LIMA bulan kemudian.
Ketika Aleeya dan kembar sedang makan untuk mengisi perut yang kosong di cafe kolej. Mereka berbual-bual tentang banyak perkara termasuk gosip. Seperti yang dijanjikan, tahun akhir itu mereka tinggal di bilik yang sama.
"Weh! Dah dua bulan kita naik sem. Kau relax je tak jumpa pun Arjuna kau. Nampak dia kat kolej pun tak ada" kata Azizah pada Aleeya.
Begitulah keadaan Aleeya dan Akhtar. Sepanjang cuti tiga bulan hanya sekali dua mereka berhubung melalui telefon. WhatsApp juga boleh dikatakan seminggu hanya sekali atau dua kali bertanya khabar. Naik semester baru ini, baru dua kali Akhtar menghubunginya. Itu pun sewaktu pendaftaran sem baharu dan dua minggu lepas. Selebihnya seperti biasa WhatsApp sekali dua dalam seminggu.
"Dia dah last kat kolej sem ni, tapi sebulan dua je lepas tu dia pergi practical luar la. Kak Ain pun stay luar dengan Kak Sue, sebab duk kolej susahkan nak keluar masuk. Aku pun malas nak kacau dia sangat. Aku okay je macam ni" terang Aleeya.
"Oh, kira dia dah tak ada la kat kolej eh? No wonder lah tak nampak dah. Kau dengan dia macam mana?" tanya Azlina pula.
"Okay je. Kami baik-baik sahaja. Ada jodoh adalah, tak ada kena la cari lain. Tolong pilih la nanti untuk aku kalau kena cari lain eh? Penat la cari jodoh ni" gurau Aleeya pada si kembar.
"Kau ingat pilih jodoh ni macam pilih baju ke? Meh nak betulkan sikit skru kat kepala kau kot longgar ke" kata Azizah sambil menarik kepala Aleeya ke arahnya.
"Betul, aku nak buka kepala kau ni kot ada wayar dah short, jadi litar pintas. Tu sebab kau jadi tak betul macam ni" tambah Azlina pula.
Terlepas tawa mereka bertiga. Aleeya cuba mengusir rasa tidak enak yang telah lama beraja dalam hatinya. Sengaja dia berkata begitu pada si kembar.
"Aku okay je lah. Lagipun kita orang tak declared apa pun, couple tak, bercinta tak, kekasih pun tak, berjanji tak, bersumpah setia pun tak. Cuma kami kawan secara serious je, ada jodoh ada. Tak ada, kami kena terima. Dia macam ni tau, kita orang anggap kita orang ni istimewa untuk satu sama lain dengan tujuan berdoa semoga Allah jodohkan kami di akhirnya. Aku masih boleh berkawan, dia pun sama. Cuma bila salah seorang dari kita orang ni nak stop, tak nak terus berkawan serious. Boleh je berterus terang and tarik diri" terang Aleeya pada si kembar.
"Sumpah complicated korang ni" kata Azizah.
"Betul. Complicated sungguh la. Apa pun kita orang doakan yang terbaik je" kata Azlina pula.
"Jom lah, kita ada kelas lagi kul 11.00 ni" ajak Azlina apabila mereka sudah selesai makan di cafe untuk mengisi perut selepas tamat kuliah pagi.
Sewaktu mereka sedang berjalan dan berbual. Handphone Aleeya berbunyi. Nama Arjuna tertera. Tersenyum dia lalu menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum" sapa Aleeya.
"Wa'alaikumsalam. Bunga buat apa?" soal Akhtar.
"Nak pergi dewan kuliah, ada kuliah pukul 11.00 ni. Ada apa Arjuna?" Aleeya bertanya. Sejak cuti semester lepas, mereka saling membahasakan diri dengan nama Bunga dan Arjuna.
"Tengah hari Bunga free?" soal Akhtar.
"Pukul berapa? Bunga habis kuliah pukul 1.00, lepas tu pukul 3.00 nanti baru ada kelas semula" jawab Aleeya.
"Nanti habis kuliah Arjuna ambil, kita lunch sama. Habis kuliah call Arjuna" pesan Akhtar.
"Okay, nanti Bunga call" jawab Aleeya.
"Jaga diri Bunga untuk Arjuna. Belajar rajin-rajin okay. Assalamualaikum" Akhtar menamatkan perbualan.
"Okay then. You too. Wa'alaikumsalam" Aleeya menamatkan panggilan.
"Apehal?" tanya Azizah.
"Arjuna. Ajak lunch. Nanti aku tak join korang lunch eh" ujar Aleeya.
"Oh. Takde hal lah. Nanti dia ambil kau ke?" Azlina pula bertanya.
"Yup. Dia suruh call bila habis kuliah" kata Aleeya lagi.
"Okay la tu, kau pun da lama tak jumpa dia. Call dengan WhatsApp pun jarang. Kita orang bagi peluang la kali ni" usik Azizah.
"Betul..kitaorang bagi peluang kau dating harini" Azlina menambah.
"Suka eh usik aku" jawab Aleeya.
"Bukan selalu usik kau. Selalu kau jadi lalang usik kita orang" kata Azizah.
"Lalang pun boleh. Janji seronok dapat kenakan korang" sahut Aleeya.
Setibanya di dewan kuliah mereka mencari tempat untuk duduk. Handphone di tukarkan kepada mode silent.
"WEH! Esok kita da nak start intern. Semoga urusan kita di permudahkan. Sekejap je masa berjalankan. Elyn dah sedih dah, katanya lepas ni lagi susah nak jumpa" kata Irham.
"Tulah. Aira pun sama. Kita pun kelas jarang ada. Pulun buat part-time, nanti dah intern susah nak buat part-time. Mujur kita intern ni dapat elaun sikit dari tempat kita apply tu" sokong Azad.
"Kau lagi lama tak jumpa Bunga. Last jumpa raya kan. Pastu call pun jarang, WhatsApp lagi la. Kau ada problem ke dengan dia?" Irham bertanya pada Akhtar.
"Tak ada lah. Kita orang okay je. Aku cuba elak untuk terbiasa, untuk terus jaga batas kita orang. Lagipun dia tak pernah call ke WhatsApp aku dulu. Aku pun tak tahu kenapa, ni baru je lepas ajak dia lunch sekali. Aku lunch dengan Bunga eh tengah hari ni" kata Akhtar pada mereka.
"Ha..elok la tu. Kau pun da lama tak jumpa dia" kata Azad pula.
"Pergi lah, kita orang okay je berdua. Nanti kau pun da susah nak jumpa dia" Irham menyokong Azad.
"Tu lah. Ni nak jumpa pun sebab nak bagitahu dia la ni kita dah start intern. Aku pun sebenarnya rindu nak tengok dia depan mata. Tapi tu lah, takut iman tak kuat. Hahaha" kata Akhtar.
Terlepas tawa Irham dan Azad mendengar ayat Akhtar.
"Kau ni..perangaiiiii" kata Irham.
"Kau jangan macam-macam, sekali dia watcha kau, baru tahu erti penyesalan" kata Azad pula.
"Gurau je lah. Tapi memang rindu pun dekat dia, lama tak jumpa. Korang lain lah, senang nak jumpa. Video call pun takde hal" kata Akhtar pula.
"Kau yang tak nak video call dia. Bukan tak boleh" kata Azad.
"Segan, dia pun mesti segan. Call pun macam susah nak cakap. Jumpa depan-depan lagi la, lagikan nak video call. Dia lain la. Lain dari yang lain" kata Akhtar.
"Dia jaga diri dia betul-betul untuk orang yang akan miliki dia. Sebab tu la kot dia buat macam tu" kata Irham pula.
"Agaknya lah. Semoga aku la orang yang bertuah tu" jawab Akhtar.
"Aamiinn" serentak Azad dan Irham mengaminkan doanya.
Mereka hanya berehat dan bersantai di rumah sewa pada hari itu. Semalam merupakan hari terakhir mereka lakukan kerja part-time, esok mereka mulakan practical di tempat pilihan masing-masing.
Waktu berlalu dengan pantas. Akhtar yang tertidur ketika menonton tv tersedar apabila handphonenya berbunyi. Dilihatnya Azad dan Irham juga sama masih tidur. Entah bila mereka terlena pun dia tidak sedar. Dia yang masih terpisat dari sedar lenanya, menjawab panggilan telefon.
"Assalamualaikum" suara Aleeya menyapa.
"Wa'alaikumsalam" jawab Akhtar dengan suara yang sedikit serak.
"Arjuna tidur ke? Sorry. Bunga baru habis kuliah ni. Jadi tak nak lunch sama?" tanya Aleeya padanya.
"Ya Allah. Sekejap eh, lima minit Arjuna sampai. Bunga tunggu dekat bus stop okay" kata Akhtar pada Aleeya.
"Okay. Bunga tunggu sana" jawab Aleeya.
Segera Akhtar bangun ke bilik air mencuci muka, langsung Akhtar bersiap untuk berjumpa dengan Aleeya. Sempat juga di kejutkan Irham dan Azad sebelum keluar dari rumah.
"ASSALAMUALAIKUM" sapa Aleeya sebaik menaiki kereta.
"Wa'alaikumsalam. Sorry, lama tunggu?" soal Akhtar.
"Tak ada lah. Tak sampai lima minit pun. Tadi masa call, Bunga masih dalam dewan kuliah lagi. Lecturer baru keluar dewan terus call, if tak jadi tadi balik hostel dengan kembar" Aleeya menjelaskan.
"Arjuna tertidur masa tengok tv tadi, rupanya dengan Irham, Azad sekali hanyut. Nasib baik Arjuna pesan pada Bunga suruh call bila habis kuliah" terang Akhtar pula.
"It's okay. Kita nak ke mana ni?" tanya Aleeya sebaik kereta mula bergerak.
"Seat belt pakai Bunga. Nak pergi lunch la, ikut je okay" tegur Akhtar bila Aleeya masih belum memakai tali pinggang keselamatan.
"Sorry, lupa" jawab Aleeya sopan.
"Esok Arjuna dah start practical luar. Tak tahu bila lagi boleh jumpa. Bunga kalau ada apa-apa WhatsApp atau terus call okay" kata Akhtar pada Aleeya
"Oh. Okay. Kira lepas practical luar nanti terus habis dah la kan?" soal Aleeya kembali.
"Yup. Bunga ada baki lagi satu semester kan? Tak silap kita convo nanti sekali" ujar Akhtar lagi.
"Ha'ah. Ada baki satu semester lagi. Betul la tu, kita convo nanti sekali" jawab Aleeya.
"Nak tanya sikit, kenapa Bunga tak pernah WhatsApp atau call Arjuna. Selalunya Arjuna yang mulakan dulu" pertanyaan yang sememangnya Akhtar ingin utarakan pada Aleeya.
"Oh. Hal tu. Bunga tak tahu nak mulakan macam mana, nak cakap apa. Bunga malu. Second, Bunga takut Bunga mengganggu Arjuna. Lagipun ni dah last semester Arjuna, tak nak lah ganggu focus Arjuna untuk final sem ni. Tak ada sebab lain pun" jawab Aleeya jujur.
"Faham. Tak ganggu pun Bunga. If ada apa-apa nak share atau nak bagitahu apa-apa. WhatsApp or call, mana-mana pun boleh. Belajar rasa selesa bila dengan Arjuna. Boleh?" pinta Akhtar pada Aleeya.
"Oh Bungaku, sungguh elok terjaga" desis hati Akhtar.
"Bunga cuba, Bunga buat Arjuna kecil hati ya? Maaf tau. Bunga tak biasa. Bukan Bunga tak selesa dengan kehadiran Arjuna, cuma masih belum terbiasa" terang Aleeya.
"Tak lah, cuma nak tahu je. Lepas ni dah makin jauh. Boleh contact pakai phone je" Aleeya pandang sekilas pada Aleeya di sebelahnya.
"Okay. Oh ya, Bunga sem ni banyak assignment luar. So maybe weekend pun kena ke luar kolej" Aleeya pandangan Akhtar di sebelahnya.
"Pergi mana-mana inform Arjuna ya. At least, Arjuna tahu Bunga kat mana" pesan Akhtar.
"Okay. Bunga WhatsApp kalau Bunga ke mana-mana" ujar Aleeya.
Setelah lima belas minit perjalanan, mereka sampai di sebuah kedai makan yang menjual lauk-pauk kampung.
"Jom. Dah sampai" ajak Akhtar pada Aleeya.
Mereka keluar kereta bersama, Aleeya hanya mengikuti Akhtar dari belakang. Sehingga mereka tiba di sebuah meja yang kosong.
"Ramai harini. Bunga nak makan apa? Nak order atau ambil nasi putih dengan lauk kat sana" tunjuk Akhtar pada arah buffet yang tersedia.
"Bunga ambil nasi putih kat sana. Kalau ambil order air, Bunga nak air limau ais kurang manis dengan ais kosong satu" kata Aleeya kemudian berlalu ke arah meja yang tersedia berbagai lauk-pauk.
Akhtar memerhatikan Aleeya dari meja yang mereka duduki, dan membuat pesanan air. Ketika memerhatikan Aleeya, Akhtar perasan ada sekumpulan lelaki yang duduk di meja berhampiran mereka juga memerhatikan Aleeya sejak mereka tiba.
Aleeya duduk setelah siap mengambil makanan dan mencuci tangan. Giliran Akhtar pula mengambil makanan di meja buffet yang tersedia. Sambil di perhatian juga Aleeya di meja yang duduk berseorangan. Kumpulan lelaki tadi masih memerhatikan Aleeya.
"Perasan tak, setiap kali jumpa baju kita pakai warnanya sama" tegur Akhtar setibanya dia di meja mereka.
"Perasan, dah banyak kali kan" jawab Aleeya sambil tersenyum.
"Bunga yang perasan atau perasaan Bunga je, group lelaki kat meja sana tu asyik pandang sini je? Bunga rasa tak selesa" pertanyaan Aleeya pada Akhtar. Nak kata seksi, dia pakai baju kurung pahang je pun, seksi celah mana.
"Nak pindah sini duduk tempat Arjuna?" Akhtar tidak menjawab sebaliknya hanya menawarkan penukaran tempat duduk.
"Boleh, kita tukar eh. Thank you" Aleeya bangun, Akhtar juga. Mereka menukar tempat duduk. Akhtar membacakan doa, dan mereka mula menjamu selera.
Ketika sekumpulan lelaki tadi mahu beredar, mereka mendekati meja yang diduduki oleh Aleeya dan Akhtar. Seorang dari mereka menghulurkan kertas di sebelah Aleeya dan menegurnya.
"Hai, nak berkenalan je. Ni number phone saya, boleh minta number phone adik yang cantik ni" kata lelaki itu padanya. Kawan-kawannya juga masih setia menanti.
Wajah Akhtar sudah kelihatan tegang. Aleeya perasan akan hal itu, tidak mahu perkara lain yang terjadi. Segera Aleeya fikirkan cara terbaik untuk situasi tak terduga itu.
Tangan kiri Aleeya spontan menyentuh lengan kanan Akhtar yang berada di atas meja, dia menoleh pada sekumpulan lelaki tadi sebelum berkata.
"Pardon me, this is my husband. I'm a married person, plus I'm a pregnant woman too and it's a sin to disturb a married woman."Bukan dikalangan kami (umat Nabi Muhammad saw) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya" -Hadis Riwayat Abu Daud." sambil menunjukkan tangan kanannya yang bersisa makanan kerana sedang makan dan sememangnya tersarung sebentuk cincin emas belah rotan hadiah dari ibunya.
"Malu oi, jom blah. Sekali hadis dia bagi" kata rakan lelaki itu di sebelah.
"Sorry" lelaki tadi ambil semula kertas yang dihulurkan tadi dan segera mereka beredar meninggalkan tempat itu.
Lega terpamer di wajah Aleeya, ada juga pengunjung lain yang memandang ke arah mereka kerana keadaan tadi. Entah kenapa Aleeya rasa sentuhan di tangan kirinya hangat. Tangan kiri? Segera Aleeya lihat tangannya yang menyentuh lengan Akhtar. Kalut dia melepaskan pegangannya.
"Sorry, Bunga nampak muka Arjuna tegang tadi. Macam nak bertumbuk je gayanya. Tindakan reflect nak cool down kan orang. Bunga tak perasan, kalut nak selamatkan diri and keadaan" terang Aleeya dengan tindakannya. Malu tak boleh bawa bincang. Pertama kali sentuh lelaki bukan mahram, itu pun bukan di sengajakan.
Akhtar simpan senyum. Comel sungguh la muka gelabah Aleeya.
"Sorry juga. Kalau Bunga tak tahan tadi memang Akhtar nak tegur dah mamat tu. Tak respect betul dekat orang. And i love the ideas, I'm your husband and that you're expecting our first baby's" tak boleh nak cover lagi dah, pecah juga senyuman dan tawa kecilnya.
"Malas nak layan, nak sambung makan" jawab Aleeya mengelak dengan muka tahan malu. Semakin seronok Akhtar ketawa namun masih di kawal.
Selesai makan mereka duduk seketika.
"Macam nak ABC la. Nampak sedap tapi takut tak habis pula" kata Aleeya pada Akhtar.
"Order lah, kita share" suruh Akhtar.
"Betul ni share? Bunga order satu eh" Aleeya membuat pesanan.
Sampai sahaja ABC yang di order. Aleeya serba salah nak makan.
"Kenapa tak makan?" soal Akhtar.
"Makan la sekali. Makan sama-sama. Bunga minta sudu lagi satu eh" kata Aleeya,
"Tak perlu. Bunga makan dulu, lepas Bunga makan, Arjuna makan" jawab Akhtar mudah.
"Tak apa ke share sudu? Tak rasa" belum sempat Aleeya habiskan ayatnya, Akhtar sudah bersuara.
"Geli? Kalau dengan Bunga tak" jawab Akhtar selamba. Sudu diambil, dia sudukan sedikit ABC dan disuakan pada Aleeya.
"Makan la" ujar Akhtar.
Aleeya hanya menurut. "Nampak sedap, mesti lagi sedap bila orang suap" desis Aleeya dalam hatinya.
"Sedap?" tanya Akhtar.
"Sedap tapi jadi lagi sedap sebab orang suap" Aleeya pamer senyum nipis pada Akhtar.
Akhtar pula selamba menyudu ABC dan disuapkan ke mulutnya pula.
"Manis tapi manis lagi orang depan Arjuna ni" kata Akhtar bersahaja.
"Pickup line ke apa ni" Aleeya bertanya sambil tersenyum. Akhtar hanya tersenyum sahaja memandang dia.
"Cincin Bunga tu siapa bagi?" soal Akhtar.
"Cincin ni? Ibu bagi hadiah masa SPM" Aleeya tunjuk jari manisnya yang tersarung sebentuk cincin emas belah rotan miliknya.
"Yang ni siapa bagi?" tanya Akhtar lagi pada cincin emas putih yang tersarung di jari manis kiri Aleeya.
"Abang, hadiah birthday Bunga" jawab Aleeya jujur.
Habis makan mereka beredar, Akhtar mahu menghantar Aleeya pulang ke hostel. Dalam perjalanan pulang mereka hanya mendiamkan diri. Sehinggalah Aleeya bertanya soalan pada Akhtar.
"Intern nanti, stay rumah sewa sini ke atau pindah tempat lain?" Aleeya menoleh ke arah Akhtar di sebelahnya.
"Stay rumah sewa sini. Tapi kena keluar awal sikit. Sebab masuk kerja pukul 8 pagi habis pukul 5 petang" jawab Akhtar sambil memandang ke arah Aleeya.
"Hurm. Bila-bila free boleh jumpa tak?" tanya Aleeya padanya.
"InsyaAllah. Kalau ada masa boleh, kenapa?" tanya Akhtar pada Bunga.
"Saja. Mana tahu rindu Arjuna" jawab Aleeya perlahan lalu membuang pandang ke arah luar tingkap disebelah kirinya.
Akhtar sembunyi senyum, walaupun perlahan dapat dia dengari kata-kata Aleeya.
"Mana tahu rindu? Kita ni rindukan dia tak tahu ke. Tu sebab ajak lunch sekali ni" Akhtar mengusik Aleeya.
"Tahu. Saja buat-buat tak tahu. Takut. Takut terbabas. Nanti dah simpan dalam-dalam tak boleh nak lepaskan, bila tiba-tiba kena lepaskan" jawapan balas Aleeya buat Akhtar di sebelahnya tersentak.
"Jangan cakap macam tu. Doa yang baik-baik untuk kita okay. Arjuna sentiasa berdoa semoga urusan kita di permudahkan" rasa tidak enak menjengah hati Akhtar.
"Bunga pun sama. Entah lah. Bunga rasa macam sesuatu akan jadi. Lupakan lah. Nak tahu tak, ABC tadi. First time Bunga share makanan dengan lelaki. Bunga tak pernah share makanan sama sudu and straw dengan orang lain selain kembar dengan family. Hilang akal agaknya Bunga harini" Aleeya cuba menukar topik.
"Bunga. Percayakan Arjuna, sentiasa ya. Sama la, Arjuna pun tak pernah share makanan sama bekas, sama sudu sama straw dengan perempuan lain tau. Bunga yang pertama dan InsyaAllah, Bunga yang terakhir" kata Akhtar sambil memandang Aleeya sekilas
Setelah tiba di hostel Aleeya, sempat Akhtar berpesan pada Aleeya.
"Jaga diri Bunga untuk Arjuna. Terus percayakan Arjuna, sentiasa. Bunga satu-satunya bunga dalam hidup Arjuna. Ingat tu sentiasa" kata Akhtar pada Aleeya
"Jaga hati Arjuna untuk Bunga. Bunga sentiasa percayakan Arjuna Bunga. Bunga naik dulu" Aleeya berjalan dan melambaikan tangan ke arah kereta Akhtar sebelum hilang di sebalik bangunan.
"Hati ini yakin Bunga pemiliknya" kata Akhtar ketika melihat Aleeya hilang dari pandangan.
KETIKA Akhtar sampai di kawasan rumah sewa. Ada sebuah kereta axia merah di hadapan pagar rumah sewanya.
"Kereta siapa pula ni. Nak masuk parking macam mana" bebel Akhtar sendirian.
Dia berhenti dan keluar, lalu mendekati kereta itu lalu mengetuk cermin di bahagian pemandu. Kerana kereta itu dalam keadaan enjinnya masih hidup. Perlahan cermin terbuka. Dan yang terlihat adalah wajah calon menantu pilihan umminya.
"Tolong alih kereta dari halang pagar. Saya nak parking kereta" terus Akhtar berlalu ke keretanya semula setelah memberikan arahan pada gadis itu.
"Aduhai. Apehal lah yang dia cari aku sampai sini. Masalah betul lah" rungut Akhtar sendirian ketika di dalam keretanya.
Leyla merubah kedudukan keretanya yang menghalang pagar rumah sewa Akhtar. Kemudian dia menanti sehingga pemuda itu parking di dalam rumahnya.
"Macam tu je dia tegur aku. Dia tak suka ke aku datang jumpa dia. Tak kisah lah. Janji dapat jumpa dia. Aku tunggu sejam lebih dah ni nak jumpa dia" kata Leyla sendirian.
Akhtar memberi salam sebelum masuk ke rumah. Ingin bertemu Irham dan Azad.
"Bro..kau dah jumpa yang kat luar tu? Calon menantu pilihan ummi kau kan, dia bagitahu nama dia Leyla bakal tunang kau. Kita orang dah bagitahu kau tak ada. Tapi dia kata dia nak tunggu, dia call kau tapi tak dapat katanya" tegur Irham sebaik melihat Akhtar masuk ke dalam rumah sewa mereka.
"Aku baru nak tanya korang ni. Lama dah ke dia sampai? Memang la tak dapat aku block number dia. Kau apesal tak call aku?" soal Akhtar pada Irham.
"Lama gak, lepas lima ke sepuluh minit kau gerak. Kita orang nak keluar pergi beli makanan dia sampai. Memang tak la kita orang nak call. Kau tengah jumpa Bunga kot. Kang tak pasal jadi hal lain" kata Azad pula yang muncul dari bilik.
"Apa la yang dia nak ni. Tak faham aku, dia tak faham ke penolakan aku cara sopan tu" keluh Akhtar. Handphone diambil dia mendail number Bunga.
Azad dan Irham hanya berbalas pandangan sahaja. Tidak tahu mahu berkata apa dengan situasi tersebut.
"Assalamualaikum. Buat apa?" soal Akhtar setelah panggilan dijawab.
"Wa'alaikumsalam. Bunga nak solat zohor. Dah sampai rumah?" tanya Aleeya.
"Ha'ah. Nak bagitahu da sampai rumah. Pergi la solat, Arjuna pun nak solat ni. Nanti pergi class hati-hati okay. Jaga diri Bunga. Assalamualaikum" pesan Akhtar pada Aleeya.
Sementara di luar pula suara Leyla memberi salam berkali-kali menjengah ke dalam rumah sewa mereka.
"Tu macam mana? Tak kan nak biarkan je" kata Irham.
"Aku nak solat zohor dulu. Kalau nak dia tunggu kalau tak, suruh dia balik je lah" hilang moodnya dengan situasi itu.
Irham dan Azad keluar menemui gadis itu dan memberitahu apa yang Akhtar minta. Gadis itu tetap dengan memilih untuk menunggu.
Selesai solat, Akhtar duduk seketika menenangkan diri sebelum keluar untuk menemui gadis itu.
"Jom, teman aku. Aku tak nak jumpa dia sendiri" kata Akhtar pada Azad dan Irham.
"Okay, nak jumpa kat sini je ke?" soal Azad pula.
"Sini je la. Depan rumah, tu sebab aku minta kau orang teman" jawab Akhtar.
Mereka hanya bersetuju tanpa banyak soal. Mereka tahu Akhtar menemui gadis itu kerana terpaksa.
"Ada apa?" soal Akhtar pada gadis bernama Leyla yang berdiri di hadapan pagar rumahnya yang tertutup.
"Boleh kita jumpa sekejap" pinta Leyla padanya di luar pagar.
"Ni. Tengah jumpa la kan. Ada hal apa? Sampai datang sini. Mana tahu alamat rumah sewa orang-orang bujang ni?" kata Akhtar dengan nada tidak berminat.
"Nak jumpa abang Akhtar. Minta pada ummi, Leyla minta maaf datang tiba-tiba. Tapi Leyla dah cuba call and WhatsApp abang. Nak bincang pasal kita" terang Leyla.
"Tak payah panggil abang lah, panggil Akhtar. Nak bincang tentang apa? Rasanya tak ada pun perkara yang nak di bincangkan" kata Akhtar lagi.
"Ada. Tentang kita, tentang hal bertunang" jawab Leyla lagi.
"Maaf, saya tak rasa kita ada apa-apa. Lagipun saya tak pernah beri apa-apa keputusan tentang hal tu. Apa yang jelas, saya tak menerima cadang itu. Saya dah jelaskan pada orang tua saya, saya tak berminat dan tak bersedia" tegas Akhtar.
"Tapi ummi dan abi abang dah datang merisik sebagai tanda pada Leyla. Macam mana abang boleh cakap macam ni" seperti hendak menangis nada suara Leyla.
"Akhtar panggil saya Akhtar. Itu berlaku tanpa pengetahuan saya dan tanpa persetujuan dari saya" jelas Akhtar lagi.
"Kita perlu berbincang, kita perlu saling mengenali antara satu sama lain. Baru kita tahu keserasian itu ada atau tidak" kata Leyla mengharap.
"Maaf, saya dah cukup jelas menolak. Sila faham dengan penolakan yang cukup sopan. Saya dah blocked awak, jadi awak harus faham saya tidak berminat" kata Akhtar berterus terang.
"Siapa? Siapa pilihan awak tu? Lebih baik ke dia dari saya? Saya tak rasa awak menolak kerana awak tak bersedia atau berminat tapi awak mesti dah ada pilihan lain" kata Leyla dengan nada suara yang tegang.
"Bukan urusan awak" kata Akhtar tenang.
"Urusan saya, sebab saya ni bakal tunang awak. Calon pilihan ummi awak. Saya yakin, kita akan bertunang dan disatukan juga" kata Leyla dan terus beredar dari situ. Sakit hatinya dengan keadaan itu.
Akhtar hanya memerhatikan gadis itu berlalu ke keretanya dan beredar. Dia mengeluh berat seperti berat bebanan jiwanya.
"Kau okay?" tanya Azad di belakangnya.
Dia berpusing dan menghadap arah Azad dan Irham dengan wajah yang nampak tertekan.
"Entahlah. Aku pun tak tahu nak rasa apa. Kau orang sendiri dengar dan nampak macam mana keadaan sekarang. Aku dah menolak pun, tapi tengok lah. Ummi dengan abi aku buat keputusan tanpa aku tahu dan setuju. Apa pilihan yang aku ada? Apa jalan yang terbaik untuk aku pilih? Banyak hati yang aku nak kena jaga. Aku pun tak tahu" Akhtar melepaskan segalanya yang terpendam pada mereka berdua.
"Jom lah masuk. Kita fikir cara terbaik untuk kau selesaikan masalah ni" kata Irham pula.
"SAMPAI hati awak Akhtar. Apa kurang saya, kenapa tak boleh nak kenal saya dulu? Kenapa terus menolak? Kenapa awak tak cuba beri kita peluang dan ruang berusaha untuk cari keserasian?" kata Leyla sambil teresak dalam tangisan.
Dia memandu pulang ke hostelnya dengan perasaan kecewa dan perut yang kosong. Tidak di sangka kehadirannya tidak disenangi jejaka itu. Tidak terjangka sikap lelaki itu yang akan dingin dengannya.
"Aku yakin, mama dan ummi akan tetap satukan kami nanti" Leyla memujuk dirinya sendiri.
Dia masih juga berharap agar jodoh memihak kepada mereka. Nekad untuk tidak mahu berputus asa, dia akan tetap bertahan untuk menanti waktu pertunangan tiba dan diakhiri dengan pernikahan mereka.
Share this novel