"DAH siap?" soal Akhtar pada Aleeya.
"Dah" jawab Aleeya sepatah.
Sejak kejadian bertemu Nazim malam tadi, Aleeya lebih selesa berdiam diri dan menyendiri. Akhtar cuba mendekatinya, namun Aleeya lebih pantas mengelak darinya.
"Jom. Ada urusan lain lagi kita di KL nanti" kata Akhtar.
"Urusan apa?" soal Aleeya keliru.
"Ada lah. Sayang ikut je okay. Jom" jawab Akhtar kemudian menyulam jemarinya bersama Aleeya.
"Tak payah la pegang. Saya tak selesa awak pegang" kata Aleeya yang kurang selesa apabila bersentuhan dengan Akhtar.
"Sentuhan adalah salah satu cara untuk menunjukkan rasa sayang pada pasangan. It's okay kalau Bunga tak nak, Arjuna tak akan paksa. Arjuna akan berikan masa" kata Akhtar bersahaja pada Aleeya.
Mereka sudah bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur.
"Hati-hati dalam perjalanan" pesan puan Aliah.
"Bunga anything terus call abang" pesan Eidlan pada adiknya.
"Tak nak. Nanti Kak Eisya merajuk abang asyik jaga Bunga je" jawab Aleeya selamba.
"Mana ada lah. Apa-apa call tau, kak Eisya pun risaukan Bunga. Jaga diri ya" pesan kakak iparnya.
"Okay. Terima kasih sebab sudi terima Bunga jadi pesaing akak" Aleeya memeluk kakak iparnya itu. Ketawa sahaja Eisya diusik begitu.
"Anything u can count on me okay. Kakak sayang Bunga" pesan Eryna pada adiknya.
"I will. Love you more. Terima kasih untuk semuanya" ujar Aleeya pada Eryna.
"Bye" kata semua.
Kereta dipandu Akhtar mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah puan Aliah.
"Sayang okay? Selesa?" tanya Akhtar pada Aleeya yang kelihatan cuba membetulkan kedudukannya.
"Macam mana nak adjust turun naik seater ni?" Aleeya kurang selesa apabila kedudukan kerusinya sedikit tegak.
"Sekejap Arjuna tolong" Akhtar menghentikan keretanya di bahu jalan, double signal dihidupkan.
Akhtar mendekat ke arah Aleeya untuk melaras kedudukan kerusi isterinya itu.
"Okay?" tanya Akhtar saat wajahnya berhadapan wajah Aleeya.
Aleeya kaku. Haruman tubuh Akhtar membuat jantungnya mula berdegup laju. Setiap kali Akhtar mendekat, setiap kali itu juga rentak jantungnya bagai sedang berlari marathon.
"Okay tak sayang? Ke nak turun lagi?" tanya Akhtar lagi. Haruman tubuh Aleeya yang dihidunya membuatkan jantungnya juga berdebar hebat.
"Dah..dah..okay.." gugup Aleeya menjawab.
"Pucatnya muka. Sayang okay tak ni?" Akhtar sengaja mengusik sebaik menjarakkan tubuhnya. Dia juga sebenarnya cuba menutupi rasa debaran di dada.
"Okay" jawab Aleeya sepatah.
"Seat belt sayang. Arjuna nak jalan dah ni" tegur Akhtar.
"Sorry. Lupa" Aleeya segera memasang seat belt pada kerusinya.
"Nak dengar radio? Bunga selalu dengar chanel apa?" Akhtar memancing perhatian Aleeya untuk berbual dengannya.
"Sinar, Hot, IKIM. Tukar-tukar chanel" jawab Aleeya.
"Oh ya, Arjuna lupa nak tanya. Dah check account bank? Duit hantaran ibu minta semuanya serah pada Bunga. Arjuna dah transfer dalam account bank Bunga. Nanti check ya" jelas Akhtar.
"Bukan duit hantaran selalu serah pada parents ke?" soal Aleeya hairan.
"Sepatutnya, tapi ibu minta serah pada Bunga. Arjuna buat apa yang ibu minta. Nanti check ya" jelas Akhtar.
"Nanti saya check" jawab Aleeya.
"Apa rutin Bunga pada hari biasa dan weekend?" tanya Akhtar.
"Kerja dan kerja" jawab Aleeya senada.
"Kedai off hari apa?" tanya Akhtar ingin tahu.
"Sebelum ni cuti hari rabu. Tapi tukar hari jumaat. Sebab staff lelaki boleh solat jumaat, saya pun tak ada la dapat dosa sebab dia orang tak solat jumaat" jelas Aleeya.
"Kalau cuti selalu buat apa?" tanya Akhtar lagi.
"Kerja" jawab Aleeya sepatah.
"Hari cuti pun kerja?" Akhtar inginkan kepastian.
"Buat cake, recheck account, recheck order, topup stock bunga dan cafe" jelas Aleeya dengan nada yang tidak berminat untuk berbual.
"Bila Bunga take a break kalau macam tu?" Akhtar tetap menyoal walaupun tahu Aleeya tidak berminat untuk berbual.
"Don't know. Kalau tak busy nanti saya terfikir perkara lain" jujurnya.
"Fikir tentang apa?" soal Akhtar ingin tahu
"Diri sendiri" jawab Aleeya perlahan.
"Kenapa dengan diri sendiri?" kali ini Akhtar benar-benar ingin tahu.
"Cuma tertanya-tanya, apa salah atau kekurangan saya asyik ditinggalkan. Tertanya-tanya jika saya masih tidak cukup dewasa untuk memahami perkara yang sedang berlaku. Tertanya-tanya di mana hak saya untuk bersuara mempertahankan sesuatu" Aleeya buang pandang ke arah langit ditepi tingkapnya.
Akhtar tersentap mendengar pengakuan dari isterinya itu.
"Sayang..I'm so sorry. Habis kata untuk Arjuna mohon maaf atas apa yang berlaku dahulu dan sekarang" Akhtar raih jemari kanan Aleeya lalu digenggam lembut jemari isterinya.
"It's ok. Cuma saya yang akan terfikir perkara macam tu. So untuk elak semua tu, saya pilih untuk sibukkan diri" Aleeya cuba berlaku jujur dengan hakikat itu. Perlahan tangannya ditarik dari pegangan Akhtar.
"Saya mengantuk dan rasa tak selesa badan. Nak tidur, boleh ke awak drive sendiri?" soal Aleeya tanpa memandang wajah Akhtar.
"Malam tadi Bunga tak boleh tidur ke?" soal Akhtar.
"Hurm. Susah nak tidur" jawab Aleeya malas sambil memejamkan mata.
"Sebab Arjuna ada sebelah? Aleeya tak selesa?" tanya Akhtar lagi.
"Salah satu sebab juga. Cuma resah fikir apa akan berlaku hari mendatang, terfikir perihal diri Nazim" jujur Aleeya meluahkan tentang apa yang mengganggu fikirannya.
"Arjuna mahu kita biasakan keadaan ni, kita suami isteri. Nanti lama-lama akan okay. Tentang Nazim, hari ini atau hari mendatang, kita serahkan semua urusan tu pada Tuhan. Kita cuma boleh berusaha lakukan yang terbaik" nasihat Akhtar pada Aleeya.
"Tidurlah. Nanti sampai Arjuna kejutkan" kata Akhtar lagi.
Aleeya menutup matanya. Tidak susah menjemput lena, dia terlalu letih dengan masalah yang dihadapinya.
Akhtar menoleh ke sisinya, tersenyum nipis dia melihat Aleeya sudah terlena. Tangan Aleeya diambil semula, diletakkan diatas ribanya. Disulam jemari mereka, bagai tidak mahu dilepaskan. Doa dipanjatkan agar hubungan yang terbina akan kekal hingga akhir hayat. Agar dia dan Aleeya tidak perlu berpisah lagi.
"SAYANG.. sayang.." panggil Akhtar perlahan.
"Hurm..." Aleeya masih separa sedar.
"Bangun Bunga" kejut Akhtar lagi.
"Dah sampai?" tanya Aleeya dengan mata yang masih memberat. Namun dipaksa juga dirinya untuk sedar.
"Jom..masuk rumah kita sekejap. Sayang tengok apa yang kurang, nanti Arjuna akan beli mana yang boleh. Nanti tak adalah kurang selesa bila Bunga dah pindah sini" kata Akhtar padanya.
"Rumah awak? Sewa ke beli?" soal Aleeya saat keluar dari kenderaan Akhtar.
"Beli. Cuma ni je yang mampu, nak beli end lot mahal sangat" jelas Akhtar.
Aleeya melihat persekitaran luar rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh Akhtar itu. Rasa kurang selesa di pinggangnya muncul lagi, kali ini dengan rasa tengang dan menyucuk di atas ari-ari.
"Jom tengok masuk, tengok keadaan dalam rumah" ajak Akhtar padanya.
"Berapa bilik dan bilik air?" soal Aleeya lagi.
"Tiga bilik, dua bilik air. Master bedroom and second room kat tingkat atas, satu bilik air. Bawah ada satu bilik dan satu bilik air" jelas Akhtar.
"Sayang nak tengok bilik atas? Jom Arjuna tunjuk" kata Akhtar.
Aleeya tidak menjawab, sebaliknya hanya mengikuti Akhtar ke tingkat atas. Bilik utama sudah tersedia dengan set bilik tidur. Sebuah katil Queen size, almari baju, meja sisi dan almari solek. Tingkap juga sudah dipasang dengan langsir walaupun ala kadar.
"Bilik ni belum kemas lagi. Arjuna buat letak barang-barang dulu" kata Akhtar pada bilik yang kedua.
Aleeya melihat kotak-kotak yang tersusun di tepi dinding. Tingkap juga masih tiada langsir.
"Apa dalam kotak-kotak tu?" tanya Aleeya ingin tahu.
"Buku, kitab. Thesis. Ada barang-barang lain juga. Cap. Apa lagi ya, lupa dah. Semua ada labeling. Tapi kebanyakan buku dan kitab yang jadi sumber rujukan" jelas Akhtar.
"Nak tengok dapur? Jom turun bawah" ajak Akhtar.
"Dapur bujang. Kosong je lah, cuma ada dapur masak, refrigerator dengan microwave. Cabinet ni pun baru je siap dua hari lepas. Renovated sikit-sikit tambah yang penting" jelas Akhtar sebaik mereka tiba di kawasan dapur.
"Washing machines belum ada. Arjuna hantar baju ke dobi buat masa ni. So nak kena beli la washing machines nanti. Bilik bawah ni kecil sikit. Buat masa ni kosong, if Bunga ada idea nak buat apa nanti bagitahu ya" Akhtar tunjuk bilik bawah yang berada berhampiran dapur.
"Ruang tamu cuma ada tv, meja tv dan set sofa ni. Lagipun Akhtar jarang tengok tv, lebih banyak hadap kerja atau fail kes. Weekend balik rumah ummi" kata Akhtar yang sudah duduk di sofa.
"Ok dah ni, cuma nak kena tambah langsir, washing machines, barang dapur, perkakas dapur sikit, dining table. Buat masa ni tu je rasanya" kata Aleeya yang duduk sedikit membongkok, perutnya mula rasa kurang selesa.
"Hurm. Arjuna pun rasa macam tu juga. Nak kena panggil orang untuk buat proper installation curtain road dengan ukuran langsir sekali. Wiring untuk plug washing machines. Kita solat dulu, then pergi makan and cari barang yang perlu dibeli" kata Akhtar.
"Awak pergi ambil wuduk dulu. Nanti saya datang" kata Aleeya yang menahan kesakitan.
"Sayang kenapa? Berpeluh dahi ni. Sakit ke? Sakit kat mana?" perasan dengan keadaan Aleeya, prihatin Akhtar menyoal.
"Harini berapa hari bulan?" pertanyaan dijawab dengan pertanyaan oleh Aleeya.
"Ha? Harini 27. Kenapa?" soal Akhtar hairan.
"Dah lambat, patutlah" kata Aleeya perlahan.
"Lambat? Kenapa ni Bunga?" risau melihat keadaan Aleeya seperti itu.
"Saya pakai toilet dulu" pantas sahaja Aleeya berlalu ke bilik air.
Akhtar terpinga-pinga dengan keadaan itu. Tidak lama, Aleeya memangilnya.
"Awak..." panggil Aleeya dari dalam bilik air.
"Ya. Okay tak sayang?" bimbang Akhtar apabila tiba-tiba Aleeya memangilnya.
"Tolong saya" minta Aleeya.
"Tolong apa? Buka la pintu bilik air ni" kata Akhtar dari luar.
"Eh! Jangan! Awak ambilkan hand carry bag saya yang black and white" kata Aleeya.
"Dalam kereta kan? Tunggu sekejap, Arjuna pergi ambil" pantas Akhtar berlalu ke keretanya untuk mengambil bag yang dimaksudkan Aleeya.
"Dah ambil bag sayang. Nak Arjuna ambil apa dalam ni?" soal Akhtar sebaik tiba bersama bag tersebut dihadapan pintu bilik air.
"Aduh nak cakap ke tak..nak cakap ke tak" Aleeya membebel sendirian.
"Sayang cakap apa? Arjuna tak dengar" kata Akhtar yang menantinya.
"Tolong ambilkan saya punya pads, day use dengan sehelai panties. Ada tuala kecil, hulurkan sekali" Aleeya tiada pilihan, dia perlukan bantuan Akhtar.
"Sekejap" jawab Akhtar.
Bag milik Aleeya dibuka, mahu mengambil barangan yang diminta oleh isterinya. Dia termenung seketika memandang dua buah plastic berwarna purple dan pink bertulis Intimate. Tidak tahu mana satu yang perlu diambil isinya.
"Sayang, ada dua plastic ni. Yang mana satu? Warna purple ke pink?" soal Akhtar keliru.
Aleeya tepuk dahi. Hampir terlepas tawanya dengan pertanyaan Akhtar.
"Aduhaii..dah cakap day use" bebel Aleeya sendirian.
"Warna pink, ambil satu je isinya" jawab Aleeya.
Akhtar mengambil isinya lalu diserahkan bersama yang lainnya pada Aleeya.
"Buka la pintu ni sayang, macam mana nak bagi?" kata Akhtar dihadapan pintu bilik air.
Aleeya hulur tangannya sahaja disebalik pintu bilik air yang dibuka sedikit. Akhtar senyum nipis melihat tingkah Aleeya, dihulurkan sahaja barangan yang diminta Aleeya tadi. Kemudian dia berlalu ke tingkat atas untuk solat.
"Sayang cuti ya?" soal Akhtar sebaik melihat Aleeya menghampirinya yang duduk di sofa ruang tamu.
Aleeya tahan malu. Hanya mengangguk kecil sahaja. Bag miliknya diletakkan disisi sofa.
"Okay tak ni? Pucat sikit muka tu? Nah minum air suam ni" tanya Akhtar lalu menolak sebuah mug dihadapan Aleeya.
"Awak ada pain killer tak? Saya punya macam dah habis" tanya Aleeya yang mencari sesuatu di dalam handbag.
"Tak ada pula, nak Arjuna belikan?" soal Akhtar.
"Tak apa la, jom la kata nak keluar. Awak dah solat?" kata Aleeya.
"Dah. Boleh ke nak keluar ni?" soal Akhtar bimbang melihat keadaan isterinya.
"Boleh. Jomlah" Aleeya kurang selesa apabila berduaan sahaja dengan Akhtar di rumah itu.
"Macam mana la nak duduk sini, baru macam ni aku dah tak selesa. Jantung ni pun tak memberikan kerjasama, laju macam berlari marathon" bisik Aleeya dalam hatinya.
"Okay jom. Kita pergi makan dulu, lepas tu kita pergi cari barang" putus Akhtar.
"SAYANG betul ni nak balik rumah sewa?" soal Akhtar bimbang setelah urusan mereka selesai.
"Hurm" Aleeya tidak larat mahu bersoal jawab.
"Tak nak pergi klinik dulu? Tadi telan paracetamol je, macam tak kurang pun sakitnya" risau Akhtar melihat keadaan Aleeya.
Aleeya hanya menggeleng tanda tidak mahu ke klinik. Akhtar tiada pilihan, dia juga tidak mahu memaksa isterinya.
"Sampai dah" kata kembar pada Akhtar sebaik mereka membuka pintu pagar rumah.
"Bunga sakit tu dalam kereta, tidur lagi" kata Akhtar.
"Sakit? Kenapa?" tanya Azlina hairan.
"Dia baru cuti tengah hari tadi" jawab Akhtar.
"Cuti?" soal Azlina confused.
"Haid" kata Akhtar lagi.
"Oh. Kena bawa pergi klinik la. Pain killer kat rumah tak ada. Dia kena menstrual cramps tu" kata Azizah pada Akhtar.
"Dah ajak, dia tak nak. Tadi dia makan paracetamol je" kata Akhtar.
"Kau angkat la dia. Bawa masuk bilik dia, biar dia rehat" kata Azlina.
Akhtar berlalu ke keretanya. Mendapatkan Aleeya yang sedang lena. Perlahan-lahan tubuh langsing isterinya diangkat lalu di bawa masuk ke dalam rumah.
"Masuk lah, ni bilik dia" kata Azizah yang sudah membukakan pintu bilik tidur Aleeya.
Akhtar meletakkan Aleeya perlahan-lahan di atas katilnya. Air-cond dihidupkan, comforter di tarik menutupi sebahagian tubuh isterinya. Tudung milik Aleeya dibuka berhati-hati.
"Aku angkat barang-barang dia sekejap" kata Akhtar pada si kembar dan berlalu ke keretanya semula untuk mengambil barangan milik Aleeya.
Akhtar meletakkan barangan Aleeya di tepi almari bajunya. Diperhatikan seketika keadaan bilik isterinya yang kemas teratur. Di atas meja kerja, terdapat bouquet flower yang telah kering. Dia mendekat untuk melihat, telahannya benar mengena. Jambangan bunga yang suatu ketika dahulu diberikan kepada isterinya.
Akhtar duduk seketika disisi katil isterinya. Mengusap perlahan kepala Aleeya. Kasihan melihat keadaan Aleeya yang sebegitu.
"Sayang rest okay. Arjuna balik dulu" bisiknya perlahan.
Dilabuhkan ciuman di dahi dan pipi Aleeya sebelum beredar keluar dari bilik itu.
"Kau dah makan belum? Nak makan sekali?" soal Azlina.
"Makan dah tadi sebelum nak hantar Bunga balik sini. Tapi Bunga makan sikit je tadi, nak tapau dia kata tak mahu" jelas Akhtar.
"Dia memang macam tu, kalau time menstrual cramps datang tak ada selera nak makan. Kau terus balik ke ni?" kata Azizah pula.
"Hurm. Balik lah, dia pun dah tidur lena tu. Selalu ke dia kena macam tu?" soal Akhtar prihatin.
"Tak juga. Kalau dia stress atau jadual menses dia berubah. Dia kena macam tu la. Kau jangan risau lah, esok okay la tu" kata Azlina pula.
"Ni number phone aku. Nanti kalau ada apa-apa call aku" Akhtar beri sekeping kertas tertulis number handphonenya.
"Bunga tak simpan number kau lagi?" soal Azlina.
"Aku rasa dia dah ada number aku. Sebab aku ada WhatsApp dia hari nikah tu. Cuma dia tak reply. Ni handphone dia pun aku tak tahu dia letak mana, tak boleh nak check" kata Akhtar.
"Tunggu jap aku ambil handphone dia" kata Azlina berlalu ke bilik Aleeya.
"Nah, password birthday dia" Azlina hulur handphone Aleeya pada Akhtar.
Screen locks terpamer gambar cincin yang diberikannya dahulu. Password ditekan, screen home pula gambar bouquet flower yang juga diberikan pada Bunga suatu masa dahulu. Akhtar mencari simpan number handphonenya jika ada di dalam senarai kenalan. Ternyata tidak ada. Akhtar segera menambah number handphonenya dan disimpan dengan nama Suami.
"Dah. Aku gerak dulu. Kau orang pun save la number aku, apa-apa hal boleh call aku. Aku balik dulu. Assalamualaikum" kata Akhtar pada kembar.
"Aku ingat Bunga balik sana" kata Azizah pada kembarnya.
"Kau tahu je lah Bunga tu. She needs time" kata Azlina pula.
"Jom la makan, lapar la" ajak Azizah pada kembarnya.
ALEEYA terjaga dari lenanya ketika jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Diperhatikan keadaan sekeliling dan pakaiannya.
"Sah, dia angkat aku lagi" katanya sendirian.
Aleeya duduk seketika. Handphone di meja sisi katilnya dicapai. Walaupun hairan bagaimana handphonenya boleh berada disitu, diabaikan sahaja persoalan itu.
"Suami? Bila pula aku ada save nama suami ni?" bebelnya sendirian ketika melihat notifikasi WhatsApp muncul nama pengirim 'Suami'.
++
Arjuna dah sampai rumah. Bunga rest, esok kalau tak boleh nak jumpa suppliers minta tolong kembar gantikan. -Akhtar-
++
If u need help or needs me, just make a phone call. Arjuna nak tidur dah, selamat malam my Bunga. -Akhtar-
"Dia rupanya. Eh! Tapi bila pula aku simpan number dia ni? Ke dia simpan sendiri? Dia tahu password aku ke?" berkali-kali Aleeya menyoal diri sendiri.
Aleeya bangun untuk membersihkan dirinya. Apabila siap jam sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi. Perut yang lapar minta di isi, semalam hanya beberapa suap makanan yang lalu untuk ditelan. Rasa sakit dan kurang selesa membuatkannya tidak lalu untuk makan. Dia ke dapur membancuh secawan hot chocolate dan mengambil tupperware berisi biskut untuk dimakan bersama.
"Nak call ke tak nak? Call ke tak?" kata Aleeya lalu menghirup airnya.
"Call je lah" sahut Azizah yang muncul tiba-tiba, lalu duduk berhadapan Aleeya.
"Kau ni! Nasib tak tersedak aku. Bila kau bangun ni?" tanya Aleeya yang terkejut disergah begitu.
"Aku dengar ada bunyi kat dapur, tu yang aku bangun. Lapar ke?" soal Azizah yang melihat Aleeya mencelup biskut ke dalam air lalu dimakannya.
"Ha'ah. Semalam makan sikit je" jawab Aleeya.
"Sakit kau camne? Dah okay?" soal Azizah lagi.
"Okay la. Tak berapa sakit macam semalam" jawab Aleeya.
"Dalam peti ais ada bubur McD. Suami kau orderkan grabfood, takut kau bangun tengah malam sebab lapar" beritahu Azizah.
"Cakap pasal suami. Kau orang ada ambil handphone aku ke semalam? Ke Akhtar ada ambil handphone aku?" tanya Aleeya pada Azizah.
"Sayang ambil semalam, bagi Akhtar untuk save number dia kat phone kau. Akhtar bagi number phone dia pada kita orang. Sayang tanya kau tak ada number dia ke, dia cakap tak sempat nak bagi. Tu sebab kita orang tolong terima untuk pihak kau" jawab Azizah
"Oh. Patutlah" ujar Aleeya.
"Patutlah apa?" soal Azizah lagi.
"Patutlah aku ada number dia, tersimpan dengan nama 'Suami' lagi. Aku ingat kau orang punya kerja" jelas Aleeya.
"Serious lah? Hahaha. Classic betul, 'Suami'. Simpan la dengan nama abang sayang ke, love ke, hubby ke. Suami, hahaha" usik Azizah.
"Hahaha. Kan. Classic betul. Biarlah lah. Malas aku nak tukar" kata Aleeya.
"Bagus lah tu, dia nak ingatkan kau. Kau tu dah ada suami, sampai bila nak duduk sini" tegur Azizah.
"Eh! Suka aku la. Siapa suruh tiba-tiba muncul kahwin dengan aku" bidas Aleeya.
"Kau macam mana dengan dia?" tanya Azizah ingin tahu.
"Macam mana apa? Macam biasa je lah" kata Aleeya.
"Hoi. Pagi-pagi buta duk dapur. Aku ingat ada apa la, dengar suara orang cakap-cakap" tegur Azlina pula muncul di dapur.
"Kau asal bangun?" tanya Aleeya.
"Aku tengok minah ni tak ada sebelah, pastu dengar orang cakap-cakap. Kau orang rupanya. Borak apa ni?" Azlina melabuhkan duduknya disebelah Aleeya.
"Borak pasal bila dia nak ikut laki dia balik sana" terang Azizah.
"Bila kau nak balik sana?" soal Azlina pula.
"Entah lah. Tengoklah nanti" jawab Aleeya selamba.
"Eh, jangan la macam tu. Kau kan dah jadi wife dia, kena la ikut dia" nasihat Azlina pula.
"Kau dengan dia macam mana? Cuba cakap betul-betul" desak Azizah.
"Macam mana lagi? Macam biasa je, tak ada apa yang luar biasa" jawab Aleeya.
"Okay. Apa yang kau rasa bila kau dengan dia sekarang? Ada tak perasaan macam dulu?" tanya Azlina pula.
"Aku rasa biasa je. Tak ada pun rasa teruja ke, excited ke. Biasa, aku rasa biasa. Aku terima hakikat dia yang dia tu suami aku, cuma entah lah. Maybe benda ni jadi tiba-tiba, so aku pun tak tahu apa perasaan aku. Perasaan yang aku pernah rasa pada dia dulu tu, macam ada, macam tak ada. Tapi bila berdua tu aku jadi nervous. Dia dekat sikit pun aku punya rentak jantung dah macam aku berlari marathon, bila dia pengang tangan lagi la macam nak terkeluar landasan dah jantung aku berdegup" jawab Aleeya bersahaja.
"Hahahaha. Serious lah" kata Azizah. Terlepas tawa mereka dengan pengakuan Aleeya.
"Betul lah. Mujur je tak terkeluar buah defence aku, asyik la duk ratib 'dia suami aku' dalam hati kalau tiba-tiba dia pegang aku" cerita Aleeya lagi.
"Hahahaha. Teruk la kau ni" kata Azlina pula.
"Kau orang expect apa. Baru je tiga empat hari aku jadi wife dia. Dah la aku tak bercakap atau jumpa dia bertahun-tahun, lepas tu tiba-tiba muncul beberapa kali depan aku. Tup-tup jadi suami aku pulak. Kacau-bilau jiwa aku dibuatnya" luah Aleeya.
"Okay. Faham" kata Azizah.
"Hati kau tak rasa something ke?" soal Azlina lagi.
"Hurm. Ada la rasa touching, bila dia cuba tunjuk yang dia masih care, masih setia ingat kat aku. Dia tunjuk dia sayang or cinta, i don't know. Aku bukan la membenci dia, apa lagi berdendam. Cuma rasa kecewa dengan apa yang jadi masih ada, terluka dengan sikap dan perbuatan dia dulu. Yes, dia dah minta maaf. Aku pun dah maafkan dia. Tapi, susah kot aku nak lupa semua tu. Aku perlukan masa, maybe perlu effort dari dia juga untuk buat apa yang ada atau pernah ada 'spark' semula. Aku tak tahu. Masa hari nikah tu, aku fikir keluarga je. Kalau tak fikir dia orang, aku tak akan teruskan pernikahan tu. Bukan mudah aku nak terima bulat-bulat semuanya. Now, kalau aku memberontak pada dia, kang aku juga berdosa. Complicated jadi aku ni" jelas Aleeya.
"Nazim datang rumah ibu cari aku, mengamuk bila tahu aku dah kahwin. Aku sedih weh tengok keadaan dia. Even aku tak cinta dia, tapi rasa kasih aku pernah ada pada dia. Kak Murni selalu update aku keadaan dia dulu masa bertunang. Tapi bila dia dah nikah, aku suruh kak Murni stop update pasal dia. Tiba-tiba aku tengok dia dalam keadaan macam tu, aku rasa sedih gila. Aku tak tahu nak buat apa" luah Aleeya sambil menahan sebak.
"Teruk ke keadaan dia?" soal Azizah sambil cuba memujuk Aleeya. Di usap bahu sahabatnya itu.
"Tak terurus. Cengkung. Berserabut. Tertekan. Aku tahu dia terluka. Aku pun sama, tapi aku tak boleh nak selfish. Aku kena fikirkan permintaan parents dia. Tapi yang jadi mangsa dia dengan aku. Sumpah aku sedih, macam aku jumpa orang lain semalam" terlepas juga tangisan Aleeya.
"Bunga. Kau dah cuba buat yang terbaik untuk semua. Untuk diri kau. Kita orang tahu tak mudah kau lalui dan terima semua ni. Tapi apa yang berlaku ni, semua atas izin-Nya" pujuk Azlina.
"Take your time Bunga. Slowly" pujuk Azizah pula.
"Betul kata Manja, take your time. Nanti, if kau pindah rumah Akhtar. Rumah ni macam mana?" Azlina tukar topic perbualan mereka.
"Kau orang duduk je lah rumah ni, owner ada cakap nak jual. Aku cakap, aku nak beli. Aku tengah try submit loan. Kalau ada rezeki aku, jadi la rumah aku. Kau orang stay je la sini, tak payah nak fikir pindah" kata Aleeya pada mereka.
"Diam-diam je eh buat kerja" kata Azlina.
"Dah haritu tak jadi nak kahwin. Aku rasa nak bagi life aku stabil, nak ada rumah. Aku cuba je, doakan la ada rezeki aku" jelas Aleeya.
"Aamiin..." kata kembar serentak.
"Subuh dah, nak breakfast apa? Aku pukul 10.00 pagi nak jumpa Mr Puah untuk bincang stock bunga kedai. Kau orang ikut sekali" ujar Aleeya.
"Kita beli je la harini. Malas nak masak" kata Azizah.
"Boleh je teman kau. Lepas tu boleh pegi lepak and shopping sekali" kata Azlina pula.
"Good idea" kata Aleeya suka.
"Jangan lupa inform suami kau" pesan Azizah.
"Nanti aku bagitahu dia" jawab Aleeya.
"Jom lah mandi, solat, lepas tu kita keluar"ajak Azlina.
Share this novel