Bab 15

Romance Series 36633

TAMAT sahaja ceramah, Akhtar menguruskan para panel jemputan untuk kebahagian bilik khas untuk memberikan cenderahati dan sedikit jamuan sebelum mereka beransur pulang.

Selesai sahaja tugasnya, Akhtar mencapai handphone ingin menghubungi gadis itu. Mahu tahu jika gadis itu sudah beransur pulang atau masih di tapak expo. Nombor si gadis dicari, ikon call di tekan.

"Assalamualaikum. Aleeya di mana, dah balik hostel atau masih di tapak expo?" Akhtar bertanya.

"Wa'alaikumsalam. Belum lagi, masih di tapak expo. Dekat kedai jual-jual barang, tunggu Kak Ain jumpa Kak Sue" jawab gadis itu.

"Oh. Kalau nak jumpa sekejap boleh?" soal Akhtar lagi.

"Jumpa? Kat mana? Untuk apa?" gadis itu bertanya lagi.

"Jumpa di khemah tepi parking berdekatan tempat ceramah tadi. Ada khemah yang jual rantai kunci, handphone dengan bag. Ada hal sekejap" pinta Akhtar.

"Okay sekejap" jawapan yang membuatkan Akhtar rasa gembira, kerana pelawaannya tidak di tolak.

Setiba sahaja Akhtar berhampiran khemah yang dinyatakan tadi. Dia melihat gadis itu berjalan sendirian, juga menuju ke arah khemah yang dipersetujui mereka tadi. Berhujan tidak berpayung.

"Aleeya, sorang je? Mana yang lain? Payung mana, hujan kan ni" Akhtar bertanya ketika menghampiri gadis itu.

Gadis itu menoleh dan kelihatan seperti terkejut namun sempat diberikan jelingan buat dia. Akhtar melihat gadis itu yang memakai baju kurung pahang light purple rona senada dengan dia. Seperti pasangan berjanji pula. Tudung berwarna dark purple menjadi padanan gadis itu menutupi kepalanya. Comel dan cantik, matanya nakal menilik gadis itu sehingga tersedar gadis itu kebasahan terkena hujan.

"Seorang lah. Kat khemah sana. Payung pada Kak Ain sebab kembar pakai payung Kak Ain. Ada apa nak jumpa ni?" kata Aleeya yang cuba menutupi kepala dari tempias hujan.

Terus Akhtar payungkan Aleeya dengan payung yang digunakannya, namun dia pula yang dibasahi hujan yang seakan beransur reda itu. Mujur juga Akhtar menggunakan jacket exconya. Dia menunjukkan arah kepada Aleeya supaya mengikutinya, membawa langkah ke khemah yang menjual rantaian nama untuk kunci, handphone dan bag. Soalan gadis itu masih belum dia jawab.

Akhtar meminta gadis itu masuk ke dalam kedai itu terlebih dahulu kerana keadaan cuaca yang hujan. Agak ramai juga yang membeli di situ, ada juga yang sedang menunggu giliran. Dia menutup payungnya sebelum masuk ke dalam khemah jualan itu.

"Nak bagi barang. Dah makan ke belum?" tanya Akhtar sebaik mereka berada di dalam kedai itu.

"Barang apa? Belum, lapar. Baru plan nak pergi beli makanan la ni" jawab Aleeya spontan dengan mimik muka yang bersahaja, namun kelihatan comel bagi Akhtar.

"La. Kenapa tak makan lagi, tadi sebelum datang ceramah langsung tak makan la?" Akhtar bertanya lagi.

"Tak. Mana sempat, lambat nanti tak dapat tempat nak duduk" terang Aleeya.

"Stay sini. Tolong pegang payung ni sekejap boleh? Nanti saya datang semula" minta Akhtar.

Hanya anggukan yang diterima Akhtar sebagai jawapan. Akhtar berlalu ingin menemui penjual yang dia berurusan sewaktu menempah rantai, dia bercakap dengan penjual itu dan menanti seketika. Penjual memberikan barang yang ditempahnya, dia kembali berjalan ke arah Aleeya yang menantinya. Ada pelajar lelaki dan perempuan yang memerhatikan mereka, dan ada juga yang memberi jelingan pada mereka. Namun diabaikan sahaja oleh Akhtar.

"Nah, untuk Aleeya. Hadiah dari abang" Akhtar menghulur paket kertas berbunga yang berisi rantaian nama yang di tempahnya tadi. Sengaja Akhtar menukar kata ganti dirinya, mahu melihat reaksi gadis itu.

"Untuk saya? Tapi kenapa?" di sambut juga huluran Akhtar itu walaupun Aleeya menyoalnya.

"Tak ada apa. Ambil je, nanti sampai hostel baru buka. Ni ambil sekali. Buat alas perut dahulu. Lain kali makan sikit sebelum datang program macam ni" paper bag yang sedia dipegang dari awal juga Akhtar beri pada gadis itu.

"Okay. Thanks." hanya itu yang dituturkan Aleeya. Blur sungguh wajah si gadis dengan situasi itu.

"Jom abang hantar Aleeya ke tempat diaorang" Akhtar mengajaknya untuk beredar dari situ.

Payungnya yang di pegang gadis itu Akhtar minta semula. Dia membuka payung sebaik sahaja keluar dari khemah itu.

"Sini. Masuk bawah payung ni. Hujan lagi ni walaupun tak lebat." suruh Akhtar pada gadis itu.

Sebaik Aleeya berada di bawah payung, dia memulakan langkah dan hanya memayungi gadis itu. Hanya Aleeya berseorangan menggunakan payung itu. Gila nak jalan bawah payung sama-sama, ada esok kena kecam, sudah la dia memakai jacket exco.

"Saya pegang sendiri la payung ni. Kat depan tu je pun diaorang." minta Aleeya, segan mungkin kerana ada mata-mata yang memandang. Baik lelaki mahupun perempuan. Bimbang jadi bahan gosip di kolej agaknya. Namun tidak diendahkannya.

"Tak apa. Jom. Jalan je. Jangan hiraukan pandangan orang." kata Akhtar bersahaja.

SEMAKIN hampir dengan khemah yang rakan-rakan gadis itu berada. Mereka di tegur kawan kembar gadis itu. Begitu juga dengan Sue.

Dilihat gadis itu hanya tayang sengih tanda tidak tahu mahu menjawab apa.

"Sorry, Akhtar pinjam dia sekejap tadi bawa ke khemah sana" terang Akhtar sambil menunjukkan arah khemah mereka berada tadi.

"Kak Sue nak balik dah ni. Bye jumpa lagi semua" kata Sue sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ain, Aleeya dan si kembar.

Selepas Sue beredar, mereka pun terdiam seketika.

"Ha, jomlah. Kata nak beli makanan, lepas tu kita balik hostel. Aleeya pun dah basah tu" ajak Ain pula.

"Terima kasih. Saya gerak dulu la dengan diaorang" ucap Aleeya pada Akhtar.

Ada banyak mata yang memerhatikan mereka. Jadi mungkin Aleeya kurang selesa berada dalam situasi itu.

"Ambil payung ni guna. Sekejap." payung yang di pegang Akhtar dari tadi untuk memayungkan Aleeya, dia serahkan pada Aleeya. Akhtar juga turut meminta Aleeya menunggu seketika.

Selepas pegangan payung bertukar tangan. Akhtar membuka jacket yang di pakainya dan diserahkan kepada Aleeya. Terpinga-pinga si gadis seketika namun di sambut juga huluran tersebut.

"Pakai jacket tu, boleh cover baju Aleeya yang basah. Banyak mata yang tengok, baju Aleeya warna cerah. Nak pergi beli makanan kan. Lepas tu terus balik hostel. Nak abang hantarkan ke hostel tak?" permintaan, pesanan dan sekaligus soalan dari Akhtar buat Aleeya.

"Tapi awak tak apa ke? Payung bagi saya, jacket bagi saya. Awak pun da basah tu. Kita orang balik jalan kaki je." kata Aleeeya padanya, mungkin rasa serba salah.

"Tak apa, abang lelaki. Lagipun abang pakai t-shirt dalam ni. Aleeya punya aurat tu lagi penting. Pakai jacket tu, abang tunggu. Sini payung abang tolong pegangkan" arah Akhtar.

Aleeya akur, payung bertukar tangan, lalu menyarungkan jacket itu ke tubuhnya. Dan sekali lagi payung itu bertukar tangan.

" Comel. Lepas beli makanan terus balik hostel okay. Abang nak gerak dulu ni. Ada urusan sikit lagi. Hati-hati jalan. Assalamualaikum" Akhtar kemudian beredar dari situ.

Perlu berjumpa dengan ahli exco yang lain. Masih ada sedikit tugasan dan perbincangan sebelum boleh pulang ke rumah untuk berehat.

"WOI, kau pergi mana? Tiba-tiba hilang jejak, ni dah kuyup pula. Mana jacket kau, payung pun tak nampak bayang ni" kata Irham. Azad disebelahnya juga menanti jawapan dari Akhtar.

"Jumpa orang penting sekejap" jawab Akhtar ringkas.

"Akhtar!" panggil satu suara.

Serentak mereka menoleh ke arah suara itu. Dilihat Nailah berjalan ke arah mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Mereka hanya diam menanti.

"Siapa perempuan tu?!! Kenapa Akhtar layan dia macam tu?!! Sebab dia ke Akhtar tolak Nailah?!!" soal gadis dihadapan Akhtar.

Azhad dan Irham saling berpandangan. Tidak memahami situasi itu. Silih berganti pandangan mereka pada Akhtar dan gadis bernama Nailah itu.

"Dia bukan sembarangan perempuan. Dia ada nama, nama dia Aleeya. Saya layan dia dengan layanan yang dia patut terima. Saya menolak awak dah lama, sebelum saya kenal dia" tegas nada suara Akhtar.

"Tolong! Jaga urusan sendiri. Jangan campuri urusan saya" ditekan setiap ayatnya lebih jelas dan tegas.

"Jom, kita ada urusan lagi ni." ajak Akhtar pada Irham dan Azad.

Ditinggalkan sahaja Nailah yang sedang emosi di situ. Sahabatnya itu hanya menuruti. Akhtar sudah menjangkakan hal ini akan terjadi. Kerana sewaktu di khemah dia bertemu Aleeya tadi, gadis itu juga ada di situ bersama beberapa orang rakannya.

Akhtar juga berselisihan dengan rakan-rakan coursenya yang lain, baik lelaki mahupun perempuan. Namun, tidak dihiraukan pandangan dan kerlingan mata-mata yang melihatnya tadi.

"Apa kes ni?" soal Azad disebelahnya.

"Nanti aku cerita, kita settle kan dulu kerja kita" Akhtar menjawab tegas.

Irham dan Azad saling berpandangan, namun tetap menghormati keputusan sahabatnya itu.

"YA ALLAH, segarnya dah bersihkan diri. Letih oi. Moga lena la tidur ni. Kau okay ke ni Akhtar?" bimbang Irham bertanya.

"Okay, Azad da siap ke? Aku nak mandi pula ni" jawab Akhtar.

"Tengah mandi. Apa cerita tadi? Terkejut kitaorang" Irham bertanya tentang hal yang berlaku di kolej.

"Tunggu Azad ada. Nanti aku cerita. Nak call orang sekejap" Akhtar mencapai handphonenya dan mencari nama Aleeya, ikon call di tekan.

"Assalamualaikum. Dah tidur? Tadi masa on the way balik okay? Ada sesiapa tahan atau jumpa Aleeya? Alhamdulillah. Dah makan? Hadiah tadi dah buka? Suka? Jaga elok-elok okay. Jangan tidur lewat. Assalamualaikum." habis berbicara, Akhtar berpusing mahu bangun dari duduknya untuk membersihkan diri. Namun dia pula yang terkejut dengan kehadiran dua sahabatnya dibelakang kerusi dia duduk.

Azhad dan Irham tersengih-sengih melihat dia, pasti mereka mencuri dengar perbualannya tadi.

"Tak baik curi dengar perbualan orang, berdosa" tempelak Akhtar.

"Apa cerita ni? Share la." Azad ingin tahu.

"Okay, aku cerita" Akhtar mengalah.

Diceritakan dari awal bagaimana dia berusaha mahu mengenali gadis bernama Aleeya itu pada sahabatnya. Sehinggalah yang membawa kepada peristiwa hari ini. Fahamlah sahabatnya berdua itu tentang setiap perkara yang terjadi. Kemudiannya Irham bertanya pada Akhtar.

"Kau serious ke dengan dia ni? Sebab yang aku tahu, dari cerita kau ni. Kau macam dah jatuh cinta dengan budak nama Aleeya tu"

"Hurm. Aku rasa biar masa je yang tentukan ke mana arah hubungan aku dengan Aleeya ni. Ini lah pertama kali dalam hidup aku, aku ada persaan yang aku sendiri tak pasti apa. Tapi hati aku kuat nak mengenali gadis tu" jawab Akhtar dengan tenang.

"Kitaorang doakan yang baik-baik je untuk kau. Dari apa yang kitaorang nampak, budak Aleeya ni memang lain dari lain. Bukan jenis senang nak bersosial. Lagipun peristiwa kat kedai runcit tu je, dah boleh nampak. Dia bukan orang yang suka melayan beramah mesra" kata Azad pula.

"Salah satu sebab aku nak kenal dia, aku pun letih kejar dia selama ni. Nak tahu nama je pun ambil masa berbulan-bulan. Thanks la kau orang. Aku letih dah ni, nak pergi mandi then tidur" Akhtar mengakhiri perbualan mereka malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience