Bab 18

Romance Series 36633

SAMPAI sahaja di hospital, ketika menuju ke lift. Mereka bertiga terserempak dengan Eidlan. Akhtar mengenalkan rakan-rakannya pada Eidlan. Ramah mereka berbual, tidak janggal seperti kebiasaan orang baru kenal.

"Assalamualaikum" Eidlan memberi salam ketika menolak daun pintu wad bilik Aleeya.

"Wa'alaikumsalam" serentak Aleeya, Eryna, Iqmal dan Iris menjawab.

"Kawan Bunga datang ni" kata Eidlan.

Akhtar dan sahabatnya bersalaman dan berkenalan bersama Iqmal dan menyapa Eryna juga anak mereka Iris.

"Aleeya macam mana? Dah okay?" Akhtar menyoal.

"Alhamdulillah, okay. Dah berkurang dari tengah hari tadi" jawab Aleeya.

"Abang singgah sekejap je ni, nak tahu keadaan Aleeya" kata Akhtar bersahaja.

"Ni kawan-kawan awak?" Aleeya menyoal tentang dua lelaki yang hadir bersama Akhtar.

"Oh lupa. Ni Irham, yang ni Azad. Sahabat abang" jelas Akhtar padanya.

"Aleeya kena rest, muka pucat lagi tu. Abang Akhtar Aleeya ni, risau betul dengan keadaan Aleeya. Belum sempat balik mandi lagi ni, dah ajak datang sini" usik Irham.

Tertunduk malu Aleeya di sakat begitu. Yang lain pula seronok ketawa dengan usikan Irham.

"Aleeya jangan ambil hati dengan gurauan abang Irham ni, dia memang suka kacau orang. Abang Azad baik, tak macam abang Irham. Tadi ada orang tu bawa kereta dah macam naik kereta terbang dah, tak sabar nak jumpa buah hati dia" kata Azad pula.

Semakin menunduk Aleeya diusik begitu. Yang lain tersenyum sahaja dengan olah mereka berdua.

"Jangan dengar cakap dua orang ni. Merepek je yang bukan-bukan. Nak kena tinggal sini juga agaknya dapatkan rawatan" bidas Akhtar.

Hanya senyuman nipis yang di pamer Aleeya.

"Abang nak balik dah, datang sebab nak tengok keadaan Aleeya. Tak boleh lama, malam ni ada lagi majlis yang abang dengan kawan-kawan kena handle" Akhtar meminta diri untuk beransur pulang. Lega hatinya melihat keadaan gadis itu bertambah baik.

"Terima kasih datang" balas Aleeya ringkas. Sempat juga Aleeya kerling Irham dan Azad yang juga memakai baju exco sepertinya.

"Terima kasih datang tengok adik akak" kata Eryna ramah.

Setelah bersalaman bersama Eidlan dan abang ipar Aleeya mereka beransur pulang.

"AMBOI. Siapa tu? Boleh tahan. Arjuna yang Bunga nantikan ke?" usik Eryna.

"Tak ada lah kakak. Kawan Kak Sue dengan Kak Ain. Dia yang tolong hantarkan Bunga ke sini tadi pagi" terang Aleeya.

Debaran di dada di selindungkan sebaik mungkin. Bimbang disedari oleh mereka yang ada disitu.

"Kalau ya pun, apa salahnya. Abang Iqmal approve je kalau macam tu peribadinya. Nampak baik, bertanggungjawab, matang. Ha, abang setuju tak?" sahut abang iparnya, Iqmal.

"Setuju. Baik sangat budak tu. Masa Bunga terima rawatan, sempat juga la berkenalan dan berbual. Sempat bertukar phone number lagi" bersahaja Eidlan menjawab soalan abang iparnya.

"Amboi ni sakit nak dapat jodoh ke macam mana ni?" seloroh Eryna pula.

Semua berpakat mengusik Aleeya. Sudahnya Aleeya berselubung dalam selimut kerana rasa malu. Tertawa mereka melihat telatah Aleeya. Namun, dalam hati kakak dan abang masing-masing berharap dan berdoa semoga memang jodoh buat mereka. Sama padan di pandangan mata.

Setelah puas berbual dan mengusik. Melihatkan keadaan Aleeeya yang bertambah baik. Eryna dan Iqmal mahu beransur pulang. Sempat juga dia menitip pesan agar Aleeya menjaga dirinya. Tinggal lah Eidlan yang menemani Aleeya.

"Abang berbual apa dengan Akhtar masa siang tadi?" soal Aleeya ingin tahu.

"Berbual biasa je. Tapi dari cara dia tu, nampak la dia matang. Sesuai dah kalau jadi pasangan sayang yang manja macam budak-budak ni" usik Eidlan.

"Tak lah. Belum masa lagi. Bunga baru je kenal dia sehari dua ni. Itu pun secara tak sengaja. Bunga takutlah, nak kawan je lah. Kecewa tu orang kata sakit dia rasa macam nak mati, scary nak lalui perasaan macam tu" Aleeya berterus terang.

"Ada pula cakap macam tu. Minta la yang baik, doa yang baik-baik, usaha pun perlu la yang terbaik. Cuma kena ingat. Apa pun jadi kami semua ada dengan Bunga tau" pesan Eidlan padanya.

Mereka terus berbual sehingga la waktu Maghrib menjengah. Sebelum Eidlan ke surau untuk bersolat, abangnya telah membantu dia untuk mengambil wuduk terlebih dahulu. Aleeya pula hanya bersolat di ruang bilik wadnya itu, bersolat dalam keadaan duduk bimbang terjatuh bila berdiri terlalu lama.

Selesai solat handphone diambil olehnya. Dia melihat ada beberapa missed call dari si kembar berdua. Juga ada notifikasi WhatsApp dari group. mereka bertiga.

BSM GROUP

Manja : Bunga, kau okay tak?

Sayang : Kitaorang balik dari keluar dengan budak-budak rumah tadi terus pergi bilik kau, tapi budak rumah kau kata Kak Ain bawa kau pergi klinik dah.

Manja : Ha, lepas tu kitaorang balik bilik. Call tak dapat, chat pun tak jawab. Kitaorang pergi bilik kau lagi, jumpa Kak Ain. Dia kata kau kena admitted kat hospital.

Sayang : Sorry tau kitaorang tak ada tadi. Kau rehat tau. Apa-apa bagitahu. Nak datang malam ni tak boleh, sebab abang Azlan nak datang sekejap lagi.

Manja : Weh Bunga. Kau tak reply pun. Risau kitaorang ni.

Sayang : Bunga nanti dah baca. Kalau kau okay reply tau. At least kitaorang tahu kau okay pun da cukup.

Selesai di baca. Dia mula membalas.

Bunga : Sorry aku rest tadi. No worries. Tadi kakak dah datang. Abang pun ada ni jaga aku. Aku tunggu results darah je nurse kata tadi. Kalau semua ok, aku boleh balik dah esok. Aku demam panas je. Ni pun still drips air lagi, botol ke-2 dah.

Tidak lama pesanan di hantar, dia mendapat jawapan balas dari mereka.

Manja : Weh, balas pun kau.

Sayang : Lega kau reply.

Manja : Alhamdulillah. Anything bagitahu tau.

Sayang : Alhamdulillah. Rest tau.

Setelah itu, handphone di kembalikan semula di tempatnya. Eidlan juga telah kembali dari surau dan membawa bungkusan makanan yang dibeli di cafeteria hospital.

WALAUPUN keadaan orang sekeliling sedikit dingin dengannya. Dia tidak hirau akan perkara itu. Tanggungjawabnya perlu di laksanakan. Lagi pula dia telah merancang untuk mengatakan sesuatu di akhir meeting postmortem daily report hari ini.

"Kau okay?" soal Azad prihatin.

"Kenapa pula tak okay? Okay je ni" jawab Akhtar.

"Diaorang macam pulaukan kau je, Haziq ada bagitahu aku. Syafiq ada kutuk kau. Arul dengan Naim pun cakap benda yang sama" jawab Azad.

"Ikutlah kalau diaorang nak percaya cakap Syafiq tu" balas Akhtar mudah.

"Arul dengan Naim okay lah. Alah kau, pun tahu Syafiq tu memang tunggu masa je kau silap sikit. Dia nak attack kau la tu. Iman dengan Afiq pun okay. Yang perempuan aku tak sure la. Sebab diaorang geng dengan Nailah kan, Hana, Effa, Lisa dengan Irah. Budak exco yang lain tak rapat sangat pun dengan diaorang tu, tapi tak tau la kalau kena cucuk jarum gak dengan diaorang tu" terang Irham.

"Tak apa lah, kita settle dulu semua task kita ni. Kejap lagi masa meeting tau la aku nak buat apa" Akhtar malas mahu mengambil peduli tentang cakap-cakap buruk tentang dirinya.

Selesai tugasan mereka pada hari itu. Dalam setengah jam lagi, mereka akan berkumpul untuk meeting postmortem daily report. Masa itu di guna untuk Akhtar menenangkan diri seketika. Handphone dicapai, nama Aleeya dicari berkira-kira mahu menghubungi gadis itu atau tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk menghubungi gadis itu. Seketika menanti panggilan dijawab.

"Assalamualaikum" Akhtar menyapa.

"Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya.

"Macam mana? Okay tak?" Akhtar menyoal lagi.

"Hurm, okay" jawab Aleeya

"Nurse ada cakap apa-apa?" Akhtar ingin tahu perkembangan gadis itu.

"Nurse kata tunggu doctor tengok blood test punya results. Baru boleh tahu dapat discharge ke tak esok" terang Aleeya.

"Aleeya jaga diri okay. Abang risau tengok Aleeya macam tadi. Tak boleh berhujan kena sentiasa bawa payung. Abang tak akan selalu ada untuk Aleeya macam malam semalam, macam hari ni. Jadi, Aleeya kena jaga diri sendiri" Akhtar berpesan ikhlas dari hatinya, kerana hatinya benar-benar telah mula menyanyangi gadis itu.

"Okay, terima kasih ambil berat tentang saya. Terima kasih juga tadi hantarkan saya ke hospital" jawab Aleeya.

"Aleeya tidur lah, rehat. Abang ada kerja sikit lagi ni. Selamat malam. Assalamualaikum" Akhtar akhiri perbualan itu.

"Awak pun jangan lupa rehat. Selamat malam. Wa'alaikumsalam" setelah Aleeya menjawab dan memutuskan talian, baru Akhtar beredar untuk ke bilik yang digunakan ahli exco.

Sampai sahaja Akhtar di dalam bilik itu ada yang telah menanti, ada juga yang masih belum tiba. Irham, Azad, Arul dan Naim juga ada. Apabila mereka menyedari kehadiran dia, segera mereka mengngangkat tangan padanya mengajak untuk duduk dan sertai mereka.

Setelah Akhtar duduk, ada beberapa lagi exco yang baru tiba. Salah seorangnya Syafiq, dan tiba-tiba sahaja Syafiq berkata dan menyanyi lagu entah apa-apa, Akhtar tahu tindakan itu mahu memerli dia.

"Aku ada tau lagu baru. Kau nak dengar tak Syah? Aku nyanyi eh. Malu..malu..malu-malu kucing...eh, alim, alim..alim-alim kucing..meow, meow, meow..kucing nak mengawan...hahahahaha.." seolah seronok Syafiq memerlinya.

Syah di sebelahnya juga turut seronok bergelak ketawa. Ketika itu muncul pula Iman dan Afiq. Dengan muka kelat mereka menghampiri Syafiq. Menghulurkan kesemua barang yang ada di tangan mereka.

"Nah! Lain kali nak jadi buaya jadi buaya betul-betul tak payah acah biawak. Main pas-pas barang pula. Main posmen-posmen ingat budak sekolah mana tak matang tadi, rupanya kau" tempelak Iman bengang.

"Eh, dah diaorang yang minat aku. Aku nak buat macam mana. Anyway thanks abang-abang posmen" tanpa rasa bersalah dan malu Syafiq menjawab.

"Eleh, minat konon. Kau yang jual minyak. Ni ada sorang minah ni pesan nama dia Amanda,dia kata suh sampaikan pesan pada kau, kata dia buaya darat macam Syafiq tu, kiriman salam dia sampah. Sampah tempatnya dekat tapak perlupusan, elok pupus je Syafiq tu. Itu kata dia. FYI Amanda tu adik sepupu aku. Kau kacau dia, aku report kat bapak dia" kata Afiq pula.

Azad, Irham, Arul dan Naim ketawa suka dengan ayat yang dituturkan Afiq. Iman dan Afiq mengambil tempat bersebelahan Akhtar yang masih kosong. Tersenyum puas mereka dapat mengenakan Syafiq pula. Bukan mereka tidak dengar lagu yang Syafiq nyanyi tadi, sengaja mereka menanti sehingga habis untuk mengenakan Syafiq semula.

Syafiq pamer wajah bengang pada mereka. Akhtar pula hanya buat tidak tahu seperti tiada apa yang berlaku. Setelah semua berkumpul, meeting mereka pun bermula. Akhtar yang telah memaklumkan kepada ketua exco Haiqal, tentang perkara yang terjadi dan khabar angin yang tersebar. Haiqal turut dihuhungi oleh Eidlan atas permintaan Akhtar tentang hal tersebut. Haiqal meminta dia untuk menjelaskan semuanya di akhir meeting malam itu untuk membersihkan nama dan maruahnya juga gadis itu.

"Okay itu sahaja, sebelum bersurai Akhtar ada perkara yang ingin di perkatakan" kata Haiqal selaku pengerusi mesyuarat dan ketua exco.

Dia memulakan dengan berbismillah. Seketika dilihat setiap yang ada di ruangan itu.

"Pertama sekali, saya hanya manusia biasa. Kedua, perempuan gatal, perampas yang diperkatakan di dalam khabar angin dan cerita yang bukan-bukan itu seorang gadis yang tidak bersalah. Ketiga, dia memang seorang yang istimewa bukan hanya bagi saya tetapi yang mengenali dia juga. Malam semalam, betul saya menemui dia untuk memberikan rantai kunci dan handphone yang saya sendiri ingin beri sebagai hadiah. Tentang berpayung bersama tidak benar, saya memegang payung untuk dia berlindung dari hujan. Saya memberikan jacket exco untuk dipakai oleh dia, bukan saya memakaikan jacket itu. Alasan? Kerana baju gadis itu basah terkena hujan ketika tidak memakai payung, dia pakai baju warna cerah. Sudah pasti auratnya akan kelihatan jika di biarkan, saya melindungi auratnya. Gadis itu tidak bersalah, cukuplah fitnah yang tersebar. Ini adalah kebenaran, jangan sampaikan perkara yang tidak benar hanya kerana ada sifat iri dan busuk hati. Hal hari ini, saya tidak berdating tetapi saya menghantar gadis itu ke hospital kerana diserang demam panas dan gadis itu pengsan ketika on the way ke hospital. Sementara menunggu ahli keluarganya sampai, saya terpaksa meminta Irham menggantikan saya. Seperti saya katakan tadi, saya hanya manusia biasa. Ada salah dan khilaf juga, saya bukan orang alim atau sesiapa. Hanya ini penjelasan saya" dia akhiri kata setelah menjelaskan segalanya.

"Jadi, hentikan fitnah dan khabar angin tidak betul ini. Ini melibatkan maruah Akhtar dan gadis itu. Juga nama baik exco ini. Saya telah bercakap dengan abang gadis itu, dia mengamanahkan beberapa orang di dalam kolej ini untuk memantau dan menjaga adiknya. Salah seorangnya termasuk lah Akhtar. Nailah, Syafiq hentikan fitnah dan khabar angin yang tidak betul atau kalian berdua akan di ambil tindakan tatatertib" kata Haiqal di akhir bicara sebelum mengarahkan mereka bersurai pada malam itu.

Lega Akhtar apabila dapat membersihkan maruahnya dan gadis itu. Ada antara ahli exco yang meminta maaf padanya. Ada juga yang memberi semangat supaya dia bersabar dengan ujian itu.

Share this novel

Asiah
2025-07-05 20:21:54 

baru jumpa....xada sambungan ke....best

AnieAlya
2024-06-20 18:50:15 

Update lg sis best tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience