"ALEEYA apa cerita? Tadi kata ada hal sikit. Nasib baik tadi masa meeting kat Hotel Saujana dia orang siap bagi lunch sekali. Akak ingat lunch tadi nak teman Aleeya je. Dah makan belum ni?" tanya Murni sebaik Aleeya tiba di cubiclenya dari arah surau office mereka.
"Makan juga dah tadi kat RZ dia orang sediakan jamuan sikit. Cerita boss. Tapi Aleeya tak tahu la apa kes. Dia mengamuk tadi tapi dah okay kot, better akak remind bebudak lain jangan buat boss naik angin. Silap langkah ada yang kena fail melayang nanti" kata Aleeya yang melabuhkan duduknya di kerusi. Sempat dia WhatsApp Murni untuk maklumkan tidak dapat makan tengah hari bersama kerana ada sedikit masalah melanda boss mereka.
"Kes apa ni? Kerja or personal?" tanya Murni ingin tahu.
"Personal la kot. Aleeya tak pasti. Tapi yang pasti jangan buat pasal" kata Aleeya yang mula menyambung kerjanya.
"Thank you for the reminder" jawab Murni. Tahu benar dia bila bossnya itu mula naik angin, silap sedikit. Memang habis berterbangan fail di balingnya.Â
Itulah satu-satunya kelemahan boss mereka. Bila amarahnya memuncak, habis semua fail dibalingnya. Mujur juga tidak ada yang pernah menjadi mangsa.
Nazim yang telah berada di biliknya sejak mereka tiba di pejabat mula terkenangkan peristiwa yang dilaluinya tadi. Amarahnya pada Kaisara, tenangnya dia apabila mendengar bicara Aleeya. Dan lebih menenangkan apabila dia berbicara sendirian meluahkan segalanya pada Tuhan.
"Murni, masuk bilik saya" Nazim berbicara melalui intercom.
"Baik boss" jawab Murni.
"Aleeya. Nanti if ada call tolong jawab and take note ya. Boss panggil akak, harapnya akak bukan yang pertama jadi mangsa fail terbang" sempat Murni berseloroh di akhir bicaranya.
"Alright. Hahaha. Good luck kak" sengaja Aleeya mengusik.
Murni pantas berlalu menuju ke bilik boss mereka dengan tab dan note book di tangan. Kebiasaan Murni dan Aleeya apabila perlu bertemu boss mereka.
SEDANG Aleeya menyiapkan kerja yang berbaki. Handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Screen dilihat.
Private Number
"Siapa ni? Private number lagi. Scam ke apa, nak jawab ke tak" Aleeya berkata sendirian melihat handphonenya yang masih berbunyi. Dibiarkan sehingga panggilan itu berhenti.
Sekali lagi handphonenya berbunyi dan masih lagi yang tertera di screen "Private Number". Aleeya mengambil keputusan untuk menjawab panggilan tersebut. Bimbang juga dia jika ada hal penting yang ingin di sampaikan padanya.
"Assalamualaikum" sapa Aleeya.
"Wa'alaikumsalam. Bunga sihat?" jawab suara si pemanggil.
Tersentak dan terdiam Aleeya mendengar suara itu, sejak sekian lamanya. Menggigil tubuh dirasakannya. Dia terkedu untuk menjawab pertanyaan itu.
"Bunga..Bunga.." panggil suara itu.
Namun masih Aleeya mendiamkan diri. Dadanya terasa seperti dipalu dengan kuat. Nafasnya seolah tersekat-sekat. Wajahnya juga berubah pucat.
"Maaf. Arjuna mengganggu ya? Nanti Arjuna call lagi" kata suara itu.
"Aleeya. Nanti tolong Murni untuk assist program di Hotel Saujana ya" kata Nazim yang tiba-tiba muncul di cubiclenya.
Terkejut berganda. Terlepas handphone di tangannya. Dia berpaling melihat bossnya di sisi cubiclenya. Nazim juga terkejut dengan situasi itu. Tidak pernah lagi dia melihat Aleeya sebegitu. Dia menunduk mengambil handphone Aleeya dan melihat screen ada on-going call.
"Aleeya? Okay ke? Pucatnya muka awak? Kenapa ni? Ni ada on-going call" serah Nazim pada Aleeya handphonenya.
Aleeya yang menyambut huluran handphonenya itu terus mematikan panggilan tersebut. Dan meletakkan handphonenya di atas meja.
"Maaf. Saya ke tandas sekejap" Aleeya berlalu pergi dari situ.
"Kenapa tu boss?" tanya Murni yang juga turut menyaksikan kejadian itu.
"Entah. Murni, awak tengokkan dia sekejap. Tak pernah dia macam tu. Risau pula saya" kata Nazim pada Murni.
"Okay boss" Murni berlalu mendapatkan Aleeya. Nazim pula berlalu masuk ke pejabatnya semula .
"Siapa yang call dia? Private Number. Kenapa dia jadi macam tu, ada masalah ke?" kata Nazim sendirian setelah duduk di meja kerjanya.
"BUNGA.." dia memanggil lagi namun tiada sahutan.
Terdengar suara lelaki bercakap dari suara handphone Aleeya. Dia mendengar sahaja. Hatinya juga tiba-tiba dipagut rasa bimbang.
Panggilan di matikan secara tiba-tiba. Tahulah dia. Aleeya mungkin terkejut menerima panggilan darinya, atau memang dia sengaja mengelak seperti sebelum ini.
"Aku harap kau masih sama. Masih Bunga yang dulu, yang setia menanti Arjuna mu" kata Akhtar sendirian.
Dia semakin dihimpit rasa dalam jiwanya. Masih marahkah Aleeya padanya? Atau kecewakah gadis itu dengan dirinya?
"Maafkan aku. Hanya kau satu-satunya Bungaku" bicara Akhtar sendirian lagi.Â
Dia ke luar negara beberapa tahun untuk menyambung pengajian, hanya mahu focus dan cepat menamatkan pengajiannya untuk segera pulang ke tanah air.
"Terus percayakan aku Bunga. Yakin dan selalu percaya pada Arjuna mu. Hanya itu permintaan aku" gumam Akhtar sendirian.
Lelah dia menanggung rindu pada gadis itu. Demi impian yang pernah dirancangnya, dia berusaha menguatkan semangatnya meneruskan hari-harinya yang berlalu tanpa kehadiran gadis itu di dalam hidupnya.
Dia menjadi stalker Aleeya di medium media social gadis itu. Walaupun jarang sekali gadis itu update tentang dirinya seperti sebelum ini. Sekurang-kurangnya dia tahu gadis itu melalui hidupnya dengan baik.
"Sikit lagi. Bertahan sikit lagi Bungaku. Maafkan aku, kau menunggu terlalu lama" katanya yang merenung gambar gadis itu di handphonenya.
"ALEEYA.. Aleeya okay?" Murni bertanya diluar pintu bilik air.
"Okay..sepuluh minit kak. Nanti Aleeya keluar kita bincang hal boss bagitahu tadi" jawab Aleeya sambil menahan tangisan dan getaran suaranya.
"Okay..anything, boleh share dengan akak if u need someone okay. Akak keluar dulu" jawab Murni yang yakin Aleeya sedang dihimpit masalah. Dia dapat merasakan gadis itu menyembunyikan tangisan dari nada suaranya.
"Okay" jawab Aleeya sambil mengelap air matanya yang mengalir.
Perit, jiwanya terasa perit. Perpisahan yang paling menyakitkan. Adalah perpisahan yang tidak diucap. Dengan secara tiba-tiba hilang, tiba-tiba tiada. Lalu meninggalkan banyak tanda tanya.
Namun lebih menyakitkan apabila jawapan yang dinanti hanya diketahui melalui insan lain. Terasa seperti gelap seketika dunianya. Tetap sabar dia menanti sehingga akhirnya dia memutuskan, untuk tidak mahu mengerti dan membawa diri.
Cincin dijari kiri dipandang sepi. Sama sepi seperti hatinya selama ini. Air mata masih tidak mahu berhenti, puas ditahan dan dipujuk hati.
"It's okay Eshal Aleeya. It's okay to cry. It's okay to hurt. You will be fine" katanya pada diri sendiri.
Setelah agak tenang, Aleeya keluar dan mencuci mukanya di sinki. Tisu diambil dan mukanya dilap bersih. Dia menenangkan dirinya seketika sebelum keluar dari bilik air. Mujur juga tiada yang menggunakan tandas ketika itu.
"Aleeya okay?" tanya Murni sebaik melihat kelibat Aleeya yang melalui mejanya.
"Okay, kak bagi Aleeya masa sikit. Nanti kita bincang tentang majlis di Hotel Saujana tu" kata Aleeya perlahan dan berlalu ke cubiclenya.
Handphone dicapai. Melihat jika ada panggilan lain dan message yang diterima. Kosong. Lega juga dia tiada yang menghubunginya.
"Astaghfirullah wa atubu ilaih" Bunga ulang baca sebanyak mungkin untuk menenangkan hati dan dirinya.
Perlahan dia mula menyambung kerjanya. Jam menunjukkan hampir ke angka empat setengah petang sewaktu kerjanya telah selesai. Dia mengambil not serta tab miliknya dan berlalu menemui Murni di mejanya untuk membincangkan hal berkaitan majlis di Hotel Saujana.
Share this novel