"WEH, kejap je dah nak final exam. Ada sebulan lebih lagi. Berdebar oi, harapnya pointer cantik la" kata Manja pada mereka ketika di dalam bilik.
"Tu lah kan. Harap usaha kita buat assignment berbaloi la dengan pointer kita dapat. Siang malam pulun sampai ada time tak cukup tidur" sokong Azlina pula.
"Kan..tapi next sem kita relax sikit la. Tapi jenuh gak nak cari tempat untuk LI ni" Aleeya meluahkan kerisauannya.
"Nak ambil company sama tapi lain department tak?" cadang Azizah.
"Boleh je kalau dapat sekali, senang la sikit nak lunch sama even lain department pun" kata Azlina pula.
"Kalau ada rezeki apa salahnya kan" sokong Aleeya pula.
"Kau nak bahagian apa?" tanya Azlina pada Aleeya.
"PR la kot. Rasa je itu yang aku okay" jawab Aleeya.
"Kau orang?" tanya Aleeya pula pada mereka berdua.
"Nak cari bahagian editor" kata Azlina.
"Aku nak try bahagian office la sama macam kau, letak under department mana-mana pun okay. Boleh belajar benda baru" jelas Azizah pula pada Aleeya.
"Okay je, hope so dapat la kita company sama" kata Aleeya.
"Minggu ni kita orang keluar tau nak pegi tengok movie. Kau nak follow?" tanya Azlina padanya.
"Hurm. Tak la kot, aku malas nak keluar" jawab Aleeya.
"Kau tak jumpa Arjuna? Lama gila kot kau orang tak jumpa. Text pun kurang, call lagi la" soal Azizah pula.
"Tak la kot. Dia busy intern kan. Weekend ada masa dia balik rumah family dia, ada masa dia kerja luar" jawab Aleeya.
"Last kau jumpa dia masa kita dah dua bulan naik sem kan. Memang tak ada plan nak jumpa ke?" soal Azlina lagi.
"Tak ada pun. Kita orang ada je texting each other. Bukan la everyday macam kau orang. Ada juga dia buat video call, tapi time kau orang selalu tak ada la. Tapi still kita orang masih serious berkawan lagi" jelas Aleeya sambil tersenyum.
"Betul eh kau tak nak ikut ni?" tanya Azizah lagi.
"Betul. Tak apa, aku okay je lepak bilik" jawab Aleeya.
"Malam ni karaoke jom. Saja lepas stress" ajak Azizah.
"Karaoke bilik. Onzzzz" kata Aleeya teruja.
"Tapi lepas siap assignment kita ni eh" kata Azlina pula.
"Aku pilih lagu siap-siap" ujar Azizah excited.
Karaoke bilik jadi rutin mereka menyanyi dalam bilik. Semua untuk menghilangkan rasa bosan dan melepaskan rasa emosi dalam diri.
SELESAI makan malam Akhtar, Azad dan Irham menonton tv bersama. Berbual-bual dan berkongsi tentang pengalaman seharian, juga jika ada perkara yang perlu di bincangkan. Begitulah keadaan mereka setiap hari sepanjang menjalani practical untuk lulus credit bagi melayakkan mereka bergraduasi.
"Weekend ni ada plan apa-apa tak?" tanya Irham pada Akhtar.
"Tak ada. Aku malas nak balik, setiap kali balik mesti topik yang sama. Aku pun tak ada kena kerja lapangan minggu ni" jawab Akhtar pula.
"Jom.. Elyn dengan Aira ajak lepak. Tapi tak plan lagi nak ke mana" kata Irham pula.
"Ha'ah. Aira ajak pergi picnic ke wayang ke. Aku pun tak pasti nak plan apa. Lama dah tak jumpa dia" kata Azad pula.
"Picnic la jom. Kita pun da lama tak lepak tepi laut ke kat air terjun ke. Kalau tengok movie aku malas la lagipun mesti ramai punya" Akhtar memberi idea.
"Okay gak tu. Nanti kau boleh ajak Bunga sekali" kata Irham pula.
"Aku follow je. Nanti aku bagitahu Aira" kata Azad pula.
"Picnic kat air terjun ke pantai?" soal Akhtar pula.
"Aku tanya Elyn, Azad kau tanya Aira. Bunga okay ke?" jawab Irham.
"Nanti korang dah ada keputusan aku tanya Bunga" jawab Akhtar pula.
Akhtar mengambil handphonenya, membuka aplikasi WhatsApp dan menghantar text pesanan kepada Aleeya.
++
Assalamualaikum. Bunga Arjuna sihat? Tengah buat apa?"-Akhtar-
Tidak lama balasan balas dari Aleeya diterima Akhtar.
++
Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, sihat. Arjuna? Baru lepas buat assignment. Arjuna tengah buat apa? -Aleeya-
++
Alhamdulillah. Sihat. Tak ganggu kan ni? Tengok tv. Weekend ni free tak? -Akhtar-
++
Tak ganggu pun, baru nak buat karaoke bilik dengan kembar. Weekend ni? Tak ada apa-apa rasanya. Ada apa ya? -Aleeya-
++
Karaoke? Dalam bilik hostel? Tak kena rush ke? Serious la. Jangan macam-macam Bunga tak grad nanti kena penalti. -Akhtar-
++
Hahahaha. Tak lah. Buka lagu kat laptop pastu nyanyi dalam bilik la. Pasang lampu tukar-tukar warna. Tutup semua langsir dengan lampu. Buat macam dalam bilik karaoke. Saja buat hilang stress. Kira macam karaoke kereta la. Ada apa weekend ni Arjuna? -Aleeya-
++
Ingat apa la tadi. Bunga okay tak if Arjuna nak ajak pergi picnic? -Akhtar-
++
Picnic bestnya. Lama tak pergi picnic. Kat mana? Air terjun ke pantai? -Aleeya-
++
Bunga suka yang mana? -Akhtar-
++
Pantai. I love sunset and sunrise. Tapi air terjun pun okay. When it's about nature, i'll love both. -Aleeya-
Satu lagi perkara baru yang Akhtar tahu tentang Aleeya. Tersenyum dia dengan sifat Aleeya yang sukakan alam semula jadi.
++
Pantai. Nak stay one night or nak balik hari? -Akhtar-
++
Eh. Tanya Bunga pula. Mana-mana okay. Tapi kena bagitahu abang dulu. -Aleeya-
++
Arjuna minta izin dengan abang Eidlan nanti. Arjuna bawa khemah. Nak stay boleh nak balik pun boleh.Tengok keadaan. -Akhtar-
++
Confirm ke ni? -Aleeya-
++
InsyaAllah. Plan macam tu, nanti hari jumaat malam Arjuna bagitahu okay. -Akhtar-
++
Okay. -Aleeya-
++
Ok lah. Jangan tidur lambat sangat. Esok class. Jaga diri Bunga untuk Arjuna. Assalamualaikum. -Akhtar-
++
Okay. You've been on my mind. You too, take care. Wa'alaikumsalam. -Aleeya-
"You've been on my mind" Akhtar mengulang semula ayat Aleeya.
"Rindu Bunga la tu" kata Irham.
"Ha?" terpinga-pinga Akhtar dengan ayat Irham.
"Ayat kau tu. Maksudnya kau rindu Bunga la kan?" soal Irham.
"Aku baca ayat yang Bunga hantar pada aku. Sebab aku tak faham" Akhtar pandang Irham dan Azad di sebelahnya.
"Bunga bagi? Wow. Impressive" kata Azad.
"Kau betul tak faham ke maksud ayat tu?" Azad bertanya lagi.
"Tak. Tu sebab aku sebut cuba nak fahamkan" jawab Akhtar.
"Lupa pula. Kau mana ada pengalaman bercinta ni. Ada few words yang bila difahamkan, sebenarnya cara lain untuk orang tu bagitahu dia rindu kita. Aku pun tahu semua ni sebab Elyn la" tersenyum Irham pada Akhtar yang kelihatan blur.
"Oh. Yeke? Macam mana nak tahu eh? Contoh words lain apa?" tanya Akhtar lagi.
"Wish you were here. I need you now. Think about you all the time. Salah satu ayat lain, tadi yang kau sebut la. You've been on my mind. Tu semua bawa maksud yang orang tu sebenarnya rindu kita" terang Azad pula.
"Serious la? Ke korang nak game aku je ni?" Akhtar mula ragu-ragu dengan mereka berdua.
"Betul la cakap Azad tu. Elyn selalu juga guna ayat tu, kira macam berlapis la nak cakap rindu tu. Bila Elyn hantar ayat macam tu selalu aku tanya 'rindu eh?' nanti dia cakap tahu pun. So maksudnya betul la dia rindu sebenarnya, cuma tak cakap direct 'i miss you or miss u' lebih kurang macam tu la" kata Irham pula.
"Oh. Thanks. Aku tak faham baru nak tanya dia. Nasib baik tak tanya, kalau tak mesti dia malu" Akhtar tersengih pada Azad dan Irham. Terlepas tawa mereka berdua.
"CEPAT lah Bunga. Siapa text kau?" kata Azizah.
"Arjuna. Tanya aku free tak weekend ni. Aku stop dah ni" jawab Aleeya.
"Kenapa? Dia nak ajak keluar ke?" soal Azlina pula.
"Ajak picnic, tapi tahu lagi jadi ke tak. Jom lah start" jelas Aleeya.
"Lampu on Bunga. Pintu kunci dah ke Sayang oi?" kata Azizah pada Azlina.
"Dah. Ready dah semua. Bunga je kena on lampu warna-warni dia. Line clear" jawab Azlina.
Aleeya on kan lampu warna-warni miliknya. Bilik mereka yang gelap bertukar menjadi bercahaya dengan kerlipan lampu warna-warni yang bertukar itu.
Azlina mulakan sesi karaoke bilik itu dengan lagu Celine Dion, My Heart Will Go On. Dan seterusnya lagu dari Backstreet Boys oleh Azizah dan sehingga la tiba kepada giliran Aleeya yang memilih lagu Westlife, If I Let You Go.
Meriah bilik mereka dengan tarian dan nyanyian masing-masing. Ada tikanya mereka hanya menari mengikut video clip yang terpasang. Bergelak ketawa masing-masing bila ada yang tersalah step. Lagi kuat mereka ketawa bila ada yang confident nyanyi bersungguh tapi salah lirik. They just enjoy the moment they shared together.
Tiba-tiba handphone milik Aleeya berbunyi. Dia melihat screen handphonenya. Tertera nama Arjuna dan ianya panggilan video.
"Weh, Arjuna call" kata Aleeya panic.
"Angkat je lah" kata Azizah pula.
"Gila apa nak angkat, video call ni" kata Aleeya berdebar.
"Pakai sweater la, sarung tudung. Pastu tunjuk muka kau je" kata Azizah pula.
Kelam kabut Aleeya mencapai jacket milik Akhtar dan menyarungkan tudung di kepalanya. Kemudian baru panggilan di jawab olehnya.
"Assalamualaikum" sapa Aleeya.
"Wa'alaikumsalam. Lambat angkat call. Warna-warni lampu bilik Bunga, meriah" kata Akhtar.
Azizah dan Azlina sudah tergelak mendengar ayat Akhtar. Aleeya tayang muka serba salah.
"Eh. Kejap-kejap" Aleeya ke tingkap biliknya dan berada di belakang langsir. Sinaran dari cahaya berdekatan kaki lima hostel agak cerah dan membuatkan wajahnya jelas kelihatan.
"Tak cakap pun nak video call. Lambat jawab la cari tudung dengan sweater. Ada apa tiba-tiba video call?" soal Aleeya.
"Saja sebab ada orang tu kata dia rindu Arjuna. Lepas tu tadi orang tu kata nak karaoke, so nak tau la karaoke macam mana kat bilik tu" kata Akhtar.
"Eh. Ala. Obvious sangat ke ayat tu. Malu pula. Mana boleh tengok, dah kata karaoke bilik kan. Semua perempuan. Bunga kat bilik hostel la ni" ujar Aleeya pada Akhtar.
"Baru usik sikit. Saja la call nak tengok muka dia sekejap. Jangan tidur lambat. Jaga diri. Orang tu rindu sangat ni, sampai pakai sweater Arjuna" usik Akhtar dihujung ayatnya.
"Nak cepat tadi. Paling senang pakai dan boleh cover full aurat. Okay. Hati-hati esok pergi kerja. Take care. Jangan tidur lambat juga" kata Aleeya.
"Okay. Dah syok enjoy tu nanti nak tidur jangan lupa rutin baca surah lazim dengan doa okay. Kalau malas pun dengar la yang Arjuna send voice tu" pesan Akhtar pada Aleeya.
"Kalau nak dengar yang live boleh?" tanya Aleeya.
"Jumpa jumaat okay. Arjuna baca live depan Bunga. Assalamualaikum" Akhtar akhiri kata.
"InsyaAllah. Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya dan memutuskan talian.
"Ha..Apehal?" tanya Azlina.
"Saja dia call" jawab Aleeya selamba.
"Buat kelam kabut orang je. Kau dah macam apa dah. Atas tutup, suci. Bawah buka, sexy" kata Azizah sambil ketawa. Begitu juga dengan Azlina dan akhirnya Aleeya juga turut ketawa dengan keadaan dirinya yang bahagian bawah tubuhnya hanya memakai seluar tidur paras lutut.
"Ye lah. Dah kata tadi tunjuk muka je. Dia pun nak video call tak bagitahu. Selalu tanya or bagitahu dulu" Aleeya membela diri.
"Nak sambung tak ni?" tanya Azlina.
"Lain kali lah. Penat dah ni. Lapar pulak buat roti bakar jom" ajak Aleeya.
"Okay. Aku kemas, kau bakar roti" kata Azizah.
"Aku buat air" kata Azlina pula.
Mereka mengalas perut dengan roti bakar dan secawan air milo sebelum masing-masing tidur.
"LEYLA. Weekend ni kau balik ke?" soal Syaz kawan biliknya.
"Tak. Tapi aku keluar nak jumpa bakal tunang aku" jawab Leyla.
"Tak pernah nampak kau texting or on call dengan dia" kata Syaz lagi.
"Dia memang macam tu. Jaga batas kan sebelum ada apa-apa ikatan ni" kata Leyla menutup keadaan sebenar.
"Wah. Bagusnya. Habis ni kau jumpa dia weekend dengan siapa?" tanya Syaz.
"Nanti aku bawa adik sepupu aku teman, dia selalu bawa kawan dia dua orang" Leyla memberi alasan.
"Oh. Okay lah. Aku balik tau jumaat ni, balik sini nanti hari ahad. Kau kena stay sendiri la" kata Syaz padanya.
"Tak apa. Okay je" jawab Leyla.
Leyla berharap agar rancangannya untuk bertemu Akhtar hujung minggu itu tercapai. Dia telah menghubungi mamanya dan ummi Akhtar, menyatakan hasrat ingin bertemu Akhtar hujung minggu itu. Mereka telah memberi keizinan padanya.
Dia berharap agar nasib menyebelahi dirinya. Ingin sekali dia bertemu dengan jejaka itu untuk memujuk dan membincangkan hal mereka berdua.
Share this novel