Bab 34

Romance Series 36633

"DAH siap semua? Jom lah, kita gerak pergi rumah Laily dulu. Lepas tu kita singgah rumah makcik Zaharah dan pakcik Hashim, kawan ummi dengan abi" ujar puan Nuraini saat mereka telah menanti di ruang tamu.

"Akhtar tak ikutlah, Irham dengan Azad nak datang tengah hari nanti" jawab Akhtar. Mujur juga sahabatnya berdua itu telah berjanji akan datang ke rumahnya pada hari raya kedua itu. Dapatlah dia mengelak untuk bertemu dengan keluarga dan calon pilihan ummi dan abinya.

"Eh, tak boleh lah macam tu. Akhtar kena ikut, mana boleh tak pergi sekali. Kan nak pergi rumah Leyla" gesa puan Nuraini.

Yang lain hanya berdiam, apabila mendengar perbualan yang mereka tahu akan menimbulkan rasa kurang senang pada Akhtar. 

"Kita pergi sekejap, kita balik bila kawan Akhtar nak sampai nanti" putus encik Usaid Akram.

Akhtar berdiam diri. Yang lain pula sudah jatuh kasihan padanya dengan perkara yang tidak dirancang itu. Semalam ummi dan abinya hanya bersetuju untuk menziarahi keluarga Laily dan berbincang sedikit perjalanan majlis yang bakal tiba. Tidak diketahui mereka akan ke rumah calon pilihan untuk Akhtar.

"Dah, jom gerak. Cepat pergi, cepat la balik" kata puan Nuraini.

Terpaksa diturutkan, mereka menaiki dua buah kenderaan. Kereta Akif dan Akmal. Ummi dan abinya menaiki kereta bersama Akmal. Manakala Akhtar tanpa bicara meloloskan diri masuk ke dalam kereta Alongnya, Akif.

"Akhtar okay?" tanya Akif sebaik sahaja kereta bergerak.

"Hurm" balasnya ringkas.

"Sabarlah, nanti kalau Azad dengan Irham sampai. Along dengan Kak Long bawa Akhtar balik rumah. Tak elok biar tetamu menunggu" putus Akif.

"Okay, thanks Along" Akhtar sudah kehilangan mood untuk hari itu.

Tidak lama kemudian, mereka sampai ke rumah keluarga Laily. Mesra keluarga gadis itu menyambut kedatangan mereka. Jelas terlihat riak terkejut di wajah ummi dan abi mereka dengan perubahan Laily yang lebih semakin sopan dan terjaga auratnya walaupun bergaya.

Setelah hampir dua jam mereka di rumah Laily, berziarah dan berbincang mengenai majlis yang hampir tiba tiga bulan lagi. Umi dan abinya meminta diri untuk beransur pulang. Ketika itu Akhtar telah menerima panggilan telefon dari Irham dan Azad yang hampir tiba ke rumahnya.

"Ummi abi, Irham dengan Azad nak sampai dah. Diaorang datang dari jauh. Akhtar, minta maaf tak boleh joined program ummi dengan abi" ujar Akhtar selepas selesai bercakap di telefon. Ketika itu mereka sudah berada di luar rumah keluarga Laily menuju ke kereta untuk bergerak ke rumah pakcik Hashim dan makcik Zaharah.

"Sekejap je, setengah jam. Lepas tu kita balik" desak puan Nuraini.

"Ummi, tak sopan la buat tetamu dari jauh macam tu. Kesian dia orang tunggu lama nanti. Dah nak sampai rumah kita pun dia orang tu. Along dengan Hanim balik sekali dengan Akhtar. Ummi dengan abi teruskan la niat nak berziarah kawan ummi dengan abi tu, Angah boleh bawakan" Akif cuba menasihati umminya.

"Tak apa la, Angah bawa ummi dengan abi. Nanti kita jemput la diaorang datang rumah pula" Akmal juga cuba memujuk puan Nuraini.

"Tak apa lah. Akhtar balik lah dengan Along. Hanim boleh juga tolong buatkan air ke apa-apa makan, dah tengah hari ni" ujar encik Usaid Akram.

Puan Nuraini sudah menunjukkan wajah tidak menyukai suasana itu, namun di turuti juga kata putus suaminya. Puan Nuraini terus bergerak menuju ke kereta Akmal tanpa sebarang bicara.

"Ummi merajuk la tu" kata Akmal dan segera mendapatkan keretanya.

"Jom, biarlah ummi tu. Nanti kita pujuk sama-sama" putus Akif. Akhtar sudah rasa bersalah, namun dia memang tidak mahu berjumpa dengan keluarga Leyla buat masa ini.

SAMPAI sahaja di rumah, Akhtar bantu membancuh air dan menyiapkan meja makan. Hanim pula ligat melakukan kerja menyediakan bahan masakan. Mujur juga nasi telah di tanak oleh kakak iparnya sebelum keluar berziarah pagi tadi, hanya perlu masak lauk dan sayur sahaja. Akif pula mengambil tugas memotong buah-buahan.

Lima belas minit kemudian sampai Irham dan Azad dirumahnya. Mereka keluar sebentar untuk menyambut kehadiran mereka.

"Masuk lah, duduk dulu makan kuih raya. Kak Long habiskan kerja di dapur dulu ya" Hanim meminta diri.

"Sihat abang Akif?" Irham bertanya sebaik mereka melabuhkan duduk di ruang tamu bersama.

"Alhamdulillah. Along sihat, kamu berdua macam mana?" Akif bertanya semula.

"Alhamdulillah. Sihat sangat tu yang sampai sini tu" jawab Azad pula.

"Jemput lah minum, makan kuih raya dulu. Sekejap-sekejap lagi boleh la kita makan nasi pula. Kak Long tengah siapkan" ujar Akif ramah.

"Kau asal diam je ni? Macam tak suka kitaorang sampai" usik Irham.

"Mana ada lah. Ada issue sikit" jawab Akhtar jujur.

"Akhtar berbual-bual la dulu. Along pergi tolong Kak Long di dapur" Akif berlalu ke dapur untuk membantu isterinya. Dilihat meja ruang makan telah disiapkan Akhtar. Hanya perlu meletakkan nasi dan lauk pauk sahaja.

"Asal ni?" tanya Azad.

"Ummi aku merajuk. Aku tak follow dia pergi rumah calon menantu pilihan dia" cerita Akhtar.

"Lah, asal tak bagitahu. Kita orang boleh je datang lambat sikit" kata Irham.

"Kau rasa aku nak pergi ke? Aku pun baru tau masa kita orang nak pergi rumah tunang Angah tadi" kata Akhtar.

"So, apa cerita?" tanya Azad pula.

"Cerita dia, ummi berkenan sangat budak Leyla ni. Tapi bagi aku sama je dia ni macam budak kat kolej yang bagi hadiah la, coklat lah, bunga lah. Tak ada beza pun" terang Akhtar.

"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Irham pula.

"Nah, tengok ni" Akhtar menghulurkan handphonenya dan menunjukkan WhatsApp yang di hantar oleh gadis bernama Leyla itu.

"Oh. Patutlah kau tak berkenan. Masa jumpa depan-depan pun gedik gak ke?" tanya Azad lagi.

"Masa jumpa tu kemain la senyap, menunduk, tak bercakap sangat. Tapi, siap pandang aku curi-curi" kata Akhtar.

"Habis kau macam mana? Dah buat keputusan?" tanya Irham padanya.

"Dah, aku akan stick dengan keputusan further study untuk 2 atau 3 tahun lagi. Lepas dapat kerja baru aku fikir pasal kahwin ni. Aku harap masa tu ummi, abi aku dengan budak tu dah give up la. Aku tak ada perasaan sikit pun pada dia. Aku punya hati ni tak rasa pun macam mana yang aku rasa bila aku tengok Bunga, jumpa Bunga. Budak Leyla ni, sama je aku rasa macam budak-budak kat kolej tu. Tapi dengan Bunga, aku punya hati ni selalu berdebar macam tengah lari marathon. Dengan Bunga aku rasa lain, tengok dia senyum aku rasa nak senyum, tengok dia nangis aku rasa nak pujuk, tengok dia marah aku rasa comel, tengok dia sakit and luka masa kejadian tu aku rasa dada aku nak meletup. Aku tak boleh nak explain semua yang aku rasa pada Bunga tu macam mana" luahnya pada Azad dan Irham.

"Eh, dah panggil dia Bunga. Dah ada jawapan la ni kau pilih siapa" kata Irham sambil tersenyum.

"Itu lah. Wow. Dalam sejarah ni Akhtar ada perasaan pada perempuan. Siap dah panggil nama istimewa lagi" usik Azad.

Ketawa mereka bersama. Akhtar menahan rasa segan. Tapi hanya dengan mereka dia selesa untuk bercerita.

Mereka tidak menyedari, ada dua orang yang sedang mendengar luahan hati Akhtar itu. Akif dan isterinya Hanim, dapat mereka rasakan luahan hati Akhtar yang benar-benar ikhlas menyukai gadis yang diceritakan Akhtar itu.

"Nama budak tu Bunga? Uniknya" kata Hanim.

"Jom lah, nanti kejap-kejap lagi kita panggil diaorang. Bagi Akhtar kongsi apa yang dia rasa dengan kawan dia. Dengan kita mana nak dia luahkan. At least, lega sikit dia bila dapat share dengan kawan baik dia" kata Akif pada isterinya. Mereka beredar dan memberi ruang kepada Akhtar dan rakannya.

"MAAFLAH, Akhtar tak dapat ikut pula. Dia ada tetamu yang nak datang beraya. Akif dan Hanim temankan dia sebagai tuan rumah" jelas puan Nuraini.

Mereka duduk di ruang tamu setelah di jemput masuk oleh puan Zaharah dan encik Hashim. Leyla pula beredar ke dapur untuk mengambil minuman buat tetamu.

"Oh ya ke? Tak boleh la kita nak berbincang harini" kata puan Zaharah.

"Maaflah ya Hashim. InsyaAllah, kita berbincang lain kali" kata encik Usaid Akram pula.

"Tak apa lah. Lain kali boleh" kata encik Hashim.

"Bincang apa ummi abi?" tanya Akmal.

"Bincang tentang Akhtar dan Leyla. Kami bercadang mahu mereka bertunang dahulu" sahut puan Zaharah.

"Oh. Maaf lah Angah tanya ni ummi abi. Dah tanya ke keputusan Akhtar? Pendapat dia ke apa semua?" kata Akmal kurang senang dengan apa yang di dengarinya.

"Akhtar akan ikut cakap ummi. Dia tak pernah membantah" kata puan Nuraini.

"Mama, abah, pakcik makcik, jom kita makan tengah hari dulu. Semua dah tersedia" kata Leyla.

"Jom kita, jamu apa adanya" ajak encik Hashim.

Mereka tiba di ruang tamu yang telah tersedia makanan di atas meja. Mereka menjamu selera sambil berbual-bual. Sehinggalah, Leyla tiba-tiba bertanya tentang Akhtar.

"Abang Akhtar tak ikut sekali. Ada hal?" soal Leyla.

"Ada tetamu datang kat rumah, kawan dia datang dari johor dan melaka. Ada hal ke Leyla nak jumpa dia?" selamba Akmal menjawab dan bertanya semula.

"Oh. Tak. Saja tanya. Kawan lelaki ke kawan perempuan?" tanya Leyla lagi semakin berani.

"Lelaki, tapi tak pasti la pula kalau ada kawan perempuan dia sekali" sengaja Akmal berkata begitu. Dilihatnya berubah terus air muka Leyla ketika itu.

"Maaflah, Akmal ni suka bergurau. Kawan Akhtar lelaki yang datang" kata puan Nuraini.

Terus wajah yang berubah mendung tadi terbit senyuman. Akmal hanya memerhatikan sahaja tingkah laku gadis bernama Leyla itu.

Setelah beberapa ketika. Mereka ingin beransur pulang. Dan ketika itu puan Nuraini menjemput keluarga gadis itu untuk datang ke rumah hari esok. Untuk berbincang mengenai perkara yang tidak kesampaian hari ini. Akmal sudah tidak terkata dengan keputusan umminya itu.

"Makcik nanti sampaikan salam saya pada abang Akhtar ya. Dia tak reply pun WhatsApp yang Leyla hantar. Ingatkan dapat lah jumpa dia harini, tapi dia tak datang pula" adu Leyla. Akmal semakin tidak menyenangi gadis itu.

"Patutlah Akhtar tak nak, sama je dengan perempuan yang kejar-kejar dia kat kolej rupanya. Tak malu betul sampaikan salam bagai, haih. Laily pun tak macam tu" selamba Akmal berkata namun dengan nada perlahan. Sempat juga didengari oleh ummi dan Leyla. Berubah wajah keduanya dengan kata-kata Akmal itu.

Tanpa menunggu terus sahaja Akmal berlalu dan menanti di di keretanya. Sebaik ummi dan abinya masuk ke dalam kereta, terus di pandu kenderaan itu keluar dari kawasan rumah gadis itu.

"Apa Akmal cakap macam tu. Leyla tu lain, tengok la serba serbi boleh walaupun masih muda. Pakai pun memang memenuhi ciri-ciri yang ummi nak, lemah lembut, baik, peramah. Jauh beza nak dibandingkan dengan pilihan kamu. Pilihan ummi untuk kamu dulu pun lebih baik juga" kata puab Nuraini tegas. Encik Usaid Akram hanya diam dan mendengar sahaja.

"Ummi tahu tak, Akhtar tu kenapa dia tolak semua budak yang suka dia kat kolej. Sebab macam Leyla lah, tak ada rasa malu merapati lelaki ajnabi. Kirim salam, pesan itu ini, bagi itu ini semua tu. Apa beza yang ummi nampak sangat tu? Angah tengok dia lagi gedik dari Laily. Laily sungguh pun gadis biasa, cara pakaian dia agak moden ikut fesyen. Angah yang banyak approach dia. Masa kawan, masa bertunang ni. Tak pernah lagi sehari dia yang cari Angah dulu, macam Kak Long juga. Along yang approach dulu, cuma ye lah. Kak Long memenuhi kehendak ummi sebagai menantu. Terpulang ummi lah, jangan sampai nanti Akhtar pilih sebab ummi, bukan kerana dia rela tapi sebab ummi dia buat keputusan macam tu" nasihat Akmal pada puan Nuraini.

Terus senyap sepi di dalam kereta itu tanpa sebarang perbualan. Sepertinya masing-masing sedang menahan diri dari situasi yang hangat itu agar tidak meletus menjadi perbalahan.

AKHTAR melihat ke arah luar rumahnya. Kereta abangnya, Akmal kelihatan. Melihatkan muka keruh puan Nuraini dan Akmal yang memasuki rumah. Dia hanya mendiamkan diri. Irham dan Azad juga saling berpandangan, namun tetap beradab menyapa ummi dan abi Akhtar serta Akmal juga.

Akmal sengaja melabuhkan duduknya bersama mereka bertiga. Mencapai gelas milik Akhtar dan meneguk air di dalamnya.

"Haus betul ni" tegur Akhtar.

"Bukan haus, panas" jawab Akmal.

"Ape kes?" tanya Akhtar.

"Pasal calon pilihan ummi  tu la. Ni Angah nak bagitahu. Kau get ready la, mujur kau tak pergi tadi. Diaorang dah plan nak kau dengan Leyla bertunang. Kalau kau tak nak, kau kena bertegas. Ummi ajak family diaorang datang esok" kata Akmal.

Irham dan Azad saling berpandangan. Akhtar pula diam sahaja.

"Habis esok macam mana?" tanya Irham.

"Kenapa dengan esok?" tanya Akif pula yang datang ke tempat mereka.

"Oh. Tanya Akhtar la. Rasa dia lagi sesuai nak jawab soalan ni" kata Azad pula.

"Esok Akhtar plan nak pergi jumpa kawan Akhtar tu, nak kenal dengan family dia. Lagipun abang kawan Akhtar tu yang ajak datang rumah" jujur Akhtar menjawab pertanyaan Akif.

"Better lah kau teruskan je plan kau tu, boleh mengelak. Angah tak berkenan betul" kata Akmal.

"Mengelak apa ni? Along tak faham" Akif meminta penjelasan.

"Ummi dah plan nak Akhtar ni bertunang dengan calon pilihan dia. Masa Angah tau tadi, Angah tanya la ummi dah tanya Akhtar ke belum dah setuju ke belum. Ummi boleh cakap, Akhtar akan ikut cakap ummi, sebab dia tak pernah membantah. Rupanya tadi ajak pergi rumah tu sebab nak bincang tapi tak jadi sebab Akhtar tak ada. Esok dia orang pula nak datang sini, ummi jemput sebab nak bincang hal yang tak jadi bincang harini" kata Akmal.

Semua yang ada terdiam tidak mampu untuk berkata apa-apa. Akhtar pula kelihatan gelisah.

"Akhtar macam mana?" tanya Akif.

"Entahlah" jawab Akhtar buntu.

"Kau ikut je lah Azad ke Irham ni ke balik rumah dia orang. Angah sokong" selamba idea Akmal beri.

"Along rasa better la Akhtar buat keputusan. Hidup Akhtar ni. Lari tak boleh selesaikan masalah" nasihat Akif.

"Kau orang tunggu jap, aku jumpa ummi dengan abi aku. Aku ikut kau Irham" kata Akhtar.

Terus Akhtar berlalu ke biliknya mengemas pakaian untuk sehari dua, dia keluar semula dari biliknya dan menemui ummi dan abinya di bilik mereka. Dia perlu selesaikan perkara itu segera, dan dia juga perlukan ruang dan jawapan dari Aleeya.

"Ummi, abi Akhtar nak jumpa sekejap" dia mengetuk pintu bilik ummi dan abinya. Tidak lama kemudian puan Nuraini membuka pintu dan keluar ke ruangan meja makan, di ikuti encik Usaid Akram.

"Ada apa Akhtar?" tanya encik Usaid Akram.

"Akhtar nak ke melaka dan johor. Rumah Azad dengan Irham. Akhtar pun dah lama sangat tak jumpa mama Liza, nak bagitahu ummi dengan abi Akhtar balik rumah Irham. Esok atau lusa Akhtar balik semula" jujur Akhtar berterus terang.

"Lagi sekali. Tadi ajak pergi rumah Leyla tak ikut, ummi jemput keluarga dia datang rumah kita esok pun Akhtar tak ada juga. Lain kali tak boleh ke?" tanya puan Nuraini dengan nada sedikit marah.

"Akhtar tak tahu pun rancang ummi dah buat. Akhtar dah janji dengan mama Liza. Lain kali kan boleh jumpa keluarga kawan ummi" Akhtar cuba berlembut.

"Akhtar nak mengelak ke ni? Ada calon pilihan sendiri dah macam Angah?" tanya encik Usaid Akram.

Tersentak Akhtar dengan soalan serkap jarang abinya itu. Namun cepat dia menyangkal.

"Bukan mengelak tapi memang dah plan awal abi. Akhtar minta maaf kalau perkara Akhtar buat kali ni buat ummi dengan abi rasa marah. Tapikan memang tiap tahun macam ni. Cuma harinya sahaja yang berbeza" Akhtar mengalah.

"Pergi lah. Itu keputusan kamu" kata puan Nuraini lalu bangun berlalu meninggalkan mereka.

"Ummi...ummi.." panggil Akhtar.

"Pergi lah. Tak apa, nanti abi pujuk ummi" kata-kata encik Usaid Akram buatkan Akhtar sedikit lega.

"Terima kasih abi" ucap Akhtar. Encik Usaid Akram hanya mengangguk kepalanya dan bangun berlalu meninggalkan Akhtar.

AZAD dan Irham mula meminta diri untuk bergerak pulang. Mereka menemui seluruh ahli keluarga Akhtar dan bersalaman.  Akhtar juga meminta diri untuk mengikuti sahabatnya. Mereka akan bergerak ke rumah Azad dan kemudian akan bergerak ke johor pula rumah Irham.

Dalam perjalanan ke Melaka rumah Azad, Irham menemankan Akhtar memandu memandangkan keadaan diri Akhtar yang nampak sedikit tertekan.

"Kau okay?" tanya Irham.

"Entah lah. Aku tak tahu nak buat apa. Sorry, aku jual nama mama kat ummi dengan abi aku" jawab Akhtar.

"It's okay lah. Aku faham. Nanti aku bagitahu mama masa kita sampai rumah Azad. Kau nak tidur rumah aku kan?" Irham meminta kepastian.

"Aku mana-mana pun boleh. Rumah kau boleh hotel pun boleh" jawab Akhtar.

"So apa plan kau?" Irham ingin tahu.

"Aku perlu pastikan jawapan Bunga dulu, terutama keluarga dia" kata Akhtar.

"Terpulang kau. Aku dengan Azad doakan yang terbaik buat kau. Sorry, kita orang tak boleh nak tolong dalam hal ni" Irham cuba memberikan sedikit semangat untuk sahabatnya itu.

"It's okay. Benda pun jadi tiba-tiba. Aku sendiri pun tak tahu pilihan apa yang aku ada dan aku boleh buat" nada suara Akhtar sedikit kecewa dengan situasi yang menimpanya.

Hampir dua jam pemanduan. Mereka tiba di rumah Azad ketika jam menginjak ke waktu Maghrib. Mereka menunaikan solat terlebih dahulu. Keluarga Azad menjamu mereka makan malam dengan menu mee udang masakan ibu Azad.

Ketika mereka sedang berehat sebelum bergerak ke Johor rumah Irham. Akhtar putuskan untuk menghubungi Eidlan.

"Assalamualaikum abang Eidlan" Akhtar menyapa sebaik talian di jawab.

Mereka berbual-bual seketika. Sebelum ke perbincangan serious. Azad dan Irham hanya memerhatikan dan memberi Akhtar ruang untuk berbicara. Setelah selesai, Akhtar menamatkan perbualannya.

"Macam mana?" tanya Azad.

"Abang Eidlan minta aku jumpa Bunga dan berterus terang. Dalam masa sama, dia minta aku buat keputusan yang terbaik. Jumpa nanti baru boleh tahu apa keputusan yang terbaik aku boleh pilih. Dia offered aku tidur rumah dia, kenal dengan family dia dulu. Baru buat keputusan" jelas Akhtar.

"So kau nak stay rumah dia?" tanya Azad.

"Entahlah" jawab Akhtar berbelah bahagi.

"Malam ni kita lepak rumah aku, esok malam kau tidur lah rumah Bunga. Azad stay je rumah aku. Nanti kau ambil Azad bila dah nak balik. Kita naik kereta kau je" cadang Irham.

"Betul gak tu" Azad menyokong.

"Nanti aku fikir dulu, jomlah gerak nanti lewat sampai rumah kau. Tapi okay ke ni nak stay rumah kau?" Akhtar meminta kepastian.

"Abang dengan kakak aku balik dah rumah mertua diaorang tengah hari tadi. Ada adik laki aku je kat rumah. Ok je lah. Aku da bagitau mama aku" kata Irham.

"Okay lah kalau macam tu" kata Akhtar.

Sepuluh minit kemudian mereka meminta diri dan bergerak ke rumah Irham pula di Johor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience