Bab 8

Romance Series 36633

"HATI-HATI drive abang, penat berenti rehat. Bunga jangan tidur je. Teman abang drive" pesan Iqmal pada mereka.

"Okay, InsyaAllah" jawab Eidlan.

"Baik tuan" usik Aleeya pada abang iparnya.

"Sampai jangan lupa beritahu ibu. Ni bekal makan jangan lupa bagi kembar punya. Bunga makan dengan kawan bilik tau. Ada lebih ni" pesan puan Aliah pula, tangannya menghulurkan bekal makanan pada Aleeya.

"Adik good luck tau. Lepas ni susah dah nak jumpa. InsyaAllah, adik punya results mesti gempak. Jangan rindu Bunga" sengaja Aleeya mengusik Emir.

"Kalau rindu sayang adik call la. Bukan susah pun. Jangan bagi sesiapa mengurat Bunga lagi. Nanti kena game macam dulu. Jangan percaya sangat dekat orang lelaki tau, kecuali kitaorang" Emir pula berpesan pada Aleeya.

“Tak ada sesiapa pun nak Bunga lah” jawab Aleeya dengan jelingan.

Selesai sesi bersalaman, terus Bunga dan Eidlan memasuki kenderaan dan memulakan perjalanan.

"BILA junior Sue balik sini?" soal Akhtar.

"Siapa? Junior mana?" Sue bertanya bingung.

"Budak kecik yang sama bilik dengan Ain tu la, yang Sue suruh Akhtar cari nama dia sendiri" jelas Akhtar pertanyaannya.

"Oh, dia ke? Hahaha. Harini balik sini, tapi tak tahu la sampai pukul berapa. Nak jumpa dia ke?" sengaja Sue mengusik.

"Nama dia siapa? Bagitahu la" Akhtar mendesak.

"Eh, mana boleh suka hati nak bagitahu. Tanya dia sendiri la baru gentleman" jawab Sue dengan tawa kecil.

"Tanya dah haritu, dia buat senyap je" jawab Akhtar sedikit kecewa.

"Hahaha. Usaha lebih sikit. Dia jadi macam tu sebab masa dia semester satu, ada sorang budak laki ni game dia. Nasib baik la masa tu dia cuma berkawan je, lepas tu bila budak lelaki tu dah terkantoi dengan dia. So, dia berhati-hati soal perasaan ni" terang Sue.

"Oh, patut lah. Misteri sangat personality dia. Cantik comel macam tu pun ada yang nak game dia" luah Akhtar kesal.

"Dia tu polos tau, tapi tegas dan garang. Budak yang game dia tu, dia balas balik. Dia jumpa budak tu kat cafe, dia take revenge. Pernah dengar tak kes budak laki kena tampar dan melutut minta maaf kat cafe. Dia la yang buat tu. Budak laki tu dah tak belajar kat kolej ni lagi tak silap. Tak tahu la berhenti sebab apa. Tapi memang dia bagitahu budak tu dah tak ada kat kolej ni" bersungguh Sue bercerita.

"Wow. Seriously. Ada dengar gak kes tu. Tapi tak sangka pula dia. Something betul dia ni. Menarik" balas Akhtar.

"Jangan main-mainkan dia. Backup dia kuat tau. Family dia semua rapat. Semua sayang dia. Kalau niat nak main-mainkan dia, baik lupakan je. Tapi kalau serious nak kawan, kena pandai-pandai lah try sendiri" Sue meneruskan kembali meneliti assignment yang sama-sama mereka buat.

Akhtar hanya diam. Namun di dalam hatinya, dia akui gadis itu menarik. Membuatkan dia lebih mahu mengenali gadis tersebut.

"Hantar Sue, Nani dengan Icha balik hostel eh. Penat lah nak jalan tapi kita singgah kedai kejap, Sue ada nak beli barang sikit" minta Sue padanya.

"Boleh. Nanti Akhtar hantarkan" jawab Akhtar.

"Weh, kitaorang dah siap. Kau macam mana? Wani, Hani dengan Mas dah nak balik ni" datang Irham menyapa Akhtar di kumpulannya.

"Dah siap tengah finalized. Tapi aku hantar Sue balik hostel dulu dengan bebudak ni. Amir teman sekali. Korang tunggu sini kejap lah. Bolehkan?" beritahunya pada Irham dan Azad.

"Okay je. Kitaorang stay sini dulu. Kau hantarlah diaorang dulu" balas Azad pula.

Selesai sahaja urusan mereka, Akhtar menghantar Sue pulang semula ke hostel bersama rakannya.

"DAH sampai. Alhamdulillah. Nanti sayang jangan lupa call ibu tau. Jom angkat barang dulu. Bunga hantar dulu mana yang boleh ke bilik. Abang tunggu kat sini" arah Eidlan padanya.

"Okay. Tunggu kejap tau" Aleeya membawa sebahagian barangnya untuk di hantar ke bilik.

Dalam perjalan turun selepas menghantar barangnya, Aleeya mengeluarkan handphone untuk membuat panggilan kepada si kembar.

"Hello. Aku da sampai hostel. Korang kat mana? Nanti datang bilik ambil makan. Ibu bekalkan makan untuk korang ni" perbualan dia tamatkan sebaik sampai ke tempat parking kereta.

"Kereta macam mana? Okay tak? Nanti minggu depan abang datang, kita pergi service kereta" tanya Eidlan lalu memberitahu perancangannya.

"Okay boleh, nanti abang remind Bunga sehari sebelum. Kereta okay, Bunga jarang guna. Kalau keluar dari hostel baru guna kereta. Kalau setakat pergi kelas selalu jalan kaki je. Kalau hujan pun tengok keadaan. Sebab susah nak parking" jawab Aleeya.

"Okay la kalau macam tu. Kena selalu start juga tau, jangan biar tersadai lama-lama. Bawa la pusing-pusing dalam kawasan ni” nasihat Eidlan.

“Baik. Kereta jalan cuma bukan hari-hari la” ujar Aleeya.

Sedang mereka berbual, tiba-tiba sebuah kereta parking bersebelahan kereta Eidlan. Pintu sisi penumpang di buka, keluar Sue dari kereta itu. Tersenyum sahaja dia memandang Aleeya dan Eidlan.

"Baru sampai ke?" tegur Sue ramah.

"Ada la dalam sepuluh minit juga. Ni pun nak gerak dah ni. Dari mana ni?" Eidlan membalas ramah.

"Buat assignment tadi kat kedai atas" Sue melangkah mendekati Aleeya.

"Sihat?" Akhtar menghulur salam kepada Eidlan.

"Alhamdulillah. Sihat" Eidlan menyambut huluran salam Akhtar.

"Nak Kak Sue tolong tak?" Sue bertanya kepada Bunga.

"Eh, tak apa kak. Tadi dah hantar yang lain. Tinggal yang ni je. Boleh je bawa ni" jawab Aleeya.

Akhtar memerhatikan tingkah Aleeya. Eidlan perasan akan pandangan Akhtar pada adiknya. Tidak berniat mahu mencampuri urusan itu.

"Abang nak gerak dulu ni. Nanti jangan lupa call ibu tau. Akhtar dengan Sue, tolong tengok-tengok kan la adik abang ni. Jangan nakal-nakal sayang kat sini. Apa-apa call atau WhatsApp abang okay" pesan Eidlan sambil menghulur salam pada Aleeya.

"Baik. Nanti Bunga call ibu. Abang dah sampai rumah sewa nanti text Bunga. Hati-hati drive" Aleeya sambut salam abangnya sekali menitip pesan.

"Okay. Abang gerak dulu. Assalamualaikum" Eidlan menaiki kenderaaannya dan memulakan pemanduan.

Aleeya masih menanti sehingga hilang pandangan kereta abangnya. Sue juga setia menemani. Akhtar pula memerhati dan menanti peluang untuk bertegur sapa dengan gadis itu.

"Akhtar, kitaorang naik dulu la. Thanks hantar Sue” ujar Sue pada Akhtar.

"Nak naik dah. Ok lah. Akhtar pun nak gerak dah ni. Kirim salam kat orang sebelah Sue tu" sedikit kecewa kerana dia tidak berpeluang bertegur sapa dengan gadis itu. Sebaik habis berkata-kata dia berlalu pergi menaiki kenderaannya dan memulakan pemanduan.

"Dia dah kenapa cakap macam tu. Depan aku pulak tu" bisik hati Aleeya.

Sue disebelah Aleeya hanya ketawa kecil dan memandang Aleeya dengan wajah tiada ekspresi.

"Kak Sue tak payah cakap lah. Aleeya dah dengarkan. Betul Kak Sue cakap, dia suka Aleeya lah" mereka bersama-sama menaiki lift menuju ke biliknya.

Aleeya hanya mendiamkan diri. Namun di dalam hatinya berdetak hebat dengan kenyataan yang keluarkan Sue.

"ASSALAMUALAIKUM. Bunga, kitaorang dah sampai" serentak kembar bersuara.

Sue dan Ain serentak menjawab salam.

"Masuk lah. Aleeya dalam bilik air mandi, kejap lagi siap la tu. Dia pun nak solat Maghrib dulu. Jom kita lepak ruang tamu. Makanan semua ada kat sana" Ain membuka pintu, memberi kembar masuk ke bilik hostel mereka.

"Terima kasih Kak Ain" mereka masuk ke dalam dan menanti di ruang tamu.

Hostel yang Aleeya duduki punyai 3 ruang bilik dan sebuah dapur kecil berserta ruang tamu. Hostel yang seakan rumah sewa. Hostel yang pihak kolej sediakan ada berbagai jenis, namun Aleeya memilih yang jenis seakan rumah. Walaupun biliknya dihuni oleh tiga orang ahli, namun yang sentiasa ada di bilik hanya Aleeya dan Ain. Seorang lagi pelajar junior jarang pulang ke biliknya dan mereka hanya setakat kenal dan bertegur sapa sahaja sesekali apabila berjumpa.

Manakala ahli-ahli serumah yang lain, hubungan mereka baik-baik sahaja. Cuma jadual dan course yang berlainan membataskan mereka bersua muka.

"Eh, sampai dah. Jom lah makan. Kak Sue jom lah makan sekali. Ibu bawakan lauk banyak ni" ujar Aleeya yang baru keluar bilik setelah bersiap.

"Boleh ke, segan Kak Sue. Baru ingat nak pegi beli makan kejap lagi" tersengih Sue bertanya.

"Jom lah, nak segan apa. Makan je, rezeki harini jimat duit makan" pelawa Ain pula.

"Jom lah. Banyak ni, cukup untuk kita semua" tambah Aleeya lagi.

Berlima mereka menjamu selera dengan bekal makanan yang dibawakan oleh ibu Aleeya. Siap makan mereka sama-sama berkemas dan mencuci apa yang perlu. Selesai mengemas mereka berbual-bual sebentar sebelum Ain dan Sue meminta diri ke bilik untuk meneruskan kerja masing-masing.

"Weh, assignment kau dah siap?" Azizah bertanya.

"Dah. Aku buat kat kampung. Alhamdulillah semua dah settle. Asal? Kau tak siap lagi ke Manja?" Aleeya bertanya kembali pada Azizah.

"Aku dah, dia ni belum. Dua hari lagi kan dateline" Azizah menoleh pada Azlina di sebelahnya yang pamer muka tak bersalahnya.

"Kau tak siap lagi. Belum buat langsung ke Sayang?" tanya Aleeya.

"Dah buat lah. Tinggal nak buat rumusan penutup je. Tak ada idea. Tu yang datang bawa pen drive ni. Nak tanya pendapat kau. Manja ni bagi ayat tak membantu langsung" Azlina membela diri.

"Jom masuk bilik, aku tolong mana yang boleh" Aleeya menawarkan bantuan.

Malam itu berjaya juga Azlina menyiapkan assignment miliknya di bantu Aleeya dan Azizah. Mereka lepak bersama seketika sebelum Azizah dan Azlina beransur pulang ke bilik mereka, kerana esok mereka perlu menghadiri kuliah seawal pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience