Bab 56

Romance Series 36633

"ASSALAMUALAIKUM" sapa Nazim sebaik panggilan dijawab oleh Aleeya.

"Wa'alaikumsalam. Ya encik. Ada apa ya?" tanya Aleeya yang masih lagi menyiapkan decoration customernya.

"Saya tunggu awak bagitahu saya free atau tidak hari ni. Tapi nampaknya saya la yang kena tanya ni" ujar Nazim.

Aleeya tepuk dahi. Dia benar-benar terlupa akan hal itu. Namun, dalam masa yang sama sebenarnya dia juga berusaha menjauhi lelaki itu.

"Sorry. Saya betul-betul terlupa. Maaf sangat. Saya ada tiga tempat lagi nak kena setup. Kalau kita jumpa lepas asar boleh?" tanya Aleeya serba salah.

"Awak kat mana sekarang?" Nazim bertanya pula.

"Saya kat rumah customer. Tengah setup deco untuk birthday. Saya betul-betul terlupa encik nak jumpa saya" kata Aleeya sambil melihat jam dipergelangan tangannya yang menunjukkan jam 11.00 pagi.

"Habis setup ni awak tak free?" soal Nazim lagi.

"Ada tiga tempat lagi saya nak kena setup deco. Hal penting ya encik? Tak boleh ke cakap kat phone je?" sengaja Aleeya menekan perkataan penting pada nadanya.

"Aleeya, kalau tak penting mesti la saya tak tanya awak" Nazim sedar gadis itu sentiasa cari jalan untuk mengelak dari bertemu dirinya.

"Saya jumpa encik petang ya. Nanti saya bagi location. Maaf sangat. Saya betul-betul busy sekarang" Aleeya memberi kata putus.

"Okay. Nanti bagi saya location untuk kita berjumpa. Take care Aleeya. Assalamualaikum" Nazim mengakhiri bicara.

Azizah lihat Aleeya yang terhenti dari melakukan kerjanya dan termenung seketika.

"Kenapa? Siapa call?" tanya Azizah yang turut membantu Aleeya bersama Kira dan Firas hari itu.

"Encik Nazim" jawab Aleeya ringkas.

"Cuti pun kena kerja ke? Ke ada urgent?" soal Azizah lagi.

"Dia nak jumpa aku. Aku lupa, aku full kan jadual untuk deco hari ni" jawab Aleeya yang kembali menyambung kerjanya.

"Habis tu, tak jadi ke jumpa dia?" tanya Azizah lagi.

"Petang la. Lepas habis setup semua tempat. Aku nak suruh dia datang kedai je kot. Lagipun nanti semua ada kat sana, so tak ada la berdua je dengan dia" jawab Aleeya.

"Oh. Okay juga. Tapi kenapa dia nak jumpa kau?" soal Azizah yang tertanya-tanya tentang apa bekas bossnya itu mahu berjumpa Aleeya.

"Entah. Yang pasti bukan hal kerja. Aku harap bukan soal hati juga" jawab Aleeya dengan nada yang perlahan di hujung bicara.

Azizah terdiam. Tahu benar dia Aleeya sering mengelak apabila berbicara soal hati. Bukan dengan mereka berdua sahaja, tetapi dengan ahli keluarganya juga. Firas dan Kira juga saling berpandangan. Belum pernah lagi mereka melihat Aleeya bersama lelaki. Selalu hanya bersama abangnya Eidlan atau adiknya Emir.

"Jangan fikirlah. Jom sambung kerja. Lepas ni nak ke tempat lain pula" Azizah berharap kata-katanya mampu melegakan sedikit perasan sahabatnya itu. Dapat dilihatkan keadaan Aleeya yang seperti hilang focus pada kerjanya.

Aleeya hanya pamer senyum nipis pada Azizah m, mereka terus melakukan tugas bersama yang lain.

"LEGA rasanya bila semua dah settle" kata Firas sebaik mereka tiba di kedai.

"Belum lah. Ni banyak tempahan untuk esok" kata Hana padanya.

Tersenyum nipis Aleeya dengan kerenah mereka. Jika tidak Firas dan Hana bertikam lidah, pasti Kira dan Haiqal pula melakukan perkara yang sama.

"Jangan gaduh-gaduh nanti jadi sayang" kata Azizah mengusik mereka berdua.

"Dengan dia ni? Tak nak la Kak Iza" jawab Hana dengan muka yang sengaja di buat tidak menyukai Firas.

"Dah-dah. Layan korang ni sampai esok tak habis. Haiqal dah berapa kali keluar buat delivery?" tanya Aleeya.

"Dah lima round kak Aleeya. Dia on the way balik sini untuk next trip" jawab Hana.

"Banyak lagi tak yang nak kena delivery?" soal Aleeya lagi.

"Ada lagi 50. Tadi kak Naa pun call, dia on the way balik untuk pickup delivery lagi" jawab Hana lagi.

"Banyak juga tu. Firas pergi buat delivery. Naik kereta akak. Kesian dia orang non stop dari pagi" arah Aleeya pada Firas.

"Baik boss" jawab Firas lalu menyambut huluran kunci dari Aleeya.

"Kira stop kejap, pergi tolong load masuk kereta yang Firas nak hantar delivery. Susun baik-baik macam selalu ya. Firas bawa kereta hati-hati, rosak barang akak potong gaji" kata Aleeya pada mereka bedua.

"Mana ada Firas bawa kereta laju-laju" bantah Firas.

"Tak laju apa, tadi bawa kereta macam citer fast furious" bebel Kira.

"Tadi balik mana ada barang" selamba dia menjawab.

"Tak ada barang tapi ada nyawa orang" Aleeya tegur Firas.

"Sorry kak. Baik, lepas ni saya bawa hati-hati dan slow down ya" jawabnya.

Aleeya membantu Hana menyiapkan tempahan untuk hari esok. Azizah pula membalas pesanan di WhatsApp dan Instagram.

"Assalamualaikum" Azlina memberi salam sebaik masuk ke kedai.

"Wa'alaikumsalam" jawab semua serentak.

"Next trip?" soal Aleeya.

"Yup. Hana tolong akak load tempahan dalam kereta ya. Akak nak ke tandas sekejap" kata Azlina pada mereka berdua.

"Tak apa. Hana teruskan. Akak buat" kata Aleeya.

Sedang dia menyusun tempahan ke dalam kereta, handphonenya berbunyi. Dia yakin, pasti Nazim yang menghubunginya. Tanpa melihat nama yang tertera dia terus menjawab panggilan itu.

"Yup. Awak datang sekejap lagi. Saya send location sekarang" kata Aleeya sambil melakukan kerjanya.

"Macam mana Arjuna nak datang sekarang. Jauh berbatu Bunga" jawab pemanggil di sana.

Terkaku dan terhenti kerja yang sedang Aleeya lakukan. Berdebar kencang degup jantungnya. Azlina yang baru tiba di kereta melihat Aleeya yang dalam keadaan seperti terkejut terus menegur.

"Kau kenapa? Bunga?" tanya Azlina.

Aleeya toleh pandang. Matanya berair seperti mahu menangis. Terkelu. Ya dia benar-benar terkejut menerima panggilan dari si dia. Azlina yang melihat seakan dapat meneka dengan siapa dia berbicara. Perkara yang sama terjadi apabila Akhtar cuba menghubungi Aleeya dahulu. Begitulah reaksi Aleeya pada setiap panggilan Akhtar. Azlina tepuk perlahan bahu Aleeya. Aleeya yang bagaikan baru tersedar cepat-cepat memutuskan panggilan itu.

"Dia? Dia kan? Berapa lama kau nak mengelak Bunga?" tanya Azlina perlahan, lalu menarik rapat Aleeya kedalam pelukannya.

"Aku tak tahu. Selagi boleh. Dia hak orang lain, dia tunang orang. Lama aku bagi dia peluang untuk jelaskan semuanya. Tapi dia yang memilih berdiam dan tinggalkan aku tanpa penjelasan" kata Aleeya dalam nada yang tertahan.

Azizah keluar dari kedai. Kira maklumkan padanya keadaan mereka berdua diluar sejurus gadis itu masuk ke kedai setelah selesai membantu dan melihat Firas beredar.

"Kenapa ni?" tanya Azizah yang muncul saat itu.

Azlina hantar isyarat melalui matanya. Fahamlah dia dengan situasi itu. Azizah turut memeluk mereka berdua. Berharap dapat memberi sedikit ketenangan pada Aleeya.

Tanpa mereka sedari, Irham dan Azad memerhatikan mereka dari jauh. Mereka berdua kebetulan berada di kawasan itu untuk membeli makanan. Tanpa sengaja mereka lihat Aleeya berada di hadapan kedai yang bakal dibukanya. Mereka yakin pasti Akhtar menghubungi Aleeya, kerana mereka baru sahaja menghantar candid photo Aleeya kepada Akhtar dan membuat video call bersama. Sedih, mereka juga berasa sedikit sedih kerana seperti itu akhirnya keadaan Aleeya dan Akhtar. Terpisah kerana keadaan.

"It's okay. It's okay. Kitaorang ada, dan sentiasa ada untuk kau" kata Azizah cuba meredakan suasana.

Selepas seketika Aleeya meleraikan pelukannya. Dia mengesat tubir matanya yang berair. Sekian lama dia tidak menangis, hari ini dihadapan kembar dia tidak sengaja melepaskan tangisan walaupun hanya air mata yang mengalir tanpa esakkan.

"Aku okay. Sorry. Dah siap load boleh gerak dah Sayang" kata Aleeya pada Azlina.

"Aku gerak dulu. Take time. Manja ada, budak-budak pun tahu dah apa nak buat semua. Kau masuk bilik office, relax dulu" pesan Azlina sebelum masuk kereta dan mula memandu pergi untuk penghantaran.

"Jom. Masuk, kau relax dulu. Bagi tenang perasaan tu baru sambung kerja. Nanti semua serba tak kena" kata Azizah padanya.

Aleeya menurut. Dia juga tahu keadaan seperti itu akan terjadi apabila perasaannya terganggu. Dia berlalu naik ke tingkat atas untuk menenangkan diri di dalam pejabatnya.

"Kenapa kak Iza? Ada masalah ke dengan tempahan?" tanya Kira pada Azizah.

"Eh, tak lah. Ada hal sikit. Don't worry. Tak ada kaitan dengan kedai" jawab Azizah pada Kira.

"Kak, tanya sikit boleh?" kata Hana pula.

"Tanya apa tu?" Azizah bertanya semula.

"Kak Aleeya memang tak ada boyfriend eh? Sepanjang kita orang kenal kak Aleeya. Tak pernah nampak dia dengan lelaki, selain abang Eidlan dan Emir" Hana ingin tahu.

"Tak. Kak Aleeya single" jawab Azizah.

"Serious la? Kak Aleeya yang cantik pun single. Apa lagi kitaorang ni yang tak berapa nak cantik" kata Kira pula.

"Belum jumpa jodoh. Korang pun nanti sampai masa ada la pasangan. Lepas habis belajar ni apa plan?" sengaja Azizah menukar topik perbualan.

"Apa lagi kak, kerja la. Sekarang zaman susah betul nak cari kerja. Kerja apa je yang dapat lepas ni memang kita orang sapu je kak, janji halal" Hana memberitahu perancangannya.

"Tak sambung degree Hana? Kira pula macam mana?" soal Azizah lagi.

"Tak kak. Family Hana bukan orang senang, ni kerja sebab nak support diri sendiri asalnya. Tapi kak Aleeya tolong dah lebih dari cukup, dapat la kirim duit sikit kat mak ayah dekat kampung" jawab Hana.

"Kira sambung kak, tapi sementara tu Kira kerja la dulu. Kak Aleeya pun banyak tolong kita orang. Kira ni untung sikit je dari Hana, sebab Kira second last. Atas Kira semua dah kerja, dah kahwin" kata Kira pula.

"Oh. Hana jurusan account kan? Dah tanya kak Aleeya if boleh isi jawatan accountant tu" cadang Azizah.

"Dah, kak Aleeya kata boleh. Tapi selain jaga account kena tolong uruskan buat bouquet juga. Hana okay je, asalkan ada kerja" jawab Hana.

"Tak apa lah, kerja apa pun. Asalkan halal dan berkat. Barakah rezeki tu yang penting" pesan Azizah.

Kira dan Hana tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Mereka bertiga meneruskan kerja sambil berbual-bual tentang topik kecantikan dan kesihatan, dah nama pun perempuan. Tak baik membawang hal orang.

"Manja, aku jumpa encik Nazim kejap" kata Aleeya yang baru turun dari pejabatnya.

"Keluar tempat lain? Ke sini je?" Azizah bertanya.

"Sini je dia da sampai kat luar. Aku ajak masuk sini je la, kau orang ada. Firas dengan Sayang tak sampai lagi ya?" kata Aleeya sebelum keluar.

"Firas, Haiqal dengan Sayang last round delivery. Ada nak pesan apa-apa ke?" Azizah memandang Aleeya yang kelihatan letih.

"Oh. Tak ada. Aku terlelap lama ya. Sorry. Nanti aku tolong lepas ni" Aleeya terus berlalu keluar dari kedainya.

Azizah memandang langkah Aleeya. Kasihan benar dia pada sahabatnya itu. Lama dia tidak melihat Aleeya berkeadaan seperti itu. Kira dan Hana juga memandang ke arah boss mereka.

"Kak Aleeya okay ke tu? Dia tak sihat ke? Tak pernah nampak dia tak bersemangat macam tu" kata Hana pada Azizah.

"Letih agaknya. Kan busy dua hari ni. Esok nak mula setup betul-betul kedai. Meja kerusi sampai, chiller lagi. Stock bunga dengan coklat lagi. Nampak mudah tapi mental letih. Dah sambung kerja, cepat siap cepat kita balik rehat" Azizah memberi alasan.

Aleeya memerhatikan Nazim yang berada di dalam keretanya. Menanti lelaki itu keluar.

"Assalamualaikum" sapa Nazim sebaik keluar dari keretanya.

"Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya.

"So, ni kedai yang Aleeya nak buka ya?" tanya Nazim ketika melihat ke arah kedai dihadapannya.

"Ya, betul. Ini la kedainya. Tak seberapa" jawab Aleeya.

"Okay sangat ni. Location pun strategic. InsyaAllah, boleh pergi jauh business Aleeya ni. Dah solat asar?" kata Nazim.

"Special day for women. Kita cakap kat dalam je boleh?" tanya Aleeya.

"Awak letih ya? Saya tengok awak macam tak bermaya je" tanya Nazim lagi.

"Letih sikit, busy dua hari ni" jawab Aleeya, dia pamer senyum hambar.

"Kat dalam ada orang? Tak manis pula klau berdua je" kata Nazim.

"Ada. Ada kawan & staff part-time saya. Jom la" ajak Aleeya.

"Oh. Okay. Boleh saya tengok interior kedai awak sebelum dirasmikan" usik Nazim.

"Boleh je encik. Nak comment pun boleh" jawab Aleeya bersahaja.

Sebaik mereka berdua masuk ke dalam kedai. Azizah, Kira dan Hana toleh pandang pada mereka. Azizah simpan senyum, Hana dan Kira dah pamer muka excited. Maklum la Nazim lelaki yang dikategorikan dalam kumpulan 'lelaki idaman'. Aleeya pula tayang muka tak berperasaan pada ketiga-tiga mereka.

"Kenalkan, Nurazizah boleh panggil Iza. If encik ingat, kita orang sama-sama buat intern dulu. Kirana boleh panggil Kira. Hanani boleh panggil Hana. Iza ni kawan saya, Hana dan Kira staff part-time buat masa ni. Dia orang ni student. Kenalkan ni boss kak Aleeya, encik Nazim" Aleeya saling mengenalkan mereka antara satu sama lain.

Nazim pamer senyum sebagai balasan pada mereka yang ada. Dalam masa yang sama dia memerhatikan hasil kerja mereka yang telah siap dan yang sedang dilakukan. Menarik kesemuanya, kombinasi warna dan susunan yang kemas.

"Jom kita duduk sana. Kita cakap dekat sana" ajak Aleeya pada Nazim.

"Hana tolong ambil air dan gelas. Hantar ke sana ya" minta Aleeya menunjukkan arah photo corner yang menempatkan dua buah kerusi dan sebuah meja bulat outdoor garden set rattan dan backdrop telah siap dihias.

Sudut tepi itu dijadikan photo corner untuk tetamu yang ingin mengambil gambar apabila kedai beroperasi nanti. Aleeya dan Nazim berlalu ke arah itu.

"Maaf la, saya minta encik ke sini. Perkara apa ya yang encik nak cakap tu?" soal Aleeya sebaik mereka melabuhkan duduk.

Nazim memandang Aleeya. Dia tahu gadis itu lebih suka berterus-terang, tidak suka berlengah tentang apa pun. Dia berikan senyuman pada gadis itu sebelum memulakan bicara.

"Tentang kita. Saya harap awak dengar dulu apa yang saya nak katakan ni. Jangan terus menolak, berikan masa dan ruang untuk awak fikirkan semuanya secara mendalam" katanya pada Aleeya.

"Okay. Saya cuba. Tapi macam serious je dari cara encik ni" jawab Aleeya gusar.

"Dah banyak kali saya minta awak panggil saya Nazim or Ilman or awak atau apa pun, bila kita di luar. Terutama di luar waktu kerja" tegur Nazim.

"Maaf. Saya tak biasa. Saya cuba" Aleeya malas mahu berbalas kata.

"It's okay, take your time. Aleeya, saya tak tahu nak mula dari mana, tapi sejujurnya apa yang akan saya katakan ni semua ikhlas dari hati" Nazim mula menyusun kata.

"Okay. I'm listening" jawab Aleeya ringkas.

"Sejujurnya, awak yang menjadikan siapa saya hari ini. Menarik saya dari gelapnya dunia saya. Memberi saya harapan tidak semua perempuan itu sama. Aleeya,  saya serious sukakan awak" Nazim luahkan perasaannya pada gadis itu.

Aleeya masih cuba untuk kekal bertenang dengan apa yang baru didengarinya. Berfikir apa yang terbaik untuk diperkatakan sebagai jawapan balas pada bossnya itu.

"Hurm. Saya pun suka encik, suka sebagai sesama manusia. Sebab encik baik pada semua orang. Walaupun sikit kepala angin sebelum ni. Bertanggungjawab pada staff, adil pada semua. Siapa je tak suka encik,  semua orang kat office suka encik" Aleeya cuba memberikan jawapan yang boleh buat dirinya mengelak dari berbicara soal hati.

"Bukan itu maksud saya Aleeya. Saya dah jatuh hati pada awak. Semuanya bermula bila awak menyedarkan saya untuk berpijak di dunia yang nyata semasa saya di hospital kemalangan dulu" Nazim mula serious dalam bicaranya, dia tahu gadis itu cuba mengelak dari berbicara soal hati.

"Maaf, saya tak boleh. Bukan sebab apa-apa. Encik sempurna, tiada kekurangan sikit pun. Tapi saya ni, saya yang tidak layak untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan encik" Aleeya berkias dengan bahasa yang senang difahami.

"Aleeya, saya perlukan awak disisi saya dan hidup saya. Lama saya menanti masa yang sesuai untuk luahkan semua ni. Saya tahu saya perlu luahkan pada awak, agar saya tidak menyesal atau terlewat" Nazim masih mencuba.

"Encik ada kekasih. Kaisara kan bakal isteri encik" Aleeya berusaha lagi mencari alasan.

"We were end. Ia berakhir sejak saya sendiri lihat kecurangan dia dihadapan mata saya yang saya tak mampu nak maafkan atau lupakan. Aleeya, please give me a chance" minta Nazim padanya.

Aleeya bungkam. Diam terkelu. Tidak tahu lagi alasan apa yang mahu diciptanya untuk mengelak dari lelaki di hadapannya ini. Lelaki ini berterusan meluahkan rasa hatinya.

"Saya tak minta jawapan awak hari ini. Awak bertenang dulu, kemudian fikirkan semula semuanya" sambung Nazim lagi.

"Aduh dia ni, aku nak bertenang macam mana. Dia yang buat jiwa aku huru-hara sekarang ni. Tak fikir lagi pun dah berkecamuk rasa hati, kalau fikir entah jadi apa dalam hati ni" Aleeya bermonolog dalam hatinya.

"Aleeya" panggil Nazim. Gadis itu senyap tanpa bicara, matanya merenung gelas dihadapannya.

Aleeya angkat mukanya. Membalas pandangan Nazim seketika, lalu memandang ke arah lain. Dan sememangnya reaksi dia begitu apabila berurusan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Tahu benar Nazim dengan cara gadis itu. Tidak suka bertentang mata. Lebih suka memandang ke arah lain.

"Ambil la masa awak. Saya dah luahkan apa yang terbuku dalam hati saya. Saya luahkan sementara saya masih ada peluang, bimbang jika saya terlepas peluang yang ada" kata Nazim pada gadis itu.

"Saya tak bersedia untuk semua ni. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk bergandingan dengan encik. Ibu bapa encik pun belum tentu boleh terima saya. Encik carilah calon yang sekufu dengan encik" Aleeya berusaha menolak hasrat hati lelaki itu.

"Keluarga saya tidak pernah membezakan kedudukan dan pangkat. Awak beri peluang pada saya, dan beri peluang pada diri awak untuk kita saling mengenali antara satu sama lain, untuk saling mengenali keluarga masing-masing. Maksud sekufu tu apa? Saya kurang jelas" Nazim masih mahu mencuba.

"Encik cuba cari maksud sekufu dan fahami maksudnya. Beri saya masa untuk fikirkan. Dan satu lagi, saya minta jangan mendesak saya dengan jawapan yang segera. Bukan perkara mudah hal ini bagi diri saya" jawab Aleeya tenang.

"Saya faham. Ni, awak dah makan ke belum? Busykan hari ni?" Nazim menukar topik perbualan.

"Dah tadi tengah hari. Lepas ni awak nak kemana?" tanya Aleeya.

"Balik lah, saya keluar ni semata-mata nak jumpa awak. Nak dekat maghrib dah, awak balik pukul berapa ni?" soalnya lagi.

"Kerja habis saya balik. Lagipun esok ada urusan lain lagi. Saya cuti seminggu" jawab Aleeya.

"Saya tahu. Masa nak approved kelulusan cuti awak, saya ada tanya Murni. Lepas seminggu la kita jumpa semula. Kedai ni nanti siapa yang tolong awak uruskan bila awak kerja?" Nazim memerhatikan sekeliling boleh dikatakan sudah hampir siap.

"Dia orang" Aleeya pandang arah si kembar dan pekerja part-time nya yang ada di situ.

"Oh. Mereka tu kembar? Tadi ada seorang sahaja. Bagus bila ada yang tolong uruskan. Alhamdulillah. Awak jangan balik lambat sangat ya. Apa-apa call atau WhatsApp saya, saya nak minta diri dulu" kata Nazim.

"Ya. Kembar, tadi Azlina keluar buat delivery. Azlina tu pun pernah intern di syarikat awak. InsyaAllah" ujar Aleeya.

Nazim bangun dari duduknya untuk pulang memandangkan waktu menginjak ke Maghrib. Aleeya juga turut bangun untuk menemani Nazim hingga ke pintu kedainya.

"Saya balik dulu" sekali lagi Nazim meminta diri.

Aleeya pamer senyum nipis. Dan mengangguk kepalanya sebagai ganti jawapan dari bicaranya. Nazim berpaling dan berjalan menghampiri keretanya di kawasan parking. Melambaikan tangan pada Aleeya sebelum masuk ke dalam kereta dan beredar.

Aleeya menghantar pandang dan menanti sehingga kereta lelaki itu tidak kelihatan. Sebelah tangan diletakkan ke dadanya, mahu merasai sesuatu jika ada. Dia menanti untuk merasai 'sesuatu' ketika melihat pemergian lelaki itu. Namun tiada, tiada rasa yang menjengah jiwanya seperti waktu itu.

NOTIFICATION WhatsApp Group Buddies muncul di screen handphonenya. Dia membuka untuk melihat apa yang dihantarkan oleh Irham mahupun Azad.

Irham : Kita orang nampak Aleeya harini.

Disertakan sekeping photo curi dari Irham.

Akhtar : Serious? Dia ke ni? Nampak susut sangat.

Azad : Betul la tu dia. Penat kot, dia busy nak launching kedai dia.

Akhtar : Kita video call kejap. Aku nak tengok dia.

Irham : Okay je. Aku call la.

Video call dari Irham segera dia jawab.

"Sihat bro?" tanya Irham, Azad di sebelahnya juga melambaikan tangan.

"Alhamdulillah. Macam ni la. Kau orang sihat?" kata Akhtar kembali.

"Alhamdulillah, kita orang sihat" jawab Azad pula.

"Mana dia?" soalnya.

"Jap aku switch camera" kata Irham.

"Banyak juga tempahan dia buat" katanya pada Irham dan Azad.

"Tak pasti. Tapi rasanya banyak. Sebab si kembar pun dah tolong dia sekarang" jawab  Irham.

"Oh. Alhamdulillah. Ada juga yang boleh tolong jagakan dia sekali" kata Akhtar.

"Kau okay?" tanya Azad yang dapat melihat kesayuan di wajah sahabatnya itu.

"Okay. Cuma rindu dia" kata Akhtar.

"Balik lah bro. Kau pun dah 2bulan habis, dah graduate pun" pujuk Irham.

"InsyaAllah, aku balik macam aku plan tu la. Nanti kau orang jemput aku kat Airport" pesan Akhtar.

"Interview online haritu macam mana? Dah dapat jawapan?" soal Azad pula.

"Dah. Alhamdulillah aku dapat. Baru je diaorang hantar email semalam. Ngam aku touch down, dua hari lepas tu kena lapor diri" kata Akhtar yang masih leka memerhatikan Aleeya.

"Kau still tak nak bagitahu family kau ke nak balik?" tanya Irham.

"Tak lagi. Nanti bila aku dah start kerja baru aku bagitahu" jawabnya.

"Kau buat apa je kat sana lama-lama tak nak balik?" tanya Azad.

"Aku tolong buat research prof aku, dalam masa sama timba ilmu dari dia. Agak mahal juga dia bayar khidmat aku" terang Akhtar.

"Balik la. Kita orang tahu kau bawa diri kat sana sebab nak lari dari family kau kat sini. Tapi sampai bila kau nak macam ni" kata Irham.

"Aku balik. Aku tak lari, aku cuma perlukan masa" jawabnya.

"Eh, kau tahu tak abang Eidlan nak bertunang? Kita orang kan joined MMA class dia orang. Haritu jumpa dia dengan Aleeya masa sesi latihan. Dia bagitahu" kata Azad.

"Abang tak ada text aku pula pasal tu. Maybe sebab aku jauh kot. Bunga masih training lagi ya?" tanya Akhtar lagi.

"Masih. Tapi tak tentu. Paling kerap 3 kali sebulan. Paling sikit sekali sebulan. Tengok pada free dia. Selalu dia datang dengan abang Eidlan. Masa je tak tentu" jawab Irham.

"Pernah nampak dia keluar dengan sesiapa?" tanya Akhtar.

"Tak ada pula, cuma abang Eidlan ada bagitahu la. Boss dia macam suka pada dia. Tapi abang Eidlan cakap, Aleeya macam biasa la mengelak" kata Azad pula, dia sudah lali dengan soalan Akhtar itu, 'sesiapa' yang dimaksudkan tentunya seorang lelaki.

"Cukup la tu. Bagi aku tengok korang pula. Lama dah tak tengok muka handsome korang" usik Akhtar.

"Kau bila nak explain kat dia?" tembak Irham padanya.

"Balik nanti aku jumpa dia, aku explain semuanya" jawab Akhtar.

"Aku kesian kat dia. Dia dah lain. Tak ceria macam dulu" kata Irham.

"Aku tahu aku salah. Aku bukan tak cuba contact dia sebelum ni. Masa aku sampai sini dah seminggu, aku ada call dia. Tapi dia senyap, aku tak tahu dia mendengar atau tak. Aku try lagi tak dapat,  banyak kali aku cuba. Rupanya dia tukar number. Aku dpt number dia tapi abang pesan, jangan ganggu dia sangat. Aku tahan, baru sekali dua ni aku cuba call semula. Tapi macam biasa, dia dengar je suara aku dia letak terus. Kau tengok reaction dia bila aku call" kata Akhtar, sejurus itu dia menamatkan panggilan.

Akhtar menghubungi Aleeya. Dan apabila talian dijawab. Dia terus mendengar suara gadis itu.

"Yup. Awak datang sekejap lagi. Saya send location sekarang" kata Aleeya sebaik panggilan bersambung.

"Macam mana Arjuna nak datang sekarang. Jauh berbatu Bunga" jawabnya.

"Bunga sihat?" soalnya lagi. Namun kali ini kebisuan yang hadir, tiada bicara dari gadis itu, tidak lama talian diputuskan.

Dia sudah tahu keadaan itu akan terjadi. Dia menghubungi semula sahabatnya.

"Kau orang nampak dia jawab call aku? Tak sampai berapa saat, dia dengar suara aku dia terus letak" kata Akhtar kecewa.

"Kita orang bagi kau tengok keadaan dia" jawab Azad, camera di switch ke arah Aleeya yang sedang dipeluk si kembar. Dan kelihatan seperti si kembar sedang memujuknya.

"Betapa dia selama ni cuba membina kekuatan diri, betapa dia cuba bangkit dari kekecewaan dia. Kau tak nampak, aku dengan Irham, Aira, Elyn, ibu, semua family dia yang lihat betapa dia berusaha untuk nampak okay depan semua orang, sampailah suatu hari dia rebah. Dia sakit berminggu-minggu mungkin sebab rindu atau sebab kecewa, dia tak luahkan pada sesiapa. Kau tak nampak semua tu, kita orang saksi kejadian tu. Aku marah, Irham marah. Sebab tu lama dulu kitaorang desak kau berterus-terang dengan dia. Sampai bila dia dah rebah, dan bangkit semula dari kekecewaan dia. Kita orang masih tanya kau, bila kau nak berterus-terang pada dia. Hati dan jiwa dia seolah dah mati bro. Jasad dia benyawa kerana kasih sayang dari keluarga dia, kembar. Aku dengan Irham tak berani nak mendekati dia macam dulu. Takut dia lebih terluka, apa-apa semua kitaorang minta Aira dengan Elyn inform. Aku bukan nak marah kau. Tapi bila tengok dia, macam keadaan sekarang ni yang kau nampak. Kita orang rasa sakit bro, dia tu kita orang dah anggap macam adik sendiri. Cuma mampu jaga dari jauh, abang Eidlan pun selalu pesan and minta tolong tengok kan Aleeya bila dia outstation" Azad sudah tidak mampu memendam. Dia lepaskan apa yang selama ini disembunyikan dari pengetahuan Akhtar.

Irham juga tidak berniat untuk menghalang Azad dari menceritakan apa yang mereka ketahui selama ini. Malah dia juga bersyukur, hari ini Azad melepaskan semuanya yang tersimpan rapi.

Akhtar tidak mampu berbicara lagi. Kelihatan seperti dia yang terluka sendirian, rupanya gadis itu lebih jauh terluka. Air mata yang tidak pernah menitis kerana perempuan, hari itu tewas kerana sebuah kenyataan dari sahabatnya itu.

"Aku minta Azad simpan hal ni dari pengetahuan kau. Sebab bagi aku, ini hal kau dengan dia. Tapi bila kau keep avoiding and keep giving a reason. Aku bersabar. Kau nilai sendiri, luka dan kecewa Aleeya tu tahap mana kau hadiahkan pada dia. Kau fikir la bro. Assalamualaikum" Irham memutuskan talian.

Akhtar genggam handphonenya. Bersama rasa kesal yang masih bersisa. Dia yang melukai gadis itu, dia yang meninggalkan gadis itu, dia yang memilih untuk membisu. Kerana sikapnya juga gadis itu menjauhinya.

"Maafkan aku. Aku akan segera pulang. Aku akan menemui kau Bungaku. Maafkan aku" Akhtar bermonolog sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience