Bab 32

Romance Series 36633

"ESOK hari raya, esok hari raya" nyanyian Emir yang sumbang di ruang tamu kedengaran selepas pengumuman raya di buat.

"Alhamdulillah. Sempurna sebulan kita berpuasa. Semoga masih di rezekikan untuk berjumpa lagi bulan ramadan tahun hadapan" ucap puan Aliah.

"Aamiinn. InsyaAllah. Alhamdulillah, raya ni semua anak-anak ibu ada kat sini. Tapi tahun depan kakak raya turn rumah abang Iqmal" kata Eryna pula.

"Tak apa lah. Raya sini ke raya dengan keluarga Iqmal ke, sama saja. Tetap keluarga kan. Ibu ada adik, Bunga dengan abang raya bersama pun dah Alhamdulillah" jawab puan Aliah yang sedang melihat ketupat yang direbus.

"Abang tak ada cakap dengan ibu ke dia dah ada calon ke belum?" tanya Aleeya yang sedang mengacau sambal kuah kacang.

"Tak ada. Belum lagi lah agaknya. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu dapat jodoh yang baik" jawab puan Aliah.

"Abang tu bukan apa. Dia belum nak settle down selagi Bunga masih single. Bagi dia ibu, kakak dengan Bunga lebih jadi keutamaan" ujar Eryna pula.

"Ibu, rendang dah boleh angkat rasanya ni" suara Eidlan menyapa di pintu dapur.

"Sekejap ibu datang. Bunga tengok kan ketupat, lagi 5 minit dah boleh angkat. Nanti minta tolong Emir" pesan puan Aliah sebelum berlalu keluar ke dapur belakang.

Rendang ayam tua dan rendang daging akan di masak dengan cara tradisional, menggunakan dapur kayu api. Lebih sedap rasanya berbanding menggunakan dapur moden.

Eryna yang telah siap mengisi balang kuih raya memandang ke arah Aleeya yang sedang menutup api dapur gas.

"Kenapa kakak? Ada apa-apa nak tanya Bunga ke?" Aleeya yang perasan akan pandangan sesuatu kakaknya itu bertanya.

"Bunga memang tak ada calon ke? Boyfriend ke? Someone special ke? Teman tapi mesra ke?" tanya Eryna.

"Tak ada kakak. Emir ambil ni kuih, dah boleh letak atas meja ruang tamu. Jangan nak mengelak, nak angkat ketupat ni. Ibu suruh Emir buat" Aleeya menidakkan dalam masa yang sama memanggil Emir yang seronok melayan Iris di ruang tamu.

"Datang.." sahut Emir.

"Habis Akhtar?" tanya Eryna lagi tidak berputus asa.

"Bunga baru terima dia jadi kawan Bunga kak. Cuma kawan. Kami tak ada declared apa pun. Bunga pun tak pasti, tapi yang jelas kami cuma kawan" Aleeya berterus terang.

"Oh. Kakak ingat Bunga dengan dia dah bercinta" kata Eryna.

"Kenapa pula macam tu. Pandai je kakak ni" Aleeya pelik dengan ayat kakaknya itu.

"Abang Iqmal pun ingat macam tu tau, bukan kakak je. Bila kakak tanya abang, dia kata budak tu suka Bunga tapi masih following the flow" kata-kata Eryna menarik perhatian dia.

"Abang cakap macam tu? Tak ada pula Akhtar cakap apa-apa. Abang pun tak cakap apa-apa dengan Bunga" jawab Aleeya jujur.

"Tak apa lah, ada jodoh tak ke mana. Kakak harap memang dia lah jodoh Bunga, Arjuna yang Bunga nanti selama ni. Berkenan kakak dengan perwatakan dia, abang Iqmal pun setuju kalau itu pilihan Bunga" kata Eryna padanya.

"Bunga serah semua pada Tuhan" jawab Aleeya sambil tersenyum.

Emir datang dan mengangkat ketupat yang direbus, diletakkan kedalam besen. Tugas Aleeya pula perlu menggantung di tempat yang di sediakan ibunya. Eryna juga membantu. Siap sahaja mereka keluar melihat Eidlan dan Iqmal yang sedang membakar lemang.

"Dah siap bang?" soal Eryna pada suaminya Iqmal.

"Tunggu sikit lagi kata ibu. Semua dah siap kat dalam?" soal Iqmal pula.

"Dah. Semua dah siap. Abang nak air ke?" Eryna bertanya lagi.

"Boleh sayang. Air sejuk, isi dengan penuh kasih sayang tau" usik Iqmal sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Eryna.

Eidlan dan Aleeya ketawa sahaja dengan adegan drama mereka. Kagum mereka dengan layanan, kasih sayang dan saling menghormati yang terpamer jelas pada keduanya. Dalam masa yang sama Aleeya dan Eidlan juga berharap mereka akan mendapat pasangan yang sebegitu.

Hampir lengkap juadah untuk pagi raya esok. Rendang daging, rendang ayam tua, serunding kelapa, sambal kuah kacang, sambal goreng jawa, lemang. Esok pagi hanya perlu memasak kuah lodeh sahaja. Dodol order dengan Pak Seman setiap tahun, dodol Pak Seman memang terbaik di kampung itu.

WHATSAPP diterima baru sempat dibaca Aleeya.

++
Selamat Hari Raya Aidilfitri Bungaku. Semoga Aidilfirti ini memberikan seribu rahmat dan kebahagian buat Bunga dan keluarga. Abang mohon maaf zahir dan batin andai ada melakukan silap dan salah sepanjang mengenali Bunga. -Akhtar-

BSM GROUP

Manja : Selamat hari raya Bunga dan Sayang. Maaf zahir batin.

Sayang : Selamat hari raya juga Manja dan Bunga. Maaf zahir batin.

Bunga : Selamat hari raya juga kesayanganku. Maaf zahir batin juga. Sorry lambat busy kat dapur.

Di baca WhatsApp dari mereka. Ada juga dari Kak Ain dan Kak Sue serta kenalan yang lain. Dia membalasnya dengan perkara yang sama. Terakhirnya baru dia membalas pesanan WhatsApp Akhtar.

++
Selamat hari raya juga abang. Maaf zahir dan batin juga dari Bunga. Terima kasih juga untuk semuanya. Semoga abang juga beroleh seribu rahmat dan kebahagiaan bersama keluarga. -Aleeya-

++
Bunga tak tidur lagi? -Akhtar-

++
Baru masuk bilik ni, tadi tolong masak kat dapur semua. Bakar lemang tu yang lambat sikit tu. -Aleeya-

++
Tangan macam mana? Esok raya. -Akhtar-

++
InsyaAllah ok. Luka cantik cantum. Tapi mesti ada parut nanti. Masih perlu dressing lagi. Esok raya la walaupun beranduh. Hihi -Aleeya-

++
Alhamdulillah. Parut pun tak apa. Abang terima Bunga seadanya. -Akhtar-

++
Maksud abang? -Aleeya-

++
InsyaAllah. Jumpa nanti abang terangkan. Jaga diri Bunga untuk abang. Jaga diri okay. Pergi tidur, abang pun nak tidur. Esok pagi nak solat raya kan. Jangan lupa hantar gambar pada abang. Make sure abang orang pertama dapat gambar Bunga tau. Hantar banyak-banyak pun tak apa. Jangan up sangat gambar Bunga dekat social media. Selamat malam. Assalamualaikum. -Akhtar-

++
Alamak. Okay, baik. Selamat malam. Jaga diri juga abang. Selamat malam. Wa'alaikumsalam. -Aleeya-

Setelah habis berbalas WhatsApp. Aleeya pergi membersihkan dirinya sebelum tidur. Masih juga memikirkan kata-kata Eryna dan Akhtar kelmarin dan juga tadi. Selesai mandi dan berpakaian. Aleeya baring di katilnya.

Handphone diambil dan gallery di buka. Dilihatnya gambar Akhtar yang dia curi-curi ambil. Tidak dinafikan, ada ciri-ciri Arjuna pada diri jejaka itu. Aleeya bertanya pada dirinya sendiri.

"Dia suka aku ke? Dia maksudkan impian kita bersama apa? Masa depan aku dengan dia la kan? Dia suruh aku jaga diri aku untuk dia, maksudnya dia nak aku la kan, tadi dia cakap dia terima aku seadanya, maksudnya betul la dia sukakan aku? Aku tak la bodoh sangat nak faham hint tu, tapi dia tak berterus terang pun. Aku takut, aku je bertepuk sebelah tangan tak pun perasan sendiri. Sudah lah Bunga tidur lah" puas bersoal jawab dengan diri sendiri.

"YA ALLAH, mudahkan lah urusan jodohku bersamanya. Aku tahu hanya dia. Dia yang hati aku mahukan, dan aku yakin. Dia adalah orang yang Engkau hantarkan sebagai jodoh ku" doa Akhtar di dalam hati selepas berhenti WhatsApp bersama Aleeya.

Buddies.

Akhtar : Selamat hari raya buddies.

Irham : Selamat hari raya juga bro.

Azad : Selamat hari raya geng.

Akhtar : Jemput datang rumah macam biasa.

Irham : InsyaAllah, macam biasa la aku tunggu Azad. Kau pun jangan lupa datang rumah aku.

Azad : InsyaAllah. Raya kedua kita orang datang. Sama la datang rumah aku jugak.

Akhtar : InsyaAllah. Raya ketiga aku datang rumah kau orang. Aku nak ajak pergi rumah Aleeya sekali.

Irham : Aleeya ajak datang rumah? Kau dengan dia dah settle ke?

Akhtar : Abang dia ajak datang rumah raya ke 3. Aku wish kat abang dia. Raya ke 4 abang dia da balik, kakak dia balik sebelah mertua pula. Dia suruh datang raya, kenal dengan family diaorang.

Azad : Okay la tu. Aku on je, tak de hal lah.

Irham : Okay. Nanti roger. Kau dah kenal ke dengan calon yang kau cakap tu.

Akhtar : Nanti kita jumpa, aku cerita. Tidurlah, esok pagi nak pegi solat raya. Nanti cam biasa hantar gambar handsome di pagi raya.

Irham : Hoi. Elyn awal dah pesan bab gambar tu. Kahkahkah

Azad : Sama la dengan Aira pun. Esok marilah kita serlahkan ketampanan lelaki melayu sejati kita. Kahkahkah

Akhtar : Sudah lah. Mentang masing-masing ada pasangan. Ok la. Tidur geng, esok nak handsome pergi solat raya.

Setelah berhenti WhatsApp. Akhtar mula mahu melelapkan mata. Namun tiba-tiba ada notifikasi WhatsApp masuk. Segera di lihat siapa yang menghantarnya. Tidak ada nama, hanya number phone saya tertera.

++
Selamat hari raya Aidilfitri abang Akhtar. Maaf zahir dan batin. -Leyla-

Tak terduga Akhtar akan menerima WhatsApp dari gadis itu. Pasti, gadis itu memperolehi number phone dia melalui umminya. Hanya dibaca namun tiada rasa mahu membalas, dia mengabaikan sahaja dan terus memejam mata menjemput lena.

"DIA dah baca, tapi tak reply pun. Tak apa lah mungkin esok dia akan reply. Hai la Leyla, tak pernah kau jadi macam ni, tapi dengan dia.... Susah betul nak lupakan dan abaikan dia." kata Leyla sendirian.

Sejak pertemuan berbuka puasa bersama. Leyla tidak mampu untuk melupakan jejaka itu. Mana mungkin dia menolak cadangan mama dan abahnya untuk disatukan bersama jejaka itu. Hatinya sudah mulai terpaut saat bertentang mata kali pertama dengan jejaka itu.

Gambar profile WhatsApp jejaka itu dilihat berulang kali. Dalam diam dia menyimpannya tanpa pengetahuan sesiapa. Dan dia berharap perancangan mama dan abahnya untuk mereka disatukan bersama tidak akan ditolak oleh jejaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience