"KAU tengok apa? Lately pelik sikit perangai kau ni aku tengok" tegur Irham.
"Ha, betul. Lain betul cara kau sejak kebelakangan ni" tambah Azad.
"Tak ada apa la. Apa yang lainnya, sama je" Akhtar membalas.
Sesekali matanya memerhatikan gelagat si gadis bersama rakannya di kejauhan. Kerap kali juga dia berselisih, namun tiada balasan pandang yang diterima, mungkin gadis itu tidak menyedari kehadirannya. Walaupun rasa sedikit hampa, namun tetap juga dia memerhatikan gadis itu jika terlihat di mana-mana.
Sehabis daya dia berusaha. Kiriman salam dan coklat diberi. Namun tetap tiada kata balas. Jawapan yang diterima hanya lah balasan senyuman apabila ditanya reaksi si gadis menerima pemberiannya.
"Lain la, kau macam lost kadang-kadang. Kau ada problem ke?" Azad masih bertanya.
"Tak ada lah. Okay je. Assignment individu dan group semua okay kan. Lost macam mana pula, nota aku complete siap kau orang copy lagi" Akhtar mengelak untuk berbicara soal peribadinya. Memang dia kurang suka berkongsi rasa hati dan perasaannya.
"Bukan la, maksud aku dengan Azad. Bila kita lepak macam ni tiba-tiba nanti kau macam lost dari conversation. Kadang-kadang time tengah jalan pun sama. Elok berbual kau diam tiba-tiba. Kau tengok apa atau cari sesiapa ke?" Irham menjelaskan.
"Tak ada la. Maybe aku ternampak orang yang aku kenal kot. Sorry lah" Akhtar ingin segera menghentikan segala persoalan yang akan diaju sahabatnya itu.
"Jom lah gerak. Nanti lambat, sia-sia tak boleh masuk kelas. Lama juga kita stay cafe ni" Azad mencelah.
Ada waktunya, dia rasa seperti bertuah dapat melihat si gadis dan rakannya duduk di cafe. Itu pun jika berpeluang dan takdir menemukan mereka.
HABIS sahaja kuliah, Akhtar dan rakannya berkira-kira mahu ke cafe atau hanya terus pulang. Memandangkan jam lapan malam nanti, ada kelas yang perlu dihadiri menggantikan kelas yang telah dibatalkan.
"Pergi tak nak ni? Tak nak jomlah balik, letih oi. Perut pun da lapar ni, malam ada kelas lagi" Irham bertanya kepadanya.
"Jom lah, aku nak air. Dahaga tak boleh bawa bincang" putus Akhtar.
Sampai di cafe berhampiran, terus sahaja dia menuju ke bahagian penjual air. Memesan air untuk dibungkus. Sementara menunggu dia memerhati sekeliling.
"Bang, air saya yang bungkus dah siap?" soal gadis di sebelahnya.
Pantas dia menoleh melihat pemilik suara itu. Dan betul tekaan hatinya. Itu gadisnya, Bunga. Dia menggunakan gelaran yang di dengarinya ketika mencuri dengar perbualan gadis itu. Malah, Sue juga mengibaratkan gadis itu seperti sekuntum bunga yanga mahal terjaga.
"Hai, Assalamualaikum. Jumpa kita kat sini" Akhtar menegur.
Gadis itu menoleh, memberikan balasan senyuman seketika. Namun cepat-cepat gadis itu beredar setelah penjual air itu memberikan airnya.
Dia memerhati tingkah gadis itu sehingga hilang dari pandangan.
"Hoi, penat abang tu hulur air kau. Kau tengok apa?" sergah Azad.
Akhtar menyambut huluran airnya yang telah siap. Memohon maaf kemudiannya atas kelalaian dia. Mujur penjual air itu tidak mengambil hati.
"Jom lah gerak. Nanti nak siap lagi untuk kelas malam. Siap dah beli?" Akhtar melihat bungkusan makanan di tangan Azad. Irham pula menanti mereka di kereta. Air di tangan diminum menggunakan straw yang tersedia. Tidak mahu berlengah. Dia juga belum menunaikan solat Asar. Jam sudah hampir menginjak ke angka enam petang.
"AKHTAR!"
Dia menoleh melihat empunya suara yang memanggilnya.
"Aduh dia ni lagi. Apehal pula kali ni" keluh Akhtar dalam hati. Namun tetap sahaja dia menanti bimbang ada perkara penting yang ingin di sampaikan padanya.
"Akhtar, nak pinjam buku rujukan yang ada pada Sue boleh? Nailah tak siap lagi assignment sebab tak cukup bahan rujukan" kata gadis itu padanya.
"Pada Sue, tanya dengan Sue la" jawab Akhtar bersahaja dan berniat mahu segera beredar.
"Akhtar, kenapa eh awak selalu mengelak dari saya. Saya dah berterus terang dengan awak tentang perasaan saya pun awak tak pernah balas apa-apa" gadis itu menyambung bicara.
Terhenti langkah yang baru ingin diatur. Segera dia memusingkan dirinya menghadap gadis bernama Nailah itu.
"Bahagian mana yang awak tak faham. Saya dah cakap, saya tak berminat. Saya memang sengaja mengelak dari awak sebab saya tak nak awak masih berharap. Dan saya pun tak pernah bagi harapan apa-apa. Jawapan yang saya dah bagi dah cukup jelas dan nyata" terang Akhtar dengan penuh sabar kepada gadis yang tak pernah berhenti mengejar dan mengharap balasan cinta darinya.
"Awak dah ada dia yang istimewa ke? Kenapa awak tak cuba beri peluang untuk cuba kenali saya? Saya betul-betul suka kan awak" masih lagi gadis itu mahu mencuba.
"Tolong faham ayat ni. Saya tak berminat dan tidak pernah terlintas langsung untuk mencuba apa-apa hubungan dengan gadis yang bukan hati saya pilih. Jadi tolong faham. Semuanya telah saya jelaskan. Jangan malukan diri sendiri, jaga maruah diri sebagai seorang wanita. Assalamualaikum" habis sahaja berkata, terus di ayun langkah kaki. Tidak mahu menunggu dan mendengar sebarang kata-kata dari gadis bernama Nailah itu lagi.
"WEH, mana buku rujukan fiqh islami kau. Aku nak pinjam jap" minta Irham pada Akhtar.
"Tengok la atas meja tu. Buku aku kan semua aku letak situ" tiada mood mahu berbicara lebih.
Dia yang sedang menyiapkan assignment di atas lantai, rasa terganggu benar. Sejak peristiwa di kolej bersama Nailah, moodnya sudah berubah mendung.
"Kau kenapa? Mood swing, tadi sebelum keluar kelas elok je. Tiba kat kereta muka macam cicak tertelan kapur apehal?" soal Azad tiba-tiba.
"Hurm. Nailah lah, letih aku. Tak faham ke, buat-buat tak faham ke macam mana entah. Aku dah terang-terang menolak. Rimas aku" jelas Akhtar pada kawan-kawannya.
"Oh. Tadi kita orang pegi tandas kan, terserempak dengan dia. Dia kata nak jumpa kau, sebab nak pinjam buku rujukan bahasa arab kau. Kita orang cakap kau jumpa ustaz jap, so tak keluar sama. Terus dia pergi cari kau" terang Irham.
"Dia jumpa kau? Confess lagi?" Azad ingin tahu.
"Bukan takat confess siap tanya aku dah ada yang istimewa ke, kenapa tak bagi peluang kat dia" jawab Akhtar pada pertanyaan Azad.
"Bersungguh betul dia suka kau. Dari sem satu kot dia kejar kau. Tapi tu lah tu, soal hati bukan boleh paksa-paksa" Azad mencelah.
"Harapnya dia terima la jawapan kau tu" Irham menambah.
"Eh tapi kan, buku kau tu ada pada Sue. Kau da bagitau Sue belum?" Irham menyambung soalan.
"Aku lupa. Aku call Sue kejap lah. Suruh dia je berurusan dengan Nailah. Nak pinjam ke nak pulang buku ke. Malas aku nak jumpa Nailah lagi" kata Akhtar.
Handphone dicapai. Nombor telephone Sue didail. Namun hanya masuk ke peti simpanan suara. Sekali lagi didail number Sue, tetap sama hanya masuk ke peti simpanan suara.
"Tak jawab lah masuk voice mail" ujar Akhtar pada mereka.
"Number lain tak ada?" tanya Irham.
"Macam ada, jap aku try lagi" kata Akhtar cuba menghubungi Sue.
Didail pula nombor satu lagi yang pernah digunakan Sue untuk menghubunginya dahulu.
"Hello" Akhtar menyapa setelah panggilan di jawab.
"Assalamualaikum. Ya, nak cakap dengan siapa?" suara di sana menjawab.
"Eh. Ni bukan suara Sue" bisik hatinya, kening yang tidak gatal di garu.
"Wa'alaikumsalam. Nak cakap dengan Sue boleh. Dia ada tak? Ni nombor phone dia kan?" soal Akhtar.
"Kak Sue? Bukan, ni number saya. Boleh call Kak Sue la kalau nak cakap dengan dia" jawapan dari suara di sana.
"Eh, bukan number Sue ke? Call dah number satu lagi tu tapi masuk voice mail. Ni siapa ya, kalau bukan nombor Sue” Akhtar bertanya lagi. Seperti dia kenal pemilik suara yang bercakap dengannya.
"Saya?" soal suara itu.
"Aleeya. Bukan, mungkin haritu Kak Sue ada gunakan phone saya untuk call awak. Assalamualaikum" terus gadis itu menamatkan panggilannya.
"Dia letak macam tu je?" keluh Akhtar.
"Siapa letak macam tu je? Sue?" Azad bertanya.
"Bukan, Sue pernah call guna nombor ni. Aku try call la. Sekali orang lain yang jawab" terang Akhtar pada rakannya.
"Budak bilik dia tak, tak pun budak rumah dia ke?" teka Irham.
"Tak, aku tak rasa budak rumah dia. Semua kita kenal kan. Aku rasa aku tahu siapa" jawab Akhtar, lalu tersunging senyum di bibir.
"Siapa pulak, lain macam kau ni. Siap senyum lagi" Azad mencelah.
Namun hanya di biar sepi kata-kata Azad. Ikon WhatsApp di buka, number seseorang di cari. Terus dia menaip pesanan text di WhatsApp.
++
Assalamualaikum. Ni kawan bilik Ain ya, yang Sue tumpang? Budak kecil a.k.a Aleeya? -Akhtar-
Butang send di tekan. Menanti seketika, melihat double tick masih kelabu. Setelah dua minit berlalu, masih tiada balasan. Seperti belum di buka kerana tiada paparan online dari pemiliknya. Terus dia putuskan untuk menanti sahaja balasan dari gadis itu jika dia bernasib baik.
Share this novel