Bab 9

Romance Series 36633

SEMINGGU berlalu, setiap hari akan ada kiriman salam dari si dia. Tidak ketinggalan juga coklat pemberiannya. Namun dia hanya sekadar tersenyum dan menerima. Hari ini hari terakhir Sue menumpang di biliknya. Bermakna hari terakhir juga lah kiriman salam dan hadiah coklat dari si dia.

"Kak Sue dah siap ni. Sekejap lagi Akhtar tolong ambil dan hantar Kak Sue balik rumah sewa. Aleeya tak nak ikut hantar Kak Sue kat bawah ke boleh jumpa dia" usik Sue pada Aleeya.

Ain pula sudah ketawa suka. Seronok tengok reaksi Aleeya yang blur agaknya.

"Jom lah Aleeya, tolong angkat sikit ni. Banyak juga barang Kak Sue ni" ajak Ain juga.

Aleeya serba salah. Ikut turun bermakna dia akan berjumpa si dia, tak ikut turun kesian pula pada mereka yang terpaksa bawa barang-barang yang banyak berdua sahaja.

"Okay, Aleeya tolong angkat barang hantar kat bawah je tau. Aleeya tak tunggu. Dah janji dengan kembar nak lepak café, makan ABC dengan diaorang" Aleeya mengalah.

Ain dan Sue dah saling berpandangan. Aleeya dapat rasa macam ada sesuatu. Malas mahu mengambil kira. Di usir rasa berdebar di dada yang datang tiba-tiba. Notifikasi WhatsApp di handphone berbunyi, handphone dilihat segera.

BSM GROUP

Manja: Dah siapa ke Bunga?

Bunga: Dah, tapi ni nak tolong angkat barang Kak Sue turun bawah dulu. Dia nak balik dah. Tunggu sekejap boleh?

Sayang: Okay. Manja tengah siap. Nanti kita jumpa kat pondok bawah.

Bunga: Nice. See u then.

"Jom..Akhtar dah sampai kat bawah" Ujar Sue tiba-tiba.

“Alaaaa…baru ingat tak payah jumpa dia” keluh Aleeya dalam hati.

Mereka bertiga turun ke bawah bersama barangan milik Sue. Sebaik melangkah menuju ke kawasan parking asrama, si dia sudah menanti di tepi keretanya. Detak jantung Aleeya dah mula berubah rentak, namun tetap wajah bersahaja yang terpamer menyembunyikan rasa. Sampai sahaja di kereta terus barang-barang milik Sue, Akhtar masukkan ke dalam tempat penyimpanan di belakang. Sue dan Ain menghulurkan barangan yang ada pada mereka, Aleeya juga menanti barangan di tangannya diambil dan disimpan dalam kereta itu.

"Hai, lama tak nampak. Ada juga rupanya tolong angkat barang" tegur Akhtar hujung mata mengerling sedikit gadis itu.

Aleeya hanya diam membisu tetapi tetap juga tangannya menghulur barang-barang yang dibawanya.

"Nama siapa?" Akhtar bertanya lagi.

"Tak baik kan, kalau orang tanya tapi kita tak jawab" Akhtar mencuba lagi, matanya tidak beralih pandang melihat gadis itu.

Aleeya masih tetap berdiam diri. Mulut sengaja dikunci mahu menutupi rasa dalam hati. Setelah semua barang padanya telah diserah. Aleeya meminta diri dan bersalaman bersama Sue, ingin segera beredar untuk berjumpa si kembar.

"NAK ABC macam biasa, Manja tolong orderkan" kata Azlina.

"Bunga? Kau macam mana. Nak aku tolong order kan juga ke?" soal Azizah.

"Tak apa, aku follow kau. Aku nak Ais Jagung. Sayang kau stay sini sorang kejap" ujar Aleeya.

"Okay tapi jangan lama-lama sangat" jawab Azlina jari lincah membalas pesanan WhatsApp di handphone miliknya.

Selesai membeli ABC dan Ais Jagung dan sedikit keropok lekor dan pisang goreng, mereka menikmati makanan sambil memerhati gelagat pelajar di sekeliling.

"Sekejap je masa berjalankan. Nak mid term dah. Nervous aku" Azizah memecah suasana.

"Kan, dah second year kita kat sini. Setahun je lagi, lepas tu dah grad. Tak tau la nak sambung ke tak. Aku tak plan lagi" Aleeya memberi kata balas.

"Sama la. Tapi for sure kita orang kena sambung. Kalau tak bising la family kita orang" kata Azizah.

"Weh, aku ada benda nak cerita ni" berhati-hati Aleeya menyusun ayat.

"Ha..apa. Share lah. Kita orang okay je ni nak dengar" teruja Azlina ingin tahu.

"Ada seorang mamat ni, nak berkenalan dengan aku. Dah seminggu, tiap hari dia kirim salam siap bagi coklat" cerita Aleeya.

"Wow, siapa? Kita orang kenal?" Azizah bertanya.

"Tak, budak course lain tapi senior la. Umur aku tak sure berapa. Actually..." Aleeya tanyang sengih.

"Actually apa? Cepat lah. Sengih pula dia" marah Azlina.

"Mamat tu, orang yang aku terlanggar haritu. Ingat tak yang aku terlanggar seorang budak lelaki kat cafe, masa nak jumpa korang la. Time kita nak siapkan assignment Sir Affan" Aleeya membuka kisah lama.

"Haa. Ingat. Serious lah?" teruja Azizah bertanya.

"Yup. Seriouslah Cik Manja. Dia lah. Unexpected kan" Aleeya menyahut bersahaja.

"Jap. Mamat mana ni. Asal aku pending" celah Azlina tidak puas hati.

"Slow lah dia ni" Azizah menyambut bicara.

"Kau memang selalu pending cik Sayang. Hahaha" Aleeya menambah.

Serentak Aleeya dan Azizah ketawa melihat mimik muka dan riak ketidak puasan hati Azlina.

"Ala, mamat yang kau orang tanya handsome ke tak masa aku terlanggar dia tu la. Masa tu kau orang tengah makan aiskrim. Mujur masa aku terlanggar tu air mineral dalam botol dia tak tumpah" Aleeya menyambung cerita.

"Aha. Dah ingat. Serious lah. Habis tu kau macam mana? Berkenalan tak dengan dia?" Azlina mula teruja dengan rasa ingin lebih tahu.

"Tak. Biarlah dulu. Aku masih mahu menanti Arjuna aku" selamba Aleeya memberi kata balas.

"Amboi. Hopefully, jumpa lah ya" serentak si kembar menyahut.

Terletus juga tawa ketiganya. Mereka terus menerus bertukar cerita dan bergosip. Menghabiskan masa bersama seperti ini memang membuatkan mereka lebih dekat dan akrab.

Arjuna? Entah siapa gerangannya. Aleeya sendiri tidak pasti. Si dia atau mungkin orang lain. Namun, hatinya yakin. Suatu hari nanti pasti dia temui Arjunanya. Arjuna gelaran untuk lelaki yang bakal menjadi insan istimewa, lelaki yang akan ikhlas menerima dia seadanya, menyanyangi tanpa henti, setia bersama sehingga akhirnya, berkongsi susah dan senang, memberi dan menerima, terpaling utama jujur dan setia.

DUA bulan berlalu sejak peristiwa Sue menumpang tidur di biliknya. Sesekali Bunga berselisih dengan Sue di kolej pasti ada juga kiriman salam dari si dia. Namun Bunga tetap juga begitu, hanya pamer senyuman sebagai balasan. Dia sendiri tidak pasti, mengapa hatinya terasa berdebar apabila nama si dia yang di dengarinya.

"Jom malam ni lepak bilik kita orang. Ada movie baru. Dapat semalam tapi macam biasa tunggu kau nak tengok sama-sama" ujar Azizah setelah tamat kelas petang itu.

"Ha'ah. Jom la. Aku pun tak sabar nak tengok malam ni" Azlina juga menyatakan hal sama.

"Okay, tapi aku datang lepas isyak lah. Nak pakai laptop aku ke?" Aleeya memberi kata putus.

"Cun, laptop kau lagi cantik audio dengan gambar nanti" Azizah menyahut. Mereka berbual sambil mengatur langkah.

"Cafe jom, lapar lah" Azlina memegang perutnya yang minta di isi.

"Jom lah, aku pun lapar juga ni. Boleh tapau makan malam sekali, malas nak turun lagi nanti" Aleeya juga ingin membeli makanan.

Sekitar cafe diperhatikan, agak ramai juga. Mereka memilih untuk duduk sebentar dan mengisi perut dengan pisang goreng dan keropok lekor sebelum membungkus makanan dan minuman untuk makan malam.

Aleeya berlalu ke bahagian penjual air. Ingin mengambil air yang telah di order awal tadi.

"Bang, air saya yang bungkus dah siap?" Aleeya bertanya.

Sedang dia menanti penjual air mengambil air yang siap dibungkus, dia di tegur seseorang disebelahnya.

"Hai, Assalamualaikum. Jumpa kita kat sini" tegur si dia.

Aleeya menoleh, sekadar memberikan senyuman seketika sebagai balasan. Segera dia beredar setelah penjual air itu memberikan airnya. Hatinya berdebar kencang.

"AKU dah sampai ni. Baru keluar lift. Buka pintu" Aleeya bercakap di telephone bersama Azlina.

"Ha, jom masuk. Uish..siap bawa kudap-kudap, thank you” Azizah menyambut huluran bungkusan makanan dari Aleeya di depan pintu biliknya.

"Mengada, kau buat air. Sayang mana? Aku call dia, ingat dia yang keluar buka pintu" bersama mereka menuju ke bilik si kembar.

"Baru je masuk bilik air, tu sebab aku buka pintu" jelas Azizah.

Aleeya menghidupkan laptop miliknya, Azizah keluar untuk membuat air. Azlina pula baru keluar dari bilik air. Bilik digelapkan, mereka mula menonton movie di laptop. Sambil menonton mereka menikmati kudap-kudap yang dibawa Aleeya. Sesekali terdengar mereka ketawa dan menjerit kecil.

Kedengaran lagu what becomes of the broken hearted nyanyian kumpulan westlife dari handphone milik Aleeya di atas meja belajar Azlina.

"Bunga, phone bunyi siapa call?" hulur Azlina pada Aleeya tanpa melihat nama pemanggil.

"Pause jap cerita. Aku jawab call" Aleeya menyambut handphone miliknya dan melihat nama tertera.

"Akhtar?! Eh, bila masa aku ada bagi number phone aku pada dia, bila pula aku simpan number dia ni. Nak jawab ke tak ni?" Bisik hati Bunga, sambil berkira-kira mahu menjawab atau tidak.

"Weh, tunggu apa. Jawablah. Siapa call?" Azizah melihat Bunga yang merenung handphonenya.

"Assalamualaikum. Ya, nak cakap dengan siapa?" Aleeya menjawab sambil memandang ke arah si kembar.

"Kak Sue? Bukan, ni number saya. Boleh call Kak Sue la kalau nak cakap dengan dia" kata Aleeya lagi.

"Saya?" sambil melihat kembar di hadapannya yang membuat muka penuh tanda tanya.

"Aleeya. Bukan, mungkin haritu Kak Sue ada gunakan phone saya untuk call awak. Assalamualaikum" Aleeya menamatkan panggilan.

"Siapa?" tanya Azizah.

"Akhtar" jawab Aleeya selamba.

"Akhtar? Siapa pula ni, kita orang tak kenal pun" Azlina mencelah.

"Mamat yang aku langgar tu lah, yang aku cakap dia kirim salam bagi coklat bagai tu. Dia kawan Kak Sue, call sebab nak cakap dengan Kak Sue" hati Aleeya masih rasa berdebar walaupun telah habis berbicara bersama si dia.

"Macam mana dia boleh call kau pula?" sesi soal siasat bermula.

"Haritu Kak Sue ada guna phone aku, sebab credit dia habis. Aku pun tak perasaan Kak Sue ada simpan number dia dalam phone aku. Maybe dia pun simpan number aku, tapi maybe dia ingat nombor aku ni nombor Kak Sue kot" jelas Bunga pada mereka.

"Dah, jom sambung tengok movie" sengaja Aleeya ingin menukar topik.

Sedang mereka menonton movie, notifikasi WhatsApp handphone Bunga berbunyi. Namun hanya dibiarkan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience