ALEEYA berjalan disebuah taman yang mempunyai tasik. Cantik sungguh suasana pemandangan itu. Dia gembira melihat bunga-bunga yang mekar di taman itu. Dirinya juga berpakaian putih dan sopan. Cantik dan suci, itu yang dirasainya tentang warna putih. Langkahnya terhenti apabila melihat seseorang yang berdiri di hadapannya.
"Ayah? Rindunya Bunga pada ayah" Aleeya lantas memeluk tubuh tua itu.
"Ayah handsome sangat" katanya lagi sambil menatap wajah yang paling dirinduinya.
"Nak pergi mana ni? Ayah kenapa senyum tengok Bunga?" bertalu-talu soalan dia berikan. Namun hanya senyuman yang diperolehi sebagai jawapan. Mereka berjalan perlahan sehingga tiba di tepi tasik.
"Pergilah. Ayah yakin dia akan menjaga Bunga dengan sebaiknya" kata ayahnya sebelum perlahan-lahan berjalan pergi. Aleeya cuba menghalang namun langkahnya kaku. Menangis teresak dia disitu merayu ayahnya kembali.
"Assalamualaikum Bungaku" tegur satu suara padanya. Dia menoleh bersama sisa tangisannya, melihat tubuh seseorang yang berdiri tidak jauh darinya.
"Kenapa menangis isteri abang yang comel ni? Sini" suara itu bertanya dan memangilnya. Lelaki itu menghulurkan tangan padanya. Dia berjalan menghampiri.
"Maafkan abang buat Bunga menunggu lama. Jom kita balik" kata suara itu bersama tangan yang menanti disambutnya.
Aleeya menyambut huluran tangan itu. Di genggam erat sambil berjalan mengikuti langkah si dia. Terasa tenang dan aman dirinya saat itu.
"Terima kasih my Bunga. Abang sayang Bunga abang ni" ujar suara itu lagi. Dia menoleh cuba melihat wajah si dia. Namun kabur pandangan matanya. Suara itu pula seperti sangat dikenalinya.
Perlahan-lahan pegangngan tangan mereka terlerai. Aleeya cuba untuk memegang kembali tangan itu. Lelaki itu berjalan terus kehadapan seperti mahu meninggalkannya. Aleeya cuba mengejar sehingga dia terjatuh. Terpinga-pinga dia apabila merasakan dirinya akan ditinggalkan sendirian sekali lagi.
"Bangun. Bangun sayang. Jangan menangis. Bangun Bungaku" suara lelaki itu memujuknya, samar-samar pandangannya melihat lelaki itu berdiri menanti dirinya.
Aleeya berdiri dan perlahan-lahan berlari anak mendekati si dia yang menanti dengan tangan terbuka untuk memeluknya. Terasa hangat pelukan itu mendamaikan jiwanya. Dia meleraikan pelukan kerana ingin melihat wajah si dia. Namun ada suara lain memangilnya, dia menoleh ke arah suara yang memangilnya namun tidak muncul tiba. Dia berpaling semula untuk melihat wajah si dia, dan sekali lagi dia menangis kerana si dia juga telah hilang dari pandangan matanya. Yang kedengaran hanya suaranya memangil dirinya 'Bunga...Bunga..Bunga...'
"Bunga. Bunga. Buka mata, sayang buka mata" kata Eidlan.
"Bunga..Bunga..Bunga.." suara itu masih didengarinya.
Perlahan-lahan mata Aleeya terbuka dan tertutup. Samar-samar pandangan matanya.
"Nurse" panggil satu suara lagi. Suara itu, suara yang sama dalam mimpinya.
"Cik Aleeya dah sedar? Saya panggil doctor sekejap" suara seorang perempuan.
Aleeya masih dalam keadaan terpisat seperti baru bangun dari lena yang panjang.
"Alhamdulillah. Bunga dah sedar. Tunggu sekejap abang nak call ibu" kata Eidlan bernada lega.
"Bunga...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih sebab kembali. Terima kasih my Bunga" kata Akhtar padanya.
Suara itu, Aleeya yakin suara itu yang didengarinya tadi. Ya itulah suaranya yang didengarinya dalam mimpi.
"Sekejap lagi ibu dengan adik sampai" kata Eidlan yang baru muncul semula.
"Maaf ya encik. Berikan ruang. Kami perlu berikan rawatan pada cik Aleeya. Encik berdua boleh tunggu di luar ya" kata nurse yang bertugas hari itu.
"BUNGA..." panggil puan Aliah yang baru tiba.
Aleeya menoleh. Senyuman hambar terpamer dari bibir pucatnya. Dia tahu, dia sudah banyak memberi kebimbangan pada mereka semua. Kerana itu, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa walau sepatah kata sejak dia mula sedar.
"Kesiannya anak ibu" kata puan Aliah yang memeluknya lembut.
Aleeya masih kaku. Terasa sakit tubuh badannya. Juga terasa seperti dia terlalu penat dan letih sehingga kehabisan tenaga.
"Nak makan tak sayang? Ibu bawa bubur yang Bunga suka ni" tanya puan Aliah pada anak gadisnya itu.
Aleeya menggeleng perlahan. Lalu menundukkan pandangan. Tidak mampu menatap wajah sayu ibunya.
"Sayang penat? Sakit kat mana? Nanti ibu bagitahu doctor" masih cuba memujuk anaknya berbicara.
Namun Aleeya tetap juga diam membisu. Eidlan juga buntu, sejak Aleeya sedar. Tiada sepatah pun kata yang keluar dari bibirnya. Akhtar pula hanya menjadi pemerhati. Dia tahu gadis itu menyimpan segala rasa sendirian. Pasti terlalu berat, kerana itu tidak terluah.
"Sayang. Nak adik tolong apa-apa tak? Sayang nak adik suap? Selalukan adik yang jadi tukang suap sayang makan bila sakit" pujuk Emir pula.
Aleeya masih diam. Tidak membalas apa-apa. Puan Aliah tersenyum nipis melihatkan kebisuan anak gadisnya itu. Entah apa yang dipendamkan sehingga tidak mampu terluah.
"Tak apa lah. Bunga rehat ya, ibu ada. Terima kasih sebab kembali pada ibu. Ibu bersyukur sangat Bunga" lembut tutur kata puan Aliah padanya.
Setitis dua titis dan lama kelamaan semakin lebat air mata gadis itu keluar. Tangisan sepi sehingga tiada yang menyedari Aleeya sedang menangis, kecuali Akhtar. Dia mendekat ke sisi katil gadis itu, lalu duduk melutut dan memberi handkerchief miliknya namun tidak bersambut. Puan Aliah, Eidlan dan Emir terkejut dengan perlakuan Akhtar pada awalnya, namun kemudian mereka menyedari Aleeya sedang menangis apabila melihat Akhtar menghulurkan handkerchief miliknya.
"Kenapa menangis? You did well. Semua orang bangga dengan tindakan seorang Eshal Aleeya. Kami cuma bimbang, Aleeya tidur terlalu lama. You'll be alright because you're the strongest fighter. Don't cry" Akhtar cuba memujuk, perlahan dilap air mata gadis itu sebelum dia berdiri semula.
"Assalamualaikum" serentak suara si kembar memberi salam.
"Sampai dah. Masuk la" kata Eidlan pada mereka.
Aleeya masih menundukkan pandangannya. Eidlan memberi isyarat pada si kembar untuk cuba membuat Aleeya bercakap dengan mereka.
"Kau okay? Sakit kat mana-mana?" tanya Azlina lalu menggenggam tangan sahabatnya itu.
Azizah pula terus menarik Aleeya dalam pelukannya.
"It's okay. It's okay. Everything will be fine. Kau kena recovery cepat. Bunga&Coklat perlukan kau" pujuk Azizah pula.
"Makan eh. Aku suap, macam dulu-dulu tu. Tak ada selera pun habis satu mangkuk" Azlina cuba berseloroh.
Yang lain sudah tersenyum, teringat peristiwa bubur semangkuk yang habis dimakan Aleeya tanpa sedar dengan pujukan Azlina.
Aleeya mengalah, tidak mahu mereka bimbang. Puan Aliah berjaya juga memujuknya makan untuk beberapa suap. Tekaknya masih terasa perit. Mungkin terlalu lama dia tidak sedarkan diri atau kesan akibat pergelutan.
"Akhtar balik dulu. InsyaAllah, ada masa Akhtar datang melawat lagi kalau Bunga masih disini" sebaik melihat kehadiran Nazim terus dia meminta diri untuk pulang.
"Tak perlu. Jangan datang, jangan cari atau jumpa aku lagi" serak dan mendatar sahaja intonasi Aleeya. Dia tidak melihat sesiapa pun ketika meluahkan kata-kata itu.
"Jika itu permintaan Bunga, baiklah. Jaga diri Bunga. Assalamualaikum" Akhtar mengalah, dia tahu dia tidak akan menang.
Mereka yang berada disitu tidak tahu mahu beraksi bagaimana dengan keadaan itu. Nazim juga terkaku dengan perbualan itu.
"Abang teman Akhtar dulu. Jom Akhtar" kata Eidlan pada semua yang ada sebelum mengajak Akhtar beredar.
"Alhamdulillah. Lega saya awak dah sedar" sapa Nazim padanya.
"Encik baliklah. Jangan cari saya dan ganggu saya lagi. Cukuplah apa yang jadi" kata Aleeya pada Nazim tanpa melihat lelaki itu.
"Bunga nak rehat ibu" minta Aleeya dengan suara yang serak.
"Maaf ya Nazim. Nazim balik dulu ya. Bunga tak apa-apa dah. InsyaAllah dia semakin pulih" sopan puan Aliah meminta Nazim beredar.
"Saya minta maaf Aleeya. Mak Cik, maafkan saya. Saya balik dulu" Nazim beralah untuk saat itu. Mungkin Aleeya masih marah padanya. Dia beredar pulang.
"Ibu..." panggil Aleeya yang sudah merebahkan badannya.
"Ya sayang. Bunga nak apa-apa?" prihatin puan Aliah bertanya.
"Bunga jumpa ayah" terhambur tangisannya selepas meluahkan kata-kata itu.
"Allah..anak ibu" sebak puan Aliah melihat keadaan anaknya itu. Dipeluk lembut tubuh gadis itu untuk memujuknya.
Emir dan si kembar yang melihat menahan sebak. Begitu juga Eidlan yang sempat mendengar kata-kata adiknya. Mereka yakin Aleeya sedang rapuh, seperti suatu masa dulu.
"Rehatlah sayang. Tidurlah. InsyaAllah, semua akan baik-baik" pujuk puan Aliah lagi.
"MACAM mana keadaan Aleeya?" soal Azad sebaik Akhtar tiba di rumah sewa mereka.
"Alhamdulillah. Doctor cakap keadaan dia semakin pulih. Mungkin sehari dua lagi dia kena tahan. Cuma dia tak bercakap sangat. Lebih banyak diam" jelas Akhtar.
"Esok boleh la kita pergi melawat sekali" kata Irham pula.
"Aku tak pergi dah" jawab Akhtar.
"Eh! Kenapa? Ada apa-apa yang kita orang tak tahu ke?" soal Irham lagi.
"Dia minta aku untuk tak datang, cari atau jumpa dia lagi" jelasnya pada mereka.
"Hurm. Habis kau betul-betul tak nak jumpa dia lagi?" tanya Azad.
"Yup. Itu permintaan dia. Aku ikhlas sayangkan dia selama ni. Aku rasa, ini yang terbaik Tuhan aturkan untuk kami. Aku dah reda nak melepaskan dia. Aku tak nak jadi beban pada dia" kata Akhtar yakin, dia tidak mahu gadis itu semakin terluka. Dia juga tahu, impian yang selama ini cuba dipertahankan tidak akan menjadi kenyataan.
"Kau serious?" soal Irham pula.
"Yup. Aku pun tak mampu nak halang ummi lagi. Jadi, sebelum aku tanpa sedar menambah luka pada dia. Ini yang terbaik untuk kami" jawabnya tenang.
"Habis, kau akan penuhi permintaan ummi kau, kahwin dengan Leyla?" tanya Azad.
"Tak ada apa yang aku boleh buat. Tak ada beza pun kalau aku terus berkeras. Ummi dah tetapkan majlis lagi tiga bulan. Kau tahu lah ummi" Akhtar berterus terang pada mereka.
"Kalau kau rasa itu yang terbaik. Terpulang pada kau. Kita orang sebagai kawan, mampu doakan semoga yang baik-baik sahaja untuk kau" kata Irham.
"Jadi, majlis kita ni berturut la ya? Minggu depan kau. Bulan depan aku, lepas tu kau pula Akhtar" kata Azad selamba.
"Macam tu lah. Tapi aku pengantin yang tak excited macam kau orang. Pengantin terpaksa" luah Akhtar.
"Jangan cakap macam tu. InsyaAllah, semua akan baik-baik" nasihat Irham.
Akhtar senyum hambar. Jika ini ketentuan hidupnya, dia perlu mula menerima keadaan itu. Dia juga perlu belajar melepaskan Aleeya dengan ikhlas.
"Kau jadi pindah barang minggu ni?" soal Akhtar pada Irham.
"Jadi. Kalau tak jadi muncung sedepa la Elyn. Cuti kahwin bukan lama pun, seminggu je. Terkejar pula nanti nak setup rumah sana" kata Irham.
"Rezeki kau kan, nak khawin loan rumah lulus. Elok dah tak payah menyewa lepas ni" kata Akhtar pula.
"Itu lah. Perancangan Allah sesuai dengan waktunya. Alhamdulillah" jawab Irham.
"Kau jadi ke nak sewa rumah yang Aira cakap tu?" soal Irham pada Azad pula.
"Nampak gaya macam tu lah. Tengah-tengah, nak ke tempat kerja dia dekat nak ke tempat kerja kita pun dekat. Kau untung la, Elyn punya office sekali jalan nak ke tempat kerja. Aku ni kena fikir yang terbaik untuk kita orang, tak pasal kang perang" jelas Azad.
"Hahaha. Bagus, itu yang kita mahu, suami misali" gurau Irham.
"Kau nanti nak stay sini ke kau nak cari bilik sewa lain?" soal Azad pada Akhtar pula.
"Tak pasti. Sebenarnya, aku ada cuba submit loan untuk beli rumah. Aku try je, ada rezeki dapat lah. Tak ada rezeki, aku cari lain" kata Akhtar.
"Rumah baru ke subsale?" tanya Irham pula.
"Dua-dua ada. Tengoklah mana yang dapat feedback positive. Banyak juga nak kena fikir, tapi aku lagi prefer rumah baru. Hopefully ada la sinar jawapan" jelasnya.
"InsyaAllah, ada rezeki kau tu" kata Irham.
"Jangan lupa eh tanggungjawab jadi groomsman aku" Irham mengingatkan mereka.
"Ya lah. Tak ada kitaorang tak boleh salam tok kadi kau nanti" usik Azad.
"Apa pula tak boleh. Salam je lah" Irham membidas.
"Sembang. Nanti jangan pula tangan kau yang sejuk. Harap tak mandi peluh sekali" usik Akhtar pula.
"Main kasar. Main kasar. Cakap aku, kau orang pun sama nanti" bidas Irham.
Terlepas ketawa mereka. Akhtar menyimpan rasa dalam hati. Sempit dirasakannya bila berbicara soal perkahwinan.
"SEMPAT ke tiga bulan lagi?" soal puan Zaharah.
"InsyaAllah sempat. Kita boleh terus uruskan semua sekarang" kata puan Nuraini pula.
"Tak macam tergesa-gesa?" soal encik Hashim pula.
"Tidak lah. Akhtar sudah berkerja, Leyla juga sama. Mereka bertunang pun sudah terlalu lama. Jadi, tak ada timbul isu tergesa-gesa" kata encik Usaid Akram pula.
"Kamu Leyla, macam mana? Setuju?" soal puan Zaharah pada anaknya.
"Leyla ikut mana yang terbaik. Pertunangan pun sudah empat tahun berlalu. InsyaAllah, boleh diuruskan persiapan dalam masa dua bulan" jawab Leyla sopan. Riang hatinya apabila berita itu yang diterima.
"Dah kalau begitu kata kamu. Uruskan lah apa yang perlu. Abah dan mama ikut sahaja mana yang terbaik yang kamu rasa" putus encik Hashim.
"Baik abah. InsyaAllah, ini yang terbaik" jawab Leyla.
"Kamu nanti bincanglah tentang kerja, rumah dan sebagainya dengan Akhtar. Dah jadi suami isteri nanti, tak kan nak duduk berasingan pula" kata puan Zaharah.
"Leyla akan cuba minta tukar atau mohon ke sekolah di kawasan berdekatan tempat kerja abang Akhtar nanti. Tentang tempat tinggal semua, nanti Leyla akan bincang dengan dia" jawabnya.
"Alhamdulillah. Baguslah macam tu. InsyaAllah, kita doakan urusan mereka dipermudahkan. Nanti borang nikah apa semua boleh la diuruskan" kata encik Usaid Akram.
"Boleh. Nanti saya bantu Leyla uruskan" kata encik Hashim pula.
"Alhamdulillah. Berbesan juga kita ya" kata puan Nuraini teruja pada puan Zaharah.
"InsyaAllah" jawab puan Zaharah gembira.
Leyla senyum bahagia. Dia sudah merasai takdir menyebelahi dirinya. Berbunga hati apabila terbayang kebahagiaan dirinya. Rancangannya untuk bertemu Aleeya dibatalkan kerana ummi Akhtar sudah membicarakan soal pernikahan mereka.
Share this novel