MEREKA tiba di restaurant yang di tempah lima minit sebelum waktu berbuka, mujur juga jalan tidak sesak. Kelihatan meja-meja sudah penuh dengan pengunjung yang ada. Mereka singgah di kawasan sinki untuk mencuci tangan sebelum ke kawasan meja yang di tempah awal tadi.
"Terima kasih" ucap Aleeya pada Akhtar yang bantu menyorongkan kerusi untuk didudukinya.
"Sama-sama" jawab Akhtar sambil melabuhkan duduknya.
Pelayan menghantar pesanan mereka. Tidak lama azan berkumandang. Akhtar mengangkat tangan dan dia membacakan doa berbuka dan doa makan. Aleeya pula menadah tangan dan mengaminkan. Sebaik selesai Akhtar melemparkan senyuman pada Aleeya. Restaurant menyediakan sepinggan kecil kurma di setiap meja. Akhtar menghulurkan pada Aleeya kurma itu. Diambil sebiji dan di makan oleh Aleeya.
"Bunga nak makan apa dulu nasi atau nak makan pulut mangga ni dulu?" soal Akhtar.
"Nasi lah, lapar" jawab Aleeya bersahaja.
Akhtar menyeduk nasi ke pinggan dan diberikan kepada Aleeya. Serba salah Aleeya, sepatutnya dia yang melakukan tugas itu. Di sambut juga huluran Akhtar itu.
"Terima kasih, patutnya Bunga yang buat ni terbalik pula" Aleeya melihat Akhtar.
"Tak apa lah. Tangan Bunga kan sakit" Akhtar tersenyum membalas kata-kata Aleeya.
"Abang kesah tak kalau Bunga makan pakai tangan?" soal Aleeya polos.
"Kenapa, Bunga nak makan pakai tangan ke?" Akhtar menyoal kembali.
"Boleh je nak pakai sudu tapi leceh sikit la sebab sebelah tangan je boleh guna" Aleeya berterus terang.
"Nak abang suap?" soal Akhtar pula.
"Eh, tak payah la sampai macam tu" Aleeya menolak. Akhtar pamer senyum, sengaja mengusik gadis itu.
"Kita makan pakai tangan, lagi mudah. Kan sunnah" Akhtar memberi kata putus.
"Thanks" tersenyum manis Aleeya pada Akhtar.
"Jangan la senyum macam tu sayang. Gugur jantung abang. Hai la budak comel ni" desis hati Akhtar.
Akhtar sambung menyenduk kan lauk pauk yang ada ke pinggan mereka berdua. Mereka mula menjamu selera bersama.
Akhtar curi-curi perhatikan Aleeya yang sedang makan, selamba dan bersahaja gaya makannya, tak cover langsung. Namun tetap tertib dan teratur. Aleeya yang perasan, pamer senyum sebelum bersuara.
"Sorry, Bunga makan memang tak reti cover cun. Comot ke? Tak biasa la nak cover-cover ni, rasa hilang nikmat makan tu" selamba Aleeya mengaku tabiatnya itu.
"Tak ada lah, okay je. Tak comot pun" Akhtar kagum dengan diri Aleeya yang sentiasa semula jadi dengannya. Seolah mereka telah kenal lama, watak dan sikap yang bersahaja membuatkan Akhtar lagi berasa seronok dan selesa bersama gadis itu.
Ketika ingin makan pulut mangga. Aleeya melihat pulut dan Akhtar silih berganti.
"Nak minta tolong ke tak? ke nak? ke tak?" Aleeya bersoal sendiri dalam hatinya. Akhtar yang melihat gelagat Aleeya itu tersenyum sahaja, sebelum dia mengalah.
"Meh la. Abang tahu Bunga nak makan ni kan, tapi susah. Pastu fikir nak minta tolong abang ke tak" Akhtar menegur selamba dan menarik pinggan berisi pulut mangga itu kehadapannya.
"Eh, mana abang tau" Aleeya terpinga-pinga.
Comel pula Akhtar melihat reaksi Aleeya itu. Semakin besar senyumannya. Hai la sayang, dah muka awak tu tak boleh langsung nak cover bab makan ni. Tergeleng kecil kepala Akhtar.
"Muka Bunga tu, tengok makanan dengan abang macam nak telan" selamba Akhtar menyakat.
"Eh, yeke? Mana ada lah" menunduk Aleeya dibuatnya.
"Nah, makan la ni. Abang suap, cepat orang tengok ni" sengaja Akhtar berkata begitu.
Cepat sahaja dimakan sudu yang tersua berisi pulut mangga itu ke mulutnya. Tergelak Akhtar dengan telatah Aleeya itu.
"Abang dengki la, tak nak kawan" rajuk Aleeya.
"Okay, sorry. Makan la abang suap ni" pujuk Akhtar.
Malas mahu berdrama, Aleeya sambung semula makan. Pulut mangga ni lagi sedap makan bila orang suap. Nasib la siapa yang kena jadi tukang suap tu. Habis makan, Akhtar membuat bayaran. Mereka segera beredar ke kawasan petrol pump berdekatan yang mempunyai surau untuk menunaikan solat Maghrib.
SELESAI solat Aleeya melihat handphonenya sebentar sebelum keluar dari kawasan surau itu.
++
Abang on the way ambil Bunga ni, baru gerak dari office. -Eidlan-
++
Okay. -Aleeya-
Sampai di kereta, Akhtar telah menanti. Akhtar bukakan pintu buat Aleeya.
"Abang dah on the way" kata Aleeya pada Akhtar sebaik dilabuhkan duduknya.
"Okay, jom la kita balik hostel" Akhtar memberi kata putus.
Sunyi seketika di dalam kereta. Hanya kedengaran DJ radio yang berceloteh tentang persiapan raya. Sebelum memutarkan lagu Hafiz Suip featuring Adira Suhaimi, Takdir Tercipta.
"Bunga naikkan volume radio sikit boleh?" Aleeya bertanya kepada Akhtar.
"Kenapa? Boleh je" jawab Aleeya.
"Suka lagu yang dia orang nak mainkan kejap lagi ni" jawab Aleeya jujur.
Akhtar tersenyum sahaja mendengar kata-kata Aleeya. Tidak lama berkumandang lagu itu di corong radio. Tanpa sedar mereka berdua menyanyikannya bersama.
Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku
Andai aku hanyut
Gapailah tanganku
Menuju cinta abadi yang terindah
Kuharap kita selamanya
Setia bersama
Kutahu kau terbaik 'tuk diriku
Aku adalah Adammu
Kudambakan cinta ini
Kau takdir yang takkan kulepaskan
Aku adalah Hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia
Gambaran wajahmu
Hiasi mimpiku
Ini saat termanis dalam hidupku
'Kan kupertaruhkan
Jiwa sepenuhnya
Untuk kita harungi hidup bersama
Kuharap kita selamanya
Setia bersama
Kutahu kau terbaik 'tuk diriku
Aku adalah Adammu
Kudambakan cinta ini
Kau takdir yang takkan kulepaskan
Aku adalah Hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia
'Ku terus berdoa
Bersyukur pada Yang Esa
Dikurnia insan sempurna sepertinya
Aku serahkan segalanya
Demi cinta setia
Moga terbina mahligai kita
Di syurga selamanya
Aku adalah Adammu
Kudambakan cinta ini
Kau takdir yang takkan kulepaskan
Aku adalah Hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia
Aku adalah Adammu
Kudambakan cinta ini
Kau takdir yang takkan kulepaskan
Aku adalah Hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia
Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku
"Sedap suara Bunga" puji Akhtar.
"Mana ada. Macam katak panggil hujan ada la" jawab Aleeya selamba.
Terlepas tawa kecil Akhtar dengan jawapan spontan Aleeya itu. Tak terjangka betul gadis itu.
"Abang tu lagi sedap, mengaji sedap menyanyi pun sedap" puji Aleeya pula.
"Mana adalah, biasa je" Akhtar merendah diri.
"Bunga nak tanya ni, masa abang call Bunga time tengah mamai tu Abang ada mengaji tak?" baru Aleeya teringat mahu bertanya tentang peristiwa itu.
"Kenapa?" soal Akhtar pelik.
"Masa kat hospital, abang teman Bunga tidur tu. Abang mengajikan, suara tu nak sama yang Bunga dengar malam abang call tapi Bunga mamai tu. Bunga ada juga tanya Kak Ain kot la dia pasang mengaji ke malam tu, dia kata tak ada. So, suara tu suara abang lah kan?" panjang lebar Aleeya bercerita sebelum kemudiannya bertanya soalan kepada Akhtar.
"Hurm. Ye la kot" antara mengaku dengan tidak sahaja Akhtar menjawab.
"Ala. Betul-betul la. Abang kan yang mengaji tu?" tanya Aleeya ingin tahu.
"Ye. Abang la, dah abang yang call Bunga masa tu" akhirnya Akhtar mengaku juga.
"Thank you" kata Aleeya.
"Kenapa?" Akhtar bertanya.
"Buat Bunga tidur lena, dalam masa sama jiwa Bunga terisi juga" ikhlas Aleeya berkata.
"Hurm, kena la buat selalu ni" jawab Akhtar.
"Seronoknya la kalau boleh selalu, tapi mustahil je" Aleeya melihat Akhtar di sebelahnya.
"Apa pula cakap macam tu. Okay, macam ni. Abang free abang buat. Abang tak free, abang tak dapat la buat" kata Akhtar sambil memandang Aleeya di sebelahnya ketika berhenti di traffic light.
Tersenyum Aleeya sambil mengangukkan kepalanya tanda bersetuju dengan jawapan Akhtar. Akhtar juga turut tersenyum.
"Comelnya awak buat macam tu sayang. Rasa macam nak ajak pergi jumpa tok kadi je malam ni. Hai la Bunga, Bunga" desis hati Akhtar
SEJURUS tiba di kolej, Eidlan masih belum tiba. Akhtar parking kereta seperti biasa. Sebelum melangkah keluar, Aleeya memandang Akhtar lama di sebelahnya. Akhtar yang perasan turut membalas pandang Aleeya itu. Hampir dua minit juga mereka berbalas pandangan tanpa bicara. Akhirnya Aleeya bersuara.
"Terima kasih untuk harini. Temankan Bunga, berbuka siap belanja lagi. Bawa shopping beli baju raya, lindungi Bunga dari pervert tu. Suapkan Bunga makan and sooo on. Thank you" ikhlas Aleeya berterima kasih.
"Sama. Abang seronok bila tengok Bunga happy. Anything call abang, tak pun WhatsApp. Jaga diri Bunga untuk abang. Abang tahu Bunga pandai jaga diri. Extra careful lepas ni okay" pesan Akhtar.
Mereka berdua pun keluar dari kereta. Debaran di dada masing-masing masih tersisa, kerana aktiviti renung-merenung antara satu sama lain tadi.
"Barang semua dah bawa turun ke?" soal Akhtar.
"Ada bag laptop dengan bekas toiletries kat atas. Satu paper bag baju yang kotor. Tu je, yang lain kat situ" Aleeya menunjukkan arah barangnya berada di tiang bawah kawasan hostelnya.
Tidak lama, kereta Eidlan pun tiba. Eidlan parking bersebelahan kereta Akhtar. Bersalaman mereka berdua sebaik Eidlan keluar dari keretanya.
"Bunga naik sekejap ambil barang yang dekat atas. Abang angkat tu barang-barang Bunga" kata Aleeya pada Eidlan.
"Okay" kata Eidlan. Pasrah saja, perlu angkut segala mak nenek barangan kepunyaan Aleeya.
"Akhtar tolong" Akhtar offer pertolongan pada Eidlan.
"Ha, good. Jom la kita" kata Eidlan.
Selesai sahaja, mereka berbual seketika. Aleeya pun turun membawa bag laptopnya. Kemudian berulang semula ke atas memgambil bekas mandiannya. Dan akhir sekali paper bag yang berisi sedikit baju.
"Lamanya kat atas tadi buat apa?" soal Eidlan.
"Jumpa penjaga block, serah kunci bilik mana boleh tak pulang, nanti kena denda satu kunci lima puluh hengget tau" kata Aleeya pada Eidlan.
"Lama sangat" kata Eidlan.
"Bunga lambat buka ni la kat tempat kunci tu, tangan boleh gerak satu je memang la lambat" Aleeya menunjukkan rantai nama yang diberi Akhtar padanya.
Akhtar tersenyum melihat rantai nama pemberiannya itu. Betul gadis itu gunakannya, satu di sangkut ke handphonenya. Satu lagi baru dia tahu gadis itu gunakan untuk kuncinya.
"Patutlah" kata Eidlan.
"Abang sangkut kat zip bag laptop Bunga. Nanti cicir, sayang" minta Aleeya pada Eidlan.
"Cicir beli baru je la" kata Eidlan selamba.
"Tak sama dan tak akan sama. Walaupun abang ganti sebijik macam tu" jawab Aleeya spontan.
Akhtar hanya mendengar dan memerhatikan. Dia memegang bag berisi baju raya yang dibeli Aleeya tadi. Belum berkesempatan untuk menyerahkannya.
"Okay lah, Akhtar. Abang nak gerak ni, lambat dah. Bising ibu kat kampung nanti" Eidlan hulur salam pada Akhtar.
"Selamat hari raya bang, maaf salah silap saya pada abang. Hati-hati memandu" ucap Akhtar pada Eidlan.
"Sama la dengan abang. Nanti raya datang rumah. Akhtar pun hati-hati memandu" Eidlan berpesan sebelum berlalu menaiki kereta.
"Bunga, ni baju beli tadi. Lupa la tu" Akhtar serahkan bag berisi tiga pasang baju itu pada Aleeya.
"Ha'ah. Nasib baik abang ingat. Kalau tak raya ni pakai baju yang ada je la" berseloroh Aleeya pada Akhtar. Aleeya buka pintu penumpang belakang dan diletakkan barangnya itu dan ditutup semula pintu kereta.
"Nanti share gambar raya pada abang. Hati-hati okay, jaga diri Bunga untuk abang. Selamat hari raya, maaf salah silap abang pada Bunga ya" kata Akhtar.
"InsyaAllah. Abang tu hati-hati memandu. Jaga diri juga. Selamat hari raya juga buat abang, maafkan juga kesalahan dan kesilapan Bunga pada abang" Aleeya menitip pesan dan berlalu kemudiannya menaiki kereta.
Akhtar juga berlalu memasuki keretanya. Mereka bergerak bersama. Dan berpisah di persimpangan traffic light, sempat mereka melambaikan tangan antara satu sama lain.
"SERONOK dating?" usik Eidlan.
"Apa abang ni, dating pulak. Dia yang suruh kita ikut Akhtar pergi berbuka kat luar" perli Aleeya.
"Abang tak dapat elak. Kalau tak, tak dapat la nak cuti sampai raya. Sorry la sayang" Eidlan memang tidak menjangkakan hal itu.
"Tak apa lah. Bunga okay je, patutnya tadi tak payah pun suruh Akhtar bawa Bunga keluar berbuka. Boleh je Bunga makan sendiri kat cafe hostel" Aleeya memandang Eidlan.
"Tak apa la, bagi chance la Akhtar nak kenal Bunga. Tengok Bunga makan tak reti cover, tengok Bunga pilih baju semua yang simple, tengok Bunga nangis" selamba Eidlan mengenakan adiknya.
"Eh, makan mana boleh cover. Acah perempuan ayu lagi sopan sebelum khawin, dah khawin hilang semua tu. Plastic sangat. Tapi mana abang tau Bunga beli baju? Tu Bunga nangis tu pun abang tahu. Bunga tak cakap pun lagi, Akhtar bagitahu eh?" hairan Aleeya bila abangnya seperti mengetahui segala yang terjadi ketika dia keluar bersama Akhtar.
"Ha'ah. Kitaorang borak tadi. Kalau tak sebab tangan macam tu, mesti Bunga dah bubuh mamat tu cukup-cukup kan?" Eidlan mengetahui setiap hal yang jadi kerana Akhtar telah menceritakan padanya.
"Tahu tak apa. Suka hati je raba orang. Orang punya la jaga diri, jaga baju. Sedih tau. Geram Bunga" adu Aleeya pada Eidlan.
"Pengajaran. Lain kali elak pergi tempat macam tu. Nak pergi bukan tak boleh, tapi hal macam tu kena la berjaga-jaga. Itu sebab arwah ayah dengan ibu tak suka kita pergi tempat sesak macam tu" Eidlan menasihati.
"Okay, bukan apa. Nampak best sebab banyak jual-jual. Ada baju la, makanan la, kuih la. Tu sebab Bunga teruja nak menjelajah. Sekali kena macam tu pulak, hurmmm" terbit rasa kesal di hati Aleeya kerana tidak mendengar kata Akhtar yang melarangnya ke tapak bazar tersebut sedari awal.
"Tak apa lah. Benda nak jadi. Ni raya ni kena pakai lagi la anduh tu? Ada seminggu lagi ni nak raya" tanya Eidlan tentang tangannya yang luka.
"Kena. Dressing pun kena buat juga tiga hari sekali. Ni aritu dia cakap kalau dah okay sikit next kena buat seminggu sekali sampai luka jahit tu tertutup cantik and boleh bersihkan sendiri je" terang Aleeya.
"Tak apa lah. Tapi mesti hantaran Bunga turun. Tangan berparut tu" usik Eidlan.
"Abang!!!!! Teruk la dia ni. Sama je macam kembar. Hantaran turun, hantaran turun. Tak nak kahwin la macam ni" sengaja Aleeya merajuk.
"Ye la tu. Entah-entah tahun depan da khawin" suka betul Eidlan menyakat adiknya itu.
"Siapa la yang malang suka adik abang ni. Apa pun tak boleh" malas Aleeya mahu melayan usikan abangnya.
"Hahaha. Apa teruk betul cakap macam tu. Tak baik tau" Eidlan rasa terhibur dengan ayat adiknya itu.
"Kakak raya dengan kita kan? Tak raya kampung abang Iqmal kan?" Aleeya baru teringat ingin bertanya hal itu pada abangnya.
"Tahun ni kakak turn raya rumah kita la. Semua ada, kakak pun cuti awal juga. Lusa dia kata nak balik, katanya lepas abang Iqmal habis kerja" Eryna telah memberitahu akan hal itu padanya dua hari yang lepas.
"Yeay.. Abang dah dah beli baju raya tak? Bunga dah beli siap-siap, tak nak last minute cari nanti tak ada size lah, tak berkenan lah. Nanti semua kena ikut colour baju Bunga punya tau first raya" sengaja Aleeya membuat keputusan itu.
"Tak nak lah, nanti entah apa-apa je warna. Bukan betul Bunga ni" Eidlan membantah.
"Tak tengok lagi baju kita dah kata colour entah apa-apa. Tak kira, kena jugak" desak Aleeya.
"Ishh..nasib baik adik, cedera pula tu. Kalau tak kena luku dah kepala tu" geram Eidlan dengan kerenah adiknya.
"Yelah. Tak nak sudah. Malas layan" rajuk Aleeya.
"Merajuk, call Akhtar lah macam ni" sengaja dia menyebut nama Akhtar.
"Kesah lak kita ni" Aleeya masih tetap mahu merajuk.
"Betul? Abang call. Abang call ni" Eidlan mengugutnya.
"Call lah sana, kesah lak kita" Aleeya tetap tidak mahu kalah.
"Okay" balas Eidlan. Dia menghubungi Akhtar sengaja letak mode loud speaker.
"Assalamualaikum. Ya abang, ada apa-apa ke?" suara Akhtar menyapa.
Aleeya dah berdebar namun tetap masih keras begitu, melayan rajuk mengadanya.
"Wa'alaikumsalam. Ada, ada orang merajuk ni. Abang pujuk dah tak jalan. Kena la cari ubat dia" Eidlan berkata selamba. Akhtar di sana sudah tertawa.
"Merajuk kenapa pula tu bang?" Akhtar pun sengaja melayan.
"Merajuk sebab tak nak ikut tema baju raya dia" terlepas tawa kecil Eidlan yang di tahan sedari tadi.
"Ya Allah. Pasal baju raya je ke?" Aleeya mendengar, seronok pulak Akhtar bergelak tawa dengan Eidlan. Cis. Dah geng rupanya.
"Ha'ah. Keras dah ni. Diam je tak nak cakap apa-apa" Eidlan sengaja mengadu perihal adiknya itu.
"Ya Allah. Merajuk betul la tu. Kena pujuk la bang" kata Akhtar.
"Akhtar tolong pujuk. Senyap terus dah ni" pinta Eidlan.
"Abang bagi saya cakap dengan dia lah, saya cuba pujuk" pinta Akhtar.
"Jap, abang pass" Eidlan menghulurkan handphonenya kepada Bunga.
"Bunga..." panggil Akhtar.
Terus Aleeya ambil handphone abangnya, di matikan loud speaker.
"Hurm" jawab Aleeya.
"Dengan abang pun nak merajuk juga ke?" tanya Akhtar.
"Geng abang Eidlan kan, mestilah" kata Aleeya sambil menjeling Eidlan di sebelahnya. Ketawa Eidlan dibuatnya, hai la adik.
"Abang tak cakap apa pun, hurm. Bunga pakai baju yang mana first raya nanti?" Akhtar ingin mengambil hati Aleeya.
"Entah" jawab Aleeya pendek.
"Bunga, kalau entah. Macam mana abang nak tahu warna ni" jawab Akhtar.
"Tak pilih lagi. Semua cantik yang beli tadi" tak cantik kat orang lain, cantik kat Aleeya. Peduli apa. Janji dia rasa cantik, cantik lah walau orang lain rasa tak cantik.
"Betul, semua cantik. Paling cantik yang Bunga mula-mula pilih tadi. Abang berkenan sangat yang tu, sesuai dengan Bunga" kata Akhtar. Akhtar beli jiwa oiiii. Namun Aleeya tetap berdiam diri.
"Nanti tanya ibu, mana yang cantik. Mesti ibu lagi tahu mana yang sesuai. Lepas tu bagitahu abang tau" pinta Akhtar padanya.
"Okay" jawab Aleeya.
"Good girl. Jaga diri okay. Jaga diri Bunga untuk abang. Jangan merajuk lagi tau. Abang tengah drive ni, bahaya cakap lama-lama. Nanti dah sampai rumah WhatsApp abang boleh?" Akhtar masih lagi cuba memujuk Aleeya.
"Okay, drive safe. Assalamualaikum" Aleeya memutuskan talian.
"Nah! Bunga tak kira. Balik nanti tunjuk kat ibu. Ibu pilih mana cantik, semua kena ikut tema Bunga" kata Aleeya sambil menyerahkan handphone kepada abangnya.
"Ye lah sayang. Akhtar pujuk terus nak bercakap ya" usik Eidlan.
"Abang!!!!!" jerit Aleeya geram.
"Okay-okay, sorry. Usik sikit pun, hai la adik abang ni" mengalah Eidlan dengan Aleeya. Nasib baik sayang.
Share this novel