Bab 84

Romance Series 36633

"MACAM mana harini? Okay?" tanya Akhtar keadaan isterinya sebaik usai solat subuh.

"Dah okay. Cuma penat sikit, mungkin dah lama tak jalan jauh. Kita nak pergi breakfast pukul berapa?" kata Aleeya yang masih berselubung di dalam comforter.

Perjalanan mereka untuk bercuti di Langkawi berjalan lancar. Segalanya dipermudahkan dengan izin-Nya.

"Pukul 7.30 okay? Kalau lewat nanti bersesak dengan orang lain pula. Lepas tu kita dah boleh bersiap untuk jalan-jalan" cadang Akhtar. 

"Okay. Harini apa plan abang?" soal Aleeya. Akhtar naik semula ke katil dan turut berbaring di sebelah Aleeya. Aleeya sedikit menjauh kerana dia masih belum membersihkan diri.

"Kenapa?" Akhtar perasan Aleeya menjauhkan dirinya.

"Bunga busuk, belum mandi" jawab Aleeya.

Akhtar senyum nipis. Sudah faham dengan sikap Aleeya yang tidak suka didekati bila dirinya masih belum mandi.

"Plan hari ni nak jalan-jalan, spend time dengan sayang. Dating untuk kali ke dua. Yang ni baru betul dikira dating, kita tak pergi cari barang rumah" usik Akhtar.

"Sorry. Bunga busy abang free. Bunga free abang pula busy" ujar Aleeya serba salah.

"It's okay. Begitulah hidup sayang, busy pun Bunga tetap utamakan abang. I'm really appreciate that, dan sayang juga tetap menjadi keutamaan abang" Akhtar senyum pada isterinya.

"Bunga nak pergi mandi dulu lah. Nanti lambat pula" Aleeya bangun dan berlalu ke luggage untuk  mengambil pakaian kemudian menuju ke bilik air.

Usai Aleeya bersiap mereka keluar ke dinning hall. Aleeya mengambil mushroom soup bersama garlic bread. Kemudian dia mengambil segelas guava juice. Sementara menanti Akhtar, dia membalas WhatsApp team Bunga&Coklat. Juga membalas WhatsApp ahli keluarganya yang bertanya keadaan dirinya, dan WhatsApp si kembar di group BSM mereka.

"Sayang makan ni je?" tegur Akhtar yang hadir bersama sepinggan nasi lemak dan sepinggan kecil buah-buahan.

"Kejap lagi Bunga ambil lain. Rasa nak makan ni dulu" jawab Aleeya lalu meletakkan handphonenya di atas meja.

"Abang nak ambil air sekejap. Bunga nak abang ambilkan apa-apa?" soal Akhtar prihatin.

"It's okay. Nanti Bunga ambil sendiri" jawabnya pada Akhtar.

Akhtar berlalu pergi untuk mengambil air. Tiba-tiba Aleeya didatangi seorang lelaki dan menegurnya.

"Aleeya? Eshal Aleeya kan?" tegur lelaki itu.

"Ya saya. Sorry, siapa ya?" Aleeya menyoal semula.

"Aku lah. Harith. Harith budak tuition yang selalu kau tolong teman masa nak balik" jelas lelaki itu.

Aleeya blur, cuba mengingati lelaki itu. Akhtar segera datang kepada Aleeya ketika melihat seorang lelaki mendekatinya, bimbang melihat raut wajah isterinya yang kelihatan keliru dipandangannya.

"Sayang, kenapa ni?" tegur Akhtar yang meletakkan secawan air teh tarik, dan segelas air suam di hadapan Aleeya.

"Sorry. Saya Harith. Kawan tuition Aleeya masa kami tingkatan empat dan lima" lelaki itu mengenalkan dirinya dan menghulurkan salam pada Akhtar.

"Oh ya? Saya Akhtar" kata Akhtar pula.

"Selamat berkenalan" seakan sedikit tegang wajah mereka berdua.

"Harith yang selalu balik naik proton wira merah? Harith si chubby ke?" soal Aleeya ingin kepastian.

"Yes. That's me. Si chubby gelaran yang you bagi dulu" kata lelaki itu.

"Ya Allah. Sorry la weh. Aku betul tak kenal. Lain dah kau, dulu chubby" ujar Aleeya serba salah. Akhtar tidak senang melihat keadaan itu, cuba di usir rasa cemburu yang menerpa.

"Memang la tak kenal, dulu chubby sekarang masculine" seloroh lelaki itu.

Aleeya hanya senyum nipis. Dia mendekat ke arah Akhtar, lengan suaminya dipeluk mesra. Akhtar sudah faham tindakan isterinya, Aleeya mencari perlindungan darinya. Dia tahu jika Aleeya berkelakuan begitu, Aleeya tidak selesa dengan sesuatu keadaan.

"This is my other half, Uzzam Akhtar. Abang, ni kawan masa sayang tuition malam dulu, dia selalu balik paling lambat. Abang Eidlan selalu suruh tunggu sampai dia balik, takut jadi apa-apa" terang Aleeya pada suaminya.

"Ya. Aleeya dan abang Eidlan setiap malam kelas tuition akan teman saya. Sejak dia orang selamatkan saya dari kena pukul dan buli dulu. Ayah saya kerja kilang, jadi kena tunggu dia habis kerja baru boleh ambil saya" cerita Harith pula.

"I see" kata Akhtar.

"Kau datang dengan siapa?" tanya Aleeya sekadar berbasa basi.

"I datang seorang. Esok ada kurus. Datang awal saja nak jalan-jalan. Tak sangka boleh jumpa you kat sini. I add you kat FB, you tak approve pun" kata Harith lagi.

"Oh. Ada kurus. FB? Sorry la, aku jarang buka FB, orang aku tak kenal memang aku tak approve, terutama lelaki. Aku datang honeymoon dengan husband aku" kata Aleeya yang masih memeluk mesra lengan Akhtar.

"Oh. I see. Sorry la ganggu, enjoy your day. Nanti kita jumpa lagi" kata lelaki itu kemudian berlalu pergi.

"Bunga tak selesa dia muncul tiba-tiba. Sorry abang" kata Aleeya pada Akhtar.

"It's okay. Dari cara dan air muka sayang pun abang dah tahu sayang tak selesa" kata Akhtar yang memandang ke arah Harith yang duduk di meja berdekatan dan menghadap ke arah kedudukan mereka berdua.

"Sayang makan lah" tegur Akhtar.

Aleeya kurang senang dengan cara Harith melihatnya, kerusinya di tarik sedikit mendekati Akhtar disebelahnya. Faham dengan tindakan Aleeya, Akhtar juga melakukan perkara yang sama.

"Sedap?" tanya Akhtar yang melihat Aleeya makan garlic bread bersama mushroom soup.

"Sedap, abang nak rasa?" Aleeya sua garlic bread di tangannya pada Akhtar.

"Sedap, jadi lagi sedap sebab sayang suap and kongsi makanan dengan abang" usik Akhtar. Aleeya senyum nipis, malu diusik begitu. 

"Abang rasa dia syok kat sayang la" ujar Akhtar pada isterinya.

"Hurm. Actually, dia memang suka Bunga pun dari dulu lagi. Masa form five dia luah perasaan, tapi Bunga dah bagitahu dia, Bunga anggap dia kawan je. Dia tanya kenapa Bunga tak suka dia, Bunga cakap,  bukan Bunga tak suka dia cuma Bunga tak ada rasa nak bercinta. Saja la Bunga buat lawak, tapi tak lawak rupanya pada dia. Bunga cakap, 'cuba kau kurus dulu jadi kuat bukan lembik kena buli, kot aku suka kau lepas tu'. Dia ambil serious pulak. So i guess, I'm not good at make a jokes" cerita Aleeya tentang kejadian mengapa dia tidak selesa berdekatan lelaki itu.

Akhtar ketawa kecil mendengar Aleeya bercerita.

"Kelakar ke? Bunga serious ni abang" sedikit terasa dia dengan tingkah Akhtar.

"Sorry. Abang ketawa sebab sayang memang tak pandai bila nak mengusik. Tapi, kadang-kadang sayang punya cakap spontan yang serious tu memang kelakar habis" Akhtar usap bahu isterinya lembut.

"Yeke?" soal Aleeya blur.

"Tak payah buat muka comel tu, ada yang kena kiss dengan abang kat sini juga" usik Akhtar.

"Mana ada Bunga buat muka comel" jelingan mata diberikan pada suaminya.

"Sayang tak perasan expression muka sayang, tapi pada pandangan mata abang bila sayang buat muka blur tu. Comel sangat. Sorry okay" Akhtar usap lembut kepala Aleeya. Aleeya senyum manis pada Akhtar, suka dikatakan comel oleh si suami.

"Nasi lemak abang nampak sedap. Nak sikit" minta Aleeya.

"Nak abang suap? Mesti lagi sedap" sengaja Akhtar mengusik. Aleeya menanti disuapkan oleh suaminya.

"Sedap" ujar Aleeya setelah disuapkan Akhtar.

"Sayang nak apa-apa? Makan tu je cukup ke?" tanya Akhtar prihatin.

"Bunga baru nak pergi ambil pancake dengan nasi goreng sikit" ujarnya pada Akhtar.

"Pergilah. Ke nak abang ambilkan?" tanya Akhtar padanya.

"Bunga pergi ambil sendiri" terus Aleeya bangkit dan berlalu ke meja buffet untuk mengambil makanan.

Dari jauh, Harith cemburu melihat kemesraan pasangan dihadapannya itu. Sudah nasib dirinya, lambat bertindak dan mencari peluang.

"Dah kahwin rupanya kau Aleeya. Sekali lagi aku terlepas peluang yang ada. Memang ternyata, kau bukan jodoh aku" katanya sendirian sambil memerhatikan Aleeya.

"DAH boleh discharge ya encik?" tanya imam Hassan pada Nazim.

"Dah pakcik. Pakcik panggil saya Nazim je pakcik, tak perlu berencik dengan saya" kata Nazim pada lelaki itu.

"Anak nak balik mana? Kereta masih dibaiki kan?" soal imam Hassan lagi.

"Entah lah pakcik. Saya mencari tempat untuk dituju. Saya perlu waktu untuk bertenang dan bermula semula" kata Nazim sebak.

"Mari lah ke rumah pakcik. Pakcik duduk bersama adik perempuan dan anak pakcik sahaja. Tapi rumah kampung saja lah" kata imam Hassan.

"Boleh ke pakcik?" tanya Nazim pada lelaki itu.

"Boleh nak, kalau tiada tempat mahu dituju. Berehat di rumah pakcik sementara" putus imam Hassan pada Nazim.

"Terima kasih pakcik" kata Nazim pada lelaki itu.

Dia perlu waktu dan ruang untuk bermula semula. Dia mahu pulih, terutama rohaninya bukan jasad semata-mata. Perihal rumahtangga diserahkan pada peguam peribadinya. Dia memutuskan untuk menceraikan Kaisara, yang telah di tangkap berkhalwat bersama lelaki lain. Perihal kerja pula diserahkan kepada Murni dan Darius untuk membantunya. Dia mahu keberadaan dan kesihatannya di rahsiakan dari pengetahuan semua.

"Nak..dengar tak? Nurse dah panggil tu. Mari kita selesaikan dan pulang ke rumah pakcik" kata-kata imam Hassan menghentikan lamunan dirinya.

"Baik pakcik, mari" ujar Nazim pula.

"Anak asal mana? Ada berapa orang ahli keluarga?" tanya imam Hassan sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Saya asal KL je pakcik. Saya anak tunggal tapi ada seorang kakak, anak angkat mama dan papa" jawab Nazim.

"Ibu bapa masih ada?" soal imam Hassan lagi.

"Ada. Mereka masih ada" jawab Nazim sekadar cuma.

"Anak, ada masalah ya?" teka imam Hassan.

"Mungkin saya yang bermasalah. Hilang arah, hilang pedoman" jawab Nazim perlahan.

"Sabar nak. Ini semua ujian. Pakcik bantu mana yang boleh pakcik bantu. Kita jangan berputus asa untuk berusaha berubah, kerana Allah tak pernah meninggalkan hambanya. Sebaliknya sebagai hamba, kita yang selalu lupa dan alpa" nasihat imam Hassan pada Nazim.

"Diri saya hina pakcik, Allah mesti murka pada saya. Entah boleh ke DIA terima taubat saya" kata Nazim sayu.

"Allah Maha Pengampun nak. Firman Allah, "Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. (Surah Toha, ayat 82)" kata imam Hassan.

"Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Surah At-Tahrim, ayat 8)" kata imam Hassan lagi.

"Bertaubat kepada Allah SWT menurut pandangan Islam adalah satu usaha wajib dilakukan setiap individu, tiada yang boleh mengambil alih tugas itu walau siapapun mereka. Kesalahan terhadap Allah tidak dapat dirawat melainkan orang yang melakukan kesalahan memohon ampun kepada-Nya. Menjadi satu kewajipan bagi sesiapa yang terpesong daripada jalan kebenaran, bersegera menuju kembali kepada Tuhannya tanpa bertangguh, kerana peluang yang ada hari ini belum tentu ada keesokan harinya. Sesungguhnya, keperluan taubat ini bukan untuk orang atau golongan tertentu sahaja bahkan mereka yang taat kepada Allah SWT pun memerlukan taubat seperti orang melakukan maksiat. Mereka yang taat juga perlu bertaubat, lihat dari pelbagai sudut. Kita sebagai hamba pasti ada melakukan dosa tanpa kita sedar nak, jalan terbaik dengan sentiasa bertaubat sungguh-sungguh ketika kita masih punya peluang" nasihat imam Hassan lagi pada Nazim.

Nazim teresak mendengar nasihat dan teguran lelaki itu. Terasa dirinya penuh dosa, namun Tuhan masih memberinya peluang entah untuk kali keberapa. Betapa dia merasakan dirinya penuh dosa dan lemah imannya.

"Anak beruntung, Allah masih hadirkan rasa untuk menyedari khilaf diri yang mungkin telah berlaku. Ada insan, sehingga akhir hanyatnya tidak diberikan peluang untuk bertaubat. Pakcik sendiri masih berusaha melakukan taubat selagi diberikan kesempatan, tiada manusia yang sempurna nak" imam Hassan menepuk-nepuk perlahan bahu anak muda itu. Memberi semangat dan nasihat tanpa jemu.

"ABANG, abang rasa Nazim akan kembali semula kepada fitrahnya? Banyak dugaan dia lalui. Bunga salah satu darinya, Bunga rasa seakan Bunga yang menjadi pucanya" luah Aleeya sewaktu mereka menaiki cable car. Perbualan itu tercetus apabila Akhtar dihubungi seorang kawan yang menyampaikan berita mengenai kes Kaisara.

"Kenapa sayang cakap macam tu. Bukan salah sayang semua tu terjadi. Setiap manusia, ada pilihan untuk berbuat kebaikan atau kerosakan pada dirinya. Dugaan datang pada sayang pun banyak juga, tapi sayang memilih untuk melalui ujian tu dengan ikhlas dan reda. Jika Allah beri kesempatan dan peluang, Nazim masih boleh kembali semula kepada fitrahnya sebagai hamba" Akhtar memeluk lembut bahu Aleeya untuk mengusir rasa tidak enak isterinya.

"Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis qudsi: "Telah berfirman Allah SWT: Wahai anak Adam! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam! Andai kata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula. (Riwayat Tirmizi)" kata Akhtar.

"Sayang, pintu taubat Allah SWT terbentang luas. Namun, perlu diingat peluang terbentang luas ini juga ada pengakhirannya. Pintu taubat Allah SWT akan tertutup jika seseorang hamba itu hampir menemui ajalnya dan apabila telah sampai detik kehancuran dunia iaitu tibanya hari kiamat. Kita perlu banyak berdoa, semoga kita, Nazim dan Kaisara diberikan peluang untuk bertaubat sebelum terlambat" Akhtar cuba meredakan rasa bersalah di hati isterinya.

"Bunga pun harap macam tu. Bunga berdoa semoga semua orang di sekeliling Bunga, diterima taubatnya. Diberikan keteguhan iman. Merasai kasih sayang Tuhan. Bunga juga harap, orang di sekeliling Bunga maafkan kesalahan Bunga jika ada" Aleeya buang pandang melihat hamparan laut dan gunung ganang dihadapan matanya.

"InsyaAllah sayang. You're so special, always nice and be kind to others. InsyaAllah, mereka akan maafkan sayang jika ada. Tapi abang rasa tak ada, sebab isteri abang ni sangat la baiknya" Akhtar memandang Aleeya disebelahnya dengan senyuman.

Handphone di dalam poket diambil, Akhtar mula mengambil gambar Aleeya, juga gambar mereka bersama.

"SubhanAllah. MasyaAllah. Cantiknya isteri abang ni" kata Akhtar yang melihat gambar-gambar yang diambilnya.

"Mana ada lah" nafi Aleeya. Malu Akhtar berkata begitu padanya, dia melihat arah lain.

"Sayang" panggil Akhtar disebelahnya.

Aleeya menoleh. Bibir Akhtar menyentuh pipinya. Segera Aleeya melihat arah lain, malu dengan tindakan tak terjangka dari suaminya itu. Mujur juga hanya mereka berdua dia dalam cable car itu.

"Cis! Ambil kesempatan" kata Aleeya geram, juga cuba menutup debaran di dada.

"Hahaha. Mana ada. Sayang tu yang dekat sangat dengan abang" sengaja Akhtar mengusik isterinya. Kerana hanya ada mereka berdua, dia berani bertindak sebegitu. Jika ada penumpang lain, tentu dia tidak akan melakukan hal itu kerana menjaga adab seorang Muslim.

"Ye la tu" kata Aleeya yang masih lagi cuba mengusir debar di dada.

"Hahaha. Marah pun comel. Sorry, saja nak usik sayang. Tak ada orang berani la abang, ada orang abang tak buat macam tu" kata Akhtar pada isterinya.

"Tahu pun" Aleeya yang menunduk.

"Sayang tahu tak, kenapa kita tak boleh nak pamerkan kemesraan kita pada khalayak, walaupun kita suami isteri?" tanya Akhtar pada Aleeya.

“Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman. (Riwayat Muslim, no. 35)" kata Aleeya.

"Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya” jelas Aleeya lagi.

"Perbuatan suami isteri bercumbu atau bermesra di khalayak umum dan juga di media sosial perlu dielakkan, ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini" Aleeya memberikan pendapatnya.

”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan. (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)" Aleeya akhiri bicaranya dengan sebuah sabda Nabi SAW.

"SubhanAllah. MasyaAllah. You know what sayang. I'm so grateful to have you as my wife. Beauty with brain" kata Akhtar pada Aleeya. Diraih dan digenggam jemari isterinya penuh kasih.

Aleeya senyum nipis. Tidak dinafikan rasa bahagia. Hari demi hari yang berlalu, sedikit demi sedikit bahagia terus menjalar ke hatinya. Akhtar berjaya membuka dan mengisi semula rasa yang pernah hilang. Dan dia berharap rasa itu akan kekal berpanjangan selagi Tuhan mengizinkan.

USAI solat berjemaah maghrib dan isyak, Aleeya diminta bersiap oleh Akhtar. Tidak mahu berlengah, diturutkan sahaja permintaan suaminya.

"Dah siap? You look so stunning sayang" kata Akhtar pada isterinya. Cantik pada pandangan matanya.

"Cantik sebab dress abang belikan ni. Kita nak ke mana malam ni?" tanya Aleeya.

"Rahsia. Jom" ajak Akhtar.

Mereka keluar beriringan. Setelah tiba di lobby hotel. Akhtar menghentikan langkahnya.

"Kenapa?" soal Aleeya hairan.

"Sayang kena tutup mata" kata Akhtar sambil menunjukkan sleeping eye mask ditangannya.

"Tak payah lah. Bunga tutup mata je" Aleeya menolak.

"Pakai ya, sekejap je sayang" pujuk Akhtar.

"Okay lah" Aleeya mengalah tidak mahu bikin drama.

Mereka berbual sambil berjalan berpimpin tangan. Tidak begitu sukar bagi Aleeya untuk berjalan dengan bantuan Akhtar.

"Okay, kita boleh stop. Dah sampai, sayang jangan buka dulu. Tunggu sekejap" kata Akhtar pada isterinya.

Aleeya diam dan menanti. Tidak lama, penutup matanya ditanggalkan Akhtar. Aleeya senyum nipis, tidak terfikir dia Akhtar akan melakukan itu.

"Candlelight dinner.." ujar Aleeya perlahan, lebih kepada dirinya sendiri. 

"Selalu sayang buat untuk orang. Hari ni, abang minta orang buat untuk kita. Jom, don't worry.  Photographer tu abang yang upah untuk rakam moment kita malam ni" kata Akhtar pada Aleeya yang melihat kehadiran dua orang lelaki yang memegang camera ditangan mereka.

Akhtar menarik kerusi dan menyorongkan kembali setelah Aleeya selesa untuk duduk, setelah itu baru dia mengambil tempat berhadapan Aleeya. Seseorang muncul bersama bouquet flower dan diserahkan pada Aleeya.

"Terima kasih" kata Aleeya pada wanita itu.

"Being deeply love by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage. Arjuna@Husband" Aleeya baca kad yang terselit di bouquet flower yang diterimanya, dia tersenyum seketika.

Akhtar senyum melihat Aleeya yang sedang membaca tulisan di kad itu. Bersyukur isterinya mengukir senyuman menerima pemberiannya.

"Terima kasih abang" kata Aleeya pada suaminya.

"Kasih dari sayang sentiasa abang sambut dan simpan" sengaja Akhtar mengusik isterinya.

Aleeya melihat arah lain seketika.Sukar benar bagi dirinya mahu bertentang mata dengan si suami apabila diusik begitu. Makanan mula dihidangkan pada mereka.

"Makan sayang. Lepas habis ni, kita boleh balik rehat. Sayang pun tak elok berembun malam, baru baik demam" kata Akhtar pada isterinya.

Ketika sedang menikmati makan malam, mereka didatangi seorang wanita yang bermain violin. Lagu Takdir Tercipta dimainkan olehnya. Aleeya kelihatan sedikit tergamam, dia memandang Akhtar dengan pandangan seakan tidak percaya. Sungguh dia tidak menjangkakan itu. Akhtar senyum mesra pada isterinya, tahu Aleeya pasti terkejut dengan perancangannya.

"It's a wonderful night. Thank you husband" ujar Aleeya pada Akhtar sebaik pemain violin itu beredar.

"Let's make that song as ours. Also we had wonderful memories together bout that song. It was the first song we sang together. It's suites us well" ujar Akhtar pada Aleeya.

Aleeya senyum manis. Benar seperti dikatakan Akhtar, mereka mempunyai kenangan yang manis tentang lagu itu. Dan apabila teringat semula kenangan itu, dengan sikap dia yang kebudak-budakan dia senyum sendiri.

"Agree" setuju Aleeya sambil tersenyum manis.

"Sayang..ready?" soal Akhtar padanya.

"Ready for what?" tanya Aleeya keliru.

"Let's count together. 3..2..1" kata Akhtar yang merenungnya lalu melihat ke arah langit. Aleeya turut memandang arah yang sama dipandangan Akhtar.

Pancaran fireworks bermula. Aleeya teruja, dan senyuman gembira terukir di wajahnya. Sungguh, malam itu penuh kejutan buat dirinya. Bahagia. Hanya itu ayat yang sesuai untuknya saat ini.

"Abang, thank you" kata Aleeya pada suaminya sebaik fireworks itu berakhir.

"Most welcome. Everything done. Jom sayang, kita balik rehat" ajak Akhtar.

Akhtar menemui photographer yang diupahnya seketika, sebelum mereka beredar. Mereka juga berterima kasih kepada person in charge candlelight dinner malam itu,  dan kemudian berjalan pulang ke hotel penginapan mereka.

"Bunga dah siap packing. Esok kita keluar pagi terus atau macam mana?" tanya Aleeya pada Akhtar yang baru keluar dari bilik air.

"Esok flight pukul 4.00 petang. Kita checkout pukul 11.00 pagi. Lepas checkout kita cari buah tangan sikit untuk family. Harini kita berjalan seharian tak sempat nak belikan apa-apa" cadang Akhtar yang sudah melabuhkan duduknya di sebelah Aleeya.

"Okay. Bunga dah mengantuk. Nak tidur dulu ya. Maafkan kesalahan Bunga jika ada hari ini. Terima kasih untuk semuanya" Aleeya salam Akhtar seperti kebiasaannya.

"Abang maafkan dan abang pun sama, minta maaf jika terkurang di mana-mana. Terima kasih untuk semuanya juga, abang rasa bahagia bila sayang gembira " Akhtar melabuhkan ciuman di ubun-ubun Aleeya.

Aleeya yang letih, mudah sahaja di jemput lena sebaik meletakkan kepalanya.

"Senang betul tidur kalau penat ya" Akhtar yang memerhatikan Aleeya disebelahnya. Dia juga turut merebahkan badannya dan bersedia untuk tidur. Terasa letih seharian berjalan-jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience