"MACAM mana? Dah buat keputusan?" soal puan Aliah.
Masing-masing memberikan perhatian pada Aleeya.
"Akak rasa better Bunga terima. Tak ada apa yang kurang pada dia, tak ada apa yang kurang pada Bunga. Bunga pun sampai bila nak single" nasihat Eryna.
"Apa pun keputusan Bunga. Abang, ibu, kakak and adik akan ikut" kata Eidlan pula.
"Ikut ibu lah. Mana yang ibu rasa terbaik untuk Bunga" putusnya sebelum bangun berlalu masuk ke biliknya.
Sudah dua minggu berlalu sejak dia mengetahui siapa yang datang merisik dirinya.
"Bunga.." panggilan puan Aliah menghentikan langkahnya, dia berpaling.
"Ibu terima ya. Nanti kita buat majlis bertunang" kata puan Aliah.
"Tak perlu majlis la ibu. Cukup Datin Seri datang untuk sarung cincin" putus Aleeya.
"Baik lah kalau itu pilihan Bunga" kata puan Aliah.
"Bunga masuk bilik dulu" Aleeya terus berlalu ke biliknya.
"Abang rasa betul ke keputusan ibu ni?" soal puan Aliah pada Eidlan.
"Ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak ibu" Eidlan memberi kata-kata yang bersesuaian dengan keadaan.
"Nampak Bunga macam tak suka" kata puan Aliah lagi.
"Dia masih belajar untuk mengubati rasa kecewa dia. InsyaAllah, dia akan baik-baik sahaja ibu. Kita doakan semoga dia terbuka hati dengan pilihan jodoh kali ini" kata Eryna pula.
"Harapnya begitu lah" kata puan Aliah.
"Abang pergi tengok dia dulu" kata Eidlan pada ibu dan kakaknya, kemudian berlalu ke arah bilik Aleeya.
Tok..tok.. Eidlan mengetuk pintu bilik adiknya.
"Ya?" Aleeya menyoal dari dalam.
"Boleh abang masuk?" tanya Eidlan.
"Yup. Come in" sahut Aleeya.
"Bunga esok balik pukul berapa?" Eidlan melihat adiknya sudah siap mengemas barangan untuk pulang hari esok.
"Lepas sarapan. Bunga nak kena tolong kembar handle deco untuk event client. Ada apa-apa ke abang?" jawab Aleeya sambil leka meneliti tablet miliknya.
"Bunga okay ke dengan keputusan ni?" Eidlan bertanya lagi.
"Apa yang ibu rasa terbaik untuk Bunga, itulah keputusan yang terbaik kan?" kata Aleeya lagi, masih lagi leka dengan tablet miliknya.
"Kalau rasa terpaksa, jangan teruskan. Kami nak Bunga ikhlas dengan keputusan yang melibatkan masa hadapan Bunga sendiri" nasihat Eidlan.
"Bunga ikhlaskan, bila ibu rasa ia adalah yang terbaik untuk Bunga" jawab Aleeya memandang abangnya.
"Okay lah kalau macam tu. Bila pihak sana boleh datang untuk meminang dan bertunang ni?" soal Eidlan.
"Ikut ibu. Cuma pastikan, kehadiran hanya pihak sana dan tiada majlis. Pertunangankan harus dirahsiakan. Jika pernikahan baru wajib diuar-uarkan. So please keep and make it privacy, i want it that way" kata Aleeya memandang abangnya.
"As u wish" kata Eidlan sambil tersenyum nipis.
"KAD dah diedarkan pada tetamu jemputan. Semua pun dah tempah dengan bayaran deposit. Majlis tinggal kurang seminggu sahaja lagi" kata puan Zaharah sedikit meninggi nada suaranya.
"Maafkan saya. Tapi keadaan ummi masih belum mengizinkan untuk meneruskan majlis" kata Akhtar tenang.
"Apa kata kita teruskan je majlis. Cukup jika abi, abang long dengan kak long jadi wakil pihak lelaki" kata Leyla
"Saya mahu ummi dan abi saya ada. Jadi saya buat keputusan untuk tangguhkan sehingga keadaan ummi mengizinkan" jawab Akhtar.
"Macam mana sekarang ni Usaid?" tanya encik Hashim pada rakannya itu.
"Keadaan Aini belum mengizinkan untuk dia meraikan majlis anaknya. Masih lemah dan perlukan sokongan walaupun untuk duduk di kerusi roda. Dia masih terbaring, segalanya masih perlukan bantuan. Maklumlah, dia baru sedar minggu lepas" kata abi Akhtar.
"Apa kata Aini? Dia setuju je untuk tangguhkan?" soal puan Zaharah kurang senang.
"Ummi tak setuju, tapi saya lebih memilih kesihatan ummi berbanding hal lain" tegas Akhtar menjawab pertanyaan puan Zaharah.
"Cadangnya nak tangguh berapa lama?" soal encik Hashim tenang.
"Sehingga keadaan ummi mengizinkan" jawab Akhtar pantas.
"Kami minta maaf Hashim. Keadaan terjadi di luar kawalan. Saya sendiri pun masih sukar untuk bergerak, ada masa perlukan bantuan. Bukan niat kami mahu melambatkan majlis" abi Akhtar berbahasa.
"Apa kata kalau teruskan majlis nikah sahaja?" Leyla masih tidak berputus asa.
"Leyla, Kak Long tahu Leyla bimbang. Tapi ini untuk sementara sahaja. InsyaAllah, keadaan ummi bertambah baik. Kita akan segerakan majlis" kata Hanim selaku wakil ibu mertuanya.
"Kalau begitu, kami turuti kehendak pihak lelaki" putus encik Hashim.
"Sekali lagi pihak kami mohon maaf" kata encik Usaid Akram pada Leyla dan keluarganya.
Leyla termenung sejenak, memikirkan entah berapa lama lagi dia terpaksa menunggu. Kerana dia terlalu menyintai lelaki itu, dia tidak mahu jika dia kehilangan lelaki itu.
"MASIH belum ada jawapan?" tanya Dato' Seri Nazhan Izzuddin pada isterinya.
"Belum. Tak apa lah. Kita tunggu sehingga mereka ada jawapannya" jawapan balas Datin Seri Afina.
"Lain benar kelakuan Nazim sejak peristiwa yang menimpa Aleeya. Kali terakhir mereka bertemu semasa Aleeya masih di hospital. Risau saya" keluh Datin Seri Afina pada suaminya.
"Selagi focus pada kerjanya tidak terganggu. Itu bermaksud, dia baik-baik sahaja. Awak ingat tak sewaktu dia bermasalah dengan Kaisara dulu. Focus pada kerjanya terganggu, tetapi tidak kali ini. Saya yakin, dia baik-baik sahaja" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Saya bukan apa, bang. Nampak bersungguh benar perasaannya pada Aleeya. Nazim lebih banyak habiskan masanya di dalam bilik kerja, mungkin itu cara dia nak merawat luka dihati apabila ditolak gadis itu. Itu sebab saya ambil risiko, beranikan diri terus berjumpa ibu Aleeya untuk merisik. Manalah tahu, ada peluang kedua" kata Datin Seri Afina.
"Jadi bila sayang rancang nak beritahu Nazim tentang perkara ni?" tanya Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Saya ingat nak tunggu dahulu jawapan dari pihak sana. Jika mereka terima, baru saya akan beritahu pada dia. Jika tidak, tak perlu la untuk saya beritahu. Bimbang menambah luka yang sedia ada pula" Datin Seri Afina menyatakan perancangannya.
"Elok juga kalau begitu. Tak apa lah. Apa pun keputusan mereka, kita kena terima. Setidaknya kita sudah berusaha apa yang termampu" pujuk Dato' Seri Nazhan Izzuddin pada isterinya.
"Ya, saya pun berfikiran begitu juga" senyuman nipis diukir Datin Seri Afina, dia tahu dia tiada hak untuk memaksa pihak sana menerima. Namun di dalam hatinya, sedikit berharap agar pihak sana menerima risikan mereka.
"DAMN!!! Arghhhhhhhh!!!" marah Kaisara.
Dia memerhatikan sekeliling, bunyi bingit di dalam kelab itu langsung tidak memberikan kesan pada dirinya.
"Ada kawan pun tak guna. Tak kenang budi. Masa aku senang bila-bila masa je muncul, masa aku susah semua lari!!!" luahnya geram.
Dia meneguk air haram itu lagi, tidak ubah seperti air biasa baginya. Seperti sudah sebati dengan dirinya.
"Tak apa. Aku cuma perlu dapatkan Nazim semula" Kaisara tidak akan berputus asa.
Beberapa orang lelaki datang menghampirinya. Tidak seperti biasa, dia hanya akan memberi respond jika waktu itu memberikannya keuntungan pada dirinya. Saat itu dia hanya mahu bersendirian, memikirkan rancangannya untuk memerangkap Nazim.
"Just wait for me baby. You're mine" dia melepaskan tawanya.
Dia mula melangkah ke arah pengunjung yang sedang rancak menari. Menari baginya adalah satu keperluan untuk menghilangkan tekanan. Yang pasti, dia akan tetap mengejar dan memiliki Nazim.
"TAK sabarnya nak cuti" kata Hana.
"Amboi. Dia pula yang excited ya" sahut Azizah.
"Mesti la. Kak Aleeya nak kahwin kot. Mesti cantik nanti. Tak ada angin tak ada ribut, tup tup dpt kad je" jawab Hana teruja.
"Semua orang pun cantik masa kahwin. Make-up kan" sahut Azlina.
"Kak Aleeya lain. Tak make-up pun cantik" kata Rose yang turut ada bersama mereka.
Aleeya hanya tersenyum nipis mendengar perbualan team Bunga&Coklat. Tidak berniat mahu mencampuri perbualan mereka.
"Kau macam mana dah ready ke? Sebulan je lagi majlis" tanya Azizah pada sahabatnya.
"Macam mana apa. Macam ni je la. Majlis tetap berjalan aku ready ke tak" jawab Aleeya yang lincah membancuh adunan cake.
"Kak Aleeya relax je. Kau orang yang terlebih excited" kata Haiqal yang memerhatikan rakannya sibuk membuat cake untuk kedai dan tempahan mereka.
Masing-masing menjeling pandang pada Haiqal. Tidak puas hati ditegur begitu.
"Persiapan kau macam mana? Dah settle ke semua?" tanya Azlina pula.
"Dah kot. Aku serah semua kat ibu. Tapi yang pasti aku minta semua simple dan mudah. Lagipun sekali jalan dengan abang. Aku okay je apa pun pilihan dia orang, cuma baju nikah and baju sanding je aku settle sendiri. Esok korang teman aku pergi tengok baju, sekejap je sbb aku janji dengan tailor petang pukul 3" kata Aleeya pada si kembar.
"Okay" serentak mereka menjawab.
"Kita orang tak pernah nampak akak dating dengan tunang akak. Dia pun tak pernah dah datang sini" kata Firas.
"Oh. Mestilah dia tak datang. Akak bagi syarat" selamba Aleeya menjawab pertanyaan Firas.
"Eh. Kenapa kita orang tak tahu" tanya Azlina pada Aleeya.
"Mestilah tak tahu. Sebab aku minta abang deal dengan dia orang bagi pihak aku masa bertunang" jawab Aleeya pada Azlina.
"Syarat apa kau bagi?" tanya Azizah ingin tahu.
"Tak ada apa pun. Cuma aku minta sepanjang tempoh pertunangan ni, tak ada sebarang gangguan dan perjumpaan. Maksudnya phone call, texting, dating dan seangkatan dengannya" Aleeya menjawab pertanyaan si kembar.
"Oh. No wonder la, tunang akak tak pernah muncul. Tak nampak akak texting atau bercakap dekat phone dengan tunang akak" sahut Farhan pula.
"Langsung dia tak cari akak? Sekali pun tak ada?" soal Rose pula.
"Alhamdulillah tak ada. Hari bertunang last jumpa and cakap dengan dia. Sebab tempoh bertunang tak lama. Dia okay la kot" jelas Aleeya.
"Dah-dah. Cepat buat kerja. Nak balik awal, kena siap awal" arah Aleeya pada semua. Tidak mahu dirinya menjadi isu perbualan mereka.
"DAH dua bulan kita tangguh majlis. Ummi dah boleh duduk atas kerusi roda. Majlis dah boleh kita teruskan sepatutnya" kata Leyla saat itu.
"Betul tu. Saya ni dah pedih telinga dengar saudara mara menyindir perihal anak bongsu kami ni yang majlis tak jadi ni" kata puan Zaharah pula.
"Maafkan pihak kami. InsyaAllah, kita akan bincang bila waktunya sesuai" kata Akif, abang Akhtar.
Ummi dan abi Akhtar baru tiba di ruang tamu bersama Hanim, yang membantu menolak ibu mertuanya yang duduk diatas kerusi roda.
"Sihat ummi?" sapa Leyla pada puan Nuraini.
"Sihat macam ni lah" jawab puan Nuraini.
"Sihat lah ni. Dah boleh duduk atas kerusi roda. Boleh la kita bincangkan majlis yang tertangguh dulu tu" puan Zaharah mencelah.
"Boleh tunggu sikit masa lagi?" kata encik Usaid Akram menjawab kata-kata puan Zaharah.
"Kenapa pula? Ada masalah apa lagi?" tanya puan Zaharah.
"Sikit masa lagi. Aini baru je kuat duduk sendiri, kami bimbang kesihatan dia" kata abi Akhtar.
"Saya nak bertanya beberapa soalan pada Leyla" kata Akhtar tiba-tiba.
"Boleh. Pergilah berbincang dulu. Kami tunggu. Leyla pergilah bercakap dengan Akhtar" pantas puan Zaharah mencelah.
Leyla baru mahu bangun dari duduknya. Serta merta Akhtar menjawab kata-kata puan Zaharah.
"Tak apa kami cakap di sini je. Semua ada" kata Akhtar.
Leyla duduk semula. Dia membetulkan duduknya, memandang ke arah Akhtar.
"Lepas bernikah nanti, awak bersedia untuk menjadi suri rumah atau berkerja dari rumah?" tanya Akhtar pada Leyla.
"Eh. Tak boleh la macam tu. Leyla kan dah ada kerjaya. Biarlah dia terus berkerja" potong puan Zaharah.
"Saya mahu berkerja dan akan terus berkerja seperti sekarang jika diizinkan" jawab Leyla.
"Akhtar kena izinkan Leyla terus berkerja selepas berkahwin" sahut encik Hashim pula.
"Sanggup untuk bantu menguruskan ummi dan keperluannya?" soalan kedua Akhtar ajukan.
"Kalau tentang jaga ummi. Tak ada masalah pun, kita boleh cari nurse yang boleh uruskan semuanya. Kita bayar sahaja gaji mereka" cadang Leyla kepada Akhtar.
Hanim dan Laily saling berpandangan. Begitu juga yang lainnya. Raut wajah ummi Akhtar juga berubah mendung. Abinya pula seperti sedar pertanyaan yang diajukan anaknya mempunyai maksud tersirat.
"Boleh ke tinggal dirumah mertua selepas berkahwin?" tanya Akhtar lagi.
"Eh. Kenapa pula nak tinggal dirumah ibu bapa kamu. Kamu perlu la cari rumah sendiri. Belum mampu beli, kamu menyewa" kata puan Zaharah memotong perbualan Akhtar dan anaknya.
"Untuk sementara jika kita belum ada rumah sewa atau sendiri, tiada masalah. Saya boleh bagi tempoh untuk awak cari rumah untuk kita duduk bersama" jawab Leyla.
"Habis dah soalan saya" kata Akhtar.
"Jadi macam mana?" puan Zaharah menyoal.
"InsyaAllah majlis akan diteruskan sekiranya Allah izinkan. Saya nak tahu bila perancangan pihak perempuan" kata Akhtar tenang.
"Kita buat hujung bulan ni. Semua pun dah siap. Tinggal jalankan majlis je" kata Leyla teruja.
"Saya tak free sehingga bulan depan" kata Akhtar.
"Majlis kan hujung minggu. Kamu minta la tukar atau kawan kamu yang lain ganti tugas kamu" puan Zaharah mencelah.
"Saya akan beri keputusan esok. Kami perlu berbincang dahulu dan perlu pandang dari semua ahli keluarga" putus Akhtar.
"Kalau begitu kita balik lah, ingat datang melawat ni boleh berbincang sekali" runggut puan Zaharah.
"Maafkan aku Hashim" kata encik Usaid Akram pada rakannya itu.
"Tak apa. Aku faham. Itu semua perancangan DIA. Ada rezeki kita berbesan, jika tidak jangan pula kita bermusuhan" kata encik Hashim.
"Aku akan pastikan Akhtar berikan jawapannya esok" itu sahaja yang mampu encik Usaid Akram luahkan.
Setelah keluarga Leyla pulang, keluarga Akhtar berkumpul semula di ruang tamu.
"Ummi dan abi, itu lah orangnya yang menjadi pilihan ummi dan abi. Banyak dah Allah tunjuk sebelum ni, ummi dan abi tak ambil kisah. Ummi tengok lah, Kak long pun ambil cuti tanpa gaji sebulan lebih untuk jaga ummi. Kak Ngah yang menantu bukan pilihan ummi pun ambil cuti tanpa gaji dua bulan untuk bantu uruskan ummi sejak Kak Long naik kerja. Terurus, terjaga ummi dengan dua tangan mereka. Akhtar tak nampak mana lebihnya Leyla. Yang Akhtar nampak, semua mesti ikut keputusan dia. Itu yang ummi mahu Akhtar lalui sepanjang hidup? Awal-awal lagi dah menunjukkan dia tak sudi menerima ummi, dan memperlakukan ummi seperti ibunya sendiri. Ummi masih mahu Akhtar teruskan?" luah Akhtar.
"Akhtar mahukan teman hidup yang boleh hidup susah dan senang. Menerima dan menyayangi ummi dan abi seperti ibu bapa sendiri. Sanggup berkorban dan sebaliknya dengan Akhtar" jelas Akhtar lagi.
"Kalau ummi dan abi tetap bertegas mahukan dia menjadi menantu dan isteri Akhtar. Akhtar akan teruskan majlis pernikahan itu" habis usaha dia cuba membuka hati ummi dan abinya melihat sikap sebenar Leyla.
Abang-abang dan kakak-kakak iparnya hanya mendiamkan diri. Benar apa yang dikatakan Akhtar. Leyla kerap datang melawat dan sesekali bermalam, namun tiada sikit pun usaha menolong Hanim dan Laily menguruskan puan Nuraini. Sebaliknya kerap bertanya bila majlis pernikahan akan diteruskan.
"Akhtar buat la keputusan yang terbaik. Apa sahaja pilihan Akhtar, abi setuju" kata encik Usaid Akram pada anaknya.
"Ummi tetap mahu Akhtar teruskan majlis bersama Leyla" kata puan Nuraini tiba-tiba.
"Aini. Jangan kerana malu dan ego, awak rosakkan masa hadapan anak" tegur suaminya.
"Ummi betul mahu Akhtar hidup dengan wanita yang tidak boleh menyayangi ummi dan menerima ummi seperti ibu sendiri?" soal Alongnya pula.
Keruh air muka puan Nuraini. Dia sedar akan hal itu. Sejak persiapan majlis lagi dia sedar Leyla hanya menerima anaknya bukan dia dan suaminya. Pilihan mereka ditolak mentah-mentah oleh gadis itu. Keputusan mereka sering dipertikaikan gadis itu. Pada awalnya mereka beranggapan mungkin kerana keterujaan gadis itu. Namun sejak peristiwa dia ditimpa kemalangan, banyak dia melihat sifat sebenar gadis itu. Termasuk peristiwa hari ini.
"Ikut Akhtar lah. Tapi ummi masih rasa dia pilihan yang sesuai buat kamu" kata puan Nuraini.
"Ummi. Fikir semula. Esok Akhtar akan tanya lagi" putus Akhtar.
"Ummi, fikir la yang terbaik untuk Akhtar. Ini soal masa hadapan dia" kata Angahnya, Akmal.
"Aini. Jangan malu untuk mengakui kita salah" kata suaminya.
Semua terdiam. Kata-kata abinya begitu mendalam. Wajah umminya memerah seperti menahan tangis.
"Akhtar buat la keputusan. Ummi ikutkan, maafkan ummi memaksa selama ini. Maafkan ummi semua" bergetar nada suara puan Nuraini.
"Ummi. Ummi juga manusia biasa, sama seperti kami. Kami juga banyak salah dan silapnya. Tapi kami ikhlas sayangkan ummi. Maafkan kami juga ya jika terkurang di mana-mana" kata Laily memujuk ibu mertuanya.
"Akhtar tak pernah salahkan ummi, Akhtar turutkan kerana sayangkan ummi. Akhtar nak ummi sedar dengan sendirinya. Allah makbulkan doa Akhtar hari ini. Terima kasih ummi" Akhtar memeluk tubuh tua umminya itu. Dia kasih akan ummi dan abinya, namun dia juga mahukan yang terbaik untuk masa hadapannya.
PERTEMUAN demi pertemuan dia rancangkan. Ada yang berjaya ada juga yang tidak. Seperti hari ini, dia berjaya mendekati lelaki ini.
"Tak sangka pula kita akan terlibat sama dalam project ni" kata Kaisara pada Nazim sewaktu makan malam mereka.
"Me too" ringkas jawapan Nazim. Dia menjawab demi menjaga air muka dan reputasi dirinya dihadapan clients.
"I pun tak sangka akan dapat berkerjasama dengan you all berdua" kata Tan Sri Hazman.
"Saya berbesar hati mendapat tempat dalam project usahasama ini Tan Sri" kata Nazim pula.
"I harap semua akan berjalan lancar sesuai perancangan kita" kata Tan Sri Hazman lagi.
"Kita akan pastikan semuanya berjalan mengikut jadual. As i know him in person, Nazim will give hundred per cent attention on this mega project" kata Kaisara pada Tan Sri Hazman.
"You both ni memang best duo. That's why i choose you both. You all can enjoy your dinner. I ada urusan lain pula, i minta diri dulu" kata Tan Sri Hazman bangun untuk beredar.
"Thank you Tan Sri. We'll meet again next time" kata Nazim pada client nya itu dan bersalaman tanda menghormatinya.
Setelah Tan Sri Hazman beredar. Nazim berkeputusan untuk beredar juga.
"Murni, are you done? Shall we?" soal Nazim yang sentiasa ditemani Murni kemana-mana.
"Oh come on. Chill darling, have a seat. Kita masih ada perkara yang akan dibincangkan" potong Kaisara. Dia mencari peluang untuk berlamaan dengan lelaki itu.
"Nope. You akan bincangkan hal berkaitan project dengan wakil syarikat i. So, excuse us" kata Nazim lalu beredar bersama Murni.
"Tak sangka. Peluang datang bergolek depan mata. Aku akan manfaatkan semua masa yang ada" kata Kaisara sendirian.
"Kau tunggu Nazim. Sikit je masa lagi kau akan jadi milik aku" katanya lagi dengan yakin. Dia juga mula meninggalkan hotel itu.
"Boss. Confirm ni, tak nak tarik diri?" soal Murni ketika mereka dalam perjalanan pulang.
"Nope. Ini salah satu wishlist saya. Mana mungkin kerana Kaisara je saya nak tarik diri. Project ni akan buat syarikat kita lebih dikenali" kata Nazim pad Murni.
"Okay. Sebulan je lagi majlis boss. Dah ready ke semua?" tanya Murni tentang persiapan kahwin bossnya itu.
"Dah, mama saya siapkan. Borang apa semua dah serah pada Eidlan. Cuma tu lah, saya memang tak ada peluang nak berjumpa dengan dia" jawab Nazim pada Murni.
"Oh ya. Esok dia pergi fitting baju. Boss nak join ke? Boleh bagi alasan fitting baju juga" cadang Murni.
"Bunyi macam menarik, tapi tak apa lah. Saya jumpa dia hari nikah sahaja nanti" Nazim mengalah kerana dia mahu menjadi orang yang berpegang pada janji.
"Wow. I'm impressed. Good luck boss" kata Murni mengusik.
"Doakan saya. Bukan mudah nak dapatkan dia. Bersyukur kami bertahan sehingga sekarang, tak ada conflict, tak ada gaduh, tak ada apa-apa yang berlaku. Semua kerana syarat dia" kata Nazim lagi.
"Betul juga kan boss. Syarat Aleeya bagi tu sebenarnya banyak baik dari buruknya. Ye lah bila nak bina masjid ni, syaitan mula la akan memanaskan keadaan dengan macam-macam situasi. Tapi bila macam boss ni, semuanya baik-baik sahaja" sokong Murni pula.
"Betul, mula-mula saya pun tak setuju. Tapi bila pandang dari sudut positive. Inilah kebaikan dia. Tengok macam Darius, kejap-kejap gaduh, kejap-kejap cemburu, kejap kang sweet bagai nak gila. Lagi dah bertunang ni, ada je yang tak kena mereka berdua tu. Saya naik takut" kata Nazim menerangkan keadaan Darius pula.
"Itu lah boss. Saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar" kata Murni.
"Ameen. Itu yang paling saya harapkan, doa. Yang terbaik, hadiah doa" kata Nazim tersenyum nipis.
"PIHAK lelaki ni sengaja nak main tarik tali ke apa?" bunyi nada puan Zaharah seperti sedang menahan amarah.
"Kenapa pula awak nak marah-marah ni. Kan esok Akhtar akan bagi jawapan. Kita tunggu sahaja la" kata encik Hashim pada isterinya.
"Saya bukan apa. Bertunang dah empat tahun, majlis sepatutnya dah berlangsung tapi tertangguh dah tiga bulan. Mana saya nak letak muka ni. Malu tahu saudara mara bertanya" kata puan Zaharah.
"Majlis tertangguh sebab mereka accident. Bukan mereka sengaja mahu menangguhkan. Awal lagi saya dah kata buat sederhana, pihak sana pun minta majlis dijalankan hanya sederhana waktu bertunang dulu. Awak tak nak dengar nasihat saya, tak nak dengar permintaan mereka" tegur encik Hashim pada isterinya.
"Leyla ni anak bongsu kita. Perempuan pula tu. Mesti la saya nak raikan majlis dia. Bukan berlebihan pun" puan Zaharah masih mahu membela hujahnya.
"Dalam islam, pertunangan perlu dihebahkan atau disembunyikan? Yang perlu dihebahkan adalah walimatulurus atau bahasa pasarnya pernikahan. Sebab apa perlu disembunyikan pertunangan Leyla?" encik Hashim bertanya pada anak gadisnya.
"Untuk mengelak timbulnya fitnah. Untuk menjaga maruah kedua belah pihak jika tidak berlakunya pernikahan selepas itu" jawab Leyla perlahan.
"Tahu pun. Tapi mama kamu dan kamu ni lupa semua tu. Habis semua diuar-uarkan tanpa mengambil kira apa kemungkinan yang akan berlaku. Dan kamu berdua jangan lupa, yang mengizinkan setiap keadaan berlaku adalah DIA" teguran dan juga nasihat encik Hashim untuk anak dan isterinya.
"Saya geram dengan budak Akhtar tu. Endah tak endah saja layanan dia pada anak kita. Sikap acuh tak acuh dia dalam segala hal, kalau ada pun seperti dipaksa saja. Tak cukup sempurna ke anak kita ni?" luah puan Zaharah lagi.
"Dia belum bersedia. Dia tak setuju pun dari awal lagi. Yang beria dan bersungguh cuma awak, Leyla dan Aini. Dia ada berbincang dengan kami, dia berterus terang. Dia tidak bersedia dan tidak temui keserasian bila dia mencuba, juga tidak temui dalam istikharahnya. Dia berkali-kali memohon maaf pada saya. Dia berkelakuan begitu kerana tidak mahu memberikan harapan. Dia turutkan kemahuan Aini kerana menghormati Aini sebagai ibunya" jelas encik Hashim.
"Soalan tadi kamu ingat dia suka-suka bertanya pada kamu Leyla? Ada sebabnya. Kamu tak nampak ke Leyla? Kamu bijak, sepatutnya kamu tahu kenapa dia bertanya soalan sebegitu" tegur encik Hashim lagi.
"Tak abah. Leyla tak nampak apa perlunya pertanyaan dia tu. Leyla cuma rasa dia mahu melengahkan masa. Memanglah dia tak jumpa rasa serasi, dia tak pernah cuba mengenali dan memahami Leyla. Entah-entah itu cuma alasan dia, sebab dia ada orang lain" kata Leyla.
"Dia ada orang lain ke? Kalau kamu tahu dia ada orang lain. Kenapa kamu setuju?" semakin marah puan Zaharah.
"Abah tahu. Dia jujur bercerita semua pada abah. Tapi itu dahulu, dia kenali gadis itu terlebih dahulu sebelum kamu. Selepas dia dan kamu bertunang, dia tidak berhubung pun dengan gadis itu. Dan gadis itu juga menjauhi dia. Abah tahu semua tu" kata encik Hashim.
"Apa sahaja keputusan Akhtar, abah akan terima. Mana mungkin sebuah rumahtangga akan bahagia bila salah satunya tiada rasa cinta. Kamu perlu belajar untuk tidak memaksa, dan kamu perlu belajar menerima. Abah tahu kamu sukakan dia, tapi cinta tidak boleh dipaksa" kata encik Hashim lagi.
"Eh, awak ni. Awak tak rasa apa ke kalau anak kita putus tunang? Awak tak kesian ke?" bidas puan Zaharah pada suaminya.
"Lebih baik putus tunang sekarang dari bercerai berai. Awak nak ke anak awak hidup dengan orang yang tak boleh cintakan dia. Awak rasa akan bahagia ke rumahtangga bila dipaksa menerima?" jawab encik Hashim.
Leyla sudah basah matanya. Sedari ayahnya mula berbicara dia sudah mula menangis. Berbagai cara dan usaha dia lakukan untuk meraih cinta lelaki itu, tapi segalanya seperti sia-sia.
"Leyla betul-betul cintakan dia. Sebab tu Leyla teruskan juga semuanya" katanya dalam esak tangisan.
"It takes two to tango. Begitu juga dengan perkahwinan. Fikirkan semula" nasihat encik Hashim pada anaknya.
Share this novel