bunga : Okays.

Aleeya berjalan bersama rakan-rakan serumahnya. Ada yang membawa payung ada juga yang tiada. Tidak menjadi masalah bagi mereka, boleh sahaja kongsi bersama.

Sampai sahaja, dia mencari tempat yang kosong di bawah khemah. Rezeki buat mereka serumah kerana mendapat tempat. Seketika menanti gerimis mulai turun. Handphonenya berbunyi, nama si kembar tertera. Segera dia menjawab panggilan.

"Aku bawah khemah nombor tiga. Sini ada tempat kosong, datang sini. Aku angkat payung. Kau tau kan payung aku yang unik ni. Hati-hati, hujan ni kang tergelincir pulak". habis sahaja perbualan, payungnya yang tertutup diangkat untuk memudahkan si kembar mencarinya.

Tidak lama si kembar jumpa juga mereka. Kawan serumahnya yang duduk berselang kerana mahu memberikan tempat untuk si kembar. Rakan serumah si kembar turut mengambil tempat yang masih kosong.

Ceramah tetap berlangsung walaupun dalam cuaca hujan. Tajuknya memang menarik untuk peringkat umur seperti mereka, Mencari Pasangan Hidup. Sedang Aleeya mendengar, handphone di tangan yang ditukar kepada mode silent bergetar tanda ada notifikasi baru.

Screen dilihat nama si dia tertera.

++
Dah sampai? Duduk dekat mana? Dapat tempat tak? Hujan ni. -Akhtar-

Concern. Salah satu ciri yang perlu ada pada Arjuna idaman Aleeya. Dia membalas pesanan itu dan menghantarnya.

++
Sampai dah, sebelum gerimis tadi. Khemah nombor tiga. Tengah sikit duduk sebab tak nak tertempias hujan. -Aleeya-

Tidak lama. Balasan diterima.

++
Alhamdulillah. Dengar ceramah okay. Tajuk menarik kan, Mencari Pasangan Hidup. -Akhtar-

Setelah dibaca, Aleeya membiarkan sahaja. Tidak tahu mahu membalas apa. Dia kembali mendengar ceramah yang sedang berlangsung.

SEJAK waktu solat Maghrib, dia sibuk menguruskan panel jemputan untuk ceramah yang akan berlangsung sebentar lagi. Apabila selesai tugasnya, panel jemputan telah mengambil tempat barulah dia sedikit lapang. Kerana keadaan cuaca, segalanya terpaksa diolah aturannya supaya bersesuaian dengan keadaan.

Akhtar terfikir untuk bertanya keadaan gadis itu. Datangkah dia? Ada tempatkah dia dengan cuaca yang hujan begini. Handphone di ambil dari poket seluarnya. Nama si gadis dicari, jari mula menari laju menaip frasa untuk dihantar text pesanannya.

++
Dah sampai? Duduk dekat mana? Dapat tempat tak? Hujan ni.

Dia menunggu jawapan balas dari si gadis. Tidak lama dia menanti. Balasan diterima.

++
Sampai dah, sebelum gerimis tadi. Khemah nombor tiga. Tengah sikit duduk sebab tak nak tertempias hujan. -Aleeya-

Awal dia sampai. Sebelum hujan maknanya, sebelum jam lapan tadi gadis itu sudah berada di sini. Lega bila dapat tahu gadis itu tidak kehujanan dan mendapat tempat untuk duduk. Tidak berlengah dia membalas semula.

++
Alhamdulillah. Dengar ceramah okay. Tajuk menarik kan, Mencari Pasangan Hidup.

Hanya bluetick tanpa jawapan, kemudiannya online hilang. Tahulah Akhtar gadis itu sekadar membaca dan tidak membalasnya. Dia mengambil payungnya di sebelahnya, ingin berjalan untuk melihat gadis itu di khemah berhampirannya seketika.

Akhtar menghampiri khemah nombor tiga itu. Berjalan kebahagian sedikit belakang, dan memerhatikan bahagian tengah khemah. Mencari gadis itu.

Jumpa! Comel, sama colour pula baju gadis itu dengannya. Gadis itu sedang ralit mendengar ceramah, wajah beku yang tiada ekspresi. Lega hatinya apabila gadis itu berkata jujur dengannya. Tidak lama, dia beredar dari situ, ada tugasan lain yang menanti.

Deretan khemah yang menjual bermacam barangan di pandang. Ada satu kedai yang menarik perhatiannya. Kedai yang menjual costume nama untuk rantai kunci, handphone dan bag. Akhtar menuju kedai itu, menempah nama BUNGA pada rantai kunci dan handphone untuk si gadis.

Memandangkan ramai yang menanti giliran. Dia berkeputusan untuk membayar terlebih dahulu dan meminta kepada penjual untuk datang semula kemudiannya. Dia akan mengambil rantai nama itu selepas selesai sahaja ceramah dan urusannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience