Bab 43

Romance Series 36633

AKHTAR mendekati kawasan tapak BBQ mereka. Dia melihat Aleeya yang sedang duduk tertawa  melayan ragam rakan-rakannya. Mereka tidak menyedari dengan kehadirannya disitu.

"Bunga, nak air" minta Akhtar.

"Eh! Sampai dah, baru plan nak bedal tak payah tunggu kau. Lapar dah ni" kata Irham.

Aleeya toleh pandang bila namanya dipanggil Akhtar. Serentak itu juga Irham menegur Akhtar. Tertawa mereka dengan ayat Irham.

"Sorry lah. Jom makan, aku pun da lapar ni" kata Akhtar yang melabuhkan duduknya bersebelahan Aleeya, sengaja dia mendekati Aleeya sebegitu ingin melihat reaksi gadis itu.

Aleeya bergerak sedikit menjauhi Akhtar yang duduk rapat bersebelahan dengannya. Dia mengambil air kotak lalu dihulurkan pada Akhtar.

"Nah, tadi minta air" hulur Aleeya.

Akhtar pamer senyum dan menyambut huluran Aleeya itu. Dia kemudiannya bergerak sedikit menjauhi kedudukan Aleeya. Mereka yang ada disitu juga perasan dengan tindakan Aleeya yang menjaga batasnya dengan Akhtar.

"Terima kasih. Sini sikit jauh sangat tu nak makan" kata Akhtar.

"Tadi dia yang himpit kita macam tak cukup ruang" kata Aleeya selamba.

Tertawa mereka semua mendengar kata-kata Aleeya. Akhtar simpan senyum. Aleeya terpinga-pinga.

"Kenapa ketawa?" Aleeya blur.

"Tak ada apa. Ada orang  buat drama. Dah jom makan" kata Elyn pula.

Azad dan Aira berkongsi paper plate yang sama. Begitu juga Irham dan Elyn. Hanya Aleeya dan Akhtar yang berasingan. Mereka menikmati makanan sambil berbual-bual tentang perancangan masing-masing. Aleeya lebih memilih diam dan mendengar.

"Tadi goreng lagu apa?" tanya Akhtar pada mereka.

"Macam-macam. Lepas ni boleh goreng lagi" jawab Azad.

"Leyla mana?" tanya Aleeya spontan.

Masing-masing memandang Aleeya dan Akhtar silih berganti.

"Balik kot. Tak tahu" jawab Akhtar bersahaja.

"Kenapa tak tahu. Dia perempuan kot. Jadi apa-apa macam mana" Aleeya terus bangun dari duduknya meninggalkan makanan yang masih berbaki kerana ingin mencari gadis itu.

"Bunga..." panggil Akhtar.

"Kau tinggal minah tu macam tu je ke tadi?" soal Irham.

"Habis nak aku buat apa?" tanya Akhtar bengang.

"Cool. Jangan marah. Betul juga kata Aleeya. Dia perempuan kot, bahaya. Jadi apa-apa kita tak tahu" kata Elyn.

Akhtar bangun meninggalkan tempat itu dan mula mencari Aleeya.

"Kita orang pergi tengok jap. Nak makan pun tak senang. Sayang dengan Aira stay sini je" kata Irham. Dia dan Azad mula menyertai Akhtar.

"Leyla!" berlari Bunga ke arah Leyla bila ada kereta hampir melanggar gadis itu.  Leyla yang terkejut terus terpinga-pinga dan kaku dengan keadaan itu.

Mujur sempat Aleeya menarik Leyla ke dalam pelukannya dan jatuh rebah berguling ke tepi jalan bersama. Jika tidak pasti Leyla sudah tercedera. Berlari Akhtar, Irham dan Azad ke arah mereka.

"Maaf. Maaf, saya tak perasan. Saya tak tengok depan tadi. Cik berdua okay?" kata pemandu lelaki kereta yang hampir melanggar Leyla itu.

"Bunga..Bunga okay?" tanya Akhtar sebaik saja merapati Aleeya.

Aleeya dan Leyla duduk di tempat mereka rebah. Mujur juga auratnya dan Leyla masih terjaga. Leyla melihat Akhtar yang begitu prihatin terhadap gadis yang di panggil Bunga itu.

"Leyla okay?" Aleeya tidak menjawab pertanyaan Akhtar sebaliknya bertanya keadaan Leyla.

"Saya okay" jawab Leyla.

"Ada luka tak?" Aleeya bertanya lagi.

"Tak ada. Alhamdulillah" jawab Leyla memandang Bunga.

Orang ramai mula mahu berkumpul. Bunga tidak suka keadaan seperti itu.

"Irham tolong, cakap dengan dia orang tak ada apa-apa. Jangan berkumpul Bunga tak selesa" kata Aleeya pada Irham. Akhtar kelu memandang Aleeya. Irham toleh pandang pada Akhtar, Akhtar pula berdiam diri.

"Maaf semua, tak ada apa-apa. Semuanya okay. Bersurai ya. Terima kasih" kata Azad segera. Irham juga turut melakukan perkara yang sama.

"Cik berdua okay?" tanya pemandu lelaki itu lagi.

"Kami okay. Awak boleh pergi. Tak ada apa-apa" jawab Aleeya.

"Maaf ya" kata pemandu lelaki itu sebelum beredar.

Irham dan Azad mendekati setelah meleraikan orang yang ingin berkumpul melihat kejadian itu.

"Leyla betul okay ni? Kenapa jalan tak tengok kiri kanan. Bahaya. Mujur sempat tadi" kata Aleeya tegas. Leyla menunduk.

"Betul kata Akhtar gadis ni istimewa. Tetap berbuat baik meski pun dia tahu aku suka Akhtar" bisik hati Leyla.

"Leyla...Leyla betul ke okay ni?" tanya Aleeya lagi melihat kebisuan gadis itu.

"Saya betul okay. Terima  kasih" jawab Leyla.

Irham perasan ada tompokan merah di buku lali dan siku tangan kanan Aleeya. Calar di kekura dan jari tangan kanan gadis itu juga. Pasti kerana terseret ketika mereka berdua jatuh rebah berguling di atas jalan bertar itu.

"Leyla nak pergi mana ni?" tanya Aleeya lagi.

"Saya nak balik. Urusan saya dah selesai. Saya dah dapat  jawapan yang saya nak" jawab Leyla jujur.

"Boleh ke nak drive ni?" tanya Aleeya lagi.

"Boleh" jawab Leyla sambil memandang Akhtar. Dia melihat mata Akhtar yang tunak memandang gadis dihadapannya itu.

"Jom saya teman ke kereta" kata Aleeya sambil bantu Leyla untuk bangun. Dia kemudian berjalan menemani gadis itu ke keretanya.

"Bunga luka. Kau tak nampak ke? Darah kat siku dengan buku lali dia, kekura tangan dia, jari dia" bengang Irham bersuara.

"Aku nampak. Aku tahu. Tapi kau sendiri nampak dia tak hiraukan aku pun" kata Akhtar sedikit kecewa.

"Kau ni. Kata stupid kang marah. Dia tengah marah kot. Kau buat Leyla macam tu. Kalau dia lambat tadi, jadi apa-apa kau juga kena salahkan ummi dengan abi" kata Azad turut bengang.

"Jom follow dia orang" kata Irham.

Sampai di kereta Leyla. Aleeya sekali lagi bertanya gadis itu. Jawapan yang diterima tetap sama.

"Hati-hati memandu. Jangan mengelamun masa driving. Bahaya. Take care" Aleeya peluk tubuh gadis di hadapannya itu.

"Thank you. Awak memang istimewa" kata Leyla perlahan.

"Hati-hati tau" sekali lagi Aleeya berpesan. Leyla kemudiannya mengangukkan kepalanya lalu masuk ke dalam kereta. Aleeya tetap menanti sehingga kereta gadis itu beredar.

"Aleeya. Cedera kan? Jom Azad suruh Kak Aira tengokkan" Azad bersuara.

Aleeya melihat mereka bertiga dengan pandangan kosong. Dia mula melangkah meninggalkan kawasan itu tanpa sebarang bicara.

"Dia marah betul tu. Kau pergi la pujuk" kata Irham pada Akhtar.

"Bunga..Bunga.." panggil Akhtar. Sambil mengejar langkah Aleeya.

"MOVE!" kata Aleeya pada Akhtar yang menghalang langkahnya.

"No. We need to talk" tegas Akhtar.

"We won't" jawab Aleeya berkeras.

"Look at yourself. Luka tu. Let's get treatment first" Akhtar berlembut.

"It won't happen if you take your responsibility at first place" jawab Aleeya dengan nada bergetar. Marah dan kecewa bersatu dalam dirinya. Perit luka tidak sesakit rasa kecewanya pada Akhtar.

"I'm sorry. So sorry. My mistake. Please, let's get a treatment first" serba salah Akhtar dengan sikap Bunga.

"Bunga jom. Kak Elyn dah tunggu dengan first aid kat sana. Bincang nanti, luka ni rawat dulu" putus Irham melihat ketegangan yang berlaku.

Aleeya mengalah. Langkah kaki di bawa ke arah tapak khemah mereka. Akhtar mengikuti dari belakang. Azad dan Irham berjalan mengiringi Aleeya di tengah mereka.
Sampai sahaja di tapak khemah, Aleeya mendekati Elyn.

"Kak, bagi Aleeya first aid tu. Aleeya buat sendiri" minta Aleeya.

"Boleh ke? Tak nak akak tolong?" tanya Elyn lembut. Tetap juga dihulurkan kotak first aid pada Aleeya.

"It's ok. I'm fine. Sikit je ni. Bunga buat sendiri" kata Aleeya perlahan. Sambil menyambut huluran kotak first aid dan berlalu ke khemah Akhtar.

Aleeya masuk ke dalam khemah. Stoking di kakinya dibuka. Mujur juga dia memakai sandal dan stoking tidaklah teruk kesan calar lukanya. Sambil mengubati lukanya sambil dia berselawat untuk mengurangkan rasa pedih, sesekali dia mengaduh apabila terasa perit.

Akhtar duduk di sisi luar khemah menanti dan menemani tanpa pengetahuan Aleeya. Sakit dirasakan dalam hati bila mendengar desis Aleeya menahan rasa sakit lukanya. Di rasakan dirinya gagal untuk melindungi gadis itu. 

Aleeya kemudian menyingsing lengan baju perlahan hingga ke lengannya. Handsock perlahan di tarik dari lengannya melalui kawasan siku yang luka. Sekali lagi dia mengulang rawatan yang sama di bahagian sikunya. Tidak semena-mena dia mula teresak-esak kecil tanpa tahu apa sebabnya dia ingin menangis. Dia menghamburkan segala rasanya melalui tangisan itu.

Akhtar yang mendengar disisi luar khemah menggenggam penumbuk, rasa marah dan kesal bersatu dalam hatinya. Dia kemudiannya bersuara.

"Bunga, I'm here. Please don't cry my Bunga. I'm truly sorry" perlahan Akhtar memujuk Aleeya.

Aleeya yang tidak menyangka Akhtar berada disisi luar khemah itu sedikit tersentak. Tangisannya mulai reda sedikit demi sedikit dan dia mula menyambung merawat lukanya. Setelah siap dia membaringkan tubuhnya seketika, cuba untuk menenangkan dirinya. Tanpa disangka entah bila dia terlena.

Akhtar berasa sedikit hairan apabila keadaan menjadi senyap, dia mula berasa tidak senang. Dia cuba memanggil Aleeya.

"Bunga..Bunga.." sepi tiada balasan. Serba salah mahu menjengah ke dalam khemah tapi rasa tidak senang dengan keadaan itu lebih menguasai. Dia menjengah sedikit melihat Aleeya, keluhan lega terlepas dari bibir Akhtar.

"Tertidur rupanya, tak letak alas kepala pula. Makan tadi pun sikit sangat" luah Akhtar sendirian. Dia berlalu ke kereta untuk mengambil bantal kecil nipis yang dibawa Aleeya dan kain pelikat miliknya lalu kembali semula ke khemahnya.

Perlahan Akhtar membuka zip net khemah, masuk seketika meletakkan bantal kecil nipis sebagai alas kepala Aleeya. Terlihat lengan baju Bunga yang tersingsing dan kesan luka di siku dan tangan gadis itu. Luka di buku lali gadis itu juga dilihatnya. Rasa bersalah terus beraja di hatinya. Dia mengambil kain pelikat miliknya dan menutupi bahagian hadapan tubuh gadis itu kemudian keluar mendapatkan rakannya yang lain.

"Mana Aleeya?" tanya Aira.

"Tertidur dalam khemah" jawab Akhtar.

"Makan la. Aku da panaskan atas pemanggang sekejap makanan ni" kata Irham.

"Aku makan dengan Bunga nanti. Korang makan dulu" jawab Akhtar.

Dia hanya mengambil air dan minum untuk menghilangkan rasa dahaga.

"Ikut kau lah" kata Azad pula.

Mereka berempat meneruskan makan, Akhtar pula hanya duduk dan membuang pandang ke arah khemahnya.

"Apa jadi sebenarnya" soal Elyn memecah sunyi.

"Tadi lepas jumpa budak Leyla tu. Aku terus datang sini. Aku dah menolak pun, dia berkeras nak juga tunggu. Aku nak cakap apa lagi. Aku dah bagi jawapan aku. Dia mendesak juga. Aku malas nak cakap apa-apa lagi. Aku pun bagi salam kat budak tu terus datang sini. Serabut la bila kena paksa benda yang aku da terang-terang tolak" jawab Akhtar jujur.

"Aku tak terfikir pula bahaya tinggal budak tu seorang diri. Aku tak sengaja" kata Akhtar lagi.

"Oh. Dah la, benda dah jadi. Budak tu okay ke tadi?" kata Aira pula.

"Okay. Tak cedera, Aleeya yang luka. Budak tu balik dah" kata Irham pula.

"Jalan tak tengok kiri kanan main jalan je" kata Azad geram.

"Dia blank la kot. Akhtar tolak dia, dia nak juga. Kecewa, serabut kepala jadi macam tu" kata Elyn pula tentang pendapatnya.

"Boleh jadi juga. Mujur Aleeya cepat tadi. Kalau tak lain hal pula jadi" Irham pula memberikan pendapat.

"Kesian Aleeya. Eh tapi asal Akhtar panggil dia Bunga?" tanya Aira ingin tahu.

"Nama panggilan dia memang Bunga. Family dia panggil dia Bunga. Special name for special person only. Kawan lain sedara semua panggil dia Aleeya. Yang panggil dia Bunga cuma family dia dengan bff dia yg kembar tu. Dalam family dia, dia je kena panggil dengan special name. Sebab ada kisah sebalik nama tu" kata Irham pula.

"Mana abang tahu?" tanya Elyn pula.

"Masa raya aritu, kita orang berborak dengan abang dia. Abang dia la cerita. Asalnya panggil nama dia Eshal. Macam adik beradik lain juga Eidlan, Eryna, Emir. Tapi sebab satu peristiwa ni, dia orang panggil dia Bunga. Lagipun maksud Eshal tu sendiri bunga syurga" terang Irham lagi.

"Oh. Patutlah. Tapi tengok cara dia, dia jenis soft person. Bertanggungjawab. Tak berapa banyak cakap, tak tahu la kot segan ke dengan kita. Pastu nampak macam jenis simpan sendiri, pandai sorok emosi dia. Manja dia lain, bukan gedik manja tapi yang memang boleh nampak sendiri dia manja cara dia. Kalau tengok biasa orang akan cakap dia garang dengan muka tak berapa ada ekspresi dia tu" kata Aira pula.

"Memang. Abang dia pun cakap benda sama. Dia manja, tapi cuma dengan family je. Orang luar akan nampak dia garang. Tapi dalaman dia sangat soft. Jangan tak tau dia belajar MMA tau. Nampak je biasa-biasa" kata Azad pula.

Akhtar hanya mendengar perbualan itu tanpa mahu mencelah. Runsing fikirkan cara mahu memujuk Aleeya.

"Serious lah. Tapi biasanya orang macam tu setia, sekali terluka susah nak baik semula" kata Elyn.

"Tu sebab member tu diam je. Risau la tu nak pujuk macam mana" Irham bersuara.

"Tapi tengok cara dia, senang nak bawa bincang. Cakap la elok-elok. Okay la tu nanti. Bagus juga dia tidur dapat tenangkan diri dia dulu" kata Aira pula.

Azad menukar topik perbualan dan mereka berbual-bual. Akhtar pula hanya mendengar sesekali mencelah juga. Setelah siap makan dan mengemas. Mereka ingin bersiap untuk solat zohor bersama. Aleeya masih lagi belum terjaga.

"Kau orang pergi la ambil wuduk, solat dulu aku tunggu Bunga. Nanti dia seorang diri pula kat sini" kata Akhtar pada mereka.

"Okay kita orang gerak dulu" kata Irham.

ALEEYA tersedar dari lenanya apabila handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia bangun dan duduk seketika. Melihat kain pelikat yang menutupi bahagian hadapan tubuhnya dan bantal miliknya. Handphone diambil dan melihat missed call yang tertera, Abang. Dia menghubungi Eidlan semula.

"Assalamualaikum. Ada apa abang?" tanya Aleeya sebaik panggilan dijawab.

"Saja call. Tengah buat apa? Dah makan?" tanya Eidlan.

"Baru bangun tidur. Bunga terlena tadi. Makan dah sikit tadi. Bunga nak pergi solat sekejap lagi" nada bicaranya sedikit bergetar.

"What happened sayang. Wanna talk?" tanya Eidlan. Dapat dirasakan sesuatu telah terjadi dengan nada suara Aleeya seperti itu. Masak benar dia dengan sikap si adik itu.

"Nope. Thank you, but I'm fine" Aleeya mengelak.

"It's okay. Ada apa-apa bincang elok-elok okay sayang. Pergi la solat boleh tenangkan hati. Take care okay. Assalamualaikum" Eidlan menutup bicara.

"Okay. Wa'alaikumsalam" jawab Aleeya dan menamatkan perbualan.

Diambil kain pelikat tadi. Dilipat elok dan di letakkan di atas bantal miliknya. Dia menurunkan lengan baju yang disingsing tadi kemudian membuka zip net khemah bersedia untuk keluar.

Akhtar yang setia menanti di luar sisi khemahnya hanya menanti Aleeya keluar, dia tahu gadis itu telah terjaga kerana mendengar suara gadis itu berbicara setelah handphonenya berbunyi.

"Bunga dah bangun? Luka okay tak? Kita pergi klinik ya sekejap lagi" tegur Akhtar sebaik Aleeya keluar dari khemahnya.

"Awak duduk sini dari tadi ke? Yang lain mana?" tanya Aleeya sebaik melihat Akhtar yang menegurnya.

"Lepas Bunga tertidur tadi Arjuna lepak dengan dia orang kat tempat makan. Dia orang pergi toilet nak ambil wuduk untuk solat. Sekejap lagi dia orang sampai la" jawab Akhtar.

"Oh. Bunga nak ke toilet sekejap. Boleh bagi kunci kereta pada Bunga, nak ambil telekung sekali" minta Aleeya pada Akhtar.

"Kita tunggu dia orang sampai dulu. Nanti kita pergi sama-sama. Jom makan dulu sikit, tadi Bunga makan sikit je" ajak Akhtar.

"Tak apa lah. Bunga tak lapar" jawab Aleeya dan ingin masuk semula ke dalam khemah.

"Bunga please. Kita perlu berbincang. Bunga belum halal untuk Arjuna sentuh atau pegang sesuka hati, apa lagi untuk memeluk demi memujuk. Kita makan sambil berbincang. Jom" pujuk Akhtar pada Aleeya.

"Bunga tak merajuk, tak ada apa yang perlu Bunga rajukkan" kata Aleeya perlahan. 

"Apa pun yang Bunga rasa sekarang, kita perlu berbincang" Akhtar berusaha mencari jalan penyelesaian.

"Okay" jawab Aleeya mengalah. Dia mengikuti Akhtar ke bahagian belakang khemah tempat mereka duduk beramai-ramai tadi.

Akhtar mengambil pinggan dan makanan yang ada untuk Bunga kemudian diserahkan pada Aleeya. Dia kemudiannya mengambil untuk dirinya pula. Sebotol air mineral dan dua buah air kotak yang sejuk diambil dari dalam bekas ice box yang dibawanya tadi.

"Jom makan" kata Akhtar dan mula membaca doa. Aleeya menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca Akhtar.

"Arjuna salah. Arjuna minta maaf" kata Akhtar memecah sunyi antara mereka.

"Bunga tak faham kenapa Arjuna boleh layan Bunga baik tapi dengan orang lain tidak" kata Aleeya.

"Bunga tak marah tapi kecewa, Arjuna tak fikir ke kalau jadi apa-apa tadi, yang akan dipersalahkan bukan Arjuna je tapi Bunga pun terkena tempiasnya" luah Aleeya lagi.

"Bunga tak boleh bayang, kalau Bunga lambat tadi. Entah apa jadi pada kita semua ni. Walaupun Arjuna tak suka dia, layanlah dia macam manusia biasa yang ada hati dan perasaan juga" Aleeya masih mahu melepaskan apa yang terbuku dihatinya.

"Tadi, Arjuna dah jumpa dia. Dah terangkan apa yang Arjuna rasa. Arjuna menolak dengan baik. Dia masih berkeras, itu pilihan dia. Tapi Arjuna tak boleh nak beri layanan yang sama pada dia, macam yang Arjuna beri pada Bunga. Itu seolah Arjuna memberi harapan. Arjuna tak boleh nak halang perasaan dia pada Arjuna. Jalan yang terbaik bagi Arjuna, adalah dengan menjauhkan diri. Tidak berikan layanan yang boleh mendatangkan salah anggap pada dia" terang Akhtar pada Aleeya.

"Faham. Bunga faham, tapi sekurang-kurangnya pastikan dia dalam keadaan selamat. Bukan main tinggal macam tadi. Tak ada sifat tanggungjawab namanya" kesal Aleeya.

"Arjuna tak terfikir tentang tu. Yang Arjuna fikirkan, Bunga. Hanya fikir perasaan Bunga yang tengok Arjuna jumpa orang lain depan mata" jawab Akhtar perlahan.

"Bunga minta maaf juga. Bunga menyalahkan Arjuna dalam kejadian ni. Bunga cuma rasa kecewa bila Arjuna bertindak meninggalkan dia berseorangan tanpa fikirkan risiko bahaya yang sentiasa ada di mana-mana" luah Aleeya.

"It's okay. Makan lah nanti dia orang sampai kita pergi solat. Lepas tu kita ke klinik ya, kesan luka Bunga nampak teruk juga" kata Akhtar.

"Bunga okay" jawab Aleeya.

"Please. Arjuna rasa macam useless sangat tengok Bunga dengan keadaan macam ni. Kita pergi klinik, sekurang-kurangnya dapatkan proper treatment" minta Akhtar.

"Okay" Aleeya mengalah.

Tidak lama Azad, Irham, Elyn dan Aira tiba.

"Aleeya okay?" tanya Aira.

"Okay. Sorry tak join tadi terlena pula ingat nak baring sekejap je" jawab Aleeya.

"It's okay" jawab Aira.

"Pergi klinik la. Nampak teruk juga tu" kata Elyn.

"Lepas ni Akhtar bawa  Bunga ke klinik sekejap. Kau orang nak terus balik ke nak lepak lagi ke nak proceed stay one night?" tanya Akhtar pada mereka.

"Proceed one night la. Barang pun semua ada" kata Aira.

"Kan. Alang-alang tu. Kita pun da lama tak lepak macam ni" sokong Elyn.

"Okay je" kata Irham.

"Okay la macam tu. Kita orang pergi solat jap, lepas tu aku terus ke klinik. Nak kirim apa-apa call" kata Akhtar.

"Kita orang nak lepak kat depan khemah, apa-apa bagitahu la" kata Azad pula. Mereka beredar ke bahagian hadapan khemah untuk melepak bersama.

Aleeya dan Akhtary telah selesai makan dan mengemas. Ingin segera beredar ke kawasan solat yang disediakan kemudian mereka akan ke klinik berdekatan setelah itu.

BULAN penuh kelihatan cantik terbias pantulan sinar di lautan yang kelihatan seperti berlian. Deruan ombak menjadi melody yang melengkapkan. Leka sejenak Aleeya menikmati suasana itu.

"Bunga" panggil Akhtar dari arah belakang.

Aleeya berpaling, seketika dia melihat Akhtar yang berdiri di belakangnya.

"Duduk lah" pelawa Aleeya sambil berganjak memberi sedikit ruang untuk Akhtar duduk bersama.

"Termenung fikirkan apa?" soal sambil melabuhkan duduknya.

"Bunga hanya menikmati suasana. Sangat indah pemandangannya" jawab Aleeya.

"Arjuna minta maaf atas kejadian hari ni" luah Akhtar.

"Sejujurnya, Bunga sedikit kecewa. Tidak sepatutnya Arjuna bertindak sedemikian. Bunga faham Arjuna tak mahu Leyla tersalah sangka dengan tindak tanduk Arjuna. Tapi dia pilihan keluarga Arjuna, mereka tahu Arjuna dan dia berjumpa. Sekiranya tadi Bunga terlewat sedikit saja, pasti masalah akan muncul. Dan yang akan dipersalahkan nanti Arjuna dan juga Bunga. Bunga tak mahu keadaan itu berlaku. Jadi lah insan yang bertanggungjawab walau dengan siapa pun" luah Aleeya.

"Arjuna faham. Maafkan Arjuna, keadaan seperti tadi tak akan terjadi lagi" Akhtar melihat Aleeya disisinya.

"Sudah lah. Lupakan perkara yang sudah terjadi. Bunga tak mahu bercakap lagi hal ni" Aleeya masih membuang pandang pada lautan dihadapannya.

"Cantik pemandangan malam ni" ujar Akhtar.

"Ya. Cantik dan menenangkan" Aleeya bersetuju dengan kata-kata Akhtar.

"Bunga. Arjuna serious tentang kita" Akhtar melihat Aleeya disisinya.

"Bunga tahu. Bunga faham. Tapi Arjuna kena tahu, keadaan kita tak semudah Irham dan Azad. Keluarga Arjuna sudah punya calon untuk Arjuna. Sedangkan kewujudan Bunga tidak mereka ketahui, juga belum tentu lagi kehadiran Bunga akan diterima baik keluarga Arjuna" kata Aleeya yang juga melihat Akhtar disisinya.

"Tentang itu, bila sampai waktunya Arjuna sendiri akan terangkan pada mereka. Arjuna yakin mereka akan menerima baik kehadiran Bunga" Akhtar meyakinkan Aleeya.

"Bunga faham" jawab Aleeya mudah. Ya, dia faham sekarang bukan waktu yang sesuai untuk semua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience