"MANA Aleeya? Tak turun sekali?" soal Laily pada Akhtar.
"Dia tertidur lepas mandi tadi. Kesian pula nak kejut dia. Dari tengah malam tadi tiga kali dah dia muntah" jelas Akhtar pada kakak iparnya.
"Dah buat UPT? Mana tahu ada rezeki awal" kata Laily meneka.
"Tak kak Ngah. Lagi pun dia tengah cuti" kata Akhtar.
"Oh. Kak Ngah minta maaf, kesian dia tengah cuti demam pula tu" ujar Laily.
"Tak cukup rehat mungkin, lately dia busy sikit. Mungkin tu yang buat dia tak sihat" kata Akhtar lagi.
"Nanti bawakan dia makan, biar dia makan kat bilik" kata Laily pada adik iparnya.
"Akhtar. Mana Aleeya?" muncul puan Nuraini dari arah bilik bersama encik Usaid Akram.
"Tidur ummi. Tak sampai hati nak kejut" jawab Akhtar pada pertanyaan umminya.
"Alahai. Kesiannya menantu ummi yang sorang tu. Nanti bawakan dia makan ya. Ni kamu jadi ke nak pergi bawa Aleeya bercuti?" kata puan Nuraini lagi.
"Hotel dengan ticket flight dah book. Tapi tengok keadaan Aleeya dulu macam mana. Ummi nanti ikut Akhtar balik sana lagi ya. Nanti lepas habis cuti, Akhtar ambil ummi" Akhtar menjelaskan keadaan mereka.
"Ummi, abi tak ikut lah. Alhamdulillah, semakin baik dah ummi dan abi atas jagaan kamu suami isteri. Ummi dah boleh jalan walaupun perlu tongkat sebagai sokongan, dah boleh uruskan diri sendiri, dah boleh buat kerja ringan. Banyak dah perubahan. Biarlah Aleeya teruskan kerja dia macam sebelum jaga ummi. Kesian dia, sejak jaga ummi dan abi masuk kerja tengah hari, balik kerja pula lewat malam" kata puan Nuraini.
"Kalau macam tu, nanti Akhtar bagitahu Aleeya. Ummi masih perlu lakukan exercise tau kat rumah. Sesi therapy pun masih kena datang. Jumpa doctor pun masih perlu" pesan Akhtar pada umminya.
"Tahu lah abi uruskan nanti, kamu jangan risau" kata encik Usaid Akram.
"Abi nak tanya ni. Leyla masih ada ganggu Aleeya?" tanya encik Usaid Akram.
"Tak pasti. Tapi setakat ni, tak ada pula Aleeya cerita apa-apa. Biasanya kalau ada apa-apa berlaku memang Akhtar akan tahu, lagi pula Akhtar dah pesan pada staff Aleeya untuk bagitahu Akhtar kalau ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku" jawabnya.
"Alhamdulillah. Lega abi" kata abinya.
"InsyaAllah, tak ada apa-apa" kata Akhtar lagi.
"Laily dengan Hanim. Terima kasih bantu ummi dan abi selama ni. Jangan berkecil hati, jika terasa layanan ummi dan abi pada Aleeya kebelakangan ni seakan pilih kasih. Banyak Aleeya korbankan demi nak ummi boleh berjalan semula, abi cepat pulih. Ummi tetap sayang menantu-menantu ummi sama rata. Lagi pula kamu berdua pun banyak berkorban selama ni. Terima kasih menantu ummi, Hanim dan Laily" kata puan Nuraini pada menantunya.
"Tak lah ummi. Hanim tak terasa pun. Hanim tahu apa yang Aleeya korbankan untuk kesihatan ummi bertambah baik. Hanim bersyukur, ada juga yang boleh jagakan ummi saat Hanim tak mampu nak jaga" kata Hanim pada mertuanya.
"Laily pun okay je ummi. Alhamdulillah, ummi bertambah baik dibawah jagaan Akhtar dan Aleeya. Laily memang tak boleh nak buat apa yang Aleeya buat kerana kekangan masa" kata Laily pula.
"Abi bersyukur. Menantu abi semua hebat dalam menyantuni kami sebagai mertua. Terima kami seadanya, layan kami semampunya. Alhamdulillah. Semoga kita sekeluarga terus berkasih sayang kerana Allah, keluarga kita diberikan sakinah mawaddah dan rahmah" kata encik Usaid Akram.
"Aamiin Ya Rabbal Alamin" serentak mereka mengaminkan kata-kata encik Usaid Akram.
Selesai makan, Akhtar membawa dulang berisi sepinggan mihun goreng bersama sebuah mug berisi air coklat panas dan segelas air suam untuk isterinya.
"Sayang. Bangun makan" Akhtar kejut Aleeya setelah meletakkan dulang tersebut di meja sisi katil dan dia duduk di kerusi meja solek.
"Hurm" gumam Aleeya dengan mata masih terpejam.
Akhtar merasa dahi dan leher Aleeya, jika isterinya masih demam. Namun suhu badan isterinya itu sudah normal. Aleeya yang terkejut disentuh Akhtar segera membuka matanya.
"Pukul berapa ni?" Serak suaranya bertanya.
"Pukul 8.30 pagi dah sayang" kata Akhtar.
"Ya Allah. Kenapa tak kejut awal. Bunga tak tolong Kak Long dengan Kak Ngah buat sarapan" kata Aleeya sambil memegang dahinya.
"Dia orang tak masak pun sayang. Abang Long dengan Angah pergi beli je tadi lepas balik solat subuh. Kak Long buat air je. Semalam kan baru majlis, masing-masing penat. Lagi pula harini orang khemah dan pelamin dah nak datang kemas" jelas Akhtar.
"Sayang dah okay? Ni abang bawa mihun dan air coklat untuk sayang" kata Akhtar pada Aleeya.
"Dah rasa kurang, cuma kepala sakit sikit. Kenapa bawa naik, Bunga boleh turun makan kat bawah. Nanti apa kata dia orang pula. Abang layan Bunga macam anak raja" ujar Aleeya.
"Tak lah sayang. Kak Ngah dan ummi yang suruh bawakan makan untuk sayang. Sayang makan lah, lepas ni nak makan ubat" kata Akhtar padanya.
"Okay. Bunga cuci muka sekejap" Aleeya bangun dari pembaringannya, duduk seketika sebelum berdiri untuk ke bilik air mencuci muka.
Akhtar hanya perhatikan sahaja tingkah isterinya. Tidak lama Aleeya kembali semula dan duduk di tepi katil. Aleeya ambil pinggan berisi mihun dan dimakannya. Perasan dengan Akhtar yang asyik memerhatikan dirinya, dia bertanya.
"Abang dah makan? Nak ke?" soal Aleeya, sudu berisi mihun disua pada Akhtar.
"Abang dah makan sayang. Sayang makan lah, lega abang tengok sayang ada selera makan. Semalam muntah sampai lembik sampai tak ada apa nak keluar, risau abang" kata Akhtar pada Aleeya.
"Sorry susahkan abang semalam" kata Aleeya menunduk.
"Tak lah sayang. Jangan cakap macam tu, abang cuma risau je" kata Akhtar memujuk.
"Tak habis" kata Aleeya sambil menghulurkan pinggan yang masih berbaki separuh lagi mihun pada suaminya.
"Tak apa lah, janji sayang makan sikit" jawab Akhtar.
Aleeya ambil air suam lalu diminum sedikit. Di ambil pula ubat yang perlu dimakannya.
"Ni air coklat tak nak?" tanya Akhtar.
"Terima kasih buatkan, tapi Bunga takut muntah lagi" jelasnya.
"It's okay. Abang saja buatkan, takut sayang nak minum air panas" ujar Akhtar.
"Kita nak bertolak pukul berapa? Jadi plan abang nak bercuti tu?" tanya Aleeya pada Akhtar.
"Sayang okay tak? Kalau tak, abang cancel je. Kita pergi lain kali" kata Akhtar pada isterinya.
"Bunga okay je kalau abang nak pergi. Kesian abang dah book, tak boleh refund pula. Lagi pun bukan senang kita nak cuti" jawab Aleeya.
"Hurm. Kita pergi ya, pukul 10.30 kita bertolak. Flight pukul 2.30 petang" putus Akhtar.
"Okay, everything dah prepared" jawab Aleeya.
"ENCIK betul tak nak pakcik hubungi ahli keluarga encik?" tanya imam Hassan ada anak muda itu.
"Tak perlu pakcik" jawab Nazim.
"Ni abah. Min bawakan makan yang abah suruh" kata gadis yang baru tiba kepada iman Hassan.
"Terima kasih anak abah" kata imam Hassan pada gadis itu.
"Makan lah encik. Pakcik minta anak pakcik masak ni" kata imam Hassan pada Nazim dan diletakkan makanan itu di atas meja.
Nazim yang sedari awal memerhatikan gadis itu tiba seakan terkaku. Melihat gadis itu seperti melihat bekas tunangnya. Namun cara dan perwatakan mereka berbeza.
"Oi! Apehal tengok anak dara orang macam nak terkeluar biji mata? Tak pernah tengok orang ke?" kasar sahaja cara gadis itu menegur perbuatan Nazim yang merenungnya.
"Jasmine" tegur imam Hassan pada anaknya.
"Abah tengok la dia tak jaga pandangan" kata gadis itu pada bapanya.
"Jasmine balik dulu. Nanti abah balik naik teksi. Abah teman encik ni sekejap. Kesian dia tak ada ahli keluarga yang boleh menunggu" kata imam Hassan pada anaknya.
"Okay abah. Min balik dulu" gadis itu menyalami bapanya sebelum berlalu pergi.
"Itu, anak pakcik?" soal Nazim inginkan kepastian.
"Ya encik. Satu-satunya anak saya dan arwah isteri" kata imam Hassan.
"Anak pakcik ada kembar?" soal Nazim lagi, dia curiga.
"Tak ada. Kenapa encik bertanya tentang anak pakcik. Encik kenal dia ke?" soal imam Hassan pula hairan.
"Tak. Mungkin saya salah pandang" jawab Nazim.
"Ini. Pakcik ada bawakan kain pelikat dan sejadah untuk encik solat" hulur imam Hassan.
Lama Nazim renung pemberian lelaki itu sebelum disambut olehnya.
"Apa pun masalah kita, jangan kita lupa untuk sujud pada pencipta kita. Serahkan semuanya pada DIA. Dunia ini ibarat pentas ujian buat manusia. Berat atau ringan, sikit atau banyak. Itu semua untuk kita latih diri mengukuhkan keimanan kita sebagai manusia yang bergelar hamba pada Nya" nasihat imam Hassan pada Nazim.
Nazim hanya mendiamkan diri. Terasa dirinya semakin hina dan banyak dosa.
"Ini. Baca lah jika kamu ada masa" imam Hassan serahkan sebuah buku Hiduplah Untuk Hari Ini oleh Muhammad Al-Ghazali.
"Pakcik balik dulu. Kamu jangan lupa makan ya" pesan imam Hassan pada Nazim.
"Terima kasih pakcik" kata Nazim perlahan.
Imam Hassan senyum nipis. Meninggalkan anak muda itu bersendirian dan pulang ke rumah.
Nazim buka dan makan masakan yang dibawakan padanya. Dia merenungnya buku yang diberikan lelaki yang menyelamatkannya tempoh hari. Kain pelikat dan sejadah juga di renung lama. Dia bekeputusan untuk membaca buku yang diterimanya. Terasa bagai ditampar sahaja dengan tinta penulis itu.
"Masihkah aku punya peluang untuk kembali setelah apa yang aku lakukan. Tuhan, ampunkan aku" luahnya lirih.
Handphonenya di ambil. Walaupun mengalami sedikit kerosakan, masih boleh digunakan. Lalu dia menghubungi seseorang.
"Hello Darius..." dia menghubungi sahabatnya.
"AKU akan pastikan Akhtar akan jadi milik aku juga. Aku tak akan lepaskan cinta aku macam tu je. Dia hak aku, milik aku. Aleeya yang rampas dia dari aku" kata Leyla saat melihat gambar Akhtar bersama Aleeya ketika persandingan mereka di rumah Akhtar semalam.
"Kau ni betul ke nak pegi jumpa Mak Kam ni? Dah tak betul cara kau ni" kata Wina sahabat baik Leyla.
"Habis. Kau nak tengok aku sengsara? Kau tahu kan aku cintakan Akhtar. Aku tak boleh lupakan dia. Kan Kak Rania dah bagitahu, Mak Kam yang tolong dia dapatkan semula suami dia sewaktu mereka hampir bercerai dulu. Dah bahagia pun sekarang" kata Leyla pada Wina.
“Allah tidak ampunkan dosa syirik sementara Dia memaafkan dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang mempersekutukan (syirik) kepada-Nya sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. Surah Al-Nisa ayat 48” kata Wina.
"Sanggup ke nak ada dosa tak terampun ni? Aku tengok sampai sekarang Kak Rania tu masih gunakan Mak Kam. Bahagia apa macam tu, kalau bahagia tak perlu pun semua benda karut tu. Bahagia dan cinta tu semua lahir dari izin Tuhan. Kalau Tuhan tak izinkan tak akan terjadi, Kak Rania tu dah langgar perintah Tuhan. Dia minta pertolongan dengan benda karut marut tu. Sedar lah Leyla!" nasihat Wina geram pada sahabatnya itu.
"Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mendatangi bomoh lalu meminta sesuatu daripadanya, tidak diterima solatnya empat puluh hari (Muslim: 2230)" kata Wina lagi.
"Kau tahu tak Leyla, kakak aku berkahwin tanpa cinta pada awalnya. Tapi sekarang dia sangat bahagia. Dia tak nak pada mulanya sebab dah ada kekasih, tapi kerana mak ayah aku paksa dia terima juga. Kau tahu, rupanya bekas kekasih dia lelaki tak guna. Mak ayah aku tak izinkan hubungan mereka, sebab tak percaya lelaki tu boleh jaga akak aku. Allah tu Maha Kaya, kantoi kekasih dia tu dating dengan perempuan lain depan mata kakak aku sendiri. Terus kakak aku setuju dengan pilihan mak ayah aku, walaupun dia tak cinta atau suka bakal suami dia waktu tu. Suami dia sekarang jaga dia macam puteri. Sayang sangat pada kakak aku dan anak mereka. Itu baru dipanggil bahagia. Sebab suami dia terima dia seadanya, berikan kasih sayang dan cinta sepenuhnya pada dia. Selain membentuk kakak aku jadi muslimah yang lebih baik. Leyla, lelaki macam tu yang sesuai untuk dijadikan suami. Aku tak cakap Akhtar tak baik, tak sesuai. Cuma jodoh kau dengan dia tak ada. Terima la hakikat tu" pujuk Wina lagi.
"Aku sayang gila dekat dia Wina. Macam mana aku nak lupakan dia" Leyla menangis di hadapan sahabatnya.
"Tapi dia tak cintakan kau, dia tak ada perasaan pada kau. Empat tahun kau bertunang dengan dia, cuma kau yang kejar dia. Dia tak peduli pun diri kau. Kau lupa batas, kau langgar semua yang kita belajar. Lelaki tak suka perempuan macam tu, kecuali lelaki tu memang jenis buaya dan tak jaga ikhtilat. Leyla, kau kena belajar terima semua ni. Aku yakin, akan ada lelaki di luar sana yang akan terima kau, sayang kau dan cintakan kau lebih dari yang kau rasa sekarang. Dan waktu tu baru kau tahu erti bahagia dan cinta yang sebenarnya" Wina masih berusaha memujuk Leyla.
"Aku tak boleh lepaskan dia. Aku sayangkan dia sangat" Leyla masih menangis.
"Macam ni lah. Kau ikut aku, join aku lakukan kerja amal. Penuhkan jadual hidup kau supaya kau mampu lupakan dia tanpa kau sedar. Kita buat perkara yang Allah suka bersama. Hadir kelas Tadabbur Al-Quran, kelas Hadis untuk sama-sama kita tambah ilmu. Leyla, sebelum ni kau tak macam ni, ini semua ujian untuk kau. Aku yakin kau mampu lalui ujian ni. Kau dah jauh berubah, aku tak nak kau hanyut dengan ujian ni" Wina masih memujuk Leyla.
"Aku sakit tengok dia bahagia" luah Leyla bersama tangisan.
"Dari Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai. (HR. At-Tirmidzi No: 1997)" kata Wina.
"Sebab tu islam tak benarkan kita berlebihan dalam setiap perkara. Kau tak boleh tengok mereka bahagia, sebab kau berdendam pada mereka. Leyla, kau buat apa pun pada isteri dia, tak pernah isteri dia tu balas. Dia cuma menghindari kau, tunaikan permintaan kau. Aku boleh nampak semua tu, tapi kau tak nampak sebab kau rasakan dia tu pesaing kau, perampas tunang kau. Mungkin itu perbezaan kau dan isteri dia. Personally aku jumpa wife Akhtar, berurusan dengan dia hal kebajikan sewaktu majlis korporat. Aleeya sangat bertolak ansur dan ikhlas dalam menyantuni sesiapa pun. Sangat menjaga batas walaupun dengan pekerja lelaki. Nampak biasa-biasa tetapi sangat luar biasa bila mengenali dia. Aku tak backup dia, tapi itulah diri dia" kata Wina lagi.
