Bab 35

Romance Series 36633

"BUNGA..sini kejap" panggil Eidlan. Ketika itu Aleeya baru selesai mengemaskan ruang tamu setelah saudara mara mereka pulang. Jam juga telah menginjak hampir ke angka 9.00 malam.

"Ada apa abang?" Aleeya bertanya sebaik duduknya di labuhkan di kerusi beranda luar rumahnya bersebelahan Eidlan.

"Akhtar ada WhatsApp atau call Bunga harini?" tanya Eidlan berterus terang.

"Tak ada kot. Last Bunga tengok handphone petang tadi lepas asar" jawab Aleeya jujur.

"Abang ada ajak dia datang rumah, nanti abang bagitahu ummi. Bunga okay kan?" Eidlan sengaja bertanya begitu.

"Eh, rayakan abang. Kenapa pula tak okay. Tetamu datang kan bawa rahmat" jawapan yang diberi Aleeya sedikit melegakan Eidlan.

"Abang tanya boleh?" kata Eidlan lagi.

"Apa dia ni, tanya lah. Macam tak biasa" ketawa Aleeya dengan sikap abangnya itu.

"Bunga suka Akhtar?" terus terdiam Aleeya dengan soalan Eidlan.

"Maksud abang suka yang macam mana tu?" Aleeya bertanya inginkan kepastian.

"Suka yang suka macam orang bercinta" kata Eidlan terus terang.

"Oh. Yang tu. Entahlah. Apa yang Bunga boleh cakap. Bunga senang dengan sikap dia, Bunga suka cara dia, selesa dengan dia. Adalah sikit ciri-ciri Arjuna yang Bunga cari selama ni pada dia. Untuk bercinta Bunga macam tak bersedia. Sebab Bunga takut at the end of time nanti bila tak jadi, sakit kecewa tu yang paling Bunga takutkan. If berkawan serious pun, Bunga cuma boleh cakap bila ada jodoh bersama lah, if tak ada maybe kami cuma ditakdirkan untuk jadi kawan" jawab Aleeya jujur.

"Abang doakan yang terbaik untuk Bunga. Esok Akhtar ada perkara nak bincang dengan Bunga. Abang harap Bunga buat keputusan yang terbaik" pesan Eidlan.

"Tentang apa tu?" Aleeya bertanya ingin tahu.

"Nanti esok Bunga tahu lah. Jomlah masuk, dah malam ni" ajak Eidlan.

Aleeya yang masih tertanya-tanya hanya mendiamkan diri. Segera beredar ke ruang biliknya untuk membersihkan diri dan berehat setelah seharian melayan tetamu yang datang berziarah raya.

"IBU boleh abang masuk?" tanya Eidlan.

"Masuk lah, ibu baru selesai mengaji. Ada apa abang?" puan Aliah bertanya.

Eidlan masuk dan melabuhkan duduk di sebelah ibunya.

"Esok kawan Bunga nak datang sini" Eidlan mulakan bicara.

"Kawan Bunga? Bunga tak cakap apa-apa pun tadi dengan ibu. Lelaki ke perempuan?" nada pertanyaan puan Aliah pada Eidlan sedikit hairan.

"Dia tak bagitahu Bunga, dia call abang tadi. Tanya abang dan minta izin abang. Kawan lelaki" Eidlan berterus terang.

"Kawan yang ibu tanya Bunga tu ke? Yang dia kata baru berkawan, dan abang kenal budak tu. Dia ke? Siapa nama dia?" puan Aliah ingin tahu.

"Yup. Kawan Bunga tu. Kenal, masa abang terjumpa dekat hostel. Abang nak ambil Bunga masa nak balik kampung. Budak tu hantarkan Sue ke hostel sebab tumpang tidur bilik Bunga. Kawan Ain dengan Sue budak lelaki tu. Nama dia Akhtar, Uzzam Akhtar Bin Usaid Akram" terang Eidlan.

"Abang tengok budak tu macam mana?" soal puan Aliah.

"Abang tengok dia baik, matang, bertanggungjawab. Nanti dia datang sini, ibu nilai la dia sendiri. Abang jemput dia tidur rumah kita satu malam. Bagi dia ruang kenal family kita, sekali bagi kita ruang untuk kenal dia. Ibu okay kan?" Eidlan terus menyatakan tujuannya mahu berjumpa ibunya.

"Kalau dah macam tu, okay lah. Tak apa, sekurangnya kita tahu dengan siapa Bunga berkawan" jawab puan Aliah.

"Alhamdulillah. Esok mungkin dia datang awal dalam pukul 10 atau pukul 11 macam tu. Ibu ada apa-apa nak beli barang dapur tambahan? Kalau ada esok pagi-pagi abang dengan Bunga  pergi pasar" kata Eidlan lagi.

"Nanti esok kita buat laksa johor la. Abang cari ikan dengan daun selasih, yang lain-lain ada lagi. Pagi esok kita sarapan nasi lemak. Ibu pun nak buat kuih karipap sikit, tadi Bunga cakap nak makan kuih seri muka. Esok dia nak buat. Okay kan?" puan Aliah meminta pendapat Eidlan.

"Okay ibu. Nanti macam biasa la kita buat sama-sama. Rumah semua pun dah kemas siap-siap tadi" kata Eidlan.

"Nanti esok kalau kawan Bunga nak tidur, nak tumpang bilik abang dengan adik ke?" tanya puan Aliah.

"Kalau tidur bilik Bunga okay? Bunga boleh tidur dengan ibu. Bilik kitaorang takut dia tak selesa pula banyak buku-buku dan barang-barang abang dengan adik" cadang Eidlan pada ibunya.

"Boleh. Nanti esok minta Bunga bawa barang dan baju-baju dia yang nak pakai masuk bilik ibu" kata puan Aliah.

"Okay ibu. Ibu rehatlah. Abang pun dah letih juga ni. Selamat malam ibu. Terima kasih ibu" Eidlan meminta diri untuk memberi ruang puan Aliah berehat.

"Sama-sama abang, selamat malam" jawab puan Aliah.

SELEPAS solat subuh berjemaah, sedikit selingan tazkirah seperti kebiasaannya. Pagi itu Iqmal yang menyampaikan tazkirah melalui tajuk bersyukur.

"Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan."

"Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/244) "

"Syukur pada istilah ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)"

"Bersyukur adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.
Surah al-Nahl (114)"

"Hendaklah memuji Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Allah Sulaiman AS:
Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.”
Surah al-Naml (40)"

"Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:
Maksudnya: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."

"Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWt kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 20/102)"

"Lakukanlah amalan-amalan sebagai satu bentuk dan tanda kesyukuran. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!"
Surah Saba’ (13)"

"Abu Abd al-Rahman al-Hubuli berkata: “Solat adalah syukur, puasa adalah syukur dan setiap kebaikan yang dikerjakan kerana Allah SWT adalah syukur. Seafdhal-afhal syukur adalah pujian.”

"Beliau dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Muhammad bin Ka'ab al-Qurazhi berkata: “Syukur adalah takwa kepada Allah SWT dan beramal soleh.” Ini dikatakan bagi orang yang sedang berusaha melakukan perbuatan. Demikian juga keluarga Daud AS, mereka menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT dengan perkataan dan perbuatan. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/500)"

"Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Solat yang paling dicintai oleh Allah adalah solat Nabi Daud AS. Puasa yang paling dicintai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau tidur setengah malam, kemudian bangun (solat) sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam. Beliau berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari (secara berselang seli).
Riwayat al-Bukhari (1131) dan Muslim (1159)"

"Bangun menunaikan solat malam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:
Maksudnya: “Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”
Riwayat al-Bukhari (4837)"

"Akhir kalam, marilah kita melazimi dengan berdoa sepertimana doa Nabi Allah Sulaiman AS:
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
Surah al-Naml (19)"

"Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Amin" akhiri Iqmal tazkirah pagi subuh itu.

"Alhamdulillah. InsyaAllah. Semoga kita semua sentiasa bersyukur, walaupun sekecil-kecil perkara yang kita lalui. Jom boleh kita siapkan sarapan" kata puan Aliah kepada semua anak-anak dan menantunya.

"Bunga, siap-siap ikut abang pergi pasar. Kita nak beli ikan untuk buat laksa. Sarapan kakak boleh tolong ibu buatkan" kata Eidlan ketika menghampiri Aleeya yang mahu masuk ke biliknya.

"Okay, tapi Bunga nak kukus pulut dulu sebelum pergi. Nanti kakak boleh tengok-tengokkan. Balik pasar dah boleh buat bancuhan untuk lapis seri muka" jawab Aleeya.

"Okay. Abang tunggu kat kereta" jawab Eidlan.

Aleeya segera ke bilik meletakkan telekung dan sejadah serta bersiap untuk ke pasar. Selesa bersiap dan biliknya sudah teratur kemas, Aleeya keluar ke dapur dan mulakan tugas untuk mengukus pulut.

"Kakak tolong tengokkan ya, Bunga ikut abang ke pasar. Cari ikan untuk masak laksa" pinta Aleeya pada Eryna.

"Okay je. Pergilah, nanti kakak tolong tengokkan. Nak buat seri muka la tu" kata Eryna pula.

"Ha'ah. Lama tak makan. Bunga pergi ya, abang dah tunggu dalam kereta" Aleeya meminta diri.

"Okay sayang, kakak yang menurut perintah" usik Eryna sambil tersenyum.

Aleeya berlalu dengan ketawa kecil kerana senang dengan usikan Eryna.

"ASSALAMUALAIKUM" salam diberikan Akhtar setelah tiba di hadapan pintu rumah milik keluarga Aleeya. Seketika dia, Azad dan Irham menanti. Kedengaran suara-suara di dalam rumah yang agak riuh.

"Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, dah sampai dah. Mari masuk" jemput Eryna.

"Adik!!! Bunga tumbuk kang!! Suka betul la kacau orang" suara Aleeya kedengaran sebaik mereka memasuki rumah itu.

"Maaflah ya. Rumah ni memang meriah macam ni bila semua ada" kata Eryna sambil tersenyum.

"Iris tak nak paksu. Geli lah ulat tu" jerit Iris pula.

"Haa..sampai dah. Alhamdulillah. Duduk dulu, sekejap lagi diaorang perasan ada tetamu senyap la tu" bersahaja Iqmal menyapa dan bersalaman dengan mereka bertiga.

"Tak apa" jawab Akhtar sambil tersenyum, Azad dan Irham juga sama.

"Mama, tengok paksu ni" jerit Iris sambil berlari mendapatkan Eryna di ruang tamu yang sedang menuangkan air pada tetamu.

"Opss..ada orang la. Sorry" kata Iris dengan menutup mulutnya dengan reaksi muka yang comel.

Terlepas tawa mereka yang ada di ruang tamu itu.

"Iris pergi panggil chik Bunga, cakap kawan dah sampai" pinta Iqmal pada anaknya.

"Okay papa" jawab Iris dan berjalan menuju ke ruang makan rumah itu.

"Tak nak la paksu! Iris nak panggil chik Bunga lah. Papa kata kawan chik Bunga dah sampai" jerit Iris geram pada orang yang di panggil paksu.

"Adik!!! Bunga sumbat ulat tu dalam mulut kang baru ada akal! Nak kacau orang je dia ni tau! Ibu ni ada budak nak kena sunat lagi sekali, baru nak matang agaknya" kedengaran suara Aleeya yang sedikit tinggi dan marah itu dari ruang yang berhampiran.

Eryna dan Iqmal sudah tergelak dengan apa yang di dengarinya. Begitu juga Akhtar, Azad dan Irham.

Sebuah kereta memasuki perkarangan rumah . Eidlan baru tiba dari kedai membeli sedikit buah-buahan dan ais sebagai stock tambahan di rumah.

"Assalamualaikum. Ha, sampai pun. Alhamdulillah. Susah ke cari rumah?" Eidlan menyapa sebaik sahaja masuk ke rumah dan melihat tetamu. Mereka yang ada di ruang tamu itu menjawab salam yang diberi Eidlan.

"Tak lah bang" jawab Akhtar sambil bersalaman dengan Eidlan. Di ikuti Azad dan Irham.

"Bunga mana kakak?" tanya Eidlan pada Eryna.

"Tadi Iris dah panggil, Emir la tu kacau diaorang. Jumpa ulat kat tempat sayur. Abang tahu la Bunga dengan Iris kan geli dengan ulat" terang Eryna lalu ketawa kecil.

"Hahaha. Perang la tu sampai tak perasan yang tetamu sampai. Duduk dulu lah korang. Abang ke dapur sekejap" kata Eidlan dan berlalu.

Eryna dan Iqmal berbual bersama mereka. Bertanya itu dan ini. Tidak lama kemudian senyap kekecohan yang terjadi. Muncul Emir dan Iris bersama. Mereka bersalam dengan Akhtar, Azad dan Irham.

"Mana Bunga?" tanya Eryna.

"Chik Bunga tukar baju dengan pakai tudung sekejap. Paksu la kacau chik Bunga tadi. Letak ulat kat pintu bilik chik Bunga" adu Iris.

"Usik sikit je pun" Emir membela diri.

Muncul Eidlan bersama ibunya, puan Aliah di ruang tamu dan menemui mereka yang ada. Akhtar, Azad dan Irham menghulurkan salam dan mengenalkan diri masing-masing. Aleeya datang ketika mereka sedang berbual mesra.

Kekok Aleeya dengan suasana seperti itu bila semua mata tertumpu ke arahnya. "Dah kenapa semua tengok macam tu. Ada yang tak kena ke dengan muka aku ke, baju aku? Ke macam mana ni" bisik Aleeya dalam hati.

"Macam berjanji pula kan, sama colour baju warna biru" usik Emir.

Terus Aleeya toleh pada dirinya dan kemudian ke arah Akhtar. Memerah muka Aleeya di usik begitu. Yang lain sudah tersenyum-senyum memandang dia.

"Pandai je. Mana ada lah" Aleeya menjawab. Aleeya memberikan senyuman nipis ke arah Akhtar, Azad dan Irham. Lalu mengambil tempat duduk di sebelah abangnya.

Ahli keluarganya berbual-bual bersama Akhtar, Azad dan Irham. Hanya Aleeya sahaja yang menjadi pendengar. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Sehinggalah Eidlan menegurnya.

"Diam je sayang" tegur Eidlan.

"Tak tahu nak cakap apa" senyum Aleeya menoleh ke arah abangnya.

"Malu la tu, kan sayang kan?" usik Emir.

"Emir, suka betul menyakat Bunga" tegur puan Aliah. Yang lain hanya tersenyum melihat situasi itu.

"Semua dah siapkan tadi sayang?" tanya Eidlan pada Aleeya.

"Dah, tinggal nak hidang kuah laksa je" jawab Aleeya.

"Jomlah kita ke ruang makan, jam pun dah pukul 12 ni" ajak Eidlan pada semua.

"Jom, jemput makan apa yang ada. Ibu buat laksa johor je. Harapnya makan lah ya" puan Aliah berbahasa.

"Alhamdulillah. Kami makan je, tak menolak" jawab Irham.

Setelah sampai ke ruang makan, mereka mengambil tempat. Aleeya dan Eryna ke dapur untuk mengambil kuah laksa. Tidak lama kemudian, Eryna membawa mangkuk yang berisi kuah laksa. Aleeya pula membawa bekas yang berisi buah tembikai merah dan honeydew dengan sebelah tangan.

Spontan Akhtar bangun mendekati Aleeya dan mengambil bekas berisi buah-buahan itu. Aleeya yang terkejut dengan tindakan Akhtar itu hanya membiarkan Akhtar membantunya. Mereka yang ada di situ hanya memerhatikan sahaja adegan itu.

"Terima kasih tolong" ucap Aleeya.

"Sama-sama" jawab Akhtar sambil tersenyum.

Semua mengambil tempat. Mujur meja boleh memuatkan mereka semua. Hanya ada satu tempat kosong lagi di antara Eidlan dan Akhtar. Aleeya serba salah mahu duduk di situ. "Macam mana nak selit masuk ni" bisiknya dalam hati.

"Duduk la sayang tunggu apa?" tanya Eidlan.

Aleeya tayang muka blur. Akhtar yang seperti memahami keadaan itu segera bangkit dari duduknya, menarikkan kerusi untuk Aleeya masuk ke ruangan itu dan duduk.

"Masuk la duduk" kata Akhtar pada gadis itu.

"Terima kasih. Sorry" ucap Aleeya.

"It's okay. Small matters" balas Akhtar.

Sekali lagi kerana adegan itu mereka menjadi tontonan semua. Tersenyum sahaja mereka memerhatikan tingkah laku keduanya itu. Selepas Aleeya duduk dengan selesa, baru ibunya bersuara.

"Akhtar bacakan doa boleh?" pinta puan Aliah.

"Boleh" jawab Akhtar sambil tersenyum.

Selesai berdoa, mereka mula menjamu selera. Sambil berbual-bual tentang banyak perkara. Sesekali Aleeya juga bersuara apabila Akhtar, Eidlan, Eryna menarik dia dalam perbualan. Akhtar tanpa sengaja melayani Aleeya yang nampak sukar untuk mengambil hidang di dihadapannya. Eidlan juga turut membantu, namun esekali sengaja Eidlan membiarkan apabila melihat tingkah Akhtar yang tidak kekok membantu adiknya.

Puan Aliah memerhatikan sahaja tingkah Akhtar melayani Aleeya di sebelahnya. Nampak ikhlas benar perhatian lelaki itu pada anak gadisnya. Dia juga senang dengan peribadi lelaki itu. Tutur kata yang bersopan, tingkah yang tertib dan penuh adab.

Selesai makan, mereka mula mengemaskan meja. Sementara Eidlan dan Iqmal, mengajak Akhtar, Azad dan Irham ke ruang tamu berehat seketika sambil menunggu waktu zohor.

"Duduk depan dulu lah. Sementara tunggu Zohor nanti kita solat berjemaah. Eidlan dengan Iqmal teman tetamu dulu la. Emir jangan lari tolong kemas" kata puan Aliah.

Ketika sedang mengemas. Eryna dan puan Aliah sudah ke dapur dengan peralatan yang perlu di cuci. Emir juga sudah ke dapur membawa baki lauk yang perlu di simpan. Tinggal Aleeya yang perlu membersihkan kawasan meja makan.

Akhtar yang kebetulan mahu ke bilik air melalui kawasan itu, dia melihat Aleeya yang sedikit sukar melakukan kerja dengan tangan sebelah terus menghampiri dan membantu.

"Abang tolong" kata Akhtar yang tiba-tiba muncul dan meminta kain lap di tangan Aleeya

"Eh, tak apa la. Bunga dah biasa" jawab Aleeya

"Abang tolong la, susahkan nak buat guna tangan sebelah" kata Akhtar lagi.

Aleeya mengalah dan menyerahkan kain lap kepada Akhtar. Kawasan yang telah dibersihkan tadi, Aleeya mula menyusun kerusi. Dapat Aleeya lihat Akhtar yang tidak kekok membuat kerja itu, mengelap dan menyusun semula kerusi.

Puan Aliah dan Eryna yang kebetulan mahu berlalu ke ruang tamu terhenti langkah melihat keadaan itu. Yakin lah hati tuanya, jejaka itu benar-benar menyanyangi dan menyukai anak gadisnya. Eryna di sebelah turut tersenyum, dan menyimpan doa agar mereka berdua berjodohan.

"Dah siap Bunga?" tegur Eryna selepas melihat Akhtar telah siap membantu Aleeya.

"Dah, Akhtar tolong" jawab Aleeya jujur.

"Sikit je. Kebetulan lalu tengok Bunga macam susah nak buat dengan tangan sebelah" kata Akhtar pula.

"Akhtar pergi cuci tangan. Bunga nanti kain tu rendam macam selalu ya" pesan puan Aliah kemudia berlalu ke ruang  tamu.

Tinggal mereka berdua yang sama-sama mahu ke dapur.

"Abang nak pergi mana tadi?" tanya Aleeya.

"Bilik air" jawab Akhtar.

"Sebelah tepi sini bilik air shower, sebelah hujung tu tandas. Abang cuci tangan dulu la kat sinki tadi dah tolong lap meja" tunjuk Aleeya arah bilik air yang terletak di sudut kanan dapur dan agak terlindung, dan arah sinki yang di sudut tengah dan bersebelahan dapur masak.

"Thank you" jawab Akhtar sambil tersenyum memandang Aleeya di sebelahnya yang memerhatikan dia mencuci tangan.

"Untuk apa? Bunga yang patut terima kasih. Tetamu tapi kena tolong buat kerja pula" jawab Aleeya sambil tersenyum juga.

"Untuk semuanya. Cantik Bunga abang harini. Naluri kita sama, jiwa kita sama tak?" pertanyaan Akhtar pada Aleeya mendiamkan Aleeya seketika.

"Abang pun handsome juga harini. Naluri kita sama mungkin sebab kita punya citarasa yang hampir serupa. Jiwa kita mungkin sama cuma belum tiba masanya" jujur jawapan Aleeya berikan sambil menunduk.

"Abang tahu. InsyaAllah, suatu hari nanti. Abang ada perkara nak cakap dengan Bunga nanti ya" ujar Akhtar kemudian berlalu ke bilik air.

Aleeya hanya memerhatikan Akhtar seketika. Kemudian meneruskan kerjanya. Selesai dia mahu dan mengambil kain ganti di ruang kabinet atas, namun agak sukar di capai. Akhtar yang baru keluar dari bilik air melihat keadaan itu, segera menghampiri Aleeya dan mengambil kain di kabinet atas itu.

Kedudukan Akhtar belakang Bunga sedikit rapat, dapat di hidu wangian gadis itu. Bergetar hebat dadanya berdebar. Begitu juga Aleeya, dadanya hebat dipalu debaran apabila kedudukan Akhtar di belakangnya sedikit rapat dan dia terhidu wangian tubuh jejaka itu.

"Thank you" ucap Aleeya sedikit bergetar suaranya. Gugup.

"Welcome. Lain kali minta tolong okay, bahaya buat macam tu. Abang ke depan dulu" pesan Akhtar kemudian berlalu.

"Hai la jantung kau punya berdebar lain macam betul" Aleeya berkata sendirian sambil memegang dadanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience