SAMPAI sahaja di kawasan parkir kenderaan di hospital. Mereka bertiga pun masuk ke dalam kereta. Tiada sesiapa yang berbicara sehinggalah Sue bertanya soalan pada Akhtar, memecahkan suasana sunyi itu.
"Akhtar betul-betul serious ke dengan Aleeya? Semalam, budak rumah Sue kecoh cerita pasal Akhtar dengan perempuan. Sue yakin budak perempuan yang diaorang maksudkan tu Aleeya. Betulkan?" Sue mula berbicara.
"Ha'ah. Yani dengan Lina pun cakap perkara yang sama dengan Ain" kata Ain pula.
"Hurm. Akhtar dah agak dah. Benda ni akan jadi. Diaorang ada cakap buruk pasal Aleeya tak?" kata Akhtar.
"Budak rumah Sue cakap, Akhtar layan budak perempuan tu istimewa. Siap payungkan, bagi pakai jacket Akhtar. Lepas tu diaorang kata, Akhtar lain betul, tak macam Akhtar yang diaorang kenal selama ni. Konon jaga batas la, rupanya sama je macam lelaki lain" kata Sue menceritakan apa yang di dengarinya malam tadi dari mulut rakan-rakan rumahnya.
"Ain? Yani dengan Lina pun cakap macam tu juga?" Akhtar bertanya kepada Ain.
"Diaorang cuma cakap, Akhtar layan budak perempuan tu istimewa. Nailah menangis, bengang dengan budak perempuan tu. Nailah kata budak perempuan tu perampas" Ain berterus terang dengan apa yang menjadi perbualannya bersama Yani dan Lina.
"Semalam Akhtar jumpa Aleeya sebab nak bagi rantai untuk kunci dengan handphone. Akhtar buat untuk Aleeya. Masa kat khemah yang jual rantai tempat Akhtar buat tu, ada Nailah and the gang. Lepas tu masa nak hantar Aleeya ke tempat Ain dengan Sue semalam, ada la budak-budak lain juga yang nampak. Akhtar payungkan Aleeya sebab dia tak pakai payung. Jacket tu Akhtar bagi sebab baju Aleeya kan warna cerah, kena hujan lengan dia nampak sikit mujur tudung dia warna gelap. Jacket tu sebab nak cover aurat dia" terang Akhtar situasi sebenar tentang layanan dia terhadap Aleeya semalam.
"Akhtar serious nak kawan dengan dia. Akhtar pun dah minta izin dengan abang dia tadi, nak berkawan dengan Aleeya" tambahnya lagi.
"Okay lah kalau macam tu, lega Sue dengar. Jaga Aleeya baik-baik. Dia sangat baik, family dia pun baik-baik. Life dia nampak simple, sempoi. Tapi didikan agama number satu dalam keadaan apa pun" Sue berpesan padanya.
"Betul. Ain tak kisah Akhtar nak berkawan dengan Aleeya. Cuma jangan sakiti dia. Dia baik sangat. Betul cakap Sue, family dia sentiasa ada buat tazkirah lepas tiap waktu solat berjemaah. Seronok tengok family dia, walaupun biasa-biasa tapi cara diaorang tu berpesanan dengan ayat Al-Quran dan hadith sebagai ikutan jadi luar biasa" tambah Ain pula.
"Sue dengan Ain, memang rapat dengan keluarga dia ke?" tanya Akhtar lagi.
"Banyak kali juga balik kampung rumah Aleeya. Teman dia balik kampung, ada juga yang memang saja ikut dia balik. Kan Ain? Family dia rapat sangat, meriah suasana bila berkumpul" Sue bercerita serba sedikit ikatan kekeluargaan Aleeya.
"Alhamdulillah. Akhtar hantar Sue dulu ya, Ain sekali dengan Akhtar ke kolej. Kalau lepas ni, ada cerita tak betul, tak elok pasal Aleeya dari budak-budak course kita. Akhtar minta Ain dengan Sue bagitahu Akhtar, tolong pertahankan Aleeya. Aleeya tu budak baik, kesian kalau cerita tak betul pasal dia tersebar" pinta Akhtar pada Ain dengan Sue.
"InsyaAllah" serentak Sue dan Ain menjawab.
PULANG sahaja mereka. Tinggal lah Aleeya dan abangnya.
"Bunga buat abang risau. Bunga kan tahu Bunga senang sangat demam kalau kena hujan. Lain kali hati-hati ya. Ibu pun risau, nak datang sini. Tapi abang tak bagi. Nanti petang kakak datang bawa makanan dengan pakaian untuk Bunga" kata abangnya sambil memandang dia.
"Sorry Bunga buat semua orang risau. Abang kata outstation harini? Tak jadi pergi sebab Bunga ya?" soal Aleeya manja.
"Tak lah sayang. Cancel tukar minggu depan. Nasib baik lah. Kalau tak, tak tahu la apa jadi" Eidlan berkata.
"Bunga pengsan ya tadi, Bunga tak sedar. Last Bunga ingat, Kak Sue dengan Kak Ain papah Bunga nak bawa masuk kerta hantar pergi klinik" tanya Aleeya.
"Ha'ah. Nasib baik juga tak apa-apa. Tapi ada hero selamatkan Bunga" usik Eidlan sambil diangkat-angkat keningnya.
"Merepek la tu. Da sampai hospital mesti la nurse angkat. Nurse lelaki eh? Darurat kan abang" Aleeya berkata serba salah.
"Iya lah. Darurat. Makan sikit lagi sandwich tu. Ni dah lepas waktu lunch. Bunga nak makan apa-apa? Abang turun beli sekejap. Bunga punya purse dengan handphone dalam laci meja sebelah ni" terang Eidlan.
"Nak bubur la. Tak selera makan lain. Nak air buah boleh?" Aleeya membuat muka minta simpati.
"Okay, abang cari bubur. Tapi kalau tak ada, abang beli je apa-apa ok sayang. Air nanti kalau ada jus buah abang beli but no ice. Abang turun sekejap, rehat" jawab Eidlan.
"Okay" jawab Aleeya.
Hilang sahaja Eidlan dari bilik wadnya. Aleeya mencapai handphonenya di dalam laci sebelah katil. Melihat banyak miss call dan notifikasi WhatsApp. Miss called dari si kembar, ibu dan kakaknya. WhatsApp juga sama, dari mereka. Di baca namun tidak dibalasnya. Dia ingin berehat.
Handphone di tukarkan kepada mode silent. Sementara menanti abangnya Aleeya terlena semula.
Eidlan kembali ke wad adiknya. Melihatkan si adik yang pulas lenanya, menjemput rasa sayu dihatinya. Bimbang jika terjadi apa-apa padanya. Peristiwa hampir kehilangan Bunga waktu kecil dahulu menjadi mimpi ngeri buat ahli keluarga yang lain juga. Kerana itulah, mereka meminggilnya Bunga. Sangat fragile dan sangat sensitive orangnya.
Hanya kerana diserang demam panas, antibody yang tidak kuat, di serang sawan dalam masa yang sama menyebabkan berlakunya peristiwa hitam itu. Sejak peristiwa itu, mereka sekeluarga sangat menjaga Bunga. Emir juga turut tahu tentang peristiwa itu, kerana pernah Emir mengatakan ahli keluarganya melebihkan Bunga dan tidak menyayangi dia. Mereka menceritakan peristiwa yang berlaku, barulah Emir memahami kenapa mereka sangat menjaga Bunga. Namun Emir lah yang paling di sayangi Bunga, selalu dimanjakan dan dilayankan sahaja kerenahnya walaupun si adik sering mengusik dia.
"WEH, kau pergi hospital buat apa? Nasib baik exco yang lain tak banyak tanya bila aku ganti kau" kata Irham sebaik melihat dia tiba di bilik khas pengurusan program.
"Diaorang tanya apa? Ada cerita tak best ke pasal aku?" Akhtar bertanya semula.
"Tanya kenapa aku cover kau, aku cakap kau ada emergency kat hospital. So diaorang pun okay je la. Cerita tak best pasal apa pula ni?" kata Irham lagi.
"Aleeya masuk hospital. Dia demam, patutnya aku tolong hantarkan ke klinik je. Tapi demam dia tinggi sangat sampai pengsan masa nak sampai hospital" terang Aktar kepada Irham.
"Habis tu? Okay tak dia?" bertalu soalan Irham.
"Alhamdulillah, stabil dah. Lega aku, aku tunggu sampai settle tadi. Abang dia dah ada teman, baru aku balik dengan Ain dan Sue" terang Akhtar.
"Tak ada apa pun, masa aku cover kau ni. Semua okay. Dah settle, ni Azad tolong coverkan aku punya task untuk vip santap. Lain okay" Irham menerangkan situasi tentang aktiviti yang berjalan.
"Thanks, nanti aku belanja kau dengan Azad makan" Akhtar berterima kasih.
"Onzzz" Irham membalas.
Habis sahaja mereka berbual. Datang dua tiga ahli exco yang lain. Mereka melihat ke arah Akhtar dengan pandangan yang tajam seperti tidak berpuas hati.
Namun di endahkan sahaja hal itu oleh Akhtar. Irham yang memerhatikan merasakan pasti ada sesuatu yang terjadi. Belum masanya untuk bertanya.
"Hal apa yang urgent sangat sampai Irham cover bahagian kau?" soal Hana sarcastic. Semua mata tertumpu ke arah Akhtar ketika itu.
"Aku ada urusan kat hospital. Irham dah bagitahu kan?" Akhtar juga menyoal dengan nada yang sinis.
"Bukan kau pergi dating ke? Aku nampak, Ain dengan Sue bawa budak perempuan yang kau payungkan malam semalam naik kereta kau" Effa menyoal pula.
"Oh. Yang tu kau nampak. Muka budak tu yang pucat lemah, kena papah Ain dengan Sue sebab demam panas kau tak nampak. Itulah manusia yang berhati hitam ni, selalu rasa diri tu bagus. Sampai perkara yang nyata pun jadi kabur" Akhtar menyindir lagi.
Bukan dia tidak tahu. Hana dan Effa itu antara yang menyokong Nailah untuk tidak berputus asa cuba meraih cintanya.
"Jom Irham. Part kita dah selesai kat sini. Jom bantu Azad. Lepas tu boleh ronda tapak expo, pantau aktiviti yang tengah berlangsung" ajak Akhtar.
Tanpa berlengah mereka berdua, berlalu keluar dari bilik itu. Sempat di kerling ke arah Hana dan Effa yang berwajah bengang kerana di sindir dia.
"Weh, apehal tadi tu?" soal Irham.
"Haziq ada cerita apa-apa tak? Arul ke Naim?" nama rakannya dan rakan exco yang lain juga disebutnya.
"Tak ada pula, cuma Syafiq ada cakap something tadi tapi aku tak paham" jelas Irham.
"Syafiq cakap apa?" tanpa berlengah Aktar menyoal semula.
"Ingatkan alim sangat kawan kau, sama juga rupanya. Pesan kat dia hati-hati lah, ramai yang memerhatikan. Itu lah ayat dia tadi. Aku tak faham dia cakap pasal siapa. Bila aku tanya siapa, dia jawab kawan baik kau la. Itu la yang dia cakap kat aku" Irham menerangkan perbualannya dengan Syafiq.
"Dia cakap pasal aku. Tak apa. Nanti malam macam biasa kita ada postmortem untuk daily report kan. Masa tu nanti kau akan tahu apa yang jadi" luah Akhtar bernada kesal.
Petang itu selepas habis aktivi yang berlangsung. Akhtar dan sahabatnya Irham dan Azad bersedia untuk pulang. Ketika sampai sahaja mereka di kereta. Akhtar menyuarakan hasratnya untuk melawat Aleeya seketika. Tiada bantahan dari Azad mahupun Irham. Mereka terus menuju ke hospital.
"BUNGA, bangun. Akak datang ni" kejut Eryna.
Perlahan kelopak matanya dibuka. Dilihat Eryna ada disisi katilnya bersama abang iparnya Iqmal dan anak mereka Iris.
"Kakak dah sampai? Pukul berapa ni?" soalnya yang masih sedikit lemah.
"Pukul 5 dah, abang kata lama dah Bunga tidur" jawab Eryna.
"Abang mana, kata turun beli makanan. Tapi tak naik-naik pun" soal Aleeya.
"Abang beli dah, sejuk dah pun bubur tu. Bunga tidur pulas. Abang tak sampai hati kejut, ni abang balik sekejap ambil baju dia nak teman Bunga malam ni" terang Eryna.
"Kakak dah bawa barang mandi dengan pakaian Bunga untuk dua hari ni. Telekung pun ada. Abang kata Bunga belum solat" Eryna menunjukkan bag yang berisi pakaian dan keperluan mandian untuknya.
"Ha'ah. Bunga tak sedar, tidur mati. Kakak tolong Bunga boleh? Bunga nak bangun pergi bilik air" Aleeya meminta pertolongan.
Eryna segera membantu adiknya. Jatuh kasihan dia melihat keadaan Bunga yang lemah seperti itu. Di papah adiknya ke bilik air, dan dibantu apa yang perlu.
Keluar sahaja bilik air, Aleeya telah siap berwuduk. Tanpa berlengah segera solat asar dilaksanakan, selesai solat asar dia melakukan semula solat qada' zohor yang tertinggal tanpa disengajakan.
"Bunga makan ya. Kakak masakkan Bunga bubur daging macam ibu selalu buat bila Bunga demam" kata Eryna sebaik sahaja Aleeya selesai solat.
"Bunga macam mana? Ada rasa kurang sikit demam?" Iqmal menyoal pula.
"Dah rasa kurang dari tengah hari tadi. Kepala pun dah tak sakit sangat" jelasnya.
"Alhamdulillah. InsyaAllah tak ada apa-apa lah ni. Esok lusa mesti dah boleh balik" kata Eryna pula.
Bunga mula makan bubur yang dibawa kakaknya, perutnya juga telah pedih minta di isi. Perlahan dia menyuap makanan. Eryna dan Iqmal hanya memerhatikan sahaja tingkah Aleeya.
"Kakak tak tanya pun kenapa Bunga boleh demam sampai warded?" tanya Aleeya pada Eryna.
"Abang dah explain. Tak makan nasi satu hari, migraine serang, berhujan pula. Lain kali jangan buat lagi" pesan Eryna.
"Bunga kan memang senang demam tapi tak sangka pula boleh sampai teruk macam ni" Aleeya bersuara.
"Perkara nak jadi bukan kita boleh jangka. Lain kali Bunga jangan tak makan, klau migraine makan ubat. Berhujan kan perkara yang paling dilarang" tambah Iqmal.
"Okay. Sorry, janji tak buat lagi" kata Aleeya.
Share this novel