Bab 12

Romance Series 36633

"KITA duduk sini lah" putus Akhtar.

"Asal tak duduk tempat biasa?" soal Irham.

"Saja. Tukar angin, okay kan" Akhtar menjawab perlahan.

Irham dan Azad hanya mengikut sahaja. Sengaja Akhtar memilih untuk duduk disitu kerana mahu melihat si gadis yang turut berada diperpustakaan. Melihat gadis itu berlalu ke arah rak mencari buku, dia segera mengikutinya secara berjarak.

Dia menahan senyuman melihat si gadis kecil molek itu berusaha mencapai buku di rak yang sedikit tinggi. Handphone dicapai, kemudian mesej di hantar kepada gadis itu.

++
Cari buku untuk bahan rujukan ke tu? Sampai tak nak ambil? -Akhtar-

Memerhati sambil menanti, namun tiada balasan dari si gadis. Terlalu bersungguh dilihat gadis itu cuba mencapai buku, mahu di tolong bimbang lain pula yang jadi nanti. Setelah pasti gadis itu baik-baik sahaja. Dia beredar ke arah tujuannya, juga untuk mencari buku rujukan.

Sedang dia menelaah buku di hadapannya, sesekali mata di kerling melihat si gadis. Entah kenapa dia mahu mengenali gadis itu. Hatinya benar-benar ingin tahu tentang gadis itu. Dia juga keliru kenapa dia begitu berani jadi seperti ini. Kerana dia bukanlah seorang yang mudah untuk mendekati wanita.

"Kacau dia best juga ni. Nak tengok dia respond ke tak?" hatinya berkata-kata. Handphone dicapai, mesej ditaip dan di hantar.

++
Fokusnya dia. Comel. Nama penuh apa? Mata cantik tu memang warna coklat eh? -Akhtar-

Dia memerhatikan gelagat si gadis yang melihat handphonenya di tangan. Kerut didahi, bibir dimuncungkan dan diherotkan sedikit, comel dan bersahaja aksinya. Dia tidak dapat menahan rasa, tersunging senyum dibibirnya terasa lucu pula melihat gelagat si gadis.

Gadis itu memandang ke arahnya yang terang-terang sedang memerhatikan dia. Handphone di tangan di angkat kearahnya, nyalaan screen ditunjukkan dan butang lock di tekan. Screen jadi gelap, tanda gadis itu malas mahu melayan. Tersenyum dia dengan tingkah dan respond yang di terimanya.

Dikerling jam ditangan yang menginjak ke angka sembilan tiga puluh lima minit pagi. Dalam masa yang sama dikerling juga gadis di hadapannya yang cuma berselang sebaris meja. Dia dilihat mengambil buku-buku dihadapannya dan seperti ingin meletakkannya semula.

Pantas sahaja Akhtar bergerak bangun untuk mengikuti gadis itu. Sampai di kawasan rak yang gadis itu tuju, dia melihat gadis itu sedang dijengketkan kaki untuk meletakkan buku di tempat asalnya. Dia sengaja menghampiri, tangannya mengambil buku dari gadis itu, dan meletakkan buku itu di tempatnya. Gadis itu menoleh ke arah dia, mungkin ingin melihat siapa yang mengganggunya.

"Saya tolong letakkan je. Jumpa lagi, mesej saya jangan lupa balas" ujar Akhtar sebelum berlalu.

Sekembalinya dimeja, dia melihat gadis itu yang merenung ke arahnya. Bersahaja dia memberi senyuman. Sengaja dikenyitkan sebelah matanya kepada gadis itu. Pantas sahaja gadis itu berlalu. Dapat dilihat gadis itu mengetap bibirnya, entahkan marah entahkan apa. Akhtar juga tidak tahu, kenapa berani benar dia mengusik gadis itu sebegitu.

"Jom lah. Nanti lambat sampai bilik kuliah, port kita nanti kena rembat" Azad mengajak mereka untuk beredar.

"Ha'ah. Jom Akhtar. Nanti duduk tempat lain tak syok" Irham menambah.

"Okay, okay. Jom" balasnya ringkas.

SAMPAI dewan kuliah, Aleeya dan si kembar menanti di luar dewan. Ketika itu dewan masih digunakan oleh pelajar course lain. Aleeya mencari tempat untuk duduk seketika sementara menanti. Handphone di ambil. Berkira-kira mahu membalas apa pada si dia.

"Weh, kau pehal tenung handphone tu?" tegur Azlina.

"Ha? Tak ada apa. Aku tengah fikir nak tulis apa." jawabnya sambil tersenyum.

"Dua minggu lagi kan pesta convo?" Azizah bertanya pada mereka.

"Eh, ye eh? Aku tak perasan." jawab Aleeya sambil memerhati sekeliling, ada sebahagian rakan yang telah tiba turut sama menanti untuk masuk ke dewan kuliah.

"Diaorang ada pilih kan siapa yang buat performance untuk setiap unit koko kolej ni." Azlina menambah.

"Dan semestinya aku tak nak terlibat." kata Aleeya bersungguh.

Kurang berminat untuk menonjolkan diri dalam apa juga aktiviti di kolej. Lebih rela balik rumah atau lepak sahaja dibilik.

"Serious lah kau tak nak joined?" soal Azizah.

"Tak nak la Manja. Dan dah semestinya usrah kena tukar pada cermah malam, kalau tak hadir habislah merit demerit kita. Wajib ya kesayanganku." Aleeya memang dah hafal bab tu. Setiap kali convo berlangsung. Itu pun sebab Kak Ain rajin kongsi cerita dan aktiviti wajib kolej selama dia belajar kat sini.

"Yelah, tahun lepas pegi dengan budak bilik kitaorang. Tahun ni macam mana? Nak pegi sekali?" Azlina menyoal.

"Aku macam biasa la dengan Kak Ain, sebab naqibah usrah aku kenal dia. Rasanya budak rumah aku pun sekali dengan kitaorang." sahut Aleeya.

"Ala, tak apa la kita asing pun. Janji kita datang." kata Azizah pula.

Masih ada lima minit sebelum jam menginjak ke angka sepuluh pagi. Masing-masing mula focus pada handphone di tangan. Si kembar biasa lah, chat dengan pujaan hati. Aleeya masih berkira-kira mahu membalas atau tidak mesej lelaki tu. Baru sahaja jemari mahu menaip, tiba-tiba pesanan text dari si dia masuk lagi.

++
Sopan sikit duduk tu sayang. Tenung handphone tu kenapa, berkira-kira nak reply text abang ke? -Akhtar-

"Eh! Magic! Mana mamat ni tahu aku duduk tak sopan ni? Tak ada la tak sopan mana pun. Cuma aku bersila je pun. Wait! Sayang?! Abang?! Oh my!" Kepala Aleeya angkat memerhati sekeliling.

"Jumpa! Kuliah dia dekat dewan hujung tu ke, patutlah dia nampak aku." terus-terusan Aleeya berkata dalam hati. Tangan menaip jawapan balas, butang send ditekan.

++
Seronok ke jadi stalker? -Aleeya-

Riuh seketika suasana apabila pelajar di dalam dewan mula keluar. Aleeya turut bangun dari duduknya, dan bersedia mahu masuk ke dalam dewan bersama si kembar.

++
Abang bukan stalker lah. Abang nak kenal je dengan Aleeya. Misteri sangat Aleeya ni. Susah betul nak berkenalan. -Akhtar-

Di lihat jawapan balas dari text pesanan di handphone. Kemudian masuk lagi sebuah text pesanan.

++
Kak Sue suruh abang usaha sendiri. Kak Ain pun sama. Terpaksalah abang usaha sendiri. Number telephone ni pun nasib abang baik je. -Akhtar-

Dibaca namun belum bersedia untuk dia membalas pesanan itu. Dibiarkan sahaja tanpa balasan.

"EH, sama bangunan pula kuliah kali ni. Apa duduk bersila macam tu. Selamba dia je. Nasib baik comel. Text dia la. Rasa macam dia lagi muda, usik dia seronok juga ni." bisik hati nakal Akhtar.

++
Sopan sikit duduk tu sayang. Tenung handphone tu kenapa, berkira-kira nak reply text abang ke? -Akhtar-

Setelah mesej dihantar. Dia merenung ke arah gadis itu. Gadis itu dilihag tercari-cari sesuatu, sehingga pandangan mereka bertaut seketika.

++
Seronok ke jadi stalker? -Aleeya-

Text pesanan dari gadis itu diterimanya. Tersenyum dia sambil kepalanya tergeleng seketika. Jawapan balas diberi dan di hantar.

++
Abang bukan stalker lah. Abang nak kenal je dengan Aleeya. Misteri sangat Aleeya ni. Susah betul nak berkenalan. -Akhtar-

Pandangannya terhalang kerana segerombolan pelajar yang berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah di sana. Terus sahaja satu lagi text pesanan di hantar.

++
Kak Sue suruh abang usaha sendiri. Kak Ain pun sama. Terpaksalah abang usaha sendiri. Number telephone ni pun nasib abang baik je. -Akhtar-

Hanya blue tick dan online yang kelihatan sebelum online itu juga hilang. Tahulah dia gadis itu sudah masuk ke dewan kuliahnya.

"Aku curious ni. Kau mesej dengan siapa. Tak pernah kau macam ni." soal Irham yang semakin aneh dengan sikap Akhtar.

"Mesej dengan Bunga dia lah tu." Sue menyampuk perbualan Irham.

"Sue! Ish, sejak bila kau jaga aku ni? Macam ni, macam mana pulak?" marah Akhtar pada Sue dan tanya dia kepada Irham.

Sue hanya ketawa, sejak peristiwa Akhtar menghubungi dia untuk kes Nailah dan buku rujukan bahasa arab. Tahulah Sue yang Akhtar ada menghubungi Aleeya kerana mencarinya.

"Bunga mana pula ni Sue?" sampuk Azad.

"Bunga syurga." balas Sue ringkas dan berlalu masuk ke dewan kuliah.

"Bunga syurga?" serentak tiga jejaka itu bersuara.

Akhtar dapat mengagak bunga syurga yang di maksudkan Sue itu Aleeya orangnya. "Tapi kenapa bunga syurga? Kena cari tahu ni." nekadnya dalam hati.

"Weh, serious lah. Kau text siapa ni? Bunga syurga mana pula ni?" soal Irham tidak berpuas hati.

"Nanti bila dah clear aku cerita. Buat masa ni belum lagi, okay?" Akhtar minta sedikit ruang dari dua sahabatnya itu.

"Okay." balas Azad menutup bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience