Bab 57

Romance Series 36633

ALEEYA leka melakukan tugasnya. Sehingga notifikasi WhatsApp handphonenya berbunyi. Dilihat nama yang tertera, Nazim. Dia buka untuk melihat apa yang dihantar padanya.

++
Lunch dengan saya hari ni boleh? -Nazim-

Laju jari menari membalas WhatsApp itu.

++
Saya dah janji dengan kak Murni, lunch dengan dia. -Aleeya-

Muncul balasan dari lelaki itu.

++
Murni baru jumpa saya, dia nak keluar dengan husband dia sekejap ada urusan anaknya. -Nazim-

Aleeya kerut kening, ragu-ragu dengan apa yang disampaikan padanya. Dia toleh pandang ke arah meja Murni, kelihatan wanita itu sedang berkemas seperti bersedia mahu keluar sahaja gayanya.

++
Oh ya? Tak ada pula kak Murni bagitahu saya. -Aleeya-

Sebaik dia membalas WhatsApp Nazim, Murni datang menghampirinya.

"Aleeya, sorry ya tak dapat lunch sama. Suami akak call, kena pergi sekolah sekarang. Anak akak muntah-muntah, sekolah baru call dia tadi. Ni nak kena ambil bawa ke klinik" kata Murni padanya.

"It's okay kak. Semoga dipermudahkan semuanya" kata Aleeya.

"Sorry tau. Akak nak turun dah ni" kata Murni sebelum berlalu.

"It's ok. Pergilah" ujar Aleeya.

++
Dah jumpa Murni? Lunch dengan saya okay. Nanti turun sekali dengan saya. -Akhtar-

Belum sempat dia membalas WhatsApp itu. Lelaki itu sudah muncul di hadapannya.

"Jangan cuba menolak lagi. Lunch dengan saya. Lepas lunch kita pergi meeting dengan Carl & Sons, ada project baru" arah Nazim sambil menghulurkan fail kepadanya.

"Awak study dulu fail tu before kita jumpa wakil mereka nanti. Jam 12.45 p.m kita keluar" katanya lagi sebelum berlalu ke pejabatnya semula.

"Maafkan saya. Kalau saya tak buat macam ni, mesti awak mengelak daripada saya" bisik Nazim dalam hatinya.

Berpuluh pesanan dihantar pada WhatsApp gadis itu. Namun tiada balasan walaupun telah dibaca. Hanya balasan tentang isu kerja darinya. Puas mencari idea untuk mendekati gadis itu, hari ini peluang datang tanpa sengaja kerana Murni ada urusan lain secara tiba-tiba.

Aleeya duduk termangu seketika. Tidak tahu mencari cara untuk mengelak dari bertemu lelaki itu. Kerana dia berusaha untuk tidak perlu berhubung atau berjumpa lelaki itu, atas urusan kerja dipejabat mahupun di luar. Pesanan WhatsApp dari lelaki itu tidak diberikan jawapan balas.

Leka dengan kerjanya, waktu berjalan pantas tanpa disedari. Terkejut dia apabila ditegur oleh Nazim secara tiba-tiba.

"Jom. Kita gerak sekarang, Fail tadi bawa sekali" ajak Nazim yang muncul di cubiclenya.

"Eh. Ermm, encik boleh bagi saya 5minit? Encik tunggu di lobby atau di hadapan lift. Nanti saya datang" pinta Aleeya.

"Kenapa? Awak cuba nak lari ya?" tanya Nazim.

"Eh. Bukanlah. Saya nak kemas meja dulu, kemudian ke tandas sekejap" jawab Aleeya yang berdiri di hadapan mejanya.

"Tak apa. Awak buat la apa awak nak buat, saya tunggu sini" kata Nazim kemudian menarik kerusi Aleeya dan duduk disitu.

Aleeya malas mahu berbalas kata. Tidak mahu dirinya dijadikan perhatian di pejabat, dia segera mengemaskan mejanya. Mengambil handbag menyimpan handphonenya di dalamnya, lalu diletakkan diatas meja bersama fail dan tab miliknya yang akan dibawa bersama. Diabaikan sahaja pandang Nazim padanya. Dia kemudian berlalu ke tandas. Sebaik selesai, mereka turun bersama.

KEDENGARAN suara penyampai radio yang berceloteh saat itu. Tiada bicara antara mereka berdua. Nazim jadi buntu dengan kebisuan gadis itu.

"Awak marah saya?" soalnya pada gadis itu.

"Tak ada sebab saya nak marah encik pun" kata Aleeya.

"Kenapa awak tak reply WhatsApp saya? Dan kenapa awak cuba mengelak dari saya sejak awak mula naik kerja dari cuti 3minggu yang lalu?" soalnya lagi.

"Mana ada saya mengelak. Saya punya urusan kerja memang perlu melalui puan Murni, kecuali puan Murni assign saya directly dengan encik. Saya tak reply WhatsApp encik sebab saya tak tahu nak reply apa dan saya masih tak ada jawapan pada permintaan encik. Apa kata encik cari orang lain, calon yang lebih sesuai untuk jadi pasangan encik" Aleeya tidak mahu mengelak lagi, semakin dia berusaha untuk mengelak. Semakin dia rasa seperti dia memberikan harapan.

"Aleeya. Tolong fahamkan saya. Pasangan yang sesuai maksud awak tu, yang pada awak dia adalah yang terbaik. Betul?" Nazim bertanya.

"Betul. Yang terbaik untuk encik, untuk keluarga encik, untuk syarikat encik" jawab Aleeya pula.

"Okay. Pada saya, yang terbaik itu awak. Yang paling sesuai itu awak. Tak ada lagi yang lebih baik dari awak. Yang pandai menjaga diri, menjaga maruah keluarga, yang bijak dan amanah berkerja. Tiada lagi yang kurang dan sangat sesuai bila semua tu awak ada" jawapan balas Nazim padanya.

"Encik, dalam islam pasangan yang sekufu itu lebih baik. Kelak di kemudian hari, jika terjadi sesuatu, tiada perkara yang akan dibahas" Aleeya memberi jawapan balas yang sesuai.

"Betulkan saya jika saya salah. Sekufu itu menurut Islam dalam perkahwinan ada tiga. Agama dan kesolehan, pekerjaan dan tidak cacat. Saya akui saya masih belajar dan berusaha untuk ke arah lebih baik. Pekerjaan? Kita sama-sama berkerjaya. Awak pun dah ada business awak sendiri. Yang ketiga pula, dah tentu kita cukup sifat, Alhamdulillah" Nazim sudah habis kata-kata untuk memujuk gadis itu memberikan dirinya peluang.

"Berikan saya masa dan ruang untuk fikirkan semula" Aleeya tidak tahu jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada lelaki itu.

"Jom. Kita pergi makan dulu, lepas ni nak solat lagi. Kita punya meeting jam 2.30 petang" kata Nazim sebaik tiba di hadapan sebuah restaurant, tanpa menanti gadis itu jawab dia segera keluar dari kereta dan berjalan masuk ke restaurant itu.

Tidak berlengah Aleeya segera keluar dari kereta mengikuti Nazim yang telah dahulu masuk ke dalam restaurant. Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Segera dia ingin meminta maaf, namun belum sempat untuk berbicara dia telah dimalukan disitu.

"Hei. Buta ke? Jalan tengok depan. Mata letak mana? Bodoh betul" herdik gadis di hadapannya itu.

Bunga menahan rasa. Beristighfar di dalam hati, sebelum dia ingin meminta maaf pada gadis itu. Sebahagian pengunjung di restaurant itu ada yang melihat ke arah mereka.

"Maaf. Saya minta maaf" kata Bunga.

"Maaf, maaf. Jalan tu tengok orang la sikit" herdik gadis itu lagi.

"Relax la babe. Dia dah minta maaf kot" kata salah seorang rakan gadis itu.

"Aleeya, are you okay?" soal Nazim yang datang mendapatkannya.

"Saya okay" jawab Aleeya.

"Nazim?! You buat apa kat sini? You cari i ke datang restaurant ni? You! Kenapa susah sangat i nak jumpa u? I rindu you tau tak" soal gadis yang memarahi Aleeya itu.

"Excuse me. Do i know you?" hanya itu jawapan balas Nazim. Dia tidak mengendahkan gadis yang mengherdik Aleeya. Lantas dia bertanya keadaan Aleeya.

"Sure okay ni? Sorry, saya masuk dulu tadi nak cari table untuk kita. Jom sayang" sengaja Nazim berkata begitu. Lalu mengajak Aleeya berjalan ke arah meja mereka.

Aleeya yang kekok dengan keadaan itu hanya mengikut di belakang Nazim tanpa bersuara. Baru beberapa langkah menapak, tiba-tiba lengannya ditarik oleh gadis yang mengherdik dirinya. Tanpa dapat mengimbangi dirinya, dia terlanggar pekerja yang membawa dulang berisi gelas minuman untuk pelanggan yang kebetulan berjalan di sebelahnya.

"Prannggg..."

Habis jatuh bertaburan gelas dan air yang tertumpah. Aleeya juga menjadi mangsa kejadian itu, pakaiannya basah terkena air yang tertumpah sewaktu terlanggar pekerja itu.

Nazim yang terkejut dengan bunyi itu segera berpaling, dan melihat Aleeya yang sudah menjadi mangsa keadaan disitu. Segera dia merapati gadis itu.

"Are you okay?" soalnya prihatin.

Aleeya terkelu. Juga dia berasa malu dengan keadaannya ketika ini.

"Kak, saya minta maaf kak" kata pelayan restaurant itu pada Aleeya. Dia kemudiannya mengutip gelas yang bertaburan jatuh dan berlalu masuk ke bahagian dapur.

"What the hell. Eh, kau ni memang buta eh" semakin marah gadis itu.

"Babe. Salah kau tau. Kau yang tarik dia sampai dia terlanggar mamat yang bawa air tu" tegur rakan gadis itu lagi.

"Eh. Sekarang ni kau kawan aku ke kawan dia?! Diam!" kata gadis itu.

"Kaisara, dah la. Jom. Malu la" kata seorang lagi rakan gadis itu.

"Apa masalah kau ni ha?! Tak habis-habis buat perangai cari masalah dengan orang" sedikit meninggi suara Nazim memarahi gadis bernama Kaisara itu.

"You! Dia yang mulakan. Dia yang langgar i dulu" tidak puas hati kerana dimarahi lelaki itu.

"Aleeya, let's go" Nazim memegang dan menarik pergelangan tangan gadis itu supaya mengikutinya. Tidak diendahkan gadis bernama Kaisara itu.

"You! You! Nazim Ilman!!!" jerit Kaisara tanpa rasa segan silu.

"Dah la Sara. Malu la orang tengok. Jom" Jane cuba meredakan suasana. Mimie sudah awal lagi berlalu pergi, mungkin kerana malu menjadi tontonan umum disebabkan Kaisara.

"Mana Mimie? Tak guna betul. Dia sebelahkan minah kampung tu. Kawan dia aku ke minah kampung tu?" bebel Kaisara.

Jane hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menyimbah minyak ke dalam api. Silap percaturan dia pula perlu memilih antara kedua sahabatnya itu.

"NAH. Ambil towel ni" Nazim hulur towel yang sentiasa dibawa di dalam keretanya bersama persalinan sukan dan baju kerja extra sebagai persediaan yang tidak terjangka.

"Tak apa lah. Saya rasa saya tak dapat nak ikut encik pergi meeting. Tengok la keadaan saya sekarang. Saya nak minta pelepasan dari encik, nak balik rumah. Saya balik naik grab je" usai berkata-kata Aleeya berpaling mahu melangkah pergi dari situ.

"Aleeya tunggu. Masuk kereta, jom ikut saya" Nazim menarik pergelangan tangan Aleeya ke arah pintu keretanya.

Aleeya merentap kasar tangannya. Kurang senang dia dengan sikap lelaki itu yang menyentuh dirinya. Walaupun masih berlapik dengan baju, namun dia tidak suka akan perkara itu.

Tersentak Nazim dengan perbuatan Aleeya yang merentap kasar tangannya.

"Jangan sentuh saya sesuka hati encik. Saya bukan Kaisara atau barang yang encik boleh sentuh sesuka hati" senada sahaja bicara Aleeya.

"I'm sorry. Won't happen again. Masuk la kereta, jom ikut saya" kata Nazim pada Aleeya.

Tidak mahu berbalah, Aleeya akur. Diikutkan sahaj kemana Nazim akan membawanya.

Nazim yang sedang memandu sesekali menoleh pandang ke arah Aleeya. Sempat dia menghubungi seseorang untuk bantunya dengan hal kecemasan ini.

Aleeya hanya mendiamkan diri, memejamkan mata untuk cuba menenangkan diri sendiri. Tidak diendahkan bossnya yang sedang memandu dan berhubung di talian.

"Awak okay? Maaf ya, kejadian tadi mesti ada kena mengena dengan saya. Saya betul-betul minta maaf" ikhlas permohonan maaf darinya kepada gadis itu.

"It's okay. Perkara dah jadi" Aleeya buang pandang ke arah luar tingkap, matanya dipejam semula berharap lelaki itu faham dia tidak mahu berbicara lagi.

Nazim melihat perlakuan Aleeya sebegitu, mula memahami body language gadis itu yang tidak mahu diganggu. Dia memandu sehingga tiba di sebuah butik pakaian.

"Jom, Aleeya boleh pilih baju yang sesuai untuk diganti di sini" ajak Nazim.

Aleeya yang mahu berbicara tidak jadi apabila cepat sahaja bossnya itu keluar dan membukakan pintu kereta untuknya.

"Tak perlu lah encik. Saya cuma nak balik" kata Aleeya senada.

"Please, kita ada meeting Aleeya. Jom, kita berbalas kata macam ni, lagi bazirkan masa yang berjalan" pujuk Nazim.

Dalam keterpaksaan Aleeya menurut. Sebaik masuk ke butik. Mereka disapa oleh seorang wanita.

"Nazim. Mama call kak Nita tadi, dah bagitahu semua. Ni ke orangnya, jom kak Nita bawakan ke bilik belakang" sapa wanita itu.

"Ha'ah kak. Thanks ya. Kenalkan kak, ini Aleeya. Aleeya ini kak Nita" Nazim mengenalkan sesama mereka.

"Aleeya, awak ikut kak Nita ya. Saya tunggu sini" arahnya pada gadis itu. Aleeya hanya mengangguk kecil.

"Jom Aleeya, ikut akak. Your food dah ada kat pantry Nazim. Up to you, nak makan dulu or nak tunggu okay" kata wanita dengan nama Nita pada Nazim sebelum berlalu membawanya masuk ke bahagian belakang.

"Nah, ini ada tuala dan pakaian dalam. Akak harap muat la akak agak je ni beli tadi. Yang ni baju dan tudung untuk ganti. Bilik air ni ada untuk shower sekali, Aleeya boleh mandi. Nak bersiap pakai tudung nanti boleh masuk bilik sana, bilik tu untuk rehat dan solat staff. Kat sini semua perempuan, jangan risau ya. Selesakan diri, akak keluar dulu. Jangan lama-lama sangat. Aleeya ada meeting kan, belum makan lagi" paper bag yang berisi tuala dan pakaian dalam dan baju kurung moden yang tergantung di serahkan padanya sebelum wanita itu berlalu pergi.

Tanpa berlengah dia segera masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan bersiap. Lima belas minit kemudian, dia keluar setelah siap berganti pakaian. Dia masuk ke dalam bilik rehat untuk bersolek ringkas seperti kebiasaan ketika berkerja dengan memakai compact powder, mascara dan lipstick sedikit. Supaya penampilannya terjaga. Setelah siap dia menunaikan solat zohor terlebih dahulu, jam menunjukkan waktu solat telah berlalu lima minit yang lepas.

"Kak, tadi saya guna telekung yang ada dalam bilik tu untuk solat" Aleeya memberitahu wanita bernama Nita itu setelah dia keluar dan berselisih dengan wanita itu yang mahu ke bilik air.

"Tak apa. Memang sediakan untuk solat. Pergi la makan dekat pantry, Nazim tunggu Aleeya tu nak makan sama" kata Nita padanya.

Aleeya melangkah ke arah pantry yang di maksudkan oleh Nita tadi. Ternyata benar, Nazim menantinya.

"Siap dah? Jom makan. Lepas ni nak solat dan terus bertolak ke mesyuarat pula" kata Nazim.

Aleeya mengangguk kecil dan duduk di tempat makanan disediakan berhadapan dengan lelaki itu. Mereka berbismillah dan membaca doa sebelum makan. Sunyi sahaja suasana di bilik pantry itu ketika mereka sedang makan.

"Saya nak pergi solat dulu. Awak kalau dah sudah, nak solat minta kak Nita tunjukkan tempatnya" pesan Nazim kemudian berlalu pergi.

Aleeya terpinga-pinga. Tidak sempat membalas kata-kata Nazim, dia sudah berlalu pergi. Setelah selesai dia keluar menanti lelaki itu di kerusi yang disediakan untuk pelanggan duduk. Tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Nita dan beberapa orang staf di butik itu.

"Jom kita gerak. Kak Nita, terima kasih tolong saya" kata Nazim pada Aleeya lalu berterima kasih pada wanita bernama Nita itu sudi membantunya. Terus dia keluar dari butik itu ke keretanya.

"Aleeya gerak dulu kak, terima kasih banyak-banyak" Aleeya hulur salam pada wanita itu.

"Sama-sama. Jaga diri, jangan gaduh-gaduh okay. Dia kalau tengah marah memang macam tu, diam tak bercakap. Kalau cakap pun yang penting saja" pesan wanita itu pada Aleeya

Aleeya tidak membalas, dia terkelu. Tidak tahu mahu berkata apa. Pamer senyum kekoknya dan berlalu pergi ke kereta bossnya itu.

"Dia marah aku ke? Kenapa pula nak marah aku?" bisik hati Aleeya.

"Nak singgah mana-mana ke untuk solat? Sebab saya tak nampak awak solat kat butik tadi" tanya Nazim tanpa menoleh ke arah Aleeya.

"Saya dah solat tadi. Masa bersiap dah masuk waktu, saya solat terus" jawab Aleeya.

"Okay" jawab Nazim.

"Terima kasih untuk semua ni, nanti saya bayar semula pada encik" kata Aleeya sebaik perjalanan dimulakan.

"Tak perlu" kata Nazim.

"Tak boleh la macam ni. Saya tak boleh terima semua ni secara percuma je. Nanti saya bayar semula. Saya tak selesa dan tak biasa terima pemberian orang" Aleeya bertegas.

Nazim hanya mendiamkan diri. Dia memandu terus menuju ke arah bangunan Carl & Sons untuk menghadiri mesyuarat. Suasana dalam kereta janggal, hanya kedengaran celoteh penyampai radio.

"DAMN!" Perempuan tu la yang dia bawa pergi majlis reunion tu" marah Kaisara.

Mimie dan Jane hanya mendiamkan diri. Malas mahu melayan kata-kata Kaisara. 

"Aku kena cari tahu siapa perempuan tak guna tu. Perampas. Nazim pun tak pernah panggil aku sayang, dia boleh panggil perempuan tu sayang?! Arghhhh!" geram sungguh dia dengan sikap lelaki itu yang mempertahankan wanita itu.

"Kau orang dengar tak ni? Aku cakap dengan kau orang tau bukan cakap dengan kereta" bebel Kaisara tidak puas hati.

"Dengar la Sara. Habis kau nak kitaorang cakap apa. Itu semua masalah kau. Aku tengok perempuan tu tak cakap apa pun, melawan kau pun tak" kata Mimie pada rakannya.

"Kau tengok kan Nazim backup dia. Macam mana aku tak geram. Aku ni kekasih dia kot" Kaisara tidak mahu mengalah.

"Bekas okay. Ex girlfriend. Kau dengan dia kan dah breakup. Kau lupa ke kau ada si Shahrul. Mati kau kalau si Shahrul tu tahu. Kau tak takut ke?" soal Mimie.

"Aku dah tinggalkan dia. Pada aku kita orang dah tak ada apa-apa. Dia yang masih tak terima kenyataan" kata Kaisara pada mereka.

"Kau lupa ke dia ugut kau minggu lepas masa kat club? Kau tak takut ke Sara?" tanya Jane pula.

"Apa je yang dia boleh buat pun. Ugut nak sebar gambar and video aku? Ini Kaisara la. Laptop dia aku yang curi. Handphone dia pun sama. And aku tahu dia pun main perempuan la.  Semua bukti tu aku serah pada polis, and aku tak bodoh nak biarkan diri aku jadi bahan ugutan dia. Aku tahu dia buat backup tapi ini Kaisara la, awal lagi aku dah delete semua yang berkaitan aku. Aku dah buat report polis pun" kata Kaisara pada mereka.

"Gila la kau ni" kata Mimie.

"What? Ingat aku macam perempuan-perempuan yang dia kenal ke? Bodoh nak ikut je ugutan dia. Korang lupa ke uncle Megat aku kan police officer. Plus ada dua orang polis yang uncle aku tugaskan untuk follow aku demi keselamatan aku sekarang" jawab Kaisara lagi.

"No wonder la kau berani je lawan dia" kata Jane pula.

"Dah la cakap pasal Shahrul tu. Semak la. Ni sekarang ni tolong aku nak dapatkan Nazim semula" kata Kaisara.

"Kau kata nak minta tolong Badrul. Dah tanya dia ke belum?" soal Mimie.

"Dah. Badrul busy, dia tak ada kat sini enam bulan. Dia kena tugas kat Sarawak untuk uruskan project company dia. So aku kena cari cara lain" kata Kaisara.

"So apa plan kau?" tanya Jane pula.

"Perempuan tu. Aku kena gunakan perempuan tu. Sekarang aku kena cari tahu siapa perempuan tu. Lepas tu baru aku plan" jawabnya.

"Kau tak baik tau gunakan dia. Dia bukan ada buat hal dengan kau pun. Entah-entah, dia pun tak kenal kau" Mimie bimbang gadis itu akan diapa-apakan oleh rakannya itu.

"Eh. Dia buat salah la. Nazim tu aku punya. Siapa suruh dia jadi perampas" Kaisara tidak mahu mengalah.

"Ikut kau lah. Tapi nasihat aku. Kau better jangan ganggu perempuan tu. Takut nanti Nazim makin benci kau pula" nasihat Mimie.

"Betul. Kali ni aku sokong Mimie. Nanti Nazim lagi benci kau macam mana?" kata Jane pula.

"Eh. Ini Kaisara la. Aku tak la bodoh nak buat apa-apa sampai Nazim tahu. We'll see if perempuan tu akan back off. If yes, aku tak akan apa-apa kan dia. If not, dia akan tahu nasib dia" angkuh Kaisara berkata.

Jane dan Mimie memandang Kaisara. Mereka pasti akan ada perkara gila yang akan dilakukan oleh gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience