Bab 89

Romance Series 36633

LIMA bulan berlalu sejak Aleeya kehilangan bayi yang dikandungnya. Waktunya lebih banyak dihabiskan di Bunga&Coklat atau lebih banyak menyendiri. Akhtar buntu dengan keadaan itu. Sehabis baik dia cuba memahami keadaan Aleeya. Walaupun Aleeya tidak pernah mengabaikan dirinya dan melayaninya dengan baik. Namun perubahan sikap isterinya itu tetap dirasai. 

"Sayang..." panggil Akhtar pada isterinya yang leka menghadap laptop di bilik kerja mereka.

"Ya abang..nak apa-apa ke?" sahut Aleeya lalu berpaling ke arah pintu bilik di tempat Akhtar berdiri.

"Jom keluar" ajak Akhtar.

"Pergi mana?" soal Aleeya.

"Dating" pancing Akhtar.

"Okay. Jom siap.." Aleeya menutup laptopnya.

Aleeya senyum nipis. Dia tahu Akhtar cuba menggembirakan dirinya selama ini. Cuma saja dia selesa untuk menyibukkan dirinya dengan kerja supaya dapat melupakan kesedihannya.

"Sayang.. Abang perasan lately sayang suka makan benda masam, kenapa?" soal Akhtar ketika mereka berjalan beriringan di tepi tasik.

"Bunga rasa muak kalau makan tak rasa masam" jawab Aleeya selamba.

"Okay. Sayang dah cuba check?" tanya Akhtar berhati-hati.

"Check apa?" Aleeya blur. Langsung tidak memahami arah tuju soalan suaminya.

"It's okay. Semalam, kembar kata Jasmine datang dengan Nazim ke kedai. Ada apa?" tanya Akhtar menukar topik perbualan.

"Oh. Dia orang nak kahwin, datang bagi kad jemputan" jawab Aleeya lalu menghentikan langkahnya dan memandang Akhtar.

"Tapi betul ke Jasmine tu ada iras sayang? Abang rasa Nazim pilih Jasmine tu sebab muka dia ada iras sayang ke?" soal Aleeya ingin tahu.

Akhtar senyum nipis, meraih jemari Aleeya dan mula berjalan semula. Aleeya mengikuti langkah suaminya.

"Bagi abang, sayang dengan dia sangat berbeza. Sekilas pandang pun abang tahu dia bukan sayang dan sayang bukan dia. Abang tak nafikan ada la sikit iras tu, kuasa Tuhan yang menciptakan. Abang tak rasa Nazim pilih Jasmine hanya sebab wajahnya yang ada iras sayang" jawab Akhtar.

"Bila sayang tengok cara Nazim layan Jasmine, sayang tahu dia betul-betul ikhlas dengan Jasmine tu. Jasmine cakap semalam, dia jealous dengan sayang. Dia cakap, dia rasa Nazim pilih dia sebab muka dia seiras sayang" kata Aleeya.

"Ya? Habis sayang cakap apa?" tanya Akhtar, dia mengajak Aleeya duduk di kerusi yang ada menghadap ke arah tasik.

"Sayang cakap, Jasmine is Jasmine. Aleeya is Aleeya. Kami dua manusia yang berbeza dan tak ada persamaan dari segi fizikal dan perangai. Cita rasa kami tak sama, sikap kami pun tak sama. Mustahil Nazim suka dia hanya sebab rupa yang kelihatan seiras sekali pandang. Nazim pilih dia, sebab diri dia, bukan disebabkan wajah yang ada iras sekali pandang" jelas Aleeya.

"Betul. Sayang abang ni comel, cantik,  kurus, muka beku. Tak cover langsung time makan, belajar MMA, dan suka berkerja. Yang paling penting, cintakan abang seorang" kata Akhtar selamba.

"Abang..." geram sahaja Aleeya mendengar 'pujian' dari suaminya. Ditarik sedikit cuping telinga Akhtar melepaskan geram.

"Adoiii.. Sorry. Gurau la sayang" Akhtar cium sekilas kekura tangan isterinya.

"Abang...terima kasih" kata Aleeya tiba-tiba.

"Eh! Kenapa pula terima kasih kat abang ni?" tanya Akhtar hairan.

"Sebab berusaha untuk buat Bunga rasa bahagia dan gembira" dilentokkan kepalanya pada sisi bahu Akhtar disebelahnya.

"Tugas abang untuk buat sayang gembira, bahagia dan selesa. Juga jatuh cinta dengan abang sebanyaknya" Akhtar mengusik isterinya.

"Bukan abang ke yang asyik jatuh cinta pada Bunga" Aleeya tidak mahu kalah.

"Eh! Mana tahu ni. Alamak, kantoi pula" ujar Akhtar selamba.

"Hahaha. Mesti la, asyik la renung Bunga. Haih, sampai malu dibuatnya" kata Aleeya jujur.

"Laaaa...malu rupanya. Patut merah-merah pipi tu ingat pakai blusher. Comel sangat, geram macam nak gigit pipi tu" usik Akhtar lagi.

"Tak nak lah gigit. Kiss nak" Aleeya melayan sahaja kerenah Akhtar.

"Ala..." kata Akhtar tiba-tiba.

"Kenapa?" soal Aleeya hairan.

"Tak jadi la keluar macam ni, jom kita balik. Dating kat rumah je dalam bilik" kata Akhtar berbisik di tepi telinga isterinya.

"Abanggg....gatal.." Aleeya cubit lengan Akhtar geram.

"Hahaha..adoi sayang..sakit" Akhtar mengaduh.

"Rasakan. Gatal sangat" jawab Aleeya geram.

"Gatal dengan sayang je" Akhtar sengaja mengusik.

"Alhamdulillah dengan sayang je. Kalau dengan orang lain, siap la abang" Aleeya memberi amaran.

"Tak berani. Siapa tak sayang bini oii. Yang satu ni je dah penuh dalam hati" jawab Akhtar. Aleeya senyum manis. Bahagia.

"JASMINE.." panggil Nazim memujuk.

"Min rasa macam Naz terpaksa je buat semua ni sebab Min macam dia" akhirnya terluah juga apa yang disimpan selama ini.

"Dia?" Nazim masih belum dapat menangkap maksud kata-kata Jasmine.

"Macam Min pengganti dia" kata Jasmine lagi.

"Oh, baru i faham. Ya Allah. Macam mana la Min boleh fikir macam tu. Demi Allah, tidak. Jasmine adalah Jasmine. Yang mengisi hati Nazim Ilman adalah seorang Jasmine. Yang mengubati dan menyempurnakan seorang Nazim Ilman adalah Jasmine Binti Hassan" pujuk Nazim pada tunangnya.

"Jasmine tak sama langsung dengan Aleeya. To be honest, saya tak begitu mengenali siapa Aleeya. Hanya tahu dia sebagai seorang yang menjaga batas, muka beku tak berperasaan, dan seorang yang berdikari. Tapi saya sangat mengenali seorang Jasmine. Kelihatan kasar pada luaran tapi hatinya sangat lembut, minah rempit yang comel, cool dan berdikari, sangat menghormati orang tua, pandai memasak, cepat merajuk tapi mudah dipujuk, penyayang, manja, tak pandai menyanyi, suka buat lawak, dan sangat manis bila terserlah lesung pipi yang comel tu" kata Nazim pada tunangnya. Jasmine menahan senyuman yang hampir terukir.

"Jasmine, tak perlu rasa tergugat atau tercabar dengan sesiapa pun. Dalam hati saya cuma ada Jasmine. Seminggu je lagi kita akan bernikah, saya minta maaf Jasmine kena uruskan sendiri persiapan dua minggu ni. Saya busy uruskan hal syarikat sebelum nak bercuti lama" Nazim meyakinkannya.

"Min terasa macam Naz tak endahkan persiapan majlis kita. Seolah Min yang syok sendiri" ujar Jasmine sedih.

"Maaf, saya minta kak Murni ganti saya teman awak. Saya sibuk uruskan semuanya supaya saya dapat focus pada majlis kita. Mulai hari ini sehingga majlis di kedua-dua pihak dan honeymoon, saya cuba selesaikan segera. Saya dah pun book ticket untuk kita honeymoon nanti, jangan tanya ke mana sebab rahsia" jelas Nazim keadaan sebenar dirinya.

"Min minta maaf sebab beranggapan yang bukan-bukan" kata Jasmine serba salah.

"It's okay. Saya maafkan. Salah saya abaikan awak seminggu dua ni sebab busy dengan kerja. Jom kita masuk, nak fitting baju nikah yang dah siap" ajak Nazim pada tunangnya.

"Tahu pun. Abaikan saya lagi. Siap awak" kata Jasmine.

"Okay, I'm sorry" Nazim mengalah.

"Jom lah kita menuju ke pintu" kata Jasmine.

"Pintu apa pula ni?" hairan Nazim dengan ayat Jasmine.

"Pintu bahagia" kata Jasmine selamba lalu keluar dari kereta.

"Ya Allah. Sempat dia bagi pickup line lagi" kata Nazim lalu tersenyum kerana keletah gadis itu.

"Awak betul ke tak nak bagitahu saya kita nak honeymoon kat mana" kata Jasmine sewaktu mereka sedang mencuba baju yang akan dipakai untuk bernikah nanti.

"Yup. I won't tell you" kata Nazim tenang.

"Okay, tak apa. Nak kunci" kata Jasmine manja.

"Kunci?" tanya Nazim blur.

"Ku cinta kau seorang" kata Jasmine lalu beredar sambil ketawa kecil. Suka benar dia mengusik tunangnya itu.

"Ya Allah. Sayangggg..." Nazim pegang dadanya, berdebar bila Jasmine mengusik dia dengan kata-kata sebegitu. Tersenyum bahagia, mungkin ini sebenarnya perasaan cinta dan dicintai.

"Tak tahu lah saya macam mana nak hadap awak lepas ni. Awak selamba je, saya pula yang malu" kata Nazim sendirian.

Lumrah alam pertunangan. Bergaduh, merajuk dan memujuk. Bagi Jasmine dan Nazim selagi keduanya berlaku jujur dan setia, tiada sebab untuk mereka berpaling dan berpisah. Keduanya berharap jodoh mereka kekal hingga ke akhirnya.

"KAK Aleeya tak masuk ke hari ni?" tanya Rose pada pada Haiqal.

"Tak kot, tak nampak pun. Selalu waktu macam ni dia dah ada" jawab Haiqal.

"Bagus lah dia tak masuk. Aku risau keadaan dia sejak dia kemalangan tu" kata Firas pula.

"Tu lah. Kerja non stop. Jumaat pun dia datang kedai" sokong Farhan pula.

"Kuatkan dia. Aku yang perempuan pun rasa mustahil nak jadi sekuat dan setabah dia" kata Rose pula.

"Borak apa ni?" tanya Azizah yang baru turun dari tingkat atas.

"Pasal Kak Aleeya. Dia tak datang ya hari ni?" kata Rose.

"Oh. Hari ni tak, abang Akhtar bawa dia pergi dating" jawab Azizah.

"Farhan dah settle delivery?" tanya Azizah pada staff Aleeya.

"Dah Kak Iza, trip pagi settle. Tunggu trip petang pula" jawab Farhan.

"Okay. Boleh ganti Rose kat bawah sekejap. Rose boleh tolong Hana buat bouquet kat atas? Ganti akak sekejap. Akak nak makan, belum makan lagi ni" minta Azizah.

"Alright. Saya yang menurut perintah" jawab Rose.

"Mak Aton dah makan?" sapa Azizah pada ibu Farhan yang sedang mencuci pinggan dan cawan yang kotor.

"Dah cik Iza" jawab ibu Farhan puan Zaiton yang menjadi cleaner dan tukang cuci pinggan di Bunga&Coklat.

"Nak sikit. Lapar" muncul Azlina yang baru selesai membuat penghantaran bouquet customers.

"Ceh. Pagi tadi kau yang kata makan sandwich pun dah kenyang" perli Azizah pada kembarnya.

"Tu pagi tadi, ni dah pukul 11.00 pagi" kata Azlina.

"Aku baru nak makan tau. Pagi tadi makan kuih karipap dua ketul je" bidas Azizah.

"Minta sikit pun tak boleh" rajuk Azlina.

"Makan la. Lunch break nanti belikan nasi ayam" minta Azizah.

"Small matter" Azlina tarik pinggan yang berisi mi goreng.

Ketika itu handphone milik Azizah berbunyi.

"Wa'alaikumsalam" jawab Azizah sebaik panggilan dijawab.

"Siapa?" tanya Azlina tidak bersuara.

"Bunga" kata Azizah juga tidak bersuara.

"Tengah makan, tak makan lagi dari pagi. Okay. Nanti aku bagitahu. Bye" kata Azizah lalu panggilan ditamatkan.

"Kenapa?" tanya Azlina.

"Bunga kata tak payah beli makan lunch. Dia order nasi tomato ayam masak merah untuk semua" jelas Azizah.

"Eh, dia datang sini ke?" soal Azlina confused.

"Ya. Lepas beli dia datang sini" jawab Azizah.

"Kau perasan tak, dia tak period dah sebulan" kata Azlina.

"Perasan. Tapi tak berani nak tegur, takut dia kecil hati sebab dia miscarriage sebelum ni" kata Azizah pula.

"Harapnya betul la tekaan kita" kata Azlina lagi.

"Kita tunggu je" jawab Azizah pula.

Aleeya tiba di kedai Bunga&Coklat ketika jam tepat menunjukkan 12.30 tengah hari. Seperti kebiasaan, mereka akan rehat secara bergilir.

"Kembar, jom makan sekali" ajak Aleeya setelah para pekerjanya yang lain selesai makan dan bersolat.

"Kau belum makan ke?" tanya Azlina.

"Belum. Tunggu kau orang" jawab Aleeya.

"Akhtar mana?" tanya Azizah pula.

"Beli air limau aku, jap lagi sampai la tu" jawab Aleeya.

"Kau kenapa pucat je ni?" tegur Azlina.

"Mana ada la. Aku pening sikit, kena panas kot tadi masa beli makan" jawab Aleeya.

"Ni air sayang" kata Akhtar yang baru muncul bersama sebungkus air limau ditangan.

Aleeya bangun ingin mendekati suaminya, namun tiba-tiba Aleeya terasa mahu rebah. Mujur Azizah sempat menahannya dari terjatuh.

"Sayang kenapa?" soal Akhtar bimbang yang segera mendapatkan isterinya.

"Rasa nak pitam" jawab Aleeya lemah.

Akhtar peluk tubuh Aleeya, Aleeya tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri.

"Tolong aku ambil bag Bunga, nak bawa dia ke klinik" kata Akhtar pada kembar.

Pantas sahaja mereka membantu. Azizah mengikuti mereka ke klinik berhampiran.

"ASSALAMUALAIKUM anak-anak ayah" kata Akhtar yang mengusap perlahan perut isterinya yang masih belum nampak bentuknya.

Aleeya senyum manis. Terasa lucu pula dengan tingkah suaminya. Balik sahaja dari klinik mereka berempat berkumpul di dalam pejabatnya.

"Terima kasih sayang" kata Akhtar padanya.

"Alhamdulillah. Allah berikan Bunga peluang rasai nikmat ni sekali lagi. Bunga rasa bersyukur, doakan kami sentiasa di dalam lindungan-Nya" luah Aleeya sebak.

"InsyaAllah, semuanya akan  baik-baik sahaja. Sayang sentiasa ada di dalam doa abang. Abang dah call ibu dan ummi tadi. Mereka gembira dan doakan Bunga dalam keadaan baik-baik sahaja" kata Akhtar.

"Patutlah kau asyik nak makan benda masam je" kata Azlina gembira.

"Kembar weh. Mesti comel macam kita" Azizah teruja.

"Ingat doctor pesan apa. Kena banyak rehat, kurangkan kerja berat dan tak boleh stress" kata Akhtar pada isterinya.

"Okay husband. Kembar, kena reschedule semula deco booking event untuk weekend start bulan depan. Tak boleh ambil max lima job, kena turun jadi tiga job. Order bouquet kita accept ikut kemampuan. Cakes pun sama, no order last minute. If cust mendesak, suggest option ready cakes yang ada" mood boss di tempat kerja dah bermula.

"Datang dah mood boss dia" tegur Azizah.

"Noted boss" kata Azlina pula.

"Nanti husband aku bebel. So better dia tahu perancangan aku terus" kata Aleeya selamba.

"Abang kat sini tau sayang. Amboi diaaa. Sayang, abang ada permintaan, boleh sayang tutup kedai awal sikit? Pukul 8.00 malam ke, atau boleh awalkan lagi" cadang Akhtar.

"Sebab abang kat sini la sayang cakap terus. Bukan tak nak, customer yang minta kedai tutup pukul 8.30 sebelum ni" jelas Aleeya.

"Tapi elok juga tutup awal. Sebab most of the time pukul 7.00 tu dah kurang cust. Ada pun tak banyak dalam 4, 5 orang je if tak ada yang book untuk event" setuju Azizah pula.

"Betul. Aku pun rasa kita kurangkan waktu operasi. Buka macam biasa. Tutup je kita awalkan sikit, pukul 6 ke pukul 7. Tapi weekend selalu memang full house book untuk event" sokong Azlina pula.

"Okay, macam ni. Tukar time operasi kedai, buka 9.00 pagi, tutup pukul 6.30 petang hari biasa. Schedule semula weekend, buka pukul 10.30 pagi sampai pukul 9.00 malam, weekend sahaja. Sebab hari cutikan. Delivery malam pun kurangkan, bagitahu cust kita prefer delivery siang hari" cadang Akhtar.

"Nice juga cadangan Akhtar tu" sokong Azizah.

"Aku okay je" ujar Azlina.

"Nak berkat dan reda suami kan. Kena la ikut. Kita start bulan depan okay kot kan?" Aleeya setuju.

"Sayang run tiga business sekarang. Kedai, surprise delivery dan event decorations. Sebab keadaan dah berubah, sayang dah pregnant, soon ada baby pula. Kena tetapkan limits sekarang, dalam masa yang sama sayang pun kena maintain monthly achievement kan. Abang cuma cadangkan penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan" Akhtar jelaskan cadangannya pada Aleeya.

"Kali ni aku sokong Akhtar. Keadaan kau dah berubah. So memang kena ada perubahan sikit. No worries, budak part-time sentiasa ada untuk bantu team Bunga&Coklat" kata Azlina pula.

"Aku pun sokong cadangan Akhtar. Kau tak boleh lasak dan penat sangat lepas ni. Hana ada untuk jaga account. Kau pun tahu dia uruskan macam mana. So far, kita tak pernah lagi tak hit monthly achievement, walaupun ada masa betul-betul ngam je. InsyaAllah, rezeki sentiasa ada" Azizah juga menyokong pendapat Akhtar.

"I know. Bunga ikut mana yang baik" jawab Aleeya.

"One more. Please la kita stop dulu MMA class buat masa ni. Kau kan pregnant" kata Azizah.

"Eh, yang pregnant dia. Kenapa kau pula nak stop training?" kata Akhtar pada si kembar.

"Tak best Bunga tak ada" jawab Azizah selamba.

"Kan. Kita pun rest dulu la, sementara kau pregnant ni" sokong Azlina.

"Kesian budak-budak tu nanti tak ada cikgu perempuan. Seminggu sekali je pun" kata Akhtar.

"Sir Kamarul ada, kau ada, abang ada, Irham dengan Azad pun ada. Ok la tu" kata Azlina.

"Bagi chance la kitaorang rest juga" kata Azizah pula.

"Ikut kau orang lah. Aku memang tak boleh, nanti husband aku marah" kata Aleeya sambil memandang ke arah Akhtar.

Akhtar senyum nipis dengan kata-kata Aleeya. Dia mahukan yang terbaik untuk isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience