"SAYANG, terima kasih tolong bawakan ummi hari ni" kata Akhtar pada Aleeya.
"It's okay. Apa salahnya Bunga berbakti sementara ada peluang" jawab Aleeya.
Mereka beriringan ke ruang makan untuk sarapan bersama.
"Abang terus pergi kerja lepas sarapan ni ya. Lambat nanti jammed pula jalan" kata Akhtar padanya.
"Okay. Nanti Bunga bagitahu bila nak keluar ke physiotherapy ummi" Aleeya menuangkan air ke dalam cawan untuk Akhtar.
"Abi tak sarapan?" Aleeya memandang sekeliling mencari bapa mertuanya.
"Sarapan dengan ummi dalam bilik. Tadi lepas sayang hidang abi ambil sarapan untuk dia dan ummi, masa sayang tengah siapkan baju kerja abang" jelas Akhtar.
"Abang tak bagitahu awal. Boleh Bunga siapkan dulu. Bunga ingat abi dan ummi akan sarapan dengan kita" kata Aleeya.
"Setiap kali nak ke physiotherapy, ummi akan sarapan dalam bilik. Ummi jadi berdebar, gelisah sikit. Mungkin bimbang result physiotherapy dia tak ada improvement" kata Akhtar perlahan.
"Oh. Faham" jawab Aleeya ringkas. Mereka menikmati sarapan pagi bersama.
"Abang pergi dulu. Lambat dah ni" kata Akhtar setelah selesai bersarapan.
"Hati-hati" Aleeya hulur tangannya untuk bersalaman. Akhtar cium sekilas dahi isterinya.
Setelah kereta Akhtar hilang dari pandangan. Aleeya mula mengemas meja makan.
"Aleeya" panggil bapa mertuanya.
"Ya abi" jawabnya dan mendapatkan bapa mertuanya.
"Ummi tak mahu makan. Cuba tolong pujuk" kata abinya perlahan.
"Aleeya cuba ya" Aleeya senyum nipis. Dalam hatinya bimbang juga jika ibu mertuanya itu menolak.
"Assalamualaikum ummi" tegur Aleeya.
"Aleeya" kata puan Nuraini sepatah.
"Makan ya, Aleeya suap. Ummi kena makan. Nak pergi physiotherapy, nanti tak ada tenaga" pujuk Aleeya.
"Ummi tak ada selera" kata puan Nuraini.
"Ummi sayang abi tak? Sayang anak-anak dan cucu-cucu menantu ummi tak? Kalau sayang mereka, ummi kena fikirkan diri ummi dan kesihatan ummi" Aleeya bersedia untuk menyuapkan makanan pada ibu mertuanya.
Diam termenung sahaja puan Nuraini.
"Ummi tak boleh putus asa selagi semua orang masih tak berputus asa dengan ummi" Aleeya sentuh dan menggenggam perlahan tangan mertuanya.
"Ummi makan ya. Aleeya tahu ummi mampu lalui semua ni. InsyaAllah, ummi akan boleh berjalan semula" pujuk Aleeya lagi.
"Ummi makan ya" Aleeya sua lagi sudu yang berisi nasi goreng untuk mertuanya.
Puan Nuraini mengalah juga akhirnya. Perlahan dikunyah makanan yang disuap menantunya. Jatuh sayang pada menantu barunya itu. Lembut dan sopan, penuh kasih sayang sifat dan sikapnya.
"INI siapa? Menantu puan yang selalu teman tak ikut hari ni?" tanya pegawai physiotherapy yang memakai tag nama bertulis 'Mas'.
"Ini menantu saya juga puan Mas. Menantu bongsu. Baru sebulan lebih mereka bernikah. Majlis baru berlangsung sebelah perempuan, majlis sebelah lelaki belum lagi" jelas puan Nuraini.
"Oh. Alhamdulillah. Bertambah ahli keluarga. Makcik buat tak latihan dirumah? Apa yang saya ajar sebelum ni?" tanya physiotherapy bernama Mas itu.
"Ada cuba juga" kata puan Nuraini perlahan.
"Kena buat selalu baru boleh nampak hasil. Tak boleh buat bila rasa nak buat. Tak boleh macam tu ya. Kena rajin buat. Kalau tidak nanti otot dan saraf terganggu menyukarkan keadaan, atau keadaan boleh bertambah buruk" kata puan Mas itu lagi.
"Makcik tinggal berdua saja dengan suami. Boleh buat cuma jika anak-anak ada balik hujung minggu. Sejak kemalangan, pakcik pun dah tak berapa kuat. Anak menantu semua kerja" kata puan Nuraini serba salah.
"Kena cari masa ya makcik. Kena buat latihan pergerakan yang saya ajar. Hari ni kita ulang semula. Dan cuba tambah beberapa pergerakan baru" nasihat puan Mas, sekaligus memandang ke arah Aleeya.
"Nanti puan ajarkan saya cara yang betul untuk saya bantu ummi lakukan latihan. InsyaAllah saya akan pastikan ummi buat latihan setiap hari mengikut kemampuannya" Aleeya mencelah.
"Boleh. Alhamdulillah, nanti awak boleh perhatikan cara-caranya. Saya akan ajarkan apa yang perlu dilakukan dirumah. InsyaAllah, akan membantu mencepatkan process pemulihan" kata puan Mas pada Aleeya.
Sesi physiotherapy hari itu berlangsung dengan lancar. Aleeya berjaya memahami dan mempelajari teknik dan cara-cara untuk membantu ibu mertuanya melakukan gerakan exercise dirumah.
"Wa'alaikumsalam" jawabnya Aleeya yang dihubungi oleh Azizah.
"Eh! Tak boleh tolak ke? Aku baru habis sesi physiotherapy ummi. Makan masa juga nak ke sana ni" kata Aleeya lagi di talian.
"Okay lah. Aku ke sana. Nak buat macam mana, dia regular customer. Okay, bye" Aleeya menamatkan perbualan.
"Kenapa Aleeya?" soal ibu mertuanya.
"Kawan tempat kerja call. Ummi, abi. Kita ke kedai tempat kerja Aleeya sekejap ya. Kat sana pun ummi dan abi boleh rehat sementara tunggu Aleeya" Aleeya berharap mertuanya bersetuju dengan permintaannya.
"Kamu hantar kami baliklah, nanti ganggu pula. Kamu kena marah dengan boss nanti" kata encik Usaid Akram.
"Tak lah abi. Boss Aleeya bertimbang rasa. Lagipun ada hal yang perlukan Aleeya ke sana segera" jawab Aleeya.
"Tak apa lah. Kami ikut, nanti kamu pula terkejar kesana kesini" putus puan Nuraini.
"Terima kasih ummi. Aleeya akan selesaikan kerja Aleeya secepat yang boleh, ummi boleh rehat kat sana nanti" kata Aleeya yang sudah memulakan pemanduannya.
"Dah lama kamu kerja di kedai cake tu Aleeya?" tanya bapa mertuanya.
"Lama juga abi. Cuma baru dalam tempoh setahun ni Aleeya full-time. Sebelum ni part-time. Aleeya kerja office sebelum ni, jadi second secretary tapi Aleeya berhenti untuk focus pada kedai ni" jawabnya sambil memandu.
Dia tahu ada sebuah kereta yang mengekori kereta yang dipandunya sejak awal pagi di rumah ibu bapa Akhtar. Kereta itu masih mengekorinya sehingga kini.
"Dah elok kerja pejabat kenapa berhenti? Ada masalah ditempat kerja?" soal ibu mertuanya pula.
"Tak lah ummi. Minat Aleeya ke arah kedai yang Aleeya kerja sekarang ni" jawab Aleeya sambil sesekali menjeling pada cermin pandang belakang.
"Gaji okay kerja di kedai sekarang ni?" tanya encik Usaid Akram.
"Alhamdulillah. InsyaAllah, cukup malah ada masa lebih Allah bagi" jawabnya tenang.
"Kamu dah lama kenal Akhtar?" soal umminya tiba-tiba. Baru berkesempatan mahu bertanyakan hal itu.
"Aleeya kenal Akhtar secara kebetulan, sewaktu Aleeya semester dua dan Akhtar semester enam, kenal pun melalui kakak senior yang sama course dengan Akhtar. Aleeya dengan kak Ain roommate, kak Sue pula kawan pada kak Ain. Pertama kali berjumpa, Aleeya tolong angkat barang kak Sue dari kereta Akhtar waktu kak Sue nak tumpang stay bilik kami" jelas Aleeya.
"Akhtar nak berkenalan, pada awalnya Aleeya menolak. Aleeya cuma terima untuk berkawan dengan dia bila abang Aleeya izinkan. Itu pun sebab Akhtar minta izin sendiri pada abang Eidlan. Kami berkawan seketika, sebelum ummi mahu menjodohkan Akhtar dengan calon pilihan ummi" Aleeya berterus terang.
"Ummi, abi jangan salah faham ya. Sebaik Aleeya tahu Akhtar bertunang, Aleeya memang menjauhi dia. Malah, sebelum itu lagi kami dah tak berhubung" terang Aleeya lagi.
"Aleeya minta maaf kalau ummi dan abi rasa Aleeya punca perkahwinan Akhtar dan bekas tunangnya tak berlaku" Aleeya bimbang jika dianggap sebagai punca perkahwinan Akhtar dan Leyla tidak terjadi.
"Kamu jangan rasa macam tu. Dah tak ada jodoh mereka. Ummi tengok Akhtar bahagia walaupun dia tak cakap. Pandangan dan air muka dia dah cukup jelas dia bahagia" kata puan Nuraini.
"Abi dengar kamu putus tunang seminggu sebelum majlis. Betul ke?" tanya encik Usaid Akram.
"Ya, betul abi. Tuhan berikan ujian pada Aleeya, ketika majlis benar-benar hampir ke harinya. Tapi DIA juga berikan pengganti sebelum Aleeya berhadapan dengan saat yang memalukan. Sejujurnya, Aleeya sendiri tak tahu kami akan bernikah pada hari kejadian. Aleeya tak tahu apa-apa langsung. Tapi apa pun, Aleeya bersyukur dengan aturan dan perancangan yang dah Allah tentukan" jawab Aleeya
"Dah tertulis, jodoh itu milik kamu berdua" kata encik Usaid Akram.
"UMMI dan abi duduk sekejap ya. Aleeya ambilkan air" kata Aleeya pada mertuanya.
"Kak Aleeya nak Haiqal ambilkan apa-apa?" tanya pekerjanya.
"It's okay. Akak ambil sendiri" Aleeya menolak pertolongan dari pekerjanya.
Puan Nuraini dan encik Usaid Akram hanya memandang tingkah Aleeya dan pekerja yang bernama Haiqal itu.
"Okay boss. Haiqal pergi tengok customer baru masuk tu" kata Haiqal sebelum berlalu.
Aleeya sekadar mengangguk tanda memahami. Kemudian berlalu ke arah Firas yang lincah membancuh air. Aleeya menyediakan air coffee dan sepinggan sandwich untuk mertuanya.
"Ummi dan abi minum dulu ya. Ini ada sandwich. Aleeya ke dalam sekejap" kata Aleeya setelah menghidangkan air dan makanan untuk ummi dan abi Akhtar.
Lima belas minit berlalu, ummi dan abi Akhtar masih menanti Aleeya yang sibuk di dapur.
"Cik, boleh panggilkan Aleeya" kata encik Usaid Akram pada Rose.
"Nak jumpa boss? Sekejap ya" kata Rose pada mereka.
Ummi dan abi Akhtar saling berpandangan. Kali kedua mereka mendengar pekerja di kedai itu memangil Aleeya dengan gelaran boss.
"Ummi dan abi dah habis minum ya. Maaf sangat, Aleeya terleka dengan kerja" kata Aleeya sebaik mendapatkan mertuanya.
"Ummi nak ke tandas" perlahan puan Nuraini berkata pada Aleeya
"Oh. Boleh, jom Aleeya bawakan. Abi boleh rehat di pejabat atas. Sekejap ya" kata Aleeya pada mereka.
"Haiqal, bawakan abi akak ke pejabat. Nanti Haiqal pasangkan kerusi lipat yang akak selalu guna untuk baring tu, abi akak boleh baring kat situ nanti. Tunjuk sekali tempat ambil wuduk dan bentangkan sejadah ya" kata Aleeya pada Haiqal.
"Okay. Baik boss. Jom pakcik" ajak Haiqal pada encik Usaid Akram.
"Abi ikut Haiqal ya. Abi boleh rehat di pejabat sekejap. Aleeya perlukan masa dalam sejam lagi. Maaf sangat buat abi menunggu, nak solat kat atas pun boleh nanti Haiqal bantu" kata Aleeya pada bapa mertuanya.
"Tak apa. Selesaikan kerja kamu" kata encik Usaid Akram, lalu mengikuti Haiqal ke tingkat atas kedai.
"Ummi rehat sekejap ya. Dalam bilik surau ni, memang ada katil untuk staff guna kalau ada yang tak sihat atau untuk tidur sekejap waktu rehat. Aleeya pun selalu juga baring disini bila letih sangat. Aleeya sambung kerja sekejap, Aleeya cuba siapkan cepat-cepat. Lepas siap kita terus balik" kata Aleeya yang telah selesai menggantikan cadar dan sarung bantal baru. Perlahan-lahan di bangunkan puan Nuraini dari duduknya di kerusi dan diletakkan di atas katil bujang itu.
"Tak apa. Buatlah dulu kerja kamu" kata puan Nuraini padanya.
Aleeya meneruskan kerjanya. Dia berusaha untuk menyiapkan dua biji cake yang ditempah pelanggan sebentar tadi untuk digunakan pada majlis malam nanti.
"Kau kenapa? Macam banyak berfikir" tegur Azlina.
"Aku perasan ada kereta follow aku dari rumah ummi pagi tadi" kata Aleeya pada kembar.
"Nazim?" soal Azlina.
"Aku rasa bukan, orang lain mungkin" jawabnya.
"Ummi dengan abi kau okay ke tu tunggu kau ni. Sorry la, aku dah cuba tolak tapi Datin nak juga kau buat untuk majlis dia malam ni" kata Azlina.
"It's okay. Dia orang tengah rehat. Aku call Akhtar tak dapat dari tadi maybe busy, tapi aku dah text dia bagitahu aku kat sini dengan parents dia" kata Aleeya.
"Nanti dia return call, or reply text kau la tu" kata Azlina pula.
"Kak Aleeya, ada orang nak jumpa" kata Rose padanya.
"Siapa?" tanya Aleeya.
"Tak tahu, Rose tak kenal. Perempuan" jawab Rose.
"Okay. Rose pergi buat kerja dulu. Sekejap lagi akak keluar" kata Aleeya
"Kau pergi lah. Aku tolong sambung" kata Azlina.
Aleeya mencuci tangannya dan berlalu keluar untuk berjumpa dengan orang yang dikatakan Rose tadi.
"Aleeya" tegur Leyla dingin.
"Leyla" agak terkejut Aleeya apabila gadis itu mencarinya.
"Kau memang tak tahu malu kan rampas hak orang!" tengking Leyla.
Pelanggan mula memandang ke arah mereka. Aleeya menahan sabar dengan kerenah gadis itu.
"Aku rampas apa? Hak apa ni?" kata Aleeya bersahaja.
"Kau memang perempuan murah! Dah rampas hak orang masih tak mengaku!" jerit Leyla.
Keadaan menjadi semakin tegang. Aleeya serba salah. Pelanggan sesekali menjeling ke arahnya. Pekerjanya cuba menenangkan keadaan, namun Leyla tidak memberikan kerjasama.
Azizah turun dari tingkat atas dan Azlina pula keluar dari bahagian dapur setelah mendengar kekecohan yang terjadi.
"Macam ni lah. Kita duduk bincang, malu la terjerit terpekik ni. Orang tengok" Aleeya masih berlembut.
"Tahu malu. Kau rampas hak orang tak malu pula!" Leyla masih meninggi suara.
"Suka hati kau lah. Kau nak apa jumpa aku ni?" Aleeya sudah tidak mampu untuk berlembut lagi.
Tanpa mereka sedar. Akhtar tiba di kedai Aleeya, juga menjadi pemerhati keadaan yang tegang itu.
"Kau sengajakan berbaik dengan ummi dan abi Akhtar untuk rampas Akhtar dari aku! Kau berlakon suci depan dia orang semata-mata nak dia orang terima kau! Kau sengaja pura-pura baik dengan dia orang depan Akhtar sebab nak Akhtar pilih kau kan?!" pelbagai tuduhan Leyla lemparkan padanya.
"So?" kata Aleeya sepatah.
"Kau sebenarnya tak sanggup nak layan ummi dia yang dah cacat. Kau tak sunggup nak jaga makan minum abi dia yang dah tak sihat macam dulu. Pandai kau berlakon" tuduh Leyla lagi.
"Cakap jangan sebarang cakap. Kau boleh hina aku, tuduh aku. Tapi jangan sentuh perihal ummi dan abi" tegas Aleeya menegur. Dia terlalu letih untuk melayan kerenah Leyla. Akhtar sudah panas hati mendengar kata-kata Leyla, namun ditahankan amarahnya.
"Apa yang kau sanggup sangat nak hadap jaga orang tua yang dah cacat tu? Sanggup sangat nak jaga, ke kau sengaja buat macam tu sebab nak nampak macam kau lah yang terbaik, supaya Akhtar pilih kau?" Leyla masih tidak mahu peduli amaran Aleeya.
"Kalau ummi dan abi tak mampu untuk pulih semula pun, bukan masalah kau. Aku tak ada masalah nak jaga mereka. Yang kau panas hati dah kenapa?" jawab Aleeya bengang.
"Sanggup hambakan diri untuk jaga orang cacat macam tu" sinis Leyla menyindir.
"Watch out you mouth!" Aleeya masih menahan sabarnya. Akhtar juga sudah hampir hilang sabar.
"Kalau kau datang sini cari aku semata-mata nak hina ummi dan abi. Baik kau balik. Aku tak ambil kisah sikit pun kau hina aku, tapi jangan hina ummi dan abi aku. Better you leave, I'm about to kick you out. Jangan salahkan aku kalau kau makan pakai straw lepas ni" kata Aleeya yang mahu berlalu.
"Eh betina! Sedar diri kau sikit. Akhtar tu hak aku! Aku nak kau pulangkan hak aku!" Leyla menahan Aleeya dari berlalu.
"Aku tak ada ambil hak sesiapa" Aleeya merentap kasar tangannya yang dipegang Leyla, dia ingin berlalu.
Tanpa di duga Leyla pantas mengambil cawan yang berisi air lalu disimbah ke arah Aleeya. Malangnya itu tidak berlaku, kerana Akhtar menjadi penghalangnya.
"Abang!" Aleeya juga terkejut dengan tindakan Akhtar. Habis basah Akhtar bermandikan air jus buah yang disimbah Leyla.
"Akhtar!" Leyla juga tidak menjangkakan kehadiran lelaki itu disitu.
"Dengar baik-baik Leyla. Eshal Aleeya isteri aku yang sah. Jangan ganggu dia lagi. Cukup kau hina ummi dan abi, atau kau nak perkara ni sampai ke pengetahuan ibu bapa kau. Jangan tunjuk lagi muka kau depan aku dan ahli keluarga aku" tegas Akhtar mengarah pada gadis itu.Â
Leyla tergamam. Malu. Cepat-cepat dia beredar dari situ. Pelanggan yang sedari tadi menjadi pemerhati juga terkejut dengan aksi dan drama yang dilihat mereka.
"Maaf semua atas kekecohan yang berlaku" Aleeya mohon maaf sebelum membawa Akhtar berlalu ke bahagian belakang dapur.
Encik Usaid Akram yang sedari awal melihat pertelingkahan Leyla dan menantunya berasa sebak. Tidak disangka sikap sebenar Leyla sebegitu rupa, lebih tidak terjangka menantunya bertindak mempertahankan mereka.
"KENAPA?" soal Aleeya hairan ketika menanti Akhtar membuka baju kemeja yang kotor akibat disimbah Leyla. Akhtar merenung dirinya yang memegang tuala bersih yang sentiasa ada dibawa bersama.
"Kenapa sayang biar je dia tuduh sayang macam-macam?" soal Akhtar.
"Biarlah dia. Tak jadi apa pun dia tuduh Bunga macam tu" disambut baju kemeja yang diberikan Akhtar.
"Terima kasih sebab pertahankan ummi dan abi" kata Akhtar lagi.
"Mereka ummi dan abi Bunga. Wajib Bunga pertahankan mereka. Pergilah bersihkan diri" suruh Aleeya. Dihulurkan tuala yang dipegang kepada Akhtar.
"Macam mana abang nak masuk kerja ni? Ada baju spare dalam kereta?" tanya Aleeya pada suaminya.
"Ada baju spare dalam kereta. Sayang tolong ambilkan" Akhtar serah kunci keretanya pada Aleeya.
"Okay" Aleeya terus berlalu untuk mengambil pakaian Akhtar di keretanya.
Sementara menanti Akhtar bersiap. Aleeya meneruskan kerjanya yang tertangguh.
"Bapa mertua kau nampak sedih kat atas" kata Azizah yang baru muncul.
"Abi nampak ke apa yang jadi?" soal Aleeya ingin kepastian.
"Yup. Dari awal sampai habis" Azizah duduk berhadapan Aleeya.
"Nanti lah aku settle kan. Aku nak siapkan cake ni dulu" jawab Aleeya.
"Kau kenapa tak lempang je mulut longkang minah tu?" kata Azlina pula.
"Malas nak layan minah tak cukup akal tu. Lagi layan lagi menjadi, aku tak layan pun dia dah meroyan" Aleeya lincah menyiapkan kerjanya.
"Sayang" panggil Akhtar.
"Abang dah siap. Nak apa-apa tak?" Aleeya segera mendapatkan suaminya.
"Abang datang sebenarnya nak ajak sayang, ummi dan abi makan sama" kata Akhtar.
"Macam tak sempat je. Abang nak masuk kerja lagi. Bunga pun nak siapkan cepat tempahan ni, lambat nanti kesian ummi dan abi tunggu lama" kata Aleeya pula.
"Abang boleh masuk lewat sikit. Kalau macam tu abang bawa ummi dan abi pergi makan. Sayang tak nak ikut?" tanya Akhtar.
"Bunga nak siapkan cake. Abang bawa ummi dan abi ya. Sorry Bunga tak ikut" ujar Aleeya.
Aleeya mendapatkan ibu mertuanya, dipapah penuh berhati-hati lalu membantunya duduk di atas kerusi roda. Bapa mertuanya juga telah menanti setelah di ajak oleh Akhtar.
"Maaf ya ummi, abi. Aleeya tak ikut. Tinggal sikit je lagi kerja Aleeya. Lepas ummi dan abi makan, kita balik ya" Aleeya mohon maaf pada mertuanya kerana membuatkan mereka menanti dirinya.
"Tak apa, abi faham" kata bapa mertuanya menjawab permohonan maafnya.
"Ummi tak kisah, kamu buatlah kerja kamu" kata ibu mertuanya pula.
Aleeya menyambung kerjanya yang terhenti setelah Akhtar membawa kedua orang tuanya keluar makan.
"Cake dah siap. Aku nak balik tau lepas ni" kata Aleeya pada Azlina yang berada di bahagian cashier.
"Okay boss" Azlina mengusik.
"Aku sebenarnya ada hal nak bincang dengan kau dan Manja, tapi esok lah. Apa-apa aku bagitahu" kata Aleeya.
"Pasal apa tu? Bagi la hint sikit" kata Azlina.
"Time table aku. Pasal ummi. Esok aku story, pastu kau orang bagi pendapat. Aku masuk lewat esok, masuk tengah hari. Kau dengan Manja take over eh pagi" kata Aleeya lagi.
"Okay je. Tu laki kau dah sampai" tunjuk Azlina pada Akhtar dan ibu bapanya.
"Bunga dah siap. Jom kita gerak balik, kesian ummi dengan abi mesti penat tunggu Aleeya" Aleeya mendapatkan suami dan mertuanya.
"Jom, abang tolong hantar ke kereta" kata Akhtar.
Sebaik ummi dan abi menaiki kereta. Aleeya hulur tangannya pada Akhtar untuk bersalaman.
"Hati-hati memandu. Jumpa kat rumah ummi nanti" kata Akhtar padanya.
"InsyaAllah. Bunga balik dulu" jawab Aleeya ringkas.
SELESAI makan malam bersama. Abinya membawa ummi ke bilik untuk berehat. Aleeya pula mengemaskan meja makan. Akhtar juga turut membantunya.
"Abang nak air panas?" tanya Aleeya setelah selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan.
"It's okay. Abang kenyang lagi" kata Akhtar.
"Bunga nak naik bilik dulu ya" kata Aleeya pada suaminya.
"Jom naik sekali" jawab Akhtar.
Aleeya merebahkan badannya dikatil. Letih sungguh dia pada hari itu. Akhtar pula duduk bersandar di kepala katil.
"Macam mana Leyla boleh tahu ya? Abang ada cakap atau berhubung dengan dia lagi ke?" soal Aleeya mendongak melihat wajah Akhtar disebelahnya.
"Abang tukar gambar profile dan cover photo di FB semalam. Then photographer ada tag kita di posting FB hasil kerja dia orang. Mungkin dia masih stalk abang lagi" kata Akhtar tenang.
"Bunga tak perasan pula" Aleeya capai handphonenya untuk melihat posting yang dikatakan Akhtar.
"Cantik kan? Abang tukar gambar profile masa kita nikah. Cover photo abang ambil gambar sanding dengan baju purple pastel tu" kata Akhtar yang mendekati Aleeya untuk sama-sama melihat gambar mereka.
"Patutlah dia mengamuk" ujar Aleeya perlahan.
"Sayang tak nak tukar gambar ke? Nak abang tukar kan? Status kita kat FB pun belum tukar" sengaja Akhtar mengusik isterinya.
Aleeya buat tak endah. Dia belum bersedia untuk expose hubungannya pada khalayak umum. Walaupun sudah sebulan lebih dia mendirikan rumahtangga bersama Akhtar.
"Mesti ramai tahu Bunga dah kahwin. Sebab post photographer tu public" kata Aleeya.
"Sayang tak nak orang tahu kita suami isteri?" tanya Akhtar.
"Bukan la macam tu. Cuma Bunga belum bersedia nak bercakap tentang hal perkahwinan kita yang tiba-tiba, lagipun majlis sebelah abang belum berlangsung lagi. Majlis haritu pun cuma sedara mara, jiran sekampung dengan staff je Aleeya jemput. Itu pun boleh kata semua tanya kenapa nama dan pengantin lelakinya bertukar" jelas Aleeya supaya Akhtar tidak salah tafsir akan kata-katanya.
"Abang faham. Cakap pasal majlis, tadi masa makan tengah hari ummi dan abi ada kata nak teruskan majlis di sini bulan depan" kata Akhtar pada isterinya.
"Sayang boleh free kan salah satu minggu yang ada bulan depan?" soal Akhtar lagi.
"Nak buat minggu ke berapa?" Aleeya melihat planner di handphonenya.
"Buat masa ni, abang free je tiap minggu. If sayang ada tarikh sesuai, kita proceed lah. Ini permintaan ummi dan abi, katanya nak semua orang tahu abang dah berkahwin dan ummi dah ada menantu perempuan bongsu" jelas Akhtar.
"Kita buat minggu ketiga, kebetulan minggu tu kosong, tak ada tempahan apa-apa. Abang kena maklumkan pada ibu dan family Bunga yang lain" kata Aleeya. Terus Aleeya beritahu dalam group WhatsApp team Bunga&Coklat supaya tarikh itu tidak menerima apa-apa tempahan kerana akan bercuti sempena majlis bertandang di rumah mertuanya.
"Okay. Esok abang call ibu dan abang Eidlan. Kejap lagi abang inform Along dan Angah dulu. Cuma majlis kat sini mungkin tak semeriah majlis di rumah ibu" kata Akhtar.
"Yang penting ada majlis. Meriah ke tak meriah. Kecil ke besar. Itu tak penting, yang penting tak ada la orang tertanya-tanya Bunga ni siapa tiba-tiba muncul dalam keluarga abang" jawab Aleeya.
"Makcik belakang rumah tegur Bunga pagi tadi masa jemur cadar ummi. Dia ingat Bunga kerja jadi orang gaji, siap nak kenalkan dengan anak dia lagi" cerita Aleeya pada Akhtar. Dia menahan senyum melihat reaksi wajah suaminya.
"Seriously? Habis sayang cakap apa?" Akhtar sendiri tidak menjangkakan itu.
"Bunga cakap, Bunga bukan orang gaji. Bunga cakap la Bunga dah kahwin. Dia nak soal lagi, tapi phone Bunga bunyi kembar call. Bunga cepat-cepat masuk rumah" jelas Aleeya lagi.
"Comel sangat isteri abang ni. Sebab tu ramai berkenan" Akhtar usap perlahan kepala Aleeya penuh kasih.
"Bunga rasa ada orang follow kereta abi yang Bunga drive hari ni dari awal pagi sampai ke kedai" Aleeya tukar topic perbualan mereka.
"Siapa? Boleh agak?" soal Akhtar bimbang.
"Ex tunang abang rasanya. Sebab dia tunggu masa di klinik ummi buat therapy. Tiba-tiba dia tahu Bunga menyantuni ummi dan abi. Kalau setakat dia tahu kita kahwin, tak ada la dia cakap buruk tentang ummi dan abi kan" Aleeya memberikan pendapatnya.
"Waktu balik tengah hari tadi ada?" tanya Akhtar inginkan kepastian.
"Tak ada" jawab Bunga.
"Dia lah tu. Mungkin dia tahu abang balik sini sebab nampak kereta abang. Ummi ada kata, dia akan datang atau lalu setiap minggu" jelas Akhtar.
"Creepy la pulak" kata Aleeya secara spontan.
"InsyaAllah, tak ada apa-apa la sayang" Akhtar meyakinkannya.
"Abi dan ummi tanya abang tengah hari tadi, Bunga sebenarnya pekerja atau boss dikedai tu" kata Akhtar.
"Abang jawab apa?" soal Aleeya ingin tahu.
"Abang bagitahu perkara sebenar" kata Akhtar.
"Abi dengan ummi marah?" soal Aleeya.
"Nope. Dia orang kata sayang menantu yang baik. Ummi berterima kasih dengan sayang sebab pertahankan ummi dengan abi tadi. Dia kata dulu ummi punca kita berpisah" cerita Akhtar.
"Bunga tak anggap macam tu pun. Bagi Bunga, semua yang jadi ketentuan dari Tuhan" kata Aleeya serba salah.
"Abang pun cakap macam tu pada ummi dan abi tadi. Sayang jangan risau okay" jelas Akhtar.
"Abang, ummi ada exercise yang dia kena buat setiap hari. Tak boleh kalau tak buat. Bunga teman dia tadi, orang physiotherapy tu tegur as nasihat dan pesanan. Ummi kena buat exercise tiap hari if nak nampak perubahan. Bunga tengok tadi ummi boleh buat, cuma perlukan sokongan dan bantuan. Nak harap kat abi, abi pun sejak kemalangan tangan dia dah tak berapa kuat macam abang kata" Aleeya mulakan perbincangan tentang perihal ibu mertuanya.
Akhtar seperti kebiasaannya, akan memberikan perhatian dan mendengar apa yang cuba di sampaikan oleh isterinya.
"Semua pun kerja waktu pejabat, kecuali Bunga. Abang izinkan tak if Bunga bantu ummi dengan exercise dia? Cuma masalah paling utama sekarang, kita nak ke tempat kerja jauh sikit bila duduk dengan ummi" Aleeya meminta pendapat Akhtar juga tentang keadaan itu.
"Abang ada terfikir sebenarnya hal tu. Kami adik-beradik pun dah pernah bincang nak upah physiotherapy untuk ummi. Tapi ummi tak setuju, mungkin dia tak selesa. Abang izinkan kalau Bunga nak bantu ummi buat exercise therapy physical tu, cuma kita kena tanya ummi dia selesa atau tak Bunga nak bantu dia. Kalau tentang kerja, kita boleh ambil ummi dan abi duduk dengan kita sementara. Nanti kita cuba pujuk. Tapi sayang kan ada business nak kena jaga, ada kerja nak kena settle. Yang tu macam mana?" Akhtar menjelaskan keadaan sebenar dan sekaligus memberikan pendapat juga pertanyaan pada Bunga.
"Bunga boleh masuk tengah hari, nanti Bunga bincang dengan team Bunga&Coklat. Lagipun exercise ummi tu seeloknya memang dilakukan waktu pagi. Bunga kesian dekat ummi, nampak dia bersungguh buat tadi. Kalau buat hari-hari, InsyaAllah sebulan dua lagi ummi dah boleh berjalan walaupun mungkin perlukan bantuan tongkat" jelas Aleeya.
"Suka buat abang jatuh cinta pada sayang. Sentiasa utamakan suami, ibu dan ummi abi. InsyaAllah, abang izinkan apa pun perancangan sayang. Semoga ummi tak menolak bantuan sayang" Akhtar labuhkan ciuman diubun-ubun isterinya.
Aleeya masih malu dan gementar apabila menerima sentuhan dari Akhtar. Dia masih belum bersedia untuk menunaikan kewajipan yang satu itu.
"Bunga minta maaf untuk kekurangan dan mungkin kesalahan tanpa sedar hari ini. Bunga tidur dulu ya. Bunga rasa letih sangat hari ni" begitulah kebiasaan yang menjadi rutin malamnya. Memohon maaf pada suaminya sebelum tidur, ada masanya dia terlepas juga rutin itu kerana tertidur lebih awal bila dia terlalu letih.
"Abang maafkan, abang juga minta maaf akan perkara yang sama. Selamat malam my Bunga" kata Akhtar.
Mudah Aleeya dijemput lena. Akhtar senyum nipis. Isterinya itu ibarat merpati baginya, dipanggil dia mendekat namun bila mahu disentuh dia menjauh pergi. Akhtar tahu Aleeya masih belajar menerima dirinya sebagai suami.
Share this novel