"DAH settle?" Eidlan bertanya Akhtar yang datang menghampirinya.
"Dah, tapi Akhtar belum bersedia untuk beritahu dia tentang hal tu. Akhtar perlu cuba selesaikan dulu. Kalau jalan buntu yang Akhtar jumpa, Akhtar akan beritahu Aleeya hal yang sebenarnya" Akhtar berterus terang dengan Eidlan.
"Tak apa lah. Buat yang mana Akhtar rasa baik" jawab Eidlan.
"Akhtar tak mahu dia terus menjauhi Akhtar bila tahu hal tu, Akhtar baru nak berkawan dengan dia bang. Melihatkan cara dia, Akhtar tahu dia mesti akan suruh Akhtar ikut pilihan keluarga" kata Akhtar bimbang.
"Betul lah tu. Bunga pasti akan buat pilihan tu. Abang kenal sangat dia, keluarga adalah segalanya bagi dia. Akhtar usaha la selesaikan dengan cara yang terbaik. Abang doakan semoga semuanya dipermudahkan. Ada apa-apa nak share dengan abang, just give a call" nasihat Eidlan pada Akhtar.
"Thanks abang. Akhtar rasa selesa ada dalam family abang. Macam dalam keluarga sendiri" kata Akhtar ikhlas.
"Terus jadi sebahagian dari kami. Teruskan berdoa semoga Tuhan tunaikan permintaan kita" pesan Eidlan.
"Abang...tolong sekejap kat dapur" kata Aleeya yang baru muncul dari pintu rumahnya.
"Abang mana satu ni? Abang ke Akhtar?" usik Eidlan. Akhtar sudah melepaskan tawanya melihat wajah Bunga yang merona merah menahan malu.
"Abang lah. Akhtar pula kata dia. Cepat tau tolong jap, Bunga tunggu" terus Aleeya berlalu sebaik dia berkata-kata.
"Abang ke dapur dulu lah. Mesti ada yang dia susah nak buat tu dengan tgn sebelah" kata Eidlan ingin berlalu ke dapur.
"Akhtar ikutlah. Boleh juga tolong apa-apa. Duduk sini pun tak ada geng" kata Akhtar.
"Jom lah" ajak Eidlan. Bersama mereka ke dapur untuk membantu apa yang perlu.
Ketika di dapur Aleeya, Eryna dan puan Aliah sedang membuat penyediaan bahan untuk memasak. Masakan lauk kampung menjadi pilihan mereka malam itu. Pucuk ubi masak lemak cili api, ayam goreng, ikan selar goreng berlada, sambal belacan dan ulam-ulaman.
"Bunga nak minta tolong apa?" tanya Eidlan ketika tiba di dapur.
"Siangkan ikan, nak goreng. Ibu tengah siang sayur. Kakak tengah tumbuk sambal belacan. Abang je yang free boleh tolong Bunga" jawab Aleeya tanpa menoleh yang ketika itu sedang melumur ayam yang hendak di goreng.
"Baik sayang" jawab Eidlan. Terus Eidlan ke sinki menyiang ikan untuk di goreng.
"Akhtar duduk depan lah, sini tengah masak-masak nanti bau macam-macam" kata puan Aliah.
Spontan kepala Aleeya tertoleh melihat ibunya yang sedang duduk menyiang sayur pucuk ubi. Terlihat di hadapannya pula Akhtar yang sudah melabuhkan duduknya.
"Tak apa lah, duduk depan pun tak ada geng. Lagipun boleh juga tolong apa yang perlu. Akhtar dah biasa, kalau balik rumah pun memang tolong ummi masak. Adik-beradik Akhtar semua lelaki, memang ummi ajar untuk buat semua kerja rumah supaya boleh berdikari bila hidup bujang ni" jawab Akhtar ramah.
"Senang la kalau macam tu bakal isteri Akhtar. Untung dia. Macam kakak juga la, abang Iqmal pun terror masak and urus kerja rumah ni. So tak ada lah semua beban pada kakak je. Boleh take turn and bagi-bagi kerja" sahut Eryna pula.
"Hidup berumahtangga nanti kena saling bertolak ansur, kena muafakat, semua kena berbincang. Tak boleh ego, pentingkan diri sendiri. Macam mana kita nak pasangan kita layan kita sayang kita, macam tu juga la yang kita perlu beri pada pasangan kita. Ni ibu pesan pada yang bujang-bujang ni. Ingat pesanan ibu ni" kata puan Aliah.
"Yes mem" jawab Aleeya dan Eidlan. Akhtar hanya mengangguk kepalanya tanda bersetuju.
"Ulam ni dah cuci ke? Akhtar boleh tolong potongkan" kata Akhtar menunjukkan timun, daun pegaga dan ulam raja di hadapannya.
"Belum cuci lagi. Kena cuci dulu" jawab Eryna.
Akhtar mengambil dan membawa ke sinki bersebelahan Eidlan menyiang ikan. Aleeya ketika itu mahu menggoreng ayam.
"Abang jauh sikit Bunga nak masuk ayam ni" ujar Aleeya yang mahu mula menggoreng.
"Sini abang tolong, Bunga cucikan sayur ulam tu. Nanti letak atas meja, lepas abang masukkan ayam ni abang tolong siapkan ulam tu" ujar Akhtar yang mendapatkan Aleeya.
Bekas berisi ayam yang mahu di goreng Aleeya, Akhtar ambil. Kasihan dia melihat Aleeya yang agak sukar melakukan kerja sebelah tangan.
"Tak apa ke?" soal Aleeya.
"Tak apa la, Akhtar dah offer tu. Bunga cuci ulam ni. Tangan sebelah macam tu susahkan nak pegang bekas, nak masukkan ayam" ujar Eidlan pula.
"Orang dah offer tu, pass je la baton tu" sahut puan Aliah.
Tertawa mereka dengan ayat puan Aliah yang bersahaja itu. Aleeya beralih tempat. Dia mengambil tugas mencuci ulaman pula. Akhtar mula menggoreng, semua mata terarah padanya. Tidak kekok malah cekap Akhtar menguruskan kerjanya. Siap ayam di masukkan ke dalam kuali, Akhtar menutupnya dengan penutup kuali supaya jika ada percikan minyak tidak mengenai mereka yang berada di dapur. Dia berlalu ke arah sinki mencuci tangan.
Aleeya membawa bekas berisi ulam-ulaman yang telah siap dicuci ke meja. Baru hendak mula memotong timun, Akhtar sudah meminta pisau di tangannya.
"Bunga ambil bekas untuk letak ulam-ulaman ni. Yang ni abang potong, Bunga isi daun pegaga dengan ulam raja tu dalam bekas. Mana yang nak kena potong buang sikit tangkai dia beri pada abang" arah Akhtar pada Aleeya.
Aleeya hanya menuruti, malas mahu bersoal jawab. Siap sahaja terus di letakkan di atas meja ruang makan dan ditutup dengan tudung saji. Masing-masing ligat melakukan kerja untuk menyediakan makan malam. Akhtar sentiasa membantu Aleeya sepanjang proses memasak di dapur itu berlangsung.
Siap semua hidangan, mereka beredar mahu membersihkan diri. Eidlan memberikan sehelai kain pelikat dan t-shirt miliknya kepada Akhtar untuk digunakannya. Sementara menanti puan Aliah mandi, Aleeya duduk merehatkan dirinya dengan bermain handphone seketika di ruangan meja makan.
"Abang Eidlan suruh abang pakai bilik Bunga. Boleh ke abang guna?" tanya Akhtar tiba-tiba di belakangnya. Terlepas handphone di tangan Aleeya mujur hanya terjatuh di atas meja, kalau atas lantai bersepai la screen handphonenya.
"Terkejut Bunga. Akhtar ni sergah macam tu kenapa?" marah Aleeya kerana terkejut.
"Sorry..sorry. Ingat Bunga perasan abang datang. Handphone ok tak tu?" tanya Akhtar. Mahu ketawa tapi ditahannya melihat reaksi wajah Aleeya ketika itu.
"Nak ketawa la tu. Ketawa je la kalau nak ketawa pun. Menyampah lah. Handphone yang dia tanya, bukan tanya kita ni ok tak. Jantung macam nak melompat keluar dibuatnya" seperti merajuk nada suara Aleeya.
"So sorry Bunga abang. Tak sengaja. Abang tak ketawa pun kan. Comel bila Bunga terkejut macam tu. Bunga okay tak ni?" tanya Akhtar pada Aleeya.
"Dah terlambat nak tanya. Bilik Bunga yang tepi ni. Bilik air ada sekali dalam tu. Bunga ada letak tuala dengan toothbrush atas katil. Atas wall shelves bilik Bunga, ada set travel kit bag colour putih lutsinar ada 3 bag, abang ambil la satu. Ada cleanser, pelembap muka and lain-lain if abang boleh guna, sebab memang untuk unisex. Tadi abang Eidlan kata nak bagi t-shirt dengan kain pelikat pada abang. Dah dapat?" kata Aleeya malas mahu memanjangkan perkara di sergah Akhtar tadi.
"Sorry okay Bunga abang. Abang betul tak sengaja nak buat macam tu. Dah bagi ni" Akhtar meminta maaf dan menunjukkan baju dan kain pelikat yang diberi Eidlan.
"Dalam bilik air, abang pakai je la shower gel ke shampoo yang abang nak pakai. Selesakan diri okay. Bunga nak masuk bilik ibu, nak bersihkan diri. Ibu dah nak siap agaknya tu" Aleeya berura-ura mahu beredar ke bilik ibunya.
"Bunga, abang say sorry three times. You say nothing" Akhtar menghalang Aleeya untuk berlalu. Aleeya memandang wajah jejaka di hadapannya itu.
"It's okay. I know you does not mean to scare me. Apologies accepted, we are good Arjuna" senyuman Aleeya berikan pada Akhtar sebaik dia habis menuturkan bicara.
"Thank you my Bunga. I like it when u call me Arjuna. From now on, you called me with that name. Just me and only me" kata Akhtar dan berganjak dari kedudukan yang menghalang Aleeya tadi.
"As you wish. Go clean your self, talk letter" Aleeya berlalu ke arah bilik ibunya. Akhtar juga berlalu ke arah bilik Aleeya.
"Simple and surprisingly no pink at all. Soft blue tone and white theme. Katil single, satu meja satu kerusi, double mirror wardrobe, satu wall shelves. Simple betul macam orangnya juga" Akhtar berkata sendirian di dalam bilik Aleeya. Segera Akhtar mengambil tuala, toothbrush dan bag travel kit yang di beritahu Aleeya dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai sahaja membersihkan diri dan berpakaian, Akhtar duduk sebentar melihat handphonenya. Ada notifikasi WhatsApp, beberapa WhatsApp di terimanya termasuk dari Leyla. Namun tidak pernah dia buka dan baca lagi. Dia delete tanpa mahu mengetahui isi kandungannya. Sedang dia membaca WhatsApp dari Irham dan Azad. Muncul notifikasi dari Aleeya.Â
Bunga lupa, wall shelves paling atas tu ada recycle bag warna putih. Ambil dan guna lah untuk letak baju kotor nanti. -Aleeya-
Okay my Bunga. Thank you for all this and that you did for your Arjuna. -Akhtar-
It's nothing. Welcome. -Aleeya-
Changed my name as Arjuna on your phone, I'll changed mine as my Bunga. -Akhtar-
Will think about it. -Aleeya-
Okay then we will see. -Akhtar-
Namun hanya blue tick sahaja daripada gadis itu. Tersenyum Akhtar dengan sikap Aleeya yang sedikit demi sedikit diketahui dan difahaminya.Â
MEREKA menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Selepas sesi tazkirah. Kesemua berlalu untuk menyimpan telekung serta sejadah yang digunakan. Mereka bersedia pula untuk menikmati makan malam.
Sesi makan malam berlangsung meriah. Berbual-bual itu dan ini. Akhtar semakin selesa berada bersama keluarga Bunga.
"Nak minum air panas tak?" soal Eryna setelah mereka selesai makan malam.
"Tak apa lah kakak, Akhtar kenyang dah. Nanti haus Akhtar minum air putih. Nanti tak boleh tidur pula kalau kenyang sangat" tolak Akhtar sopan.
"Ok lah. Kalau macam tu, nanti nak air boleh ambil je kat mesin air tapis tu. Kalau nak buat air 3 in 1 pun ada kat meja tepi mesin air tu" pesan Eryna.
"Jomlah kita borak kat beranda luar. Esok semua nak balik dah, Emir pun naik cuti ni sebulan lebih lepas tu dah final exam. Dah tak boleh balik lagi dah sampai habis exam" kata Emir.
"Ye lah.. jom" ajak Iqmal.
Berlalu la mereka ke beranda luar. Tinggal Aleeya, Eryna, puan Aliah dan Iris di dapur.
"Bunga dengan Akhtar macam mana?" soal puan Aliah ketika sedang bantu Aleeya menyusun pinggan mangkuk untuk disimpan.
"Macam mana apa ibu? Macam tu lah, kami kawan ibu. Kalau berjodoh ada lah. Kalau tak ada, Bunga kena la terima" jawab Aleeya jujur.
"Bunga habis ni nak kerja atau nak sambung lagi" tanya Eryna.
"Plan memang nak sambung lepastu kerja sambil kumpul modal nak buat cafe and florist yang Bunga dah rancang tu. Setakat ni masih sama plan Bunga, tak tahu lah kalau Allah bagi rancangan yang lagi baik untuk Bunga" jawab Aleeya.
"Akhtar macam mana?" soal ibunya, puan Aliah pula.
"Bunga tak pasti. Tapi dia pernah kata nak sambung lepastu cari kerja, dah stabil nak settle down dengan pilihan dia" Aleeya menjawab persoalan ibunya.
"Baguslah bila ada rancangan masa depan. Ibu doakan semoga dipermudahkan urusan Bunga dengan Akhtar. Ibu nak pesan, kalau suatu hari nanti. Kamu berdua tidak berjodohan, terima dengan hati yang ikhlas, reda dan sentiasa saling terus menghormati antara satu sama lain" pesanan puan Aliah buatkan Aleeya terdiam menghadam kata-kata ibunya itu.
"InsyaAllah ibu" jawab Aleeya. Bersedia atau tidak jika itu yang terjadi, dia harus akur dan menerimanya dengan berlapang dada.
Selesai kerja di dapur, ibunya ke bilik untuk berehat. Eryna juga sama kerana ingin menidurkan Iris. Aleeya mahu ke biliknya seketika untuk mengambil pakaian dalamnya kerana terlupa menyediakan untuk hari esok.
Sedang Aleeya mengambil barangnya tiba-tiba Akhtar masuk ke biliknya juga untuk mengambil handphonenya tanpa mengetahui Aleeya turut berada di dalam bilik itu. Tercampak pakaian dalam Aleeya yang diambil dari wardrobe akibat terkejut. Akhtar juga kelu tak terkata dengan keadaan itu.
"Ya Allah. Kenapa tak ketuk pintu dulu main terjah je" perlahan suara Aleeya memarahi Akhtar.
"Sorry, abang ingat Bunga kat bilik ibu. Bunga buat apa?" tanya Akhtar sambil melihat ke arah pakaian dalam milik Aleeya yang tercampak di atas lantai tadi.
"Ish. Tutup mata!" marah Aleeya perlahan bimbang di dengari ahli keluarga yang lain. Segera diambil barangnya itu.
Namun Akhtar hanya melihat sahaja tidak berbuat seperti yang di arahkan Aleeya. Tersenyum dia tanpa sengaja.
"Apa senyum-senyum? Ni datang bilik nak apa?" marah Aleeya lagi. Mahu menutup rasa malu dengan kejadian itu.
" Senyum pun salah. Nak ambil handphone abang. Atas meja Bunga tu" kata Akhtar sambil berlalu ke arah meja dan mengambil handphonenya lalu ditunjukkan pada Aleeya.
Baru mahu beredar, Akhtar melihat handphone milik Aleeya di atas katil lalu diambilnya. Dan berjalan ke arah Aleeya.
"Unlock please" kata Akhtar.
"Abang tahukan password dia, 3465" jawab Aleeya.
"Bunga tak tukar ke? Kan abang suruh tukar. Tukar password nanti, bahaya tahu semua orang dengar tau password Bunga haritu" tegur Akhtar.
Di unlocked handphone Aleeya dan Akhtar mendail number phone miliknya. Tertera nama Arjuna, tersenyum dia. Di serahkan semula handphone itu pada Aleeya Dan dia menunjukkan nama Bunga di handphonenya pada Aleeya. Tersenyum seketika Aleeya sebelum mukanya di seriouskan semula. Hampir pecah ketawa Akhtar dengan sikap tidak terjangka Aleeya itu.
"Abang keluar dulu, nanti orang ingat kita buat apa pula dalam bilik ni" kata Akhtar sambil berlalu ke arah pintu bilik. Sebelum menutup pintu itu sempat dia mengusik Aleeya.
"Sexy red" cepat-cepat Akhtar menutup pintu dan beredar ke beranda rumah. Hai la rezeki, nakal juga kau ni Akhtar ya.
Aleeya sudah tidak terkata. "Malunya Ya Allah, yang aku pun satu tak kunci pintu tadi apehal. Kan dah kantoi" marahnya pada diri sendiri. Setelah memastikan keadaan biliknya kemas, baru Aleeya keluar ke bilik ibunya meletakkan barangnya itu. Dia keluar semula untuk menonton tv di ruang tamu. Akhtar, Eidlan, Emir dan juga Iqmal masih berbual lagi di beranda rumahnya.
Tengok cerita apa Bunga? -Akhtar-
WhatsApp dari Akhtar diterimanya.
Extraction. Baru start. Nak join? -Aleeya-
Boleh ke? Tapi buatkan air coffee untuk Arjuna Bunga ni boleh? Rasa letih sikit takut tertidur nanti tengah tengok movie. -Akhtar-
Coffee? Bunga buat kopi O okay?. -Aleeya-
Okay my Bunga.-Akhtar-
ALEEYA berlalu ke dapur dan membuat satu jug kecil air kopi O di bawa dan diletakkan diruang tamu, kemudian Aleeya ke dapur semula dan membawa tiga buah cawan sebekas kecil kudapan di dalam dulang menggunakan tangan sebelah.
Dilihatnya Akhtar sudah berada di sofa tempat dia duduk tadi, Eidlan dan Emir juga ada.
"Tengok tak ajak" kata Emir.
"Semua orang duk berbual kat luar tu Bunga tengok la sendiri. Abang Iqmal mana?" tanya Aleeya.
"Masuk tidur dah. Esok kan nak balik kampung sana. Ni air untuk sapa?" jawab Emir.
"Oh. Minum je lah dik, banyak soal pula dia" jawab Aleeya, malas mahu melayan.
Aleeya menuangkan air ke dalam tiga buah cawan. Kemudiannya duduk di single sofa bersebelahan Akhtar dan mula menonton cerita tadi. Lima belas minit mereka menonton, Emir sudah baring di atas lantai seperti kebiasaannya, Eidlan juga turut serta. Sofa tiga seater tadi hanya diduduki Akhtar seorang.
Akhtar menoleh pandang pada Aleeya. Aleeya yang perasan turut memandangnya. Menggunakan isyarat mata Aleeya bertanya kenapa. Akhtar menepuk ruang yang kosong di sebelahnya. Bunga menunjukkan buku limanya. Tersenyum Akhtar menahan ketawa.
"Duduk kerusi sini la Bunga. Tak selesa kan tengok macam tu. Duduk hujung sana. Nak duduk sebelah abang pun boleh juga" usik Akhtar dalam nada perlahan.
Aleeya bangun dan beralih duduk di hujung sofa tiga seater itu. Masih ada ruang kosong di tengah. Setengah jam menonton, Eidlan bangkit mahu masuk tidur kerana esok ingin pulang ke rumah sewa kerana lusa sudah mahu mula berkerja.
"Abang masuk tidur dulu. Pintu semua dah kunci. Nanti habis suiz off semua okay Bunga. Adik mengantuk masuk bilik jangan tidur sini, nanti bising ibu" Eidlan tahu benar dengan sikap Aleeya yang akan setia menonton sehingga tamat cerita seperti kebiasaannya. Sempat juga berpesan pada Emir.
"Dia tidur Bunga biar je" jawab Aleeya selamba.
"Ye Emir ngantuk nanti Emir masuk bilik" jawab Emir.
Satu jam menonton cerita itu Emir sudah mula tertidur. Aleeya mengeluh.
"Dia ni la da pesan pun buat lagi" ayat Aleeya membuatkan Akhtar melihat ke arah Emir yang entah bila tertidur.
"Emir bangun, pergi masuk tidur dalam. Adik, bangun la tidur dalam" kejut Aleeya geram. Akhtar mendekatinya.
"Abang kejut dia" kata Akhtar.
"Emir, Emir bangun jom tidur dalam bilik" Akhtar gerakkan sedikit badan Emir dan menarik tangannya untuk disedarkan. Emir yang mamai hanya bangun menurut. Aleeya perhatikan sahaja.
Tinggal mereka berdua yang masih menonton. Jam sudah menginjak ke angka hampir 12.00 malam.
"Bunga tak mengantuk?" tanya Akhtar pada Aleeya.
"Habis cerita ni Bunga masuk tidur. Kenapa dah mengantuk ya?" tanya Aleeya.
"Badan letih sikit. Esok lepas sarapan abang gerak balik tau" kata Akhtar padanya.
Aleeya bangun mengambil bantal kecil hiasan sofa dan diberikan kepada Akhtar. Dan dia kemudiannya duduk diatas lantai dan bersandar di sofa itu.
"Kenapa duduk bawah?" tanya Akhtar pada Bunga.
"Baringlah. Badan letihkan. Kalau mengantuk nanti masuk la tidur. Esok nak gerak balik dah" Aleeya toleh pandang pada Akhtar seketika.
Akhtar membaringkan tubuhnya di sofa mengiring menghadap ke arah tv. Kepalanya dibaringkan diatas bantal kecil di bahagian Aleeya duduk bersandar. Dapat dihidu haruman Aleeya bila berdekatan begitu. Aleeya toleh pandang melihat Akhtar yang berbaring di belakangnya, dia berganjak ketepi sedikit bagi memberi ruang Akhtar menonton tv.
"Tak dapat nak bau Bunga abang dah" perlahan namun dapat di dengari Aleeya.
"Bau apa? Wangi ke busuk?" soal Aleeya pada Akhtar namun dia tidak menoleh, tetap setia menonton tv.
"Bau wangi. Shampoo ke perfume? Tapi perfume Bunga bau lain" jawab Akhtar.
"Amboi, tahu pula bau perfume Bunga ya" masih lagi Aleeya menonton tv.
"I will miss u, miss your scents and everything" kata Akhtar perlahan.
Aleeya yang dapat menangkap ayat Akhtar segera berpaling dan menyengetkan sedikit kedudukannya.
"Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Aleeya, mereka berbalas pandangan.
"Don't know..rasa macam akan kehilangan Bunga walaupun kita baru nak bermula" jawab Akhtar jujur.
"Once you become my Arjuna, forever will be my Arjuna. InsyaAllah" jawab Aleeya dan berpaling semula duduk ke arah tv sepenuhnya.
"Bunga dekat sikit dengan abang boleh. Sekejap je" minta Akhtar padanya.
Aleeya berganjak sedikit duduknya ke arah Akhtar dan sandar badannya di sofa dibetulkan. Akhtar berbaring di belakang kepala Bunga yang dilapisi tudung. Bunga yang mahu menoleh tidak jadi apabila di tegur Akhtar.
"Sekejap je please" kata Akhtar perlahan seperti merayu pula.
Beberapa minit berlalu Aleeya toleh pandang Akhtar di belakangnya. Seperti sudah terlena, kerana Akhtar kelihatan tenang dengan mata terpejam.
"Kenapa dengan dirimu? Seperti ada sesuatu yang berat untuk abang berterus terang, dan seolah abang merahsiakan sesuatu daripada Bunga. Apa pun ia, Bunga harap tidak akan membebankan jiwa abang berseorangan. Jika abang perlukan Bunga untuk menghilangkan bebanan itu, katakan sahaja kerana Bunga setia untuk menjadi pendengar, boleh juga menjadi pohon untuk abang bersandar melepaskan lelahmu. Fahamkan Bunga. Bunga akan setia untuk terus belajar memahami dirimu" Aleeya lentokkan sedikit kepalanya diatas sofa berhampiran bantal yang menjadi alas kepala Akhtar namun masih berjarak.
Akhtar tidak tidur, dia mendengar segalanya. Semakin terasa berat bebanan hati yang dipikulnya. Dia tidak mampu untuk membayangkan jika dia kehilangan Aleeya.
"Terus setia dan bertahan untuk bersama abang, Bunga" kata Akhtar perlahan pada Aleeya dengan mata terpejam.
"Kenapa Abang? Apa sebenarnya yang terjadi?" pertanyaan Aleeya lepaskan. Ingin tahu apa masalah yang melanda Akhtar.
"Nanti Bunga akan tahu juga bila sampai masanya. Tapi bila waktu itu tiba, abang harap Bunga akan terus percayakan Arjuna Bunga ini. Hanya itu yang mampu menjadi teras untuk kita saling bertahan dan terus setia" Akhtar menitipkan pesanan buat Aleeya.
Aleeya hanya mendiamkan diri. Terus menonton cerita di tv sehingga tamat. Begitu juga Akhtar, hanya mendiamkan diri apabila melihat Aleeya yang menyepi. Tv Aleeya offkan, kemudian Aleeya bangun menutup suiz plug tv dan lampu. Berlalu semula ke meja ingin mengambil dulang dan cawan kotor untuk dibawa ke dapur. Akhtar terlebih dahulu sudah mengangkat dulang itu dan sama-sama berlalu meninggalkan ruang tamu menuju ke arah dapur.
"Bunga nak cuci cawan-cawan ni, lepas tu baru masuk tidur. Abang pergi lah masuk tidur dulu" kata Aleeya tanpa menoleh ke arah Akhtar.
"Arjuna akan tetap setia menunggu Bunganya. Seperti mana Bunga yang sabar menanti Arjunanya tiba" kata balas dari Akhtar. Dia kemudiannya duduk di kawasan meja dapur itu.
Aleeya tidak membalas, malah kerja mencuci di teruskan. Siap sahaja, Aleeya terus mengelap tangannya dan ingin berlalu masuk ke dalam bilik ibunya.
"Bunga. Percayakan abang sentiasa, boleh?" pertanyaan Akhtar menghentikan langkah Aleeya.
"Bunga percaya" jawab Aleeya tanpa menoleh dan terus berlalu masuk ke bilik ibunya.
Akhtar mengeluh. Dia tahu Aleeya mungkin terasa, kerana dia merahsiakan sesuatu darinya. Namun, Akhtar masih belum bersedia untuk menjelaskan kesemuanya pada Aleeya. Akhtar bangun berlalu masuk ke bilik tidur Aleeya, lalu dia ke bilik air mengambil wuduk. Akhtar merebahkan tubuhnya di atas katil dan mula ingin menjemput lena. Wangian bilik Aleeya membuatkan dirinya sedikit tenang.
Share this novel