Bab 44

Romance Series 36633

FINAL exam bagi semester itu telah berlalu selama 3 hari, masih berbaki beberapa hari untuk menghabiskan subject yang masih belum selesai.

"Aku risau la" kata Azizah tiba-tiba ketika mereka sedang membuat revision.

"Kenapa?" soal Aleeya.

"Susah kot sem ni, exam sebelum ni pun banyak gak gorengnya tak tau la hangit ke tak" jawab Azizah.

"Sama lah" kata Azlina pula.

"Tak apa lah. Yang penting kita dah usaha. Sekarang Tawakaltu 'Alallah" ujar Aleeya pada mereka.

"Bunga, macam mana company yang kita usha tu? Okay tak kau rasa?" tanya Azlina pula.

"Okay. Aku dah call. Dia orang kata boleh, nanti kita habis exam kita email kan permohonan kita" jawab Aleeya.

"Pantas" ujar Azizah.

"Aku try nasib. Ye la kita minta untuk tiga orang kot buat practical kat situ. Aku mention minta lain-lain department, yang bersesuaian dengan bidang kita ni" terang Aleeya lagi.

"Thank you lah. InsyaAllah, semoga dapat lah kita sama tempat nanti boleh cari rumah sewa pun sekali" kata Azlina pula.

"Tak apa. For now kita focus final exam ni dulu lepas tu baru kita settle untuk practical tu" nasihat Aleeya.

"Kau orang lepas habis exam ni terus balik ke macam mana?" soal Aleeya.

"Ha'ah lah. Kita orang dapat kerja part-time kat area rumah boleh buat duit poket" kata Azizah.

"Oh. Okay. Aku pun plan, habis nanti terus balik kampung" kata Aleeya.

"Kau da lama tak contact Arjuna kau. Kau orang ada problem ke?" tanya Azlina.

"Tak ada lah. Ada je texting kat WhatsApp tapi jarang. Call je tak" jawab Aleeya.

"Kau ke dia yang nak macam tu?" soal Azizah.

"Aku minta ruang. Nak focus pada exam" jawab Aleeya pada kembar.

"Ada masalah eh?" tanya Azlina.

"Entahlah. Aku rasa hubungan aku dengan dia ni macam tak akan ke mana. Last time aku jumpa dia, aku dapat tahu family dia dah ada calon untuk dia. Itu pun sebab perempuan tu datang rumah sewa dia masa kita orang nak gerak picnic tu" terang Aleeya.

"Serious lah?" soal Azlina terkejut.

"Yup. Budak tu bukan budak kolej kita. Aku pun jumpa budak tu sekali tu je lah. Aku rasa kalau budak tu tak datang haritu, aku tak tahu pun hal ni" jawab Aleeya.

"Arjuna tak bagitahu kau ke?" soal Azizah pula.

"Tak, sebelum kejadian tu dia tak ada cakap apa-apa. Hari kejadian tu, baru dia bagitahu. Pilihan ummi dengan abi dia. Dia dah menolak, budak tu tak terima. Still nak tunggu juga. Entahlah" jawab Aleeya yang juga keliru dengan situasi mereka.

"Habis Arjuna macam mana? Maksud aku, keputusan dia. Dia pilih kau ke budak tu?" Azlina bertanya padanya.

"Dia masih pertahankan plan yang dia buat. Dia minta aku terus percayakan dia. Aku bukan tak percaya, aku percaya. Aku yakin tapi dalam masa sama aku pun takut kecewa. Aku pun dah mula ada rasa sayang pada dia, rasa cinta pada dia tapi aku takut, at the end aku yang terluka dan kecewa" Aleeya luahkan apa yang terpendam dalam hatinya.

"Be strong babe. InsyaAllah, doa yang baik-baik" kata Azizah sambil menepuk perlahan bahu Aleeya.

"Kita orang doakan semoga urusan kau dipermudahkan. InsyaAllah, jodoh akan jadi milik kau orang akhirnya" sokong Azlina.

"Thanks babe. Doakan aku mampu lalui ujian yang akan datang" jawab Aleeya dengan senyum hambar.

"KAU dengan Bunga macam mana?" tanya Irham padanya.

"Macam tu lah. Dia minta ruang untuk final exam ni" jawab Akhtar.

"Kau tak rasa dia macam sengaja cipta jurang antara kau orang?" soal Azad pula.

"Ada juga. Cuma aku hormat permintaan dia. Aku harap hubungan aku dengan dia baik-baik je" jawab Akhtar.

"Last time jumpa, kau dah explain semua?" tanya Irham.

"Dah. Malam kita picnic tu. Aku dah cakap dari hati ke hati dengan dia. Aku tahu apa dia rasa, apa yang dia bimbang, dia tahu aku stick dengan keputusan aku. Aku cuma minta dia terus percayakan aku, stay berkawan dengan aku. Aku harap jodoh memihak pada kita orang" jelas Akhtar.

"Budak Leyla tu apa cerita?" soal Azad.

"Entah. Aku block dia. Last time jumpa, dia berkeras nak teruskan menunggu. Itu keputusan dia, aku dah bagitahu keputusan aku" jawab Akhtar.

"Family kau?" tanya Irham lagi.

"Buat masa ni, tak ada pula tanya apa-apa lagi. Aku harap, jawapan aku tu diaorang terima" jawab Akhtar.

"Next week kan paper kita. Kau dah bagitahu Bunga ke kita dah habis intern, ada exam 2 paper?" tanya Azad.

"Tak. Aku ingat nak buat surprise. Hari kita exam tu hari sama dengan last 2 paper dia, timing pun sama" jawab Akhtar.

"Harap menjadi la surprise kau tu" kata Irham.

Akhtar senyum nipis, tidak membalas apa-apa. Sejak peristiwa mereka berjumpa kali terakhir. Aleeya meminta ruang untuk dirinya, dia berikan alasan final exam kepadanya. Akhtar tahu itu cara Aleeya ingin mencipta jurang antara mereka, dia boleh mengagak Aleeya bimbang akan terluka dan kecewa. Namun itu tidak membuatkan Akhtar mengalah. Kerana dia yakin Aleeya adalah jodohnya.

HARI kedua terakhir untuk final exam mereka. Aleeya dan si kembar awal sepuluh minit tiba di hadapan exam hall. Ketika sedang menanti bersama pelajar yang lain, Aleeya bertenang tanpa membaca sebarang nota. Tiba-tiba ada panggilan masuk, tertera nama Arjuna. Lama dia merenung tanpa menjawab panggilan itu.

"Asal tak jawab?" tanya Azizah yang melihat.

"Entah" jawab Aleeya. Sekali lagi deringan handphonenya berbunyi. Dan sekali lagi juga dia hanya melihat.

"Jawab lah. Kenapa tak jawab?" tanya Azlina pula.

Aleeya hanya pamer riak wajah kosong. Dia bimbang dia akan menangis bila mendengar suara Arjunanya. Dia rindu sungguh rindu, tapi dia juga bimbang dia akan lebih terluka.

Akhtar yang melihat dari jauh, mengeluh. Sedikit kecewa panggilannya tidak dijawab Aleeya. Melihat riak kosong yang terpamer di wajah gadis itu, dia yakin gadis itu menyimpan rasa dalam hatinya.

"Tak jawab juga? Pergi lah jumpa dia. Tengok renungan dia tu, banyak yang dia simpan" nasihat Irham.

"Aku takut dia lagi terganggu" jawab Akhtar.

"Kau yakin dengan dia kan? Pergi la jumpa. Dia jadi macam tu mesti sebab kes haritu" nasihat Azad pula.

Akhtar tidak menjawab, kaki diatur berjalan ke arah Aleeya. Rindu, bimbang bersatu dalam dirinya.

"Assalamualaikum" sapa Akhtar pada mereka bertiga.

Segera Aleeya mendongak melihat insan yang berdiri dihadapannya dan suara itu juga dia sangat kenal.

"Wa'alaikumsalam" jawab mereka serentak.

"Nak jumpa Bunga sekejap" kata Akhtar.

"Boleh-boleh. Bunga pergi la. Ada masa lagi" kata Azizah.

Aleeya serba salah. Dia hanya menatap pandang wajah insan dihadapannya itu.

"Sekejap je please. Jom" pujuk Akhtar.

Akhirnya Aleeya akur. Dia bangun dan mengikuti langkah Akhtar berlalu ke arah tepi dewan yang tidak jauh dari kembar.

"Sihat?" soal Akhtar.

Aleeya hanya mengangguk tanpa menjawab.

"Kenapa ni? Arjuna call tak jawab, jumpa pun tak nak bercakap ke?" soal Akhtar.

"Tak tahu nak cakap apa" jawab Aleeya sambil menunduk. Entah kenapa rasa sebak bertandang tiba-tiba.

"Tengok Arjuna pun dah tak sudi ke?" soal Akhtar yang tetap merenung Aleeya dihadapannya. Menunduk sahaja gadis itu.

"Tak lah. Takut banjir" jawab Aleeya dengan nada sedikit getar.

"Kenapa ni? Arjuna ada buat salah ke? Dah lama kita tak jumpa, bercakap pun tak. Texting pun sesekali. Nak masuk exam ni. Jangan la macam ni" pujuk Akhtar.

Tidak semena-mena air mata Aleeya menitis juga saat dia mengangkat wajah memandang Akhtar di depan mata.

"Eh! Kenapa ni my Bunga?" segera Akhtar hulur handkerchief miliknya sambil bertanya lembut pada Aleeya.

"Tak tahu" jawab Aleeya menyambut huluran handkerchief milik Akhtar dan mengelap air mata di pipinya.

"Rindu ya? Terkejut tengok Arjuna depan mata?" tanya Akhtar sambil tersenyum. Manja benar gadis itu pada matanya.

Aleeya hanya mengangukkan kepalanya ketika mengelap air mata dan membuang pandang ke arah lain.

"Angguk untuk jawapan yang mana ni?" usik Akhtar.

Segera Aleeya memberi jelingan tajam pada Akhtar.

"Auch! Jangan macam tu, sakit yang kat sini" kata Akhtar sambil memegang dadanya. Sengaja mengusik Aleeya

"Malas nak layan. Dewan dah buka nak masuk exam" Aleeya ingin berlalu.

"Eh! Macam tu je dia tinggal kita. Sampai hati betul" kata Akhtar.

"Dah tahu lagi nak tanya. Siapa je tak terkejut tiba-tiba call, tiba-tiba muncul masa hati tengah parah tahan rasa rindu. Dah lah nak exam" jawab Aleeya.

"I'm sorry saja nak buat surprise. Kita pula yang 'tersurprise' dengan reaksi orang tu" Akhtar cuba memujuk.

"Jangan sedih okay. Nanti kita jumpa lepas exam. Jawab soalan betul-betul. Selawat banyak-banyak. Semoga Bunga mudah jawab exam. Handkerchief tu Bunga pegang la dulu untuk lepaskan rindu. Rindu pun nangis, comel betul" sempat lagi Akhtar mengusik Aleeya.

"Arjuna..!!!" geram betul Aleeya dengan usikan Akhtar itu.

"Jom masuk exam. Usik sikit je pun, manja!" kata Akhtar pada Aleeya sambil berjalan di sebelahnya.

Aleeya buat tak layan. Laju langkah dibawa ke arah si kembar. Dari jauh dilihat Azad dan Irham sudah menanti berdekatan pintu dewan. Akhtar berlalu ke arah rakannya. Aleeya dan kembar juga menuju ke arah pintu masuk dewan.

Di dalam dewan Aleeya dan Akhtar duduk bersebelahan meja. Kebetulan susunan kedudukan paper exam mereka diatur begitu. Irham dan Azad sudah tersenyum-senyum memandang Aleeya. Dan semestinya Aleeya pamer muka kosongnya. Baru Aleeya ingin menukar tempat duduk bersama Azizah, Akhtar menghalangnya. Aleeya batalkan niatnya. Malas mahu berdrama.

TAMAT sesi exam. Sewaktu seisi dewan yang berbaki pelajar dibenarkan keluar oleh penjaga peperiksaan, Aleeya dipanggil Akhtar disebelahnya dengan perlahan. Aleeya menoleh memberi isyarat kenapa dengan pandangannya.

"Jumpa kat luar" kata Akhtar sewaktu beriringan jalan dengannya.

Aleeya hanya mengangguk tanda bersetuju. Akhtar, Irham dan Azad berjalan mendahului Aleeya yang masih menanti di barisan keluar pelajar wanita.

"Akhtar nak jumpa kejap" kata Aleeya pada si kembar.

"Okay je. Nak jumpa kat mana?" tanya Azlina.

"Tak tau, dia tunggu luar" jawab Aleeya.

Sebaik mereka bertiga keluar dari dewan, dilihat Akhtar melambaikan tangannya padanya

"Jom  teman, malu nak pergi sana sendiri" kata Aleeya pada si kembar.

"Jom" kata Azizah.

Sebaik mereka tiba ke arah Akhtar. Mereka di sapa Irham dan Azad.

"Hai kembar tiga" kata mereka serentak.

"Hai" jawab mereka bertiga juga serentak.

Terlepas ketawa mereka bersama, terasa lucu pula dengan keadaan itu.

"Jom duduk kat cafe la" kata Akhtar pada mereka.

"Okay. Jalan la dulu" jawab Aleeya.

Mereka menuju ke cafe berhampiran. Dan dua buah meja empat kerusi yang bercantum menjadi pilihan Akhtar dan mereka. Mudah untuk berbicara.

"Macam mana tadi okay?" tanya Akhtar pada Aleeya.

"Tak tahu la" jawab Aleeya

"InsyaAllah, okay la tu" kata Akhtar.

"Bunga balik bila?" soal Akhtar.

"Esok, lepas exam" jawab Aleeya.

"Awalnya. Pukul berapa gerak?" Akhtar ingin tahu.

"Exam habis pukul 10.30 pagi, dalam pukul 11 pagi paling lambat pukul 12" Aleeya pandang Akhtar di meja sebelahnya.

"Oh. Okay" kata Akhtar.

"Ada apa nak jumpa?" soal Aleeya.

"Saja la. Lama dah tak jumpa. Call pun tak, rindu la sikit kat orang tu" kata Akhtar jujur.

"Eh! Handkerchief ni. Esok la Bunga bagi ya. Bunga cuci dulu" kat Aleeya pada Akhtar.

"Bunga simpan. Nanti kalau rasa nak nangis lagi, pakai buat lap air mata. Arjuna dah tak ada nak tolong pujuk. At least handkerchief tu boleh tolong pujuk kan" kata Akhtar pada Aleeya.

Azad, Irham, Azizah dan Azlina sedang enak mengisi perut dengan pelbagai jenis gorengan yang dibeli oleh Irham dan Azad. Tidak dihirau Akhtar dan Aleeya.

"Bunyi macam betul-betul nak tinggalkan Bunga je" luah Aleeya.

"Eh. Orang tu yang mengelak kita, kita pula yang kena ya" usik Akhtar.

Tanpa semena-mena air mata Aleeya menitis lagi. Sensitive betul dia harini.

"Eh! Laaa...kenapa ni? Sorry, Arjuna main-main je tadi" pujuk Akhtar.

"Bunga minta ruang sebab nak exam je. Bukan Bunga nak lari ke apa. Tak nak serabut-serabut nak exam" jawab Aleeya sambil mengelap air mata yang entah kenapa senang benar mahu keluar harini.

"It's okay. Arjuna faham. Tu yang sampai speechless tadi, sampai luruh la air mata rindu tu" usik Akhtar.

"Ish! Tak nak kawan" jawab Aleeya merajuk.

"Ye lah. Sorry" Akhtar memujuk.

"I'm sorry too. For everything" kata Aleeya perlahan.

"It's okay my Bunga" kata Akhtar. 

"Esok sebelum balik. Jumpa Arjuna dulu ya. Lepas ni entah bila boleh jumpa lagi. Bunga study pun ada satu sem lagi, Arjuna maybe untuk sementara kena kerja dulu before nak continue" Akhtar meluahkan rasa.

"Okay. Esok Bunga settle semua dulu, baru jumpa Arjuna before balik kampung" jawab Aleeya.

"Good. Kita jumpa sebelum Bunga bertolak balik kampung. Nanti call bila dah selesai urusan" kata Akhtar.

Setelah itu mereka membawa haluan masing-masing. Aleeya dan si kembar pulang ke hostel. Akhtar, Azad dan Irham pulang ke rumah sewa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience