"BUNGA boleh discharge harini. And, dapat MC dua hari. Nak balik kampung? Ke nak stay hostel?" tanya Eidlan.
"Stay hostel je lah. Nanti senang nak minta kembar nota dengan task assignment. Tak datang kelas pun, assignment still kena hantar" Aleeya memutuskan untuk tinggal di hostel sahaja.
"Okay lah kalau macam tu. Ada apa-apa terus call abang tau" Eidlan akur dengan keputusan Aleeya.
Handphone Aleeya di atas meja berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia mengambil dan melihat nama yang tertera, Azizah yang menghubunginya. Ikon hijau digesek.
"Assalamualaikum" Aleeya menjawab.
"Wa'alaikumsalam. Kau macam mana, dah boleh discharge ke belum? Kalau belum kitaorang nak datang" Azizah bertanya keadaannya.
"Dah, kejap lagi abang uruskan hal discharge aku. Kita jumpa kat hostel je la nanti" kata Aleeya pada Azizah.
"Alhamdulillah. Okay lah kalau macam tu. Nanti aku dengan Sayang datang bilik kau" Azizah memberi kata putus.
"Okay. Jumpa nanti eh. Bye" Aleeya menamatkan perbualan.
"Okay, bye Bungaku sayang" jawab Azizah.
"Kembar call?" tanya Eidlan yang sejak tadi memerhatikan adiknya.
"Ha'ah. Tanya Bunga da boleh discharge ke belum. Bunga dah bagitahu nanti jumpa kat hostel je" Aleeya memberitahu abangnya.
"Okay lah kalau macam tu. Lepas discharge ni, kita pergi makan dulu. Lepas tu baru abang hantar Bunga balik hostel. Tapau sekali makan untuk malam, nanti tak payah masak. Bunga kena rehat. Panaskan je bila nak makan malam nanti" arahan dari Eidlan yang mahu Aleeya berehat.
"Okay abang. Don't worry. Bunga rest" kata Aleeya, tidak mahu Eidlan bimbang.
Eidlan telah keluar seketika untuk menguruskan hal discharge Aleeya dari hospital.Aleeya pula menanti di bilik wadnya sambil menonton cerita di tab milik Eidlan. Ketika sedang leka menonton, pintu biliknya di ketuk dan dibuka. Aleeya menyangka itu abangnya, namun telahannya salah, nyata Akhtar yang muncul.
"Assalamualaikum" Akhtar menyapa.
"Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya.
"Dah boleh balik kan? Dah siap kemas?" Akhtar bertanya.
"Ha'ah dah boleh discharge. Tengah tunggu abang uruskan. Dah siap kemas dah" kekok sedikit kerana hanya mereka berdua sahaja. Tertanya juga Aleeya bagaimana Akhtar tahu dia sudah dibenarkan pulang.
"Alhamdulillah. Abang saja datang nak jumpa Aleeya. Nanti entah bila boleh jumpa macam ni. Kat kolej memang tak boleh la nak jumpa macam ni" kata Akhtar tentang niatnya muncul di situ.
"Ada apa-apa yang penting ke yang awak nak cakap?" soal Aleeya. Dia rasakan seperti ada sesuatu yang ingin Akhtar sampaikan.
"Ha'ah. Tapi sebelum tu. Abang nak minta Aleeya tukar dulu panggilan tu. Biasakan dengan panggil abang, abang. Boleh?" Akhtar meminta Aleeya untuk memanggilnya abang.
"Saya tak biasa. Sorry" Aleeya berkata jujur.
"It's okay. Take your time. Abang datang ni cuma nak cakap beberapa hal, First, jacket abang tu. Aleeya pakai je, tak perlu pulangkan. Bila-bila rasa nak pakai just pakai, time hujan ke cuaca sejuk sangat ke pakailah. Second, bila Aleeya balik hostel dan mulakan kelas kat kolej mungkin akan ada cerita yang tak best untuk di dengar tentang kita. Abang minta Aleeya abaikan. Abang dah usahakan untuk lindungi maruah dan nama baik Aleeya. Abang tahu siapa yang mulakan cerita tentang kita tu semua. Cuma abang minta Aleeya abaikan dan buat seperti keadaan tu tak berlaku. Harap sangat Aleeya berlapang dada dengan ujian yang Dia beri ni. Abang minta maaf, silap abang" Akhtar menerangkan keadaan yang terjadi dan meminta Aleeya memahami dan menerima semua perkara yang sudah terjadi.
"Maaf, saya tak faham. Apa jadi sebenarnya ni?" Aleeya tidak memahami apa yang di maksudkan oleh Akhtar.
"It's okay. Nanti Aleeya akan faham. Abang nak Aleeya tahu. Abang akan lakukan apa sahaja yang abang mampu untuk melindungi Aleeya" kata Akhtar ikhlas.
"Saya tak faham, tapi saya akan cuba faham dan terima ujian ni dengan berlapang dada. InsyaAllah, saya akan cuba. Terima kasih" Aleeya akhirnya mengalah, cuba untuk memahami situasi yang di maksudkan oleh Akhtar.
"Aleeya, jom. Eh! Akhtar pun ada. Bila sampai?" Eidlan yang baru tiba dan masuk ke bilik adiknya terkejut melihat kehadiran jejaka itu di situ.
"Ada la dalam lima belas minit macam tu. Sampai tadi abang tak ada, dah keluar untuk uruskan hal Aleeya discharge" Akhtar menyatakan keadaan sewaktu dia tiba melawat Aleeya.
"Oh. Abang busy kat kaunter la kot time tu. Aleeya dah siap? Jom dah boleh balik" Eidlan memandang Akhtar ketika berkata dan kemudian menoleh serta mengajak adiknya untuk bersiap keluar dari hospital.
"Dah siap. Jom. Awak, saya boleh balik dah ni. Lepas ni awak nak ke mana?" Aleeya menjawab ajakan Eidlan, lalu kemudiannya bertanya tentang situasi Akhtar.
"Ha'ah. Aleeya dah boleh balik ni. Jomlah sekali, abang nak bawa Aleeya pergi makan dulu baru hantar dia ke hostel" ajak Eidlan.
"Eh tak apa. Akhtar singgah nak jumpa Aleeya sekejap je. Dah jumpa ni ok lah. Akhtar pun ada urusan kat kolej lagi. Last program harini. Lain kali ada rezeki, Akhtar join makan sekali" Akhtar menolak ajakan Eidlan, dia menyatakan kemana haluannya selepas bertemu Aleeya.
"Okay lah kalau macam tu. Jom lah gerak sekali jalan ke parking" Eidlan mengajak mereka beriringan jalan ke kawasan parkir hospital.
Beriringan mereka berjalan sambil berbual, sehingga mereka berpisah untuk ke kereta masing-masing.
"SAYANG, kalau Akhtar tu betul-betul sukakan sayang macam mana?" Eidlan bertanya.
"Apa abang merepek ni. Dia suka Bunga? Jauh panggang dari api kot. Abang tengok la dia, lepas tu abang tengok pula Bunga ni, mana sepadan" jawab Aleeya.
"Tapi abang suka je dia, dia boleh tolong jagakan dan tengok-tengokkan sayang abang ni. Lagipun dia okay je kalau dengan Bunga, sepadan je" giat Eidlan lagi.
"Abang ni, sesuatu sangat tau. Abang dah penat jaga Bunga ke sampai nak suruh orang lain yang jaga Bunga pula" Aleeya jauh hati.
"Ada pula ke situ. Suatu hari nanti Bunga pun kena ada pasangan kan. Sesuai apa kalau Akhtar yang jadi pasangan Bunga. Entah-entah dia Arjuna yang Bunga tunggu selama ni, siapa tahu" Eidlan memujuk.
"Kenapa ni? Dia ada cakap apa-apa ke pada abang?" soal Aleeya ingin tahu.
"Tak ada. Cuma dia ada minta izin dari abang nak kawan dengan Bunga. Abang rasa dia betul-betul ikhlas. Kalau tak, tak mungkin dia akan care sangat pasal Bunga. Bunga sakit dia yang uruskan semua, siap tunggu sampai abang datang. Kalau orang lain, abang tak rasa akan buat macam yang dia buat ni. Bunga kawan la dengan dia, kenal-kenal je. Jadi kawan biasa ke" Eidlan memberi pendapat, kasihan juga dia dengan cara Aleeya melayan Akhtar yang seperti hendak dan tidak. Sedangkan dia tahu Akhtar bersungguh.
"Bunga bukan apa, abang tak ingat ke kes masa Bunga sem satu tu. Bunga serik. Bunga tahu Akhtar tu ikhlas, tolong Bunga apa semua. Bagi Bunga masa la, Bunga cuba anggap dia kawan macam kembar macam Kak Sue dengan Kak Ain" akhirnya Aleeya akur dengan kata abangnya. Aleeya juga tahu, ada kebenaran dalam kata-kata abangnya itu.
"Abang tak paksa, Bunga cuba la berkawan okay. Kalau tak boleh go on, Bunga cakap terus terang supaya tak ada hati yang terluka" Eidlan memberi nasihat.
"Okay, Bunga dah habis makan. Jom lah hantar Bunga balik hostel" pinta Aleeya yang telah siap makan nasi berlauk kampung itu.
"Okay, abang pergi bayar dulu" Eidlan mula bangun untuk ke kaunter pembayaran.
Di dalam kereta, mereka hanya diam tanpa berbual seperti selalu. Aleeya memikirkan tentang kata-kata abangnya. Eidlan pula memberi ruang untuk Aleeya menenangkan dirinya, dia tidak mahu adiknya itu merasakan seperti dirinya dipaksa.
Setibanya mereka di hostel. Eidlan sempat berpesan pada Aleeya supaya menjaga diri, dan segera menghubunginya jika ada apa-apa masalah. Sempat juga berpesan supaya Aleeya menghubungi ibunya di kampung, ubat juga perlu dihabiskan.
Sewaktu Aleeya tiba di bilik hostelnya, rakan serumahnya masing-masing bertanya keadaan dirinya. Aleeya hanya mengatakan dia okay dan perlu berehat. Kak Ain juga minta supaya mereka tidak mengganggu Aleeya berehat. Aleeya menunaikan solat zohor terlebih dahulu sebelum berbaring dan akhirnya terlena.
"MACAM mana keadaan kesayangan kau?" soal Azad sebaik mereka bertemu.
"Alhamdulillah, dah discharge. Dapat MC dua hari, tapi dia stay hostel je" jawab Akhtar.
"Kau dah bagitahu belum kes yang jadi ni?" soal Irham pula.
"Aku bagi hint je, InsyaAllah dia boleh terima. Aku harap macam tu lah" jawab Akhtar. Dia juga bimbang penerima Aleeya nanti apabila mengetahui hal yang terjadi.
"Tak apa lah, nanti kau minta lah Sue dengan Ain tolong jelaskan kalau keadaan mendesak" cadang Azad.
"Aku pun fikir macam Azad juga. Diaorang pun rapat dengan Aleeya kan" kata Irham.
"Boleh juga, tapi buat masa ni. Semuanya okay" jawab Akhtar tenang.
Mereka meneruskan tugas untuk hari terakhir mereka sebagai exco di karnival expo kolej.
"Akhtar!"
Panggil seseorang, ketika itu Akhtar dan empat lagi rakannya sedang meronda tapak expo. Azad, Irham, Arul dan Naim juga turut terhenti langkahnya. Akhtar dan rakannya berpusing melihat ke arah suara si pemanggil
"Kau memang sengaja kan semalam nak malukan aku dengan Nailah. Apa yang cerita tak betulnya kitaorang cakap. Betulkan. Kau tu yang putar belit cerita!" tempelak Syafiq padanya.
"Kau dah kenapa. Tak puas hati lagi. Kat sini pun nak buat hal jugak ke? Tak malu ke orang tengok" kata Naim yang turut bengang dengan perangai Syafiq.
"Kau jangan sebok! Ni hal aku dengan dia" Syafiq membalas keras.
"Dah lah, jom lah. Kalau layan, esok pun belum tentu habis" jawab Akhtar selamba.
Akhtar terus melangkah berlalu dari situ. Ingin mengelak dari timbul sebarang kekecohan. Yang lain juga turut beredar sama.
"Woi! Aku tak habis lagi dengan kau. Lari macam pengecut" kata Syafiq lantang sehingga membuatkan ada mata yang memandang ke arah mereka.
"Kau nak biarkan je ke?" soal Arul.
"Biarlah, belum masanya lagi" jawab Akhtar. Dia telah merancang sesuatu, hanya menunggu masa yang sesuai.
"Akhtar! Akhtar!"
Sekali lagi namanya dipanggil. Kali ini seorang perempuan pula.
"Hai la. Susah betul jadi orang famous ni" usik Azad.
Tertawa kecil rakan yang lain dengan ayat yang keluar dari mulut Azad.
"Apehal ni Asma? Panggil terjerit macam tu. Tak sopan tau, kau da la perempuan" tegur Irham pada gadis bernama Asma itu.
"Ish. Sebok la kau ni. Akhtar, apesal kau buat Nailah macam tu? Seharian ni dia menangis, tak makan tak minum sebab kau. Kau ni tak ada hati perut betul" tembak gadis itu padanya.
Kesabaran Akhtar mulai menipis, namun cepat dia beristighfar dalam hati.
"Aku buat apa? Kau patut tanya dia, apa dia buat pada aku. Fitnah aku dengan budak perempuan yang tak bersalah. Betul ke kau rasa perbuatan tu? Dia buat aku lagi meluat lagi ada, selama ni aku ada buat apa-apa ke pada dia? Ke dia yang syok sendiri? Kau patut tahu jawapan soalan kau tu" Akhtar berkata tegas dan terus berlalu.
"Kau ni pun nak jadi sama tak betul ke macam Nailah tu? Semua orang tahu dia kaki drama, ugut budak-budak yang minat Akhtar, mengaku Akhtar tu boyfriend dia. Kau sendiri pun tahu hal sebenarnya. Apa la yang kau back up sangat minah senget tu" kata Naim pula pada Asma.
Mereka terus meninggalkan Asma disitu dan mula mengejar langkah Akhtar.
"Sabar lah. Kau sendiri tahu gila Nailah tu macam mana. Kita pun dah final year" kata Arul padanya.
"Tu sebab lah aku malas nak layan" jawab Akhtar.
Mereka meneruskan sahaja tugasan mereka untuk hari terakhir itu. Hal yang terjadi Akh tolak ke tepi. Tidak perlu peduli.
Share this novel