Bab 64

Romance Series 36633

"FINALLY, you nak jumpa i juga" kata Kaisara yang baru tiba di restaurant itu.

Nazim memandang sinis pada gadis itu. Tiada kata-kata balasan.

"So, ada apa you nak jumpa i ni? Missed me? Don't you?" tergedik-gedik sahaja perlakuan dan gaya percakapan gadis itu.

"Nope. Never. I ajak you jumpa ni sebab you dah ganggu orang yang i sayang" kata Nazim sarcastic.

"Wait. What? Orang apa? Orang yang you sayang? Siapa?" tanya Kaisara seolah dia tidak memahami maksud kata-kata Nazim.

"Tak perlu nak berpura-pura Kaisara. You tahu maksud i" tegas sahaja nada percakapan Nazim.

"Nope. I tak faham maksud you" Kaisara masih berpura-pura tidak tahu.

"Stop it Kaisara!" kata Nazim tegas.

"You marah i sebab betina tu? Wow! You've changed a lot" kata Kaisara tidak berpuas hati.

"She's not betina. She had a name, her name is Aleeya" tekan Nazim dalam bicaranya.

"So, what if i yang buat? You nak buat apa pada i? Pandai mengadu rupanya betina tu" kata Kaisara dengan senyuman sinisnya.

"It was really you. Stop ganggu dia" kata Nazim masih lagi tegas.

"So betul lah kan, dia mengadu pada u. Lembik" sinis kata-kata Kaisara.

"Nope. Dia tak mengadu pun. I dapat tahu sendiri. FYI, dia tak seperti yang you sangkakan" kata Nazim lagi.

"Really? We will see" kata Kaisara angkuh.

"If you ganggu dia lagi. I tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan" kata Nazim lagi.

"Like i care. You tu hak i. Milik i. Tak akan ada sesiapa yang boleh rampas you dari i. You know why? Because i love you. No one will love you like i did. Come on baby" kata Kaisara dengan suara yang sengaja dilunakkan.

"Nope. In your dream. I bukan milik you. And i don't love you. Not even like you. Sedar sikit siapa diri you tu" sinis kata-kata Nazim.

"How dare you! You will regret it. I akan pastikan you akan tetap jadi milik i. Remember that baby. I need to go, life is to short to be bored like you. I need some entertainment for now. See you again baby, and please la jawab WhatsApp and call i. If you're really don't want me to do something at her. Muah! Daa" kata Kaisara memberikan flying kiss sebelum berlalu pergi.

"Damn you Kaisara!" marah Nazim yang melihat gadis itu berlalu pergi.

"Hello. Bro i need you to do something for me" kata Nazim pada seseorang yang dihubunginya.

"LETIHNYA wei" kata Aleeya pada si kembar saat mereka melepaskan lelah setelah tiba di rumah malam itu.

"Bila kau last day kerja?" tanya Azizah.

"Hujung bulan ni Manja. Lamanya nak tunggu hujung bulan. Macam nak berhenti esok pula rasa" kata Aleeya sambil berbaring di sofa two seater.

"Sekejap je tu. Pejam celik dah hujung bulan" sahut Azlina pula dari arah dapur.

"Kes kau tu macam mana?" soal Azizah.

"Serah kat polis. Masuk yang ni dah report ke tiga kan aku buat. Lepas ni if dia buat lagi kedai, aku tak akan bagi muka dah pada perempuan tu" jawab Aleeya.

"Nazim pula macam mana?" soal Azlina pula yang baru muncul dari dapur bersama dulang berisi tiga buah mug hot chocolate

"Kenapa pula dengan dia? Aku dengan dia bukan ada apa-apa hubungan pun. Aku anggap dia as a boss and kenalan biasa je macam orang lain. Tak ada yang istimewa" jelas Aleeya.

"Kau tak rasa nak bagi dia peluang ke? Maksud aku, untuk lebih serious berkawan. Dari cara dia je dah boleh tahu yang dia betul-betul suka kat kau" kata Azizah padanya.

"Aku tak berani nak cakap apa-apa soal hati, soal jodoh. Sebab ni semua rahsia Allah. Kang kalau aku cakap aku tak nak, tetiba esok lusa tup tup kahwin pula. Kang kalau tetiba aku cakap nak, esok lusa dia pula berubah hati kan. Sampai masa Allah kata itu jodoh aku, itulah orangnya. Aku tak nak berharap atau menunggu atau meletakkan apa-apa harapan atau pada sesiapa" jelas Aleeya pada si kembar.

"Akhtar?" tembak Azlina. Azizah hampir tersedak dengan pertanyaan Azlina yang tiba-tiba.

"Dia dah jadi hak orang pun. Jodoh aku bukan dengan dia la tu. Lama dulu dah aku hilang dia. Dia buat keputusan tinggalkan aku" jawab Aleeya bersahaja.

"Bunga dengan kad dia kau masih simpan elok dalam bilik tu" tembak Azlina lagi.

"Bunga dengan cincin dia bagi ni, hadiah yang pertama kali aku terima dalam hidup aku dari seorang lelaki. So aku buat keputusan untuk simpan sampai la bila ada pengganti. Sebab tu cincin ni masih disini" kata Aleeya sambil memandang cincin di jarinya.

"Kau tak rasa macam kau kejam sangat ke pada dia?" soal Azlina lagi.

"Kejam? Dia tu siapa? Nazim ke Akhtar?" soal Aleeya pula. Tidak faham 'dia' yang dimaksudkan Azlina tu siapa.

"Both" jawab Azizah pantas.

"Kejam" jawab Aleeya selamba.

"Dah tu. Kenapa buat macam tu?" tanya Azizah lagi. Ingin mendengar jawapan sahabatnya itu.

"Nazim. Aku dah nampak macam mana reaction bila dia kecewa dan terluka. So, if aku accept hasrat hati dia nak serious. One day, tiba-tiba jodoh aku bukan dengan dia. Aku tak rasa dia boleh terima dengan berlapang dada. Dia punya kecewa dengan ex dia dulu tu sampai accident masuk hospital, mujur panjang umur. So jalan selamat, tak perlu aku nak bagi harapan ke atau membuka ruang untuk dia. Aku tak berani nak buat sesiapa terluka. Peritnya rasa terluka dan kecewa tu yang pernah alami je akan faham" jawab Aleeya dengan wajah yang sedikit keruh.

"Akhtar..." lama Aleeya terhenti saat nama itu meniti di bibirnya.

"Dia tunang orang. Aku pun tak nak aku kecewa lagi. Aku wajib jauhkan diri dari dia, sebab berdosa dan sebab janji aku pada orang. Dan tak baik jadi penghalang hubungan orang. Kisah aku dengan dia dah lama terhenti. Kalau aku tak kejam, dia akan terus cari aku. Aku faham bila dia kata, dia tak ada pilihan. Tapi tak bererti dia boleh buat keputusan tinggalkan aku tanpa kata putus. Kalau aku kat tempat dia, aku akan pilih untuk berterus terang dengan keluarga aku. Walaupun lepas tu aku terluka or kecewa dengan keputusan dari keluarga aku. Aku doakan dia bahagia, sebab aku pun nak bahagia juga walaupun bukan dengan dia" itulah perasaannya selama ini.

"InsyaAllah. One day kau pasti akan bahagia juga" kata Azlina.

"Aku doakan jodoh kau, orang yang sama baik juga macam kau" kata Azizah pula.

"Aku pun doakan yang sama untuk kau orang. Semoga kita bertiga berjodohan dengan lelaki yang baik-baik akhlak dan imannya" jawab Aleeya dengan senyuman nipis.

"Amiin Ya Allah" jawab si kembar serentak.

"Dah la. Jom masuk tidur. Penat gila mental dan fizikal aku" ajak Aleeya pada mereka.

"Pergi la masuk dulu. Aku nak call ehem kejap" kata Azizah.

"Aku pun. Good night" kata Azlina juga.

"Okay..love u both. Night" Aleeya berlalu masuk ke biliknya.

"ADA apa pula kali ni?" soal Vincent melihatkan keadaan Kaisara seperti kurang baik anginnya.

"Nazim dah tahu" jawab Kaisara.

"And i pun dapat tahu perempuan tu buat police report" kata Vincent pula.

"Serious? I nak you berhati-hati. If you tertangkap, i tak nak terlibat and make sure jangan libatkan i" kata Kaisara tegas.

"Don't worry la. Tak akan punya" kata Vincent yakin.

"For now. Kita relax dulu. I tak nak keruhkan lagi suasana tegang ni. You akan bertindak bila i bagi arahan. Tak sangka perempuan tu akan bertindak juga. I ingat dia akan takut macam perempuan-perempuan lain yang pernah cuba nak dekati Nazim. Bila i hantar ugutan terus takut. Tapi dia ni, tak guna betul" kata Kaisara dengan rasa marah.

"Okay. So you nak buat apa sekarang?" tanya Vincent.

"I nak tengok tindakan Nazim. I nak dia datang pada i. If not. I akan arahkan you untuk buat sesuatu nanti. I yakin dia akan turuti kehendak i, sebab dia tak nak perempuan tu diapa-apakan" Kaisara yakin akan hal itu.

"Well. Perempuan cantik macam and baik macam tu mesti la dia sayang" kata Vincent.

"What?! Cantik?! Eh! Hello! You pun buta juga ke tak boleh beza cantik tu macam mana. Cantik tu macam i. Perempuan kampung tu cantik? Cantik apa macam tu. Pakai baju pun biasa-biasa, tak up-to-date langsung. Muka pun macam rumah tak siap" kata Kaisara bengang.

"Hahahaha. Relax. Marah pula. Chill la" kata Vincent melihat Kaisara yang tidak berpuas hati dengan kata-katanya.

"You pun sama buta macam Nazim juga" Kaisara masih tidak berpuas hati.

"Hai. Sorry lambat. Mimie ni sakit perut pula tadi masa nak keluar" sapa Jane yang baru tiba bersama Mimie.

"Hai baby. You look so sexy today" kata Vincent pada kekasihnya itu.

"Eh. Nak romantic jangan kat sini eh. Tak nampak ke orang yang single ni" tempelak Mimie.

"You kena cari teman la Mimie. Ke you nak i tolong carikan? I ramai je kawan" kata Vincent.

"Thanks but no thanks" jawab Mimie.

Perkenalan antara Vincent dan Jane bermula apabila Kaisara mula menggunakan khidmatnya. Hampir di setiap pertemuan Kaisara akan membawa Jane bersama. Mimie puas menasihati Jane untuk tidak terjebak dengan lelaki itu dan rancang jahat Kaisara.

"Sombong tak laku nanti" kata Vincent lagi.

"Tak apa. Janji aku happy" jawab Mimie kemudian berlalu.

"Woi..kau nak pergi mana?" jerit Kaisara pada Mimie.

"Jumpa orang" kata Mimie tanpa berpaling. Hakikatnya dia tidak mahu lagi terjebak dengan situasi itu.

"Jom la club. Bosan aku kat sini" kata Kaisara pada Vincent dan Jane.

"Jom" serentak mereka menjawab dan berlalu pergi dari restaurant itu.

"ALEEYA tak datang malam ni?" tanya Kamarul pada Eidlan.

"Tak. Dia letih katanya. Aku kesian dengan dia. Tadi kedai dia kena rosakkan. Mujur tak kena pecah masuk je" jawab Eidlan.

"Habis. Dah buat police report?" soal Kamarul.

"Dah. Aku risau la Rul. Aku sampai tak tenang bila buat kerja asyik terfikir keadaan dia. Setengah jam sekali aku WhatsApp tanya keadaan dia. Bila dia tak reply or lambat sangat respond aku mula la fikir bukan-bukan" kata Eidlan lagi.

"Kau ni. Aleeya pandai jaga diri. Jangan risau sangat. Budak-budak Mr David dengan Mr Harris pun ada yang jadi mata-mata. Diaorang tak bertindak if mamat cina tu tak usik Aleeya. Kau jangan risau sangat la. Ramai jaga dia. Walaupun bukan 24jam, kita dah tahu corak pergerakan Aleeya. So siapa yang ada dekat dengan area dia akan tolong pastikan keselamatan dia" Kamarul cuba untuk melegakan rasa bimbang Eidlan terhadap adiknya.

"Adik Rul. Mana aku tak bimbang. Yang paling semua sayang pula tu. Tanggungjawab aku untuk pastikan dia selamat" jelas Eidlan lagi.

"Abang jangan risau. Kita orang pun ada. InsyaAllah, Aleeya akan baik-baik sahaja" kata Irham yang turut mendengar perbualan mereka.

"Tak boleh ke kalau kita minta lelaki yang nama Nazim tu jauhi Aleeya?" tanya Azad pula.

"Ini kali ke dua Azad tanya. Tak boleh la kita nak minta dia buat macam tu. Lagipun bukan salah dia. Ex dia tu yang ganggu Aleeya. Lagipun lelaki tu suka Aleeya kan?" kata Kamarul, diakhir bicaranya dia bertanya kepada Eidlan.

"Betul. Bagi abang tak relevant pun dengan minta Nazim jauhi Aleeya. Macam tak hormat kehidupan peribadi dia. Suka atau tak suka, itu semua hak Aleeya untuk tentukan. Bagi abang keselamatan Aleeya je yang penting sekarang ni" kata Eidlan.

"Jom lah. Kita start" kata Kamarul pada Eidlan dan lain-lain.

"Jom.." jawab mereka serentak. Latihan malam itu diteruskan seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience