"BUNGA, kau dengan Nazim macam mana?" Azizah mulakan perbualan pagi itu.
"Macam mana apa maksud kau?" Aleeya menyoal Azizah semula.
"Maksud Manja, kau dengan Nazim tu serious ke berkawan, ke boss dengan pekerja saja ke. Hubungan kau dengan dia la" kata Azlina pula.
"Oh. Yang tu ke maksud kau orang. Aku anggap dia boss dan kawan biasa je" kata Aleeya sambil menyusun bunga-bunga yang baru diterima daripada pembekal.
"Kak Aleeya, kena tambah stock untuk caramel latte. Customer banyak order caramel latte. Ais macam biasa la kena order tinggal tiga bag. Weekend biasa ramai lepak sini. Yang lain masih okay untuk this week. Bahan untuk cake semua kena topup" kata Hana yang muncul sambil membawa senarai barangan yang perlu ditambah untuk Bunga&Coklat.
"Okay. Bahan untuk cake ni nak topup untuk beberapa hari atau seminggu?" soal Aleeya yang melihat senarai barangan yang agak banyak juga perlu dibeli.
"Bahan untuk cake akak boleh beli untuk seminggu la" kata Hana.
"Okay. Dari sepuluh jenis cake yang kita jual ni. Cake yang popular and fast selling yang mana?" soal Aleeya ingin tahu memandangkan, kedainya telah beroperasi hampir sebulan.
"Hurm. All the cakes yang kita jual ada peminat tersendiri. Macam ikut kategori umur. So, tak boleh nak cakap this is exactly top selling, tak boleh" jawab Azlina.
"Oh. Okay. So, mana yang selalu cust beli?" soal Aleeya.
"Berry Tres Leches Cake and Raspberry Tiramisu Cake. Tapi yang ni famous pada cust youngest age la" Azizah pantas menjawab.
"Betul kata kak Iza tu. Macam Golden Key Caramel Cake, Strawberry Dark Chocolate Truffle Cake dengan Dark Chocolate Mousse Cake. Biasa cust yang middle age" sokong Hana yang masih setia disitu.
"Coconut Cake, Mango Cake and Key Lime Pie Layer Cake. Mostly ramai cust yang lebih kurang umur macam ibu" ujar Azlina pula.
"I see. Okay good. Lain-lain just so so or ada peminat tersendiri juga?" soal Bunga ingin tahu.
"Masing-masing ada peminat tersendiri. Kenapa kak? Nak kurangkan menu ke?" tanya Hana pula.
"Kalau tak berapa ada sambutan dalam masa tiga bulan ni, akak fikir nak keluarkan dari menu" kata Aleeya memandang ke arah mereka bertiga.
"Rasa sayang pula. Sebab dia orang datang sini untuk rasa kelainan menu cake kat cafe kita ni" kata Azlina lagi.
"Sebab itu aku tanya, nak tahu feedback. Kata la less dari 30% sambutan untuk satu jenis cake tu. Maybe kita boleh tukar pada cake jenis lain" jelas Aleeya.
"Bagi aku okay dah yang sekarang. Sebab semua ada permintaan dari cust. The reason why kita kena consider untuk kekalkan menu cake tu. Plus, kita pun baru je lagi buka kedai ni, tunggu la dulu" Azizah menyatakan pendapatnya.
"Betul tu kak, lagipun semua ni terjual je setiap hari. Sama ada slice atau the whole cake, termasuk yang order pakej surprise delivery. Tapi yang paling popular dan top pick dari cust lapan jenis tadi la. Yang macam kami bagitahu" sokong Hana pula.
"Okay la kalau macam tu. Kita kekalkan buat masa ni. Lain-lain ada masalah?" tanya Aleeya pada Hana.
"Tak ada. Tu je lah stock yang habis. Cuma nak tanya, akak tak nak hire staff lagi ke?" kata Hana.
"Kenapa? Kau orang tak cukup orang nak handle ke?" soal Aleeya semula.
"Tak apa Hana, yang tu nanti kami bincang dengan kak Aleeya ya" kata Azlina pada Hana.
"Baik kak. Tu je kak. Lain semua okay" kata Hana sebelum berlalu.
"Kenapa? Ada hal yang aku tak tahu ke?" tanya Aleeya pada mereka berdua.
"Tak lah. Cuma bila ada yang cuti, kita orang kelam kabut sikit la. Mana yang nak delivery, mana yang nak handle cafe, nak buat tempahan" jelas Azlina pula.
"Oh. Faham. Nanti kita bincang. Bagi settle dulu bunga-bunga ni. Nak beli barang untuk cake lagi. Then kita boleh bincang" kata Aleeya pada mereka.
"Betul ke kau dengan Nazim just kawan je?" soal Azizah semula.
"Kawan. Betul kawan, dia dah setuju untuk kami berkawan sahaja. If ada jodoh, adalah. If tak ada, tak ada lah. Aku tak nak terikat dengan janji ke apa. Kenapa kau tanya ni?" jelas Aleeya.
"Tak ada la. Sebab dah dua minggu ni, hampir setiap hari dia akan datang bila time nak tutup kedai. Ada masa siap tolong lagi, ada masa just stay kat photo corner tu siapkan kerja sambil tunggu kau. Kau tak risau ke kalau jadi bahan gosip budak office kau ke, jadi bahan gosip dunia perniagaan dia?" kata Azlina pula.
"Entah. Ikut dia lah. Aku dah larang. Dia yang nak buat macam tu. Gosip? Apa je yang nak digosipkan pun, bukan aku bercinta pun dengan dia. Aku malas nak ambil port. Baik aku fikir preparation untuk launch Bunga&Coklat hujung bulan ni. Berdebar. Dah sebulan buka baru nak launching. Gila betul aku ni" kata Aleeya bersahaja.
"Kau memang suka buat kerja gila. Tahu-tahu je ambil class bakery and pastry. Tiba-tiba dah jadi Bakester and Pâtissière. Dah tu dengan kita orang semua sekali kena pergi Barista training and Latte Art training" Azizah meleteri Aleeya dengan kata-katanya.
"Kena la, kan aku nak buka Bunga&Coklat. Aku perlu la belajar semua tu. Semua kena la ada sijil dan kemahiran tu. Aku ada plan yang lebih jauh untuk Bunga&Coklat ni. Tapi buat masa ni aku focus dulu apa yang ada dan aku mampu. Sebab kita bertujuh pun, ada masa masih tak mampu nak handle bila cust ramai. Mujur untuk pastry dan sandwich buat masa ni aku hire orang" kata Aleeya pendiriannya.
"Tapi tu lah, berkat usaha gigih kau. Walaupun kau sibuk kerja pejabat lagi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sambutan pun luar expectation kita, walau baru sebulan beroperasi" Azlina meluahkan rasa syukurnya.
"Berkat usaha semua yang ada kat sini. Niat aku untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan yang memerlukan. Juga berkat doa dari ibu, keluarga dan kawan-kawan macam kau orang. Berjaya juga untuk aku tukarkan angan-angan dan impian kepada kenyataan. Alhamdulillah, customer yang online sebelum ni pun banyak support selain dari customer baru" kata Aleeya pada mereka.
"Hope, aku dapat la pengganti kau orang sebelum kau orang nak berhenti. Aku risau juga, kalau kerja yang kau orang apply nanti tu dapat, tapi aku tak dapat pengganti lagi" tambah Aleeya lagi.
"Nanti kita fikirkan yang tu ya" jawab Azlina.
"Jom settle ni cepat. Lepas tu boleh keluar beli barang and buat delivery" kata Azizah pula.
"NAZIM, sejak dua minggu ni. Kerap balik lewat malam. Ada perkara yang penting ke kat office?" tanya Dato Sri Nazhan Izzuddin pada anak tunggalnya itu.
"Eh, tak ada la papa. Semua okay, berjalan lancar. Cuma Nazim lepak kedai kawan, tu yang lambat sikit tu" jawabnya.
"Kawan kamu buka kedai? Kawan yang mana? Kedai apa yang dia buka?" bertubi-tubi soalan mamanya, Datin Afina.
Terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan dari mamanya.
"Nazim Ilman. Diam pula dia. Mama tanya kamu tu. Kamu betul ke lepak kedai kawan? Ke kamu masih ke club, jumpa dengan Kaisara lagi?" tanya Dato Sri Nazhan Izzuddin.
"Eh. Tak la pa. Betul Nazim lepak kedai kawan. Dia baru je buka kedai tu. Nanti Nazim bawa mama ke sana" jawabnya.
"Mama je? Papa tak nak bawa? Kawan kamu tu lelaki ke perempuan?" kata Dato Sri Nazhan Izzuddin.
"Nanti Nazim bawa papa dengan mama ya. Kawan perempuan. Dia buka kedai berkonsepkan florists & cafe. Baru je buka dalam sebulan macam tu. Saja la support business kawan-kawan" jawab Nazim.
"Kawan yang mana? Mama kenal semua kawan-kawan perempuan kamu, setahu mama semua macam dah berkerjaya. Ada yang buat second business ke?" tanya Datin Afina.
"Hurm. Yang ni Nazim tak ada kenalkan pun lagi pada mama dan papa. InsyaAllah, nanti Nazim kenalkan ya" jawabnya sedikit gugup.
"Oh. Calon menantu papa la ni? Berapa umur dia. Orang mana? Siapa namanya?" bertubi-tubi soalan dari Dato Sri Nazhan Izzuddin.
Terdiam Nazim. Tidak tahu mahu menjawab atau mahu mengelak. Dia sendiri masih tidak pasti hubungannya dengan gadis itu di tahap yang mana.
"Abang ni. Kan dia dah bagitahu tadi. Nanti dia kenalkan. Tak apa la. Kita tunggu" kasihan Datin Afina melihat riak wajah Nazim yang serba salah.
"InsyaAllah. Nanti Nazim kenalkan ya. Nazim nak keluar ni, ke golf club dengan Darius. Sekali dengan Dato' Khair, nak cuba dapatkan contract untuk buat iklan syarikat barangan baby, Baby's Bee" kata Nazim yang sudah selesai bersarapan.
"Oh. Products baru untuk baby berasaskan lebah tu ya. Anak syarikat milik Dato' Khair ke yang keluarkan product tu?" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Betul pa. Anak syarikat milik Dato' Khair. Masih baru product Baby's Bee. Jadi dia sedang mencari syarikat pengiklanan untuk buatkan iklan product Baby's Bee tu" jawab Nazim.
"Okay good. InsyaAllah, semoga berjaya" Dato Sri Nazhan Izzuddin memberikan kata semangat untuk anaknya itu.
"Nazim gerak dulu la papa, mama. Nazim lunch dekat luar hari ni. Nazim pergi dulu. Assalamualaikum" katanya sebelum berlalu.
"Dating la tu. Hati-hati memandu, Wa'alaikumsalam" jawab Datin Afina.
Nazim hanya tersenyum dan terus berjalan tanpa menoleh. Mama memang bijak meneka gerak-gerinya.
"NAH! Ni je info aku dapat pasal budak perempuan ni. Tak la menarik pun maklumat tu, biasa je. Tapi boleh tahan cantik gak budak perempuan tu. Siapa dia?" tanya Vincent pada Kaisara.
"Cantik? Biasa je aku tengok. Kampung. Budak ni rampas Nazim dari aku" jawab Kaisara.
Vincent sememangnya pakar dalam mencari latar belakang seseorang. Kaisara mengupahnya untuk mencari maklumat mengenai gadis itu.
"Eshal Aleeya Binti Ehsan. Assistant Personnel's to Murni Binti Muzaffar PA Naz Sdn Bhd. Budak Johor. Diploma je? Part-time surprise delivery? Miskin sangat ke dia ni? Tu je maklumat kau dapat?" kata Kaisara.
"Tu je maklumat dia yang ada. Kau nak buat apa dengan budak ni? Surprise delivery tu aku tak pasti pemilik syarikat dia siapa. Aku dapat tahu, owner dia dah buka kedai berkonsepkan cafe dan florists. Hujung minggu dia memang akan ke kedai tu. Hari biasa lepas waktu office. Kerja situ mungkin. Oh, dua minggu aku follow dia. Ada masa aku nampak juga ex kau ada kat kedai dia kerja tu" kata Vincent.
"Seriously? Sejak bila Nazim punya taste kedai entah apa-apa ni. Tak pernah okay, selalu tak hotel, mesti restaurant mahal. Apa budak ni pengaruh sampai kedai macam tu pun dia pergi" bebel Kaisara tidak puas hati.
"So. Ada apa-apa lagi ke yang you nak i buat?" tanya Vincent.
"I nak you warn dia. Bagi dia takut. You bagi dia amaran untuk jauhkan diri dari Nazim. You boleh buatkan?" kata Kaisara.
"You nak i cederakan dia or just gertak sampai dia takut je?" soal Vincent.
"Gertak dulu. Kita tengok permainan dia. If, dia walk away. Then we are good. But, if dia masih macam tu. Kita buat cara lain. I tak la jahat sampai nak bunuh orang" jawab Kaisara.
"Okay. I ikut je arahan you. Apa-apa just call me. I dah receive your balance payment. Thank you. I chio dulu" kata Vincent dan keluar dari kereta Kaisara.
"Hurm. Biasa je kau ni. Tak ada yang istimewa pun, tak apa kita tengok sejauh mana kau bertahan or you will back off" Kaisara berkata-kata sambil memandang ke arah gambar dan profile gadis itu yang diterima dari Vincent tadi.
SEWAKTU Aleeya sedang berkemas bersama pekerja untuk menutup kedai malam itu. Handphonenya berbunyi. Melihatkan nama pemanggil, segera dia menjawab.
"Assalamualaikum. Ya abang" jawab Aleeya.
"Pick up abang. Boleh sayang? Tadi meeting dengan client datang dengan kawan. Lepas tu tiba-tiba dia ada hal. Abang teruskan meeting sendiri, abang pula naik dengan dia datang meeting tadi. Abang kat Hotel Kurnia ni" jawab Eidlan.
"Hurm" Bunga berkira-kira sambil memandang kedai yang hampir siap dikemas dan jam dipergelangan tangannya yang hampir ke angka sepuluh malam.
"Boleh, tapi tunggu dalam sepuluh ke lima belas minit. Okay? Bunga tengah kemas nak nak tutup kedai ni dengan yang lain" katanya lagi.
"Okay. Tapau air satu, mocha latte. Thanks. I love you" kata Eidlan.
"Amboi. Sempat lagi eh. Baik boss" jawab Aleeya sebelum mematikan talian.
"Haiqal, mocha latte satu. Take away. Untuk abang Eidlan" arah Aleeya.
"Kau nak jumpa abang ke?" soal Azlina.
"Ha'ah. Nak pickup dia kat Hotel Kurnia" jawab Aleeya.
"Kenapa? Kereta abang rosak ke?" Azizah pula bertanya.
"Tak. Tadi dia datang sana untuk meeting dengan kawan dia. Lepas tu, tengah meeting kawan dia dapat emergency call. So dia proceed meeting seorang, kawan dia balik. Ni nak balik, dia minta aku tolong ambil" jelas Aleeya.
"Oh. Pergilah. Sikit lagi ni. Lain semua dah settle. Nanti kitaorang tutup kedai" kata Azizah.
"Kak Aleeya, air siap!" panggil Haiqal.
"Okay la. Aku gerak dulu. Nanti kita jumpa kat rumah" kata Aleeya kepada kembar.
"Haiqal dengan Firas nanti tunggu kak Naa dengan kak Iza ya. Gerak sama-sama. Kira dengan Hana dah siap boleh balik terus" pesan Aleeya seperti kebiasaannya pada mereka.
"Okay boss" jawab mereka berempat serentak.
Aleeya senyum nipis. Mengambil handbag, handphone, kunci kereta dan air untuk Eidlan. Terus berlalu keluar kedai untuk mengambil abangnya.
Setelah tiba di perkarangan Hotel Kurnia, Aleeya memakir keretanya. Lalu menghubungi Eidlan. Sebaik panggilan bersambut, dia memberitahu lokasi dia menunggu. Eidlan meminta Aleeya untuk menemuinya di lobby hotel, bagi membantunya dia membawa fail dan barangan lain miliknya.
Aleeya perhatikan keadaan sekeliling. Sehingga pandang mata melihat susuk tubuh abangnya yang sedang duduk di salah satu sofa menunggu.
"Sorry, lama tunggu Bunga" tegur Aleeya.
"It's okay. Datang tolong ambil abang pun dah cukup berterima kasih. Tolong abang sayang. Banyak ni" tunjuk Eidlan ke arah fail, beberapa bekas lukisan pelan dan contoh model binaan yang di bawa bersamanya.
"Patut la tak naik grab ke taxi. Banyak rupanya barang dia" bebel Aleeya.
"Tu sebab call sayang. Tahu sayang confirm datang tolong abang" kata Eidlan.
Sewaktu ingin berlalu keluar dari lobby hotel. Aleeya berselisih bahu dengan Kaisara. Dan terjadi lagi pertengkaran antara mereka.
"Woi! Buta ke?" marah Kaisara.
"Tak. Cik yang langgar saya" jawab Aleeya bersahaja.
Eidlan yang sudah berjalan di hadapannya berpaling semula mendapatkan adiknya.
"Sayang, what happened?" tanya Eidlan pada Aleeya.
"Entah dia ni, dah langgar orang. Lepas tu kata orang buta. Dia yang jalan tak tengok kiri kanan. Nak salahkan orang pula" selamba Aleeya menutur kata.
"Eh! Kau tu yang jalan tak guna mata! Wow!! Tak cukup Nazim, yang lain pun kau sapu. Ingat baik sangat kau ni" tempelak Kaisara.
"Hello Cik Blonde! You tu yang jalan tak tengok kiri kanan. Dah langgar.." belum sempat Aleeya habiskan ayatnya, Eidlan terlebih dahulu mencelah.
"Maafkan dia. Saya minta maaf bagi pihak dia"
"Dah lah Baby. You okay je ni. Tak payah layan la. Jom" ajak lelaki yang berada disamping Kaisara.
"Whatever" jawab Kaisara kepada Eidlan, kemudian berlalu pergi dengan lelaki yang bersamanya tadi.
ALEEYA memulakan pemanduan. Eidlan melihatnya yang sedang memandu.
"What?" soal Aleeya yang memahami pandangan abangnya.
"What happened to you sayang? Selalu tak macam ni" tanya Eidlan padanya
"Hurm. I'll tell you everything, no judging please" kata Aleeya.
"Okay. I'm listening" jawab Eidlan.
"That girl, ex girlfriend kepada boss Bunga. Haritu ada sekali, dia tak puas hati sebab terjumpa Bunga dengan Nazim nak pergi lunch before meeting. Bunga tak sengaja terlanggar dia. Well, belum sempat nak buka mulut said sorry, dia maki and herdik Bunga at first place for sure. Tak cukup dengan tu, dia tarik Bunga sampai Bunga terlanggar waitress. Bunga mandi air customer yang waitress tu bawa. She's making a drama on that restaurant. I felt so embarrassing" cerita Aleeya.
"So today. She's yelling at me again as you can see. Plus, dia tuduh Bunga dengan perkara tak baik. Bunga baru nak bidas, abang dah halang" katanya lagi.
"You know what sayang. You're totally different. This is not who you're" tegur Eidlan.
"Abang nak Bunga jadi lembik? Orang buat apa-apa pun diam je? Abang nak Bunga terima je apa pun orang buat? Macam tu?" sedikit terasa Aleeya dengan kata-kata abangnya.
"Bukan sayang. Dulu sayang tak respond pun pada benda-benda macam ni. It was nothing to you. You'll just walkaway or leave it. Sekarang, perkara kecil pun sayang akan respond. You are hurting yourself for being like this. You hold grudge onto your heart" tegur Eidlan lagi.
"I'm not. I'm just... just.. i don't know. I'm mad, disappointed. What the hell wrong did i do to her? Until i need to faced all of this" terluah juga kata-kata itu dari bibir Aleeya.
"Take it easy sayang. Istighfar. Abang tahu Bunga marah dengan semua yang jadi tu. Tapi Bunga jangan lupa, semua yang jadi atas izin Dia. Bunga, you always have me to lean on. I'll always there for you" nasihat Eidlan.
"I'm sorry for my bad behaviour. Maybe Bunga letih dengan drama dia. Dengan kerenah dia. Bunga lemas dengan drama dia orang. Bunga tak suka jadi mangsa keadaan" ujar Aleeya.
"Bunga ada cakap dengan Nazim hal ni?" soal Eidlan.
Belum sempat Aleeya mahu menjawab pertanyaan Eidlan. Kereta yang dipandu olehnya diberi high beam sebelum dihimpit ke tepi oleh sebuah kereta Mazda CX-5. Mujur juga dia cekap memandu. Kereta diberhentikan persimpangan jalan.
"Siapa tu? Bunga kenal?" tanya Eidlan cemas.
"Tak. Tak tahu. Tak kenal" jawab Aleeya pantas.
Seorang lelaki berbangsa cina keluar dari kereta itu. Berjalan mendapatkan Aleeya dibahagian pemandu. Tingkap diketuk, isyarat menyuruh dirinya keluar dari kereta.
"Jangan keluar sayang. Abang keluar" Eidlan menghalang.
"Ada apa ni encik?" soal Eidlan tenang sebaik keluar dari kereta.
"I nak jumpa dia bukan you" kata lelaki berbangsa cina itu.
"Tapi ada urusan apa?" tanya Eidlan sekali lagi. Namun tidak diendahkan lelaki berbangsa cina itu.
"Keluar! Sebelum I pecahkan cermin kereta you" tidak diendahkan Eidlan, sebaliknya terus memaksa Aleeya keluar.
Aleeya dengan pantas keluar dari keretanya. Tidak mahu terjadi perkara yang lebih buruk, Eidlan bergegas ke arah adiknya. Bimbang adiknya diapa-apakan oleh lelaki itu.
"Ada apa?" tanya Aleeya tak bernada pada lelaki itu.
"Better you jauhkan diri dari Nazim. This is the first warn. Kaisara kirim salam" kata lelaki berbangsa cina itu lalu menyimbah air ke muka Aleeya dan berlalu pergi.
Terkaku Aleeya dengan tindakan lelaki itu yang tidak terjangka. Eidlan juga tidak menjangkakan adiknya akan diperlakukan seperti itu. Mujur hanya air, jika asid. Tidak terbayang apa yang akan jadi. Aleeya masih terkaku berdiri disitu. Tangannya digenggam erat, rasa mahu dilayangkan penumbuk pada lelaki itu.
"Bunga okay? Kaisara tu siapa? Dia nak apa?" bertubi-tubi soalan Eidlan padanya.
"Arghhhhhhhh" jerit Aleeya melepaskan rasa.Â
Eidlan menarik Aleeya kedalam pelukannya. Kasihan dia melihat adiknya berkeadaan begitu. Namun dia sendiri masih keliru dengan semua yang terjadi.
"I'm here. It's okay. Jom masuk kereta. Abang drive. Abang hantar Bunga buat police report then terus hantar Bunga balik. Esok pagi-pagi, abang hantar kereta pada Bunga" pujuk Eidlan. Aleeya hanya menurut.
"Kaisara. Perempuan tadi yang abang minta maaf pada dia. Mungkin dia ingat Bunga nak rampas Nazim dari dia" jelas Aleeya pada Eidlan.
"Ya Allah. Sampai macam tu sekali" jawab Eidlan.
"Bunga dengan Nazim, apa sebenarnya?" tanya Eidlan.
"Pekerja dan boss. Kawan biasa" jawab Aleeya.
"Dia suka Bunga ya?" soal abangnya.
"Hurm. Tapi Bunga dah tolak. Dia berkeras nak berkawan. Dan Bunga juga bertegas hanya kawan biasa" jawab Aleeya lagi.
"Hati-hati lepas ni. Jaga diri. Sentiasa updated abang keadaan Bunga. Nampaknya, ex Nazim tu masih mahukan dia semula. Abang bimbang terjadi sesuatu pada Bunga akan datang. Tapi abang harap itu semua tak akan berlaku" luah Eidlan akan kebimbangannya.
Aleeya hanya diam membisu. Dia juga rasa terganggu dengan keadaan yang berlaku. Satu persatu masalah datang padanya. Terasa seperti mahu melarikan diri pada saat itu juga.
Share this novel