"YEAY!!! Finally, akak ada kenangan juga family day kali ni dengan Aleeya" seronok benar Murni apabila Aleeya turut serta program itu kali ini.
"Apa la akak ni. Jangan cakap kuat-kuat, macam teruk sangat bunyinya" kata Aleeya.
"Apa pula betul lah. Ni last kenangan kita tau. Next week Aleeya dah last kerja. Mesti akak rindu nanti" kata Murni padanya saat mereka berkumpul sebelum bertolak ke destinasi.
"Hai semua. Lama dah ke sampai?" soal Darius yang baru tiba dan mendekati mereka.
"Mesti la dah lama sampai. Ada tugaskan. Nah, tentatif program dan nombor kumpulan encik Darius" serah Murni dua helai kertas a4 yang terdapat senarai program dan senarai nama ahli kumpulannya.
"Group B. Kenapa saya tak sama kumpulan dengan Aleeya? Tak bestnya" usik Darius.
"Mesti la tak sama. Aleeya satu kumpulan dengan saya" jawab Murni bagi pihak Aleeya.
"Menarik aktiviti kali ni. Siapa punya idea game yang dalam tentatif ni? Ballance the ball. Bombastic. Ring toss. Balloons Dart. Bowling kelapa. Beach ball. Karaoke session. Anyam ketupat. Seriously anyam ketupat? I pun tak pandai ni. Camp fire & BBQ is our favourite" kata Darius pada mereka.
"It was Aleeya idea. Yang kita selalu main dua je kan bombastic dengan beach ball. Kali ni kita buat yang lain" kata Murni.
"Aleeya, driver bass baru call. Dua puluh minit lagi sampai" muncul Mizan yang ingin memaklumkan Aleeya.
"Okay. Boleh la minta yang mana ada untuk berkumpul untuk naik bas. Barangan yang perlu load dalam bas semua ada kat situ" Aleeya menunjukkan barangan yang perlu dibawa untuk program family day mereka.
"Alright. Nanti saya minta Ash dan Fahim tolong settle" jawab Mizan, staff lelaki yang menguruskan bahagian transportation mereka. Mizan kemudian berlalu mendapatkan rakannya.
"Aleeya naik bas?" soal Darius pada Aleeya.
Belum sempat Aleeya ingin menjawab pertanyaan Darius. Nazim terlebih dahulu menjawab bagi pihaknya tanpa sempat Aleeya berkata apa-apa.
"Aleeya naik dengan aku" jawab Nazim pada Darius yang baru muncul di situ.
"Kenapa saya kena naik kereta dengan encik? Saya dengan puan Murni naik bas bersama" soal Aleeya hairan.
"Murni, awak naik sekali dengan saya" kata mudah Nazim memberi arahan.
"Okay boss" jawab Murni pantas.
"Saya punya barang banyak. Saya naik bas sahaja" Aleeya mencari alasan.
"Muat untuk masuk Vellfire saya. Mana barang-barang awak. Jom saya tolong angkat" kata Nazim yang berbaur arahan.
"Sana boss. Sana tu barang saya dan Aleeya" jawab Murni pantas. Sengaja dia membantu Nazim kali ini.
"Okay jom" kata Nazim dan berlalu mendapatkan barangan milik Aleeya dan Murni.
Aleeya mengeluh. Tak terkata dia dengan tingkah Nazim dan Murni. Seperti pakatan bersatu sahaja gayanya. Macam mana nak menang kalau dua lawan satu. Ini perang mental bukan fizikal, kalau fizikal memang dia yakin dia boleh menang.
"Masih belum terlewat jika mahu menjawab pertanyaan saya" usik Darius pula yang melihat Aleeya masih tidak berganjak dan air mukanya yang serba salah.
Aleeya senyum hambar.
"Macam keluar dari mulut buaya masuk mulut naga pula" bisik hatinya.
"Jom. Ke awak nak saya angkat awak sekali?" kata Nazim lagi.
Murni awal lagi telah berlalu ke Vellfire milik Nazim bersama barangannya.
"Jangan buat drama Bunga. Banyak mata yang memandang ni" bisik hatinya.
Memandangkan dirinya menjadi perhatian pekerja-pekerja lain yang turut serta family day syarikat itu. Dalam keterpaksaan dia bersetuju tanpa rela.
"Encik perlu tunggu sehingga saya selesai uruskan tugas saya" jawabnya.
"It's okay. Take your time. Me, my mom and dad can wait" kata Nazim bersahaja.
"Eh. Kejap. Dato' Seri dan Datin Seri ada sekali?" soal Aleeya sedikit terkejut.
"Yup. Yang tahu cuma Murni. Dan sekarang awak juga. So shall we?" jawab Nazim.
"Eh. Mama dengan papa kau join sekali ke? Tak bagitahu aku pun" sampuk Darius yang menjadi pemerhati drama sebabak Nazim dan Aleeya.
"Surprise. Ada. Rahsiakan ya. Sebab ini majlis tak formal. Dia orang minta aku rahsiakan yang dia orang join majlis ni" jawab Nazim ringkas.
"Saya tak ikut encik la. Saya naik bas, plus saya perlu selesaikan tugas saya" jawab Aleeya.
"Nope. Mereka tunggu awak, jadi sangat perlu untuk awak menaiki kenderaan saya. Saya hantar barang-barang ni dulu ke sana. Nanti saya datang semula bantu awak" kata Nazim dan berlalu.
Saat itu Aleeya rasa seperti mahu pulang sahaja. Entah bagaimana dia perlu melalui saat-saat perjalanan untuk ke destinasi bersama mereka. Pasti terasa sesak dan panjang masa berjalan.
"Apa lah nasib aku" keluh Aleeya dalam hati.
"ASSALAMUALAIKUM" Aleeya memberi salam sebaik memasuki kenderaan yang akan dipandu Nazim.
"Wa'alaikumsalam" serentak Dato' Seri Nazhan Izzuddin dan Datin Seri Afina.
"Sihat Aleeya?" ramah Datin Seri Afina bertanya.
"Alhamdulillah. Sihat Datin Seri. Datin Seri dan Dato' Seri apa khabar?" soal Aleeya pula.
"Alhamdulillah. Sihat hendaknya" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin pula.
"Maaf ya Dato' Seri dan Datin Seri menunggu lama. Saya selesaikan tugas saya terlebih dahulu" Aleeya bersopan kepada mereka.
"Eh. Tak mengapa. Amanah dan tanggungjawab itu penting" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin lagi.
"Jangan la formal sangat. Panggil uncle dan auntie je" kata Datin Seri Afina.
"Betul. Panggil uncle dan auntie saja. Kita bukan di pejabat" sokong Dato' Seri Nazhan Izzuddin pula.
Senang mereka berdua dengan sikap Aleeya yang beradab dalam berbicara. Pandai gadis itu membawa diri.
"Saya tak biasa" jawab Aleeya sopan.
"Kena la biasakan" selamba Nazim menjawab kata-kata gadis itu.
"Kamu sihat Murni? Diam saja dari tadi" tegur Dato' Seri Nazhan Izzuddin pada setiausaha anaknya itu.
"Alhamdulillah. Sihat Dato' Seri. Saja bagi peluang pada Aleeya berbalas khabar dengan Dato' Seri dan Datin Seri. Nak eratkan hubungan lagi" jawab Murni sambil berseloroh.
Ketawa kecil mereka semua dengan jawapan Murni. Hanya Aleeya yang senyap sepi, dia diserbu rasa malu.
"Cis..terkena aku. Siap kak, aku balas dalam game nanti" bisik hatinya.
Datin Seri dan Dato' Seri berbual bersama Murni. Rancak sungguh perbualan mereka seperti sengaja memberi ruang pada Nazim dan Bunga untuk saling berbual.
"Sayang tolong clean sunglass abang, please" Nazim hulur kaca mata hitamnya pada Bunga.
"Dia panggil aku sayang? Ke aku salah dengar?" Aleeya bertanya sendiri dalam hati.
"Sayang. Please" ulang Nazim lagi bersama tangan yang masih memegang sunglass.
"Dia memang cakap dengan aku la, kenapa dia panggil aku sayang pulak ni. Tak nampak ke ada parents dia tu" bisik Aleeya dalam hati.
Nazim masih menanti. Sesekali pandangannya di toleh ke arah gadis disebelahnya.
"Mana glasses cloth?" tanya Aleeya. Serba tak kena dia dengan keadaan itu.
"Sayang ambil dalam compartment box depan sayang tu, dalam tu ada sunglasses case abang" sengaja Nazim menyuruh gadis itu berbuat sedemikian.
Aleeya menurut. Dengan cermat dia mengelap kaca mata hitam milik Nazim. Setelah selesai, di hulurkan semula pada lelaki itu.
"Thanks sayang. All is clear, so do our future" sempat Nazim mengenakan gadis itu.
"Banyak la dia punya clear" mendongkol geram dalam hati.
Aleeya masih tidak tahu mahu beraksi bagaimana. Segalanya serba tak kena.
"Sayang okay harini?" soal Nazim padanya.
"Tak" jawab Aleeya sepatah.
"Kenapa? Tak sihat? Nak pergi klinik?" sengaja Nazim bertanya begitu.
"Stop it" senada sahaja Aleeya menjawab tetapi perlahan.
"Marah pun cantik. Comel pula tu. Macam mana la tak makin sayang" usik Nazim lagi.
Tak terkata Bunga dengan drama Nazim. Dia sekadar memberi jelingan mata sekilas pada lelaki itu.
"Ni kalau kena tumbuk, mau seminggu makan pakai straw ni" bisik Aleeya dalam hati.
"Marah la tu. Nak tumbuk abang tapi tak boleh kan. Tak apa, tunggu lepas kita kahwin okay. Masa tu boleh tumbuk puas-puas" entah kenapa Nazim semakin suka mengusik gadis itu.
"Amboi. Kita berbual dia main cinta pula ya. Nanti berhenti di R & R berdekatan. Mama rasa dahaga. Sekali mahu ke ladies" kata Datin Seri Afina pada anaknya.
"Ala kasi chances la mama. Bukan selalu dapat usik bakal menantu mama ni. Selalu sangat larikan diri dari Nazim. Okay ma, next R & R Nazim stop" jawab Nazim bersahaja.
"Maaf la Aleeya. Anak uncle ni memang suka mengusik. Itu pun cuma dengan orang yang betul-betul dia selesa. Tapi kalau dengan orang lain, dia tak buat perangai suka menyakat dia tu" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin pula.
"Eh. Tak mengapa Dato' Seri. Saya okay" jawab Aleeya bersopan.
"Okay ke? Aku rasa nak hempuk je dia sekarang ni" bisik hati Aleeya lagi.
"Uncle, panggil saja uncle. Business macam mana? Okay?" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Alhamdulillah. Setakat tiga bulan berlalu ni, semua dalam keadaan baik-baik sahaja" jawabnya.
"Kalau ada apa-apa yang kamu perlukan bantuan, jangan segan untuk beritahu ya" ujar Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
"Terima kasih uncle. InsyaAllah" jawab Aleeya.
"Cakes dan pastry dikedai kamu tu semua buat sendiri ya?" soal Datin Seri Afina pula.
"Buat masa ni cakes saja yang kami buat. Pastry kami ambil dari orang lain. Focus memang lebih kepada products sendiri, cakes, minuman dan bouquet surprise saja auntie" jelas Aleeya.
"Sedap. Kenalan auntie pun ada yang singgah ke kedai kamu untuk try your cakes. They said so delicious" kata Datin Seri Afina.
"Alhamdulillah. Lega saya bila mereka suka" kata Aleeya.
"Sayang....." panggil Nazim pada Aleeya.
Aleeya tahan malu. Tegak kehadapan sahaja pandangannya.
"Kamu ni suka betul menyakat Aleeya" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.
Ketawa kecil mereka yang ada. Nazim simpan senyum. Aleeya sudah kelat wajahnya. Mereka berhenti seketika di kawasan R & R.
"Mama mana?" tanya Nazim pada Aleeya yang menanti di luar toilet.
"Dalam. Belum keluar" ringkas jawapan Aleeya.
"Marah pun cantik. Garang lagi cantik" usik Nazim lagi.
Entah kenapa giat dia menyakat gadis itu hari ini. Aleeya buat tak layan. Murni disebelahnya hanya menahan senyum dengan gelagat mereka berdua.
"Abang pergi tempat papa dulu. Nanti sayang dengan mama datang sana okay. Kalau ada orang mengurat jangan layan tau" ujar Nazim sebelum berlalu.
"Dato' Seri dengan Datin Seri tak kisah ke makan tempat macam ni?" soal Aleeya pada Murni.
"Tak. Diaorang tak memilih dan tak sombong. Untung la orang tu dapat panggil uncle dan auntie je" usik Murni.
"Akak ni, ada ke..." belum sempat Aleeya menghabiskan kata-katanya Datin Seri Afina sudah datang mendekati.
"Jom. Kita pergi minum" ajak Datin Seri Afina.
Mereka juga turut mengisi perut terlebih dahulu seperti permintaan Dato' Seri Nazhan Izzuddin. Banyak yang mereka bualkan, kecuali Aleeya yang lebih selesa diam dan mendengar.
KELUAR sahaja dari bilik air, Aleeya melihat ada notification WhatsApp yang tertera. Sementara menanti Murni pula yang mengambil giliran ke tandas, dia membuka WhatsApp untuk melihat mesej yang diterimanya.
++
Jom turun lunch. -Nazim-
"Kak dah siap. Jom turun lunch" ajak Murni yang baru keluar dari bilik air.
"Okay" jawab Aleeya. Dia tidak membalas WhatsApp yang di hantar oleh Nazim.
"Ha. Keluar pun. Ingat nak bertapa dalam bilik tadi" kata Nazim yang menanti dihadapan pintu bilik mereka.
"Eh. La..boss tunggu ke. Kita orang berkemas sikit. Datin dengan Dato' mana?" kata Murni sewaktu mereka berjalan menuju ke lift.
"Dah turun, dia orang tunggu kita kat dining hall. Darius pun ada kat sana" ujar Nazim.
Banyak mata yang memandang ke arah mereka. Aleeya sedar keadaan itu sejak mereka tiba. Sesekali dia terlihat juga, ada yang berbisik antara mereka. Namun diabaikan sahaja.
"Lepas ni berkumpul semula jam berapa?" soal Dato' Seri Nazhan Izzuddin setelah mereka selesai makan.
"Lepas Asar. Baru activity bermula. Buat masa sekarang activity bebas. Petang ni pula acara sukaneka. Bombastic. Ring toss. Balloons Dart. Malam, karaoke session bagi yang nak tunjuk bakat" jelas Aleeya pada ibu dan bapa Nazim.
"Menarik. Semoga semua berseronok dan lupakan kesibukan serta bebanan kerja seketika. Nanti kami turun melihat activity kamu, InsyaAllah. Kami nak beredar dulu" ujar Dato' Seri Nazhan Izzuddin dan meminta diri.
"Sayang okay" soal Nazim pada Aleeya. Dia tahu gadis itu tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Namun itu sahaja kesempatan yang dia ada untuk merapati gadis itu.
"Stop it" jawab Aleeya senada, dia kurang senang dengan panggilan itu.
Lagi pula, banyak mata yang memandang mereka, ada juga yang cuba memasang telinga dengan perbualan mereka. Walaupun Murni dan Darius turut serta bersama. Dia tahu, yang menjadi perhatian adalah dirinya kerana layanan Nazim padanya.
"Kak, jom. Nak naik bilik ke nak pusing dulu tengok sekeliling? Sekejap lagi nak zohor dah" kata Aleeya pada Murni.
"Aleeya. We need to talk" Nazim bersuara sebelum sempat Murni menjawab.
"Jom la. Kita bincang kat tempat lain. Ambil angin kat luar. Sini banyak mata yang tengok. Akak dengan encik Darius teman. Kita orang jadi tiang je" putus Murni.
"Sayang" panggil Nazim pada Aleeya ketika mereka duduk di beach chair yang disediakan.
"Stop it encik Nazim. Saya tak selesa dengan panggilan tu. Dan tolong jangan panggil saya macam tu terutama dihadapan ibu bapa encik. Saya malu, saya rasa seperti dijadikan bahan lawak untuk encik" marah Aleeya, namun masih dikawal nada suaranya.
"I'm sorry. Tapi saya betul-betul sayangkan awak. Saya tak berniat untuk mempermainkan perasaan awak. Percayalah" Nazim cuba untuk meyakinkan Aleeya.
"Saya tak mahu memberi harapan, jadi jangan berharap sedikit pun. Saya tahu encik ikhlas, tapi saya juga tak mahu menghancurkan keikhlasan tu" jawab Aleeya tenang.
"Saya hanya mencuba dan berusaha dengan menggunakan peluang yang ada. Jadi izinkan saya lakukan apa yang perlu dilakukan, untuk menambat hati seorang Eshal Aleeya" kata Nazim.
"Saya pernah melihat bagaimana keadaan encik yang ditimpa rasa terluka dan kecewa. Kerana itu, saya berterus terang dengan keputusan saya dan jawapan saya" Aleeya masih dengan pendiriannya.
"Ketika itu saya masih jahil. Saya hanya akan mengalah apabila awak, menjadi milik insan lain. Saya tahu saya masih punyai peluang itu, kerana itu saya akan terus berusaha. Sebelum ini saya hanya menanti. Kini bukan masa untuk saya menanti jawapan awak. Masa untuk saya berusaha menawan hati awak" tutur kata Nazim membuat Aleeya tersentak.
"Saya tak mahu encik terluka. Jadi berhenti lah sementara belum terlalu jauh encik berusaha" Aleeya masih menolak.
"Aleeya tolong nilai keikhlasan saya. Pandang usaha saya. Dan terus perhatikan tindakan saya. Juga tolong bukakan sedikit hati awak untuk saya sentuh dengan kasih sayang saya. Saya yakin awak akan nampak semuanya" Nazim masih mahu meyakinkan Aleeya.
Aleeya diam membisu dan buntu. Bimbang jika dia menjadi punca lelaki itu kecewa jika hatinya masih juga tiada rasa. Dia juga takut untuk terluka atau dikecewakan lagi. Berat dan sarat fikirkan dan emosinya.
"Mari balik ke bilik. Kita perlu solat zohor. Lepas tu awak boleh rehat. Nanti kita perlu lakukan activity sukaneka pula" Nazim mengajaknya beredar untuk kembali ke bilik masing-masing.
Aleeya lebih selesa mendiamkan diri sepanjang perjalanan menuju ke bilik, hanya Nazim, Murni dan Darius yang sibuk berbual. Mereka jalan beriringan bersama kembali ke bilik masing-masing.
"Fikirkan apa yang saya cakapkan tadi. Mama dan papa saya sudah merestui. Tak ada halangan dari pihak saya. Kita jumpa nanti" ujar Nazim sebaik mereka tiba dihadapan bilik Aleeya.
"CEPAT lah!" kata Kaisara.
"Tak sekarang ni kau nak bawa kita orang pergi mana? Datang tempat kerja kita orang, paksa ikut kau balik. Suruh pack barang bagai ni, nak pergi mana?" bengang sahaja nada suara Mimie saat itu.
"Pergi PD. Nazim ada family day kat sana. Parents dia pun ada. Jom lah. Jangan banyak tanya" kata Kaisara yang menanti Jane dan Mimie mengemas barang mereka.
"Apa plan kau sebenarnya ni?" soal Jane pula.
Kalut mereka berdua mengemaskan barangan untuk dibawa ke percutian yang tidak dirancang itu.
"Plan apa lagi. Aku nak dapatkan Nazim semula la" kata Kaisara riang.
"Mana kau tahu dia ada kat sana?" soal Mimie inginkan kepastian.
"Mestilah sebab Vincent bagitahu" jawab Kaisara.
"Seriously? Kau suruh Vincent follow dia orang lagi ke?" tanya Mimie lagi.
"Mestilah. Aku nak hak aku balik, aku akan pastikan aku dapat dia semula" kata Kaisara lagi.
"So, kita nak buat apa kat sana?" tanya Jane pula.
"Ikut je lah. Tahu la aku nak buat apa" kata Kaisara.
"Serious la. Kau suruh kita orang ikut untuk apa? Aku tak ada masa nak main-main. Aku kerja makan gaji tau" bebel Mimie.
"Relax la. Aku tanggung semua la. Apa la sangat kerja kau tu. Aku boleh bayar la gaji kau bulan ni" angkuh Kaisara berkata pada Mimie.
"Betul cakap Mimie. Kau nak suruh kita orang follow untuk apa? Kau kan boleh plan dengan Vincent" kata Jane pula.
"Aku suruh kau orang follow sebab, aku perlu bantuan korang la untuk perangkap Nazim. Plus, aku nak buat coincidentally kita bercuti tempat yang sama dengan dia. Kan ada parents dia" jelas Kaisara lagi.
"Ikut kau lah" kata Jane.
Mimie mendiamkan diri. Terasa menyesal pula mengenali Kaisara. Terlalu jauh gadis itu berubah. Apa yang dilihatnya, Kaisara semakin taasub ingin memiliki Nazim dan bukan kerana rasa cintanya.
"Dah siap? Let's go" kata Kaisara pada mereka.
Mimie berat hati. Dia yakin, Kaisara pasti akan melakukan sesuatu disana.
Share this novel