KEADAAN masih hujan apabila ceramah sudah ditamatkan. Namun tidaklah lebat seperti awalnya. Ramai yang mula beransur tetapi dia, kembar dan Kak Ain masih duduk dan sabar menanti. Kerana tidak mahu bersesak-sesak dalam keadaan hujan begitu.
"Laparlah. Cari makan dulu jom sebelum balik." ajaknya pada mereka.
"Sama." serentak kembar menjawab.
"Baru nak ajak tapi kau dah cakap dulu. Jom kita pergi kat tempat jual makan." ajak Manja pula.
"Kak Ain ok ke ni nak pergi beli makan dulu?" Kak Ain di sebelah ditanya.
"Okay je. Kak Sue cakap nak jumpa kejap ni nak bagi buku akak. Nak jumpa kat khemah jual-jual barang kat sana." Kak Ain menjawab.
"Okay, kita pergi jumpa Kak Sue dulu lah macam tu lepas tu baru kita beli makanan then balik." usulku pada mereka.
Beriringan jalan berkongsi menggunakan payung. Kerana si kembar tidak ada payung, Ain memberikan payungnya untuk mereka gunakan. Manakala Ain dan Aleeya berkongsi payung bersama. Tempat untuk bertemu Kak Sue dituju.
"Kak Sue." panggil Aleeya.
"Eh. Aleeya dengan kembar pun ada." Sue menyahut.
Sedang menanti Kak Sue dan Kak Ain bercakap hal assignment. Tiba-tiba handphonenya bergetar tanda panggilan masuk. Screen dilihat, kemudian dijawab.
"Wa'alaikumsalam. Belum lagi, masih di tapak expo. Dekat kedai jual-jual barang, tunggu Kak Ain jumpa Kak Sue. Jumpa? Kat mana? Untuk apa? Okay, sekejap."
Si kembar dilihat sedang sebok membelek barangan jualan. Kak Ain dan Kak Sue pula masih lagi berbincang. Dia beredar seketika ke kedai yang di maksudkan oleh si dia. Malas mahu meminta payung daripada mereka, laju sahaja kaki melangkah. Jantung pula bergendang bagai dipalu rentaknya. Diberanikan juga diri untuk bertemu si dia. Berani la dia, sebab tempat ramai orang. Apa-apa hal boleh jerit je.
"ALEEYA, sorang je? Mana yang lain? Payung mana, hujan kan ni." terkejut Aleeya di sergah begitu dari tepi. Mujur tak terbuka langkah pertahankan diri.
Aleeya menoleh namun sempat diberikan jelingan buat si dia. Dia melihat si dia yang memakai baju melayu cekak musang light purple, rona senada dengan dia yang memakai baju kurung pahang. Seperti pasangan berjanji pula. Handsome siap bersongkok dan bersamping, sempat pula matanya nakal menilik si dia.
"Seorang lah. Kat sana. Payung pada Kak Ain sebab kembar pakai payung Kak Ain. Ada apa nak jumpa ni?" soal Aleeya yang sudah sedikit basah akibat terkena hujan, mujur juga dia memakai tudung berwarna gelap, dark purple. Tidak la ketara jika basah.
Akhtar memayungkan Aleeya dengan payung yang digunakannya, namun Akhtar pula yang dibasahi hujan yang seakan beransur reda itu. Mujur juga Akhtar menggunakan jacket exconya. Aleeya mengikut arah yang ditunjukkan Akhtar, membawa langkah mereka ke khemah yang menjual rantaian nama untuk kunci, handphone dan bag. Soalan Aleeya masih belum berjawab.
Akhtar meminta Aleeya masuk ke dalam kedai itu terlebih dahulu kerana keadaan cuaca yang hujan. Agak ramai juga yang membeli di situ, ada juga yang sedang menunggu giliran. Aleeya melihat Akhtar menutup payungnya sebelum masuk ke dalam khemah jualan itu.
"Nak bagi barang. Dah makan ke belum?" kata Akhtar sebaik masuk ke dalam kedai itu.
"Barang apa? Belum, lapar. Baru plan nak pergi beli makanan la ni." entah kenapa Aleeya boleh bersahaja menjawab soalan dari si dia. Aleeya bukanlah seorang yang mudah dan gemar bercakap dengan lelaki selain abang dan adiknya.
"La. Kenapa tak makan lagi, tadi sebelum datang ceramah langsung tak makan la?" Akhtar bertanya lagi.
"Tak. Mana sempat, lambat nanti tak dapat tempat nak duduk." terang Aleeya secara tidak langsung kenapa dia masih belum makan malam.
"Stay sini. Tolong pegang payung ni sekejap boleh? Nanti saya datang semula." minta Akhtar.
Hanya anggukan diberikan Aleeya sebagai jawapan. Matanya dibawa melihat si dia yang sedang bercakap dengan penjual itu seketika dan kembali berjalan ke arahnya semula. Ada juga pelajar perempuan yang memerhati, dan ada juga yang menjeling ke arah mereka.
"Nah, untuk Aleeya. Hadiah dari abang." Akhtar menghulur paket kertas berbunga dan di dalamnya ada sesuatu.
"Untuk saya? Tapi kenapa?" di sambut juga huluran itu, tidak mahu membuat drama kerana banyak mata yang memerhatikannya. Jantung semakin hebat dipalu rentaknya. Tambahan si dia membahasakan dirinya sebagai abang.
"Tak ada apa. Ambil je, nanti sampai hostel baru buka. Ni ambil sekali, buat alas perut dahulu. Lain kali makan sikit sebelum datang program macam ni." paper bag yang sedia di pegang dari awal mereka berjumpa juga dia beri padanya.
"Okay. Thanks." hanya itu yang mampu diucapkan Aleeya. Blur sungguh dia dengan situasi itu.
"Jom abang hantar Aleeya ke tempat diaorang." Akhtar mengajak Aleeya untuk beredar dari situ.
Aleeya hanya menuruti. Payung di tangannya di serahkan pada Akhtar semula. Akhtar membuka payung itu sebaik sahaja keluar dari khemah.
"Sini. Masuk bawah payung ni. Hujan lagi ni walaupun tak lebat." Akhtar memberikan arahan pada Aleeya.
Sebaik Aleeya berada di bawah payung itu, Akhtar memulakan langkah di sisinya dan hanya memayungi dia. Aleeya hanya berseorangan menggunakan payung itu. Gila nak jalan bawah payung sama-sama, ada esok kena kecam. Dah la Akhtar tu exco, tengok jacket yang dipakai pun dah tahu.
"Saya pegang sendiri la payung ni. Kat depan tu je pun diaorang." minta Aleeya pada Akhtar, segan kerana ada mata-mata yang memandang. Baik lelaki mahupun perempuan. Bimbang jadi bahan gosip pula dia di kolej nanti.
"Tak apa. Jom. Jalan je. Jangan hiraukan pandangan orang." kata Akhtar bersahaja.
"WOI BUNGA. Kau pergi mana. Tiba-tiba hilang." tegur Azizah tiba-tiba dari arah khemah menjual beraneka jenis tudung.
"Eh, ni siapa pula?" soal Azlina pula.
Aleeya tayang sengih sahaja, hanya itu jawapan mampu dia beri.
"Amboi siap kena payungkan" tembak Kak Sue.
"Sorry. Akhtar pinjam dia sekejap tadi bawa ke khemah sana" terang si dia sambil menunjukkan arah khemah mereka berada tadi.
"Kak Sue nak balik dah ni. Bye jumpa lagi semua" katanya sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ain, Aleeya dan si kembar.
Selepas Kak Sue beredar, mereka pun terdiam seketika.
"Ha, jomlah. Kata nak beli makanan, lepas tu kita balik hostel. Aleeya pun dah basah tu" ajak Kak Ain pula.
"Terima kasih. Saya gerak dulu la dengan diaorang" ucap Aleeya pada Akhtar.
Ada banyak mata yang memerhatikan mereka. Jadi kurang selesa pula Aleeya berada dalam situasi itu.
"Ambil payung ni guna. Sekejap." Akhtar serah payung yang di pegangnya dari tadi untuk memayung diri Aleeya. Akhtar juga turut meminta Aleeya untuk menunggu seketika.
Selepas pegangan payung bertukar tangan. Akhtar membuka jacket yang di pakainya dan diserahkan kepada Aleeya. Terpinga-pinga Aleeya seketika namun di sambut juga huluran tersebut.
"Pakai jacket tu, boleh cover baju Aleeya yang basah. Banyak mata yang tengok, baju Aleeya warna cerah. Nak pergi beli makanan kan. Lepas tu terus balik hostel. Nak abang hantarkan ke hostel tak?" permintaan, pesanan dan sekaligus soalan dari Akhtar kepada Aleeya.
"Tapi awak tak apa ke? Payung bagi saya, jacket bagi saya. Awak pun da basah tu. Kitaorang balik jalan kaki je." Aleeya berkata dengan rasa serba salah.
"Tak apa, abang lelaki. Lagipun abang pakai t-shirt dalam ni. Aleeya punya aurat tu lagi penting. Pakai jacket tu, abang tunggu. Sini payung abang tolong pegangkan." arahan dari Akhtar.
Terpaksa akur, kerana ada benarnya juga kata-kata Akhtar. Payung bertukar tangan, Aleeya sarungkan jacket itu ke tubuhnya. Semerbak wangian perfume Akhtar menyapa hidungnya, bauan yang fresh dan menenangkan. Dan sekali lagi payung itu bertukar tangan.
"Comel. Lepas beli makanan terus balik hostel okay. Abang nak gerak dulu. Ada urusan sikit lagi. Hati-hati jalan. Assalamualaikum." kata Akhtar. Comel dilihat Aleeya yang bertubuh kecil molek menyarung jacketnya yang bersaiz L. Puas hati dengan keadaan tubuh Aleeya dibaluti jacketnya, Akhtar kemudian beredar.
Aleeya menjawab salam dan melihat Akhtar yang berjalan pergi.
"Dah habis dah drama kau? Boleh pergi beli makanan ke belum ni. Lapar da perut aku ni." Azlina mengusik.
"Sorry. Jom." jawab Aleeya serba salah.
Mereka berlalu ke deretan khemah yang menjual aneka jenis makanan. Dari menu yang ringan sehingga membawa kepada menu yang berat.
Ain membeli bihun tomyam, Azlina membeli burger dan sandwich, Azizah membeli bakso. Aleeya pula membeli buah potong dan mi sup utara. Setelah selesai urusan membeli makanan mereka meneruskan perjalanan pulang ke hostel dengan keadaan cuaca yang masih lagi hujan renyai.
Share this novel