"ABAH. Sarapan dah siap" kata Jasmine pada imam Hassan yang duduk di ruang tamu bersama Nazim setelah pulang dari masjid menunaikan solat subuh.
"Jom nak. Kita sarapan, biasa tak sarapan awal pagi ni?" kata imam Hassan pada Nazim.
"Selalu juga pak cik, biasanya sebelum ke pejabat saya akan sarapan dulu" kata Nazim
"Ni air bah" Jasmine hulur cawan berisi air kopi O pada bapanya.
"Air" kata Jasmine mahu tidak mahu saja kepada Nazim.
"Terima kasih" kata Nazim pada gadis itu.
"Makan nak. Mak Nah masak mee goreng, kuih lepat ubi ni Jasmine yang buat" kata adik imam Hassan, Hasanah.
"Makan, jangan malu" kata imam Hassan lagi.
Nazim pamer senyum. Makanan yang dihidangkan diambil dan di makan tanpa bicara.
"Kamu kerja di mana?" soal imam Hassan, tidak banyak yang dia tahu mengenai anak muda itu.
"Di tengah bandar KL pakcik" jawab Nazim ringkas.
"Kamu ambil cuti berapa lama?" tanya imam Hassan lagi.
"Saya ambil cuti sebulan" jawab Nazim.
"Abah, Min dah lambat. Harini jaga perhimpunan pagi. Min pergi dulu ya. Mak, Min pergi dulu" kata Jasmine yang tergesa-gesa bangun dan bersalaman dengan abah dan makciknya yang di panggil Mak sejak kecil.
"Hati-hati bawa motor tu" kata Mak Nah pada anak saudaranya itu.
Imam Hassan memerhatikan anaknya yang tergesa pergi. Nazim juga terkejut dengan tindakan gadis itu yang tergesa-gesa.
"Lama kamu ambil cuti. Kamu dah beritahu ibu bapa kamu, kamu disini?" imam Hassan bertanya lagi.
"Saya dah lama tak bercuti pakcik. Baki cuti masih banyak. Belum lagi pakcik" kata Nazim tenang.
"Kamu ada masalah dengan keluarga ya nak?" soal Mak Nah pula.
Nazim senyum hambar. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan sebagai jawapan.
"Ambil lah masa untuk tenangkan diri. Tapi jangan terlalu lama, ibu bapa kamu mesti bimbang. Apa pun yang berlaku jangan membelakangi orang tua nak. Baru la hidup kita akan rasa tenang" nasihat imam Hassan padanya.
"Long, Jasmine hari ni balik lewat. Budak-budak ada latihan sukan katanya. Dia lupa la tu tadi nak bagitahu dah tergesa-gesa je pergi, Nah kena ke kelas menjahit hari ni, kurus menjahit langsir mula pukul 8.30 pagi sampai 5.00 petang. Bang Long tak apa ke makan tengah hari di luar hari ni? Atau nak Nah masak dulu?" tanya Mak Nah pada abangnya.
"Oh. Long lupa kamu ada kursus hari ni, tak apa. Kamu pergi lah, nanti Long masak sendiri atau beli saja di kedai Man" putus imam Hassan.
Sebaik mendapat jawapan abangnya, Mak Nah mengemas meja makan. Cawan dan pinggan yang kotor di bawa ke dapur untuk di cuci.
"Kamu mahu di rumah saja atau mahu ikut pakcik ke ladang?" tanya imam Hassan pada Nazim.
"Saya ikut pakcik boleh?" tanya Nazim pula.
"Boleh. Ada juga kawan pakcik hari ni" kata imam Hassan.
"Nah pergi dulu Long, makcik pergi dulu ya nak" kata Mak Nah pada abangnya dan Nazim.
"Hati-hati bawa kereta tu" pesan imam Hassan.
"Pakcik ke dalam sekejap. Nak tukar pakaian nak ke ladang. Kamu pun pergi lah tukar baju" kata imam Hassan pada Nazim.
Mereka menuju ke ladang milik imam Hassan menaiki motor. Untuk pertama kalinya Nazim menjejakkan kaki ke ladang sawit.
"Jom kita ke sana" kata imam Hassan pada Nazim.
"Pak Hassan sampai dah?" tegur salah seorang pekerjanya.
"Baru je Alif" jawab imam Hassan.
"Itu pekerja pak cik, Alif namanya" kata imam Hassan pada Nazim sambil menunjuk ke arah lelaki yang menegurnya tadi.
"Kamu duduk dulu. Pak cik nak ke sana" tunjuk imam Hassan ke arah beberapa orang lelaki yang ada di situ.
Nazim perhati sekeliling. Elok terjaga ladang itu. Bersih dan pokoknya juga kemas terjaga. Tidak seperti kebanyakan ladang yang dilaluinya tadi. Handphonenya bergetar menandakan ada yang menghubunginya.
"Ya" jawabnya bersahaja sebaik melihat nama Darius di screen handphonenya.
"Okay. Kau minta peguam proceed. Aku datang mahkamah bila tarikh dah ditetapkan. Fail yang perlu tanda tangan aku segera, kau tolong bawakan ke sini. Nanti kita jumpa di mana-mana. Terima kasih bro" katanya dan menamatkan perbualan.
"Kawan kamu?" tegur imam Hassan.
"Ya pak cik" jawab Nazim jujur.
"Maaf lah. Pak cik terdengar perbualan kamu. Boleh pak cik tahu kenapa kamu perlu ke mahkamah? Sebab itu ke kamu bermasalah dengan keluarga kamu?" imam Hassan bimbang melihat kelakuan anak muda ini yang banyak termenung. Ada ketikanya teresak menangis di sepertiga malam.
"Ada hal sikit pak cik" jawab Nazim mengelak.
"Nak. Ada masalah yang perlu diluahkan. Ada masalah yang perlu disimpan. Jika terlalu berat dipikul, luahkan pada orang yang kamu percaya. Jangan ditanggung sendiri" nasihat imam Hassan.
"Pak cik. Allah akan terima ke taubat saya?" pertanyaan Nazim membuatkan imam Hassan tersenyum nipis.
"Macam yang pernah pak cik cakap nak. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat Nasuha. Berjanji pada diri sendiri, untuk tidak mengulangi lagi perbuatan atau kesalahan yang dilakukan tu" imam Hassan menepuk-nepuk perlahan bahu Nazim seakan memujuk anak kecil.
"Saya sebenarnya dah berkahwin pak cik. Tapi bukan dengan tunang saya, dan bukan dengan cara yang baik" Nazim terasa mahu meluahkan isi hatinya.
Lalu di ceritakan semua yang terjadi. Termasuk tentang bekas tunangnya yang berkahwin dengan lelaki lain. Bagaimana dia tidak dapat mengawal amarahnya dan menyalahkan kedua orang tuanya. Bagaimana permulaan dia mendekati minuman yang dilarang agama. Juga yang terbaru, tentang Kaisara yang di tangkap khalwat ketika dia di hospital tempoh hari.
"Allah. Patutlah kamu banyak termenung. Beginilah, lakukan solat sunat taubat sebanyak yang boleh. Berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengulangi kesilapan itu. Tentang bekas tunang kamu itu, itu pilihan keluarga dia dan dia memilih untuk menunaikan permintaan keluarga. Yang nyata, dia bukan ditakdirkan untuk bersama kamu. Tentang isteri kamu, jika kamu rasa tindakan kamu itu yang terbaik. Berpisah dengan cara baik, jika sesuatu perkahwinan itu tidak membawa manfaat dan kebaikan pada keduanya. Kamu perlu memohon maaf pada ibu bapa kamu. Mereka lakukan itu demi menjaga kepentingan pekerja, dan juga untuk kamu sendiri. Banyak punca rezeki yang perlu mereka jaga. Cuba kamu bayangkan jika perkerja kamu hilang pekerjaan akibat syarikat kamu muflis. Rezeki keluarga mereka juga terputus. Dan yang pasti, semua yang terjadi adalah dengan izin dari Tuhan" panjang lebar nasihat imam Hassan pada anak muda itu.
"Sementara kamu ada disini, apa-apa yang kamu nak tanya tentang ilmu agama. Atau perlukan nasihat dari seorang lelaki tua ni. Jangan malu nak bercerita. Kamu tahu mengaji?" kata imam Hassan lagi.
"Tahu tapi tak lancar pak cik" kata Nazim jujur.
"Tak apa. Nanti kita mengaji sama. Al-Quran ni adalah peneman kita didunia, juga diakhirat. Hidup kita ni jika tanpa Al-Quran dan solat ibarat jasad tak bernyawa. Di dalam Al-Quran itu sendiri banyak pengajaran dari peristiwa yang berlaku, kita boleh ambil jadikan peringatan untuk diri" kata imam Hassan.
"Dan sesungguhnya Kami permudahkan al-Qur’an itu untuk diambil peringatan daripadanya; maka adakah yang mahu mengambil peringatan? Surah al-Qamar (17)" katanya lagi.
 "(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. Surah Sod (29)" imam Hassan terus berbicara.
"Dah cukup jelas Allah beritahu pada kita melalui kalam Nya. Cuma kita sebagai hamba yang lalai dan alpa untuk mengambil tahu dan peduli. Sama-sama kita perbaiki diri" kata imam Hassan lagi.
Nazim merenung ke bawah. Terasa malu dengan kekurangan dirinya. Hidupnya selama ini di anggap sempurna, ternyata masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki.
"Jangan malu nak. Kamu masih ada peluang untuk perbaiki diri" ujar imam Hassan lagi.
"Bantu saya pak cik" perlahan tutur katanya yang meminta lelaki tua itu membimbingnya.
"InsyaAllah nak. InsyaAllah" jawab imam Hassan.
"TAK guna!" marah Kaisara apabila menerima surat dari peguam Nazim.
"Salah kamu. Dah elok kahwin, jadi isteri dia pergi buat hal" marah Datin Kamelia.
"Dia tak pernah anggap Sara ni isteri dia tau mummy. Bilik kerja dia penuh dengan gambar bekas tunang dia. Dia masih gilakan betina tu!" Kaisara masih menyalahkan orang lain atas masalah rumahtangganya.
"Kamu tu yang bodoh! Dah jadi isteri tapi tak reti jalankan tanggungjawab sebagai isteri! Tak ubah perangai yang gila clubbing! Tak berhenti main jantan! Macam mana suami tu nak suka?!" herdik Dato Khalas pada anaknya.
"Dia memang benci pada Sara. Tengok muka Sara pun tak. Daddy ingat Sara tak ada perasaan ke? Dia tak pernah peduli pun pasal Sara" Kaisara menjawab kata-kata bapanya.
"Kamu yang tergila nak berkahwin dengan dia. Kamu yang perangkap dia supaya berkahwin dengan kamu. Daddy tahu semua perbuatan Sara. Daddy tahu kamu upah orang untuk cuba cederakan bekas tunang dia dulu. Daddy tahu semua yang Sara rancangkan. Better you stop Sara. Before daddy yang ambil tindakan pada you" ugut Dato Khalas.
"Sara cuma nak hak Sara je" jawabnya selamba.
"Hak apa? Masa kamu ada peluang dulu. Kamu buat tak endah. Kamu buat ikut suka kamu. Bila dia dah tinggalkan kamu, baru kamu terhegeh nak kejar dia semula" kata Dato Khalas sarcastic.
"Sara jadi macam ni pun sebab dia. Dia tak hiraukan Sara. Dia tak peduli pun pasal Sara" Kaisara tidak mahu mengalah.
"Dulu dia peduli pasal kamu. Dia sayang kamu. Ada kamu gunakan peluang tu sebaiknya? Kamu pilih enjoy, kamu pilih nak mengisi kekosongan kononnya. Sekarang ni, daddy dan mummy tak akan masuk campur urusan kamu lagi. Pandai-pandailah kamu uruskan hidup kamu sendiri" putus Dato Khalas.
"You jangan nak bantu dia apa-apa. Ikut i sekarang" arah Dato Khalas pada isterinya, Datin Kamelia.
"Tapi bang.." Datin Kamelia mahu bersuara.
"No! Ikut I sekarang! Cukup-cukuplah you manjakan dia sampai tak boleh jadi manusia berguna" marah Dato Khalas pada isterinya.
"Arghhhhhhhhh..." jerit Kaisara melepaskan geramnya.
"Kau tunggu la. Apa pun jadi aku akan pastikan perempuan tu tak akan jadi milik kau" katanya penuh dendam.Â
PETANG itu sementara menanti untuk ke masjid menunaikan solat maghrib. Nazim menghabiskan masanya duduk di pangkin kayu di bawah pohon rambutan memerhatikan kawasan sekitar juga untuk menenangkan hatinya.
"Minum nak" kata Mak Nah. Dihulurkan mug berisi air nescafe panas pada Nazim.
"Susahkan Mak Nah saja. Saya boleh ambil air sendiri" kata Nazim bersopan.
"Tak ada susahnya" jawab Mak Nah.
"Maaf saya tanya, keluarga Mak Nah tak ada? Saya tak nampak pula yang lain, selain pak cik dan anaknya" soal Nazim berhati-hati.
Mak Nah senyum nipis. Tahu pasti anak muda itu tertanya-tanya tentang gambar-gambar yang dilihatnya semalam.
"Anak dan suami Mak Nah, meninggal dalam kemalangan ketika kami tinggal di Perak. Gambar yang kamu lihat semalam. Itulah gambar terakhir kami bersama. Ketika itu anak Mak Nah berusia lima tahun. Jasmine sama umurnya dengan anak Mak Nah. Selepas mereka tiada, Mak Nah pulang ke sini, duduk bersama abang Mak Nah. Mengubat hati dengan membesarkan Jasmine bagaikan anak sendiri" cerita Mak Nah pada Nazim.
"Maafkan saya Mak Nah. Saya tak sepatutnya tanya" kata Nazim serba salah.
"Tak apa lah nak. Mak Nah dah reda dan ikhlas dengan ketentuan Tuhan. Untuk apa Mak Nah mengelak jika ada yang bertanya. Itu semua berlaku dengan izin Nya" kata Mak Nah lagi.
Jasmine tiba dengan motorsikalnya. Kelihatan letih sahaja.
"Assalamualaikum" Jasmine memberi salam.
"Wa'alaikumsalam. Min dah makan? Nampak penat je" tegur Mak Nah.
"Makan pagi je mak. Mak masak tak? Min lapar la" tanya Jasmine sebaik turun dari motorsikalnya.
"Mak dah siap masak. Min nak makan dulu pergi lah" kata Mak Nah.
"Min masuk dulu mak, penatlah" kata Jasmine sambil berjalan ke arah rumah.
"Berapa umur Jasmine Mak Nah? Dia kerja sebagai guru ke?" soal Nazim pada wanita itu.
"Umur Jasmine dua puluh enam tahun ni. Dia jadi guru mengajar di sekolah rendah. Maaflah, dia tak berapa suka bila abahnya bawa orang luar pulang ke rumah" kata Mak Nah padanya.
"Tak apa Mak Nah. Saya pun tak lama disini. Sampai masa saya juga perlu kembali kepada kehidupan saya. Saya cuma mencari seseorang yang boleh membantu saya buat masa sekarang" kata Nazim.
"Terus kuat nak. Dalam hidup ni tak akan boleh lari dari ujian. Kita perlu sentiasa belajar terima semua keadaan yang kita lalui" nasihat Mak Nah pada anak muda itu.
Nazim hanya tersenyum nipis. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan.
"Umur kamu berapa?" soal Mak Nah.
"Tiga puluh Mak Nah" jawab Nazim.
"Muda lagi nak. Jauh lagi perjalanan hidup kamu. Mak Nah masuk dulu ya. Nak maghrib dah ni. Kamu jangan lama diluar, tak elok senja begini di luar" kata Mak Nah padanya.
"Baik Mak Nah" jawab Nazim pada wanita itu. Segera dihabiskan airnya, lalu masuk ke dalam rumah menanti Azan maghrib berkumandang.
Jam menunjukkan angka 11.30 malam, Nazim mahu ke dapur untuk minum air kerana dahaga. Dia melihat lampu di ruang tamu menyala, namun tiada suara yang didengari mahupun kelihatan sesiapa disitu. Dia berpaling untuk ke arah dapur namun tiba-tiba dirinya terlanggar seseorang.
"Auchhh" jerit Jasmine.
"Sorry" kata Nazim spontan.
"Jalan guna mata lah! Panasnya.." marah Jasmine sebelum mengaduh kesakitan.
Mug di tangan diletakkan di atas meja lalu berjalan laju ke arah dapur. Nazim melihat air yang tertumpah di lantai dan mug di atas meja yang masih berasap.
"Alamak..mesti kena tangan air panas tu" kepala yang tidak gatal digaru, dia serba salah.
Pantas dia berlalu ke dapur untuk melihat keadaan gadis itu.
"Awak okay? Sorry, saya tak sengaja" kata Nazim mendekati Jasmine yang berdiri di sinki dapur melalukan air dari paip ke tangannya.
"Hurm" jawab gadis itu.
"Awak ada first aid? Nak saya ambilkan?" Nazim cuba membantu.
"Tak perlu" jawab Jasmine dingin lalu dia beredar dari situ.
Nazim dihimpit rasa bersalah. Namun dia tetap perlu menghilangkan dahaganya.
"Awak okay ke tu?" tanya Nazim yang datang dari arah dapur setelah selesai minum air.
"Okay" jawab Jasmine sepatah sambil menanda buku anak-anak muridnya.
"Awak mengajar subject apa?" Nazim cuba untuk berbual dengan gadis itu.
"Bahasa Melayu, Seni dan Sukan" jawab Jasmine dingin.
"Kau pergilah masuk, aku nak buat kerja. Tak elok berdua macam ni" kata Jasmine lagi tanpa memandang ke arah Nazim.
"Okay. Sorry. Selamat malam" kata Nazim.
Tiada jawapan dari gadis itu, dia terus beredar dari ruang tamu itu dan masuk ke biliknya.
"Garang betul. Dia 'kau aku' kan je aku ni" Nazim membebel sendirian di dalam biliknya.
"Apa la si gila tu nak. Tiba-tiba mesra alam pulak" omel Jasmine sendirian.
SETELAH pulang ke rumah dari percutian mereka. Akhtar menghabiskan masanya di bilik kerja mereka. Aleeya pula membaca sementara menanti suaminya.
"Kenapa sayang?" soal Akhtar yang perasan Aleeya asyik melirik ke arahnya.
"Nothing" kata Aleeya sepatah. Masih berkira-kira mahu meneruskan atau tangguhkan sahaja niatnya. Melihatkan Akhtar yang sibuk dengan urusan kerja.
"Kenapa ni? Ada nak cakap apa-apa ke?" Akhtar meneka sambil membuat kerjanya dilaptop.
"Hurm. Abang lama lagi?" tanya Aleeya yang melihat Akhtar asyik dengan laptopnya.
"Tak sayang, off laptop dah pun. Sayang dah mengantuk ya?" laptopnya disimpan, dan dia memandang pada Aleeya yang duduk menantinya bersebelahan mini library mereka.
"Jom masuk bilik" ajak Akhtar pada Aleeya. Aleeya berjalan mendekati Akhtar. Langkah mereka atur ke bilik tidur.
Mereka merebahkan badan diatas katil. Suasana bilik yang hanya diterangi lampu tidur, dan haruman chamomile yang menyegarkan buatkan mereka berasa selesa dan tenang.
"Esok kita dah mula kerja. Jadual Bunga pun pack sebulan ni" kata Aleeya pada Akhtar.
"Abang tak pasti lagi bulan ni jadual abang macam mana. It's okay, abang faham sayang ada target sales nak kena catch-up. Make sure jaga kesihatan ya" pesan Akhtar pada Aleeya.
"Abang...." panggil Aleeya meleret sahaja nadanya.
"Aduh..lemah betul abang dengar sayang panggil macam ni. Ada apa tu? Nak minta apa? Jangan minta yang pelik-pelik ya" usik Akhtar.
"Abang ni...." kata Aleeya seakan merajuk.
"Gurau la sayang. Ada apa? I'm listening" pujuk Akhtar.
"Abang..I'm sorry I'm not good enough for you, but i tried to be. I'm sorry, i can't compete everyone to be perfect. Thank you because you loved me when i couldn't love myself. Also thank you for being a good husband for me" kata Aleeya yang melentokkan kepalanya pada sisi bahu Akhtar disebelahnya yang memandang dia.
"Sayang..I'm the one who should thank you. Thank you for coming into my life and making me complete. You have been the first and will be the only one ever to touch my heart. Ever since the day i met you, i do really wanna you to be mine. I love you sayang. And i really mean it" Akhtar raih jemari Aleeya dan digenggam lembut, cuba mengalirkan rasa cinta dan sayangnya.
Keadaan bilik tidur yang tenang itu membuatkan mereka selesa untuk meluahkan apa yang terpendam dihati.
"I'm sorry you have to wait for me to open my heart again. I'm too scared to be hurting again" sejujurnya Aleeya meluahkan apa yang tersimpan.
Ya, Aleeya takut jika terluka lagi. Selama ini dia mengelak dan beralasan tentang soal cinta dan perkahwinan kerana bimbang terluka, juga kerana hatinya masih belum dapat merasai perasaan cinta.
"Terima kasih, sebab sudi terima Bunga yang banyak celanya menjadi isteri abang. Walaupun hubungan kita baru bermula semula dengan ikatan pernikahan yang tiba-tiba" ujar Aleeya lagi.
"Abang minta maaf sayang, kerana abang meninggalkan luka yang mendalam. Abang tahu sayang cuma berhati-hati dengan hati dan perasaan sendiri. Abang harap, sayang dapat merasakan kasih sayang dan cinta abang yang ikhlas untuk sayang. Abang sentiasa berdoa semoga usaha abang untuk mengubati dan mengisi semula hati sayang berhasil. Abang ambil keputusan untuk sabar menanti, kerana abang tahu segalanya bermula dari abang" Akhtar usap lembut jemari isterinya.
"Bunga tak mulakan apa-apa hubungan, bukan sebab Bunga membenci apa yang terjadi. Tapi hati Bunga ni tak pernah merasakan seperti yang pernah Bunga rasa dahulu. Rasa tu hilang dan pergi bersama abang dulu. Perlahan-lahan dia muncul kembali setelah kita disatukan" jelas Aleeya supaya Akhtar mengetahui apa perasaannya.
"Alhamdulillah. Abang bersyukur kita merasai kasih sayang yang Tuhan kurniakan untuk kita. Sayang kena tahu dan selalu ingat, kasih sayang, cinta dan rindu abang hanya untuk sayang yang sah bergelar isteri abang. Sebelum kita disatukan, rasa itu abang tahan dan pendam supaya tidak terjerumus je arah dosa. Tanamkan dalam fikiran sayang, tak ada insan lain dalam hati abang selain isteri abang ni. InsyaAllah, walaupun datang beribu wanita, abang akan sentiasa ingat yang abang punyai seorang isteri yang sudah cukup menyempurnakan abang. Kita tak tahu ujian akan datang, tapi satu yang abang nak kita lakukan bersama. Terus percayakan antara satu sama lain, kepercayaan yang akan membawa kita menyelusuri alam rumahtangga ini" kata Akhtar pada isterinya.
"InsyaAllah abang" kata Aleeya.
Aleeya rasa bahagia, nikmat berkasih sayang ketika sudah halal lebih indah dan mententeramkan jiwanya. Dia mendongak sedikit untuk melihat wajah Akhtar yang sedang memandangnya. Memberikan senyuman manisnya.
"I love you husband" ucap Aleeya.
Mata mereka bertatapan dengan penuh rasa cinta. Akhtar senyum bahagia dengar pengakuan cinta Aleeya.
"I love you too my Bunga" ucap Akhtar pula.
Akhtar mendekatkan wajahnya ke arah Aleeya. Aleeya tidak mengelak. Bibir Aleeya dipagut lembut, ciuman pertama si gadis dan si teruna.
"Dengan nama Allah, ya Allah; jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami."Â Akhtar membisikan doa untuk mereka berdua. (H.R Bukhari : 6/141, Muslim : 2/1028)
Malam itu berlalu dengan kehangatan cinta mereka yang mekar bagaikan bunga.
Share this novel