"Dia tak pernah mengejar cinta Akhtar. Akhtar tak pernah mengejar dia. Tetapi Allah yang jodohkan mereka bersama. Mungkin kerana keikhlasan doa mereka, saling mendoakan kebahagiaan masing-masing. Allah satukan mereka. Setahu aku mereka tak bercinta, itu yang aku dengar sendiri dari pekerja dia. Leyla, cukuplah dengan sifat prasangka, cemburu dan iri hati tu. Kau akan nampak semuanya, if kau cuba buang tanggapan yang tak baik pada mereka tu. Lupakan Mak Kam ya, ikut aku hadir kelas dan lakukan kerja amal" nasihat Wina tanpa jemu.
Leyla mendiamkan diri. Masih ada sisa tangisan. Dia cuba menghadam kata-kata dan nasihat dari sahabat baiknya itu.
"Dah jangan nangis. Jom ikut aku. Lupakan Mak Kam. Kita dekatkan diri dengan Tuhan" putus Wina lalu masuk ke bahagian pemandu untuk membawa Leyla beredar dari situ.
Leyla menurut. Dia tahu perbuatannya untuk meminta bantuan Mak Kam yang dikenalkan oleh Rania itu salah. Namun dia bertindak melulu apabila hatinya sakit, pedih terasa melihat senyuman kebahagiaan di wajah Akhtar dan Aleeya dihari persandingan mereka.
"Dah jangan sedih, jangan nangis. Kau akan lebih rasa bahagia lepas bila dekatkan diri dengan Tuhan" pujuk Wina lagi yang sedang memandu.
"Thanks Wina, selalu ada dengan aku" kata Leyla sebak.
"Sahabat yang baik tak akan meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan. Sahabat yang baik tak akan biarkan sahabatnya hanyut dalam kealpaan" kata Wina lagi.
"WHAT?!" tinggi nada suara Dato Khalas bertanya.
"Saya datang sekarang" katanya lagi.
"Kenapa bang?" soal Datin Kamelia.
"Anak satu tapi buat masalah tak habis-habis. Kaisara kena tangkap khalwat di hotel Ambrose" tegang sahaja wajah Dato Khalas.
"Astaghfirullah. Nazim mana? Kenapa sampai jadi macam ni? Ya Allah" lirih Datin Kamelia mengenangkan perangai anaknya seorang.
"Dato' Seri Nazhan Izzuddin dah tahu hal ni. Sekarang macam mana ni? Nazim hilang jejak sejak bertengkar dengan Kaisara semalam" pening Dato khalas memikirkan hal itu.
"Kita selesaikan dulu hal Kaisara di sana. Lepas tu baru kita bincang bersama Dato' Seri Nazhan Izzuddin dan isterinya" putus Datin Kamelia.
Mereka bersiap untuk hadir ke pejabat agama, dimana anaknya ditahan kerana berkhalwat.
"Apa yang jadi sebenarnya ni? Kaisara, kamu tu isteri orang! Tak boleh ke jaga maruah diri, suami, papa dan mama juga mertua kamu?! Dulu dengan Nazim, sekarang dengan lelaki mana pula ni?!" marah Dato Khalas sebaik tiba di pejabat agama.
"Tenang Dato. Kita selesaikan dengan aman, gaduh pun tak membawa kebaikan" nasihat pegawai yang betugas
"Salah faham je lah daddy" kata Kaisara yang masih dalam keadaan separa sedar.
"Salah faham kepala hotak kamu!!!" jerkah Dato Khalas pada anaknya.
"Kau! Kau anak siapa?! Apa kau dah buat dengan anak aku?!" dimarahi pula lelaki yang ditangkap bersama anaknya.
"Anak Dato yang ajak saya luangkan masa bersama. Sunyi katanya" pemuda itu menjawab tanpa ada rasa malu.
"Kurang ajar!" mahu dilayangkan penampar pada pemuda itu namun di tahan oleh pegawai agama yang mengendalikan kes anaknya.
"Apa kecoh-kecoh ni daddy. Bayar je lah denda tu. Bukan Sara boleh kahwin pun dengan laki ni" kata Kaisara yang masih di bawah pengaruh alcohol.
"Apa yang perlu dilakukan ni ustaz. Saya dah habis daya. Malu saya" kata Dato Khalas kecewa.
"Sabar Dato. Begini...." perbincangan dan jalan penyelesaian diberikan oleh pegawai yang menguruskan kes Kaisara.
Kaisara tidak ambil peduli dengan perbincangan itu. Dia hanya mahu segera meninggalkan kawasan itu.
Share this novel