"BUNGA..." panggil puan Aliah di hadapan pintu bilik Aleeya yang bertutup.
"Ya ibu" jawab Aleeya dari dalam biliknya.
"Keluarlah ramai tetamu cari Bunga. Dah pukul 10.00 pagi nak. Bilik Bunga pun nak kena hias juga. Kembar dengan pekerja kamu yang lain pun dah sampai ni" pujuk ibunya.Â
"Lima minit ibu. Bunga bersiap" jawab Aleeya dari dalam.
Lama dia merenung wajahnya dihadapan cermin. Tidak pasti sama ada dia mampu untuk melalui hari ini dan esok. Dia juga tidak pasti entah kenapa dia nekad untuk meneruskan juga majlis walau tahu dirinya adalah bakal pengantin tidak jadi.
"Bunga.." sapa Azizah yang menanti dihadapan biliknya sebaik dia keluar.
"Dah lama sampai?" tanya Aleeya.
"Tak lah, baru je. Singgah sini dulu, kejap lagi baru pergi homestay yang kau book untuk kami" jawab Azlina pula.
"Aku pergi jumpa ibu sekejap. Tadi dia cari aku. Kau orang duduk la dulu, baru sampaikan" kata Aleeya kemudian berlalu mencari ibunya diluar yang pasti sibuk melayan tetamu yang datang rewang untuk majlis hari esok.
"Lama betul tak nampak kamu Aleeya. Makin cantik dah, tapi kenapa makin kurus juga ni" tegur seorang kenalan ibunya.
Aleeya hanya mampu tersenyum nipis.
"Sibuk sangat dia uruskan kedainya. Saya pun bising juga badannya makin susut, macam tak cukup makan saja" kata puan Aliah.
"Nanti-nanti lepas kahwin naik lah tu Aliah. Pandailah suaminya jaga nanti" kata seorang lagi kenalan ibunya.
"Ada apa-apa yang Aleeya boleh tolong?" pantas dia menukar topik perbualan.
"Eh. Pengantin mana boleh keluar rumah buat kerja dapur. Pergi masuk sana, uruskan hal kamu saja" tegur seorang lagi kenalan ibunya.
"Tak apa sayang. Tadi semua tanya mana Aleeya tak nampak muka. Itu yang ibu suruh kamu keluar. Masuklah nak, duduk dalam. Kejap lagi orang yang nak hias bilik dan pasang pelamin datang. Kamu pun perlu berinai lepas zohor nanti. Siapkan apa yang perlu ya" kata puan Aliah pada anaknya.
"Baik ibu. Bunga masuk dahulu" jawabnya sopan sebelum berlalu meninggalkan khemah yang dijadikan tempat rewang itu.
"Cik Bunga..." panggil Iris dan Irene dari ruang tamu rumah.
"Yup. Nak apa girl's?" tanya Aleeya pada mereka.
"Mama panggil" jawab Iris.
"Okay. Jom cari mama" ajak Aleeya
"Kak Aleeya. Nak kita orang tolong apa-apa?" soal Kira yang turut serta bersama yang lainnya.
"Duduk dulu. Sekejap lagi akak datang" kata Aleeya sebelum berlalu mendapatkan kakaknya. Kembar juga turut mengikutinya.
"Bunga. Mari sini, tolong susun semua goodies bag dalam kotak besar ni, lepas tu nanti letak di bawah meja beranda tu. Jangan angkat ya, panggil adik ke kawan-kawan Bunga yang boys tolong angkat. Kembar tolong sekali ya" arah Eryna padanya dan si kembar.
"Okay" jawab Aleeya sepatah. Namun dia merasa hairan dengan goodies bag yang bertukar warna dan bentuk.
"Kenapa lain? Bukan haritu tempah lain ke Kakak?" soalnya pada Eryna.
"Oh lupa nak bagitahu. Tukar tema. Abang yang tukar last minute. Dia orang okay je cuma caj extra je lah" jelas kakaknya.
"Kenapa tukar. Warna blue pastel dengan purple pastel pula tu. Haritu kan pilih warna mint green dengan light grey. Habis baju semua tukar juga ke?" tanya Aleeya lagi.
"Yup baju sekali. Tapi Bunga nikah pakai baju putihkan, samping baju nikah nanti pun abang kata tukar yang Bunga pilih. Baju sanding pun tukar juga. Nanti baju-baju tu, abang ambil dari butik on the way balik sini. Dia pergi hantar Eisya dengan familynya dekat hotel dulu" kata Eryna.
"Nikah ke Bunga esok? Okay. Semua ni kan?" kata Aleeya perlahan, lalu dia meminta kepastian.
"Sorry sayang. I'm so sorry. Dalam bilik ibu ada lagi tau. Nanti ambil sekali. Kakak nak pergi tengok apa yang boleh tolong kat luar tu. Bunga tengokkan juga Isyraq ya, dia tidur dalam buai dibilik kakak" Eryna mohon maaf lalu meninggalkan pesan.
"Okay" jawab Aleeya.
"Jom. Kita orang tolong. Aku panggil yang lain" kata Azlina.
Mereka menyusun dengan cermat goodies bag yang telah siap itu. Mereka membuat keputusan untuk mengasingkan dua bahagian mengikut warna goodies bag itu.
Aleeya, kembar, Kira, Hana dan juga Rose menyiapkan bunga pahar yang perlu diletakkan telur dan disusun cantik keatas paharnya. Bunjut bunga rampai juga disediakan oleh mereka. Walaupun Aleeya tidak dibenarkan melakukan proses pembuatannya, dia tetap membantu membuat bunjut bunga rampai yang akan diberikan kepada kumpulan yasinan dan marhaban untuk majlis khatam Al-Quran pada malam itu.
Firas, Haiqal dan Farhan sejak awal telah membantu kaum lelaki yang merewang di dapur luar untuk kerja-kerja berat.
"Bunga, orang dari butik dah sampai nak pasang pelamin dan hias bilik kau" kata Azlina padanya yang leka bermain dengan Isyraq.
"Okay. Kau tolong tunjuk kan tempat nak pasang pelamin dan bilik aku" kata Aleeya yang bermalasan di dalam bilik kakaknya. Azlina terus berlalu menemui wakil dari butik yang di upah puan Aliah.
"Kau okay?" tanya Azizah padanya.
"Okay" jawab Aleeya sepatah.
"Betul-betul okay?" asak Azizah lagi.
"Tak okay pun kena okay. Esok semua orang akan tahu juga, aku la pengantin tak jadi. Or orang akan cop, pengantin yang ditinggalkan. Or pelamin anganku musnah. Lantak la, sekurangnya aku berdepan dengan kenyataan dan terima hakikat tu" jawab Aleeya perlahan.
"Aku doakan semoga kau disatukan dengan jodoh yang baik, menerima kau dan menyayangi kau seadanya dengan ikhlas. Aku harap kau bahagia dunia dan akhirat" kata Azizah.
"Kau ni, wish pun macam esok aku kahwin betul-betul je" tepis Aleeya.
"Siapa tahu, ada putera idaman datang menyelamatkan keadaan. Kuasa Tuhan kita bukan tahu" kata Azizah padanya.
"Kak Aleeya. Ibu akak suruh pakai inai sekarang" kata Rose yang muncul dihadapan pintu bilik kakaknya.
"Kena pakai ke? Tak nak pakai la" rengek Aleeya pada Azizah.
"Kena la pakai. Tak nak buat ukiran, tak payah buat. Just pakai inai dekat jari je" kata Azlina yang berada di belakang Rose.
"Tak payah la pakai, bukan aku nak" cepat mulutnya ditutup Azizah.
"Bunga..kenapa kat sini lagi? Dah zohorkan tadi. Pergi la pakai inai. Nanti malam majlis khatam pula. Tak sempat nanti" kata puan Aliah yang mencari anaknya.
"Tak pakai tak apa kan ibu? Tak perlu la pakai" kata Aleeya lemah.
"Pakai la sayang. Pakai di jari je, kalau tak nak ukir tak apa. Biar naik seri" pujuk puan Aliah.
Aleeya masih keras disitu.
"Buat apa pakai, bukannya aku nak kahwin betul-betul pun esok" runggutnya dalam hati.
"Pakai inai ya nak. Mesti makin cantik anak ibu nanti" pujuk puan Aliah lagi.
"Okay" Aleeya malas mahu membantah, bimbang ibunya berkecil hati.      Â
"ALHAMDULILLAH. Sampai dah kita. Kita masuk rehat. Makan dan yang lain, pihak perempuan dah uruskan" kata Akhtar pada ummi dan abinya.
"Rumah kita lalu tadi, rumah pihak perempuan?" tanya encik Usaid Akram.
"Ya abi. Itu rumahnya. Mereka sediakan kita homestay yang berdekatan untuk memudahkan ummi bergerak" jawab Akhtar.
"Besar juga homestay ni" kata alongnya, Akif.
"Baru siap homestay ni, dalam sebulan lebih" kata Akhtar pada abangnya.
"Alhamdulillah, mereka ambil peduli keadaan ummi yang agak sukar bergerak" kata kakak iparnya Laily.
"Alhamdulillah. Kebetulan homestay ni ada dan dah siap. Mereka terus book untuk kita. Lagi pun hanya berjarak sebuah rumah, dan bertentangan arah. Mudah untuk kita pada hari esok" terang Akhtar lagi.
"Assalamualaikum" kedengaran suara seorang wanita memberi salam.
"Siapa tu?" soal encik Usaid Akram pada anaknya.
"Akhtar pergi tengok sekejap" kata Akhtar lalu keluar untuk berjumpa dengan pemilik suara yang memberi salam.
"Akhtar. Lega kakak kamu dah sampai. Macam mana perjalanan okay?" tanya Eryna.
"Kak Eryna. Saya ingat siapa tadi. Alhamdulillah, semua baik-baik" jawab Akhtar.
"Akak datang nak hantar makanan dengan minuman untuk kamu sekeluarga. Sekejap ya, abang Iqmal dengan yang lain tengah ambil di kereta" kata Eryna.
"Terima kasih kak. Susahkan akak pula" Akhtar berterima kasih atas bantuan mereka.
"Nak letak mana ni?" tanya Iqmal pada isterinya.
"Akak masuk boleh? Kita letak di meja makan, mudah nanti" kata Eryna pada Akhtar.
"Boleh, boleh. Masuk kak" pelawa Akhtar.
"Assalamualaikum. Saya minta maaf ya mengganggu, kami nak letakkan makanan dan minuman" kata Eryna pada ahli keluarga Akhtar.
Eryna, Iqmal, Emir menyusun dan menghidang makanan untuk keluarga Akhtar, juga dibantu si kembar yang turut sama ada.
"Kak Eryna abang Iqmal, ni ummi dan abi Akhtar. Yang itu along Akif dan isterinya kak Hanim. Ini pula angah Akmal dan isterinya kak Laily. Yang girl dua orang tu Haura dengan Humaira anak along. Yang ni Nuh dengan Naurah anak angah" Akhtar kenalkan ahli keluarganya pada Eryna.
"Semua, kenalkan. Kakak kepada bakal isteri Akhtar, Eryna Alani suami kak Eryna abang Iqmal. Ini pula adik bongsu mereka Emir Aidil. Yang dua orang ni kawan baik pada bakal isteri Akhtar, yang ini Naa dan Iza, mereka kembar" terang Akhtar pada ahli keluarganya.
"Alhamdulillah. Berjumpa juga kita dengan ahli keluarga pihak perempuan" kata Hanim.
"Maaf ya, semua perancangan last minute. Tak sempat nak berjumpa dan berkenalan. Saya sebagai kakak sulung, mewakili ibu saya dan ahli keluarga lain mohon maaf sebanyaknya kerana kita belum berkenalan secara formal dan beradab" kata Eryna bersopan kepada keluarga Akhtar.
"Tak apa. InsyaAllah, kita akan berkenalan nanti" kata encik Usaid Akram.
"Pakcik, Makcik dan yang lain. Jemput makan ya semua. Selesakan diri, jika perlukan apa-apa. Boleh beritahu ya. Kami minta diri dulu" kata Eryna pada mereka.
"Baik. InsyaAllah, jumpa lagi" kata alongnya pula.
Puan Nuraini hanya mendiamkan diri sedari tadi. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Melihatkan cara pemakaian dan kesopanan kakak kepada bakal menantunya, dia mengucapkan syukur di dalam hati. Setidaknya, masih memenuhi syariat dan syarak juga beradab serta sopan bahasanya.
"Ummi okay? Diam je dari tadi?" soal Laily pada mertuanya.
"Okay. Ummi lega, setidaknya ummi dapat gambaran juga sikap dan didikan bakal menantu ummi yang ummi tak kenal ni" kata umminya pada Laily.
"InsyaAllah ummi, Akhtar pasti tahu apa yang terbaik dan dia pasti memilih calon yang terjaga indah akhlaknya" kata Laily pada mertuanya.
"Ummi, makan" Akhtar serahkan pinggan berisi makanan pada umminya.
Mereka menjamu selera dan berehat untuk menanti majlis hari esok.
KESEMPATAN majlis khatam Al-Quran malam itu digunakan sepenuhnya oleh puan Aliah dan Eryna mengatur keluar barang hantaran, bunga pahar dan baju pihak lelaki untuk hari esok tanpa disedari oleh Aleeya. Mereka perlu lakukan dengan pantas agar tidak diketahui yang lainnya.
Emir dan Iqmal juga telah keluar selepas waktu Asar untuk memasang banner dan penunjuk arah, supaya lebih memudahkan para tetamu mencari arah ke rumah mereka.
"Bunga..dah siap? Ustazah dah sampai tu, untuk majlis khatam Al-Quran" soal puan Aliah pada anak gadisnya yang kelihatan sopan berbaju kurung pahang berona peach pastel.
"Dah ibu" jawab Aleeya.
"Alhamdulillah. Jom kita keluar" ajak ibunya.
Mereka berlalu ke ruang tamu yang telah siap dipasang pelamin untuk hari esok. Cantik hiasan dan aturan pelamin yang ditempah oleh ibunya.
"Alhamdulillah, dah ada ya. Mari kita mulakan" kata ustazah Minah pada Aleeya.
Majlis dimulakan dengan berselawat kemudian baru dimulai majlis khatam Al-Quran. Puan Aliah menarik nafas lega, apabila majlis yang dirancang malam itu berjalan dengan teratur.
Aleeya mula mengalunkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan lantunan bacaan yang baik. Tiada kesalahan sebutan dan makhraj dalam bacaannya sepanjang majlis berlangsung. Photographer dan videographer juga menjalankan tugas mereka dengan baik sedari awal pagi tadi untuk merakam moment majlis berjalan.
"Alhamdulillah, selesai sudah majlis kita pada malam ini. Ustazah nak ucapkan tahniah pada Aleeya, bacaan dan sebutan sangat lancar dan baik. Tajwid dan makhraj juga tiada masalah. Alhamdulillah, teruskan membaca Al-Quran, kerana Al-Quran teman kita diakhirat kelak. Juga ustazah nak ucapkan tahniah kerana bakal mendirikan rumahtangga. InsyaAllah, semoga kekal hingga hujung nyawa" ucap ustaz Minah pada akhir majlis itu.
"Terima kasih semua, sudi meraikan majlis malam ini. Jemput semua, kita jamu selera di khemah luar" kata puan Aliah pada para tetamu yang hadir malam itu.
Aleeya melepaskan rasa leganya, majlis berjalan dengan baik. Dia panjatkan rasa syukur kerana berjaya melaksanakan khatam Al-Quran malam itu.
"Hana, nampak kak kembar tak?" tanya Aleeya.
"Tak pasti. Tadi diaorang ikut kak Eryna uruskan apa entah" kata Hana yang sedang mengisi pelbagai kerepek untuk diletakkan diatas meja tetamu.
"Kay orang dah makan?" tanya Aleeya.
"Belum. Kejap lagi la, settle ni dulu" jawab Kira.
"Akak tolong la. Tak tau nak buat apa. Semua pun tak boleh" kata Aleeya.
"Cantik kak Aleeya. Mengaji pun suara sedap" puji Rose.
"MasyaAllah. Alhamdulillah. Semua ni pinjaman sementara je. Semua orang pun Allah jadikan secantik ciptaan" jawab Aleeya yang sememangnya suka merendah diri.
"BAKAL isteri kamu khatam Al-Quran ya malam ni?" soal abinya.
"Ya abi. Akhtar saja duduk sini nak dengar. Harap dapat dengar sebab mereka kata akan gunakan P.A System" jawab Akhtar yang duduk di beranda homestay.
"Boleh abi tanya" kata encik Usaid Akram.
"Abi nak tanya apa. InsyaAllah, Akhtar cuba jawab" kata Akhtar.
"Kenapa kamu pilih dia? Macam mana kamu boleh kenal dia?" soalan dari abinya buatkan dia tersenyum nipis.
"Hati Akhtar yang pilih dia abi. Dia mengelak dari Akhtar, tapi rasa dalam hati kuat nak mengenali dia" jawab Akhtar jujur.
"Akhtar terjumpa dia sewaktu dia secara tak sengaja hampir terlanggar Akhtar di café kolej. Dan asyik berselisih tanpa sengaja. Sejak itu, perasaan nak mengenali dia jadi semakin dalam" dia berterus terang.
"Dia lebih baik jika dibandingkan dengan bekas tunang kamu?" soal abinya lagi.
"Akhtar tak boleh nak jawab jika perbandingan yang abi tanya. Pada Akhtar, setiap manusia berbeza kelebihan dan kekurangan. InsyaAllah, abi akan nampak sendiri nanti apa lebihnya dia" Akhtar tersenyum nipis menjawab pertanyaan abinya.
"Dah mula tu, jelas dengar sampai sini. Dekat agaknya" Encik Usaid Akram menukar topik perbualan mereka.
Sewaktu Akhtar dan abinya sedang mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dari Aleeya. Kereta milik Eryna meluncur masuk ke perkarangan homestay mereka.
"Assalamualaikum" sapa Eryna sebaik keluar dari keretanya.
"Wa'alaikumsalam. Baju untuk esok ya kak?" kata Akhtar.
"Ya. Hantaran untuk hari esok, baju dan bunga pahar rombongan pihak lelaki untuk majlis bersanding" terang Eryna.
"Okay. Sekejap ya, Akhtar panggil kakak-kakak ipar" Akhtar minta Eryna menanti.
Setelah diserahkan barangan majlis hari esok dan menerangkan perjalanan majlis. Eryna meminta diri untuk pulang.
"Pandai bakal isteri kamu mengaji, bacaannya juga bagus. Jauh lebih baik dari calon pilihan ummi kamu" puji encik Usaid Akram yang mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran Aleeya sewaktu majlis berlangsung sehingga tamat.
"Alhamdulillah. Akhtar juga lega apabila mendengar bacaannya" Akhtar bersyukur dengan kelebihan Aleeya yang baru diketahuinya sebentar tadi.
"Pergilah masuk tidur. Hari dah lewat. Esok majlis besar untuk kamu. Jangan lupa tunaikan solat malam, semoga semuanya berjalan lancar hari esok" pesan abinya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
Akhtar merenung langit malam. Pelbagai rasa yang bermain dalam dirinya. Bimbang jika hari esok, dia ditolak oleh gadis itu juga ada. Bermacam lagi yang bermain difikirannya. Namun cepat dia beristighfar, cuba menghalang dirinya dari bersangka yang tidak baik.
"InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja" katanya sendirian.
Share this novel