"PAGI ni kita ada game volleyball dengan bowling kelapa. Petang pula, balance the ball dengan anyam ketupat. Sebelah malam kita dinner dan BBQ" terang encik Mustakim selaku ketua urus setia.
"Yeahhhh" mereka bersorak dan bertepuk tangan bersama.
"Dalam kita teruja bersukan dan bergembira. Utamakan keselamatan diri masing-masing ya, jangan sampai tercedera. Good luck semua" pesan encik Mustakim dihujung taklimat pagi itu.
"Good luck kau orang" Murni memberi kata semangat pada ahli kumpulannya yang menjadi wakil kumpulan mereka.
"Rissa rasa tak boleh main volleyball. Perut tak sedap ni. Sesiapa tolong ganti boleh? Jadi partner Izzah" kata Rissa pada mereka.
"Serious lah weh. Kau gemuruh ke apa sampai sakit perut?" tanya Fara pada Rissa.
"Tak. Betul perut aku tak sedap. Pagi ni je aku dah dua kali masuk toilet. Tolong la ganti sesiapa yang boleh. Please" rayu Rissa.
"Kalau tak ada yang boleh ganti tak apa. Kita tak perlu hantar team perempuan" putus Nazim.
"Akak tak pandai main. Kalau tahu boleh je ganti tapi tu lah, akak tak pandai" kata Murni.
"Fara tak reti. Nak pukul bola pun takut" kata Fara pula.
"Aku dah pairing dengan Ash untuk regu campuran. Masak aku kalau main dua game" kata Zura pula.
"Nina tak pandai. Sukan, satu apa pun tak pernah main" kata salah seorang lagi ahli wanita kumpulan mereka.
Semua mata tertumpu pada Aleeya. Dia tiada pilihan.
"Saya tahu main sikit-sikit je. Nak ganti Rissa boleh. Tapi, sorry la kalau kami kalah" kata Aleeya pada semua.
"Okay je. Just ganti and main. Kalah menang tolak tepi" kata Ash.
"Okay" jawab Aleeya sepatah.
Sedang lain sibuk membuat aktiviti memanaskan badan. Dan berbual tentang strategy bermain. Aleeya masih relax duduk bermain handphonenya.
"Aleeya jom Warm-up" ajak Fikri padanya yang sedang melakukan sesi pemanasan badan bersama Nazim, Ash, Izzah dan Zura.
"Pergi la Aleeya. Nanti sakit urat kalau tak Warm-up" kata Murni padanya.
"Aleeya Warm-up sendiri la. Tu nampak tu dah sampai dah si sotong tu, nanti dia nampak Aleeya kat situ drama entah apa lagi keluar" jawab Aleeya selamba sambil bermain handphonenya.
"Main handphone pun boleh nampak dia eh. Akak pun tak perasan" usik Murni.
"Fikri panggil tadi saya perasan si sotong tu nak datang sini" selamba Aleeya menutur kata. Dia kemudiannya meletakkan handphone kedalam sling bag miliknya. Dengan teratur dan tenang Aleeya melakukan regangan otot di situ juga.
"Baby. You main juga ke? I jadi penyokong you" kata Kaisara teruja.
Namun tiada balasan atau reaksi dari mereka semua, terutama dari Nazim sendiri. Kaisara pula tidak endahkan hal tersebut, janji dia dapat berada dekat bersama Nazim.
Permainan bermula. Setiap kumpulan gembira bersorak untuk wakil ahli kumpulan mereka. Aleeya pula duduk di tempatnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kaisara pula mengambil kesempatan seperti bermain-main bola bersama rakannya berhampiran dengan kedudukan Aleeya
"Buk" bola terkena pehanya yang sedang duduk bersila. Aleeya tidak endahkan.
"Hahaha. Opss. Sengaja" kata Kaisara berserta tawa mengejeknya.
"Buk" kali kedua bola terkena bahagian belakang badan Aleeya pula. Masih juga Aleeya tidak endahkan, dia tahu gadis itu sengaja melakukannya.
"Aleeya okay?" soal Murni yang muncul tiba-tiba. Belum sempat dia menjawab ada suara lain pula bertanya.
"Kau okay?" soal Ash pula yang tiba bersama yang lainnya.
"Okay je. Habis dah ke?" kata Aleeya.
"Main kalah mati. Sepuluh minit dua set. Kira mata paling banyak" kata Alan pula.
"Oh" jawab Aleeya sepatah.
"Mujur menang. Kejap lagi repeat untuk tentukan siapa johan lepas dia orang main" kata Zura sedikit tercungap akibat keletihan bermain. Dia melabuhkan duduknya dihadapan Aleeya.
"Pap" Aleeya menahan bola dari terkena kepala Zura dengan tangannya.
Terkejut semua dengan tindakan Aleeya itu. Mereka semua memandang Aleeya sebelum mengalihkan pandangan pada si pelaku.
"Dia ni nak makan pasir ke apa?" kata Fara geram.
"Sorry" kata salah seorang rakan Kaisara yang datang ingin mengambil bola pada Aleeya.
"Lagi sekali je. Aku smash bola tepat kat kepala si sotong tu" kata Aleeya selamba.
Terburai ketawa yang lain mendengar ayatnya. Nazim datang mendekati mereka bersama Darius.
"Kenapa ketawa?" soal Darius hairan.
"Ada sotong sesat kat darat" kata Fikri.
"Sotong? Mana?" soal Nazim blur.
"Tu yang tengah nain bola tu. Mujur bila tu tak kena kepala saya tadi. Sempat Aleeya tahan" kata Zura pula sambil menoleh ke arah Kaisara.
Faham la Nazim dan Darius siapa sotong yang dikatakan mereka.
"Buk" Aleeya menepis bola menggunakan lengannya yang diangkat melindungi wajahnya.
Sekali lagi tergamam mereka dengan tindakan pantas Aleeya. Mereka semua menanti tindakannya.
"Aku tak boleh sabar dah ni" lalu Aleeya bangun berdiri mengambil posisi untuk membuat hantaran service bola tampar itu.
"Buk" bola Aleeya pukul kuat dan laju menuju tepat ke sasarannya.
"Auch" nyaring suara Kaisara menjerit kesakitan. Tidak disangka bola itu akan tepat melayang menuju ke arahnya.
Terlepas ketawa mereka semua. Aleeya buat seperti tiada apa berlaku selepas melakukan service hantaran.
"Sotong dah kena salai" kata Ash pula. Semakin galak mereka ketawa, kecuali Aleeya yang diam sahaja.
"Oi perempuan! Kau sengaja kan?!" Kaisara datang ke arah Aleeya dan memarahinya.
Aleeya masih tenang berbalas WhatsApp di handphonenya. Sedikit pun dia tidak menoleh. Yang lain pula hanya memerhatikan sahaja. Nazim sudah bersedia untuk tindakan tidak terduga Kaisara, begitu juga Darius.
"Hoi. Pekak ke?!" tengking Kaisara pada Aleeya lalu menolak tubuh Aleeya kuat.
"Eeeii..main kasar pulak dia ni" Taufiq bersuara.
Aleeya menoleh. Jari telunjuknya di hala ke arah mukanya sendiri seperti isyarat bertanya. Handphone diletakkan, ear buds ditanggalkan.
"Cakap dengan aku ke? My bad, tak dengar. Ada apa?" kata Aleeya selamba seperti tiada apa berlaku.
"Kau sengajakan?!" Kaisara bengang.
"Apa?" tenang Aleeya menyoal semula.
"Leave" kata Nazim tegas. Dia tahu Aleeya malas mahu melayan.
"You!!! Betina ni sengaja taupukul bola kena i. You suruh i pergi?!" jerit Kaisara.
Aleeya mengambil bag lalu bangun dan berlalu dari situ. Malas mahu melayan drama tak menarik untuk ditonton. Tidak lama yang lain juga bangun dan berlalu meninggalkan tempat itu.
"Kacau betul lah. Port dah best, ada je yang datang menyebok" mereka meluahkan rasa tidak puas hati.
"You!!! Tengok pekerja you, biadab!!!" kata Kaisara bengang.
"Kau tu yang biadab, jangan ingat aku tak nampak apa yang kau cuba buat Kaisara" jawab Nazim sebelum berlalu bersama Darius.
"KENA sokong abang tau. Confirm boleh menang ni sebab ada sayang" perlahan Nazim berkata pada Aleeya.
Aleeya tayang muka tak berperasaan.
"Good luck boss" kata Aleeya kuat.
Murni sudah tertawa. Gelagat mereka seperti Tom & Jerry sahaja gayanya.
"Uish. Semangat betul Aleeya wish kat boss" tegur Alan.
"Kena la Alan. Kalah nanti kumpulan kita juga rugi. Tak gitu" jawab Aleeya selamba.
Dia masih sibuk bersama handphonenya ketika perlawanan berlangsung. Sedikit pun tidak bersorak untuk menyokong Nazim yang berpasangan dengan Fikri.
"Dia ni tak nak tengok aku main ke? Sikit pun tak toleh?" bisik hati Nazim yang sedang bermain. Matanya sesekali menjeling pandang pada gadis itu.
"Yeay! Menang!" jerit ahli kumpulannya teruja. Namun Aleeya masih sama seperti tadi, focus hanya pada handphonenya.
"Aleeya ready. Lepas ni giliran kita pula" kata Izzah padanya.
"Okay" jawab Aleeya sepatah yang masih lagi bermain handphone ditangan.
"Sampai hati tak sokong abang tadi, tengok abang main pun tak" ujar Nazim sebaik melabuhkan duduknya bersebelahan Aleeya.
"Sampai" jawabnya sepatah.
Murni tahan senyum dengan jawapan yang diberikan Aleeya. "Keras hati betul budak ni" bisik hati Murni.
"Aleeya jom" panggil Izzah.
"Okay" Aleeya laju menyimpan handphonenya di dalam bag.
"Kalau kalah kena tunaikan permintaan abang" kata Nazim tiba-tiba.
"Really? Kalau menang?" soal Aleeya kembali.
"Abang tunaikan permintaan sayang" kata Nazim tersenyum.
"Okay. Watch me out" ujar Aleeya kemudian berlalu.
"Gila la boss. Kalau menang macam mana?" soal Murni.
"Saya guna trick lain pula" jawab Nazim lalu ketawa kecil. Gusar juga hatinya, bimbang gadis itu menang. Entah apa permintaannya nanti.
"Kena menang ni. Dia kena tunaikan permintaan aku" kata Aleeya sendirian. Dia mendapatkan Izzah, bersedia untuk bermain.
Perlawanan berlangsung. Baru bermula Aleeya dan Izzah sudah mengumpul mata pertama.
"Habis la boss" bisik Murni pada Nazim yang menonton perlawanan itu.
"Relax baru mula" kata Nazim yakin.
Sehingga tamat permainan ahli kumpulannya langsung tidak berganjak menyokong mereka.
"Congrats!!! Tak sangka eh, kata tak pandai main. Alih-alih menang je ha" kata Fikri pada Aleeya.
Aleeya tayang sengih. Sebenarnya dia malas mahu main bersungguh namun, disebabkan offer yang dipertaruhkan Nazim dia nekad untuk bermain dengan serious. Dia melabuhkan duduk lalu mengambil handphonenya untuk menghantar WhatsApp pada seseorang.
++
Sila tunaikan permintaan saya. -Aleeya-
++
Pandai ya kenakan abang. Okay. Apa permintaan sayang tu? -Nazim-
++
Sila berhenti panggil saya sayang dan tolong jangan ganggu saya. -Aleeya-
++
Sorry. Yang ni tak termasuk dalam permintaan yang abang akan tunaikan. -Nazim-
++
Tadi tak ada pun syarat. Awak mentioned akan tunaikan permintaan saya je. Tak ada pun yang terkecuali. -Aleeya-
++
Sorry sweetheart. Abang janji yang lain abang tunaikan. Tapi bukan permintaan sayang yang ini. -Nazim-
Aleeya campak handphonenya ke dalam bag. Panas hatinya, terasa dipermainkan.
"Kak, Aleeya nak pergi beli ice-cream" laju sahaja dia berlalu selepas menitip pesan pada Murni kemana arah tujunya.
"Eh. Pergi beli ice-cream nak bayar dengan apa? Bag tak bawa ni. Budak Aleeya ni la" kata-kata Murni dapat didengari semua ahli kumpulannya yang lain.
"Tak apa la, saya pergi tengokkan dia" kata Ash yang ingin bangun.
"It's okay. Saya pergi. I belanja you all semua ice-cream" cepat sahaja Nazim memotong, pantas dia berlalu mendapatkan gadis itu.
"Boss dengan Aleeya tu ada apa-apa ke puan Murni?" tanya Nina.
"Tak ada lah. Cuma dia orang tu ada masa macam cartoon Tom & Jerry" jawab Murni.
"Saya rasa boss ada hati la pada Aleeya" kata Ash pula.
"Ye ke? Tak perasan pula" kata Murni yang cuba cover line.
"Betul. Zura pun perasan bila boss cakap dengan Aleeya, slow je. Tak dengar apa dia cakap, tapi tengok reaksi Aleeya pula manjang la beku, macam tak ada apa" kata Zura pula.
"Entah-entah memang boss ada hati pada Aleeya tapi Aleeya tak layan" kata Fikri pula.
"Entah lah. Tapi yang saya pasti, antara mereka tak ada apa-apa" cover Murni lagi. Laju dia menukar topic perbualan mereka.
"Nak beli ke tak amoi?" kata penjual ice-cream itu padanya.
"Nak uncle. Saya tertinggal bag. Sekejap ya uncle" kata Aleeya mahu berlalu mengambil bagnya yang tertinggal.
"Saya bayar dia punya uncle. Tambah lagi 20pcs ice-cream. Campur flavour and jenis pun tak apa" kata Nazim yang baru muncul di belakangnya.
"Saya.." belum sempat habis Aleeya berkata Nazim memotong bicaranya.
"Abang belanja semua ahli group kita, bukan sayang je" kata Nazim.
"I'm sorry. Tunggu sekejap boleh, tolong abang bawa ice-cream untuk diaorang" kata Nazim padanya.
Aleeya diam membisu namun, setia menunggu.
"Baby!!!" jerit Kaisara yang berlari anak ke arah Nazim.
"Kat sini pun you. Puas i cari tau. You buat apa kat sini?"
"Jom sayang" Nazim mengajak Aleeya beredar dari situ setelah mendapat ice-cream yang dibeli.
Aleeya mengatur langkah. Nazim berjalan bersamanya. Kaisara sudah pasti mengekori mereka.
"Ice-cream!" Kata Zura teruja.
"Pilih la sendiri. Tak cukup nanti saya bagi duit kamu pergi beli lagi" kata Nazim.
"Baby! I nak juga" kata Kaisara.
"Mana bayi?" kata Aleeya tiba-tiba.
Yang lain pula terpinga-pinga.
"Bayi?" tanya Rissa pula.
"Takde la dari tadi Aleeya duk dengar baby, baby. Kot la ada bayi kat sini yang kita tak nampak" selamba Aleeya berkata.
"Aaa...tu la kan. Tak ada pula la dengar bayi menangis ke apa kan. Tapi kita ni, asyik la dengar suara mak dia panggil 'baby baby baby' dari tadi" kata Fara yang dapat menangkap kata-kata Aleeya.
"Baby! You tengok staff you biadab" bengang Kaisara dengan kata-kata mereka.
"Eh! La, boss rupanya bayi tu? Dah tua bangka macam ni pun baby lagi ke?" Aleeya selamba menuturkan kata sambil memandang ke arah Nazim. Rakan-rakan lain sudah mula menahan tawa.
"Kak Murni, Aleeya rasa. Kalau ada anak akak si baby yang baru empat bulan tu, dia pun confused. Mesti dalam hati dia kata 'aku bayi ke pakcik ni yang bayi' kesian dia keliru" sambung Aleeya lagi.
Terhambur ketawa yang lain dengan kata-kata selamba Aleeya itu. Namun Aleeya tetap tayang wajah bekunya, seperti tiada apa-apa berlaku. Nazim juga turut tersenyum dengan kata-kata itu. Tidak terjangka sungguh mereka dengan kata-kata dan tingkah Aleeya yang sememangnya sukar dibaca.
"Adoi Aleeya..nak tercekik ice-cream kita orang dengar lawak kau" kata Rissa yang masih ketawa.
"Akak pula yang confused. Tak tahu nak panggil apa. Panggil baby kang, takut boss pula yang menyahut" seloroh Murni pula.
Makin riuh tawa mereka. Nazim pula sudah tidak terkata dengan usikan mereka. Akhirnya turut sama ketawa. Aleeya pula menunjukkan isyarat 3-0 menggunakan kedua tangannya pada Nazim tanpa sebarang reaksi.
"Ciss, terlupa pula perang yang dia dilancarkan" bisik hati Nazim sambil memandang gadis itu. Tergeleng kecil kepalanya.
"SEDAPNYA bau BBQ" kata Murni teruja sebaik mereka tiba di tempat berkumpul malam itu.
"Lapar la" kata Aleeya.
"Nak aku ambilkan makanan?" tanya Zarul dan Taufiq serentak.
"It's ok. Aku ambil sendiri. Jom kak, Izzah" jawab Aleeya mengajak Murni dan Izzah bersama.
"Tanya Aleeya je? Kita orang ni tak nak tolong ke?" kata Nina menunjuk ke arahnya bersama Zura, Fara dan Rissa
"Boleh saje. Nak apa?" tanya Taufiq.
"Kita orang ambil je la eh apa yang ada" kata Zarul pula.
"Okay" jawab mereka serentak.
Suasana malam itu meriah. Ada yang berbual sesama mereka. Ada yang bernyanyi, ada juga yang menjadi pendengar. Ada juga usikan dan gurauan. Aleeya pula sedikit menjauh dari mereka, duduk berseorangan menikmati keindahan langit malam bersama desiran angin dan ombak yang menghempas.
"Nah" hulur Nazim secawan air untuknya.
"Thanks but no thanks" jawab Aleeya.
"How about this?" Nazim hulur pula pinggan kertas berisi makanan.
"No, thanks" tolak Aleeya sekali lagi.
"Susahnya nak bagi sayang apa-apa. Makanan dengan minuman pun tak nak. Abang tak nampak pun sayang makan dari abang sampai tadi. Makan la sikit" kata Nazim.
"Terima kasih. Tapi saya dah makan awal, sebelum encik sampai. Encik makan la, silakan" jawab Aleeya lalu ingin bangun beredar dari situ.
"Eh! Awak nak pergi mana?" soal Nazim pantas.
"Tak manis berdua. Saya lepak dengan dia orang kat sana" laju kaki dibawa melangkah sebaik menjawab pertanyaan bossnya itu.
Nazim mengeluh. Sukar baginya untuk mendekati seorang gadis bernama Eshal Aleeya itu.
"Baby! Puas i cari you. I lapar la, jom pergi makan" kata Kaisara padanya.
"You tak nampak ke i tengah makan ni" jawab Nazim bersahaja.
"You makan apa? Suap i please" Kaisara duduk rapat di sebelahnya dan meminta disuapkan makanan.
"Nah! Makan sendiri! Hilang selera i" Nazim letak pinggan berisi makanan di sebelah Kaisara dan bangun berlalu pergi.
"Baby! Baby! Baby! You nak pergi mana?! Baby!!!" panggil Kaisara.
"Ish! Tak guna! Kau tunggu perempuan!" kata Kaisara geram, lalu handphonenya diambil. Number seseorang dihubungi.
"I nak you bertindak malam ni juga! I tak boleh sabar dah!" arahnya.
Nazim mendekati kelompok yang disertai Aleeya. Mama dan papanya juga ada disitu bersama mereka, dia menghampiri gadis itu.
"Aleeya. Saya nak jumpa awak sekejap. Ada hal nak bincang. Saya pinjam Aleeya sekejap ya semua" kata Nazim serious kemudian berlalu.
Semua pandangan mata terarah kepadanya. Aleeya diam dan kaku disitu, walaupun bossnya sudah berlalu.
"Pergi lah. Mesti hal penting tu" tegur Datin Seri Afina.
"Baik Datin Seri" kata Aleeya kemudian bangun mendapatkan bossnya itu. Serba Salah bila Datin Seri Afina menegurnya.
"Ada apa encik?" soal Aleeya serious.
"Macam kena paksa je?" tanya Nazim.
"Betul la tu. Saya malas nak jumpa encik macam ni, tapi sebab Datin Seri dah suruh. Saya terpaksa la ikut, kan? Nanti jadi tak sopan pula kalau tak endahkan" jawab Aleeya jujur. Tiada rasa mahu menafikan dakwaan lelaki itu.
"Benci sungguh awak dengan saya" mendatar sahaja nada bicara Nazim.
"Look. Saya tak benci encik atau sesiapa pun. Saya tak ada hak nak buat macam tu. Cuma saya tak suka dengan cara encik yang seperti memaksa saya dan tidak memberikan saya pilihan. Juga sikap encik yang tidak menunaikan janji. That's it" jawab Aleeya serious.
"Aleeya. Tak boleh ke sekali, walaupun cuma sekali. Awak cuba memahami apa yang saya lakukan, kerana saya mahu awak rasai kehadiran saya dalam hidup awak" Nazim juga serious.
"Bukan saya tak faham. Tapi saya tak suka dengan cara encik seperti mendesak dan memaksa begini. Saya tak suka dan saya tak selesa" jujur Aleeya tenang.
"Seriously. Saya perlukan awak disisi saya dan hidup saya" kata Nazim.
"Jujur saya katakan, saya pernah terluka. Dan saya hanya percaya bila segalanya nyata" tegas Aleeya pula.
"Segalanya nyata. Saya akan lakukan apa yang termampu sebagai buktinya. Dan itu semua kerana saya ikhlas dan serious terhadap awak" Nazim cuba meyakinkan.
Aleeya seperti biasa mendiamkan diri. Merenung jauh ke arah langit malam. Kata-kata Nazim dibiarkan tidak berbalas. Nazim juga mendiamkan diri selepas bicaranya tidak berbalas. Tahu gadis itu enggan lagi berbalas kata dengannya.
"Saya nak balik bilik dulu. Nanti encik tolong sampaikan pada kak Murni dan yang lain, katakan saya balik ke bilik ada urusan lain" Aleeya beredar dari situ dengan segera.
Nazim melihat gadis itu berlalu pergi. Keluhan kecil dilepaskan.
"Siapa dia? Seperti terlalu dalam luka yang ditinggalkan, juga seolah tiada lagi peluang untuk dibaiki dan di isi dalam hatimu" Nazim melepaskan rasa kecewa itu.
ALEEYA tahu dirinya diperhatikan dan diekori beberapa orang sejak tiba disini. Dan dia sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Ketika ini hatinya berdebar, dapat dirasakan sesuatu akan terjadi. Dia berjalan seperti biasa namun dalam keadaan bersedia.
"Buk" tersasar pukulan ke bahunya apabila dia mengelak setelah melihat samar-samar bayangan seseorang seperti ingin menyerangnya. Jangkaannya tepat mengena. Pantas dia berpusing ingin melihat si pelaku.
"Kau?!" kata Aleeya sepatah.
"Hello there. Nice to meet you again. Tak sangka kau mengelak. Susah lah macam ni" kata lelaki itu.
"Apa lagi kali ni?" soal Aleeya tenang dan masih dalam keadaan bersiap sedia.
"Aku nak mudah kerja. Kau ikut aku saje lah. Sebab tugas aku harini kena kidnap kau, hahaha" tanpa rasa bersalah lelaki itu berbicara dan tertawa sinis.
"In your dream. Pergi sebelum aku jerit" kata Aleeya tenang. Aleeya memasang langkah untuk melarikan diri. Keadaan di situ yang agak gelap agak sukar untuknya bertindak jika terjadi apa-apa, dia  juga sedikit jauh dari orang ramai, pasti tiada yang akan membantunya.
"Jerit lah. Lagi mudah kerja aku" Vincent mencabar Aleeya.
Tanpa menunggu pantas Aleeya membuka langkah melarikan diri ke arah kawasan yang lapang dan sedikit terang ke arah berhampiran pengunjung lain.
"Sial" kata Vincent, lalu mengejar langkah Aleeya.
"Pap" Aleeya menepis tangan lelaki itu yang mencapai lengannya, serta merta dia menghentikan lariannya di kawasan itu. Mudah baginya untuk menyerang balas kerana keadaan sekeliling yang memberi kelebihan berbanding kawasan tadi.
"Wanna play a game? Let's play" sinis Vincent berkata padanya.
Lelaki itu menerjah ke arah Aleeya untuk melepaskan tumbukan. Pantas Aleeya mengelak. Bahu yang terasa sengal akibat dipukul menggunakan kayu diabaikan. Lelaki itu mula melayangkan kakinya membuat front snap kick namun Aleeya lincah menangkis.
"Impressive. Kita tengok sampai bila kau boleh bertahan" sinis Vincent berkata.
Aleeya pantas melakukan parrying apabila lelaki itu melakukan striking with the open hand. Sesekali peluang terbuka Aleeya juga menyerang balas dengan melakukan kicking, elbow and knee strikes dan punches. Mereka beradu tenaga seperti tiada beza antara lelaki dan wanita. Walaupun beberapa kali lelaki itu cuba mengunci pergerakannya, Aleeya berusaha melepaskan dirinya walaupun tidak mudah.
"Wow. Unexpected. Aku tak tahu pula kau belajar self-defense. Semakin menarik, patutlah Nazim suka kau" kata Vincent padanya.
Aleeya merasa lelah dan sakit akibat serangan dari lelaki itu, namun dia masih bertahan. Dia tidak akan mengalah. Tidak berniat mahu berbalas kata dengan lelaki itu.
"Aku nak tengok kalau kau mampu bertahan lagi dengan yang ini" Vincent mengeluarkan pisau belati miliknya dan bersedia untuk menyerang.
Aleeya menarik keluar handkerchief yang sentiasa dibawa dari poket seluarnya, dijadikan alat untuk bertahan dan menyerang pihak lawannya.
Lelaki itu melakukan gerakan leg sweeps, cubaan untuk menjatuhkan Aleeya. Aleeya berjaya mengelak, dia membalas dengan melakukan side kick pada lelaki itu.
Beberapa orang awam yang lalu dikawasan itu melihat merekan berbalas serangan dan mereka beredar. Mungkin sangkaan mereka, Aleeya dan lelaki itu sedang berlatih berlawan atau seumpamanya. Namun seorang lelaki yang baru tiba dan melihat pertempuran itu segera menghubungi seseorang.
"Boss, saya dah jumpa dia..." katanya dalam helaan nafas yang sedikit tercungap akibat berlari mencari keberadaan gadis itu.
Dia melihat gadis itu beraksi, kagum namun difikirannya bahaya buat gadis itu jika tersilap percaturan. Dia akur dengan arahan dari bossnya untuk memerhatikan dan menanti bossnya tiba.
"Susah juga kau ni. Tapi aku suka" kata Vincent pada Aleeya.
Aleeya tetap tenang, tidak memberikan sebarang reaksi. Handphonenya yang sedari tadi bergetar diabaikan demi menumpukan perhatian pada keselamatan dirinya. Cubaan lelaki itu untuk mencederakan dirinya menggunakan pisau dipatahkan dengan ketangkasannya melakukan pergerakan bertahan dan menangkis dengan meneka corak serangan dari lelaki itu.
"Hoi!"
"Berhenti!"
Sergahan dari suara yang cukup dikenalinya sewaktu dia sedang bergelut melakukan parrying. Vincent berpaling melihat pemilik suara yang menjerit pada mereka, keadaan itu menjadi kelebihan pada Aleeya melakukan spin back kick dan sekaligus melakukan roundhouse kick membuatkan lelaki itu tumbang ke tanah.
"Hahaha. Bijak kau gunakan peluang yang ada tapi kau pun mungkin tak akan bertahan lama" kata Vincent sinis.
Pedih Aleeya rasakan di bahagian kiri perutnya, namun dia tetap kekal tenang dan dalam posisi sedia berlawan. Aleeya tahu dia sudah silap membuat gerakan yang menyebabkan dia mendapat luka di bahagian perutnya itu.
"Aleeya!!!" jerit Murni padanya sebaik tiba disitu.
"Ya Allah Aleeya!!!" kata Ahmad pula yang juga baru tiba.
Lelaki itu cuba melarikan diri, namun sempat dihalang Nazim dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali Aleeya. Namun dia pasti lelaki itu juga ada mengekori dirinya sebelum ini. Dapat dilihat pergelutan mereka bertiga, sebelum dia rasa seperti mahu rebah. Berlari Murni mendapatkannya, segera Murni memapahnya dan membantunya duduk.
"Aleeya. Aku minta maaf. Aku ingat kau dengan boss. Bila aku tak nampak kau kat sana, aku terus cari kau. Tapi aku lambat. Mati la aku nak jawab dengan abang kau" kata Ahmad yang menghampirinya.
"Aku okay. Kejap lagi bawa aku pergi hospital. Call polis" Aleeya masih tenang dan memberi arahan pada Ahmad. Murni sudah basah air mata, menggigil dia melihat tompokan darah dibaju gadis itu.
"Dah. Polis on the way. Aku dah call ambulance. Dalam ke luka kau? Macam mana la kau boleh bertahan lawan mamat tu. Ada rasa patah mana-mana ke terseliuh ke?" bimbang Ahmad bertanya.
"Aku tak rasa apa dah tempat lain. Aku rasa cuma rasa sakit kat luka ni. Dalam tak dalam aku tak tau la" Bunga tekap luka itu dengan tangannya sendiri.
"Kau baring dulu, jangan tutup mata. Sedarkan diri kau, cakap apa je tapi jangan bergerak tunggu ambulance sampai. Aku nak call abang Eidlan" arah Ahmad padanya.
"Kak, make sure Aleeya sedar jangan bagi dia tutup mata" pesan Ahmad pada Murni.
"Aleeya. Tahan okay. Sekejap je. Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni" bebel Murni berserta esak tangisnya.
"Sayang! Are you okay?" muncul Nazim cemas, ada kesan tumbukan di tepi bibirnya mungkin kerana pergelutan tadi.
"Hey. Are you okay? Hold on honey. Just a bit more. That culprit, we got him" kata Nazim lagi dalam nada kelelahan.
"Baby! What happened?" soal Kaisara tergedik seperti tiada kaitan dengan keadaan yang berlaku.
"Get lost! Ni semua kerja kau Kaisara! Aku akan pastikan kau tak akan terlepas!" jerkah Nazim.
"Apa you ni? You cakap apa ni? I tak faham" Kaisara masih lagi berpura-pura.
"Kau jangan pura-pura la betina! Semua ni kerja kau kan, kau ugut dia sebelum ni. Sekarang sampai nak membunuh pula!" Murni pula melempiaskan amarahnya.
"Ambulance baru sampai. Boss, polis pun dah minta kita ke balai untuk bagi keterangan" kata Ahmad yang muncul entah dari arah mana.
Saat itu semua tidak menyedari keadaan Aleeya yang sudah tidak sedarkan diri. Apabila Nazim berpaling kepada gadis itu, Aleeya sudah terpejam matanya seperti sedang tidur?!
"Sayang! Sayang! Bangun sayang! Aleeya!!!" pantas Nazim memangku kepala Bunga, cemas dia cuba menyedarkan gadis itu.
Share this novel