Bab 24

Romance Series 36633

MINGGU berganti minggu. Bulan berganti bulan. Sejak kali terakhir mereka berbalas pesanan WhatsApp, Akhtar memberikannya masa untuk Aleeya berfikir. Sesekali apabila berselisih di kolej hanya senyuman yang saling bertukar tanpa berbicara. Dia mulai rasa seperti rindu akan kehadiran jejaka itu. Namun Aleeya kekal tenang dan ingin melepaskan final exam yang hanya akan menjengah berbaki seminggu sahaja lagi.

"Buka apa harini eh?" tanya Azizah.

"Bazar luar nak? Boring la bazar dalam. Cafe pun sama je macam biasa" ajak Azlina pula.

"Tu lah, sekali je kita pergi bazar luar. Masa puasa ke tiga. Lepas tu semua dalam je. Nak kejar assignment, dengan nak final ni. Harini jumaat, jom la Bunga" ajak Azizah.

"Okay. Kau orang la, bila aku ajak pergi malas. Bila aku pergi dengan budak rumah, tanya nak kirim apa-apa pun tak nak" Aleeya membebel geram dengan si kembar.

"Tak baik membebel Bunga. Bulan puasa ni" kata Azlina, cubaan menghentikan bebelan Aleeya.

"Patut pun kena bebel. Bukan tak ajak, ni tahu pula bosan. Padan muka" selamba Aleeya membalas.

"Ala, bukan tak nak. Budget lari la, dalam harga student. Luar harga orang luar la" kata Azizah pula.

"Aku da cakap da, ikut je nak beli makan apa aku bayarkan la. Makanan je pun, tak sempit pun rezeki kalau kongsi ni" Aleeya mengalah.

"Dah-dah tak payah nak menjawab lagi. Petang ni jom bazar luar. Kita pegi area sini or area condo sebelah sana. Ada dua tapak, bazar. Class harini sampai pukul 3.30 je kan. Pukul 5 nanti siap-siap kita pergi ye sayang-sayang" sambung Aleeya lagi. Akhirnya kata putus dia pilih.

"Ni sayang lebih ni. Belanja tau" bodek Azizah.

"Yeay. Bazar luar tunggu aku datang" kata Azlina pula.

"Bunga, aku tanya jangan marah?" seperti ada hal yang serious ingin Azlina tanyakan.

"Sejak bila la aku boleh nak marah kau orang ni" kata Aleeya.

"Kau dengan Akhtar ada problem ke?" tanya Azlina.

"Tak ada lah kenapa?" soal Aleeya pula.

"Tak ada lah. Kita orang tengok kau orang dah macam stranger. Tak macam dulu. Tak ada WhatsApp, tak ada call. Kalau terserempak kat kolej pun kau dengan dia cuma senyum gitu je" kata Azizah pula.

"Betul. Sebab kes tu ke kau orang jadi macam ni?" Azlina ingin tahu keadaan mereka.

"Eh, tak ada lah. Kita orang okay je. Last jumpa masa last day aku MC, pagi tu dia hantar breakfast. Lagipun kitaorang bukan ada apa-apa pun. Kenal gitu-gitu je" jawab Aleeya mudah.

"Betul?" tanya Azlina dengan wajah kurang yakin.

"Adoi la korang ni, tak boleh la nak berahsia sikit" terlepas juga ayat itu dari bibir Aleeya.

"Agak dah. Cerita la. Sampai hati nak sorok dari kita orang" kata Azizah pula.

"Tak ada lah. Benda tak penting pun, tu sebab aku malas nak share. Okay lah. Dia kan minta nak kawan dengan aku. So, aku tak cakap apa-apa pun. Last aku jumpa dia pagi tu, dia cakap dia bagi aku masa lepastu dia cakap dia ikhlas nak kawan dengan aku. Jadi, sebab tu lah aku dengan dia macam ni. Lagipun aku perlukan masa untuk berfikir nak teruskan ke, atau aku just let it go je" Aleeya menjelaskan kedudukan sebenar keadaannya bersama Akhtar.

"Kita orang rasa kau patut bagi dia peluang. Nampak la dia memang ikhlas and serious nak kawan dengan kau" kata Azlina pula.

"Hurm. Betul cakap Sayang tu. Dia siap bagi kau masa lagi. Kalau dia tak serious tak ada lah dia buat macam tu" Azizah menyokong pendapat Azlina.

"Aku dah ada jawapan sebenarnya. Cumanya, aku tunggu sampai habis exam lah. Buat masa ni aku nak biar macam ni dulu" Aleeya menjelaskan keputusannya.

"Good. Mana yang baik, kita orang sokong" ujar Azlina.

"SYAFIQ. TU bukan awek Akhtar ke?" soal Daniel pada Syafiq yang melepak di tepi kaki lima bangunan kedai. Keberadaan Aleeya dan si kembar di kawasan parking ditunjuk Daniel kepadanya.

"Mana? Serious lah awek dia? Boleh aku kacau ni" Syafiq melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Daniel.

"Ha'ah. Awek dia lah tu. Seronok ni lama tak kacau anak dara orang" kata Faris pula.

"Kereta dia kan tu, jom. Aku nak bocorkan tayar. Pastu kita follow diaorang, dapat peluang kacau la" Syafiq mula merancang sesuatu.

Mereka pergi ke kereta milik Aleeya dan menusuk salah satu tayar kereta menggunakan pisau yang sentiasa di bawa Daniel.

Selesai kerja terkutuk itu mereka mula mengikuti Aleeya dan si kembar ke mana sahaja dalam jarak terjaga kerana bimbang di sedari gadis bertiga itu.

Aleeya yang mula menyedarimmereka seperti di ikuti mula berasa tidak sedap hati. Akhirnya dia membuka bicara kepada si kembar.

"Aku rasa kita kena follow lah. Korang kenal tak mamat yang pakai baju hitam dua orang dengan sorang lagi kawan dia yang baju maroon tu? Kenal tak? Tapi korang tengok hati-hati jangan sampai diaorang perasan. Kita slow down jalan" Aleeya bercakap seperti biasa dan tiada apa berlaku kerana tidak mahu lelaki yang mengekori mereka perasan.

"Tak kenal. Sumpah tak kenal. Macam mana ni?" soal Azizah.

"It's okay aku call abang, kita stop je setiap kedai. Buat biasa je" kata Aleeya pada kembar. Dia bersyukur petang itu mereka memakai seluar dan t-shirt serta sneakers. Handphone dicapai number Eidlan di dail.

"Hello abang. It's emergency. Don't talk, let me say it first. Bunga dengan kembar kena follow ni kat tapak bazar. Lelaki tiga orang. What should i do?" kata Aleeya sebaik sahaja panggilan dijawab abangnya.

"Ya Allah. Okay, calm down. Just walk slowly, keep singgah setiap kedai. Jangan letak fon, abang call someone minta dia datang. Bunga pakai phone kembar send gambar diaorang and your location. Be careful please sayang. Hold on okay" Eidlan berkata pada adiknya.

"Sayang kau slowly snap pic dia orang send kat abang sekali location kita" arah Aleeya pada Azlina.

Berhati-hati Azlina melakukannya tanpa di ketahui oleh kumpulan lelaki yang mengekori mereka.

"Okay Bunga just wait for 5 to 10 minutes more. Can you guys do that? Someone is coming to get you guys. Bunga keep on the phone with me okay?" Eidlan bertanya bimbang.

"Okay, no worries. We will" balas Aleeya. Mereka bertiga melakukan sahaja seperti yang diminta Eidlan. Perlahan-lahan mereka berjalan dari satu kedai ke kedai lain. Pun begitu tetap juga juadah untuk berbuka mereka beli.

"Slow betul diaorang jalan, nak keep follow ke?" soal Daniel.

"Yup. Aku nak balas dendam dengan Akhtar. Ala, usik sikit je pun" kata Syafiq.

"Lapar pulak la tengok makan-makan ni" kata Faris.

"Bukan puasa pun, sebok nak beli makan" tempelak Daniel.

"Beli je lah, jangan gaduh. Tak ada lah dia orang syak nanti" kata Syafiq pula.

"HELLO. Akhtar! Abang ni guna phone office. Bunga in bad situation. Tolong abang boleh?" Eidlan menghubungi Akhtar.

"Ya Allah, kenapa bang? Saya tolong" kata Akhtar sambil melihat Azad, Irham dan Naim.

Suara cemas dia menarik perhatian ketiga-tiga sahabatnya itu.

"Abang send location Bunga. Akhtar tolong bawa kawan pergi pickup diaorang just in case. Dia call abang ni, katanya kena follow dengan a few man kat tapak bazar. Abang masih on the phone dengan dia ni. Please get them ASAP. Abang risau sangat ni" Eidlan meminta Akhtar segera mendapatkan adiknya.

"Saya pergi sekarang nanti saya call abang di number ni, abang teruskan cakap dengan Bunga" putus Akhtar.

"Jom follow, nanti aku explain" kata Akhtar pada rakannya bertiga itu.

Tanpa berlengah mereka bergegas keluar. Akhtar memandu agak laju menuju ke lokasi yang diberi, dalam hatinya tidak putus berdoa semoga Bunganya tidak apa-apa.

"Apehal ni, kau bawa kereta macam orang gila?" tanya Naim.

"Aleeya in bad situation" terang Akhtar pendek.

"Eh! Apehal pula ni?" tanya Azad.

"Ada orang follow dia kat tapak bazar. Kena cepat, aku takut jadi apa-apa kat dia" jawab Akhtar cemas.

"Dia sorang ke? Sape pula follow dia ni?" tanya Irham pula.

"Dia dengan kembar. Tapi semua perempuan kot, jadi apa-apa macam mana" Akhtar berkata bimbang.

"Tak apa. Sekarang yang penting kita pergi dapatkan dia orang. Kat bazar kan, ramai orang. Apa-apa jadi orang boleh tolong bila dia jerit" kata Naim pula.

Mereka hampir tiba di kawasan tapak bazar yang di hantar oleh Eidlan. Segera mencari kawasan parking yang kosong dan bergegas mereka keluar sebaik kereta di parking.

Berdebar hebat jantung Akhtar ketika berjalan ke arah tapak bazar itu. Rakannya juga turut melihat-lihat sekitar jika ternampak gadis itu.

Handphone ditangan redail number pejabat Eidlan.

"Abang, saya dah sampai. Dia orang kat mana?" tanya Akhtar.

"Dia orang dah sampai hujung dah nak return back other side bazar. Akhtar terus je abang minta diaorang tunggu Akhtar nanti kat kedai mana diaorang ada sekarang" kata Eidlan.

"Jom terus dia orang kat belakang" kata Akhtar pada rakannya bertiga itu

"Akhtar, dia orang kat kedai jual buah-buahan. Ada satu kedai je kata Bunga yang jual buah-buahan. ASAP please, lelaki yang follow dia orang dah makin berani nak dekat dengan dia orang" Eidlan bersuara bimbang.

Berlari-lari anak Akhtar dan rakannya di celahan ramai orang pada waktu puncak begitu. Bersesak dan berasak mencari ruang yang boleh di lalui untuk sampai kepada Aleeya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience