Bab 60

Romance Series 36633

"KAU balik naik apa malam tadi? Tak ada pun kereta kau kat luar" soal Azizah sewaktu mereka bersarapan pagi.

"Abang hantar. Aku balik lambat sebab pergi buat police report" ujar Aleeya.

"Eh. Kenapa? Accident ke?" soal Azlina bimbang.

"Tak. Nanti aku cerita. Kau orang jagakan kedai macam biasa ya. Budak nak interview jawatan full-time tu datang petang pukul tiga. Apa-apa update aku tau. Kak Murni nak sampai dah tu. Aku pergi dulu" pesan Aleeya sebelum berlalu.

Azlina dan Azizah saling berpandangan.

"Kau pergi kerja naik kak Murni ke?" pantas Azizah bertanya.

"Ha'ah. Aku tumpang dia. Tu da sampai pun. Aku pergi dulu" jawab Aleeya bergegas pergi.

"Ada apa eh? Siap police report pula. Risau aku" kata Azizah.

"Tanya abang la. Mesti abang tahu, abang yang bawa dia semalam" Azlina memberi pendapatnya.

"Kau la call abang, tanya dia" Azizah memberi kata putus.

Baru sahaja mahu menghubungi Eidlan. Bunyi hon dihadapan rumah sewa mereka.

"Siapa pula tu, jom tengok" kata Azlina pada kembarnya.

Mereka keluar dan melihat siapa yang berada diluar rumah mereka.

"Kembar. Bunga ada?" tanya Eidlan

"Abang, ingatkan siapa tadi. Dia baru je pergi kerja, tumpang kak Murni" jawab Azlina.

"La. Dah pergi ke. Awal pula dia pergi hari ni" kata Eidlan pada mereka.

"Sebab tumpang kak Murni kot. Kenapa sebenarnya abang? Mana kereta Bunga? Iza baru suruh Naa call abang nak tanya tadi. Alih-alih muncul je abang kat sini" jawab Azizah sekaligus bertanya persoalan yang bermain difikirannya.

"Semalam. Masa on the way hantar abang balik, ada orang upahan Kaisara rasanya warning Bunga. Dia naik kereta Mazda, cucuk belakang bagi high beam terus himpit kereta Bunga ke tepi. Mujur Bunga boleh kawal kereta. Bila dah stop dia suruh Bunga keluar, dia warning suruh Bunga jauhkan diri dari Nazim. Unexpectedly, mamat tu simbah something kat muka Bunga lepas warned. Mujur air, bukan asid. Abang risau keselamatan dia, tu yang bawa dia pergi buat police report. Kereta dia pada abang, ni abang datang sebenarnya nak hantar dia pergi kerja. Abang nak bagi dia guna kereta abang, biar abang guna kereta dia. Kau orang pun hati-hati" panjang berjela penjelasan Eidlan pada si kembar.

"Allah. Sampai macam tu sekali. Habis macam mana sekarang?" tanya Azizah bimbang.

"Tak apa. Buat masa ni kita sentiasa berjaga-jaga. Nanti abang fikirkan cara yang terbaik untuk keselamatan semua" jawab Eidlan.

"Bunga tak cerita apa-apa ke pada abang? Kenapa Kaisara buat macam tu ke apa?" tanya Azlina pula.

"Ada. Tapi instinct abang kuat menyatakan yang Kaisara mahu kembali pada Nazim semula. Dia mungkin anggap Bunga ni penghalang, mungkin dia ingat Bunga dengan Nazim bersama" kata Eidlan lagi.

"Susah lah macam ni. Kesian Bunga" kata Azlina lagi.

"Tak apa. Kita kena hati-hati je buat masa ni. Kita tak tahu sejauh mana Kaisara akan bertindak. Kau orang kalau ada apa-apa yang mencurigakan, cepat-cepat bagitahu abang. Abang nak gerak ni, jaga diri tau" pesan Eidlan sebelum meninggalkan mereka.

"Patutlah pagi tadi Bunga nangis" kata Azlina sewaktu mereka mahu masuk ke dalam rumah.

"Bunga nangis?" soal Azizah yang berasa sedikit pelik.

"Ha'ah. Dia bangun solat dalam pukul 4 lebih, mungkin tahjud. Aku bangun nak pergi bilik air. Aku dengar orang nangis, tengok-tengok dia yang nangis. Lepas aku keluar bilik air, aku pergi balik bilik dia. Tengok dia dah cool down, aku nak tanya tapi dia tengah baring atas sejadah. So aku tak jadi tanya la" jelas Azlina.

"Hurm. Nanti kita tanya dia sama-sama" putus Manja.

"NAH. Ada surat untuk Aleeya. Ada nama je tak ada pula tulis dari siapa" kata Murni pada Aleeya.

"Akak dapat kat mana ni? Siapa yang beri?" soal Aleeya ingin tahu.

"Ada dalam surat banyak-banyak yang akak dapat dari budak dispatched" jawab Murni.

"Siapa bagi tu? Buka lah. Ada nama je tu" arah Murni pada gadis itu.

Aleeya buka sampul berwarna coklat yang mempunyai namanya itu. Di keluarkan isi yang ada di dalamnya. Tidak terduga dia melihat isi sampul itu. Gambar-gambar dia bersama Nazim sewaktu menemani bossnya itu ke reunion beberapa bulan yang lalu. Namun gambar-gambar itu di tanda 'X' menggunakan marker pen bewarna merah pada dirinya.

"Ya Allah! Jap, ni bila pula gambar-gambar ni diambil? Aleeya cuba tengok ada nota ke apa. Ni macam ugutan ni. Siapa yang buat ni?" cemas Murni menyuruh Aleeya mencari clue si pengirim.

Di lihat semula ke dalam sampul itu. Benar telahan Murni. Ada nota dari si pengirim. Kertas A4 berlipat di tarik keluar. Lalu di baca tulisan yang tertera.

'Kau perampas. Antara aku dengan dia kenapa perlu wujudnya engkau. Dia hak aku, milik aku. Berani bermain api, tunggu saja waktu kau terbakar. Kau harus ingat itu. Kaisara'

Tergamam Aleeya dengan tuduhan dan ugutan itu. Tidak habis fikir ugutan yang diterima semalam. Pagi ini sekali lagi dia menerima amaran dari wanita itu. Di kumpul gambar-gambar dan nota yang diterimanya. Di masukkan semula ke dalam sampul itu lalu disimpan di dalam handbag miliknya.

"Sejak bila Aleeya terima ugutan macam ni?" soal Murni yang melihat tingkahnya.

"Baru je. Biarlah. Akak jangan risau ya. Tahu la Aleeya nak handle. Please jangan bagitahu boss ya" minta Aleeya pada Murni.

"Aleeya betul tak apa-apa ni?" bimbang dia melihat nota ugutan yang diterima gadis itu.

"Betul. Saya okay. Akak jangan risau ya. Akak pergilah buat kerja. Saya pun nak siapkan kerja yang akak beri ni " Aleeya meyakinkan Murni.

Sebaik Murni beredar. Aleeya mengambil handphonenya. Nama seseorang dicari, lantas dia menghubunginya.

"Assalamualaikum. Abang free lunch ni?" Aleeya mula berbicara.

"Wa'alaikumsalam. Abang baru nak call Bunga. Tadi abang tak sempat call, tiba-tiba ada meeting. Tengah  hari ni abang free, kenapa?" tanya Eidlan semula.

"Ambil Bunga. Kita lunch sama. Ada hal nak bincang sikit. Boleh?" tanya Aleeya pada abangnya.

"Boleh. Abang pun memang nak jumpa Sayang. Nanti abang ambil jam 12.00 ya" kata Eidlan padanya.

"Okay. Nanti Bunga minta keluar awal. Thanks abang. Jumpa nanti, Assalamualaikum" Aleeya memutuskan panggilan sebaik mendapat jawapan dari abangnya.

Aleeya berlalu ke meja Murni. Ingin meminta pelepasan untuk keluar sedikit awal pada tengah hari itu.

"Kak, Aleeya nak minta keluar awal sikit tengah hari ni. Saya tak lunch dengan akak ya. Saya nak jumpa orang" ujarnya pada Murni.

"Boleh. Hati-hati ya Aleeya. Ada apa-apa nak minta tolong bagitahu je akak" Murni sedikit bimbang setelah mengetahui ugutan yang baru diterima gadis itu tadi.

"Terima kasih kak. InsyaAllah, tak ada apa-apa" jawab Aleeya.

ALEEYA hulur sampul berwarna coklat pada Eidlan yang diterimanya di office tadi. Sengaja dia memilih untuk menyerahkan sampul itu selepas mereka selesai makan tengah hari.

"Bila dapat ni?" tanya abangnya.

"Sebelum Bunga call abang" jawab Aleeya tenang.

"Melampau. Jom ikut abang, buat police report lagi untuk ugutan yang ni pula" arah Eidlan pada Aleeya, lalu bangun beredar meninggalkan restaurant itu.

Aleeya menurut. Apa yang difikirkan baik oleh abangnya. Itulah yang terbaik untuk dirinya.

"Ni gambar-gambar masa pergi teman Nazim dinner reunion tu ke?" soal Eidlan sewaktu dalam perjalanan ke balai polis.

"Yup. Tapi waktu tu, Kaisara tak ada. Mungkin ada someone yang bagi gambar-gambar tu semua pada dia" jelas Aleeya.

"Abang pun fikir perkara yang sama. Bunga tak boleh sambil lewa lagi. Kena lebih berhati-hati" luah Eidlan padanya.

"Bunga tak rasa dia akan stop kacau Bunga selagi Nazim masih berkawan dengan Bunga. Abang boleh tolong Bunga tak?" Aleeya meminta bantuan abangnya untuk menangani hal tersebut.

"Tolong apa? Bunga nak buat apa?" soal Eidlan.

"Tolong minta Nazim stop follow Bunga. Bunga boleh berkawan dengan dia pun cuma atas dasar kawan biasa. Bunga sebenarnya dah tak selesa dia kerap datang cari Bunga dekat kedai. Duduk lepak lama-lama tunggu sampai Bunga tutup kedai, follow Bunga balik rumah. Tak cukup dengan follow, dia sentiasa WhatsApp tanya perkara yang tak berkaitan soal kerja.Bunga betul-betul tak selesa. Bunga dah larang, tapi dia tak endahkan. Please abang" minta Aleeya pada abangnya.

"Hurm. Nanti abang jumpa dia lepas hantar Bunga balik office ni. Abang nak pesan, esok sampai jumaat next week abang tak ada. Outstation, Bunga please jaga diri baik-baik. Sentiasa alert dengan surrounding. Jangan balik lewat sangat dari kedai. Kedai tutup pukul 9 malam kan, habis-habis kemas terus balik, staff pun sama. Abang dah minta kawan pasang extra CCTV di kedai, kat rumah pula abang minta pasang depan belakang" ujar Eidlan padanya.

"Perlu ke semua tu? Dah la masa launching Bunga&Coklat, nanti semua tak ada" Aleeya mula rasa tidak selesa dengan keputusan abangnya.

"Perlu. Sangat perlu demi keselamatan Bunga dan kembar. Abang tahu lately Bunga dengan kembar selalu training. Tapi abang tetap risau, semua perempuan kat rumah tu. Sorry sayang. Abang ada urusan. Lagi satu, pakai kereta abang buat masa ni. Kereta Bunga, bagi abang guna" terang Eidlan padanya.

Aleeya diam. Tiada kata balas darinya. Dia melihat arah luar tingkap, cuba untuk menenangkan hatinya.

"Nazim tu, betul-betul sukakan Bunga ya?" soal Eidlan inginkan kepastian.

"Entah. Tapi yang pasti Bunga dah menolak berkali-kali" jawab Aleeya tenang.

"Kalau dia betul-betul ikhlas. Apa salahnya Bunga cuba terima dia" Eidlan utarakan pendapatnya.

"Bunga tak bersedia untuk semua tu. Belum masanya lagi untuk Bunga fikir tentang hal. Sekarang focus Bunga cuma kedai dan masalah yang baru muncul ni" Aleeya mengelak untuk berbicara tentang hati dengan abangnya.

"Mana tahu kalau Bunga cuba beri Nazim peluang. Bunga boleh buka ruang dan hati untuk dia" sekali lagi abangnya memberi pendapat.

"Still no, and please stop talking about feeling between me and him. Dia cuma kenalan bagi Bunga, kawan biasa tak lebih dari tu" Aleeya minta Eidlan memahami dirinya.

"Sorry Bunga. Abang bukan apa, dari cara Nazim nampak sangat dia betul-betul berusaha nak serious dengan Bunga. Tak apa lah, nanti abang slow talk dengan dia supaya dia tak terlalu mengganggu Bunga" kata Eidlan pada adiknya.

"Tak ganggu terus lagi baik" jawab Aleeya senada.

"Kaisara tu kalau dia melampui batas. Bunga tak teragak-agak nak bertindak" putus Aleeya.

Eidlan tahu Aleeya memang serious dengan bicaranya. Dan adiknya itu juga kelihatan sangat terganggu dengan ugutan-ugutan dari bekas kekasih Nazim.

"SAYA minta maaf datang jumpa Nazim tiba-tiba. Tapi ada hal yang penting untuk kita bicarakan" kata Eidlan.

"It's okay. Tentang apa ya?" soal Nazim semula.

"Aleeya. Tentang Aleeya" jawab Eidlan.

"Kenapa dengan Aleeya? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" bimbang Nazim apabila topic perbualan mereka menjurus ke arah gadis itu.

"Dia minta saya untuk sampaikan rasa ketidak selesaan dia dengan kehadiran Nazim yang kerap di kedainya. Ada juga dia beritahu saya yang dia rasa kurang selesa bila Nazim juga kerap menghubunginya di WhatsApp selain urusan kerja. Saya pun bimbang juga jika terjadi fitnah antara Nazim dan dia. Maksud saya, bimbang jika dia dituduh atau tercetus cerita yang tidak elok antara kamu berdua" Eidlan berterus terang.

"Terlebih dahulu saya mohon maaf atas sikap dan tindakan saya. Saya cuma bimbangkan keadaan dan keselamatan dia yang balik agak lewat malam. Lagipun bukan setiap hari saya kesana. Saya tak tahu pula dia tak selesa. Tentang WhatsApp pula, saya rasa itu saja cara saya nak mendekati dia. Tapi dia pun tidak selalu respond atau reply WhatsApp saya" ujar Nazim pada Eidlan.

"Aleeya ada berterus terang dengan Nazim tentang hubungan kamu berdua?" tanya Eidlan pada pemuda itu.

"Ada. Dia cuma anggap saya kawan biasa. Saya faham, tapi saya juga cuba untuk mencari ruang supaya hubungan kawan ini boleh bertukar kepada yang lebih serious. Eidlan, saya tak main-main sukakan dia. If possible, i would like to take her as my wife. Sebab itu saya nak dia rasai kehadiran saya dalam setiap perkara yang dia buat. Mana tahu suatu hari nanti dia boleh terima saya" Nazim meluahkan apa sebenarnya yang dia cuba lakukan disebalik setiap tindakannya.

"Hurm. Sebelum Nazim nak mulakan perhubungan serious dengan Aleeya. Saya nak minta Nazim clear kan dulu hubungan yang sebelum ni" Eidlan tahu dia tiada hak untuk menghalang, tetapi dia juga berhak untuk memastikan Aleeya sentiasa selamat.

"Apa maksud Eidlan? Hubungan saya yang sebelum ni? Hubungan saya dengan Kaisara ke maksud Eidlan? Look, saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Hal Aleeya yang waitress tersimbah air, itu cuma kebetulan kami terserempak dengan dia. That's it" Nazim keliru dengan teguran Eidlan tentang perhubungannya sebelum ini.

"Bukan itu maksud saya. Saya cuma nak Nazim pastikan, hubungan Nazim dengan ex Nazim tu jelas. Jika hubungan sudah putus, maksudnya semua dah berakhir. Minta dia move on atau minta dia supaya tak mengganggu orang lain yang Nazim cuba dekati" Eidlan berkias.

"Dia ganggu Aleeya ke? Saya tak tahu pula" Nazim tertanya-tanya dengan kata-kata Eidlan.

"Ya. Dia ganggu Aleeya. Berserta dua buah ugutan. Saya dah bawa Aleeya buat police report. Aleeya tak izinkan saya bagitahu Nazim hal ni. Tapi demi keselamatan dia, saya perlu bagitahu juga. Saya rasa jalan terbaik adalah, dengan Nazim sendiri selesaikan hal ni dengan Kaisara. Tapi jika boleh, cuba lah untuk tidak melibatkan Aleeya" nasihat Eidlan.

"Aleeya tak ada beritahu saya. Saya minta maaf. Saya akan make sure semua ni selesai" terkejut Nazim dengan apa yang disampaikan padanya.

"Saya nak minta izin Eidlan untuk benarkan saya mendekati Aleeya. Saya betul-betul mahu dia jadi peneman hidup saya. Saya serious dan saya maksudkannya" Nazim meminta izin terlebih dahulu sebelum dia ingin mulakan langkah seterusnya.

"Saya izinkan, tetapi jangan terlalu memaksa. Beri Aleeya sedikit ruang. Jika berjodoh kamu berdua, akan bersatu juga. Jika tidak, terima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Aleeya bukan gadis yang suka diambil tahu setiap perilakunya. Jangan terlalu mencuba dan memaksa. Bimbang dia semakin membuka luas jurang yang sengaja dia cipta. Adik saya tu pernah kecewa, soal hati ni bukan lagi sesuatu yang penting bagi dirinya. Saya minta diri dulu" terang Eidlan pada Nazim sebelum meminta diri dan berlalu pergi.

Termagu Nazim memikirkan perbualannya bersama Eidlan tengah hari tadi. Dia merenung langit malam. Memikirkan cara terbaik untuk menguruskan hal Kaisara. Juga berbaur rasa apabila teringat nasihat dan pesanan Eidlan padanya, tentang gadis yang sudah mendapat tempat dalam hatinya.

"Rumit betul keadaan sekarang. Ya Allah lapangkan dan mudahkan. Jika dia terbaik untuk aku. Dekatkan lah. Jika dia bukan yang terbaik untuk aku. Jauhkan lah. Pelihara lah rasa ini agar tidak jauh terjerumus kepada keadaan yang tidak sepatutnya. Kekecewaan itu benar-benar perit" luah Nazim pada langit malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience