Bab 50

Romance Series 36633

"KAU tengok siapa tu? Murni atau Aleeya?" tanya Darius yang duduk berhadapan Nazim.

"Ish! Kau ni, nampak je apa aku buat" termalu Nazim dengan soalan Darius.

"Kau suka Aleeya ke?" soal Darius serious.

"Entah. Aku rasa dia manis. Sopan, tegas pandai bawa diri. Ciri-ciri wanita yang kuat keperibadian ada pada dia" kata Nazim.

"Dah 2 bulan kan kau dengan Kaisara  breakup? Dia ada cari kau lagi?" Darius tukar topic perbincangan. Hatinya dipalu gendang cemburu namun masih dapat di kawal.

"Kau tahu la perangai dia kan. Mana nak mengalah. Aku block dia dah. Rumah parents aku, condo aku, office semua aku sekat. Aku tak bagi dia datang dan tak benarkan dia masuk. If dia terlepas, orang yang bertanggungjawab lepaskan dia akan terima tindakan dari perbuatan sendiri" kata Nazim.

Dua bulan sejak peristiwa majlis makan malam di Hotel Saujana berlalu. Dia telah melakukan sehabis baik menjauhi dirinya dari Kaisara.

"Serious lah? Habis bapa dia tak cari kau ke?" tanya Darius ingin tahu.

"Tanya, aku jumpa dah parents dia. Aku explain from A-Z dah. Aku siap tunjuk semua gambar-gambar yang aku dapat. Video yang aku ada as a bukti aku tak menipu diaorang. So, parents dia terima la keputusan aku" jawab Nazim.

"Wow. Pantas. Habis ni kau single lah? Tak ada nak try sesiapa?" tanya Darius.

"Try tu tidak lah. Tapi aku nak cuba berkawan dengan dia tu" Nazim tunjuk ke arah Aleeya.

"Melepas lah aku" kata Darius sambil ketawa kecil menutupi rasa di hati.

"Eh! Kau suka Aleeya ke? Betul-betul suka dia ke?" tanya Nazim serious.

"Aku suka tengok dia yang tegas peribadi tapi masih terserlah manis dia. Kalau aku suka dia, kau nak lepaskan dia pada aku?" kata Darius.

"Why not. Kau baik. Dia pun baik. Aku? Masih baru nak cuba baiki diri aku. Itu pun dia yang menyedarkan aku yang hanyut ni" kata Nazim sambil tersenyum.

"Dia pun belum tentu suka aku. Banyak kali dah aku kena reject dengan cara sopan dia. Aku mengalah lah" kata Darius.

Dia lebih rela beralah demi Nazim. Nazim banyak membantu dia sejak dia dan Nazim menjadi rakan dikolej. Dari segi kewangan, keperluan, banyak dia terhutang budi pada lelaki itu. Jika Aleeya adalah kebahagiaan Nazim, dia merelakan itu.

"Aku baru nak berkawan dengan dia. Belum tentu lagi, silap-silap aku pun kena reject dengan dia" Nazim tersenyum juga dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Tergelak kecil Darius yang mendengar.

"Good luck to you bro" kata Darius dalam tawa kecilnya walaupun hatinya sedikit kecewa.

"KAK. Kalau Aleeya ambil half day harini boleh tak?" tanya Aleeya pada Murni.

"Eh! Kenapa? Aleeya demam ke?" soal Murni pula.

"Rasa tak sedap badan la. Kepala sakit ni rasa berdenyut sangat. Sampai pandang PC pun dah jadi double tulisan" jawab Aleeya jujur.

"Patutlah akak tengok pucat je muka. Nampak lemah je harini. Aleeya isi form online. Akak approve nanti. Siap je isi, Aleeya balik lah. Lagi pun yang urgent semua dah settle" jawab Murni prihatin.

"Boleh ke, baru pukul 11.00 ni, ada 2 jam lagi nak lunch break" tanya Aleeya lagi. Bimbang dia jika staff lain berfikir dia mengambil kesempatan pada Murni.

"Boleh je. Pucat betul muka Aleeya tu. Dahi tu dah merenek peluh. Pergilah. Balik pergi klinik, kalau dapat MC inform akak. Apa-apa call akak tau kalau perlu bantuan" pesan Murni.

"Thanks kak" jawab Aleeya dan berlalu ke cubiclenya.

Nazim keluar dari pejabatnya bersama Darius. Nazim yang terlihat keadaan Aleeya berasa sedikit bimbang. Darius yang perasan dengan pandangan Nazim itu segera bersuara.

"Kenapa Aleeya tu? Kau pergi la tanya. Pucat betul muka dia" kata Darius.

"Aku segan, kita pergi tanya Murni la. Lagipun kita nak keluar ni" jawab Nazim pula.

Mereka berlalu ke arah Murni yang sedang melakukan kerja dia mejanya.

"Murni, saya nak keluar dengan encik Darius. Saya masuk petang pukul 3 ya" pesan Nazim pada Murni.

"Okay boss. Oh, saya bagi Aleeya half day ya bos harini. Dia tak sihat. Saya dah suruh dia isi form online, lepas tu saya suruh dia terus balik. Nanti saya approve permohonan cuti dia" kata Murni padanya.

"Dia tak sihat ke? Boleh ke dia nak drive balik tu? If tak, saya dan Darius boleh tolong hantarkan" kata Nazim.

"Tak tahu la boss. Tengok keadaan dia macam teruk juga tu" jawab Murni.

Mereka bertiga hala pandangan pada Bunga yang berada di cubiclenya.

"ASSALAMUALAIKUM. Abang kat mana?" soal Aleeya sebaik panggilannya dijawab.

"Wa'alaikumsalam. Hai sayang. Abang ada dekat area office Bunga ni. Ada kerja sikit, jumpa client. Sekejap lagi gerak balik office la ni" jawab Eidlan.

"Boleh pick up Bunga tak? Tak mampu nak drive. Rasa berat sangat kepala ni" adu Aleeya pada abangnya.

"Eh. Bunga tak sihat ke? Dalam lima ke sepuluh minit abang sampai. Bunga stay je kat office nanti abang naik office Bunga" bimbang Eidlan dengan keadaan adiknya.

"Okay. Thanks abang" jawab Aleeya dan memutuskan talian.

Aleeya tunduk dan memanggung kepalanya dengan tangan. Berdenyut kepalanya dan terasa sangat berat. Tubuhnya juga dirasakan sedikit panas. Tanda dia mahu diserang demam.

"Aleeya, awak okay?" tegur Nazim.

"Eh. Encik Nazim. Ada apa-apa ke yang perlu saya bantu" soal Aleeya sebaik dia mengangkat kepalanya  memandang ke arah suara yang menegurnya.

"Tak ada. Cuma saya nak tanya keadaan awak. Murni kata awak tak sihat" jawab Nazim.

"Saya okay. Cuma saya minta half day harini ya encik Nazim" jawab Aleeya.

"Pucat muka awak ni. Awak nak balik ni macam mana?" tanya Darius pula yang muncul secara tiba-tiba.

"Kalau tak boleh drive, jomlah. Saya hantarkan. Kebetulan kami pun nak keluar ni" kata Nazim pula.

"Tak apa. Saya okay. Kalau encik Nazim dengan encik Darius nak keluar, pergilah. Nanti lewat pula" Aleeya menolak ajakkan mereka berdua.

"Betul ni awak okay?" soal Darius sekali lagi.

"Betul. Saya okay" jawab Aleeya.

"Aleeya, ni ada orang cari" kata Murni yang baru tiba bersama Eidlan.

"Sayang. Pucatnya muka, okay tak ni?" soal Eidlan padanya. Di pegang tangan dan di rasa dahi Bunga.

Terkejut Nazim, Darius dan Murni. Tidak pernah mereka melihat lelaki itu. Juga kerana panggilan dan tingkah lakunya pada Aleeya yang semakin manjadi tanda tanya dalam fikiran mereka.

"Okay" jawab Aleeya ringkas. Segan dengan tindakan Eidlan padanya.

"Panas ni. Okay apa macam ni. Jom kita pergi klinik dulu. Baru balik rumah lepas tu" kata Eidlan bersahaja tanpa sedar dirinya jadi perhatian disitu.

"Okay. Klinik dulu baru balik rumah" malas mahu bertelingkah dengan abangnya. Tahu dia tidak akan menang.

"Saya balik dulu ya. Encik Nazim, encik Darius, kak Murni" Aleeya dapat lihat pandangan mereka yang menjadi tanda tanya. Namun diabaikan sahaja.

"Oh. Sorry. Lupa pula ada orang. I'm Eidlan, Aleeya..." belum sempat habis mengenalkan dirinya. Kata-katanya di pintas oleh adiknya.

"Abang, rasa nak pitam" pegangan Aleeya pada lengan Eidlan terasa longgar.

"Eh. Sayang. Jomlah. Abang pimpinlah. Nanti jatuh pula. Ke nak abang angkat?" kata Eidlan. Aleeya tidak menyahut, dirasakan gelap pandangannya seketika.

"Kami gerak dulu lah. Jumpa lagi, InsyaAllah" terus Eidlan memaut Aleeya ke pelukan sisinya dan memimpin gadis itu berjalan.

"SIAPA tu?" soal Darius ingin tahu.

"Entah, Aleeya dah khawin ke Murni?" kata Nazim pula.

"Eh. Dah khawin ke? Setahu saya belum boss. Tapi panggilan tu, buat saya pun musykil" jawab Murni jujur.

"Maybe dah. Cuma dia rahsiakan" teka Darius lagi.

"Mungkin juga kan" kata Murni.

"Untuk apa dia nak rahsiakan? Kita pun tahu, dia orang yang menjaga batas. Jaga diri, tak pelik ke kalau dia rahsiakan?" balas Nazim pula.

"Betul juga tu" Murni jadi semakin keliru.

"Tak pelik la kalau yang dia khawin tu suami orang. Mana tahu dia bermadu" kata Darius lagi.

"Eh, tak mungkin la encik Darius" Murni membidas kata-kata Darius.

"Aku pun rasa tak tak mungkin. Nanti awak check balik status dia. Biasa kalau dah berkahwin, staff akan update semula profile kan. Sebab every year kita minta staff update data terkini mereka" kata Nazim.

"Betul tu. Nanti saya check" jawab Murni.

"Jom Darius. Lewat dah kita ni" ajaknya pada Darius.

Nazim dan Darius berlalu untuk segera ke tempat tujuan mereka. Murni pula berlalu ke mejanya. Dirinya masih dibelenggu tanda tanya tentang Aleeya dan lelaki tadi.

"ALEEYA. Akak nak tanya ni. Sensitive sikit soalan ni" berhati-hati Murni menyusun kata.

"Tanya apa kak? Tanya je la, mana Aleeya boleh jawab nanti Aleeya jawab" seperti dapat meneka soalan yang akan menjadi pertanyaan Murni.

"Siapa lelaki yang datang ambil Aleeya masa Aleeya sakit tu? Suami Aleeya ke?" tanya Murni berhati-hati.

"Dah sebulan berlalu kejadian tu kak. Harini baru akak nak tanya ya. Hahaha" jawab Aleeya sambil ketawa kecil.

"Sebenarnya, akak nak tanya lama dah. Tapi tu la, sebab hal peribadikan. Lagipun, bukan apa la. Tengok Aleeya dengan lelaki tu. Macam relax je, tak ada pun macam Aleeya jaga batas dengan lelaki lain" susun kata Murni buat Aleeya tersenyum kecil.

"Memang la kak. Antara kitaorang tak ada yang membataskan, cuma sebagai orang melayu yang penuh adat ketimuran dan juga hukum hakam islam. Ada juga batas dan aurat yang perlu Aleeya jaga dengan dia" Aleeya sengaja bermain tarik tali.

"Jadi, betul lah dia suami Aleeya?" teruja nada pertanyaan Murni diikuti dengan reaksi wajah yang begitu percaya dengan tekaannya sendiri.

"Hahaha. Bukan lah kak" terlepas ketawa Aleeya dengan tingkah Murni.

"Bukan pula. Habis tu?" tanya Murni tidak berpuas hati.

"Tu satu-satunya abang kandung Aleeya kak. Aleeya memang tak pernah cerita pun pada sesiapa tentang ahli keluarga Aleeya. Aleeya ada seorang kakak, seorang abang dan seorang adik lelaki" jawab Aleeya sambil tersenyum.

"Oh. Abang Aleeya ke? Tapi dia panggil Aleeya 'sayang' kenapa?" tanya Murni lagi.

"Aleeya ada dua nama gelaran dalam keluarga. Itu salah satu la. Dah terbiasa adik beradik yang lain panggil macam tu dari kecil" jawab Aleeya bersahaja.

"Semua panggil Aleeya sayang?" pelik Murni dengan panggilan sebegitu.

"Ya. Ibu, kakak, abang dan adik. Ada masa diaorang panggil 'sayang' ada masa panggil nama lagi satu" jawab Aleeya jujur.

"Oh. Aleeya rapat dengan family ya?" tanya Murni lagi.

"Rapat sangat kak. Kami ni boleh di anggap bagai isi dengan kuku" terang Aleeya lagi.

"Jadi betul lah Aleeya belum khawin lagi kan?" tanya Murni lagi.

"Mana pula akak dapat cerita Aleeya dah khawin ni?" soal Aleeya pelik.

"Ada orang teka. Akak pun jadi tertanya-tanya" jujur Murni berterus terang.

"Siapa pula yang teka tu? Belum la kak. Aleeya masih single. Kalau betul Aleeya dah khawin, mesti Aleeya jemput akak tau" kata Aleeya pada Murni sambil senyum.

"Ada la. Tapi betul la kan, Aleeya single? Bukan isteri orang, bukan tunang orang, buka girlfriend orang?" soal Murni lagi.

"Ya. Single. Semua yang akak tanya, jawapan saya, saya masih single" Aleeya senyum nipis.

Jom lah balik office. Nanti lewat pula kita nak solat" ajak Murni padanya.

Aleeya hanya menurut dan beriringan berjalan bersama Murni.

"BOSS. Ni fail yang boss nak tu. One more thing, Aleeya punya status masih single not married" kata Murni pada Nazim.

"Confirm?" soal Nazim inginkan kepastian.

"Confirm la boss. Saya sendiri tanya tuan punya badan" jawab Murni.

"Then, lelaki yang haritu?" serious mukanya dia menanti jawapan Murni.

"Abang dia. 'Sayang' tu gelaran untuk dia, dari family dia. Kira macam panggilan manja la" kata Murni sambil tersenyum.

"I knew it. Okay Murni, thanks" jawab Nazim padanya.

"Thanks je boss? Belanja tak ada?" usik Murni.

"Esok lunch claim dengan saya" jawab Nazim sambil menatap fail di tangannya. Mahu mengelak Murni mengesan rasa teruja yang menjengah dirinya.

"Okay boss. Good luck nak pikat Aleeya tu. Sesuai sangat dengan boss" sengaja Murni menjolok sarang tebuan.

"Murni..." tanpa memandang Murni dia sengaja meleretkan suara tegasnya.

"Okay-okay. Sorry. Saya keluar dulu boss. Esok saya claim lunch tau" Murni beredar dari bilik bossnya itu.

Sebaik Murni keluar. Nazim tersenyum, tanda harapannya untuk mengenali dan mendekati gadis itu masih ada.

"Saya harap, awak tak menolak Aleeya" luah Nazim ketika membuang pandang ke arah letaknya cubicle Aleeya. 

Handphone dicapai, nombor seseorang dicari. Terus dia menghubungi orang itu.

"Bro. Dia single" nada suaranya dikawal menyembunyikan keterujaannya.

"Ha. Apa lagi, confess la" kata rakannya itu.

"Kau tak rasa macam terlalu awal ke?" soalnya.

"Ikut kau la bro. Nanti terlepas jangan menyesal" jawab rakannya.

"Ish, kau ni. Aku bukan apa, takut dia rasa macam tiba-tiba je" luahnya.

"Kau cuba la dekati dia dulu. Ajak keluar ke apa. Bagitahu kau nak berkawan dengan dia. Itu pun kalau tak kena reject la macam aku. Hahaha" kata rakannya.

"Darius! Kau ni bro, bukan nak bagi aku semangat, lagi nak takutkan aku ada la. Macam tak function je cakap dengan kau bro" marah dia dipermainkan begitu.

"Ala, usik sikit pun tak boleh. Buat la macam aku cakap tu, mana tau dia tak reject kau. Okay lah. Aku ada kerja ni, nanti tak siap mengamuk boss aku yang macam harimau lapar tu" kata Darius padanya.

"Kutuk aku la tu" kata Nazim geram.

"Eh! Lupa pula kau boss aku. Hahaha" sengaja Darius mengenakan dia.

"Ceh. Okay lah. Tak siap kerja kau, siap!" katanya.

"Kan aku dah kata boss aku macam harimau lapar. Hahaha. Okay bro. Jumpa nanti" sempat lagi Darius mengusik sebelum mematikan talian.

"AKU dah try macam-macam cara nak dekati dia. Tapi semua gagal" kata Kaisara pada rakannya Jane dan Mimie.

Kebingitan muzik yang berkumandang tidak mengganggu perbualan mereka. Sesekali badan mereka juga bergerak mengikut rentak.

"Tu lah kau. Aku dah cakap banyak kali. Kau degil, nak sangat puaskan sunyi kau tu. Kan dah melepas" kata Mimie padanya.

"Bosan la weh. Aku just nak suka-suka je pun. Asyik enjoy dengan kau orang je. Yang satu ni pun mesti la nak di belai juga" katanya pada mereka lagi.

"Kan. Tak dapat boleh stress tau. Bila kena tusukan padu, baru la nikmat. Baru complete" sokong Jane pada Kaisara.

"Hahaha. Betul Jane. Kena yang pandai layan, lagi umph nikmat dia" bangga Kaisara berkata begitu.

Mimie hanya menggelengkan kepalanya. Dia masih lagi menjaga mahkota dirinya. Bagi dia, hanya suami yang layak miliki permata yang satu itu. Dia akui dirinya agak liar, tetapi tidak pernah sehingga ke ranjang. Hanya lebih suka untuk berhibur dan menari. Arak juga tidak pernah disentuhnya.

"Ikut kau orang lah. Aku tak nak campur bab tu" kata Mimie sambil menghirup jus orange miliknya.

"Rugi la Mimie ni, tak cuba sekali. Bila dah kena nanti, baru tahu penangan dia" kata Jane.

"Betul. Kalau kau dah kena sekali. Mesti kau nak berkali-kali. Sampai bila kau nak pertahankan prinsip kau tu?" sarcastic nada Kaisara bertanya.

"Sampai aku sah berakad nikah" jawab Mimie selamba.

"So, kau nak buat macam mana dengan Nazim ni?" tanya Jane pada Kaisara.

"Aku nak minta tolong korang jadi backup dalam plan aku" kata Kaisara dengan muka yang tersenyum penuh makna.

"Apa plan kau tu?" soal Mimie pula.

Kaisara hanya tersenyum, dan terus berlalu ke dalam kelompok lautan manusia yang sedang leka menari. Masing-masing menikmati rentak muzik dengan cara tersendiri.

"BILA kau nak balik ni?" soal Irham padanya.

"Lagi 6 bulan. Nanti kau pick-up aku kat Airport" kata Akhtar pada rakannya itu.

"Haa..elok la tu, nanti jadi pengapit aku" kata Irham pula.

"Serious lah? Bila nak langsung?" teruja dia bertanya.

"Hahaha. InsyaAllah lagi 8 bulan. Sempat la kau jadi pengapit aku" kata Irham.

"Azad apa cerita?" soal Akhtar.

"Cerita aku, lepas Irham punya majlis. Majlis aku pulak" kata Azad yang baru muncul.

"Weh...seriously? Tak tunggu aku pun" kata Akhtar teruja.

Serentak mereka bertiga ketawa. Begitulah mereka, setiap kali video call. Masing-masing bercerita perkembangan terkini.

"Serious lah. Aku punya majlis sebulan lepas majlis Irham" kata Azad padanya.

"Alhamdulillah. Tumpang happy untuk kau orang. Doakan aku pula la" kata Akhtar.

"Kau dengan Bunga macam mana?" tanya Azad.

"Macam tu lah. Aku focus kat sini dulu. Lepas tu baru aku buat apa yang perlu" jawabnya.

"Bunga dah lain tau. Dia dengan kita orang pun dah macam mengelakkan diri. Kau tahu tak dia buat business florists delivery?" kata Irham.

"Eh? Yeke? Aku tahu dia kerja je. Tak tahu pula buat florists delivery" jawab Akhtar.

"Aku pun baru tahu bila dia sendiri hantar delivery tu pada aku. Selalunya budak runner. Asalnya aku jumpa ig florists dia murah dari yang lain and cantik, tak tahu pula tu dia punya business" Irham bercerita.

"Abang Eidlan tak cakap pula pasal tu" kata Akhtar.

"Kau memang tak ada contact dia langsung ke?" Azad bertanya.

"Ada la cuba, tapi bila dia dengar je suara aku. Dia tak bercakap" luahnya pada mereka.

"Sabarlah. Kita orang doakan, urusan kau dipermudahkan. Kesian dia, kesian juga kat kau. Tapi dia la lagi kesian. Jadi mangsa keadaan" kata Azad lagi.

"Okay lah. Aku esok ada nak jumpa lecturer pagi. InsyaAllah free nanti kita bersembang lagi" kata Akhtar ingin mengakhiri perbualan.

"Alright. Kau take care. Dah habis, balik lah sini. Lama-lama kat sana bukan ada apa pun" kata Irham.

"Saja la. Bagi masa pada diri sendiri, tu aku delay balik. Nanti aku balik juga. Tapi kau orang jangan bagitahu sesiapa tau. Aku tunggu result final. Sekarang aku assist lecturer untuk kajian dia. Dalam masa sama nanti aku try la apply kerja. Balik nanti dah ada kerja senang" jawab Akhtar.

"Ikut kau lah" kata Azad pula.

"Okay lah. InsyaAllah, nanti kita video call lagi. Assalamualaikum" dia menamatkan perbualan.

"Wa'alaikumsalam" jawab Azad dan Irham serentak.

Akhtar buang pandang ke arah langit malam, melihat bintang. Hanya banyangan si dia yang muncul setiap kali dia melihat ke arah langit malam. Rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience