SETIBANYA di rumah ibunya malam tadi, ibu dan adiknya telah lena. Pagi itu, Aleeya tersedar apabila mendengar bunyi bising didapur, ibunya sedang menyediakan makanan untuk bersahur. Tidak dilayan letih badan, Aleeya segera ke bilik air membersihkan diri dan ingin ke dapur membantu ibunya.
"Assalamualaikum ibu" Aleeya menyapa puan Aliah yang tidak perasan akan kehadirannya.
"Wa'alaikumsalam. Ya Allah anak ibu, sampai macam ni teruk ke lukanya" pusn Aliah memeluk dan mencium Aleeya namun tetap berjaga-jaga dari melanggar tangan kirir anaknya.
"Sikit je, ni pakai anduh sebab nak kena kurangkan gerak tangan ni. Doctor takut luka lambat baik. Rindunya kat ibu" terang Aleeya yang melihat terbias rasa risau di wajah ibunya.
"Sikit je tu ibu, InsyaAllah. Sebulan baik la tu" kata Eidlan yang tiba-tiba muncul.
"Bunga duduk lah, tak apa ibu buat" puan Aliah mula menyambung tugas memasak untuk makan sahur mereka.
"Awal abang bangun?" tegur Aleeya.
"Dengar ibu buat kerja, pastu dengar suara orang cakap-cakap nak tengok la siapa" jawab Eidlan.
Aleeya tetap juga membantu, dia mengambil pinggan dan cawan. Kemudiannya mengambil jug untuk membuat air panas, namun berkira-kira mahu membuat air apa. Eidlan di meja hanya memerhati.
"Abang nak air panas apa? Tak kan kopi pagi-pagi buta ni" tanya Aleeya pada abangnya.
"Buat air milo Bunga, boleh ke tu?" tiba-tiba puan Aliah menyahut pertanyaan dia.
"Boleh. Milo ya ibu, okay" Aleeya capai bekas Tupperware berisi milo kemudian ke peti ais ingin mengambil susu. Dilihatnya bekas susu yang cuma berbaki sedikit.
"Susu habis? Meh abang buka" minta Eidlan. Dia yang perasan bekas susu di tangan Aleeya yang berbaki sedikit.
"Baru nak minta tolong, sayang lebih lah" bodek Aleeya.
Sementara Eidlan mengisi susu ke dalam bekas. Aleeya cuba mengambil mangkuk nasi yang berada di rak atas. Perasan akan hal itu, Eidlan segera menghampiri membantu. Tersengih sahaja Aleeya.
"Cakap la Bunga tak sampai, nak tambah sakit ke macam mana?" bebel Eidlan padanya.
"Bunga cuba je, tak boleh tadi memang nak suruh abang ambilkan. Tapi abang dah datang dulu" cubaan Aleeyan membela diri.
"Abang dah tuang sikit susu kat jug tu. Bancuh dulu tak cukup nanti tambah lain" kata Eidlan lagi.
"Okay boss" jawab Aleeya.
Eidlan pula bantu mengisi nasi ke dalam bekas yang diambilnya tadi. Tentu sukar untuk Aleeya lakukan tugas itu dengan sebelah tangan, dia bantu mengambil alih tugas itu.
"Sedapnya bau" datang Emir dengan muka baru bangun tidur.
"Tak semenggah adik, pergi cuci muka" arah Eidlan.
"Ye lah. Ala..datang nak tengok je pun" kata Emir yang masih tidak perasan keadaan tangan Aleeya.
Aleeya meletakkan jug berisi air milo yang telah siap di atas meja. Dan mengambil satu lagi jug lalu mengisi air suam.
"Eh, apesal tangan Bunga tu?" tanya Emir.
"Eh, adik tak tahu ke ibu?" soal Aleeyapada puan Aliah.
"Tak. Semalam dia baru sampai" jawab puan Aliah.
"Bunga, kenapa tangan?" Emir mahu mendekatinya.
"Adik! Pergi cuci muka dulu lah, gosok gigi apa semua. Nanti boleh cerita, nak makan dah ni" tegur Eidlan.
"Ye lah" jawab Emir dan berpaling semula masuk ke bilik air.
Terbuka selera Aleeya sahur pagi itu dengan masakan puan Aliah. Ayam goreng, ikan tenggiri singgang kunyit, sayur campur dan sambal totok ikan bilis. Eidlan dan Aleeya sudah tidak sabar mahu makan. Mereka sudah duduk menanti Emir yang masih belum tiba.
"Adik cepat lah" panggil Aleeya.
"Datang" jawab Emir.
"Abang, baca doa" pinta Aleeya.
Setelah doa di baca, mereka pun menikmati sahur pagi itu dengan berselera. Dan berbual-bual tentang banyak perkara. Seperti kebiasaannya, selesai makan mereka membahagikan tugas mengemas. Di sebabkan tangan yang cedera Aleeya hanya mengambil tugas mengemas meja.
AZAN subuh berkumandang tidak lama selepas mereka siap mengemas. Dengan kadar segera, mereka mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
Seperti kebiasaan akan ada sedikit selingan tazkirah, untuk saling mengingatkan mereka tentang apa yang tertulis di dalam Al-Quran dan Hadith. Eidlan mengambil tugas menyampaikan tazkirah pada subuh itu.
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan (antara yang benar dengan yang salah).”
(Surah Al Baqarah ayat 185)
"Berpuasa pada bulan Ramadan bukan sahaja menuntut kita untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah kita juga dituntut untuk menjaga kesucian bulannya agar tidak dicemari dengan perkara-perkara maksiat. Ini kerana, bulan Ramadan adalah bulan yang paling agung dan istimewa berbanding dengan bulan-bulan yang lain kerana pada bulan inilah Al-Quran diturunkan."
"Bulan Ramadan ni medan untuk kita berlumba-lumba untuk mengejar pahala semaksima mungkin kerana setiap kebaikan yang kita kerjakan pasti akan diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia berdasarkan hadis Qudsi yang bermaksud:
“Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
"Tapi kena ingat, ganjaran pahala juga boleh terhapus jika kita tidak meninggalkan amalan-amalan keji seperti mencarut, mengeji, mengumpat, memfitnah serta banyak lagi perbuatan-perbuatan dosa yang lain. Ingatlah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya”
(Hadis Riwayat Bukhari)
"Marilah bersama-sama kita melatih diri untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji agar kita dapat menjaga dan memelihara kesucian bulan Ramadan ini dengan sebaik-baiknya, InsyaAllah."
Eidlan mengisi tazkirah pagi itu dengan mengingatkan dirinya juga adik-adik serta ibunya tentang keistimewaan bulan ramadan dan juga perkara yang boleh membuatkan ganjaran pada bulan ramadan berkurangan.
"Alhamdulillah, ingatan yang baik untuk kita semua. Masih berbaki lebih kurang seminggu ni kita berpuasa, tambahkan amalan, kurangkan perkara yang boleh buatkan ganjaran berpuasa yang kita lakukan ni berkurangan. Sama-sama bangun malam, masih sempat nak kejar malam Lailatulqadar. Jika di izinkan berjumpa lah kita dengannya" pesan puan Aliah pada anak-anaknya.
"InsyaAllah" serentak mereka menjawab pesanan puan Aliah.
"Sementara nak tunggu cerah ni, mengaji la semuka dua" pesan puan Aliah lagi.
"Baik ibu" jawab mereka serentak tanpa sengaja.
Masing-masing mengambil Al-Quran dan mula membaca. Rumah yang di dalamnya dibaca al-Quran akan diberkati, selain malaikat turut memenuhi rumah berkenaan.
SETELAH jam menginjak ke angka 7 pagi. Masing-masing menamatkan bacaan. Eidlan dan Emir sudah beransur masuk ke bilik masing-masing. Hanya tinggal Aleeya bersama ibunya.
"Bunga" puan Aliah memanggil.
"Kenapa ibu?" Aleeya mendekati dan duduk di sebelah ibunya.
"Macam mana exam?" tanya puan Aliah.
"Alhamdulillah. Boleh jawab tapi tak pasti la boleh lulus ke tak" Aleeya jujur sahaja.
"InsyaAllah, lulus. Dah ada boyfriend?" tersentak Aleeya dengan soalan ibunya.
"Belum. Kawan, itu pun baru je berkawan" jawab Aleeya tenang.
"Sama course?" puan Aliah masih bertanya.
"Tak lah ibu, dia jurusan islamic. Kenal sebab tolong Bunga je. Abang kenal dengan budak lelaki tu" jujur sahaja Aleeya menjawab pertanyaan ibunya.
"Jaga diri Bunga, berkawan tak salah. Yang salah bila melampaui batas. Nanti kenalkan la dengan ibu" usik ouan Aliah.
"Bunga baru je kenal-kenal macam tu. Nanti Bunga kenalkan dengan ibu" serba salah Aleeya.
"Kereta macam mana cuti lama ni?" soalmpuan Aliah.
"Abang Shah dah ambil semalam pagi kat kolej. Tumpang rumah dia. Dia pun tak balik raya tahun ni, kena bertugas" beritahu Alang-alang tentang perihal kereta diletakkan di rumah sepupu mereka yang bertugas sebagai polis itu.
"Oh. Lega ibu. Kesian dia. Tuntutan kerja tak boleh nak mengelak" luah puan Aliah.
"Ibu, Bunga beli dah baju raya. Ibu pilih warna apa yang sesuai untuk raya pertama ni eh. Nanti semua ikut colour yang ibu pilih. Sekejap, Bunga pergi ambil" Aleeya menukar topik perbualan. Aleeyanberlalu ke biliknya dan mengambil paper bag yang berisi baju raya yang dibelinya.
"Ibu pilih warna apa, nanti Bunga bagitahu kakak dengan yang lain. Ibu pun kena pakai yang sama eh, macam selalu" pinta Aleeya sambil menunjukkan baju-baju yang dibeli.
"Amboi, sampai tiga" kata puan Aliah.
"Dah dua tahun Bunga beli sepasang je tau. Bagi peluang la tahun ni" rengek Aleeya manja.
"Ye lah" dilihatnya baju yang dibeli anak gadisnya itu. Cantik-cantik dan simple. Memang begitu citarasa anak yang satu ini. Suka yang ringkas, kadang kala terlampau ringkas. Namun tetap juga dia menyokong. Kerana itu pilihan Aleeya, dan anak gadisnya itu selesa begitu.
"Cantik baju ni, macam baju nak menikah pun ada ni" kata puan Aliah sambil menunjukkan baju berwarna white off yang menjadi pilihan pertama Aleeya ketika membelinya.
"Kan ibu, Bunga pun mula-mula nampak dah berkenan. Ada colour lain tapi warna ni juga yang menarik perhatian Bunga" Aleeya menyokong kata-kata ibunya yang mengatakan baju itu kelihatan cantik.
"Pakai yang ni lah raya pertama. Cantik, sesuai dengan Bunga. Nanti ibu cari warna macam ni juga, boleh suruh kakak dengan yang lain cari baju warna sama macam ni" puan Aliah memberi kata putus.
"Thanks ibu. Nanti Bunga bagitahu kakak dengan yang lain" Aleeya merapati puan Aliah dan memberikan ciuman di pipi sebelum mengambil semula pakaian yang dibawanya tadi masuk ke biliknya.
Aleeya duduk dibirai katilnya, meletakkan baju-baju yang dibeli ke dalam bakul laundry kerana ingin dicuci sebelum menggunakannya nanti. Dia mengambil handphone di poket sisi bag laptopnya. Sejak tiba malam tadi, langsung dia tidak menyentuh handphonenya. Paparan screen ada beberapa notifikasi WhatsApp dari si kembar dan juga Akhtar. Akhtar!
"Alamak macam mana boleh lupa ni" Aleeya berkata sendirian.
Aplikasi WhatsApp dibuka. Terus conversation Akhtar dibaca.
++
Assalamualaikum. Bunga dah sampai rumah? Abang baru sampai. Nanti kalau dah sampai, Bunga free text abang. -Akhtar-
++
Abang tidur dulu. Harap Bunga baik-baik sahaja. Jaga diri Bunga untuk abang. Selamat malam. -Akhtar-
++
Assalamualaikum. Selamat bersahur. Ada free, Bunga text abang semula ya. -Akhtar-
Aleeya lihat waktu mesej pertama diterima jam 11.00 malam. Mesej kedua pada jam 12.30 malam dan terakhir jam 5.00 pagi tadi. Terus jari menari menaip mesej.
++
Assalamualaikum. Abang sorry. Bunga lupa, semalam sampai terus tidur. Sampai rumah jam dah hampir pukul 1 pagi. -Aleeya-
++
Pagi tadi bangun sahur tolong ibu dekat dapur. Lepas tu subuh berjemaah then mengaji ramai-ramai. -Aleeya-
++
Ni Bunga baru masuk bilik. Sorry, memang Bunga langsung tak sentuh handphone dari malam tadi. -Aleeya-
Kemudian Aleeya baca pula conversation bersama si kembar.
BSM GROUP
Manja : Dah gerak balik ke?
Sayang : Dating tak habis lagi ke?
Manja : Jangan macam-macam Bunga..reply pun tak text kitaorang ni..
Sayang : Weh..senyap je minah ni pegi dating
Manja : Woi Bunga...kau kat mana?
Sayang : Bawa-bawa la baca WhatsApp Bunga oiii
Manja : Entah..senyap je
Tergelak Aleeya membaca mesej dari si kembar. Semalam sempat juga dia memberitahu hal berbuka di luar bersama Akhtar. Kali terakhir dia menghantar mesej mengatakan dia telah mahu pulang ke kolej. Sejak itu, tidak menyentuh handphonenya. Semasa perjalanan pulang bersama abangnya, mereka banyak berbual-bual sahaja kerana mahu menemani abangnya yang memandu kenderaan. Dia mula membalas mesej si kembar.
Bunga : Hahahaha (dua emoji ketawa di letakkan)
Bunga : Semalam lepas aku text korang tu aku dah balik kolej..aku sampai je dengan Akhtar, tak lama abang pun muncul..
Bunga : Aku kelam kabut la naik settle kunci, ambil laptop, barang apa semua yang kat bilik..
Bunga : Lepas tu aku terus balik dengan abang. Aku tak pegang phone dalam kereta. Sorry la, aku sampai semalam dekat pukul 1 pagi camtu..
Bunga : Dating apooo...pergi makan je pun
Ketika sedang menaip mesej kepada si kembar. Masuk notifikasi WhatsApp dari Akhtar.
++
Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah. Baru sekejap dah lupa abang ya. It's okay. Yang penting Bunga selamat sampai. -Akhtar-
++
Heee..sorry. Lupa sungguh nak bagitahu. Aleeya-
++
Lupa nak bagitahu tak apa. Jangan lupa abang sudah la. -Akhtar-
++
Ada pula cakap macam tu. Buat apa ni? -Aleeya-
++
Baru plan nak cuci kereta. Bunga buat apa? Dah tunjuk pada ibu baju yang Bunga beli semalam? -Akhtar-
++
Bunga baru nak pergi open laundry. Dah, ibu cakap semua cantik. Tapi dia paling suka yang warna white off, baju yang mula-mula Bunga pegang. Abang pun pilih warna tu kan semalam. -Aleeya-
++
Betulkan abang cakap, semua cantik. Tapi memang baju yang mula-mula Bunga ambil tu paling cantik. Raya pertama pakai warna tu? -Akhtar-
++
Ha'ah. Ibu kata warna tu. -Aleeya-
++
Nanti sekejap lagi kalau free Bunga send pada abang gambar baju tu ya. -Akhtar-
++
Tengah hari sikit boleh? Sebab Bunga cuci bajunya. Bunga ada kerja nak buat ni. InsyaAllah nanti Bunga send gambar pada abang. -Aleeya-
++
Okay. Abang pun nak cuci kereta ni. Lepas tu nak bawa ummi dengan abi keluar. Bunga jangan lasak sangat tangan tu kena jaga. Jaga diri. Jaga diri Bunga untuk abang. -Akhtar-
++
Okay. Thanks. Hati-hati drive nanti. -Aleeya-
"BOLEH ke tu?" soal Eidlan.
"Boleh. Sikit je ni basuh gitu je lepas tu nak jemur. Yang lain semua Bunga dah settle masuk mesin" kata Aleeya yang berada di dalam bilik air.
"Abang buatlah. Bunga buat lain. Tangan tu baru nak baik" bebel Eidlan.
"Okay. Bunga vacuum rumah. Nanti adik yang mop. Abang dah sudah nanti panggil Bunga tau" pesan Aleeya.
Aleeya berlalu dan mengambil dust cleaner dan vacuum dan mula mengemas. Puan Aliah sejak awal sudah di luar rumah dengan aktiviti berkebun dibelakang rumah, jika tidak di sana pasti dengan pokok bunga yang di tanam cantik dan tersusun di taman mini tepi rumahnya.
"Bunga, adik dari sahur tadi tanya tangan kenapa?" kata Emir yang tiba-tiba muncul.
"Accident" jawab Aleeya sambil mengemas.
"Serious lah?! Asal adik tak tahu?" Emir tidak berpuas hati.
"Tak ada lah. Accident masa fight budak sewel balik dari bazar" jelas Aleeya.
"Weh, tak fahamlah! Cakap berbelit la dia ni" bebel Emir tidak memahami maksud kakaknya itu.
"Bunga, dah siap. Pergi jemur lah, ni abang sambung. Adik kau pergi mop dapur dulu. Lepas tu mop sini pula" kata Eidlan yang baru muncul selesai mencuci pakaian Bunga.
Aleeya ketawa sahaja melihatkan wajah cemberut Emir yang tidak berpuas hati. Tidak di pedulikan keadaan itu, Aleeya berlalu ingin menjemur pakaian yang telah dicuci Eidlan.
"Ala..adik baru tanya Bunga kenapa dengan tangan dia. Abang ni pun" namun tetap juga Emir menuju ke dapur untuk mulakan tugasnya.
"Nanti dah siap kita lepak la berbual sama. Kemas la rumah dulu" kata Eidlan pula.
"Okay..." meleret sahaja jawapan Emir dari dapur yang baru mula mengemop lantai.
Selesai tugas, masing-masing keluar melepak di gazebo taman mini rumah mereka. Laman rumah yang cantik menghijau dengan suasana yang berangin, mereka sentiasa menjadikan taman mini itu tempat melepak mereka adik-beradik. Berkumpul dan berbual bila sesekali bertemu. Kesempatan itu Aleeya ambil dan menceritakan kejadian sebenar kepada abang dan adiknya apa yang terjadi sehingga dia tercedera begitu.
Tengah hari itu seperti yang di janjikan Bunga menghantar gambar baju-baju raya yang dibelinya ke WhatsApp Akhtar dan si kembar. Azizah dan Azlina juga ingin melihat baju yang menjadi pilihannya untuk dipakai hari raya nanti.
Share this novel