SELESAI segala urusan serah kunci dan dokumentasi hostel dan kolej, Aleeya menghubungi Akhtar. Mereka sempat memandang antara satu sama lain seketika, sebelum memasuki exam hall pagi tadi. Selesai sahaja exam, Aleeya segera kembali ke hostel memandangkan dia dan kembar perlu berkejar untuk urusan lain.
"Assalamualaikum. Ada kat mana?" sapa Aleeya.
"Wa'alaikumsalam. Ada kat rumah sewa. Bunga dah settle semua?" tanya Akhtar.
"Dah. Jadi ke nak jumpa?" soal Aleeya lagi.
"Jadi. Bunga datang sini boleh? Lepastu kita keluar sekejap. Arjuna dah minta izin abang Eidlan" kata Akhtar pada Aleeya.
"Okay. Bunga ke sana sekejap lagi" jawab Aleeya.
"Okay. Jumpa nanti. Assalamualaikum" kata Akhtar mengakhiri bicara.
Setelah panggilan di tamatkan. Aleeya mendapatkan si kembar di kawasan pondok menunggu bawah hostel mereka.Â
"Aku nak gerak dah. Nak pergi jumpa Akhtar, then aku gerak balik kampung terus" ujar Aleeya.
"Okay. Take care. Hati-hati drive tau" kata Azizah.
"Abang pun nak sampai dah ni. Kita orang pun nak gerak juga lepas ni" kata Azlina.
"Keep updates news macam selalu okay. Permohonan kita tu aku settle esok. Any info aku update okay" Aleeya memeluk si kembar. Berpelukan mereka bertiga seketika.
"Thanks. Tolong uruskan hal tu" kata Azizah.
"Small matters" jawab Aleeya sambil tersenyum.
"InsyaAllah, kita jumpa naik last sem nanti okay" kata Azlina pula.
"InsyaAllah. Take care okay, apa-apa update. Aku gerak dulu. Kirim salam family kau orang semua" Aleeya minta diri.
"Kau pun, kirim salam semua" kata Azlina.
"Hati-hati drive Bunga" pesan Azizah pula.
Aleeya bergerak ke keretanya, dan mula memandu meninggalkan kawasan hostel mereka. Sempat juga dia berbalas lambaian dengan si kembar.
"ASSALAMUALAIKUM. Bunga dah sampai depan rumah Arjuna" Aleeya menyapa sebaik panggilan dijawab.
"Wa'alaikumsalam. Sekejap. Arjuna keluar" kata Akhtar.
"Sampai dah Bunga?" soal Azad.
"Dah. Ada kat luar" jawab Akhtar, kemudian berlalu keluar rumahnya menemui Aleeya yang menanti di dalam kereta.
Cermin tingkap di ketuk. Aleeya yang sedang berbalas WhatsApp dengan Eidlan berhenti seketika dan menurunkan cermin tingkap keretanya.
"Bunga park kereta. Naik dengan Arjuna, kita keluar sekejap" kata Akhtar padanya.
"Okay. Bunga park depan tu okay?" kata Aleeya.
"Bunga park dalam je, Arjuna keluarkan kereta sekejap" kata Akhtar kemudian berlalu membuka pagar rumah sewanya dan menghidupkan enjin kereta dan mengeluarkan kereta dari kawasan parking rumahnya.
Aleeya hanya menurut. Kereta dipandu masuk ke dalam kawasan parking rumah sewa Akhtar. Setelah itu dia mengambil handphone dan purse miliknya kemudian keluar dari kereta menuju ke arah kereta milik Akhtar.
"Bunga tunggu sekejap ya. Arjuna nak ambil wallet dengan handphone. Just a moment" kata Akhtar sebaik Aleeya duduk di bahagian penumpang hadapan. Aleeya hanya mengangguk.
"Keluar?" tanya Irham pada Akhtar yang kelihatan sedikit kalut mencari handphonenya.
"Ha'ah. Dengan Bunga sekejap. Nampak handphone aku tak?" soalnya pada Irham.
"Atas meja tv kau letak tadi" sahut Azad dari dapur.
Segera Akhtar ke ruang tamu mendekati meja tv dan mengambil handphonenya.
"Aku gerak dulu. Ni pun tak boleh lama, Bunga nak balik kampung" kata Akhtar dan berlalu keluar.
"Sorry. Jom kita gerak" kata Akhtar kepada Aleeya sebaik dia memasuki keretanya dan memakai seatbelt.
"It's okay" jawab Aleeya.
"Bunga drive sendiri balik ni? Memang tak ada kawan?" tanya Akhtar ketika dalam perjalanan.
"Tak ada. Memang selalu macam ni. Lagipun Bunga terus straight balik rumah je. Kalau ada pun berhenti dekat petrol pump je" jawab Aleeya padanya.
"Hati-hati okay. Macam mana pun Bunga perempuan. Kena sentiasa berjaga-jaga" pesan Akhtar.
"Yup. I know. InsyaAllah" jawab Aleeya.
"Maybe ni last kita jumpa. Sebab lepas ni, Arjuna dah tak stay sini lagi. Tapi please keep in touch okay. Sebab Arjuna betul-betul serious kita berkawan ni" Akhtar meninggalkan pesannya.
"Arjuna balik kampung terus? Lepas ni plan apa sementara nak tunggu continue degree?" soal Aleeya.
"Balik kampung, tempat buat practical offer kerja tapi jawatan sementara. So Arjuna grab je peluang tu, gaji pun okay. Pindah rumah sewa dekat area office" terang Akhtar.
"Oh. I see. That's great. Congratulations" kata Aleeya.
"InsyaAllah kita sempat convo sama-sama before Akhtar continue study. Nanti jumpa masa convo okay. Last semester ni, buat yang terbaik okay. Arjuna tak mahu terlalu mengganggu, sebab Bunga dah final semester. Tapi kita masih boleh contact thru call, WhatsApp or video call" terang Akhtar lagi.
"InsyaAllah. Thank you" Aleeya memandang Akhtar di sebelahnya.
"For what? Thank you?" soal Akhtar ingin tahu.
"Bagi Bunga ruang untuk focus last semester. And sebab serious berkawan dengan Bunga" tersenyum Aleeya pada Akhtar.
Akhtar turut membalas senyuman Aleeya. Akhtar meneruskan pemanduannya ke destinasi mereka. Â
"KITA makan dulu okay, Bunga nak makan apa?" tanya Akhtar pada Aleeya yang berjalan sedikit belakang darinya.
"Nak nasi. Bunga tak makan dari pagi ni" kata Aleeya sambil memerhati sekeliling.
"Langsung tak makan? Habis ni tadi kalau Arjuna tak ajak jumpa memang gerak balik kampung tak makan la?" tanya Akhtar bimbang.
"Eh. Makan la cuma pukul 5 pagi, makan 3 ke 4 keping biskut dengan air milo. Lepas tu terus buat revision sekejap then siap-siap terus pergi exam. Kalau tak jumpa tadi, Bunga drive thru McD je" jawab Aleeya.
"Hurm. Jom la pergi makan" Akhtar bawa langkah ke arah restaurant The Chicken Rice Shop yang terdapat di situ.
Aleeya menuruti langkah Akhtar dari belakang sehingga tiba di restaurant itu. Akhtar membuat pesanan untuk mereka.
"Bunga duduk sini sekejap. Lima minit, nanti Arjuna datang semula" kata Akhtar bangun dari duduknya dan berlalu meninggalkan Aleeya seketika.
Aleeya tanpa sempat berkata apa-apa hanya melihat Akhtar yang berjalan menuju keluar restaurant. Seketika menanti makanan yang dipesan mereka tiba. Aleeya masih menanti Akhtar.
"Sorry. Lama dah ke sampai makanan? Kenapa Bunga tak makan dulu?" tanya Akhtar sebaik duduk dihadapan Aleeya.
"Tak lah, baru je lagi. Tunggu Arjuna la. Tak sopan pula makan dulu" jawab Aleeya.
"Jom makan" kata Akhtar dan kemudian membacakan doa makan. Mereka hanya menikmati makanan tanpa sebarang perbualan.
Setelah selesai. Mereka beredar keluar dari restaurant itu. Aleeya hanya mengikuti langkah Akhtar yang sedikit ke hadapan.
"Jom masuk sekejap" kata Akhtar pada Bunga yang berhenti dia sebuah kedai florists and gift yang menjual pelbagai bouquet flowers, hampers dan lain-lain.
"Buat apa?" soal Aleeya pada Akhtar yang terlebih dahulu masuk ke dalam kedai tersebut.
"For my Bunga" kata Akhtar sambil menghulurkan bouquet flower pada Aleeya yang telah siap digubah cantik. Tiga kuntum ros merah, tiga kuntum ros putih, baby breath dan lavender.
"For me? Thank you. Ada kad. Boleh baca?" Aleeya terkejut dengan pemberian itu. Namun disambut juga pemberian Akhtar itu padanya.Â
"Jom, ada satu tempat lagi nak pergi. Baca nanti bila da sampai rumah ibu" kata Akhtar pada Aleeya.
"Pergi mana?" pelik Aleeya dengan sikap tak terjangka Akhtar hari itu, namun di turuti juga. Akhtar tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum memandang Aleeya.
"Sini. Bunga duduk sekejap" kata Akhtar pada Aleeya sebaik tiba di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan kemas.
"Buat apa kat sini?" tanya Aleeya pada Akhtar yang sudah pun melabuhkan duduknya.
"Duduk la" kata Akhtar sambil menepuk kerusi di sebelahnya. Seorang jurujual datang menghampiri mereka.
Aleeya pula duduk tanpa mahu bertanya apa-apa lagi pada Akhtar.
"Yang saya pilih design tadi, tapi size jari dia" kata Akhtar pada jurujual itu.
"Cuba ni cik" kata jurujual itu pada Aleeya sambil menghulurkan sebentuk cincin.
"Arjuna..untuk apa ni?" tanya Aleeya pada Akhtar disebelahnya.
"Try dulu okay" hanya itu jawapan yang diterima dari Akhtar.
Aleeya lihat jurujual di hadapannya yang masih menanti dan tersenyum padanya itu. Aleeya ambil dan memandang Akhtar disebelahnya.
"Jari manis kiri Bunga" kata Akhtar seperti dapat meneka jari mana yang harus dia sarungkan cincin itu.
Aleeya sarungkan ke jari manis kirinya. Terletak cantik dan elok sahaja size cincin itu. Aleeya pandang Akhtar.
"Perfect" kata Akhtar melihat jari Aleeya yang tersarung cincin itu.
"Cantik. Size pun ngam. Pandai encik pilih" kata jurujual itu pada Akhtar.
"Saya ambil yang ni ya" kata Akhtar pada jurujual itu. Laju Aleeya menanggalkan cincin itu dan diserahkan semula pada jurujual itu.
"Okay, boleh ikut saya untuk settle kan pembayaran dan ambil resit" kata jurujual itu pada Akhtar. Akhtar mengikut jurujual itu. Aleeya masih duduk dan menunggu.
Selesai urusan Akhtar dengan jurujual itu, dia mendapatkan Aleeya yang menantinya.
"Jom, kita gerak. Bunga nak drive jauh" kata Akhtar pada Aleeya yang duduk di kerusi tanpa berganjak.
MEREKA keluar dari bangun shopping complex itu dan menaiki kereta. Akhtar mula memandu pulang ke rumah sewanya.
"Sorry. Kita tergesa-gesa keluar hari ni, sebab tak nak Bunga lewat balik kampung. Mesti Bunga terkejutkan. Arjuna memang nak jumpa Bunga sebelum kita terus melangkah ikut takdir masing-masing. Lepas ni entah bila kita boleh jumpa lagi lagi makan dan keluar sama-sama macam ni. Arjuna memang nak bagi Bunga hadiah sebelum Bunga balik kampung. Arjuna tak pernah bagi apa-apa kan, harapnya Bunga suka dan terima hadiah dari Arjuna ni" kata Akhtar sambil sebelah tangan menyerahkan paper bag kecil yang berisi cincin yang dibeli tadi.
"Bukan Bunga tak suka, cuma tak rasa macam Arjuna berlebihan ke? Bunga dapat bouquet flowers ni pun dah cukup, dah happy sangat. First time dapat bouquet flowers ni" kata Aleeya jujur pada Akhtar.
"Ambil la, tak berlebihan pun. Memang Arjuna dah niat nak bagi Bunga ni sebagai hadiah" kata Akhtar pada Aleeya.
Aleeya ambil paper bag tersebut. Bermacam emosi bercampur baur dalam dirinya.
"Kenapa Bunga rasa macam Arjuna akan tinggalkan Bunga? Kenapa Bunga rasa macam lepas ni kita akan berjauhan? Bunga rasa macam sesuatu akan jadi" luah Aleeya dengan nada suara yang bergetar menahan sebak yang bertandang.
"Ish! Apa cakap macam tu pula. Tak ada lah. Bila Bunga terima hadiah tu bermakna Bunga terima hubungan serious kita berkawan ni. Bila Bunga sentiasa pakai hadiah tu, bermakna Arjuna sentiasa ada untuk Bunga. Walaupun waktu itu beribu batu kita jauh terpisah, tak berjumpa dan tak berhubung. Anggap itu seperti pengganti diri Arjuna, sehingga waktu menyatukan kita semula dengan ikatan yang sah. Okay my Bunga" terang Akhtar pada Aleeya.Â
Aleeya selesa mendiamkan diri. Akhtar sesekali melihat Aleeya yang hanya duduk mendiamkan diri. Sesekali mereka akan bertembung pandang apabila Aleeya melihat kearahnya.
Mereka akhirnya tiba di rumah sewa Akhtar. Sebaik tiba Akhtar parking kereta di luar rumah sewanya. Sebelum keluar untuk membuka pagar dan ingin mengalihkan kereta milik Aleeya. Akhtar menanti seketika dan memandang Bunga.Â
"Arjuna ikhlas. Arjuna cuma minta Bunga terus yakin dan percaya Arjuna. Kita sama-sama berusaha menjaga kepercayaan dan keyakinan kita. Sentiasa berdoa semoga urusan kita di permudahkan. Boleh kan Bunga?" kata Akhtar pada Aleeya.
"Bunga juga ikhlas. Bunga sentiasa percaya dan yakin dengan Arjuna. InsyaAllah" jawab Aleeya.
"Pakai la cincin tu, jari manis kiri. Tak apa ada cincin abang Eidlan pun, tetap cantik" kata Akhtar.
"Kenapa kiri tak kanan?" sengaja Aleeya bertanya. Dia mengeluarkan kotak cincin yang dibeli Akhtar dan menyarungkan di jari manis kirinya.
"Kanan tu simpan untuk nikah nanti. Sementara tu, cincin ibu bagi tu jangan tanggalkan okay. Tanggalkan nanti masa nak ganti cincin nikah kita, InsyaAllah" kata Akhtar sambil melihat Aleeya yang memakai cincin pemberiannya.
"Okay" jawab Aleeya sambil menahan rasa malu.
"Cincin abang Eidlan dengan cincin Arjuna bagi ni pun jangan tanggalkan. Sentiasa pakai, supaya Bunga tahu. Kami sentiasa ada untuk Bunga" pesan Akhtar lagi.
"Baik" jawab Aleeya sambil tersenyum.
"Bagi kunci kereta, Arjuna keluarkan kereta Bunga sekejap. Bunga tunggu sini" minta Akhtar pada Aleeya.
Akhtar keluar membuka pagar rumah dan mengeluarkan kereta milik Aleeya. Kemudian dia kembali ke keretanya.
"Bunga masuk kereta Bunga dulu. Arjuna nak parking kereta sekejap" kata Akhtar pada Aleeya.
Aleeya kemudian keluar bersama hadiah pemberian Akhtar ke keretanya dan menanti Akhtar seketika.
Akhtar mendapatkan Aleeya yang telah menanti di keretanya.
"Ni terus gerak ke singgah mana-mana dulu?" tanya Akhtar di luar pintu kereta milik Aleeya.
"Terus gerak. Semalam petang dah siap isi minyak full tank dengan kad touch and go" kata Aleeya yang telah siap memakai seat belt.
"Tadi barang dalam kereta Arjuna dah ambil semua?" tanya Akhtar.
"Dah. Handphone, purse, bouquet flowers dan paper bag box ring. Semua dah ambil" jawab Aleeya sambil menunjukkan barangan yang diletakkan di seat bahagian penumpang hadapan sebelahnya.
"Hati-hati drive okay. Berhenti kat mana-mana call Arjuna bagitahu. Nanti sampaikan salam pada ibu dekat kampung" pesan Akhtar.
"Okay. InsyaAllah. Apa-apa Bunga call. Sampaikan salam pada Irham dan Azad, minta maaf bagi pihak Bunga if ada salah silap Bunga pada mereka" ujar Aleeya.
"Nanti Arjuna sampaikan. Jaga diri Bunga. Please jaga diri Bunga untuk Arjuna ya. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa semoga urusan kita di permudahkan" pesan Akhtar lagi.
"InsyaAllah. Arjuna pun, jaga diri ya. Bunga nak gerak ni. Assalamualaikum" Aleeya minta diri.
"Hati-hati ya. Wa'alaikumsalam" jawab Akhtar. Dia memerhatikan Aleeya yang memandu berlalu pergi.
Aleeya meninggalkan kawasan itu dan memulakan perjalanan pulang ke kampungnya.
Share this novel