Bab 87

Romance Series 36633

"ASSALAMUALAIKUM Naa" Akhtar menghubungi kembar pagi itu.

"Wa'alaikumsalam" jawab Azlina.

"Hari ni Bunga tak datang kedai ya. Semalam dia accident, tapi dia okay, aku risau pula dengan keadaan dia nak bagi pergi kerja" kata Akhtar.

"Allahu Akbar..macam mana boleh accident?" terkejut Azlina dengan perkhabaran yang baru diterimanya.

"Masa dia balik semalam. Tak jauh pun dari rumah, dia kena kat persimpangan traffic light jalan besar sebelum nak sampai kawasan perumahan aku. Langgar lari, nanti ada masa aku cerita. Kau dengan yang lain hati-hati, alert dengan kawasan kedai. Jangan balik lewat malam" jelas Akhtar sambil berpesan pada mereka.

"Okay. Eh, jap. Dia da bagitahu kau ke belum?" tanya Azlina.

"Dah. Semalam aku bawa dia ke klinik lepas accident tu. Alhamdulillah, dua-dua dalam keadaan baik. Aku cuma nak dia rest je sehari dua. Aku pun ambil EL harini nak teman dia" kata Akhtar lagi.

"Alhamdulillah. Okay, no worries. Kedai kita orang take over. Biarlah dia rest sehari dua. Kau jangan lupa inform keluarga dia keadaan dia, they need to know. Anything update" kata Azlina.

"I will. Thanks. Assalamualaikum" kata Akhtar lalu menamatkan perbualan.

Akhtar lihat Aleeya yang menyambung tidur selepas solat subuh bersama, dipeluk kejap tubuhnya oleh Aleeya. Malam tadi entah berapa kali tidur isterinya terganggu, mungkin kerana trauma dengan kejadian semalam. Puas dia berfikir siapa yang berniat tidak baik terhadap isterinya.

"Assalamualaikum, ibu..." Akhtar menghubungi ibu mertuanya dan memberitahu perkhabaran mereka.

"Baik ibu. Wa'alaikumsalam" kata Akhtar diakhir perbualan.

Lalu dihubungi pula abang iparnya, Eidlan. Akhtar perlu mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi, juga perlukan pendapat untuk langkah yang boleh diambil mereka.

"Assalamualaikum. Abang, Akhtar ada hal sikit nak bagitahu ni" kata Akhtar sebaik panggilannya dijawab.

"Abang..." panggil Aleeya yang baru terjaga dari lenanya, jam di dinding menunjukkan angka 8.30 pagi.

"Ya sayang" muncul Akhtar dari pintu bilik mereka.

"Abang pergi mana?" tanya Aleeya yang sudah duduk di atas katil.

"Abang kat bilik kerja tadi sayang. Tengok semula rakaman video dash cam semalam" Akhtar duduk disebelah isterinya.

"Bunga lapar" rengek Aleeya.

"Sayang nak makan apa? Nak order atau nak abang masakkan?" tanya Akhtar prihatin.

"Apa yang ada kat bawah? Yang cepat masak. Bunga betul-betul lapar. Semalam last makan dengan abang, makan Subway tu" kata Aleeya yang kembali berbaring semula.

"Ya Allah. Abang lupa malam tadi nak tanya sayang dah makan ke belum. Roti ada. Abang buat roti telur ya untuk alas perut. Lepas tu kita keluar makan" Akhtar serba salah.

"It's okay. Malam tadi Bunga tak ada rasa lapar. Sorry abang, sebab Bunga abang tak pergi kerja hari ni. Malam tadi pun, mesti abang tak boleh tidur lena sebab Bunga kan" kata Aleeya serba salah.

"It's okay la sayang. Jom turun, abang buatkan roti telur" kata Akhtar.

"Abang turun dulu, sekejap lagi Bunga turun. Bunga nak pergi bilik air cuci muka" kata Aleeya yang masih berbaring.

"Okay. Abang turun dulu" jawab Akhtar.

Aleeya berlalu ke bilik air untuk mencuci mukanya. Terasa lesu tubuh badannya pagi itu. Dia merenung wajahnya seketika selepas menyisir rambutnya.

"Aku ada musuh ke? Siapa agaknya ya? Mustahil Nazim. Tak kan Leyla?" Aleeya berteka-teki sendiri.

"Sayang, abang nak tanya sikit" Akhtar mula menyusun kata-kata ketika mereka sedang bersarapan.

"Okay" jawab Aleeya.

"Kereta tu follow sayang ya? Dari mana sayang perasan dia follow sayang?" tanya Akhtar pada isterinya.

"Kereta tu follow Bunga ke? Bunga tak perasan. Tapi semalam, masa balik cuma Bunga dengan kembar je tak ada pula kereta lain yang sama keluar dari kawasan parking kedai" jelas Aleeya.

"Hurm. Abang perasan bila repeat banyak kali video dash cam tu. Abang semalam tu stay belakang kereta Hyundai Elantra tu lama, ada dalam lima ke sepuluh minit, tak ada pula tanda dia macam mabuk ke apa, tapi jadi pelik bila dia tiba-tiba rempuh kereta sayang, macam dia tunggu masa je nak langgar. Bunga ada rasa atau syak sesiapa tak?" jelas Akhtar.

"Entah lah. Tak boleh nak fikir" kata Aleeya lemah.

"It's okay. Oh, petang nanti ibu sampai. Dia risaukan sayang bila abang bagitahu keadaan sayang. I'm sorry, hal ni serious abang tak boleh tak bagitahu semua orang. Termasuk berita sayang dan abang nak jadi ibu dan ayah" Akhtar menjelaskan ahli keluarga mereka sudah mengetahui kejadian yang menimpanya, juga tentang berita kehamilannya.

"Tak apa ke bagitahu sekarang? Masih awal rasanya, Bunga malu" kata Aleeya.

"Kita perlu doa dari mereka. Terutama ummi dan ibu. Nak malu apa sayang, rezeki kita, Allah nak bagi awal" Akhtar senyum nipis melihat isterinya.

"KAU kenal kereta ni?" tanya Darius pada Nazim.

"Kau tahu kan kereta tu siapa punya. Tanya lagi kenapa?" jawab Nazim acuh tak acuh sahaja.

"Kau tahu tak malam tadi kereta ni langgar kereta yang Aleeya pandu?" soal Darius lagi.

"Kau biar betul. Confirm ke?" Nazim berdebar menanti penjelasan Darius.

"Confirm. Polis tengah cari owner kereta ni sekarang. Ni ada orang up video dash cam kemalangan tu jadi. Dah tular dah video kemalangan tu" ujar Darius lagi.

"Aku nak tengok video tu" minta Nazim.

"Nah.." Darius hulur handphonenya pada Nazim.

"Aduh. Buat hal la dia ni. Kau tahu keadaan Aleeya macam mana?" kata Nazim sebaik habis menonton video berdurasi sepuluh minit itu.

"Tak lagi. Aku tengah minta Murni dapatkan number suami Aleeya. Apa tindakan kau nak ambil sekarang? Nak guna peguam untuk selesaikan?" Darius menanti jawapan Nazim.

"Kita pergi balai buat report. Peguam pun kena ada. Kau pun tahu kereta tu memang dia punya dan dia guna sesekali, cuma nama masih nama aku. Aku tak nak rekod aku buruk" putus Nazim.

"Aku nak tahu keadaan Aleeya ASAP" kata Nazim pada Darius.

"Okay" jawab Darius kemudian berlalu keluar dari pejabat Nazim.

"Apa lagi yang kau cuba buat ni Kaisara" keluh Nazim.

"Hello bro..." Nazim menghubungi seseorang.

Nazim meneruskan kerjanya sementara menanti peguam peribadinya datang untuk berbincang sebelum ke balai polis.

"Tok..tok..tok" pintu pejabatnya diketuk.

"Masuk" arah Nazim.

"Dapat dah number Akhtar. Nak aku call atau kau call" soal Darius padanya.

"Kau call. Loud speaker. Aku nak dengar" putus Nazim.

"Okay" kata Darius, lalu di dail number Akhtar.

"Assalamualaikum. Akhtar, aku ni Darius" Darius mengenalkan dirinya.

"Ya, ada apa-apa yang aku boleh tolong?" tanya Akhtar bersahaja.

"Sorry bro ganggu. Aku nak tanya ni, semalam..." Darius terus bertanya tentang kemalangan yang berlaku.

Setelah mereka mendengar penjelasan Akhtar tentang kejadian yang menimpa Aleeya dan keadaannya, juga tentang video rakaman dash cam yang diperolehinya. Perbualan mereka tamat dengan baik.

"So, macam mana" soal Darius serious.

"Tunggu peguam" kata Nazim.

"Boss, Tuan Kamal dah sampai" kata Murni yang muncul bersama peguam peribadinya.

"Silakan Tuan Kamal" kata Nazim yang menyantuni peguamnya.

Perbincangan berlaku di antara mereka bertiga. Sebaik Tuan Kamal memberi jalan penyelesaian, Nazim hanya bersetuju jika itu yang terbaik. Nazim perlu berkerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan hal tersebut.

"ASSALAMUALAIKUM" suara orang memberi salam dari luar rumahnya.

"Wa'alaikumsalam" jawab Akhtar sambil berlalu ke arah pintu rumahnya.

"Ibu, sekejap ya" kata Akhtar sambil membuka grill rumahnya lalu keluar membuka pagar rumah.

"Bunga mana?" tanya puan Aliah.

"Tidur, tadi dia muntah-muntah lepas makan. Dia kata letih, Akhtar suruh dia rehat" jawab Akhtar yang menyambut kedatangan puan Aliah.

"Kereta ibu parking di luar ni tak apa ke?" tanya puan Aliah lagi.

"Nanti Akhtar bawa masuk parking dalam. Jom masuk ibu" ajak Akhtar pada ibu  mertuanya, dia membantu mengangkat bag pakaian ibu mertuanya.

"Kamu macam macam mana dengan Bunga?" tanya puan Aliah, dilihat Aleeya yang lena di sofa sebaik masuk ke dalam rumah anak menantunya.

"Alhamdulillah, baik-baik sahaja ibu. Ibu dah makan? Akhtar tadi bawa Bunga makan diluar, jadi tak masak lagi" kata Akhtar.

"Ibu ada bawa lauk ni, ibu dah makan tadi sebelum bertolak. Ibu nak rehat saja dulu" kata puan Aliah.

"Ibu masuk bilik bawah ni ya. Ibu rehat la dulu" Akhtar menunjukkan bilik untuk ibu mertuanya gunakan.

"Ini kamu simpan dulu. Nanti boleh panaskan. Tak perlu masak" puan Aliah serah recycle bag yang berisi tupperware makanan.

"Baik ibu, Akhtar dah bentangkan sejadah ke arah kiblat. Mudah untuk ibu solat nanti. Ibu bagi Akhtar kunci kereta, Akhtar nak parking kereta ibu dalam garaj" kata Akhtar pada mertuanya.

"Nah. Terima kasih" puan Aliah masuk ke dalam bilik tamu yang disediakan anak menantunya. Dia ingin berehat, letih terasa kerana sudah lama tidak memandu jauh.

Akhtar pula terus ke dapur untuk menyimpan makanan yang dibawa ibu mertuanya. Handphone di dalam poket seluarnya berbunyi. Tertera nama Eidlan.

"Assalamualaikum abang" jawab  Akhtar.

"Wa'alaikumsalam. Ibu dah sampai?" tanya Eidlan.

"Dah, baru je. Abang jadi nak datang sini?" tanya Akhtar.

"Abang dengan kak Eisya datang, tapi lepas habis kerja. Bunga macam mana?" Eidlan bimbang dengan keadaan adiknya.

"Okay. Cuma tadi dia muntah-muntah lepas makan. Kalau tak okay juga nanti, Akhtar bawa dia ke klinik" kata Akhtar yang sudah duduk di sebelah isterinya.

"Okay. Ibu ada kan, boleh la ibu tengokkan dia. Jumpa malam nanti InsyaAllah" kata Eidlan sebelum menamatkan perbualan.

"InsyaAllah, baik abang" kata Akhtar.

Aleeya terjaga dari lenanya apabila dikejutkan oleh Akhtar untuk menunaikan solat asar.

"Pukul berapa abang?" tanya Aleeya dengan mata terpejam.

"Pukul 5.00 petang dah sayang. Lama sayang tidur, bangun ya. Jom kita solat asar" kata Akhtar pada isterinya.

"Nak bau abang.." kata Aleeya seakan merengek manja.

"Bau apa pula ni sayang?" Akhtar tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Aleeya.

"Bau abang..bagi la Bunga bau abang sekejap" rengeknya.

"Sayang..abang tak faham. Bau apa? Abang bau busuk ke?" Akhtar tidak dapat menangkap maksud kata-kata isterinya.

"Nak bau sini, sini, sini" kata Aleeya sambil menunjukkan arah leher, dada dan ketiak suaminya.

"Ya Allah. Abang belum mandi petang lah, nanti lah. Jom kita solat dulu" pujuk Akhtar lagi, hairan sungguh dengan sikap Aleeya yang diluar jangkaannya. Segan juga dia apabila ibu mertuanya melihat ragam mereka berdua.

"Nak sekarang, kalau tak Bunga rasa nak muntah. Bagi lah" seakan mahu menangis sahaja nadanya.

"Bagilah Akhtar. Pembawakan dia la tu" kata puan Aliah yang sedari tadi melihat drama anak dan menantunya.

"Boleh tahan lurus juga menantu aku ni" kata puan Aliah dalam hatinya.

Akhtar garu kepalanya yang tidak gatal. Malu apabila sudah memahami kehendak Aleeya yang mahu mencium bahagian badannya. Apa lagi bila ditegur ibu mertuanya.

"Ibu???!!!!" kata Aleeya hairan apabila mendengar suara ibunya.

"Ibu la ni. Dah buka mata ke belum? Nampak ibu tak kat sini?" sengaja puan Aliah mengusik anaknya.

"Ibuuuuu..." teruja Aleeya, terus bangkit dari pembaringannya. Laju mendapatkan ibunya dan dipeluk cium sepuasnya.

"Rindu ibu" sayu nada suaranya.

"Rindu tapi tak balik kampung, call je hari-hari" sindir puan Aliah.

"Busy..sorry" kata Aleeya yang masih memeluk ibunya.

"Dah pergi solat. Jenuh laki kamu kejut dari tadi. Hilang dah rasa nak muntah?" tegur puan Aliah.

"Tak..ada rasa lagi. Bila dapat bau abang, rasa mual tu tak berapa sangat" adu Aleeya pada ibunya.

"Baby lah tu nak bau ayahnya. Pergi lah solat. Lambat nanti habis waktu" kata puan Aliah.

"Okay.." Aleeya melepaskan pelukannya. Dia berjalan mendapatkan Akhtar yang sejak tadi menantinya.

"Apa la sayang ni. Cakap tak tengok kiri kanan. Malu dengan ibu, nasib baik ibu je yang ada" kata Akhtar setelah mereka selesai menunaikan solat asar bersama.

"Sorry. Tak tahu ibu da sampai, abang kata petang. Nak bau.." jawab Aleeya lalu dia meminta lagi untuk menghidu bau tubuh suaminya.

"Sayang, apa pelik sangat perangai ni.." tegur Akhtar, namun dia layankan sahaja permintaan isterinya.

Tubuh Akhtar dipeluk, dicium leher Akhtar sepuasnya. Beralih ke dada pula, kemudian ke ketiak lalu ke bahagian leher semula. Bau tubuh Akhtar membantunya menghilangkan sedikit rasa mualnya.

"Sayang tak boleh buat selalu tau macam ni" kata Akhtar pada Aleeya yang masih mencium lehernya.

"Kenapa pula tak boleh. Habis nanti nak muntah macam mana" kata Aleeya yang masih memeluk dan mencium suaminya.

"Sayang ni mengundang lah. Ada yang kena mandi nanti ni" kata Akhtar perlahan.

Terus terhenti perlakuan Aleeya. Tidak terfikir dia kelakuannya akan mendatangkan rasa yang satu suaminya.

"Sorry.." kata Aleeya, dicium sekilas bibir Akhtar seperti selalunya apabila dia rasa bersalah.

"Dah terlambat..." bibir isterinya dipagut lembut, tubuh langsing Aleeya yang masih memeluknya diangkat ke katil. Aleeya tidak menolak, hanya merelakannya dengan senyuman.

Suasana petang yang hangat, menjadi lebih hangat dengan pelayaran cinta mereka.

"MACAM mana dengan perkembangan kes?" tanya Eidlan pada Akhtar sewaktu mereka berdua dia sofa ruang tamu.

"Tadi officer in charge ada call. Katanya owner ada datang dengan peguam buat laporan tentang kereta tu. Abang boleh teka tak siapa?" cerita Akhtar.

"Kita kenal? Siapa?" tanya Eidlan hairan.

"Nazim. Tapi, katanya kereta tu hadiah untuk Kaisara setahun lebih yang lalu sebelum mereka berpisah. Hadiah hari lahir Kaisara, tapi nama di geran kereta masih nama Nazim. Sekarang ni, polis tak boleh nak keluarkan waran tangkap sebab perlu pastikan Kaisara yang memandu atau orang lain. Tapi menurut Nazim dan bekas rakan serumahnya Mimie, memang Kaisara masih menggunakan kereta tu. Complicated kes ni" jelas Akhtar.

"Ya Allah. Apa lagi dia nak. Harap kali ni, kalau dia yang buat tak terlepas lah macam sebelum ni" kata Eidlan pula.

"Akhtar pun bimbang perkara yang sama. Ada juga tanya pegawai in charge tu, kalau boleh kaitkan dengan kes sebelum ni. Pegawai tu kata dia akan tengok dulu fail kes sebelum ni. Akhtar rasa motif dendam la. Mungkin dia ingat Nazim masih kejar Bunga lagi, lagipun dia tak tahu kan Bunga dah kahwin dengan saya" Akhtar luah pendapatnya.

"Abang pun rasa perkara yang sama. Dia berdendam, mungkin dia ingat Nazim masih terkejarkan Bunga. Lagi pula abang dapat tahu mereka dah bercerai kan, abang risau keselamatan Bunga. Buat masa ni, apa kata Akhtar yang hantar dan ambil Bunga dari tempat kerja" kata Eidlan pula.

"Akhtar pun ingat macam tu juga. Sampai kes ni selesai. Akhtar akan hantar dan ambil Bunga. Jika tak sempat atau urusan luar Akhtar minta kembar bawa dia pulang ke rumahnya. Dengan keadaan dia yang macam tu, Akhtar bimbang sebenarnya" luah Akhtar lagi.

"InsyaAllah. Kita doa yang baik-baik. Kalau Akhtar ada kerja luar atau urusan lain. Abang pun boleh juga tolong jagakan Bunga, adik abang kan tu" Eidlan cuba mengusir rasa bimbang Akhtar pada adiknya.

"Abang dan abang sayang, jom makan" ajak Aleeya pada Eidlan dan Akhtar.

"Amboi..siapa yang abang sayang tu?" usik Eidlan. Akhtar juga menanti jawapan Aleeya.

"Mestilah abang" Aleeya memeluk lengan Eidlan.

Akhtar geleng kepala. Merajuk la tu.

"Hai la sayang. Merajuk tak habis lagi la tu. Banyak lagi tempat awak boleh cium sayang, situ juga di mintanya" bisik Akhtar dalam hati. Semua gara-gara dia melarang Aleeya mencium ketiaknya.

"Merajuk ke tu?" tanya Eidlan berbisik pada Akhtar.

Akhtar hanya mengangguk sebagai jawapan. Eidlan geleng kepala. Apa sahaja la kerenah adiknya itu.

"Esok Bunga cuti lagi ya?" tanya puan Aliah.

"Esok Bunga.." belum sempat Aleeya menghabiskan ayatnya Akhtar terlebih dahulu mencelah.

"Cuti. Akhtar bagitahu kembar dia cuti dua atau tiga hari" kata Akhtar.

"Abang..." kata Aleeya, nadanya terasa sayu seakan mahu menangis. Cepat benar dia terasa hati dengan Akhtar.

"Kita bincang nanti okay sayang. Makan dulu" pujuk Akhtar. Puan Aliah, Eidlan dan isterinya Eisya menjadi pemerhati sahaja.

"Kamu morning sickness teruk Eisya?" tanya puan Aliah pada menantunya, menukar topik perbualan mereka.

"Tak ada dah ummi, seminggu awal je. Cuma Eisya tak boleh bau nasi yang tengah tanak atau wap nasi" jawab menantunya, Eisya.

"Alhamdulillah. Due bulan October kan. Jadi Eisya bersalin dulu dari Bunga, Bunga due bulan January tahun depan" kata puan Aliah. 

"Eisya rancang nak berpantang di kampung, dengan mama. Mungkin lepas bersalin, terus balik sana" kata Eisya pada mertuanya.

"Ikut selesa kamu. Ibu tak kisah, boleh ibu melawat di mana pun kamu. Yang penting jaga kesihatan" pesan puan Aliah.

Tiba-tiba Aleeya bangun dan berlari ke tandas. Akhtar turut bangun mengikuti isterinya. Habis dimuntahkan makanan yang dimakannya tadi.

"Abang keluar lah. Bunga muntah ni, busuk" kata Aleeya pada Akhtar yang mengurut batang tengkuknya.

"It's okay. Sayang muntah je" kata Akhtar yang kasihan melihat Aleeya.

Mujur ada puan Aliah di rumah mereka, dapatlah membantu Akhtar mengemas meja makan dan mencuci pinggan yang digunakan. Akhtar melarang kakak iparnya membantunya, pasti kakak iparnya itu letih kerana berkerja.

"Bunga jaga diri. Dengar cakap suami, Akhtar larang tu bersebab. Semua pun risau keselamatan Bunga. Ibu datang teman sebab Akhtar minggu ni ada kerja luar, dan bertugas malam. Kes pun masih dalam siasatan. Rehat la dulu esok, morning sickness pun baru start kan" nasihat Eidlan.

"Okay" jawab Aleeya sepatah. Muncul Akhtar bersama ibu mertuanya yang baru selesai mengemas.

"Ibu, abang dengan Eisya balik dulu ya. Esok kerja" Eidlan minta diri.

"Elok lah tu. Eisya pun mesti letih, balik kerja terus datang sini. Hati-hati memandu" kata puan Aliah.

Mereka bersalaman. Akhtar menemani Eidlan sehingga ke keretanya.

"Bunga naik lah rehat. Lembik dah tu, nak ibu teman ke bilik?" tanya puan Aliah prihatin.

"Bunga tunggu Akhtar ibu" jawabnya lemah.

"Okay la. Ibu masuk bilik dulu ya" kata puan Aliah.

Aleeya hanya mengangguk kecil.

"Sayang..kenapa tak naik lagi?" tanya Akhtar.

"Tunggu abang.." jawab Aleeya lemah.

"Jom. Kita rehat kat atas" Akhtar hulur tangan untuk memimpin Aleeya. Mereka berjalan beriringan naik ke bilik.

"Macam mana abang nak tinggal sayang ni. Risau abang, minggu ni abang busy. Dua hari kursus luar, rabu dan khamis mujur boleh berulang. Abang bertugas malam lagi. Sayang jaga diri ya, ibu offer nak datang sini teman sayang minggu ni. Sebab tu abang minta sayang cuti sehari lagi. Ibu kan baru sampai tadi" Akhtar peluk tubuh Aleeya yang berbaring di dadanya.

"It's okay. Bunga faham abang risau. Tapi Bunga boleh jaga diri" jawab Aleeya yang selesa berada di dalam pelukan Akhtar.

"Lemah sampai macam ni sebab muntah. Macam mana sayang nak jaga diri sendiri. Buat masa ni abang hantar dan ambil sayang balik kerja. If abang tak boleh, kembar akan hantar sayang" pujuk Akhtar lagi.

"Okay" jawab Aleeya, malas mahu berbalah kata dengan suaminya.

"Tidur lah. Abang teman sayang, tapi lepas sayang tidur abang nak buat kerja sikit di bilik kerja" Akhtar mula membacakan Zikrullah untuk Aleeya dan kandungannya.

"Okay. Terima kasih sebab selalu jaga Bunga dengan baik" kata Aleeya dengan mata terpejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience