"KAK, harini final meeting untuk majlis. Nanti kita cuma akan follow up progress on the day happen je next week. Harini boss ikut ke?" soal Aleeya pada Murni.
"Haritu dia cakap nak follow. Tapi tak tahu lah jadi ke tak" jawab Murni padanya.
"Kalau dia tak follow, kita naik kereta Aleeya. Ada nak singgah satu tempat sekejap lepas meeting" mintanya pada Murni.
"Kecil tapak tangan, stadium bola akak tadahkan" jawab Murni berseloroh.
"Hahaha. Sayang lebih la macam ni" bodek Aleeya sengaja.
Majlis ad hoc untuk company atas permintaan Dato' Seri Nazhan Izzuddin sendiri kerana ada perkara yang ingin diumumkan beliau. Nazim juga mengambil kesempatan itu untuk membuat lamaran pada kekasihnya di akhir majlis nanti. Perkara tersebut hanya diketahui mereka berdua sahaja.
Ketika sedang mereka meneruskan tugas masing-masing. Nazim muncul ke pejabatnya dan memberi arahan untuk Murni masuk ke biliknya. Mood lelaki itu juga kelihatan seperti kurang baik.
"Apehal tu?" tanya Aleeya pada Murni.
"Entah. Akak masuk dulu kang mengamuk pula boss tu" jawab Murni.
"Tadi keluar elok je. Balik terus bawa angin kus-kus dia" bebel Aleeya sendirian.
Tidak lama kemudian, muncul Murni di mejanya. Dengan muka yang cemberut.
"Haa..ni apehal pula. Tadi boss dengan angin kus-kus dia. Ni akak pun dah terjangkit sama ke apa?" selamba Aleeya menegur sambil lincah meneruskan kerjanya.
"Awek dia la buat hal. Patutnya tadi dia pergi kedai untuk beli cincin next week. Dia call minah tu tak jawab, dia pergi rumah orang gaji kata dia tak balik dari semalam lepas keluar dengan kawan. Dah tu suh akak contact P.A awek dia, tapi P.A dia kata tak masuk office juga. Mengamuk la dia. Pastu ni dah akak pula nak kena uruskan hal cincin tu, nak exactly size jari minah tu. Macam mana ni Aleeya?" keluh Murni.
"Aduhaiiii. Akak call la P.A dia minta dia dapatkan size jari boss dia tu. Lepas tu akak pergi Habib Jewels je beli kat sana. Settle" Aleeya beri pendapatnya.
"Aleeya pergi dengan akak nanti. Serabut aku dengan awek boss ni" kata Murni padanya.
"Okay lah. Nanti Aleeya teman ya" kasihan pula melihatkan Murni yang terpalit sama dalam masalah hubungan cinta bossnya itu.
Dia tidak pernah mengenali kekasih bossnya. Hanya Murni sahaja yang mengetahui tentang gadis itu. Rakan pejabat juga hanya bergosip tentang boss mereka single, juga ada yang melakukan pertaruhan untuk miliki bossnya itu.
"Apa punya awek la. Pakwe dah cukup pakej pun buat perangai" keluh Aleeya sendirian di mejanya.
"JOM Aleeya, dia orang cakap dah boleh masuk bilik meeting" kata Murni sebaik Aleeya tiba dari bilik air.
"Okay. Lama dah ke? Sorry. Perut meragam pula tadi" jawab Aleeya.
"Tak la. Baru je. Budak tu pergi, Aleeya pun sampai" jawab Murni pula.
Mereka mula bangun dari ruang duduk di kawasan lobi untuk berlalu ke arah bilik mesyuarat yang di beritahu tadi, ketika hendak menghampiri kawasan receptionist. Murni menarik Aleeya ke arah tiang dan berlindung seperti menyorok dari seseorang.
"Kenapa ni kak? Macam nampak hantu. Akak menyorok dari siapa ni?" Aleeya mahu menjengah ke arah receptionist namun di halang oleh Murni.
"Awek boss. Jap. Akak nak record. Banyak kali dah akak dengar pasal dia ni tapi tak ada bukti. Nak bagitahu boss pun tak sampai hati" kata Murni perlahan. Dia mula merakam aksi dan gelagat pasangan mesra sejoli di bahagian receptionist itu.Â
"Diaorang gerak nak pergi mana pula ni. Check in ke? Tak kan lah. Jom follow" ajak Murni bersungguh.
Aleeya yang terpinga-pinga hanya menurut sahaja arah Murni dan pasangan sejoli itu. Aleeya seperti pernah lihat wanita seksi itu tapi dia seperti terlupa di mana. Mereka tiba di hadapan lift di lobby hotel. Senyap-senyap Murni mula merakam semula aksi pasangan itu yang bermesra di khalayak umum tanpa rasa malu.
"Jangan la baby" rengek si wanita seksi.
"You yang mulakan" jawab lelaki itu pula.
"You sexy sangat, manja. Buat I suka nak kacau you" gedik suara si wanita seksi itu.
"I manja dengan you je honey. Sexy untuk you tau, penat i main gym nak maintain sexy demi you" kata lelaki itu pula.
"Auw! I like. Of course I suka baby. Bukan sexy je tapi 'umph' bila beraksi, tu yang buat i lagi teruja" kata wanita seksi itu kemudian mula mencium leher si lelaki.
Si lelaki mula meraba bahagian punggung wanita itu dan mereka berpelukan dan bercumbu. Aleeya dan Murni yang menyaksikan perkara itu dihambat rasa geli dan jijik dengan perlakuan mereka.
Walaupun kedudukan sedikit jauh namun dapat di dengari perbualan pasangan itu. Sehingga lift tiba. Mereka berempat masuk ke dalam lift. Kehadiran Murni dan Aleeya seperti sedikit pun tidak mereka hiraukan. Aksi bercumbu, berpelukan dan meraba anggota badan mereka teruskan tanpa ada rasa malu. Murni merakam kesemua adegan itu secara curi-curi, seakan bermain hp namun sebenarnya sedang merakam.
Pintu lift terbuka setelah tiba di tingkat bilik yang pasangan itu tempah. Murni dan Aleeya masih mengekori pasangan itu. Dilihat lelaki mula mencempung tubuh wanita seksi itu dan bercumbu dengan rakus sehingga masuk ke dalam bilik mereka. Murni dan Aleeya saling berpandangan.
"Nak muntah akak. Aduh, macam mana la boss boleh pilih dia ni" keluh Murni.
"Dia tak kenal akak?" tanya Aleeya.
"Tak, mana nak kenal. Selalu hantar wakil je. Selalu dia akan jumpa boss sendiri. Bila dia datang office dulu, dia terus masuk je bilik boss. Tapi sejak Dato' Seri Nazhan tegur boss, tak pernah dah dia datang office lagi. Masa tu akak bukan P.A boss dan masa tu juga Dato' Seri Nazhan masih lagi berkerja" terang Murni.
"Oh. No wonder la dia tak kenal. Taste boss macam tu, nak buat macam mana kak. Ni kalau akak tunjuk tak apa ke? Kang jadi isu lain pula" soal Aleeya bimbang.
"Pandai boss lah. Jom lah, meeting. Lama pula orang tu tunggu nanti" ajak Murni bergegas ke arah lift untuk ke bilik mesyuarat.
"Tak pasal-pasal jadi spy tak berbayar harini" bebel Aleeya.
"Apa nak buat. Tak ada bukti boss tak percaya. Bukan akak tak pernah nasihat. Minta dia siasat. Entah lah boss tu" kata Murni.
"Ikut dia lah kak. Akak da cuba nak selamatkan dia. Tapi dia yang pilih tak nak selamat" jawab Aleeya mudah.
Bila difikirkan semula, gadis itu lah yang dia lihat bersama lelaki lain sewaktu dia mengikut Nazim singgah ke sebuah tempat selepas menghadiri mesyuarat bersama Nazim dahulu.
KETIKA hampir tamat mesyuarat, tiba-tiba Nazim muncul di bilik meeting itu. Aleeya dan Murni saling berpandangan. Nazim disambut baik oleh wakil Hotel Saujana, mereka berbicara seketika sebelum turut serta di akhir mesyuarat itu.
"Saya harap tak akan ada apa-apa masalah menjelang hari majlis berlangsung" kata Nazim di akhir mesyuarat itu.
"Everything will be fine. Itu jaminan pihak kami" kata Encik Badri wakil dari pihak Hotel Saujana.
"Alright. Everything was finalised. I hope the event run smoothly as planned. Thank you for all cooperation" kata Nazim menamatkan mesyuarat.
"Let's have a lunch" ajak encik Badri.
Mereka beredar menuju ke cafe hotel. Aleeya dan Murni berbual-bual mengenai jadual perjalanan majlis. Nazim dan Encik Badri juga sedang berbual tentang perniagaan Hotel Saujana.
Sampai di cafe, meja untuk mereka telah tersedia dengan pelbagai menu untuk dijamu. Encik Badri dan mereka mengambil tempat. Mereka mula menjamu makanan yang terhidang. Sambil menjamu selera mereka berbual-bual secara santai.
Aleeya terlihat pasangan yang cukup dikenalinya. Dia mencuit Murni di sebelahnya, memberikan isyarat mata ke arah pasangan tadi. Murni memandang ke arah yang ditunjukkan Aleeya.
"Alamak. Macam mana ni Aleeya" kata Murni perlahan kepadanya.
"Akak tanya Aleeya? Kalau Aleeya, Aleeya biarkan je. Biar boss nampak sendiri. Ni tanda Allah tu nak bantu selamatkan boss tu dari buat kesilapan paling besar dalam hidup dia" Aleeya memberi pendapatnya.
"Betul juga kan. Tak apa lah, kali ni biar dia nampak dengan mata dia sendiri" bisik Murni perlahan padanya.
Nazim sesekali memerhatikan pekerjanya berdua yang duduk berhadapannya, seperti dapat menangkap sesuatu yang mereka sedang sembunyikan. Dia lantas berpusing untuk melihat ke arah yang dilihat mereka tadi.
Ternyata betul telahannya, apabila dia melihat seseorang yang amat dikenalinya sedang bermesra bersama pasangannya. Di tahankan rasa hati yang seakan mahu meletup dengan amarah.
Dia memandang pula Aleeya dan Murni, yang sedang makan dan berbual seperti tiada apa berlaku bersama Encik Badri.
Pasangan yang dilihatnya tadi duduk berhampiran meja mereka, namun masih tidak menyedari akan keberadaan dirinya disitu. Diabaikan untuk seketika.
"Lepas ni kamu berdua terus balik office atau ada ke mana-mana?" soalnya pada Murni dan Aleeya.
"Ada nak ke suatu tempat sekejap, urusan Aleeya. Selepas itu baru saya uruskan pembelian jewellery yang boss minta tu. Kami masuk office tapi lewat sikit" jawab Murni bagi pihak mereka.
"Okay. Saya tak masuk office petang ni. Ada apa-apa just let me know as usual Murni" pesan Nazim pada Murni.
"Alright boss. Don't worry, kita orang tak lama. Paling lambat pukul 2.30 petang kami dah kat office" kata Murni padanya.
"Jom kak, kita gerak sekarang" kata Aleeya pada Murni.
"Alright. Jom kita gerak" jawab Murni.
"Encik Nazim, kami gerak dulu ya" Aleeya minta diri pada bossnya.
"Okay" jawab Nazim ringkas.
Aleeya dan Murni berlalu meninggalkan Hotel Saujana.
"So, excuse me. Thank you for today Encik Badri. Hope everything goes well as we plans" Nazim meminta diri.
"Alright. InsyaAllah. We'll manage it as planned" jawab Encik Badri.
Mereka bersalaman dan membawa haluan masing-masing.
SENGAJA Nazim mendekati pasangan yang sedang asyik memadu asmara tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"Oh, wow! So romantic. So sweet. What a lovely couple" sarcastic nada suaranya memerli.
Terkedu wanita di hadapannya itu. Manakala si lelaki pula hanya tersenyum tanpa tahu maksud disebalik pujian yang diterimanya.
"Well. Thank you. We love each other. Love at first sight. Right honey?" ujar lelaki itu.
Wanita itu kelihatan serba salah dan seperti kematian kata-kata.
"Oh really? By the way. I'm Nazim Ilman Bin Dato' Seri Nazhan Izzuddin" dia memperkenalkan dirinya.
"Dato' Seri Nazhan Izzuddin? Naz Sdn Bhd right? You're the one and only anak pewaris Naz Sdn Bhd. It is an honour to meet you. I'm Ahmed Shahrul Haq Bin Ahmed Saqeef Haq, Haq Empire Bhd" lelaki itu mengenalkan dirinya.
"I see. You're the one and only youngest brother to Ahmed Shafiq Haq. I know your brother well. Actually, we're a good friend. Nice to meet you. I got to go, enjoy your day" kata Nazim senada.
"Oh, before that. We both done lady. This time, I mean it. No more chances for any excuses and explanation. No more us" kata Nazim bersahaja sambil memandang tepat ke arah wanita itu. Kemudian berlalu meninggalkan Hotel Saujana.
"WHAT was that? You both know each other? Or? Don't tell me he's the guy. He's right? Damn!" kata Shahrul pada Kaisara.
"I'm sorry. But, yes. He's the guy. Don't worry baby. You are the best and better than him" pujuk Kaisara dengan nada manja.
"Awal lagi i dah kalah. You tahu kan dia miliki segalanya. Pewaris tunggal Naz Sdn Bhd. Lagi hebat kedudukan dia dari i. I perlu bersaing dengan Syafiq untuk miliki segalanya. But at least i menang, sebab mampu rampas you dari dia" kata Shahrul dengan nada kurang senang.
"It's okay baby. I told you. Dia kayu, tak romantic. Tak macam you yang pandai manjakan i, pandai layan i" Kaisara berbisik manja di telinga Shahrul.
Bagi seorang Kaisara. Dia mahukan perhatian, lelaki yang pandai membuat dia rasa disayangi dan dihargai. Memanjakan dirinya, dilayan seperti puteri. Tidak dinafikan, cintanya memang untuk Nazim. Namun dia mahukan lebih perhatian dan bukan diabaikan. Lelaki-lelaki yang dikenalinya hanya tempat untuk dia bermanja dan melayaninya bagaikan puteri.
Suatu ketika dahulu Nazim juga pernah memanjakan dirinya bagai seorang puteri, segalanya dituruti. Perkenalan dan perhubungan antara mereka telah terjalin selama lapan tahun. Namun, sejak Nazim mula berkerja mengambil alih syarikat. Masa dan perhatian untuk dirinya semakin kurang, kerana itu dia memilih untuk berlaku curang.
Dia juga tidak pernah melepaskan Nazim dari hatinya. Baginya lelaki itu adalah masa hadapannya yang pasti. Yang ada mendampinginya hanyalah sekadar mengantikan rasa sunyi untuknya. Sering dia membayangkan Nazim apabila bersama lelaki-lelaki yang mendampinginya.
"Jom honey. You buat i geram dengan manja you ni. This time, let's role-playing together" bisik Shahrul dengan nada miangnya.
Tertawa kecil Kaisara dengan ayat dari lelaki itu. Tahu benar apa yang dimaksudkan lelaki itu.
"Sure baby" jawabnya sambil mengelus manja lengan lelaki itu.
"Nantilah aku pujuk 'dia'. Macam tak biasa. Ini Kaisara, bab memujuk 'dia' tak akan failed punya" bisiknya dalam hatinya.
"Damn you Kaisara!!! Kali ni, kau tak akan aku maafkan" Nazim memukul stereng kereta.
"Berkali-kali kau tipu aku. Kau rayu aku. Sebab aku terlalu sayangkan kau. Aku bagi kau peluang. Aku pekakkan telinga bila ada mulut-mulut yang bercerita tentang kecurangan kau. Aku cuma busy kerja, segala keinginan kau, aku tunaikan. Tapi ini kau balas pada aku!!! Aku dah tak nampak haluan hubungan ni. Persetankan kau!!!" semakin laju dia memandu sambil meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya.
Rasa berkecamuk dalam fikiran membuatkan dia semakin hilang tumpuan. Memandu dengan cara merbahaya. Tidak dihirau pada pengguna jalan raya lain.
Bunyi hon bertalu-talu kepadanya tidak diendahkan. Kemana hala tujunya juga dia tidak tahu. Kerana terlalu marah, dia hanya memandu tanpa arah. Isyarat lampu jalan juga dia redah.
"Piinnnnnnnnnn"
"Streeeeetttttt..dumb..."
Gelap pandangan matanya apabila keretanya berhenti berpusing dan terbalik. Dia tidak sedar apa yang berlaku.
"ALEEYA serious ke nak buka cafe bunga tu" tanya Murni padanya.
"Yup. Impian saya tu kak, mini cafe dan florists. Dua dalam satu" jawab Aleeya serious.
"Habis lepas ni Aleeya plan nak berhenti bila?" tanya Murni lagi.
"Belum tahu lagi kak. Setahun lagi mungkin. Buat masa ni Aleeya buat online almost 3 years juga la. Aleeya upah runner untuk hantar. Runner pun Aleeya ambil student yang cari duit untuk part-time" jawabnya.
"Bosan la akak lepas ni tak ada geng" kata Murni.
"Cari la pengganti nanti kak. Aleeya pun bukan nak berhenti harini" jawab Bunga sambil tersenyum pada Murni.
"Setakat ni, Aleeya je la yang akak selesa. Kerja zup zap siap. Bagi task semua boleh handle sendiri. Smooth je kerja. Akak naik cuti bersalin clear semua. Sebelum ni, kita bagi task tapi kita juga lah yang kena followup task tu. Bagi kerja pun kejap-kejap tanya. Sebab macam tu la akak malas nak ada assistant tau. Sejak ada Aleeya, ringan beban kerja akak. Ni Aleeya tak ada nanti boleh murung akak" bebel Murni.
"Biasa la tu kak. Ragam manusia. Tu kak Habib. Jom. Lepas ni boleh balik office" kata Bunga pada Murni yang berjalan seiring dengannya.
Mereka menuju ke kedai Habib Jewels. Melihat dan memilih cincin yang terbaik untuk boss mereka. Selesai memilih reka bentuk dan size cincin. Mereka membuat pembayaran dan beredar untuk pulang ke office.Â
Sewaktu Aleeya memandu keluar dari mall tersebut. Handphone milik Murni berbunyi. Panggilan dari number yang tidak dikenalinya. Icon hijau digesek.
"Ya, saya Murni. Apa?! Baik saya datang sekarang" jawab Murni cemas.
"Kenapa kak?" soal Aleeya.
"Hospital sekarang HKL. Boss accident. Akak call Encik Darius kejap. Mati la kalau Dato' tahu ni. Apa akak nak jawab" resah Murni.
Aleeya memandu sedikit laju namun masih cekap dan cermat. Harus segera untuk sampai ke hospital. Murni di sebelahnya menghubungi Darius yang merupakan CFO syarikat, juga rakan baik kepada Nazim.
"MURNI, macam mana?" soal Darius sebaik tiba di hospital.
Murni dan Aleeya yang tiba awal masih menunggu Doctor yang merawat Nazim.
"Tak tahu lagi. Masih menunggu" jawab Murni.
"Dato' dah tahu?" soal Darius lagi.
"Belum, macam mana ni encik Darius? Nak bagitahu sekarang ke?" kata Murni pula.
"It's ok. I uruskan" Darius segera berlalu dan menghubungi bapa Nazim.
"Aleeya rasa, akak stay sini. Aleeya balik office dulu. Anything akak call Aleeya ya. Urusan office, Aleeya handle" kata Aleeya pada Murni.
"Elok juga tu. Apa-apa akak call Aleeya" jawab Murni.
Sewaktu Aleeya mahu beredar. Darius tiba di tempat mereka.
"I dah bagitahu Dato'. Kita tunggu Doctor keluar dulu. Baru boleh buat keputusan. Dato' minta tukar Nazim pada private hospital. Tapi buat masa ni kita tunggu la keputusan dari doctor" kata Darius pada mereka.
"Saya balik office dulu encik Darius. Puan Murni akan stay sini. Saya akan urusan apa yang perlu di pejabat" Aleeya meminta diri.
"Okay. Anything you update Murni" kata Darius pada Bunga.
Darius juga salah seorang yang menjadi pemerhati Aleeya dia syarikat itu. Dia menyenangi sikap Aleeya yang bijak membawa diri. Tidak ada yang berani menghampiri gadis itu.
Pernah dulu ada yang berniat mahu mencuba. Tapi gadis itu menolak terang-terangan secara sopan. Keperibadian gadis itu yang tegas dan sopan sedikit menarik minatnya. Menjaga batasan dan wajah yang bersahaja tanpa ekspresi. Sesekali terlihat gadis itu senyum dan tertawa bersama Murni. Terserlah kecantikan dan keayuan wajah gadis itu.
"Encik Darius..encik..encik Darius!!" panggil Murni.
"Ya..sorry. Ada apa Murni?" soal Darius pula.
"Tenung Aleeya macam nak tembus. Saya panggil pun tak dengar" usik Murni.
"Eh. Mana ada la" Darius pamer senyum janggal.
"Encik pun ada hati ke pada Aleeya? Tak nak try?" sengaja Murni memancing perhatian pada Darius.
"Saya belum berani la Murni. Tengok lah dia. Semua dia tak endah. Macam tak berminat dengan semua tu" jujur jawapan Darius.
"Tulah kan. Saya pernah je tanya dia. Tapi setiap kali tu juga dia mengelak. Rasanya dia dah ada seseorang. Dari cara dia tu, saya agak macam tu" kata Murni pula.
"Dengan awak pun dia tak jawab. Apa lagi kalau saya yang tanya. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, terpaksalah saya cari la orang lain" jawab Darius bersahaja.
Mereka masih menunggu doktor yang merawat Nazim untuk mengetahui perkembangan dan keadaan lelaki itu.
Share this novel