Bab 3

Romance Series 36633

“ALEEYA. Nanti lepas asar Kak Sue nak datang tau. Dia tidur bilik kita seminggu. Kitaorang ada test dengan group discussion. Group tu semua stay hostel kecuali Kak Sue, diaorang decide nak buat malam. Kesian pula Kak Sue nak berulang kolej dengan rumah sewa, malam pula lagi dia tak ada transport. Aleeya okay kan?” tanya Ain pada Aleeya.

Aleeya yang ketika itu sedang menyiapkan assignment, berhenti seketika dan melihat Ain yang sedang bersiap seperti ingin keluar.

“Okay je. Tak ada masalah. Ni Kak Ain nak pegi mana?” Aleeya bertanya melihat Ain yang telah bersiap dan bersedia mahu keluar.

“Kak Ain nak keluar kejap ada nak jumpa kawan kat taman block library. InsyaAllah, sebelum asar Kak Ain balik bilik. Tapi nanti klau tak sempat Aleeya tolong la ambil Kak Sue kat bawah ya. Dia tau block ni tapi tak tahu bilik mana, nanti akak bagi num Aleeya pada dia ya” kata Ain sebelum berlalu keluar dari bilik kami.

“Okay. No problem” jawab Aleeya bersahaja.

Handphone Aleeya ambil. Mahu melihat jika ada mesej di WhatsApp. Selain mahu melihat FB dan IG sekadar menghilangkan rasa bosan. Sedang leka scroll IG stalk artis-artis yang cantik, muncul notifikasi WhatsApp group dari si kembar. Mereka berbalas pesanan.

BSM GROUP

Sayang: Jom pegi cafe. Tepu dah ni.

Manja: Jommm, boleh makan aiskrim.
Bunga: Macam malas la, tengah buat assignment Cik Farah.

Manja: Jom la, kejap je. Kitaorang pun tengah buat gak ni assignment Cik Farah.

Bunga: Okay lah, lima minit kita jumpa kat bawah. Lambat cancel.

Setibanya mereka di cafe berhampiran block asramanya, terus dia dan si kembar menikmati aiskrim masing-masing. Agak lengang mungkin kerana pada waktu ini masih ramai yang berada di kolej atau memilih untuk berehat di bilik masing-masing.

“Aku tak boleh lama tau, jap lagi lepas asar Kak Sue nak datang bilik. Dia stay bilik kitaorang” Aleeya melihat si kembar yang sedang asyik menikmati aiskrim dan melihat handphone di tangan.

“Okay je, lepas habis ni kita balik la. Tepu la stay bilik je hadap assignment” kata Azizah.

“Aku nak pegi tapau jap, kau orang tak nak ke? Nanti malas nak turun lagi beli makan. Manja, nak makan apa?” tanya Azlina.

“Malas la. Tadi aku makan lambat. Nasi dengan lauk Kak Ain masak pun ada lagi. Nak tapau air manis je nanti” balas Aleeya pada Azlina yang berura-ura mahu pergi membuat pesanan makanannya.

“Nasi goreng kampung, telur mata goyang. Thank you Sayang” ujar Azizah pada kembarnya.

Siap pesanan mereka. Terus kami ke gerai minuman untuk bungkus air minuman masing-masing. Sedang menanti, tiba-tiba handphone di tangan berbunyi. Skrin dilihat. Number tidak dikenali terpapar, icon hijau digesek. Handphone dilekap ke telinga ingin tahu gerangan si pemanggil.

“Siapa?” soal Azlina apabila Aleeya selesai berbual. Azizah di sebelah juga turut menanti, ingin tahu.

“Kak Sue, dia dah gerak nak datang sini. Jom gerak balik, dah siapkan?” tanya Aleeya pada mereka.

“Dah. Jom lah. Kak Ain tak ada ke?” tanya Azizah.

“Belum balik kot, tu yang Kak Sue call aku ni” ujar Aleeya padanya.

SAMPAI dibilik azan berkumandang, handphone dilihat tiada notifikasi dari Kak Sue. Sementara menanti dia menunaikan solat asar dahulu. Sebaik salam diberi, handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Segera dicapai, nama Kak Sue tertera. Icon hijau digesek.

“Ya Kak Sue, dah sampai?” soal Aleeya.

“Dah, Kak Sue kat bawah block. Aleeya boleh turun? Kak Sue nak minta tolong angkat barang sikit” ujarnya.

“Sekejap ya, Aleeya turun.” Balas Aleeya pula.

Sampai di kawasan parkir bawah block hostelnya, kelihatan Kak Sue sedang menanti di sebuah kereta bersama barangan miliknya. Dia melangkah menuju ke arah Kak Sue untuk membantunya. Sampai sahaja pandangan matanya disapa oleh wajah pemilik kereta di bahagian pemandu yang sedikit terbuka, seorang lelaki. Hanya sekali lalu dia melihat, tetapi seolah dia mengenali lelaki tersebut tapi di mana.

“Banyak barang Kak Sue?” tanya Aleeya pada Kak Sue yang sedang mengambil bag laptop miliknya di tempat duduk belakang penumpang. Disisinya terdapat bag bimbit plastic yang berisi bantal dan selimut.

“Ada bag baju kat belakang. Aleeya tolong ambil boleh? Jap Kak Sue minta kawan buka boot belakang” katanya pada Aleeya.

“Akhtar, buka boot belakang nak ambil bag baju. Aleeya dah sampai ni” Kak Sue mula memakai bag laptopnya dan mencapai barangan disisinya untuk diangkat.

“Dah. Boleh dah nak ambil. Buka je boot belakang tu” segera dia menoleh dan bangun dari tempat duduk pemandu untuk keluar pergi ke boot belakang kereta.

Pandangan matanya menyapa tubuh kecil yang membelakanginya bergerak melangkah ke bonet belakang keretanya. Bila gadis itu berpaling menoleh padanya, sungguh dia merasakan seperti cerah peluangnya untuk mengenali gadis itu.

“Yang ni ke bag baju Kak Sue, ke yang itu?” Aleeya menyoal dirinya, keliru kerana terdapat dua buah bag baju, bimbang dia tersalah ambil pula.

“Yang ini bag Kak Sue, yang itu saya punya. One fine day akan jadi kita punya” ujar Akhtar,sengaja dia mengusik gadis itu.

“Hah?! Awak cakap apa? Saya tak faham” Aleeya menoleh dan menyoal. Blur. Terkejut dirinya disapa seseorang.

“Tak ada apa, nah bag Kak Sue. Berat juga ni, boleh ke bawa?” Akhtar menghulurkan bag pakaian Sue pada gadis itu.

“Boleh je. Tak berat mana pun. Terima kasih” ucap Aleeya menyambut bag yang diberikan padanya.

“Nama siapa?” Akhtar menyoal berani.

Hanya senyuman kecil yang dibalas Aleeya pada pemuda itu. Dia kemudiannya menghampiri Sue yang sedang bercakap di telefon. Menanti untuk sama-sama naik ke biliknya.

“Budak kecik. Nama siapa?” sekali lagi Akhtar mencuba nasib.

Sue mengerling pada mereka yang berada dihadapan sambil tersenyum. Mungkin kerana turut mendengar soalan yang ditanya Akhtar tadi. Selesai bercakap di telefon segera dia melihat keduanya bersilih ganti.

“Dah macam couple pulak. Jodoh sungguh ni. Baju sama colour. Berdiri sebelah-sebelah macam ni, bagai pinang dibelah dua” giat Sue mengusik keduanya.

Serentak Aleeya dan Akhtar menoleh satu sama lain. Langsung melihat pakaian di tubuh masing-masing yang berwarna blue black.

“Eh! Kenapa tak perasan tadi. Sue tegur baru perasan, jodoh rupanya” selamba Akhtar membalas kata sambil tersenyum.

“Jodoh apo? Ni bukan pinang dibelah dua. Ni macam pinang kena lenyek bulldozer” jawab Aleeya selamba.

Aleeya menayang wajah tanpa riak pada pemuda di sebelahnya.
Terletus tawa Sue dan pemuda itu mendengar kata-kata Aleeya dengan ekspresi wajahnya yang bersahaja.

“Garang pun comel” usik Akhtar. Sue pula hanya tersenyum melihat tingkah mereka berdua.

“Ada apa-apa lagi tak Kak Sue? Atau kita dah boleh naik bilik” tanya Aleeya bersahaja.

“Tak ada apa dah. Jom naik” balas Sue.

“Akhtar, terima kasih tau tolong hantarkan. Balik kampung drive kereta hati-hati. Sue naik dulu” Sue berterima kasih padanya kerana sudi membantu menghantarnya ke hostel.

“Sama. Kirim salam budak kecik sebelah Sue tu. Sombong betul dia” balas Akhtar sambil berjalan memasuki kereta bahagian pemandu.

Sue hanya ketawa, kenal benar dia dengan perangai Aleeya yang tidak peramah dengan orang yang baru dikenalinya. Aleeya di sebelah hanya pamer senyum nipis sambil kepalanya di gelengkan sekali.

“Tu abang handsome kirim salam. Aleeya ni pun. Dia tanya nama kenapa tak jawab?” seiring mereka berjalan ke block hostel untuk naik ke bilik setelah dilihat kereta Akhtar mula bergerak meninggalkan kawasan pakir.

“Entah. Tak berminat. Aleeya macam pernah jumpa dia la Kak. Ke Aleeya salah orang. Tak ingat” balas Aleeya bersahaja. Namun fikirannya tetap ligat memerah otak memproses wajah pemuda tadi.

Dirinya juga terasa berdebar apabila berhadapan dan bertentang mata dengan pemuda itu. Tidak pernah dia berperasaan begitu. Namun untuk menutup rasa gugupnya, dia lebih suka mengelak dari membicarakan hal itu.

“Mungkin terserempak kat mana-mana. Café, library or cybercafé. Dia single lagi tau. Macam dia minat Aleeya je” Seloroh Sue pada Aleeya.

“Mengarutlah akak ni. Muka macam Aleeya ni siapa je yang nak kak. Sememeh, selekeh, tak cantik pulak tu. Toto, bantal & selimut akak ni boleh letak atas box hijau Aleeya ni. Dalam box ni tak ada apa pun” ujar Aleeya pada Sue setelah mereka tiba dibiliknya, sekaligus menunjukkan arah box itu berada.

Aleeya meletakan bag baju milik Sue bersebelah box itu. Tanpa sengaja Aleeya melanggar meja belajar yang berada di sebelah box itu, terjatuh botol air mineral yang masih berbaki separuh di dalamnya. Tanpa semena-mena terus dia teringat peristiwa sewaktu melanggar seorang pemuda di café tempoh hari.

“Ya. Dialah. Dia yang aku langgar haritu. Patutlah macam pernah jumpa. Aduhai lembab betul lah aku ni” tanpa sedar tangannya naik mengetuk kepala sendiri.

“Aleeya ok ke? Kenapa ketuk kepala sendiri? Sakit kepala ke?” bertalu-talu soalan diaju Sue padanya.
. “Eheee…Aleeya ok. Tiba-tiba teringat sesuatu” Aleeya pamer sengih janggalnya ketika menjawab pertanyaan Sue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience