Bab 62

Romance Series 36633

"KAK, siapa lelaki yang akak jumpa? Yang duduk dengan ibu tadi" tanya Najwa sewaktu mereka sedang membuat cake.

Terhenti pergerakan Aleeya. Entah kenapa terasa pedih dalam hati bila gadis itu bertanya tentang Akhtar. Azizah dan Azlina memberi pandangan yang tajam pada Najwa. Kurang senang dengan perangai gadis itu jika melibatkan hal lelaki.

"Kenapa Najwa tanya?" Aleeya menyoal semula.

"Tak la. Handsome. Abang sepupu akak ke? Nak kenal boleh?" kata Najwa selamba.

"Kau ni, haritu kau try mamat yang suka Hana. Harini kau nak try mamat ni pulak" selamba Kira menempelak gadis itu.

"Biarlah. Dia bukan pakwe Hana pun. Handsome tapi poket kosong, motor je ada tu pun motor abang dia bagi. Ingat ada kereta. Keluar pergi mall pun makan KFC dengan Mcdonald. Makan pula sendiri-sendiri bayar, tengok wayang pun tak sebab tak ada duit. Pakai smart tapi pokai" Najwa menjawab kata-kata Kira.

"Siapa Hana?" soal Azizah.

"Ala mamat tu selalu datang sini usha Hana. Saya try je ajak keluar, dia setuju. Tadi dia borak dengan boss kak Aleeya, lama juga" jawab Najwa selamba.

"Najwa esok pukul 10 pagi kak Naa nak jumpa awak dekat office" tegas Azlina berpesan padanya.

"Okay. Kak Aleeya, saya balik pukul 9 ya harini. Ada janji dengan kawan" minta Najwa.

"Jangan ganggu lelaki tadi, dia dah ada tunang. Kenapa tak balik sekarang je" sarcastic nada Aleeya bertanya. Geram dengan sikap gadis itu yang selalu bagi alasan untuk pulang lebih awal.

"Ala baru tunang, belum khawin. Dah jadi suami orang pun boleh bercerai, apa lagi tunang. Boleh je putus. Boleh ke kak saya balik sekarang? Saya balik sekarang la" Najwa berlalu mengambil barangan miliknya dan keluar untuk pulang.

"Dasar cikB betul perempuan ni" marah Kira.

"Macam tu je?" kata Haiqal.

"Dia tak tahu ke kau perli dia. Nada kau pun dah memerli apa lagi ayat kau" kata Azizah pula.

"Bagus lah dia balik. Ha. Cerita la kenapa sebenarnya kau orang semua dengan dia. CikB tu apa Kira?" tanya Aleeya blur.

"Oink oink. Huruf b huruf a huruf b huruf i. Tu la cikB. Haa..geram saya kak" jawab Kira.

Tergelak mereka semua dengan jawapan Kira yang tak terduga.

"Dia kerja main-main. Saya tegur dia, dia tak puas hati" jawab Hana.

"Akak tahu dia kata kat Hana macam ni 'kau pun kuli je kat sini jangan nak berlagak macam boss'. Dah la time kerja asyik main handphone. Lepas tu bila ada kak Naa ke kak Iza baru dia buat kerja betul-betul" adu Kira pula.

"Paling saya tak suka dia flirt dengan random guy yang datang sini. Especially yang handsome" kata Haiqal pula.

"Haiqal pun nak gosip jugak eh?" usik Aleeya pada jejaka itu.

"Dengan Haiqal pun dia tak suka. Dia kata boleh ngam dengan Firas je. Agaknya sebab Firas rajin melayan dia" kata Haiqal.

"Ye ke Firas? Ke Firas suka dia?" usik Azizah pula.

"Tak kuasa la nak suka minah perasan cantik tu, dah tu nak yang kaya je. Apa dia ingat orang yang naik motor tak ada class ke" kata Firas geram.

"Amboi kau orang ni. Tak padan lelaki. Kuat gosip juga eh" tegur Aleeya dalam senyuman.

"Kak tak nak tukar orang lain ke? Saya ada adik sepupu yang cari kerja. Dia baru je habis sekolah" tanya Firas.

"Kenapa cari kerja? Untuk sementara ke?" soal Azlina pula.

"Tak la. Memang untuk kerja. Dia anak yatim. Mak dia kerja cleaner je, dia baru habis form 6. Tak sambung sebab tak mampu, dia kesian dengan mak dia kerja seorang,  adik ada lagi empat orang yang sekolah" terang Firas.

"Nanti suruh dia datang interview kalau ada free" cepat Aleeya menjawab.

"Okay kak. Nanti saya bagitahu dia" teruja Firas dengan jawapan Aleeya.

"Ha. Sambung gosip, apa jadi dengan mamat yang suka Hana tu?" Aleeya ubah topik. Dia suka melayan anak buahnya berempat ini, sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

"Kau ni, boleh tahan eh" kata Azizah.

"Aku bukan selalu ada kat kedai. Time macam ni la baru boleh borak dengan kau orang semua" Aleeya senyum nipis.

"Mamat tu masih datang tiap hari tanpa gagal ya kak" kata Haiqal pantas.

"Wow. Betul syok kat Hana ni" ujar Aleeya.

"Hana tak suka dia?" tanya Aleeya pada gadis itu.

"Dia dah keluar dengan Najwa, buat apa saya nak suka dia. Buaya" kata Hana dengan nada geram.

Tergelak mereka semua dengan kata-kata Hana itu. Aleeya tahu sebenarnya siapa pemuda itu, dia masih berkira-kira mahu memberitahu mereka semua.

"Since Najwa dah balik. Akak bagitahu la siapa dia. Tapi ni cuma antara kita-kita je okay. Hana nanti fikir baik-baik ya nak berkawan dengan dia" serious sahaja tutur kata Aleeya. Senyap sepi. Aleeya angkat muka.

"Agak dah. Semua pay attention betul ni, sunyi dia macam dalam dewan kuliah, ke macam dalam dewan exam? Hahahaha" tak tertahan Aleeya dengan reaksi mereka semua termasuk si kembar.

"Hoi. Kau gelak apa. Bagitahu la cepat" geram Azizah dengan Aleeya yang buat mereka ternanti-nanti.

Aleeya tak dapat menahan ketawa dengan muka terpinga-pinga anak buahnya berempat Kira, Hana, Firas dan Haiqal. Blur habis.

"Entah. Cepat la, bagitahu je lah. Syok pulak dia gelak" Azlina baling segenggam tepung pada Aleeya.

"Okay..okay..jangan la main tepung" Aleeya beralah.

"Nama budak tu Nuwair Iman Bin Nawaf Irsyad. Sepupu kepada Nazim Ilman. Nawaf Irsyad adik kepada Dato' Seri Nazhan Izzuddin. Nawaf Irsyad dikenali dalam dunia perniagaan pembinaan, abang Eidlan kenal budak Nuwair Iman tu. Beberapa kali juga berkerjasama dalam beberapa project. Budak tu architect, anak last dari tiga beradik, ada abang dan kakak. Itulah sikit latar belakang budak yang namanya Nuwair Iman tu. Bukan yang macam Najwa cakap tu. Mesti budak Iman tu game kan si Najwa. Entah siapa punya motor dia rembat, bawa pergi jumpa Najwa" terang Aleeya sambil ligat melakukan kerjanya.

"Wow. Kak Aleeya macam Internet bergerak la. Semua tahu pasal budak Iman tu" kata Kira.

"Dalam banyak-banyak benda budak Iman tu bagitahu, yang betul cuma nama dia" kata Hana pula.

"La..yeke? Apa dia bagitahu pasal diri dia?" soal Azizah.

"Dia kata dia anak tukang buat rumah je. Pastu dia kerja jual lukisan. Kadang-kadang buat kerja tukang dekat bangunan. Motor tu dia kata abang dia punya, dia pinjam" Hana menjelaskan dengan nada geram.

Berdekah ketawa mereka semua. Wajah Hana pula sudah mendung.

"Hana okay?" soal Aleeya.

"Dia bukan game kan Najwa je, dengan Hana sekali kena game" jawab Hana seperti mahu menangis.

"Sebenarnya, apa yang dia cakap pasal diri dia tu betul la. Ayah dia  tukang buat rumah, kan ayah dia ada syarikat pembinaan, selalu dapat contract buat rumah, buat bangunan. Dia kerja jual lukisan, architect mesti la kerja dia buat lukisan plan macam abang Eidlan. Mahal tau bayaran untuk lukisan plan ni. Kadang-kadang kerja tukang, bila dia yang buat lukisan plan mesti la dia kena pergi site tengok progress, kalau tak betul mesti la dia arahkan tukang untuk betulkan" jelas Aleeya pada Hana.

"Cuma dia bagitahu Hana dalam cara yang opposite. Maybe dia nak Hana terima dia seadanya. Anak orang biasa dan cara hidup yang biasa-biasa" Aleeya memberi pendapatnya.

"Kalau dia betul-betul ikhlas nak berkawan dengan Hana apa salahnya. Tapi yang penting kena jujur dan ada restu dari keluarga. Hana fikir baik-baik ya" nasihat Aleeya pada gadis itu.

"Kena rahsiakan dari Najwa ni. Kang dia sapu si Iman tu dari Hana" kata Firas tiba-tiba.

Sekali lagi tertawa mereka semua dengan ayat Firas yang bersahaja tapi mengundang rasa lucu pada mereka.

"Dah...jom cepat sambung kerja. Don't worry la pasal Najwa. Dalam kedai ni kan ada CCTV. Nanti akak minta kak Naa uruskan hal dia" kata Aleeya.

"Noted. Esok aku settle hal dia" kata Azlina pula.

"Akak nak kita semua ni jadi team yang berkerjasama. Saling membantu. Kalau ada salah kena saling menegur. Bila kena tegur, kena la berlapang dada terima teguran tu untuk kebaikan. Nak rezeki yang berkat perlu amanah dalam berkerja" pesan Aleeya pada mereka semua.

"Ai ai captain" serentak mereka menjawab menggunakan trade mark Haiqal yang kuat menonton cerita Sponge Bob.

Tersenyum Aleeya. Mereka lah tulang belakang Bunga&Coklat. Tanpa mereka, pasti tidak berjaya untuk dia membuka  Bunga&Coklat.

"DAH jumpa dia? Dah explain semua?" soal Irham ketika Akhtar sedang menonton tv.

"Dah" hanya sepatah kata yang keluar dari mulutnya.

"Kau balik naik apa tadi?" tanya Azad pula.

"Grab" sepatah jawapannya.

"Kau okay ke ni? Nak share dengan kita orang?" soal Irham prihatin.

"Lain. Dia lain sangat. Dia dingin. Cakap pun dah kau aku" jawab Akhtar bersama wajah yang kelihatan penuh kesalan.

"Kita orang dah bagitahu awal lagi. Dia dah lain. Tapi tak pasti dengan kita orang je atau dengan semua orang. Nampak dia lagi berdikari, tegas dan yang paling ketara dia dingin. Nak kata tak layan,  dia layan tapi macam tu la" kata Azad.

"Dia bagi respond macam mana pada kau?" tanya Irham.

"Dingin dan tegas. Tak tahu dia pura-pura atau memang itu diri dia yang sekarang" Akhtar juga keliru, adakah itu sifat sebenar Aleeya atau gadis itu hanya berlakon dihadapannya.

"Kembar pun ada cakap. Supaya aku tak ganggu dia lagi" ujar Akhtar lemah.

"Kau dah explain semua pada dia?" soal Azad pula.

"Dah. Dari awal aku dah boleh agak jawapan dari dia. Cuma, dia ada cakap. Dia dah janji. Aku tak faham maksud dia. Dia janji dengan siapa? Apa yang dia janjikan?" jelas Akhtar yang juga tertanya-tanya.

"Jap. Tak faham. Janji apa ni. Kau cakap pasal apa dengan dia?" kata Irham pula.

"Dia cakap dia puas tunggu penjelasan dari aku sampai la hari aku bertunang. Tapi aku tak jelaskan apa-apa, aku senyap. Lepas tu dia cakap, dia cuma tunaikan janji. Itu sebab aku keliru, janji apa. Dengan siapa dia janji" Akhtar menjelaskan kekeliruannya pada kata-kata Aleeya.

"Ummi dan abi kau tahu ke pasal dia? Ummi dengan abi ke yang jumpa dia? Ke Leyla? Ingat tak pasal dia tanya Elyn dengan Aira kau nak bertunang tu. Kau dah tahu belum siapa yang bagi tahu dia?"  bertubi-tubi soalan dari Azad pula.

"Tak. Yang tahu kau orang. Along dengan angah, tapi tak kan along dengan angah. Diaorang pun tak pernah jumpa Bunga. Ummi dengan abi lagi tak tahu apa-apa pasal Bunga" kata Akhtar.

"Mana kau tahu ummi dengan abi tak tahu pasal dia?" soalan Irham buatnya tersentak.

"Kalau ummi dan abi tahu. Mesti dia orang dah sebut pasal Bunga atau minta aku lupakan Bunga atau apa-apa. Tapi tak ada pula selama ni" Akhtar yakin dan dia  sangat yakin tentang itu.

"Tak ada orang lain lagi, aku nampak seorang je. Leyla. So, sekarang apa kau nak buat?" tanya Irham padanya.

"Focus settle hal kerja dulu lusa ni. Lepas tu baru balik jumpa family. Aku buat keputusan nak putuskan pertunangan yang dia orang aturkan ni" jawab Akhtar.

"Kau nak balik bila?" soal Azad pula.

"Tengoklah seminggu dua. Baru aku balik" jawabnya.

"Kau nak cuba pujuk Aleeya ke?" tanya Azad lagi.

"Buat masa ni tak. Aku nak settle dulu hal pertunangan tu. Aku takut bila dia dah okay, aku tak boleh nak buat apa-apa dengan masalah pertunangan tu jadi lagi keruhkan keadaan" jelas Akhtar pada Azad

"Elok la tu. Buat yang kau rasa terbaik" sokong Irham.

"Cuma buat masa ni, aku nak jaga dia dari jauh. Aku nak perhatikan, dia betul-betul berubah atau hanya pura-pura berubah" kata Akhtar pada mereka.

"Ikut kau lah, tapi jangan sampai tindakan kau ni, buat dia bertambah marah dan benci kau lagi sudah" nasihat Irham.

"Sepanjang aku tak ada ni. Ada tak sesiapa yang follow dia? Jadi stalker ke?" soalnya pada Irham dan Azad.

"Tak ada pula. Kenapa kau tanya?" pelik Irham dengan soalan dari Akhtar.

"Whole day ni. Ada seorang mamat ni perhatikan dia. Bukan melayu yang pasti. Naik Mazda CX-5 merah. Kau orang tak perasan ke?" kata Akhtar.

"Tak ada pula selama ni. Kau tak cuba tanya abang? Nanti cuba tanya dia" cadang Azad pula.

"Hurm. Hati aku tak sedap la. Macam sesuatu sangat mamat tu. Nanti aku follow kau orang pegi training, boleh jumpa abang tanya" katanya.

"GADIS tu ke yang Nazim suka?" soal Datin Seri Afina sewaktu mereka sedang makan malam.

"Uhuk..uhuk.." tersedakNazim apabila tiba-tiba ditanya soalan begitu.

Datin Seri Afina dan Dato' Seri Nazhan Izzuddin tersenyum melihat keadaannya. Serba tidak kena dia rasakan.

"Kalau yang itu pilihan Nazim. Papa okay. Cantik orangnya, beradab pula tu. Keluarganya pun mesra, bersopan dan beradab dalam berbicara" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.

"Betul. Mama setuju. Kalau betul, apa salahnya cepat-cepat bertunang. Lepas tu berkahwin. Perkara yang baik ni jangan ditangguh lama-lama. Nazim pun dah stabil semuanya" sokong Datin Seri Afina pula.

"Bukan tak nak mama, papa. Aleeya belum bersedia nak terima Nazim lebih dari seorang kawan. Dia cuma anggap Nazim kawan biasa" jawabnya jujur.

"Dah confess pada dia apa yang Nazim rasa?" soal papanya.

"Dah pa. Dia kata, kalau ada jodoh. Ada lah. Dia tak berani nak menjanjikan apa-apa" jawabnya lagi.

"Ha..itu lah yang Nazim tak faham. Bila dia kata macam tu, maknanya dia tak suka pada hubungan yang tak pasti. Jadi, Nazim la yang kena ambil peluang dengan tindakan yang betul. Jadikan hubungan yang serious, jumpa keluarga dia. Minta izin, lepas tu bincang untuk mama dan papa datang merisik. Kita buat ikut adat dan beradab" kata Datin Seri Afina padanya.

"Kalau dia menolak macam mana mama? Nanti Nazim yang kecewa" katanya.

"Buat dulu apa yang mama cadangkan. Jika dia memang diciptakan untuk kamu, papa yakin Allah akan mudahkan" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin pula.

"Kalau dia masih ragu-ragu atau belum yakin. Nanti mama cuba pujuk dia pula" kata Datin Seri Afina lagi.

"Nanti Nazim cari masa untuk jumpa abang dia" ujarnya pada mereka.

"Papa dengar dia nak berhenti kerja di syarikat kita. Betul ke?" soal papanya.

"Yup. Dia dah hantar pun resigned letter awal bulan haritu. Next month ni last dia kerja di syarikat kita. Murni pun tengah pening tu nak cari pengganti Aleeya" jawabnya.

"Oh. Dia nak focus pada business dia ya. Tapi bagus juga. Nanti tak adalah jadi buah mulut orang dipejabat bila Nazim dah serious dengan dia" kata Datin Seri Afina pula.

"Family day syarikat bulan depan jadi ke buat? Dah pilih tempat?" soal Dato' Seri Nazhan Izzuddin.

"Jadi pa. Cuma belum dapat confirmation tempat. Sebelum ni dia orang ada suggest dua ke tiga tempat.  Saya suruh Murni yang handle dan bincang dengan financial department. InsyaAllah by this week dah settle" katanya.

"Tahun ni mama dengan papa join la. Tahun lepas tak dapat joined sebab tarikh ke umrah sama. Nanti sediakan bilik untuk mama dan papa, kami punya papa tanggung tak perlu masukkan dalam budget syarikat" kata Dato' Seri Nazhan Izzuddin.

"Alright. Nanti Nazim minta Murni uruskan" jawabnya.

"Aleeya join kan? Boleh la mama nak berkenalan dengan lebih dekat lagi bakal menantu mama tu" kata Datin Seri Afina.

"Setakat ni tak ada pula yang hantar surat pelepasan untuk tak join family day. Mama jangan la menaruh harapan tinggi sangat, Nazim pun tak berani nak berharap" ujarnya.

"InsyaAllah, semua akan baik-baik sahaja" Dato' Seri Nazhan Izzuddin memberi anaknya semangat.

"WOW! Kedai dia rupanya. Aku ada kerja untuk kau" kata Kaisara.

"Aku pun baru tahu tadi. Kau nak aku buat apa?" soal Vincent.

"Give her a lesson. Just a little bit. Tak sangka pula sampai parents Nazim boleh datang meraikan sekali. So betul lah dia orang ni ada hubungan. Amaran first dia tak hiraukan, this time kita ajar dia sikit" kata Kaisara.

"Aku follow je apa kau nak aku buat" Vincent  sedia melakukan apa sahaja janji khidmatnya dibayar setimpal dengan kerjanya.

"Aku tak paham apa yang dia orang nampak kat perempuan kampung ni. Dato' dan Datin tu tak malu ke if ada menantu orang kampung. Jatuh standards sebab tak sama taraf. Aku tak boleh terima if aku kalah dengan perempuan kampung ni" marah Kaisara.

"Aku bukan nak backup sesiapa okay. Tapi aku tak nampak perempuan ni kejar Nazim. Yang aku nampak dia selalu mengelak dari Nazim. Tak mesra pun macam orang bercinta" tertanya-tanya juga Vincent adakah benar telahan Kaisara tentang mereka bercinta. Kerana dari pemerhatiannya, gadis itu tidak kelihatan seperti bercinta dengan Nazim.

"Oh lagi satu, haritu aku nampak dia dengan lelaki yang aku jumpa masa aku warn dia. Siapa pula lelaki tu. Sebab sangat mesra, yang itu baru boleh aku kata macam orang bercinta" terang Vincent.

"Siapa? Ada gambar dia?" soal Kaisara.

"Ada tu dalam tu" tunjuk Vincent.

"Oh. Lelaki ni la yang aku jumpa dengan perempuan tu masa di lobby Hotel Kurnia. Kau siasat siapa dia dengan perempuan ni. Aku nak tahu. Bagus kau ada gambar ni aku nak hantar pada Nazim, nak tunjuk perempuan kampung ni pun curang juga. Dah la perampas konon alim sebab bertudung tapi perangai sampah juga" kata Kaisara.

"So tu je kau nak aku buat?" soal Vincent.

"Aku WhatsApp kau kemudian untuk kerja kau yang satu lagi. Aku nak chio, ada janji dengan orang. Payment kau macam biasa" ujar Kaisara sebelum berlalu.

"Gila punya perempuan. Aku tengok budak kampung ni tak ada kacau hidup dia pun. Dia sendiri main lelaki, lagi mau kata orang. Apa-apa saja lah, janji dia bayar aku" kata Vincent pada diri sendiri selepas Kaisara berlalu pergi.

"ABANG" tegur Irham pada Eidlan.

"Eh. Datang juga training. Akhtar pun ada" sapa Eidlan pula.

"Lama dah saya tak training bang. Saja la join dia orang ni" kata Akhtar.

"Tak penat ke? Baru je sampai pagi tadi, malam dah turun sini" prihatin Eidlan bertanya.

"Tak lah bang" jawabnya.

"Bunga tak join abang harini?" soal Azad.

"Tak pasti lagi, tadi dia kata kalau siap kerja awal dia singgah. Dia orang buat cakes, harini semua sold out" terang Eidlan.

"Jom lah. Akhtar boleh jadi partner abang. Kawan abang pun tengah busy ajar budak-budak tu" ajak Eidlan.

Habis sesi pemanasan badan. Mereka mulakan latihan bersama. Hampir satu jam setengah berlalu, Aleeya dan kembar tiba. Dia pada awalnya tidak menyedari kehadiran gadis itu, sehinggalah Eidlan memberikan isyarat mata padanya.

"Kita stop dulu. Jom rest kejap" ajak Eidlan kemudian berlalu ke arah adiknya.

Akhtar pula berlalu ke tepi gelanggang latihan melepaskan lelah. Mengambil air untuk menghilangkan dahaga sambil melihat ke arah Aleeya. Lama tidak berlatih terasa lambat pergerakannya apabila dengan mudah ditepis oleh Eidlan.

"Datang juga?" soal Eidlan sebaik dia menghampiri adiknya itu.

"Sekejap pun jadilah" jawab Aleeya.

"Okay. Need my help?" soal abangnya.

"Of course" jawab Aleeya sambil tersengih.

"Warm-up dulu. Abang take five kejap" Eidlan berlalu ke arah tenaga pengajar dan juga rakannya.

"Kamarul. Aku pakai gelanggang boleh?" soalnya.

"Aleeya datang?" Kamarul toleh pandang mencari adik rakannya itu.

"Tu sana. Boleh tak?" soal Eidlan menunjukkan arah duduknya Bunga dan si kembar.

"Boleh. Boleh bagi budak-budak ni tengok sekali. Especially yang perempuan ni, dari tadi tanya Aleeya dengan si kembar" jawab Kamarul padanya.

"Alright. Jap aku panggil dia orang" Eidlan terus berlalu mendapatkan adiknya dan juga kembar.

Eidlan, Aleeya dan kembar menghampiri gelanggang latihan di bahagian Kamarul. Eidlan sengaja membawa adiknya ke situ. Tidak mahu jika Aleeya mengetahui Akhtar juga berada disitu, bimbang dengan tindakan tidak terduga Aleeya.

Sesi latihan bermula. Semakin lincah pergerakan mereka kicking, striking with the open hand, leg sweeps, parrying, elbow and knee strikes, punches. Jab, Cross, Uppercut and Hook. Side kick, roundhouse kick, front snap kick, front groin kick, front leg hook kick, spin back kick, heel push kick silih berganti semua pergerakan itu.  Semakin lincah dan tajam pergerakan mereka beradu tenaga pada sesi latihan itu. Teguran juga diberikan pada mereka apabila teknik yang yang digunakan kurang tepat dan kurang cantik pergerakannya.

Sehingga Aleeya meminta untuk berhenti pada Kamarul. Dia terasa sangat letih, Eidlan juga sama. Begitu juga si kembar.

"Okay guys. Cik Aleeya kita dah out of energy. Balik-balik kerja terus datang training. Tapi it's a good spirit example to all of you. Kita perlu sentiasa bersedia, kerana keselamatan diri tiada jaminan dimana-mana. Perlu peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa bersiap siaga untuk bertempur dengan atau tanpa senjata. Itu sahaja untuk hari ini, semoga selamat pulang ke rumah masing-masing. Jumpa lagi next class" kata Kamarul pada pelajar yang hadir. Mereka mengucapkan terima kasih sebelum pulang.

"Ahahaha...gila lah. Training harini macam kena belasah betul" kata Aleeya pada abangnya.

"You did well sayang. Abang pun pancit ni, lincah betul" jawab Eidlan.

"Aleeya, you did well today. Even more better then usually" puji Mr David. Sempat dia menyaksikan gadis itu beraksi pada sesi latihan tadi.

"Hai sir. Thank you sir. How is Mr Harris in Johor, is he well?" tanya Aleeya mesra.

"Good. He ask me to say hai to his old student and reminding to keep practicing" jawab Mr David padanya.

"Okay sir, will keep that in mind" kata Aleeya.

Akhtar, Irham dan Azad leka memerhatikan mereka dari jauh. Kagum Akhtar dengan kelincahan Aleeya beraksi. Sebelum ini tidak pernah dia melihat gadis itu beraksi dengan jelas. Ketika berlawan dahulu, sewaktu Aleeya diserang hanya sekilas pandang. Dia bersyukur gadis itu mampu menjaga dirinya.

"Eidlan, kita cakap sekejap. Ada hal, Kamarul juga. Aleeya, excuse us" kata Mr David.

"Sure" jawab Aleeya.

"Boleh tidur lena malam ni" kata Azizah.

"Hahaha. Penat la tu" tegur Aleeya.

"Gila tak penat, aku pun rasa aku tidur mati malam ni" sokong Azlina pula.

"Good for you. Esok bangun fresh" usik Aleeya.

"Fresh la konon, silap-silap sakit badan. Dah macam competition je training malam ni" kata Azizah pada mereka.

"Tu la. Dia orang pun tak ada contoh lain ke yang boleh tengok. Tahu la kita cantik" kata Azlina.

"Sebab kita cantik la kot dia orang nak tengok. Mana ada perempuan cantik macam kita join MMA kan" gurauan Aleeya disambut dengan tawa dari si kembar.

"Kan. Dah la cantik, sexy in fighting. Hot and spicy gitu" sambut Azlina.

"Kau ingat ayam Mcdonald, hot and spicy?" sakat si Azizah pada kembarnya.

Terlepas ketawa mereka bertiga. Aleeya merebahkan badannya di atas floor mattress.

"Weh. Nak tidur sini ke? Jom la balik. Penat dah" ajak Azizah.

"Yelah. Jom" jawab Aleeya.

Sewaktu bangun dari pembaringannya, Aleeya baru tersedar dengan kehadiran Akhtar dan rakannya di dalam kelompok pelatih lelaki yang lain.

"Kau tengok apa?" soal Azizah yang perasan pergerakan Aleeya jadi perlahan dan pandangannya seperti terarah kepada seseorang.

"Eh. Akhtar kan tu? Dia ada? Dia join kelas sini ke?" soal Azlina pula bertubi-tubi.

"Entah. Biarlah, jom balik" ajak Aleeya.

"Okay, jom balik" jawab si kembar serentak.

"Kita balik terus la, nanti aku text abang. Tak payah tunggu dia" kata Aleeya sambil berjalan ke arah pintu untuk keluar.

"IRHAM, nampak Aleeya?" soal Eidlan.

"Dah balik, nak setengah jam dah dia orang keluar" jawab Irham.

"Oh. Okay" cemas Eidlan mencari handphonenya.

"Kenapa bang?" tanya Akhtar yang melihat Eidlan sedikit kalut.

"Kejap. Abang call Bunga dulu" Eidlan menanti panggilnya dijawab.

"Sayang kat mana?" tanya Eidlan sebaik panggilan dijawab.

"On the way balik rumah. Tadi tengok abang tengah berbual malas nak tunggu. Bunga letih sangat, Bunga balik terus" jawab adiknya.

"Okay. Terus balik okay jangan singgah mana-mana" pesan abangnya.

"Okay" jawab Aleeya.

"Dah sampai nanti call abang. Or anything terus call abang" pesan Eidlan lagi.

"Okay boss. Bunga nak letak ni, tengah drive. Bye" terus panggilan diputuskan adiknya.

"Kenapa abang?" tanya Azad pula.

"Jom. Ikut abang, kita duduk sana dengan abang Kamarul. Abang cerita kat sana" ajak Eidlan pada mereka bertiga.

Sebaik duduknya dilabuhkan. Dia mula menceritakan apa yang terjadi pada Bunga seminggu yang lalu.

"Eh. Bahaya tu. Abang, perlu bantuan bagitahu je kami" kata Irham

"Tadi Mr David bagi ni. Ex student Mr Harris masa di Ipoh dulu, tapi dia kena kick sebab attitude. Mr David baru cerita tadi since dia jumpa Mr Harris di Johor semalam baru tahu. Bukan calang-calang juga ni" Eidlan tunjuk gambar yang didapati dari anak buah Mr David yang menjadi mata-mata untuk memerhatikan keselamatan Aleeya.

"Dia ni la yang aku cakap dengan kau orang tadi" kata Akhtar tiba-tiba.

"Akhtar nampak dia?" soal Eidlan.

"Yup. Dari masa kami sampai. Tapi saya pelik dia tak masuk. Cuma memerhatikan dan ambil gambar. Kereta dia Mazda CX-5 kan?" kata Akhtar lagi.

"Betul. Memang sah dia. Abang betul-betul risaukan keselamatan Bunga" kata Eidlan pada mereka.

"Relax, Aleeya pandai jaga diri. Tapi kita pun mesti get ready untuk sama-sama lindungi dia" kata Kamarul.

"Dia dah balik? Dah sampai rumah?" tanya Akhtar.

"Dia on the way tadi. Terus balik katanya" jawab Eidlan.

"InsyaAllah, tak ada apa-apa tu. Kembar pun ada" kata Azad.

"Hopefully. Nanti sampaikan thanks aku pada Isaacs dengan Joshua. Mujur Mr David ambil tindakan untuk cari tahu siapa dia. Tolong pantau Bunga last week. Nanti aku pesan pada adik aku untuk extra careful" kata Eidlan pada Kamarul.

"Dia akan baik-baik je. Kau jangan risau sangat" pesan Kamarul padanya.

"Adik aku Rul, macam mana aku tak risau. Dulu sekali masa belajar. Ni sekarang lagi aku risau, bukan calang-calang minah tu hantar orang ugut adik aku" Eidlan meluahkan kebimbangannya.

Akhtar genggam penumbuk menahan rasa. Gadis yang disayangi diperlakukan sebegitu. Dia risaukan keselamatan gadis itu, bagaimana ingin dia menjaga Aleeya sedangkan gadis itu menjauhinya.

"Akhtar, please don't do something stupid. Keselamatan Bunga lebih penting sekarang ni" Eidlan menegur kerana perasan riak wajah jejaka itu.

"I won't abang. Akhtar janji" jawabnya.

"Betul. Jangan provoke apa-apa. Kita bertindak bila dia mula bertindak. Sekarang ni dia cuma beri ugutan tanpa sentuhan" pesan Kamarul.

"Betul. Kita berharap ia cuma ugutan sahaja" kata Eidlan.

"Suruh je boss Aleeya tu jauhkan diri dari Aleeya. Masalah datang dari dia" kata Azad tiba-tiba.

"Tak boleh juga. Tak kan tiba-tiba nak kata jangan kawan dengan Aleeya, jauhkan diri dari Aleeya, kau bagi Aleeya bahaya. Tak kan nak cakap macam tu pula" ujar Eidlan.

"Tu la, adik kau ni cantik sangat. Pelik aku, lagi macam singa lagi orang suka" seloroh Kamarul.

"Kau ni. Sempat kutuk dia eh. Bagus la jadi singa, jangan jadi kucing. Baru elok terjaga diri dia" jawapan balas Eidlan pada Kamarul.

"Dia punya senyap, muka tak ada expression, air muka tenang, mata yang nampak kosong dan garang. Jadi macam misteri  pada pandangan orang. Tu yang buat dia nampak menarik. Tak gitu Akhtar" sengaja Irham berkata begitu.

Eidlan, Kamarul dan Azad sembunyi senyum. Mereka perasan pandang lelaki itu tidak terlepas sesaat pun, sejak Aleeya sampai sehingga pulang. Kamarul pula baru mendapat tahu siapa lelaki itu dalam hidup Aleeya sebelum ini melalui Eidlan. Akhtar pamer senyum kekoknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience