Bab 28

Romance Series 36633

MEMANDANGKAN cuti sudah bermula, Aleeya ingin pulang ke kampung. Kerana dia tidak boleh memandu dengan tangan yang cedera. Eidlan telah meminta sepupu mereka datang ke hostel mengambil kereta yang digunakan Aleeya, kereta Aleeya akan diletakkan di rumah sepupu mereka itu untuk sementara waktu. Aleeya pula akan pulang ke kampung bersama Eidlan.

"Bunga, dah siap kemas barang ke?" soal Eidlan pada adiknya di talian.

"Dah siap. Kembar tolong semalam. Dah letak bawah pun malam tadi sebelum diaorang balik. Bunga mana boleh nak angkat pakai sebelah tangan, cuma bag laptop, purse dengan barang mandi je ni ada dengan Bunga" jawab Aleeya.

"Okay, kalau tak ada apa-apa masalah abang gerak lepas zohor nanti" beritahu Eidlan.

"Okay, Bunga kat bilik ni. Nanti abang nak sampai abang call Bunga" pesan Aleeya.

Selepas menamatkan perbualan dengan abangnya, Aleeya kembali menyambung bacaan novelnya. Hanya tinggal dia sahaja di biliknya, Ain juga sudah pulang ke kampungnya malam semalam sama seperti si kembar. Aleeya rasa mengantuk dan terlelap dengan sendirinya.

Aleeya tersedar dari lenanya ketika jam menunjukkan angka hampir 2.30 petang. Lama juga dia tertidur, mungkin kerana penat semalam mengemas dan turun naik menghantar barang-barang miliknya ke bawah block.

Aleeyq mengambil handphonenya melihat screen, dia terlepas banyak missed call dari abangnya dan dua darinya pula dari Akhtar.

"Apehal semua orang cari aku ni" kata Aleeya sendirian.

Aleeya bangun untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah dia membuat panggilan kepada abangnya. Tiga kali mencuba namun tidak dijawab. Akhirnya Aleeya putuskan menghubungi Akhtar pula.

"Assalamualaikum, call Bunga tadi?" Aleeya menyapa dan bertanya Akhtar sebaik panggilan dijawab.

"Wa'alaikumsalam, Bunga pergi mana call tak jawab?" Akhtar bertanya.

"Ada je kat bilik. Tadi baca novel lepas tu tertidur. Tak perasan call sebab handphone dalam mode silent" jawab Aleeya.

"Hurm, patutlah call tak jawab. Ni dah solat belum ke cuti?" selamba Akhtar bertanya.

"Eh, solat dah. Tak cuti, puasa" cepat Aleeya menyangkal soalan serkap jarang Akhtar.

"Abang Eidlan call abang tadi, bagitahu dia call Bunga tapi tak berjawab banyak kali. Dia risau la. Lagipun dia ada hal nak bagitahu. Bunga ada return call kat dia tak?" Akhtar menjelaskan kenapa dia menghubungi Aleeya.

"Ada call ni tadi. Tapi tak jawab. Ada apa ya? Dia ada cakap apa-apa tak?" Aleeya bertanya jika abangnya ada menitip pesan buatnya.

"Memang tak jawab la, dalam meeting rasanya tu. Tadi dia pesan, kalau dapat call Bunga suruh sampaikan dia ada ad hoc meeting. Last minutes clients minta buat perubahan plan yang sedia ada sikit. So dia tak tahu habis pukul berapa, tapi dia cuba settle kan ASAP" terang Akhtar.

"Oh. Hurm, tak apa lah. Bunga ok je stay hostel tunggu sampai abang Eidlan datang. Ada je lagi budak rumah dua tiga orang yang balik esok, nanti Bunga WhatsApp dia" jawab Aleeya.

"Okay, apa-apa bagitahu abang. Abang ada je lagi kat rumah sewa ni. Anything call abang okay" pesan Akhtar.

"Okay, thanks. Assalamualaikum" jawab Aleeya dan menamatkan perbualan.

++
Akhtar dah explain. It's ok. Bunga tunggu je kat hostel. No worries. -Aleeya-

Pesanan WhatsApp di send kepada Eidlan. Aleeya mula membaca novel semula. Menghabiskan sisa masa yang ada menanti abangnya datang menjemput. Jika tidak kerana tangannya cedera, dia telah memandu pulang ke kampungnya sendirian.

Ketika sedang leka membaca, handphonenya bergetar menandakan ada notifikasi yang baru masuk. Handphone dicapai.

++
Sorry sayang, abang cuba cepat-cepat habiskan kerja. Lepas tu abang ambil Bunga kita balik kampung okay. -Eidlan-

++
It's okay take your time. -Aleeya-

SELESAI menunaikan solat asar, Akhtar berura-ura mahu bersiap dan pulang ke rumahnya. Akhtar berkira-kira mahu sampai ke rumah betul-betul menghampiri waktu berbuka nanti.

Ketika Akhtar sedang bersiap, handphone miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Segera dicapai dan ikon hijau digesek.

"Assalamualaikum, Akhtar. Ada kat mana ya, dah balik kampung ke?" soal Eidlan.

"Wa'alaikumsalam, kat rumah sewa lagi bang. Baru nak bersiap balik sekejap lagi. Ada apa ya?" Akhtar sepertinya boleh mengagak Eidlan memerlukan bantuannya.

"Abang ingat nak minta tolong Akhtar temankan Bunga buka puasa. Abang budget boleh gerak dalam pukul 8 macam tu. Ni tengah settle kan lagi urusan client tu. Abang apply cuti lama ni sampai raya ke empat. Tu sebab kena settle hal ni harini juga. Tak apa lah. Akhtar pun nak balik kampung dah, nanti abang minta Bunga makan sendiri kat cafe hostel je" Eidlan serba salah.

"Oh. Tak apa bang, saya boleh temankan. Boleh je saya gerak lepas berbuka nanti. Tak apa, nanti Akhtar minta Bunga siap bawa dia pergi berbuka di luar" Akhtar sudi menemankan Aleeya berbuka puasa, dia mengambil peluang yang ada.

"Betul ni? Okay la kalau macam tu. Nanti Akhtar call Bunga ya, thank you Akhtar" Eidlan lega tidak lah Aleeya sendirian berbuka puasa. Ada juga Aleeya teman. Eidlan rasa serba salah terpaksa membiarkan Aleeya menanti dia datang mengambilnya.

Setelah talian diputuskan. Akhtar cuba menghubungi Aleeya. Seketika menanti baru talian di jawab.

"Assalamualaikum" Aleeya menyapanya.

"Wa'alaikumsalam. Buat apa?" setelah salam dijawab Akhtar bertanya gadis itu sedang apa.

"Baru lepas solat asar" jawab Aleeya.

"Siap-siap lah, kejap lagi abang datang ambil. Kita berbuka kat luar" arah Akhtar.

"Kita? Tapi kenapa? Bunga tunggu abang Eidlan" Aleeya bertanya hairan.

"Nanti sampai abang bagitahu kenapa. Bunga bersiap okay. Lima minit lagi abang gerak pergi hostel" Akhtar hanya meminta gadis itu bersiap sahaja.

Setelah panggilan ditamatkan Akhtar menghubungi umminya pula, untuk maklumkan dia akan bergerak pulang selepas berbuka puasa

"Assalamualaikum, ummi. Akhtar balik lepas berbuka ya. Ada hal pula tiba-tiba, kawan minta tolong" Akhtar memberitahu puan Nuraini.

"Wa'alaikumsalam, ye ke ni? Ke nak pergi dating?" puan Nuraini bertanya, serkap jarang.

"Betul ummi, ada hal ni. Tak dating lah, nanti nak gerak balik Akhtar call ummi ya" Akhtar menafikan dakwaan umminya.

"Okay lah. Hati-hati memandu" pesan puan Nuraini sebelum menamatkan panggilan.

Akhtar kembali bersiap dan mengambil barangan yang mahu di bawa pulang ke kampung. Akhtar mencapai kunci kereta di atas rak yang tersedia dan bersalaman dengan rakan serumah yang masih ada sebelum bergerak ke keretanya.

Ketika hampir sampai ke bangunan hostel Aleeya, Akhtar mengambil handphone untuk menghubungi Bunga.

"Assalamualaikum, dah siap?" Akhtar bertanya.

"Wa'alaikumsalam. Sekejap, Bunga tengah pakai tudung" jawab Aleeya.

"It's okay. Abang baru nak sampai ni. Abang tunggu kat tempat biasa" pesan Akhtar.

"Okay" Aleeya terus memutuskan talian. Dia agak sukar mahu bersiap kerana keadaan tangannya yang tercedera.

Sepuluh minit menanti, muncul Aleeya yang berjalan perlahan ke arahnya. Hanya memakai kasut sneakers, seluar hitam straight cut dan blouse lengan panjang berbunga kecil bewarna nude dipadankan dengan tudung berwarna hitam. Simple tetap cantik dan terjaga auratnya. Hanya tangan kirinya sahaja masih memakai anduh kerana perlu membataskan pergerakan.

"Sorry, lama kan tunggu. Bunga susah sikit nak bersiap tangan macam ni" Aleeya memohon maaf kerana lewat.

"It's okay. Abang faham. Jom, kita gerak" Akhtar membantu membukakan pintu kereta untuk Aleeya.

"Kita nak ke mana ni? Awal abang ambil, jam baru nak pukul 5" Aleeya bertanya sebaik sahaja Akhtar duduk di bahagian pemandu. Terkial-kial dia mahu menarik seat belt dan memakainya.

"Sini abang tolong. Kita nak pergi berbuka la. Nak cari tempat makan. Nanti klau pergi last minute kita nganga je makan angin tak ada tempat nak duduk" Akhtar berkata sambil mendekati Aleeya sedikit bagi membantu gadis itu memakai seat belt. Haruman wangian yang dipakai Aleeya serta merta mendebarkan dada Akhtar.

Aleeya pula sudah keras seperti patung cendana dengan aksi mereka berdua yang sedikit hampir. Bauan wangian Akhtar yang dihidu Aleeya membuatkan jantungnya berdebar hebat.

Senyap sahaja mereka sebelum Akhtar mulakan pemanduan kereta. Masing-masing cuba mengusir debaran di dada. Menenangkan diri masing-masing dari kejadian tadi.

SETELAH hampir lima belas minit kereta bergerak, barulah Aleeya bersuara mematikan kesunyian yang melanda antara mereka berdua.

"Abang, kita nak ke mana? Kenapa tiba-tiba ajak Bunga berbuka kat luar?" soal Aleeya ingin tahu.

"Bunga nak makan apa harini? Abang Eidlan call, minta abang temankan Bunga berbuka dahulu sebelum dia datang ambil. Dia kata nanti dia gerak dalam pukul 8 ambil Bunga di hostel. Dia lewat sebab nak siapkan kerja yang kena betulkan last minutes tu. Dia apply cuti lama, client nak sebelum dia cuti dah settle. Sebab tu harini kita berbuka sama" terang Akhtar.

"Tapi abang Eidlan tak call Bunga pun bagitahu apa-apa" Aleeya memandang Akhtar di sebelahnya.

"Nanti Bunga call dia ya, sekarang ni nak berbuka apa?" Akhtar turut memandang ke arah Aleeya namun hanya seketika sebelum menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

"Nak makan nasi boleh? Pagi tadi sahur makan roti je. Semalam kembar tak sempat belikan makanan untuk sahur" rengek Aleeya tanpa sengaja.

Akhtar menoleh pandang Aleeya seketika. Melihatkan sisi baru Aleeya yang tidak pernah diketahuinya. Manja, ya Aleeya yang manja. Manja yang tidak di buat-buat, manja yang begitu bersahaja. Selama ini, Akhtar hanya mengenali gadis itu yang kelihatan sentiasa tenang, cool dan agak kurang bercakap.

"Kenapa tengok Bunga macam tu?" pelik Aleeya dengan pandangan Akhtar padanya.

"Tak ada apa. Kenapa tak call abang? Abang boleh tolong belikan makanan untuk Bunga" Akhtar bertanya semula.

"Ingatkan abang dah balik. Sebab paper dah habiskan. Lagipun Bunga segan" jujur Aleeya memberitahu sebabnya.

"Kan da pesan, apa-apa call atau WhatsApp. Lain kali, nak minta tolong apa-apa bagitahu okay" Akhtar berpesan sebelum menyambung kata.

"Makan nasi berlauk? Kita pergi restaurant thai ya. Boleh?" bertanya pada Aleeya, bimbang jika gadis itu tidak suka.

"Boleh je, tak kisah mana-mana" jawab Aleeya bersahaja.

Sampai di sebuah restaurant tepi jalan, Akhtar parking di tempat yang masih ada kekosongan. Akhtar mengajak Aleeya untuk turut serta menempah meja dan makanan terlebih dahulu, bimbang jika terlewat penuh pula nanti.

Mujur meja kosong masih ada. Mereka menempah tempat yang sedikit tersorok di bahagian tepi. Memesan menu nasi putih, siakap tiga rasa, sayur kailan goreng, telur dadar, pulut mangga permintaan Aleeya dan juga minuman jug kecil jus buah tembikai. Selesai menempah dan membuat separuh pembayaran, mereka beredar meninggalkan restaurant itu. Jam baru menginjak ke angka 5.30 petang, masih awal mahu mununggu di situ.

Sampai sahaja di kereta, Akhtar bertanya pada Aleeya jika dia ingin ke tempat lain sementara ingin menunggu waktu berbuka.

"Ada nak pergi mana-mana? Beli apa-apa ke?" soal Akhtar.

"Tak ada. Bunga ikut je abang" jawab Aleeya polos.

"Kita pergi nikah lah kat siam, okay?" Akhtar mengusiknya.

"Okay" sengaja juga Aleeya membalas usikan Akhtar.

"Betul ni?" kata Akhtar dengan wajah serious.

"Tak betul" jawab Aleeya sambil tersenyum.

"Tahu pun. Kita pergi area bangunan kedai the store la, tapak belakang tu macam ada bazar jual barang-barang nak raya. Tak pun kita masuk the store tu, kalau Bunga tak selesa" Akhtar memberi idea.

"Boleh je mana-mana, cuma kena hati-hati la sebab takut orang langgar tangan yang injured ni" Aleeya hanya mengikut apa yang dirasakan sesuai.

"Kita tengok dulu ramai tak kat area bazar belakang tu, kalau ramai kita masuk dalam bangunan the store je" Akhtar membuat keputusan untuk mereka.

"Okay" jawab Aleeya setuju.

"ASSALAMUALAIKUM. Bunga sorry. Abang lambat sikit ambil. Bunga berbuka dengan Akhtar dulu ya. Nanti abang siap, abang datang ambil" belum sempat Aleeya mahu berkata apa-apa, Eidlan terlebih dahulu menegurnya.

"Okay, lain kali bagitahu Bunga dulu. Okay lah sambung la kerja abang, nanti ambil Bunga" Aleeya memutuskan talian. Merajuk dalam masa yang sama.

"Abang Eidlan?" tanya Akhtar di sebelahnya.

"Ha'ah. Jom lah dah sampai ni, macam best je tengok banyak baju-baju semua tu" ajaknya setelah mereka tiba. Terlupa dengan tangan yang masih perlu di jaga.

Akhtar melihat ke arah yang di maksudkan Bunga, jadi bimbang pula dia. Agak ramai juga orang di sana.

"Okay ke ni? Tangan tu, lupa?" soal Akhtar pada Aleeya.

"Ala..sekejap je, kalau full sangat kita masuk dalam bangunan the store tu. Boleh lah" pinta Aleeya pada Akhtar.

"Okay, tapi bila sesak kita masuk dalam bangunan je" Akhtar mengalah dengan permintaan Aleeya, tidak sampai hati mahu menolak.

Agak bersesak juga mereka. Akhtar berjalan di sebelah kirinya, melindungi dari tangan Aleeya terhimpit dan di langgar pengunjung lain.

"Abang, jom lah masuk dalam. Bunga tak selesa la" akhirnya Aleeya mengalah. Keadaan tangan yang sakit, berlanggar dengan pengunjung lelaki yang ada. Ada juga seperti yang sengaja mengambil kesempatan melanggarnya membuatkan Aleeya benar-benar kurang selesa.

Akhtar di sebelahnya hanya mengangguk dan mencari ruang laluan untuk ke dalam bangunan. Namun masih dia berjaga-jaga dengan keadaan Aleeya. Sehinggalah tiba-tiba Aleeya bersuara tegas dan agak kuat. Serta merta Akhtar menoleh.

"Biadab!" kata Aleeya sambil memegang dan mengilas tangan seorang lelaki dihadapannya. Orang ramai mula memerhatikan mereka.

"Kenapa ni? Sayang?" sengaja Akhtar bertanya dan memanggilnya begitu.

"Dia raba punggung Bunga" tegas nada suara Aleeya menjawab pertanyaan Akhtar.

Akhtar memegang pergelangan tangan lelaki yang di kilas Aleeya. Memerah wajah lelaki tersebut menahan kesakitan mungkin, boleh tahan juga kekuatan Bunga tidak padan dengan tubuh yang kecil.

"Lepas dia Sayang, abang settle" pujuk Akhtar. Mereka yang ada memerhatikan sahaja keadaan itu, ada juga yang merakam. Dasar netizen betul. Bukan nak tolong ke apa. Ceh!

"Bunga tak akan lepaskan dia, jom cari kaunter aduan, biar kena tindakan polis" rasa marah berbuku di hatinya.

"Ada ke raba pungung aku, aku pakai blouse labuh kot tutup punggung lagi. Seluar pun tak ketat, tudung pun pakai biasa je pin ke bawah. Dasar lelaki mata x-ray" bentak Aleeya dalam hati.

"Abang settle. Ramai orang tengok kita ni. Bunga cool down. Istighfar banyak-banyak sayang" Akhtar masih memujuk. Garang kemain, hai la. Kesayangan siapa la ni.

Akhirnya Aleeya mengalah. Aleeya beredar ke arah tepi pintu masuk bangunan yang ada kawasan lapang, dia bersendirian sebentar mahu menenangkan diri.

"Salah orang ni bro cari hal. Tu bakal isteri aku. Aku pun tak sentuh dia, kau ambil kesempatan raba dia dalam sesak manusia ni. Kita fight cara jantan? Atau kau nak aku report kau je? Kau pilih?" kata Akhtar pada lelaki tersebut sambil menekan tangan yang dikilas kuat setelah Aleeya melepaskan pegangan pada lelaki itu tadi.

"Sorry..sorry..report aku..aku salah" kata lelaku tersebut, tersekat-sekat ayatnya menahan kesakitan.

Akhtar membawa lelaki itu ke kaunter aduan dan tindakan diambil oleh pihak pengurusan. Dia berlalu mendapatkan Aleeya yang masih di luar bangunan.

"Bunga, okay? Jom. Dah settle, pihak pengurusan ambil tindakan" ujar Akhtar.

"Bunga pakai macam ni seksi ke? Bunga tak cukup jaga ke pakaian Bunga? Bunga nampak macam perempuan murah ke?" pertanyaan bertalu-talu dari mulut Aleeya dengan nada yang bercampur rasa marah, geram, kecewa. Akhirnya mengalir juga air mata Aleeya kerana keadaan itu.

"Tak pun. It's okay. Abang ada ni. Tenang sayang. Tarik nafas hembus" satu lagi sisi baru yang dilihat Akhtar pada Aleeya hari ini. Cepat rapuh jiwanya jika berkaitan maruahnya. Nampak cekal dan tabah tapi tetap juga rapuh bila melibatkan harga dirinya yang dijaga sebaik mungkin.

Akhtar menghulurkan sapu tangan yang ada di poket seluarnya untuk Aleeya mengelap air matanya. Aleeya capai dan lap pipinya, marah benar dia dengan kejadian tadi. Simpati Akhtar melihatnya.

" Dah okay? Jom. Jalan dekat sikit dengan abang. Atau bunga jalan depan abang sikit. Jom masuk" pesan Akhtar dan mengajak Aleeya masuk ke dalam bangunan itu.

"Sorry. Thank you" ujar Aleeya.

Akhtar berjalan agak rapat juga di sisi kiri Aleeya dan sedikit ke belakang sebahagian tubuh kiri Aleeya. Aleeya pula mula berasa sedikit selesa berada didalam bangunan itu.

"Bunga nak tengok baju kat sana" kata Aleeya sambil menunjukkan arah terdapat sebuah butik pakaian yang menjual pelbagai jenis warna dan fesyen baju perempuan.

"Okay jom" Akhtar hanya melayan sahaja.

Aleeya capai dua pasang baju kurung moden yang simple berwarna off white dan pink pastel. Berkira-kira mahu mengambil yang mana. Akhtar yang memerhati mendekati Aleeya.

"On your right hand it's suits you well" ujar Aleeya.

Aleeya berpaling dan tersenyum, dia juga memikirkan perkara yang sama. Di ambil baju berwarna white off itu. Kemudian Aleeya ke arah rak design yang lain. Alang-alang dah jumpa yang berkenan, shopping la. Tak payah kalut nak beli baju raya lagi nanti. Diambil juga sepasang lagi baju berwarna light blue plain dengan padanan kain bercorak warna kuning pastel. Lalu sepasang lagi baju plain berwarna pink pastel dipadankan dengan kain lace berona sama. Puas hati dengan pilihannya, Aleeya ke kaunter pembayaran. Seorang Aleeya yang sukakan minimalist, simple dan plain.

Akhtar belajar satu lagi perkara tentang Aleeya. Sukakan sesuatu yang ringkas, mudah dan simple, namun begitu pilihannya tetap menutupi aurat. Secara curi-curi Akhtar mengambil gambar gadis itu.

"Dah?" Akhtar bertanya sebaik sahaja Aleeya selesai membuat bayaran. Aleeya hanya mengangguk. Akhtar mengambil paper bag yang mengandungi pakaian yang di beli Aleeya.

"Baju untuk raya?" tanya Akhtar sebaik mereka keluar dari butik itu.

"Ha'ah. Alang-alang Bunga dah jumpa yang berkenan. Abang dah beli baju raya ke?" Aleeya menyoal Akhtar.

"Belum, boleh kita masuk area mens sekejap nak cari t-shirt dengan seluar" tanya Akhtar pada Aleeya.

"Okay je, sempat lagi ni. Jomlah" jawab Aleeya senang.

Akhtar memilih pakaian, Aleeya pula hanya memerhatikannya. Aleeya curi-curi mengambil gambar Akhtar tanpa disedari jejaka itu. Akhtar menunjukkan dua helai t-shirt di tangannya pada Aleeya. Aleeya langsung mendekati, melihat dan memilih yang sesuai.

"On the left" Aleeya memberi kata putus. Akhtar mengangguk setuju, lalu dia meneruskan memilih pakaian yang lain. Di bahagian seluar pula, Akhtar menunjukkan tiga pilihan warna nude brown, dark brown dan black. Namun hanya dua helai sahaja yang mahu di beli.

"Dark brown and black, easy to match" Aleeya memberi pendapat. Akhtar mengikut pilihan Aleeya. Akhtar membeli dua helai t-shirt dan dua helai seluar.

"Jom, pukul 7 dah ni. Kita gerak pergi restaurant tadi" ajak Akhtar. Dibawa ke semua paper bag yang mengandungi pakaian yang di beli mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience