4 tahun kemudian.
"Aleeya, harini gantikan akak untuk meeting dengan company RZ Entertainment. Aleeya pergi dengan boss ya, akak kena attend satu lagi meeting dekat Hotel Saujana. Yang ni boss baru inform tadi, dia minta akak yang handle meeting di sana" kata Murni padanya.
"Okay. Pergi dengan encik Nazim ya, pukul berapa boss nak gerak? Meeting pukul 10.30 kan. Meeting apa kat Hotel Saujana Kak Murni attend?" tanya Aleeya.
"Boss pesan tadi, dia nak gerak nanti dia panggil Aleeya. Meeting untuk events boss dua minggu lagi. Nanti kita gosip lunch hours" kata Murni sambil mata sebelah dikenyitkan pada Aleeya.
"Macam hot topic je ni" bisik Aleeya perlahan dan berlalu ke pantry untuk membuat secawan air. Terdengar ketawa kecil Murni di mejanya.
Bulan terakhir menjalani intern di syarikat Naz Sdn Bhd, Aleeya di tawarkan jawatan Personal Assistant dua sebagai pembantu Murni. Prestasi cemerlang dan commitment yang diberikan Aleeya semasa menjalani latihan practical di bawah seliaan Murni banyak meringankan tugas Murni yang menjadi setiausaha tetap kepada COO syarikat itu.
Naz Sdn Bhd syarikat yang menjalankan perniagaan Mass Media atau dikenali sebagai Media Massa. Di bawah Naz Sdn Bhd terdapat beberapa bahagian pecahan bidang seperti penerbitan, pengiklanan, media electronic dan media cetak, animasi dan juga entertainments.
Syarikat milikan penuh melayu yang merupakan syarikat ketiga terbesar di Malaysia menopoli Media Massa, dimiliki CEO Dato' Seri Nazhan Izzuddin. Syarikat ini kini dibawah pentadbiran COO Nazim Ilman yang merupakan anak tunggal kepada CEO syarikat Naz Sdn Bhd, juga merangkap pemangku CEO sejak Dato' Seri Nazhan bercuti rehat setelah hampir setahun.
Semasa intern di syarikat ini Aleeya dan si kembar berada di bawah bidang yang berlainan, Aleeya menjalani bahagian PR di bawah seliaan Murni sebagai pembantu setiausahanya. Azizah di unit CMO di bawah seliaan encik Fairuz. Azlina pula di unit CCO di bawah seliaan puan Maria. Unit berbeza di bawah syarikat yang sama.
Aleeya tidak jadi menyambung pengajian ke peringkat degree setelah menamatkan pengajian diplomanya. Semuanya kerana suatu peristiwa. Ahli keluarganya tidak pernah memaksa, malah menyokong penuh apa sahaja keputusannya.
"Aleeya, lima minit lagi kita gerak" kata suara di corong telefon mejanya.
"Baik encik Nazim" jawab Aleeya setelah telefon itu di angkat apabila mendapat intercom dari bilik COO nya.
Aleeya mula mengemaskan meja dan memastikan fail untuk mesyuarat yang akan di hadirinya lengkap dan tidak ada yang tercicir.
"Nak pergi dah?" tanya Murni.
"Ha'ah kak. Boss dah intercom" jawab Aleeya.
"Good luck, have fun" usik Murni. Suka benar dia menyakat Aleeya dengan boss mereka itu.
"Fun apanya. Meeting je pun" jawab Aleeya selamba.
"Meeting can turnings to dating what?" Murni mengusik lagi.
"Jangan macam-macam kak, dengar orang lain. Salah faham pula nanti" Aleeya menepis.
"Sesuai apa. Hahaha" galak usikan Murni padanya.
"Malas layan, tu boss da muncul. Lunch dengan Aleeya ya. Tinggal Aleeya siap akak" jawab Aleeya sambil membimbit fail penuh di tangan dengan handbag sangkut dibahunya.
"Let me take half" kata encik Nazim Ilman pada Aleeya sebaik tiba di hadapannya.
"Sure. Thank you encik Nazim" jawab Aleeya sopan.
"Murni jangan lupa ya meeting tu. Anything update saya" pesan Nazim Ilman pada Murni.
"Alright boss" jawab Murni sambil senyum dan menunjukkan tanda okay dengan jari tangannya.
DALAM perjalanan menuju ke RZ Resources, Aleeya hanya mendiamkan diri. Nazim Ilman juga sama. Hanya kedengaran suara Dj yang berceloteh di corong radio.
"Awak memang tak banyak cakap ya? Pendiam?" tanya Nazim pada Aleeya, memecah sunyi antara mereka.
"Eh. Tak ada lah" Aleeya menjawab pertanyaan bossnya itu.
"Awak tahu tak staff banyak bergosip pasal awak Aleeya?" tanya Nazim padanya lagi.
"Eh! Encik Nazim pun tahu ke tentang tu? Saya tahu lama dah, dari masa awal-awal saya ditawarkan kerja. Kebetulan masa tu Kak Murni pun nak cuti bersalin. Saya anggap itu semua ujian saya mencari rezeki yang halal" jawab Aleeya.
"Semua tentang staff saya ambil tahu. Tapi pada saya selagi tak melampui batas. Saya tak akan endahkan, bila melampaui batas saya perlu lakukan sesuatu. Saya juga tahu punca dan pelakunya siapa" kata Nazim pula.
"Saya pegang satu je Encik Nazim. Dalam dunia ni tak semua orang suka kita, dan dalam dunia ni juga tak semua orang tak suka kita. Rezeki ni semua dari Allah, setiap nikmat hidup ni pun semua dari Allah. Bagi saya, semua ni ujian untuk mendidik diri saya dan iman saya" Aleeya meluahkan pendapatnya.
"Awak ni muda tapi cara awak berkerja dan berfikir tak setanding usia" Nazim pula meluahkan pendapat peribadinya tentang gadis muda itu.Â
Aleeya hanya senyum sedikit dan mendiamkan dirinya.
"Kenapa awak jarang bercampur dengan staff lain? Diaorang bergosip, bergurau senda. Awak seperti mengasingkan diri, dalam dunia sendiri. Awak ada masalah social skills atau awak memang jenis suka menyendiri?" tanya Nazim lagi.
"Ada tiga sebab kenapa saya jadi macam apa yang encik cakap. Pertama, saya lebih suka focus pada kerja pada waktu berkerja sebab keberkatan rezeki itu ada pada apabila kita amanah dengan tanggungjawab kita. Kedua, bergurau senda tanpa batas antara lelaki dan perempuan bukanlah perkara yang baik. Islam membataskan pergaulan dan percakapan antara lelaki dan perempuan. Sebab sifat malu itu sangat dituntut islam, diaorang bergurau sampai berdouble meaning, hal dalaman pun jadi bahan. Itu bukan perkara yang sopan dan beradab, saya tak mahu terlibat. Saya masih ada rasa malu dengan manusia apa lagi dengan Allah, saya ni dah la banyak dosa tak perlu la saya nak tambah dosa. Ketiga, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Saya tak boleh hypocrite. Bila saya tak suka atau tak berkenan, lebih baik lah saya jauhkan diri. Cuma saya masih menghormati mereka sebagai rakan sekerja" jawapan Aleeya buatkan Nazim sedikit tersentak. Gadis ini lain dari gadis-gadis yang dikenalinya.
"Awak ni unik Aleeya" kata Nazim mengerling pandang pada Aleeya disebelahnya.
"Saya biasa je encik Nazim" jawab Aleeya.
"Alright, dah sampai" kata Nazim sebaik kereta memasuki ruang parking RZ Resources.
"Jom, dah ready?" tanya Nazim pada Aleeya sebaik mereka keluar dari kereta.
"InsyaAllah. Bismillahirrahmannirrahiim" kata Aleeya sambil memegang sebahagian fail di tangannya.
Nazim terkelu dengan jawapan Aleeya. Mereka jarang berbual. Kebanyakan masa hanya bercakap tentang urusan kerja sesekali. Juga kerana personality gadis itu yang tidak seperti pekerja lain, kurang bercampur dan menegurnya.
Mesyuarat berlangsung dengan lancar. Kata sepakat dicapai dan mereka meterai perjanjian project akan datang. Sebaik tamat mereka di pelawa untuk menjamu selera oleh pihak RZ Resources.Â
"Saya nak singgah satu tempat sekejap. Awak okay tak? If awak tak selesa kita terus balik office" kata Nazim sebaik mereka masuk ke dalam keretanya.
"Okay je. Tapi kalau encik Nazim lama, saya boleh je ambil taxi or grab car" jawab Aleeya.
"Saya tak lama, sekejap je" jawab Nazim lalu mula memandu.
Sebaik tiba di sebuah bangunan, Nazim parking keretanya. Dia ingin bertemu seseorang.
"Ten minutes. Aleeya tunggu dalam kereta sekejap ya" Nazim berlalu keluar dari keretanya dan memasuki bangunan tersebut.
Ketika sedang menanti Aleeya melihat sebuah kereta mewah berhenti di bahagian pintu masuk bangunan. Kelihatan seorang gadis cantik yang sexy berambut perang keluar dari kereta itu dan diikuti dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan handsome.
Melihat drama sebabak di depan mata membuatkan Aleeya yang berasa malu dan berpaling ke arah lain. Gadis itu berpelukan dan bercumbu seketika bersama lelaki tadi.
Saat itu juga Aleeya terlihat bossnya memerhatikan gadis itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Selepas kereta lelaki itu berlalu, dia melihat bossnya itu mendekati gadis itu dan seperti bertikam lidah dan berlaku pergaduhan kecil. Aleeya berdoa moga dia tidak tertempias oleh amarah bossnya itu.
"JANTAN mana pula kali ni? You cakap you dah berubah. Tak buat perangai berfoya you tu. You minta peluang, I bagi peluang sebab I sayangkan you and percaya janji you. Wow! Kalau I tak datang sini tadi, sure I tak tahu you masih tak berubah" Nazim menempelak gadis berambut perang dihadapannya itu.
"You! You salah faham. Kenapa you datang tak bagitahu dulu. Tu client I la, bukan macam you tuduh I" jawab Kaisara pada Nazim.
"Alamak. Dia nampak ke? Apesal tiba-tiba muncul pulak. Selalu busy je kat office tu" bisik hati Kaisara. Dia mendekati dan cuba meraih lengan Nazim, cubaan untuk memujuk lelaki itu.
"Wow! Clients you. Berpelukan, bercium macam tu, client you?! Hebat service layanan you untuk client macam tu. So, semua pekerja kat sini lelaki perempuan service layanan sama la macam you buat tadi tu. Wow! Hebat!" tempelak Nazim sarcastic pada Kaisara. Tahu benar dia, gadis itu membohonginya.
"You! Percaya la. You salah faham je" Kaisara cuba memujuk lagi. Terkantoi pula hari ini dia dengan Nazim. Lelaki tadi dikenalinya di club malam beberapa hari lepas.Â
"Enough! Did you think I'm stupid. We are done. I'm done. There's nothing between us anymore. Good bye Kaisara" Nazim merentap lengannya yang dipegang Kaisara. Terluka dan marah dengan gadis itu entah untuk yang keberapa ratus kali dia juga tidak tahu.
"You! You! It's just misunderstanding. You!!!" panggilan Kaisara tidak diendahkan.
Bergegas Nazim meninggalkan bangunan itu dan kembali ke keretanya. Marah dan kecewa bersatu. Sebaik masuk ke dalam kereta pintu dihempas sekuat hatinya. Dan dia mula memandu laju meninggalkan kawasan bangunan itu.
Aleeya mendiamkan diri melihatkan situasi itu. Tidak mahu masuk campur dan mengeruhkan keadaan yang akan menyebabkan dia terpalit sama dalam kemarahan bossnya itu. Dia beristighfar dalam hati.
Sebaik tiba di persimpangan traffic light yang bewarna merah. Nazim menghentikan keretanya dan menghentak kuat stereng keretanya dan menjerit kasar. Aleeya terkejut dengan tindakan bossnya itu, namun masih lagi mendiamkan diri dan beristighfar di dalam hati tanpa henti.
"Arghhhhhh.....penipu! Perempuan semua sama! Penipu!!!" jerit Nazim kasar. Terlupa dia dengan kehadiran Aleeya disebelahnya.
Tahulah Aleeya, gadis berambut perang yang sexy itu tadi pasti seseorang yang istimewa bagi bossnya itu.Â
Nazim masih dikawal oleh emosi amarahnya. Dia menghentak bahagian sisi pintunya pula. Aleeya sudah mula dihambat rasa geram dengan perlakuan bossnya itu.
"Marahkan orang, barang jadi mangsa. Tahu lah kaya" kata hatinya. Melihatkan tiada tanda seperti suasana akan reda dia mengambil langkah menegur bossnya itu.
"Encik Nazim okay tak ni? Nak saya tolong drive? Bawa kereta dalam keadaan marah bukan perkara yang baik" selamba Aleeya menuturkan kata. Laju tangan menghidupkan double signal. Berharap kereta belakang memahami dan memberi ruang pada kereta Nazim.
Tersentak Nazim, terlupa dia bukan bersendirian ketika itu. Di toleh ke sisi melihat Aleeya yang memandangnya seperti tiada apa berlaku. Tiba-tiba rasa marah yang mula reda tadi memuncak semula.
Aleeya yang perasan cepat sahaja bibirnya menuturkan Surah Taha, berharap Allah berikan kelembutan hati pada bossnya itu. Nazim yang disimbah rasa amarah itu bagai tersedar dengan bait alunan yang keluar dari mulut gadis itu. Entah kenapa dia menjadi sedikit tenang.
"Istighfar. Astaghfirullah hal 'azim. Ulang banyak kali bila kita tengah marah atau kecewa. Marah itu antara sifat yang paling tidak disukai dalam islam. Marah itu dibenarkan tetapi biarlah berpada tidak melampaui batas yang membawa mudarat terutama pada diri sendiri dan juga orang lain" nasihat Aleeya sebaik tamat membacakan Surah Taha tadi.
Nazim hanya memerhatikan gadis di sebelahnya itu. Aleeya membuka tali pinggang keselamatannya lalu keluar beralih ke bahagian pemandu dan membuka pintu menyuruh bossnya itu keluar dari ruang pemandu itu.
"Saya drive. Encik tenangkan diri dulu" kata Aleeya pada Nazim.
Nazim menurut dan keluar ke bahagian tempat duduk penumpang. Aleeya memandu ke arah sebuah taman tasik. Sengaja dia ke situ, ingin memberi ruang bossnya itu menenangkan diri seketika.
"Jom ikut saya" kata Aleeya pada bossnya.
"Buat apa kat sini?" tanya Nazim tegas.
"Ikut je lah" jawab Aleeya selamba.
Mereka keluar dari kereta dan berjalan ke arah tempat duduk yang sedikit redup terlindung pokok.
"Saya tak tahu apa masalah encik. Encik duduk sini, berbicara kepada Pencipta kita. Luahkan apa yang encik rasa, manusia tak akan dapat memahami tapi pemilik hati kita ni sentiasa memahami" kata Aleeya sambil membuang pandang ke arah tasik di hadapannya.
Seperti gadis itu dapat meneka apa yang di simpannya sendirian selama ini. Anehnya, dia ingin berbuat seperti yang di suruh gadis itu. Bunga kemudian berlalu meninggalkan bossnya itu sendirian di bangku itu dan berlalu ke arah penjual aiskrim dan duduk berseorangan di bangku lain berdekatan tempat bossnya itu.
Sepuluh minit berlalu. Bunga mendekati semula bossnya itu.
"Dah tenang? Jom, kita balik office. Bermasalah macam mana pun kita, tanggungjawab tak boleh abaikan" ajak Aleeya pada Nazim.
"Saya drive" kata Nazim sebaik tiba di kereta.
"Thank you. I'm sorry" luah Nazim sebaik memulakan pemanduan.
"It's nothing" jawab Aleeya.
"Kenapa awak boleh setenang ini Aleeya? Berhadapan dengan keadaan yang awak sendiri tak tahu apa akan jadi" tanya Nazim pada gadis itu.
"Sebab saya tak tahu apa akan jadi la, saya cuba untuk berusaha dan bertawakal pada Allah dengan meminta pertolongan hanya dari Dia" jawab Aleeya mudah.
"Encik, apa pun jadi dalam hidup ni. Encik kena tahu itu semua aturan Allah. Kita memang merancang baik-baik dengan apa yang kita nak, tapi boleh jadi perkara itu bukan yang baik untuk diri kita bagi Allah. Contohnya, kita dah all out the best nak kan contract dengan RZ Resources. Tapi mungkin bukan yang terbaik bagi Allah, dia jadikan kita tak dapat contract tu. Kemudian kita rasa kecewa tapi kita pujuk hati dengan cara, tawakal. Tawakal ni kita berserah pada Allah sepenuhnya selepas kita berusaha. Tiba-tiba Allah bagi kita rezeki dapat pula contract dengan mana-mana company lain yang lebih baik dari RZ Resources. Hikmah dia, kita tak dapat contract RZ Resources tapi kita dapat contract lebih hebat dari RZ Resources. Itulah aturan Allah bagi pada kita. Saya harap encik faham apa yang saya cuba sampaikan ni" terang Aleeya lagi pada Nazim.
"Thank you" jawab Nazim. Dan mereka kembali mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke pejabat.
"Saya naik dulu, nak segera untuk solat zohor. Nanti terlajak pula saya masuk waktu pejabat" kata Aleeya yang bergegas pergi sebaik mereka tiba di bangunan Naz Sdn Bhd.
Share this novel