ALEEYA rebahkan badan ke katil. Rasa seperti ingin diserang demam pula. Mungkin kerana dia berhujan seketika tadi. Dia mula mahu melayan mata untuk menjemput lena. Handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Tanpa melihat siapa yang menghubunginya, dia hanya menjawab sahaja kerana kepala sudah mula terasa berdenyut.
"Assalamualaikum. Dah tidur?" sapa suara di sana.
"Wa'alaikumsalam, belum lagi baru nak tidur" Aleeya menjawab ringkas, sudah dapat cam suara si pemanggil.
"Tadi masa on the way balik okay? Ada sesiapa tahan atau jumpa Aleeya?" lagi Akhtar ajukan soalan kepadanya.
"Balik tadi okay. Tak ada pun. Kenapa ya?" Aleeya mula tertanya-tanya.
"Alhamdulillah. Dah makan? Hadiah tadi dah buka?" soalannya tidak dijawab, malahan dia pula yang masih ditanya soalan.
"Dah makan tadi lepas mandi. Hadiah? Dah, cantik terima kasih" jawabnya Aleeya ikhlas.
"Suka? Jaga elok-elok okay" pesan Akhtar.
"Suka, okay" Aleeya mengia kan.
"Jangan tidur lewat. Assalamualaikum" Akhtar mengakhiri perbualan.
"Erm, Wa'alaikumsalam."
Selesai berbicara, terus Aleeya memejamkan mata cuba untuk tidur kerana kepalanya semakin sakit. Sesekali dia mula terbersin. Itulah kelemahan dirinya, mudah benar di serang demam jika terkena hujan, perubahan cuaca atau terlalu letih. Akhirnya terlena juga dia dalam keadaan mula diserang demam.
KEESOKAN paginya, Aleeya merasakan suhu badannya semakin panas dan di serang selesema. Dia hanya terbaring sejak terjaga, kurang selesa kerana keadaan dirinya. Mujur juga baru hari sabtu.
Handphone di capai menghubungi si kembar, ingin meminta pertolongan menghantar dia ke klinik. Namun hampa sebaik menghubungi mereka, mereka sudah tiada di hostel. Keluar bersama rakan-rakan biliknya.
"Aleeya demam ya? Nak pergi klinik?" soal Kak Ain.
"Ha'ah. Tapi kembar tak ada nak tolong hantarkan" jawab Aleeya.
"Alamak, Kak Ain pula tak pandai drive kereta" kata Ain serba salah.
"Tak apa la kak. Aleeya makan ubat je" dia menjawab.
"Kak Ain buatkan bubur ya, Aleeya tidur dulu. Nanti da siap Kak Ain kejut, lepas tu boleh makan ubat" tambah Ain lagi.
Aleeya hanya mampu mengangukkan kepalanya. Terasa tidak larat benar dengan keadaan dirinya. Dia terus tidur untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
"Aleeya bangun. Panasnya badan Aleeya ni" kejut Ain padanya.
Dia hanya mampu menggelengkan kepala. Tanda tidak berdaya. Mata dan hidung sama berair.
"Kak Ain call Kak Sue kejap. Aleeya tahan sikit ya" cemas suara Ain.
Entah apa yang dibualkan Kak Ain bersama Kak Sue, Aleeya tidak tahu kerana kepalanya terasa sangat sakit sehingga dirasakan telinganya turut berdegung. Sekali lagi Aleeya terlena.
"Aleeya bangun, Kak Sue dah datang ni. Jom kita ke klinik. Ya Allah, panasnya badan Aleeya merah padma muka" Aleeya mendengar suara Kak Sue yang bercakap dengannya.
Sue dan Ain membantu Aleeya bersiap. Dirasakan badannya langsung tidak berdaya. Aleeya dipapah sehingga ke tempat parkir kereta. Matanya tidak mampu dibuka, berpinar dan berpusing pandangannya.
"Eh, kenapa teruk sangat ni. Ingat biasa je" Aleeya mendengar suara lelaki namun tidak begitu jelas di pendengarannya.
"Dia flat habis dah ni, makan pun tak dari pagi tadi. Nak bangun pun tak larat" jawab Ain.
Aleeya terasa dirinya dibawa masuk ke dalam kereta dan kepalanya di pangku seseorang.
"Klinik ke hospital?" suara lelaki tadi bertanya.
"Ain call abang dia sekejap" jawab Ain.
Setelah selesai bercakap di telefon, Ain meminta untuk Aleeya dibawa ke hospital atas keputusan abangnya. Dapat dirasakan kereta mula bergerak, namun Aleeya seperti tidak dapat bertahan dan mula tidak sedarkan diri.
SUE menghubungi Akhtar meminta bantuan untuk menghantar Aleeya ke klinik, kerana dia telah dihuhungi oleh Ain dan diberitahu Aleeya di serang demam panas. Tanpa berlengah Akhtar menjemput Sue di rumah sewanya dan bergerak menuju ke hostel kerana Ain sudah menanti.
Akhtar menunggu seketika di kereta, sementara Sue naik ke bilik hostel Ain untuk mendapatkan Aleeya. Beberapa ketika menanti, dilihat Sue dan Ain telah memapah Aleeya berasama. Kelihatan Aleeya sangat lemah, mukanya merah dan bibirnya pula kering.
Segera dibukakan pintu kereta bahagian penumpang belakang, untuk memudahkan mereka meletakkan Aleeya.
"Eh, kenapa teruk sangat ni. Ingat biasa je" Akhtar bertanya.
"Dia flat habis dah ni, makan pun tak dari pagi tadi. Nak bangun pun tak larat" jawab Ain.
"Klinik ke hospital?" Akhtar bertanya setelah kesemua mereka memasuki kereta.
"Ain call abang dia sekejap" jawab Ain.
Setelah Ain selesai bercakap, dia menyuruh Akhtar membawa mereka ke hospital KPJ atas permintaan dari abang Aleeya.
Sampai sahaja di hospital, Ain dan Sue cuba mengejutkan Aleeya namun tiada reaksi.
"Aleeya pengsan ke? Dia tak sedar pun ni dah dua kali panggil" kata Sue.
Akhtar berasa cemas dan bimbang melihat keadaan gadis itu. Segera dia keluar dari kereta dan berlalu ke bahagian penumpang. Tubuh Aleeya di angkat olehnya segera dibawa masuk ke dalam hospital.
"Akhtar angkat dia, Ain follow bawa document penting dia. Sue stay sini kejap tunggu kereta" arah Akhtar cemas. Terpinga-pinga juga Ain dan Sue berdua, namun segera di ikutkan sahaja.
Tiba sahaja Akhtar di dalam hospital, terus dia memanggil nurse meminta bantuan.
"Nurse tolong, pesakit tak sedarkan diri" beritahu Akhtar.
Stretcher segera di tolak kepada Akhtar oleh nurse yang bertugas dan Aleeya letakkan diatasnya. Nurse mula mengambil alih tugas dan menolak gadis itu ke dalam bilik rawatan. Selepas itu Akhtar membantu menguruskan pendaftaran untuk rawatan untuk Aleeya bersama Ain.
Selesai urusan pendaftaran, Akhtar kembali semula ke keretanya untuk di parkir di kawasan parkir yang di sediakan. Dia terlebih dahulu meminta Sue untuk masuk ke dalam hospital menemani Ain yang menunggu Aleeya berseorangan.
"Macam mana? Dah jumpa doctor?" soal Akhtar sebaik tiba di kawasan Ain dan Sue menanti. Bimbang dia dengan keadaan gadis itu.
"Belum. Tapi tadi nurse ada tanya kenapa dengan Aleeya. Ain dah explain apa yang jadi. Nurse terus masuk lepas tu tapi dia minta kita tunggu dan call family Aleeya" terang Ain padanya.
"Abang dia ada call?" soal Akhtar lagi.
"Dah, dia baru call handphone Aleeya ni tadi. Abang dia on the way, minta kita tunggu Aleeya sementara dia belum sampai" jawab Sue pula.
"Tak apa lah macam tu, kita tunggu je" putus Akhtar.
"Akhtar tak apa ke? Kan Kena handle aktiviti majlis expo tu?" soal Ain serba salah.
"Tak apa, kejap lagi Akhtar call Azad atau Irham minta tolong coverkan" dia menjawab ringkas. Hatinya berentak tidak senang selagi tidak diketahui keadaan Aleeya.
Lima belas minit berlalu, nurse keluar memaklumkan ingin bertemu dengan penjaga Aleeya. Namun, abangnya masih belum tiba, mungkin kerana sekarang mendekati waktu puncak tengah hari jalan agak sesak.
"Kalau saya masuk, wakil jumpa doctor boleh? soal Akhtar.
"Hubungan encik dengan pesakit?" soal nurse itu.
"Saya tunang dia" terpacul ayat itu yang keluar dari mulut Akhtar.
Sue dan Ain sekali lagi terpinga-pinga. Masih cuba menghadam situasi itu.
"Okay, jom ikut saya" kata nurse itu pula.
Akhtar mengikuti langkah nurse itu untuk menemui doctor, ingin mendapatkan penjelasan tentang keadaan Aleeya.
KELUAR sahaja dari bilik rawatan. Akhtar melihat Ain dan Sue yang masih menanti. Masih tidak kelihatan abang kepada Aleeya.
"Ha, macam mana? Okay tak Aleeya?" soalan Sue menerpa.
"Alhamdulillah. Doctor cakap Aleeya dah stabil, demam dia terlalu tinggi. Aleeya kena tahan untuk malam ni, doctor nak pantau demam dia. Dia pun tengan rehat tu, tidur. Sekejap lagi nurse akan tolak masuk bilik dia" terang Akhtar pada mereka.
Masing-masing mengucapkan syukur. Tidak lama, abang Aleeya tiba.
"Sue, Ain macam mana keadaan Bunga?" soal Eidlan cemas.
Akhtar menghulur salam pada abang gadis itu. Huluran salam disambut baik
"Alhamdulillah. Stabil dah. Tadi masa sampai sini Aleeya pengsan dalam kereta" Sue menerangkan.
"Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam ni. Mujur abang tak jadi pergi outstation hari ni" wajah bimbang Eidlan yang terlihat jelas.
"InsyaAllah, tak ada apa-apa. Akhtar dah jumpa dan bercakap dengan doctor tadi. Demam dia terlalu tinggi, tapi untuk malam ni dia kena tahan. Doctor nak pantau keadaan dia, tapi dia stabil" Akhtar menerangkan keadaan gadis itu kepada abangnya.
"Alhamdulillah. Terima kasih tolong jagakan Bunga" kata Eidlan.
Nurse datang menghampiri, memaklumkan Aleeya telah dipindah ke dalam wad. Nurse juga mahu penjaga menguruskan hal berkaitan kemasukan wad dan bayaran.
"Ain dengan Sue boleh tolong tengokkan Bunga di wad? Abang nak urusan hal hospital ni" pinta Eidlan kepada mereka berdua.
"Boleh, tak ada masalah" kata Sue bagi pihak mereka berdua. Ain menyerahkan purse kepunyaan Aleeya kepada abangnya.
"Tadi pendaftaran Aleeya siapa uruskan? Bayar guna duit siapa? Nanti abang ganti" kata Eidlan lagi.
"Akhtar yang tolong uruskan semua" jawab Ain sambil memandang ke arah Akhtar.
Akhtar hanya tersenyum sahaja. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana dan berkata apa.
"Akhtar ikut abang lah, uruskan hal hospital ni" kata Eidlan.
" Okay, boleh" Akhtar hanya menurut. Boleh juga dia mengenali abang gadis itu.
"AKHTAR dengan Bunga ada apa-apa ke?" soal Eidlan pada Akhtar.
"Bunga? Maksud abang Aleeya?" sengaja Akhtar menyoal semula.
"Ya. Aleeya, nama istimewa dia Bunga. Family je yang panggil dia Bunga, oh dia upgrade kawan dia yang kembar juga panggil dia Bunga. Yang lain panggil dia Aleeya" kata Eidlan sementara menunggu urusan bersama pihak pengurusan hospital.
"Saya minta maaf bang sebelum tu. Saya memang ada WhatsApp dan call Aleeya. Saya nak berkenalan dengan dia, tak ada niat lain" Akhtar berterus terang.
"Aleeya macam mana? Okay ke? Maksud abang dia nak ke berkenalan dengan kamu?" soal Eidlan pada Akhtar lagi.
"Saya pun tak pasti nak jawab macam mana soalan abang ni. Apa yang saya boleh cakap, susah betul nak berkenalan dengan dia. Semalam baru je saya dapat tahu nama dia, itu pun sebab dia baru reply WhatsApp saya lepas berminggu-minggu" tergeleng kecil kepala Akhtar dan terbias senyuman kecil di wajahnya apabila teringat peristiwa bagaimana dia berusaha untuk mengenali gadis itu.
"Hahaha. Kira berjaya la ni. Berapa bulan tunggu? Wow, impressive. You are the lucky one lah kalau macam tu" terasa lucu Eidlan dengan ayat dari jejaka itu.
"Kenapa abang cakap macam tu?" Akhtar terasa aneh dengan kata-kata Eidlan itu.
Eidlan beredar seketika menemui pekerja hospital, apabila gilirannya tiba. Selesai urusan, dia duduk semula bersama Akhtar dan menjawab soalan yang dibiar tidak berjawab tadi.
"Sepanjang hidup Bunga. Dia cuma pernah crush dengan seorang budak lelaki masa sekolah dulu, then bila abang tanya serious ke. Bunga cuma jawab,dia crush je pada budak lelaki tu, lelaki tu bukan Arjuna untuk Bunga. Masa dia semester satu pula, ada seorang budak nak berkenalan dengan dia. Budak tu berani la, dia jumpa abang masa abang datang kolej saja melawat Bunga, masa tu Bunga, abang dengan kawan kembar dia sekali tengah duduk berbual. Kami duduk di cafe kolej, tiba-tiba dia muncul cakap depan kami nak berkenalan. Abang cakap kawan je la, lama baru dia setuju. Tapi, rupanya dia dapat tahu dia kena game dengan budak tu. Dia tak nangis, dia gelak. Dia cakap, dah agak budak tu bukan Arjuna dia. Dia cakap nak revenge, dia buat kepala gila dia. Jumpa budak lelaki tu dengan budak perempuan, awek lelaki tu kat cafe. Dia malukan budak dua orang tu, di buat budak lelaki tu melutut minta maaf and mengaku perbuatan dia pada Bunga selama hampir satu sem tu. Budak perempuan tu pula kena cakap kuat-kuat minta maaf dengan dia kat cafe tu. Yang paling abang tak sangka, sedas pelempang melayang dia tabuh pipi budak lelaki tu. Macam mana abang tahu? Masa kejadian tu, si kembar takut jadi bukan-bukan. Diaorang call abang guna handphone Bunga, video call. Jadi abang nampak semua tu. Bunga nangis lepas tu, tapi dia nangis sebab marah dia kena game selama hampir satu sem tu. Start dari tu, dia lagi meletakkan jurang antara dia dengan orang luar terutama lelaki. Bila Akhtar cakap, baru tahu nama dia, dia respond pada WhatsApp Akhtar. Abang pun terkejut, harapnya Akhtar tak main-mainkan perasaan Bunga" Eidlan bercerita tentang sedikit rahsia Bunga pada Akhtar. Dari cerita itu Akhtar juga tahu sebab kenapa begitu susah dia mahu mendekati dan mengenali gadis itu.
"Saya tak sangka pula. Arjuna tu siapa?" Akhtar ingin tahu tentang Arjuna yang di sebut oleh Bunga.
"Oh, Arjuna tu gelaran yang Bunga beri untuk bakal peneman hidup dia" jawab Eidlan sambil memandangnya.
"Saya tak ada niat lain pada adik abang. Saya nak berkenalan, berkawan dengan dia. Jika kami berjodoh, alhamdulillah. Jika tidak, saya terima dengan berlapang dada. Terus terang, saya memang ingin terus berkawan dengan niat ingin dia menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup saya. Tetapi, saya juga tidak berani untuk berjanji atau mengakui bercinta atau berpasangan. Bimbang jika takdir tidak membawa kami ke arah untuk bersatu. Saya harap, abang faham. Saya juga harap abang izinkan saya berkawan dengan dia" Akhtar berterus terang rasa hatinya tanpa berselindung kepada abang gadis itu.
Terdiam Eidlan dengan kata-kata jejaka itu. Nampak matang dan bertanggungjawab. Berterus terang tentang soal hatinya. Juga menghormati dia sebagai abang kepada Bunga.
"Abang faham. Ajal, jodoh, pertemuan, rezeki semua Dia yang tentukan. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa. Semoga semua yang baik-baik sahaja untuk kita semua" balas Eidlan pula.
"InsyaAllah" balas Akhtar ringkas.
"Jom lah kita tengok Bunga. Harapnya dah sedar lah dia" ajak Eidlan.
"Oh, sebelum tu. Saya nak minta maaf. Tadi sewaktu tiba Aleeya pengsan, saya terpaksa sentuh dia. Maksud saya, saya angkat dia masa dia tak sedarkan diri untuk dapatkan rawatan. Juga, masa jumpa doctor. Sepatutnya penjaga atau waris yang perlu jumpa. Waktu tu, abang tak sampai lagi. Jadi saya terpaksa cakap saya tunang Aleeya untuk jumpa doctor dan tahu keadaan dia" jawab Akhtar serba salah.
"Kamu ni, hahahahaha. Tak apa lah, yang penting semua urusan selesai dan Bunga baik-baik sahaja. Tapi jangan cakap dengan dia. Ada yang makan tumbukan padu sulong dari dia. Bab bersentuhan ni, memang pantang bagi seorang Eshal Aleeya" jawab Eidlan sedikit terhibur dengan penjelasan Akhtar itu.
Tersenyum juga Akhtar dengan ayat abang gadis itu. Namun dia kagum, gadis itu pandai menjaga dirinya.
ALEEYA mula tersedar. Dilihat sekelilingnya, yakin dia berada di hospital. Sofa menunggu pula dilihatnya ada Kak Sue dan Kak Ain. Kepalanya masih lagi berdenyut namun sedikit kurang dia rasakan. Tangan pula sudah dicucuk branula untuk drip air.
Pintu bilik wad ditolak dari luar. Kelihatan abangnya yang muncul dan di belakang abangnya ada seseorang. Sebaik melihat wajah insan di belakang abangnya. Terus dia jadi berdebar dan malu dengan keadaannya ketika itu. Baru berniat ingin menutup mata semula tetapi cepat sahaja abang menegur dia.
"Bunga, dah bangun? Alhamdulillah. Risau abang, nak apa-apa tak?" Eidlan menghampiri katilnya.
Kak Sue, Kak Ain dan Akhtar juga sama. Ingin melihat keadaannya. Mujur tudung masih tersarung di kepala dan aurat yang lainnya masih terjaga.
"Abang, nak air. Bunga haus" serak suaranya akibat tekak yang kering.
Sebelum naik ke wad Bunga, Eidlan dan Akhtar sempat singgah di cafeteria hospital untuk membeli sedikit makanan dan minuman untuk mereka semua mengalas perut dan menghilangkan dahaga.
Cepat sahaja Akhtar menghulurkan sebotol air mineral dan sebungkus sandwich tuna pada abangnya untuk diberikan kepada Aleeya.
Eidlan menyambut huluran itu dan segera membukakan air untuk memudahkan Bunga minum. Bunga cuba untuk bangun dari baringnya, namun sedikit menggigil dia kerana terasa sungguh lemah.
Eidlan segera membantu adiknya yang kelihatan sedikit menggigil itu. Duduk adiknya sedikit di betulkan, Akhtar pula membantu untuk meninggikan sedikit bahagian kepala katil untuk menampung tubuh gadis itu agar duduknya selesa.
"Terima kasih" ucap Aleeya setelah air diminum sedikit.
"Rasa okay? Risau kitaorang tengok Aleeya tadi" ujar Kak Sue.
"Okay sikit. Sorry susahkan semua orang" balas Aleeya lemah.
"Ada pula cakap macam tu. Tak ada apa lah. Lega kami bila Aleeya baik-baik je" jawab Kak Ain pula.
"Makan ni sikit, Ain kata Aleeya langsung tak makan dari pagi" sandwich di sua pada mulutnya oleh Eidlan.
Dia lihat Akhtar hanya memerhatikan sahaja. Dia pula untuk mengelak rasa canggung, hanya makan sandwich yang di sua abangnya tanpa menolak. Perut pun terasa lapar.
"Macam mana boleh demam sampai macam ni? Bunga berhujan ya? Semalam makan tak?" bertali arus soalan dari Eidlan.
"Bunga terkena hujan semalam lepas ceramah, bukan lama pun. Makan, pagi tu sarapan sandwich Kak Ain buat. Tengah hari, Bunga makan maggie. On the way balik hostel semalam Bunga makan buah dengan roti vanilla, lepas tu sampai hostel lepas siap mandi bunga makan mi sup utara beli kat tapak expo" jelas Aleeya pada mereka yang ada disitu.
"Petang tu Bunga da rasa tak berapa sihat sebab kena migraine tapi bila bangun tidur macam kurang sikit. Balik ceramah malam semalam rasa sakit kepala sangat then rasa nak demam. Pagi tu dalam pukul 2 lebih macam tu, Bunga muntah. Tu yang terus rasa tak larat" terang Aleeya lagi.
"La Aleeya ke yang muntah. Kak Ain ingatkan orang lain. Kenapa tak kejut akak?" tanya Kak Ain padanya.
"Tak apa. Aleeya ok je masa tu. Pagi tadi baru rasa betul-betul tak larat. Terima kasih tau tolong Aleeya" dia berterima kasih sungguh pada mereka yang membantunya.
"Aleeya rehat lah. Kak Sue, Kak Ain dengan abang Akhtar balik dulu. Abang Akhtar ni kena uruskan aktiviti kat expo convo tu. Kawan dia tolong coverkan sementara dia kat sini. Rehat tau" kata Sue ingin meminta diri.
Aleeya hanya mengangguk kepalanya dan bersalaman dengan Kak Sue dan Kak Ain.
"Rehat okay. Abang balik dulu" Akhtar bersuara padanya.
Aleeya mengangguk kecil. Senyum nipis terukir dibibirnya yang pucat.
Eidlan bersalaman dengan Akhtar, menghulur sedikit wang sebagai ganti kepada urusan awal pendaftaran rawatan adiknya dan sedikit sebagai saguhati kerana menghantar adiknya ke hospital.
Share this novel