Bab 27

Romance Series 36633

SELESAI final exam hari yang terakhir, bermakna hanya berbaki setahun lagi masa mereka di kolej. Kerana kecederaan tangan yang masih belum pulih sepenuhnya, aktiviti yang boleh dilakukan Aleeya hanyalah pergi dan balik kolej sahaja. Dalam perjalanan pulang ke hostel dia dan si kembar mengambil kesempatan berbual-bual.

"Dah habis, akhirnya berjaya juga kita sampai ke final exam" kata Azlina.

"Lepas ni sem break. Nanti jumpa naik sem baru. Mesti rindu" kata Azizah pula.

"Kau orang balik bila ni? Jangan kata harini jugak" tanya Aleeya.

"Esok malam, kakak yang datang ambil. Ada masa lagi nak buka and sahur sama-sama" jawab Azlina.

"Kalau kau orang tak ada, siapa nak belikan makanan untuk aku. Dah la aku dilarang merayap, kena stay bilik je" keluh Aleeya.

Sejak Aleeya keluar dari hospital, si kembar yang akan keluar untuk membelikan makanan sahur dan berbuka. Jika ke bazar luar, mereka akan menggunakan kereta Aleeya. Jika tidak, mereka hanya membeli makanan di kawasan kolej dan hostel sahaja.

"Alolololo...lusa kan kau balik. Esok malam, kita orang belikan sekali makan untuk sahur. Petang abang dah datangkan ambil kau" Azlina memujuk.

"Ha'ah. Thanks tau. Sorry la banyak susahkan kau orang seminggu ni" kata Aleeya pada si kembar.

"Takde hal lah. Tengok kau makin okay ni. Buat kita orang happy. Kita orang punya la takut tau masa kau cedera tu. Eh. Apa kes eh dengan bebudak tak cukup akal tu?" kata Azizah pula.

"Entah. Aku biar abang dengan Akhtar yang settle" Aleeya tidak mahu ambil tahu tentang tindakan polis terhadap penyerang mereka.

"Cakap pasal Akhtar. Kau macam mana dengan dia?" Azlina bertanya hubungan Aleeya bersama jejaka itu.

"Entah. Last aku jumpa dia masa aku keluar hospital. Lepas tu dia ada WhatsApp aku, pesan makan ubat apa semua sekali wish good luck untuk exam. Tu la last" Aleeya bercerita.

"Kau dengan dia macam mana sebenarnya? I mean couple ke, abang adik ke, just kawan ke or road to bina masjid ke, teman tapi mesra ke?" Azizah menyoal Aleeya.

"Erm. Aku tak ada jawapan untuk soalan kau tu. Dia cuma cakap nak kawan dengan aku, dia ikhlas nak kawan dengan aku. Aku pun ikhlas terima dia jadi kawan aku. So i guess, dia punya level bawah sikit je la dari kau orang. Dia kawan, tapi kawan yang aku izinkan panggil aku Bunga. Tak boleh sama level dengan kau orang yang dah macam family ni, lagi pun dia lelaki bukan perempuan macam kau orang" jawab Aleeya bersahaja.

"Kau tak rasa ke dia tu ada ciri-ciri Arjuna yang kau duk tunggu selama ni? Aku bukan apa. Aku perhatikan je setiap tindakan dia, and concern dia pada kau. Ada la sikit pada dia ciri-ciri Arjuna kau yang selalu kau nak tu" Azlina bertanya.

"Betul. Aku pun rasa macam tu" Azizah menyokong.

"Entah. Buat masa ni aku tak ada lah rasa sampai macam tu. One day maybe. Siapa tahu. Tapi ok kot kita orang kawan macam ni je" Aleeya tidak menafikan dan tidak pula mengiakan.

"Kau da siap pack barang? Nak kita orang tolong?" tanya Azizah.

"Tu lagi satu hal. Satu pun aku tak buat lagi. Dengan tangan macam ni, macam mana nak buat. Kau orang tolong boleh? Tapi barang kau orang dah siap ke pack?" kerana keadaan tangan yang masih perlu dibataskan pergerakan, Aleeya akhirnya meminta bantuan kembar untuk mengemaskan barangan miliknya.

"Dah siap dah. Tak apa, nanti malam lepas buka kita lepak bilik kau. Kita orang tolong. Sem depan kita apply bilik yang sama" jawab Azlina.

Sedang mereka berjalan, tiba-tiba sebuah kereta menghampiri dan berhenti sedikit kehadapan dari mereka. Bila dilihat, itu kereta kepunyaan Akhtar. Terhenti langkah mereka.

"Akhtar kan tu? Kereta dia tu" kata Azizah.

"Ye kot, aku tak cam" jawab Aleeya kurang pasti.

Akhtar keluar dari bahagian pemandu, dan menghampiri mereka.

"Assalamualaikum. Jom abang hantar balik hostel. Abang perasan kau orang lalu area abang parking kereta tadi" tegur Akhtar.

"Tak apa lah, kita orang jalan je" Aleeya menolak.

"Abang dengan Irham je berdua. Azad naik motor dengan Naim. Jom" ajak Akhtar lagi.

"Jom lah. Tak payah jalan, jimat tenaga bulan-bulan puasa ni" selamba Azlina bersuara.

Akhirnya mereka bertiga menumpang kereta Akhtar untuk pulang ke hostel.

"EH! Aleeya tu dengan kembar. Nak balik hostel kot" tegur Irham yang tidak sengaja melihat Aleeya dan si kembar melalui kawasan itu.

"Ha'ah la tu, aku tumpangkan diaorang eh" kata Akhtar.

"Okay je" jawab Irham.

Akhtar memandu kereta dan melalui gadis bertiga itu, namun berhenti di tepi jalan di hadapan mereka. Dia kemudiannya keluar dan mengajak Aleeya dan kembar menaiki keretanya. Menumpangkan mereka kembali ke hostel.

Mujur mereka bersetuju untuk menaiki keretanya. Sebaik menaiki kereta, ramah si kembar menegur Irham yang duduk di hadapan bahagian penumpang.

"Hai Irham, sihat?" Azlina bertanya.

"Alhamdulillah. Kau orang sihat?" Irham bertanya semula pada mereka.

"Alhamdulillah" jawab mereka serentak.

"Aleeya macam mana? Okay tangan?" Irham bertanya perihatin.

"Okay la. Makin baik tapi makan masa juga ni, kena ulang tiga hari sekali pergi dressing luka takut infection" jawab Aleeya tenang.

"Sempat ke raya nak buka tu?" Irham masih bertanya.

"Tak. Terpaksa la raya macam ni, tak apa lah. Yang penting raya juga" jawab Aleeya.

"Kembar bila balik?" tanya Akhtar pula mengambil alih perbualan.

"Esok malam" jawab Azizah pula.

"Bunga?" Akhtar bertanya pada gadis itu.

"Lusa, sekali dengan abang. Abang kerja sampai lusa, so tunggu dia sekali la ni balik kampung" jelas Aleeya.

"Malam ni buka kat mana?" tanya Akhtar.

"Bilik je. Bunga mana boleh kemana-mana. Abang dah warning awal, boleh keluar semata untuk class atau exam je" jawab Aleeya.

"Dengan kita orang sekali terjebak" kata Azlina.

"Tapi kita orang okay lagi la boleh pergi bazar bagai. Kesian minah ni la, sendu duk bilik. Video call kita orang kat bazar nak tengok juga apa yang ada" sengaja Azizah mengusik Aleeya.

"Tak apa lah, better lagi macam tu. Bunga bukan boleh banyak bergerak sangat, tangan tu masih baru lagi luka" jawab Akhtar.

"Nasib ada si kembar ni, boleh juga tolong belikan makan semua. Ada juga la teman makan sahur dan berbuka" kata Irham pula.

"Tu lah tu, tak ada dia orang ni tak tahu la macam mana" jawab Aleeya. Ya, dia bersyukur kerena kembar sudi membantunya.

"Okay. Dah sampai" kata Akhtar.

Mereka pun mula ingin keluar dari tempat duduk penumpang bahagian belakang. Akhtar juga turut keluar dari keretanya.

"Hati-hati Aleeya" pesan Irham sewaktu Bunga mahu keluar.

"Baik. Terima kasih" Aleeya menjawab Irham yang berpesan padanya.

"Bunga kalau ada apa-apa call or WhatsApp abang ya. Jaga diri" pesan Akhtar pula setelah mereka mahu beredar menaiki bilik hostel masing-masing.

"Okay. Terima kasih hantarkan balik hostel" Aleeya berbahasa kepada kebaikan Akhtar yang menumpangkan mereka bertiga.

"Abang gerak dulu. Assalamualaikum" Akhtar meminta diri.

"KAU dengan Aleeya macam mana?" tanya Irham sebaik mereka bergerak meninggalkan kawasan bangunan hostel yang diduduki Aleeya dan kembar.

"Macam mana apa? Maksud kau?" Akhtar bertanya semula pada Irham.

"Maksud aku. Sebelum ni kan kau beria sangat nak kenal dengan dia. Tapi ni aku tengok macam tak ada apa je. Kau pun tak call dia, tak WhatsApp dia. Kau sebenarnya, apa dengan dia? Kawan biasa je ke, bercinta ke, kekasih ke, macam abang dengan adik je ke, teman tapi mesra ke? Tu la maksud aku" panjang lebar Irham menerangkan pertanyaannya.

"Oh. Yang tu ke maksud kau. Aku memang tak nak kacau dia sementara ni, kan final exam. Tak nak la sebab aku nanti dia hilang focus. Kalau tanya aku dengan dia apa. Aku tak bercinta, bukan kekasih, bukan adik dengan abang, teman tapi mesra pun bukan. Macam mana ya aku nak explain. Macam ni, aku ikhlas nak kawan dengan dia. If ada jodoh ada la, if tak ada. Aku reda. Tapi apa yang aku boleh cakap dia istimewa bagi aku, ada tempat dia sendiri. Macam kau orang la kawan yang istimewa bagi aku, susah senang boleh share sama-sama apa semua. Macam tu la dia, cuma dia kan perempuan" terang Akhtar pula tentang hubungan dia bersama Aleeya.

"Okay, faham. Kira macam pada kau istimewa dia tu kalau boleh nak halalkan dia? Tapi kau tak nak couple semua bagai. Tapi kira kau kawan dengan dia tu serious la, cuma tak nak terlalu mengharap dan memberi harapan?" Irham cuba memahami maksud yang Akhtar nyatakan.

"Yup. Macam tu la" Akhtar mengiakan kata-kata Irham.

"Aku doakan semoga urusan kau orang di permudahkan, sebab aku rasa korang ni sesuai je" kata Irham.

"InsyaAllah. Aku pun doa benda yang sama" jawab Akhtar.

"Kau tau tak Aleeya dia belajar MMA juga macam kau?" tanya Irham tiba-tiba.

"Eh! Tak tahu pula. Mana kau tahu ni?" terkejut juga Akhtar mendengar pertanyaan Irham.

"Kembar. Kes Syafiq tu la. Aku perasan masa tu. Pergerakan dia lincah and sharp. Tengok je la dia bubuh Syafiq macam mana. Pastu aku tanya kembar masa on the way datang hospital masa tu. Kembar la bagitahu, aku lupa nak cakap dengan kau" Irham bercerita padanya.

"Hurm. Aku baru tahu ni, lama dah dia belajar? Kau tanya kembar?" soal Akhtar ingin tahu.

"Yup. Aku tanya kembar. Lama juga dari dia 12tahun kembar cakap. Cuma bila dah masuk kolej ni dia jarang dah pergi class sebab busy dengan aktiviti kolej kan" Irham menyambung cerita.

"No wonder lah. Abang dia relax je bila aku minta maaf. Abang dia kata, dia percaya dengan setiap tindakan yang Aleeya buat. Dia kata lagi, Aleeya tahu apa yang dia buat" cerita Akhtar pula tentang perbualan dia bersama Eidlan.

"Betul la kau cakap, dia tu misteri. Istimewa sangat. Tengok cara dia sempoi je, macam budak-budak biasa je" kata Irham.

"Kan. Tengok la sakit pun dia cool je. Badan kecil, semangat kuat" Akhtar mengiakan.

"If you have to fight, commit and do not stop. Dia punya falsafah hidup. Ni pun tahu dari kembar juga" Irham menjelaskan pegangan hidup gadis bernama Eshal Aleeya itu.

"Menarik. Macam orangnya juga la kan. Misteri, semakin tahu jadi semakin teruja nak tahu lebih lagi" kata Akhtar.

"Semoga orang yang tahu semua tentang dia, adalah engkau. Aku doakan yang terbaik je untuk kau orang" Irham memberi semangat.

"Thanks bro. InsyaAllah, InsyaAllah. Aamiin" jawab Akhtar.

"Eh, kau tanya dia orang balik bila? Kau balik bila? Aku esok pagi lepas subuh, dah gerak tau. Naik motor kan, lambat-lambat panas pula nanti dah la bulan puasa" Irham mengalihkan topik perbualan.

"Tak tahu lagi. Tengok lah, balik cepat pun. Ada ummi dengan abi je kat rumah. Along dengan angah balik sabtu nanti" jawab Akhtar mudah.

"Balik lah, boleh buka puasa sama dengan parents kau. Aku ni dah tak sabar nak makan lauk yang mak aku masak" Irham menasihati sahabatnya.

"Budak-budak yang lain sama eh? Balik esok juga?" tanya Akhtar.

"Aku dengan Naim balik esok, ride sekali balik johor. Azad lusa balik dengan kakak dia la macam biasa, sama la Haziq dengan yang lain-lain semua lusa" Irham menjelaskan.

"Lusa la aku balik, lepas zohor ke tengok la macam mana. Eh, raya nanti macam biasa eh" kata Akhtar.

"On. Eh, Aleeya budak mana?" tanya Irham tiba-tiba.

"Budak mana apa? Aku tak faham" Akhtar tidak memahami arah soalan Irham.

"Kampung dia la. Melaka, johor, perak, selangor?" Irham bertanya lagi.

"Aku pun tak sure. Aku lupa nak tanya" Akhtar buat muka blur.

"Apa la kau ni, jom raya rumah dia. Tengok family dia masa jumpa kat hospital okay je" kata Irham.

"Nanti aku tanya abang dia dulu. Kalau okay nanti aku bagitahu. Aku pun segan nak jumpa family dia, kau boleh selamba ajak aku pergi rumah dia. Siapa yang suka siapa ni?" Akhtar sengaja mengusik Irham.

"Saja la. Kan dah kenal. Okay what, kau boleh kenal-kenal dengan family dia juga" Irham memberi idea.

"Okay, nanti aku tanya abang dia dulu" jawab Akhtar gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience